Tuesday, November 15, 2016

Senarai Filem Wajib Tonton November 2016!


Bagi penggemar filem yang suka menonton hanya yang terbaik di pawagam mahupun vcd, kami sajikan filem-filem hebat wajib tonton bulan November 2016.

Trolls
Tarikh Tayangan: 3 November 2016

Trolls

Komuniti Trolls hidup aman dan gembira di bawah naungan Puteri Poppy. Satu hari, Poppy telah membuat satu parti besar dan secara tidak sengaja telah menarik perhatian Bergen, raksasa pesimis yang hanya akan gembira selepas memakan troll.

Bergen yang bernama Chef telah menculik beberapa Trolls. Merasakan dirinya bertanggungjawab, Poppy telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan rakannya, dan dia membawa sekali Branch iaitu troll yang bersikap paranoid.

Bersama, kedua-dua mereka perlu bekerjasama dalam mengembara ke dunia yang mereka tidak tahu.

Ouija: Origin Of Evil
Tarikh Tayangan: 3 November 2016

Ouija: Origin Of Evil

Filem ini mengisahkan tentang papan berhantu Ouija, di mana kali ini Annalise Basso membawa watak sebagai seorang remaja yang menggunakan papan tersebut untuk cuba menghubungi bapanya yang telah meninggal dunia.

The Doll
Tarikh Tayangan: 10 November 2016

The Doll

Pasangan suami isteri Daniel dan Anya berpindah ke sebuah rumah di Bandung untuk menjalani kehidupan baru mereka.

Ketika Daniel sedang membersihkan kawasan tempatnya bekerja, dia telah terjumpa dengan patung di atas pokok dan telah mengambilnya untuk dibawa pulang dan diletakkan di rumah mereka.

Bagaimanapun satu hari jiran mereka Niken terkejut melihat patung tersebut yang bernama Chawiah - bermaksud jahat.

Ia merupakan patung milik seorang kanak-kanak bernama Uci yang mati bersama keluarganya yang dibunuh dengan kejam.

Sejak dari itu, kedua-dua pasangan ini mula berdepan dengan pelbagai kejadian aneh termasuk patung bergerak sendiri.

Pokemon The Movie: Volcanion And The Mechanical Marvel
Tarikh Tayangan: 10 November 2016

Pokemon The Movie - Volcanion And The Mechanical Marvel

Filem yang dialih suara ke versi Mandarin ini mengisahkan tentang pengembaraan terbaru Ash. Ash Ketchum bertemu dengan Mythical Pokemon Volcanion yang terhempas dari langit, dan kuasa misteri telah menemukan mereka bersama.

Volcanion benci manusia dan cuba melarikan diri dari mereka, tetapi ia terpaksa mengheret Ash bersama dalam satu misi menyelamat.

Ash dan rakan-rakannya, bersama dengan Volcanion, tiba di bandar di mana seorang menteri korup telah mencuri ciptaan yang dikenali sebagai Artificial Pokemon Magearna yang dihasilkan 500 tahun lalu, dan merancang untuk menggunakan kuasa misteri itu untuk menguasai empayar mekanikal.

Fallen
Tarikh Tayangan: 10 November 2016

Fallen

Seorang gadis bernama Lucinda Price dihantar ke sekolah pemulihan selepas dia dituduh menyebabkan kematian seorang budak lelaki.

Di sekolah itu, dia jatuh cinta dengan seorang pelajar dan kemudiannya mendapat tahu pelajar lelaki itu adalah malaikat, dan telah mencintainya sejak beribu tahun.

Anguish
Tarikh Tayangan: 10 November 2016

Anguish

Tess dan ibunya Jessica telah berpindah ke bandar baru. Dia kemudian berdepan masalah apabila roh mangsa langgar lari telah memasuki tubuhnya.

The Girl With All The Gifts
Tarikh Tayangan: 17 November 2016

The Girl With All The Gifts

Kebanyakan manusia telah dijangkiti wabak zombi pada masa depan dystopia. Mereka yang dijangkiti digelar sebagai Hungries, yang hilang akal dan memakan daging manusia sihat.

Mereka yang terselamat tinggal di sebuah kawasan perlindungan di Birmingham dan cuba mencari penawar dengan mengkaji sekumpulan kecil Hungries dan sebahagian kanak-kanak hybrid.

Tidak seperti generasi pertama Hungries, kanak-kanak ini masih boleh mengawal akal mereka tetapi akan hilang kawalan apabila berada dekat dengan manusia.

Apabila salah seorang kanak-kanak, Melanie, dipilih untuk diuji, Helen bersama seorang saintis dan dua askar akan melakukan apa sahaja untuk memastikan dia selamat.

Havenhurst
Tarikh Tayangan: 17 November 2016

Havenhurst

Seorang wanita muda bermasalah telah menyewa bilik di sebuah bangunan apartment seram. Di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang amat menakutkan.

Fantastic Beasts And Where To Find Them
Tarikh Tayangan: 17 November 2016

Fantastic Beasts And Where To Find Them

70 tahun sebelum Harry Potter membaca bukunya ketika mendaftar di Hogwarts, kisah yang ditulis oleh ahli sihir Newt Scamander dibawa ke dunia realiti sebagai pengembaraan seorang penulis di New York dalam komuniti rahsia ahli-ahli sihir serta penemuan makhluk mistik.

The Devil's Dolls
Tarikh Tayangan: 24 November 2016

The Devil's Dolls

Dalam tradisi Guatemala, ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyelesaikan masalah dengan menghasilkan `worry dolls`.

Tetapi ritual misteri yang sepatutnya tidak berbahaya itu menjadi permainan berdarah apabila dieksploitasi oleh seorang pembunuh bersiri.

Dia melakukan beberapa siri pembunuhan kejam dan membuatkan seorang detektif kesuntukan masa dalam menyelamatkan nyawa anak perempuannya.

Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!
Tarikh Tayangan: 24 November 2016

Upin Dan Ipin - Jeng Jeng Jeng!

Filem animasi Upin dan Ipin ini diarahkan oleh Erma Fatima dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.

The Warrior's Gate
Tarikh Tayangan: 24 November 2016

The Warrior's Gate

Seorang remaja mendapati dirinya telah tiba di China dengan kuasa magik, yang mana dia belajar menukar skil permainan videonya kepada skil seorang pahlawan Kung Fu.

Semoga terhibur..

BACA INI JUGA: 10 Pembikinan Filem Paling Mahal Hollywood Sehingga 2016!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon