Thursday, March 05, 2020

Virus Covid-19 Mampu Hidup Seminggu 'Di Luar Rumah', Pengguna Smartphone Disaran Kerap Bersihkan Skrin!


Pengguna telefon pintar dinasihatkan untuk sentiasa membersihkan skrin telefon bagi mengelakkan penyebaran wabak koronavirus atau Covid-19, kerana menurut penyelidik, virus yang boleh menyebabkan kematian ini mampu bertahan di permukaan rata dalam jangka masa seminggu, kecuali jika ia dibersihkan dengan betul.

Sebaran Covid-19

Profesor William Keevil, dari University of Southampton berkata, "Anda boleh mencuci tangan, tetapi jika anda mula menyentuh skrin telefon pintar dan kemudian menyentuh wajah, anda berpotensi untuk mendapat jangkitan".

Sementara itu, ahli akademik lain, Profesor Peter Hall dari Universiti Waterloo menyarankan orang ramai untuk membersihkan telefon mereka pada waktu makan tengah hari dan sekali lagi pada waktu makan malam.

Mengikut kajian, setiap individu memegang telefon mereka 2,600 kali sehari dan menggunakannya sekitar 76 kali.

Pengeluar jenama telefon pintar terkenal, Apple, menyarankan agar pembersihan permukaan telefon dilakukan dengan kain microfiber dan air sabun, tetapi pakar kesihatan mengatakan tisu basah yang mengandungi alkohol lebih baik untuk menghapuskan virus.

Profesor Mike Barer dari University of Leicester berkata, sebarang permukaan yang tercemar kerana batuk, bersin atau bahkan pernafasan adalah amat berpotensi untuk membolehkan virus itu menular.

Hampir Berbunuhan Gara-gara berebut Tisu Tandas

Pasaraya Woolworths
Polis terpaksa dipanggil.

Hanya kerana tisu tandas, satu pertengkaran membabitkan beberapa pengunjung sebuah pasaraya hampir mencetuskan tragedi berdarah!

Menurut seorang saksi, pada mulanya dia hanya mendengar pertengkaran namun kemudian keadaan menjadi semakin kecoh selepas ada di antara pengunjung pasaraya mengeluarkan pisau.

"Bila ada yang mula menggunakan pisau, orang ramai mula berlari," kata saksi berkenaan.

Polis di Sydney, Australia, kemudian dipanggil ke pasaraya Woolworths ekoran kekecohan itu.

Menurut pegawai polis, seorang pekerja pasaraya memberitahu bahawa salah seorang yang terlibat dalam kekecohan itu membawa pisau. Bagaimanapun, tiada kecederaan jiwa dilaporkan.

Kertas tandas mencatatkan peningkatan permintaan dan pasaraya Woolworths menghadkan pembelian sehingga empat pek bagi setiap pelanggan.

Ia menjadi antara barang yang mendapat permintaan paling tinggi di kala wabak Covid-19 sedang menular dan pelanggan mula menyimpan pelbagai barang sebagai persediaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon