Friday, December 09, 2016

Senarai Filem Wajib Tonton Disember 2016!


Bagi penggemar-penggemar filem terbaru, berikut ini adalah filem-filem terkini di pawagam bagi bulan Disember 2016 yang anda wajib tonton.

Sama seperti filem wajib tonton bulan November lalu, movie terbaru di pawagam bulan ini juga nampaknya sarat dengan aksi filem seram.

Kami senaraikan filem-filem terbaru dipawagam yang anda wajib tonton, semoga terhibur.

Underworld: Blood Wars
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2016

Underworld - Blood Wars

Vampire Death Dealer Selene meneruskan perjuangannya menentang puak Lycan dan Vampire yang cuba mengeksploitasi darahnya dan anak perempuannya untuk menghasilkan Vampire-Corvinus yang mempunyai kuasa luar biasa.

Dia menyembunyikan anaknya dan bergabung dengan David dan bapanya Thomas dalam cubaan menghentikan perang di antara Lycan dan Vampire.

Incarnate
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2016

Incarnate

Dr. Seth Ember berkerusi roda selepas terlibat dalam satu kemalangan. Dia mempunyai kebolehan untuk memasuki minda orang yang dirasuki dan menyembuhkan mereka.

Apabila Vatican telah memanggilnya untuk membantu menyembuhkan seorang budak, Ember mendapati syaitan yang merasuki budak itu sama dengan syaitan yang bertanggungjawab terhadap kematian isteri dan anaknya beberapa tahun sebelum itu.

Bedeviled
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016

Bedeviled

Sekumpulan rakan telah memuat turun satu aplikasi misteri yang pada mulanya berfungsi seperti aplikasi Siri, membantu mereka untuk mendapatkan arah tuju atau cadangan restoran.

Tetapi tidak lama kemudian aplikasi itu mula menunjukkan belang jahatnya, apabila ia bukan sahaja tahu rahsia mereka tetapi mampu menjelmakan ketakutan itu ke dunia realiti yang akan menakutkan mereka sehingga mati.

Sing
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016

Sing

Filem arahan Garth Jennings ini mengisahkan tentang seekor koala bernama Buster yang memiliki sebuah teater. Dia kemudiannya meminta bantuan rakan baiknya untuk memajukan perniagaan teater itu dengan menganjurkan pertandingan menyanyi.

Midnight University
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016

Midnight University

Terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan ada sebuah universiti yang mempunyai kelas yang dipenuhi dengan roh-roh pelajar yang mati sebelum mereka sempat menamatkan pengajian.

Mahu membantu roh-roh tersebut, satu kelas istimewa telah diwujudkan supaya kesemua roh-roh itu dapat menamatkan pengajian dan pergi ke syurga.

Tetapi lebih banyak roh mendaftarkan diri ke kelas tersebut dan tiada seorang pun guru yang berani untuk mengajar mereka.

Perkara menjadi lebih pelik dan lucu apabila enam pelajar manusia mendaftar masuk ke kelas tersebut.

The Disappointments Room
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016

The Disappointments Room

Dana dan David bersama anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun cuba untuk mencari hidup baru. Mereka telah berpindah ke sebuah rumah lama yang cantik di kawasan pedalaman dan rumah tersebut menepati cita rasa rumah impian mereka.

Tetapi perkara menjadi buruk apabila Dana menemui bilik rahsia di loteng. Dia kemudian menjumpai sebatang kunci, yang telah lama hilang, ke bilik tersebut.

Dia secara tidak sengaja telah membuka dan melepaskan sesuatu menyeramkan, yang mendedahkan tentang masa lampau rumah itu yang menakutkan.

Rogue One: A Star Wars Story
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2016

Rogue One - A Star Wars Story

Filem ini adalah di antara "Star Wars: Episode III Revenge of the Sith" dan "Star Wars: Episode IV A New Hope", ketika zaman Empayar.

Ia mengisahkan tentang sekumpulan penentang yang bergabung untuk mencuri pelan ke Death Star, iaitu stesen pertempuran bergerak Empayar Galaktik yang mampu memusnahkan seluruh planet.

Assassin's Creed
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2016

Assassin's Creed

Menceritakan tentang seorang pelayan bar yang telah ditangkap oleh sebuah organisasi besar dan telah dipaksa memasuki ke dalam sebuah mesin yang digelar "The Animus".

Setelah dimasukkan ke dalam mesin ini, dia boleh mengimbas kembali memori kehidupan nenek moyangnya yang kebanyakan daripada mereka adalah pembunuh.

Pelayan bar tersebut dipaksa untuk mengambil sebuah artifak yang mempunyai kuasa dan merbahaya.

Filem arahan Justin Kurzel ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Michael Fassbender, Marion Cotillard, Michael Kenneth Williams, Ariane Labed, Jeremy Irons dan ramai lagi.

Apa yang pasti, anda tidak akan kecewa menonton filem ini.

First Born
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2016

First Born

Sepasang suami isteri baru menyambut kelahiran anak pertama mereka. Namun kehidupan pasangan muda itu menjadi porak-poranda apabila kelahiran anak mereka itu ditemani entiti menakutkan yang mengancam keluarga mereka.

The Curse Of Sleeping Beauty
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2016

The Curse Of Sleeping Beauty

Rasanya ramai yang sudah sinonim dengan filem 'sleeping beauty' yang merupakan filem fantasi dari kita kanak-kanak lagi. Namun filem "The Curse Of Sleeping Beauty" ini bukanlah seperti filem fantasi yang gembira.

Ia mengisahkan mengenai Thomas Kaiser yang mewarisi sebuah rumah agam peninggalan nenek moyangnya.

Selain mewarisi rumah agam dia juga mewarisi sumpahan purba sejak era Crusades dan sekarang dia perlu merungkai misteri rumah tersebut pada masa sama mencari jalan untuk menyedarkan Briar Rose yang terperangkap di dunia bawah tanah yang mana dia pernah melihatnya dalam mimpi.

Filem yang menampilkan pelakon Ethan Peck, India Eisley dan Natalie Hall ini mungkin tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kecil, namun sekiranya adalah menontonnya dengan pasangan atau sahabat ia adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton.

Dangal
Tarikh Tayangan: 23 Disember 2016

Dangal

Ia berkisarkan tentang Mahavir Singh Phogat yang merupakan bekas juara gusti. Dia kemudian telah berkahwin dengan Shobha Kaur.

Dia mempunyai impian untuk menang pingat emas untuk India dalam sukan gusti, tetapi dia tidak berjaya.

Dia berjanji yang anak lelakinya akan melakukannya tetapi dia kecewa apabila isterinya melahirkan empat anak perempuan.

Dia tidak percaya yang perempuan mampu bergusti dengan baik, bagaimanapun apabila dua daripada anak perempuannya Geeta dan Babita pulang rumah selepas membelasah dua budak lelaki, dia mula sedar silapnya dan melatih kedua-dua anaknya itu dalam sukan gusti untuk menjadi ahli sukan gusti profesional.

Filem ini menggarap kisah sebenar kehidupan Mahavir Singh Phogat yang melatih anak-anak perempuannya untuk bergelar penggusti bertaraf dunia.

Passengers
Tarikh Tayangan: 29 Disember 2016

Passengers

Jim, seorang jurutera mekanikal dari Denver yang mahu meninggalkan Bumi dan Aurora seorang wartawan dari New York City yang berminat dengan pengembaraan kosmik, merupakan dua penumpang dalam kapal angkasa yang akan membawa mereka ke hidup baru di planet lain.

Apabila pod hibernasi secara misteri telah membangunkan mereka 90 tahun sebelum mereka sampai ke destinasi mereka, mereka meneruskan kehidupan dalam kapal angkasa dan mula jatuh cinta.

Perkara menjadi buruk apabila mereka mendapat tahu bahaya sebenar yang dihadapi oleh kapal angkasa mereka dan perlu menyelamatkan bukan sahaja diri sendiri tetapi 5,000 penumpang lain yang masih dalam hibernasi.

Apa yang membuatkan filem ini bakal menjadi pecah panggung adalah barisan pelakonnya yang diterajui oleh Chris Pratt, Jennifer Lawrence serta Michael Sheen, Laurence Fishburne sebagai pelakon pembantu.

The Great Wall
Tarikh Tayangan: 29 Disember 2016

The Great Wall

Filem arahan Zang Yimou ini mengisahkan tentang sekumpulan askar yang dalam pencarian serbuk letupan telah bertembung dengan pembinaan Tembok Besar China.

Mereka kemudiannya mendapati bahawa China membina Tembok itu bukan sahaja untuk menghalang penjajahan Mongolia, tetapi juga untuk menghalang makhluk-makhluk ghaib daripada menyerang negara tersebut.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA: Misteri Friday The 13th Masyarakat Barat

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon