Wednesday, April 01, 2020

Cara Tebus Data Internet Percuma Selama Tempoh PKP

Cara Tebus Data Internet Percuma Selama Tempoh PKP

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) pada 27 Mac lepas, turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat.

Internet Percuma PKP

Data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April ini dan boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan.

Jadi, anda akan memperoleh internet percuma tidak kira telco apa yang anda guna ketika ini.

Cara Memohon Internet Percuma Mengikut Syarikat Telco Di Malaysia

Kesemua pakej khas Internet Percuma daripada semua Telco ini akan bermula pada 1 April 2020 sehingga tempoh PKP tamat.

CELCOM

Celcom akan menawarkan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April hingga 14 April 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Ianya ditawarkan kepada semua pengguna postpaid, prepaid dan juga enterprise.

Ianya akan diberi secara automatik terus ke telefon anda bermula 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Tiada data yang dibawa ke hari seterusnya jika tidak digunakan sehingga habis.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.celcom.com.my.

DIGI

Pengguna Digi akan memperoleh data 1GB percuma bermula 8 pagi hingga 6 petang bermula 20 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kelak.

Ianya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan juga postpaid broadband. Anda perlu menebus data ini melalui aplikasi MyDigi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.digi.com.my/shop/digi-cares.

MAXIS

Maxis juga menawarkan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April 2020 hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Anda boleh guna bermula 8 pagi hingga 6 petang dengan kesemua pengguna Maxis, Hotlink Postpaid, Prepaid dan Maxis Business akan ditawarkan inisiatif ini.

Anda perlu menebus data percuma ini melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maxis.com.my.

U MOBILE

U Mobile akan menawarkan data percuma 1GB setiap hari bermula 1 April hingga tempoh KPK tamat. Ianya akan diaktifkan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

Pengguna akan menggunakan data ini dahulu sebelum data tersedia dan boleh juga digunakan sebagai hotspot.

Ianya hanya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan broadband kecuali WeChat go SIM plan.

Untuk aktfikan data percuma ini anda perlu ikuti langkah dibawah:

Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.u.com.my.

YOODOO

Pihak Yoodo juga menyediakan inisiatif sendiri dengan menawarkan 1GB data internet secara percuma setiap hari bermula 30 Mac hingga 14 April 2020. Ianya ditawarkan kepada pengguna aktif yang melanggan mana-mana pakej.

Data 1GB percuma tersebut akan digunakan terlebih dahulu kemudian barulah menggunakan data sedia ada. Ianya akan dimasukkan secara percuma ke dalam pakej data smartphone anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yoodo.com.my/covid19-initiative.

XOX MOBILE

Pengguna XOX Mobile juga tidak ketinggalan menerima internet percuma hasil daripada pakej PRIHATIN yang diperkenalkan oleh Kerajaan.

Kesemua pengguna XOX Mobile akan menerima data internet percuma 1GB jika anda tambah nilai sekurang- kurangnya RM30 bermula 23 Mac hingga 14 April 2020.

Anda perlu tambah nilai melalui salah satu cara ini iaitu sama ada menggunakan Black App, XOX FAST atau XOX Selfcare.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.xox.com.my.

UNIFI MOBILE

Bagi pengguna Unifi Mobile pula, mereka akan menerima tawaran internet percuma sebanyak 999gb dengan pas hotspot sahaja.

Tawaran ini telah ditawarkan sebelum ini sempena PKP dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ianya akan dikreditkan secara percuma terus ke pelan akaun anda.

Ianya ditawarkan kepada semua pengguna prepaid dan juga postpaid termasuk Unifi Mobile Postpaid (Unifi Mobile 99, webe RM79 dan Unifi Mobile Pek Jasa) dan Unifi Mobile Biz Postpaid (Unifi Mobile Biz 99 dan Unifi Mobile Biz 9).

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan Unifi Mobile.

TUNETALK

Kepada semua pelanggan Tune Talk dan Mitra, akan menerima data internet percuma 1GB setiap hari bermula 1 April hingga tamat tempoh PKP kelak. Anda boleh dapatkan data internet percuma ini bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Terlebih dahulu, anda perlu tebus buat kali pertama dengan menghantar SMS seperti dibawah dan akan dikreditkan secara percuma bagi hari-hari selepas itu.

SMS STAYHOME dan hantar ke 2222

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.tunetalk.com.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellokerja

Cara Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari KWSP (Covid-19)

Cara Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari KWSP (Covid-19)

Bermula 1 April 2020, pencarum KWSP kini boleh mengeluarkan RM500 sebulan dari akaun 2 sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat akibat penyebaran wabak Covid-19.

Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Sebelum ini, mungkin ramai beranggapan bahawa duit KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur persaraan atau untuk pembiayaan pembelian rumah sahaja.

Sebenarnya, pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran lebih awal berdasarkan jenis-jenis pengeluaran yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

PENGELUARAN i-LESTARI RM500 SEBULAN KWSP

Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah dan tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 bilion.

1. Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari.
  • Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

2. Konsep am Pengeluaran i-Lestari.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
  • Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.

Ilustrasi:
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

3. Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.
  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

4. Tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.
  • Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021).

5. Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.
  • Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
  • Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

6. Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?
  • Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.
  • Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

7. Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.
  • Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan.

8. Saluran penghantaran borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:
  • Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  • Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  • Secara hantaran pos kepada alamat:
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat.

  • Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.
  • Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.
  • Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

9. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
  • Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
  • Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

10. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
  • Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

11. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
  • Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini.
  • Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kwsp

Tuesday, March 31, 2020

Bagaimana Sabun Mampu Membunuh Covid-19?

Bagaimana Sabun Mampu Membunuh Covid-19?

Coronavirus mempunyai selaput lipoprotein (lipo = lipid), iaitu sejenis sebatian organik dan ini termasuklah lemak bagi melindungi genomnya (RNA) daripada persekitaran yang mungkin mengakibatkan ia tidak aktif.

Sabun Mampu Membunuh Covid-19

Selain itu, ia turut mempunyai struktur "spikes" glikoprotein yang memanjang keluar daripada kapsid iaitu pembentukan selaput protein.

Spike ini berfungsi sebagai sambungan yang membantu virus ini memasuki sel hidupan lain (termasuk manusia).

Persoalannya, bagaimana sabun mampu membantu membasmi dan membunuh Coronavirus?

Bentuk molekul sabun adalah seperti sperma atau berudu yang menjadikannya istimewa kerana molekul ini boleh dikatakan hibrid. Apa maksudnya?

Kepala molekul sabun adalah bersifat hidrofilik (sukakan air) manakala ekor molekul sabun bersifat hidrofobik (tak suka air tetapi sukakan minyak atau lipid.

Jadi, apabila bahagian ekor molekul sabun melekatkan dirinya pada dinding kapsid yang diperbuat daripada lipid itu tadi, molekul sabun akan menarik, seterusnya memecahkan lapisan kapsid yang melindungi genom Coronavirus.

Kemudian, kotoran pada tangan (kesan minyak dan sebagainya) serta bahagian-bahagian virus yang dipecahkan itu akan terperangkap dalam pembentukan buih kecil digelar micelle.

Apabila buih-buih sabun itu dibilas dengan air, kepala molekul sabun yang sukakan air sudah tentu akan "mengikut" kemana sahaja air pergi.

Ia seterusnya akan turut membawa pergi kotoran bersama-sama dengan bahagian-bahagian virus yang terperangkap di dalam micelle, seterusnya akan dimusnahkan.

Dan sebab itulah kenapa air basuhan baju dan sebagainya menjadi kotor, kerana molekul sabun telah menanggalkan kotoran dari apa yang kita basuh itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 Dan Semakan Kelayakan

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 Dan Semakan Kelayakan

Bantuan Prihatin Nasional adalah pemberian wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada pelbagai golongan di Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban pendapatan rakyat yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Bayaran BPN

Jadi, bagi anda yang belum memahami sepenuhnya untuk siapa Bantuan Prihatin Nasional ini diberikan, berikut kami kongsikan penjelasannya.

SEMAK KELAYAKAN ANDA ATAU DAFTAR PERMOHONAN BAHARU:

Apakah Itu Bantuan Prihatin Nasional?

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH).

Manakala bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Siapa Yang Layak Menerima BPN B40 & M40?

Kategori yang layak menerima BPN adalah seperti berikut:

1. Isi Rumah:
  • Kahwin atau;
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan;
  • Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.

2. Bujang:
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan;
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas) dan;
  • Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima BPN M40 adalah pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDN yang berstatus seperti berikut:

1. Isi Rumah:
  • Kahwin atau;
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian dan;
  • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2. Bujang:
  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian dan;
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas dan;
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

3. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Berapakah bayaran BPN yang akan diterima bagi golongan B40 dan M40?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

Isi Rumah berpendapatan RM0 – RM4,000:
  • Bayaran pertama RM1,000 (April).
  • Bayaran kedua RM600 (Mei).

Isu rumah berpendapatan RM4,001 – RM8,000:
  • Bayaran pertama RM500 (April).
  • Bayaran kedua RM500 (Mei).

Bujang berpendapatan RM0 – RM2,000:
  • Bayaran pertama RM500 (April).
  • Bayaran kedua RM300 (Mei).

Bujang berpendapatan RM2,001 – RM4,000:
  • Bayaran pertama RM250 (April).
  • Bayaran kedua RM250 (Mei).

Bilakah tarikh pembayaran BPN B40 & M40 boleh dibuat?

Tarikh pembayaran akan dibuat pada April dan Mei 2020

Bagaimanakah kaedah bayaran BPN B40 dan M40 ini dilaksanakan?

Kaedah bayaran BPN B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:
  • Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun atau;
  • Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
  • Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:
  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  • Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?

Bagi BPN B40:
  • Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.

Bagi BPN M40:
  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini ( > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

Bila dan bagaimana semakan status penerimaan BPN B40 dan M40 boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
  • Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan dan;
  • Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
  • Bantuan Sara Hidup (BSH).
  • Kementerian Kewangan Malaysia.

Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN B40 dan M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
  • Bantuan Sara Hidup (BSH).
  • Kementerian Kewangan Malaysia.

Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan BPN?

Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.

Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan BPN akan dilakukan?

Sekiranya permohonan baharu diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekali gus.

Jika pemohon bujang berstatus pelajar sepenuh masa, adakah layak menerima BPN B40 dan M40?

Tidak. Pemohon bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima.

Adakah penerima BPN B40 dan M40 yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?

Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekali gus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.

Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Adakah Wajib Pakai Topeng Muka Elak Covid-19?

Adakah Wajib Pakai Topeng Muka Elak Covid-19?

Situasi wabak sememangnya telah menimbulkan pelbagai isu, antaranya adalah topeng muka yang mahal, berikutan tindakan pembelian panik yang terjadi pada fasa awal wabak virus Covid-19 dan walaupun ramai yang berpusu-pusu ke pasar raya dan farmasi membeli topeng muka, timbul persoalan yang ingin dibangkitkan kali ini.

Topeng Muka Covid-19
Gambar hiasan.

Adakah wajib bagi setiap individu untuk memakai topeng muka sekiranya ingin mengelakkan jangkitan Covid-19?

Topeng muka mahal dan menjadi rebutan, perlu ke pakai?

Penggunaan topeng muka, walaupun boleh mengelakkan penularan wabak jika dipakai oleh individu yang sakit, tidak begitu efektif jika tidak disertakan dengan amalan mencuci tangan secara kerap.

Bekalan topeng yang dijual di pasaran juga semakin berkurangan, dengan pihak pengeluar sedang berusaha keras untuk menghasilkan lebih banyak topeng muka.

Terdapat kilang yang kini beroperasi selama 24 jam bagi memastikan jumlah permintaan alat perlindungan ini dapat dipenuhi.

Dan perkara tersebut pasti akan menyebabkan kenaikan kos operasi dan seterusnya, maka harga topeng muka yang mahal akan dijual kepada pengguna, lama-kelamaan stoknya pun akan berkurangan.

Hakikatnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan panduan pemakaian topeng muka di laman sesawangnya untuk rujukan orang ramai.

Panduan Yang Betul Pemakaian Topeng Muka:
  • Individu sihat tidak perlu memakai topeng muka. Ia hanya perlu dipakai sekiranya individu tersebut menjaga orang sakit.
  • Jika anda mengalami simptom batuk dan bersin, pakai topeng muka.
  • Pastikan anda mencuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer yang mempunyai kepekatan alkohol setinggi 60% dan ke atas. Penggunaan topeng muka hanya efektif sekiranya dua amalan ini digandingkan bersama.
  • Pakai dengan cara yang betul dan buang setelah pakai. Jangan guna semula topeng muka yang telah dipakai.

Tidak Perlu Memakai Topeng Muka

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, turut memberikan nasihat dalam sidang media COVID-19 supaya orang sihat tidak memakai topeng muka.

Amalan jarak sosial dan cuci tangan secara kerap sudah cukup bagi menghindari wabak tersebut.

Tiada kajian sokongan keberkesanan topeng muka

Terdapat percanggahan pada isu kepentingan memakai topeng muka dalam kalangan pakar sendiri.

Menurut Dr William Schaffner, Profesor Penyakit Berjangkit di Universiti Vanderbilt, topeng muka tidak memberikan perlindungan yang mutlak kepada pengguna kerana lazimnya, mereka yang memakai topeng muka tidak menggunakannya dengan betul.

Jika pemakaian topeng diwajibkan kepada semua individu, maka pekerja kesihatan frontliner akan menghadapi masalah bekalan kelak.

Dan tidak banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan topeng muka dalam menghindarkan penyakit yang melibatkan saluran pernafasan.

Keutamaan seharusnya diberikan kepada sektor kesihatan berbanding dengan penggunaan kasual dalam komuniti setempat.

Amalan basuh tangan dan jarak sosial sudah mencukupi untuk menghindarkan jangkitan Covid-19.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Cara Daftar Bantuan Prihatin Nasional

Cara Daftar Bantuan Prihatin Nasional

Pada 27 Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada pelbagai golongan termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pemandu, pesara kerajaan, kakitangan awam dan lain-lain lagi.

Daftar Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan kewangan ini adalah bertujuan untuk meringankan pendapatan rakyat yang terjejas teruk akibat Coronavirus Covid-19.

Secara ringkasnya, cara memohon Bantuan Prihatin Nasional ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori yang tidak perlu memohon dan kategori yang perlu mohon.

1. Siapa yang TIDAK PERLU memohon?

Berikut ialah ringkasan mengenai golongan yang TIDAK PERLU membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
  • Jika anda suami isteri telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak perlu memohon BPN.
  • Oleh itu, jika anda pernah menerima BSH sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan baru BPN.
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah BSH.

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
  • Jika anda suami isteri telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), anda tidak perlu memohon BPN.
  • Oleh itu, jika anda pernah membayar cukai pendapatan sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan baru BPN.
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
  • Jika anda telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak perlu memohon BPN.
  • Oleh itu, jika anda pernah menerima BSH sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan baru BPN.
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah BSH.

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
  • Jika anda telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), anda tidak perlu memohon BPN.
  • Oleh itu, jika anda pernah membayar cukai pendapatan sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan baru BPN.
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.

2. Siapa yang PERLU memohon?

Berikut ialah ringkasan mengenai golongan yang PERLU membuat permohonan BPN.

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah memohon BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini.

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Anda perlu membuat permohonan baru BPN jika tidak pernah membayar cukai pendapatan di LHDN.

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah memohon BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Anda perlu membuat permohonan baru BPN jika tidak pernah menerima BSH sebelum ini.

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru BPN.

Link untuk buat permohonan adalah seperti berikut: https://bpn.hasil.gov.my/

Semoga penerangan mengenai cara memohon Bantuan Prihatin Nasional di atas adalah jelas.

Cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
  • Jika ada berada di dalam kategori ini, wang bantuan BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH.

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
  • Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
  • Jika ada berada dalam kategori ini, duit BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH.

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
  • Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: therohani

Sunday, March 22, 2020

Permaisuri Roxelane: Wanita Yang Membantu Kegemilangan Empayar Uthmaniyyah

Permaisuri Roxelane: Wanita Yang Membantu Kegemilangan Empayar Uthmaniyyah

Semasa era Sultan Suleiman al-Qanuni, Empayar Turki Uthmaniyyah berada di puncak kegemilangannya, meliputi Belgrade di Eropah hingga ke Mekah di selatan dengan Baghdad di sebelah timur sehinggalah Algeria di sebelah barat.

Permaisuri Roxelane

Era pemerintahan Sultan Suleiman turut menyaksikan pelbagai bentuk reformasi perundangan, ekonomi dan sosial sehingga baginda digelar Magnificent atau Mengagumkan oleh pihak Barat.

Tetapi, kejayaan ini tidak akan hadir tanpa kelibat wanita yang menjadi tulang belakang kejayaannya, Hurrem Sultan.

Haseki Hurrem Sultan atau nama sebenarnya Aleksandra Lisowska sebenarnya seorang wanita berbangsa Ukraine dan dilahirkan di Ruthenia, barat Ukraine pada tahun 1505 semasa wilayah tersebut masih diperintah kerajaan Poland.

Selain dikenali sebagai Hurrem Sultan, dia juga dikenali dengan nama Roxelane/Roxalana yang bermaksud 'Wanita dari Ruthenia'. Sementara nama Turkinya bermaksud wanita yang periang atau suka ketawa.

Pada usia 12 tahun, Roxelane ditangkap oleh tentera berkuda Crimea dan dibawa ke Islambul untuk dijual sebagai hamba.

Ada dua versi bagaimana Roxelane boleh sampai di istana. Pertama, satu versi menyatakan Roxelane dijadikan hadiah oleh rakan baik sultan, Ibrahim Pasha kepada Sultan Suleiman.

Sementara satu lagi versi merujuknya sebagai penenun kain di bahagian basuhan istana di mana ketika menenun, Hurrem akan menyanyi lagu rakyat negara asalnya.

Pada satu hari, Sultan Suleiman melalui tempat basuhan apabila dia mendengar seseorang menyanyi dan melagukan lagu-lagu Ukraine.

Sultan Suleiman yang berkebolehan berbahasa Slavik berhenti untuk berbual dengannya dan terus jatuh cinta kepada Hurrem.

Memang benar lelaki dan wanita Ukraine mempunyai wajah yang rupawan tetapi Hurrem memiliki paras rupa biasa-biasa sahaja.

Namun, itu ditampung dengan kebijaksanaannya menangani pelbagai masalah yang datang termasuk isu politik istana.

Ramai sejarawan menyifatkan Hurrem sebagai salah satu faktor kejayaan yang berlaku semasa era Suleiman al-Qanuni.

Sebelum bergelar isteri kepada Sultan Suleiman, Hurrem masih lagi berstatus haseki (ibu kepada putera sultan) walaupun selepas melahirkan anak pertamanya dengan baginda, Mehmed.

Justeru sebelum berkahwin, Hurrem meminta agar dia dimerdekakan terlebih dahulu, satu keinginan yang segera dipenuhi Suleiman.

Apabila syarat tersebut dipenuhi dan kedua-duanya disatukan, ia menjadikan Hurrem sebagai haseki pertama yang berkahwin dengan seorang pemerintah Uthmaniyyah.

Sultan Suleiman juga turut memecah tradisi satu isteri, satu anak dengan mempunyai enam cahaya mata bersama Hurrem dan juga haseki pertama yang tidak mengikut anaknya, Mehmed yang ditugaskan menjadi pentadbir di Manisa.

Ini kerana mengikut tradisi Uthmaniyyah, putera-putera Uthmaniyyah bersama bonda mereka dihantar ke daerah-daerah di luar Islambul bukan saja untuk menimba ilmu bahkan untuk menimba pengalaman sebagai pentadbir.

Namun, itu tidak berlaku kepada Hurrem yang memilih untuk kekal di Islambul berikutan keinginan Sultan Suleiman yang mahukannya di sisi bukan saja sebagai isteri tetapi juga sebagai penasihat.

Selepas satu kebakaran yang memusnahkan istana lama, satu istana baru yang menghadap lautan dibina iaitu Istana Topkapi.

Istana ini bukan sekadar kediaman sultan tetapi juga sebagai pusat pentadbiran Empayar Turki Uthmaniyyah.

Dan mengikut tradisi Uthmaniyyah yang bermula semasa era Mehmed II, tiada wanita dibenarkan tinggal di istana yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan.

Namun, semua itu berubah semasa era Sultan Suleiman di mana baginda membenarkan Hurrem tinggal bersamanya dan membenarkan harem istana lama dipindahkan ke Topkapi.

Bila bonda Suleiman, Hafsa Sultan mangkat pada tahun 1534 dan isteri pertama baginda, Mahidevran memilih mengikut puteranya Mustafa, ini meninggalkan Hurrem sebagai satu-satunya wanita paling berkuasa dalam istana.

Apabila Suleiman berangkat ke perbatasan untuk mengikuti operasi-operasi ketenteraan, baginda kekal di istana sebagai mata dan telinga suaminya yang tercinta.

Hurrem selalu berutus surat dengan Suleiman di mana kebanyakan surat bukan sekadar luahan perasaan romantis antara mereka tetapi juga berkenaan soal hal ehwal negara seperti perkembangan terbaru di Islambul dan isi perbincangan Hurrem dengan penasihat-penasihat Suleiman.

Salah satu perkara penting yang disumbangkan Hurrem ialah mengeratkan lagi hubungan Empayar Turki Uthmaniyyah dengan kerajaan Poland semasa era pemerintahan Raja Sigismund II Augustus, yang memerintah dari 1548 hingga 1572.

Namun, tempohnya sebagai penasihat turut diselubungi kontroversi apabila dikatakan terlibat dalam pembunuhan Perdana Menteri, Pargali Ibrahim Pasha (1536) dan pembunuhan putera sulung Suleiman merangkap anak tiri Hurrem, Mustafa (1553).

Bagaimanapun, usah percaya bulat-bulat kisah-kisah ini kerana kebanyakan kisah yang direkodkan berdasarkan pendapat orang luar dan intepretasinya berdasarkan kefahaman sesiapa yang mendengarnya.

Contohnya, dalam pembunuhan Mustafa, kisah yang dibawa oleh Paolo Giovio dan Luidgi Bassano diambil dari sumber khabar angin.

Namun, itu tidak bermakna Mustafa seharusnya layak menduduki takhta. Ini kerana berdasarkan keterangan sejarawan, dia seorang yang cuai dan kurang sabar, dua ciri yang mengecualikannya sebagai calon sultan.

Sultan Suleiman juga tidak teragak-agak menghukum putera Hurrem sendiri iaitu Bayezid kerana melancarkan pemberontakan terhadapnya.

Walaupun ia merupakan sesuatu yang sukar kerana mengingatkan Sultan Suleiman terhadap cinta sejatinya itu, demi kebaikan dan perpaduan jangka panjang empayar, ia perlu dilakukan.

Ini telah membawa kepada hukuman mati ke atas Bayezid dan empat puteranya di ibu negara kerajaan Safavid, Qazvin, pada tahun 1561.

Perkara ini terhasil melalui ikrar Suleiman terhadap pemerintah Safavid, Shah Tahmasp I untuk mengukuhkan kembali Perjanjian Amasya dan mengembalikan semula hubungan kedua-dua kerajaan. Ini membuka ruang kepada Selim II menaiki takhta pada tahun 1566.

Di sebalik semua ini, itu tidak menghalangnya menyumbang kepada pembangunan sekitar empayar dengan meniru model sumbangan isteri Khalifah Harun ar-Rashid dari kerajaan Bani Abbasiyyah, Zubaidah binti Jaafar.

Seperti Zubaidah, Sultan Suleiman turut melaksanakan projek berorientasikan kebajikan dari Mekah hingga Baitulmaqdis, seperti dapur Menara Haseki Sultan (Baitulmaqdis), dapur Menara Haseki Hurrem (Mekah), Kompleks Haseki Sultan di Istanbul yang terdiri daripada sebuah masjid, madrasah, sebuah pancuran air dan sebuah hospital wanita serta dua buah kompleks masjid di Adrianopole dan Ankara.

Kebanyakan seni bina bangunan ini dibuat oleh ketua arkitek diraja, Mimar Sinan.

Pada tahun 1558, Hurrem Sultan kembali ke hadrat Penciptanya dan dimakamkan di kawasan laman Masjid Suleymaniye, masjid sama yang mendapat sentuhan Mimar.

Berdasarkan satu legenda, selepas kemangkatan Hurrem, Suleiman merasa terlalu sedih hingga berasa tidak selesa menikmati kehidupan.

Pada tahun 1586, baginda mangkat selepas terlibat dalam Pertempuran Szigetvar sebagai sebahagian daripada usahanya menakluk Vienna.

Dengan kemangkatan Sultan Suleiman, takhta Empayar Turki Uthmaniyyah diisi oleh Selim II dan baginda dimakamkan bersebelahan makam Hurrem di Masjid Suleymaniye.

Sementara itu, legasi Hurrem masih dirasai sehingga ke hari ini dari Turki hinggalah ke Ukraine.

Pada tahun 2007, komuniti Muslim di Mariupol, Ukraine menamakan sebuah masjid sempena namanya.

Sementara di kaca televisyen, watak Hurrem dibawa oleh Gulben Ergen (minisiri Hurrem Sultan/2003), Meryem Uzerli dan Vahide Percin (Magnificent Century/2011-2014).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, March 20, 2020

Istighfar Ketika Ditimpa Musibah, Allah Pasti Tunjukkan Jalan Penyelesaiannya

Istighfar Ketika Ditimpa Musibah, Allah Pasti Tunjukkan Jalan Penyelesaiannya

Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap, dilanda wabak penyakit dan pelbagai lagi cabaran hidup.

Istighfar ketika susah

Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar.

Firman Allah yang bermaksud, "Sehingga Aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)." (Surah Nuh, ayat 10-12)

Firman Allah itu pasti membuatkan kita bertambah bersemangat untuk selalu memohon keampunan Allah. Kayanya Allah, Dia bukan sahaja menjanjikan keampunan-Nya, bahkan menjanjikan kekayaan daripada limpah kurnia-Nya yang luas.

Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya.

Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Para ulama yang dekat dengan cara fikir al-Quran dan al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini. Ibnu Kathir berpesan, "Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan: memudahkan rezekinya, memudahkan urusannya dan menjaga kekuatan jiwanya.

Ibnu Qayyim pula berkata: "Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya."

Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.

Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.

Kalimat zikir sering diucapkan Nabi SAW memiliki banyak keutamaan lain jika diamalkan. Ada beberapa kisah menceritakan bagaimana ajaib amalan istighfar dalam kehidupan.

Seorang pakar bedah kardiotorasik terkenal dari Mesir, Dr Khalid Abdul Aziz Al-Jubair menulis sebuah buku bertajuk Kesaksian Seorang Doktor iaitu versi terjemahan.

Beliau menceritakan masalah yang dialami dan bagaimana Allah menyelamatkannya dengan keberkatan istighfar.

Dr Khalid Al-Jubair mendapat fitnah daripada beberapa rakan sekerjanya. Fitnah itu cukup berat dan jika dapat dibuktikan, jawatannya akan terancam.

Seterusnya beliau akan dipencenkan dan tidak dibenarkan lagi berkhidmat untuk merawat pesakit.

Komplot fitnah itu dilakukan dengan cukup teliti. Mereka semuanya berpakat untuk menjadi saksi dan mencipta bukti kukuh.

Dr Khalid berasa dia tidak berupaya melawan fitnah itu dan mulai murung. Dia hanya mampu mencari Allah.

Seterusnya, keajaiban berlaku pada saat-saat akhir. Allah mendatangkan ilham pada saat dia di masjid untuk menunaikan solat fardu.

"Selama ini orang datang kepadaku dengan harapan yang besar agar aku mengubati mereka. Kini aku juga mempunyai harapan yang besar. Seharusnya aku datang kepada-Nya dan meminta pertolongan daripada-Nya," kata beliau sendirian.

Kemudian beliau teringat kelebihan istighfar. Dia segera melafazkan kalimah zikir itu sebanyak mungkin.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan juga ke hospital beliau tidak henti-henti melafazkan kalimat berkenaan.

Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum, wa atubu ilaih, bermaksud, "Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya." (Riwayat al-Hakim dari Ibnu Mas’ud dan At-Tirmidzi dari Bilal bin Yasar bin Zaid)

Selepas itu, ada perasaan hebat menyelubungi jiwanya. Beliau seakan-akan mengalami sentuhan spiritual sehingga perasaan resah dan berserabut kerana fitnah itu terus hilang.

Tidak lama selepas itu, semua tuduhan dikenakan ke atas beliau digugurkan kerana tidak dapat dibuktikan. Namanya dibersihkan dan beliau bebas untuk berkhidmat seperti biasa.

Rakan-rakannya yang melakukan komplot fitnah pula turut menerima hukuman.

Sebahagian daripada mereka ditamatkan perkhidmatan, ada juga yang dilucutkan jawatan dan ada yang dipindahkan ke bahagian lain. Sebahagian yang lain pula datang kepadanya dan memohon maaf.

Ibnu Qayyim pula mengisahkan; "Aku sering menyaksikan guruku, Syaikhul Islam (Ibnu Taimiyah) ketika menghadapi masalah-masalah berat, beliau segera bertaubat kepada Allah, memperbanyakkan istighfar, bersandar kepada-Nya dan mengharap turunnya kebenaran dari-Nya.

"Biasanya tidak lama selepas itu, bantuan daripada Allah pun turun mencurah-curah sehingga beliau boleh memilih mana-mana sahaja jalan penyelesaian yang beliau mahu."

Ibnu Taimiyah sendiri berkata, "Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang membuatkan aku berasa buntu, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih kurang, sampai Allah bukakan dan pecahkan masalah masalah untukku."

Doa ketika ditimpa musibah

Ada sebuah mutiara kisah yang cukup manis untuk diamalkan. Kisah itu dipetik daripada kitab Tafsir al-Maraghi, hasil tulisan ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi.

Kisah iktibar itu mengenai tabi'in bernama Hasan al-Basri. Beliau sering didatangi segenap lapisan masyarakat bertanyakan hukum agama dan meminta nasihat.

Satu hari, seorang lelaki datang mengadu kepadanya kerana masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, "Istighfarlah kepada Allah."

Kemudian beliau didatangi seorang mengadu masalah ketiadaan zuriat. Beliau menjawab, "Istighfarlah kepada Allah."

Kemudian datang seorang lelaki mengadu kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, "Beristighfarlah kepada Allah."

Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya.

Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, "Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar."

Hasan al-Basri menjawab, "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu."

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Oleh itu, apa sahaja masalah yang datang, 'halau' ia dengan istighfar. Insya-Allah, dengan membawa hati kembali kepada Ilahi, masalah akan berlalu pergi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Wednesday, March 18, 2020

Pampasan RM600 Sebulan Pekerja Pendapatan Bawah RM4,000 Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Pampasan RM600 Sebulan Pekerja Pendapatan Bawah RM4,000 Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu yang diumumkan kerajaan malam tadi dibuat bagi mengekang penularan wabak Covid-19, namun pada masa sama ia menimbulkan persoalan tentang kesan yang bakal dihadapi oleh tenaga kerja.

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah yang berkuat kuasa mulai 18 Mac ini bakal menyaksikan penutupan semua premis kerajaan dan swasta, kecuali perkhidmatan penting. Bermakna, kebanyakan pejabat diarahkan tutup.

"Apa akan terjadi kepada pendapatan peniaga dan gaji para pekerjanya? Adakah ia akan ditanggung oleh kerajaan?" soal bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Sesetengah pekerja di sektor swasta yang dihubungi Malaysiakini memberitahu, syarikat mereka memberi arahan agar mereka bekerja dari rumah. Bagaimanapun, bukan semua kerja mempunyai keanjalan sedemikian.

Penularan Covid-19 sebelum ini memberi kesan terhadap pekerja industri pelancongan dan penerbangan. Ramai yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Kerajaan berkata ia akan membayar RM600 sebulan selama enam bulan buat pekerja berpendapatan bawah RM4,000 yang bercuti tanpa gaji.

Beri kesan besar

Bagaimanapun, pengumuman itu hanya membabitkan peruntukan RM120 juta untuk menampung kira-kira 33,000 pekerja.

Tidaklah jelas bagaimana kerajaan akan mengembangkan pakej itu buat pekerja yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan. Adakah kosnya mampu ditampung kerajaan?

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh, turut menyuarakan kebimbangan bagaimana perintah kawalan pergerakan itu akan memberikan kesan kepada mereka yang meraih pendapatan secara harian.

Selain menutup semua pejabat yang tidak termasuk dalam perkhidmatan penting, perintah kawalan pergerakan itu turut melarang rakyat keluar dari Malaysia.

Ini boleh memberi kesan signifikan buat warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura. Lim menganggarkan ia akan melibatkan sehingga kira-kira 300,000 pekerja.

Adun Parit Yaani di Johor, Aminolhuda Hasssan, berkata kerajaan perlu memberi penjelasan terperinci mengenai hal berkenaan.

"Kerajaan sudah berbincangkah dengan pihak berkuasa Singapura?" soalnya ketika dihubungi.

Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, memberitahu Malaysiakini bahawa perbincangan akan dilakukan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik buat rakyat Johor.

Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing, berkata perniagaan yang terjejas dengan larangan itu mungkin perlu menjalankan pelan sokongan untuk kesinambungan perniagaan mereka.

Kes direkodkan naik ketara

"Perniagaan yang menggaji pekerja Malaysia yang berulang-alik antara Singapura dan Malaysia setiap hari mungkin perlu menjalankan pelan sokongan untuk kesinambungan perniagaan mereka.

"Jika mereka perlukan bantuan, mereka patut hubungi agensi ekonomi (di Singapura) yang sentiasa bersedia untuk membantu," katanya di Facebook.

Tambahnya lagi, Singapura akan terus berhubung dengan Putrajaya dan keutamaan mereka adalah untuk memastikan rakyat dan perniagaan di Singapura dapat meneruskan kehidupan serta mata pencarian mereka.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka menjawab soalan-soalan yang berlegar tentang perintah berkenaan hari ini. Talian khidmat pelanggan juga akan diaktifkan bermula 12 tengah hari ini.

Perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa esok, Rabu, 18 Mac, sehinggalah 31 Mac.

Keputusan itu diambil setelah negara menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19, dengan 533 kes dilaporkan semalam.

Perkhidmatan penting yang akan terus beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan itu adalah air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Tuesday, March 17, 2020

Kenapa Imun Tubuh Kanak-kanak Lebih Kuat Menentang Covid-19 Berbanding Orang Dewasa?

Kenapa Imun Tubuh Kanak-kanak Lebih Kuat Menentang Covid-19 Berbanding Orang Dewasa?

Kes baharu Covid-19 sudah menjangkiti ratusan ribu individu diseluruh dunia, manakala jumlah kematian hampir mencecah angka ribu, kebanyakannya melibatkan golongan yang mempunyai sistem imun tubuh yang lemah.

Kanak-kanak imun covid-19

Namun, sedarkah anda golongan kanak-kanak hanya merangkumi kurang 1% daripada jumlah keseluruhan mereka yang telah disahkan positif Covid-19? Tiada satu pun kanak-kanak berusia di bawah 9 tahun dilaporkan mati akibat virus ini di China.

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli akademik, bahkan kerisauan terhadap potensi mereka untuk menyebarkannya kepada individu lain tanpa pengetahuan mereka.

Terdapat 2 teori yang menerangkan sebab di sebalik peningkatan jumlah kes dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak.

Risiko kematian pesakit Covid-19 meningkat mengikut usia

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di China, dalam kalangan 44,672 pesakit, hanya 416 merupakan kes Covid-19 pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

Jumlah tersebut merangkumi 0.9% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif.

Memandangkan Covid-19 mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, sukar untuk kita tentukan jika kanak-kanak yang terdedah mempunyai jangkitan tersebut atau tidak.

Tambahan pula, terdapat individu yang dijangkiti oleh Covid-19 namun tidak menunjukkan sebarang simptom yang dalam situasi ini, penyebaran virus boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa disedari oleh pembawa virus.

Bagi individu berusia di antara 10 hingga 19 tahun, kes kematian Covid-19 pada kanak-kanak hanya melibatkan seorang daripada 549 kes yang didiagnosis.

Seperti jangkitan lain, kadar kematian bagi mereka yang dijangkiti meningkat mengikut usia individu, dengan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah mempunyai kadar kematian kurang daripada 2%.

Apabila kita beralih kepada populasi yang berusia di antara 60 hingga 79 tahun, risiko kematian meningkat secara mendadak kepada 30%.

Konsepnya mudah sahaja. Semakin lemah sistem pertahanan badan seseorang itu, semakin berisikolah mereka untuk mendapat jangkitan serius Covid-19.

Persoalannya, mengapa Covid-19 pada kanak-kanak sukar berlaku walaupun mereka mempunyai sistem imun yang lemah? Mengapa mudah sangat jumlah kes positif dalam kalangan orang dewasa meningkat?

TEORI

Terdapat dua teori yang diusulkan oleh ahli akademik berkenaan dengan sebab kepada peningkatan jumlah orang dewasa yang mendapat jangkitan tersebut.

Teori 1 – Sistem imuniti semula jadi vs sistem imuniti penyesuaian

Sistem imuniti badan, secara mudahnya, boleh dibahagikan kepada 2.

Sistem imuniti semula jadi (innate immunity) menggunakan sel darah putih bagi membanteras kemasukan bakteria atau virus asing ke dalam badan.

Jika dibandingkan dengan sistem imuniti penyesuaian, ia dianggap sebagai satu sistem yang kurang efektif untuk melawan mikroorganisma berbahaya.

Sistem imuniti penyesuaian (adaptive immunity) merupakan sistem pertahanan badan yang dicipta berdasarkan pendedahan terhadap agen berbahaya.

Sebagai contoh, kemasukan virus ke dalam badan buat kali pertama menyebabkan terhasilnya antibodi spesifik kepada virus yang menyebabkan permasalahan tersebut.

Jika badan diserang oleh virus yang sama buat kali kedua, antibodi akan bertindak dengan pantas.

Apabila usia seseorang itu meningkat, sistem imuniti penyesuaian mereka lebih efisien berbanding dengan sistem imuniti semula jadi.

Ini berbeza dengan golongan kanak-kanak yang lebih bergantung kepada sistem imuniti semula jadi untuk membasmi kuman.

Mekanisme bagi kedua-dua sistem ini agak berbeza.

Oleh sebab Covid-19 merupakan virus baharu, penghasilan antibodi baharu akan mengambil masa yang agak lama. Kesannya, orang dewasa dan golongan tua lebih terdedah untuk mendapat jangkitan virus tersebut.

Bagi golongan kanak-kanak pula, hampir kesemua virus dianggap sebagai virus baharu. Sistem imuniti semula jadi akan bertindak ke atas semua jenis jangkitan dengan menghantar sel darah putih sebagai agen pembasmi kuman utama.

Kesannya, kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan.

Teori 2 – Pembawa Covid-19 dalam diam

Oleh sebab kanak-kanak jarang mendapat jangkitan, mereka boleh menjadi perumah kepada virus korona sebelum menular kepada individu lain.

Virus Covid-19 (termasuk dengan subjenis lain) merupakan virus yang lazim menjangkiti kanak-kanak menyebabkan simptom selesema. Lebih parah lagi jika kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom.

Ibu bapa tidak akan membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya tiada tanda yang menunjukkan mereka dijangkiti, menjadikan mereka penyebar virus utama kepada orang dewasa terutamanya golongan berisiko tinggi.

Ini termasuklah orang tua, penghidap penyakit kronik dan mereka yang mengalami masalah sistem imun badan lemah.

Menurut Dr Malik Peiris, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Universiti Hong Kong, kanak-kanak masih boleh mempunyai jangkitan tersebut, namun mereka tidak sakit atau mengalami simptom berkaitan dengan jangkitan itu.

Oleh sebab perkara ini masih lagi baru, kajian lanjut perlu dijalankan bagi membuktikan keberkesanan kedua-dua teori yang dikemukakan.

Kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan namun, mereka mampu menyebarkannya kepada individu lain sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

Terapkan amalan mencuci tangan secara kerap dalam kalangan anak-anak anda dan pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya disyaki mengalami jangkitan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket