Wednesday, December 25, 2019

Misteri Menara Jam Lago deResia Di Tasik Lake Reschen!

Misteri Menara Jam Lago deResia Di Tasik Lake Reschen!

Sebuah menara misteri yang terletak disebuah tasik, Lake Reschen, Itali, sememangnya menjadi tanda-tanya kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Tasik ini merupakan tasik buatan manusia terbesar di Itali dengan kapasiti 120 juta meter padu.

Misteri Lago deResia
Lago deResia.

Namun, siapa menyangka disebalik tasik ini, dahulunya merupakan sebuah perkampungan indah yang didiami manusia, yang diberi nama Kampung Graun dan terletak di wilayah Vitchgau, Itali.

Perkampungan itu menempatkan 163 buah rumah dan sebuah gereja yang unik seni binanya serta lengkap dengan menara loceng.

Gereja itu dikenali sebagai 'Church of Altgraun' dan terkenal dikalangan masyarakat tempatan.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani dan penternak sehinggalah semuanya berubah sekelip mata.

Pada tahun 1939, sebuah syarikat elektrik terbesar ketika itu, Montecatini, yang kini dikenali sebagai Edison Energia, merancang untuk membina sebuah tasik buatan sedalam 22 meter.

Dengan tujuan pembinaan untuk menjana kuasa elektrik, tasik buatan yang bakal dibina akan menyatukan dua buah tasik semulajadi berdekatan perkampungan tersebut iaitu Tasik Reschensee dan Tasik Mittersee.

Bagaimanapun, rancangan tersebut mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan.

Ini kerana jika kedua-dua tasik bercantum, ia akan mengakibatkan banjir besar dan perkampungan mereka bakal tenggelam.

Malangnya, tentangan mereka tidak diendahkan oleh syarikat tersebut dan pembinaan tetap diteruskan pada bulan April 1940.

Namun, kerja pembinaan hanya sementara apabila penduduk tempatan menentang sekeras-kerasnya dan dikatakan telah berlaku peperangan yang menyebabkan pembinaan terbengkalai separuh jalan.

Pada bulan Julai 1950, bahagian utama gereja diperkampungan itu telah dirobohkan dan puncanya tidak diketahui sehingga sekarang.

Dikatakan, ia adalah agenda syarikat tersebut untuk meneruskan perancangan untuk membina tasik tetapi yang peliknya menara jam tidak pula dirobohkan.

Akhirnya pada hujung tahun 1950an, perkampungan berdekatan tasik buatan ini, Graun dan Reschen, lama-kelamaan tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda.

Punca banjir dikatakan akibat pembinaan tasik yang terbengkalai dan kesannya, semua rumah dan tanah seluas 523 hektar tenggelam.

Apa yang tinggal hanyalah menara jam sisa runtuhan gereja yang dirobohkan sebelum itu.

Sehingga kini menara itu masih kelihatan dan dianggap misteri kerana kedudukannya ditengah-tengah tasik.

Kini, menara jam itu dikenali sebagai Lago deResia dikalangan masyarakat tempatan dan jika dilihat sekali imbas, menara tersebut seolah-olah terapung dipermukaan tasik.

Hakikatnya, menara jam tersebut sebenarnya tenggelam separuh.

Apa yang menarik, menara jam kurun ke-14 ini juga masih kelihatan utuh berbanding usianya.

Malah, sehingga kini ia masih boleh dilihat diatas permukaan air setinggi 20 kaki.

Ketika musim sejuk, ketika tasik membeku, menara jam itu boleh dikunjungi sesiapa saja dengan hanya berjalan kaki. Ia juga menjadi salah satu daya tarikan yang menjadikannya sebagai lokasi untuk dilawati.

Namun, disebalik keunikan itu, terdapat satu misteri yang belum dapat dirungkai sehingga sekarang.

Menurut lagenda, bunyi loceng dari menara jam masih lagi kedengaran pada waktu malam terutamanya ketika musim sejuk.

Yang peliknya, loceng yang ada dimenara jam itu telah dialihkan pada 18 Julai 1950, seminggu sebelum gereja dirobohkan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tragedi Hari Natal, Kenapa Charlie Bunuh Mereka?

Tragedi Hari Natal, Kenapa Charlie Bunuh Mereka?

Charlie Lawson sudah berkahwin dengan Fannie Manring selama 18 tahun, dikurniakan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan namun, anak ketiga mereka meninggal dunia semasa kecil. Pasangan keluarga golongan petani ini hidup bahagia membesarkan anak-anak mereka.

Charlie Lawson 1927

Pada tahun 1927, Charlie membeli sebuah ladang berdekatan Germanton di utara Carolina, Amerika Syarikat, dan membawa keluarganya tinggal di situ. Tetapi, tidak lama untuk mereka menikmati hidup di atas tanah sendiri.

Tanggal 24 Disember 1929, sehari sebelum perayaan hari Natal, Charlie membawa isteri dan anak-anaknya ke pekan untuk membeli pakaian baru.

Keesokan paginya, mereka mengambil gambar keluarga dengan memakai pakaian baru yang dibeli.

Jika dilihat pada gambar keluarga hitam putih di atas, berdiri dari kiri ialah anak lelaki sulung, James Arthur, 16, Marie, 7, Charlie dan disebelahnya adalah Fannie yang mendukung anak bongsu mereka, Mary Lou, berusia empat bulan. Duduk dihadapan dari kiri ialah James, 4, Maybell, 7, Raymond, 2 dan Carrie, 12.

Gambar terakhir

Rupa-rupanya, itulah potret terakhir keluarga tersebut. Hanya beberapa jam setelah mereka bergambar sekeluarga, tamatlah riwayat kesemua ahli keluarga itu kecuali anak lelaki sulung bernama Arthur.

Selepas bergambar sekeluarga, Arthur yang berusia 16 tahun disuruh oleh Charlie ke pekan untuk membeli peluru senapang patah. Tidak diketahui apa motif Charlie menyuruh anaknya berbuat demikian.

Sebaik kembali ke rumah, Arthur begitu terkejut apabila disajikan pemandangan mayat ibu, kakak dan adik-adiknya bergelimpangan berlumuran darah.

Ada diantara mayat ditembak dan dipukul dengan objek keras. Sebahagian mayat berada di dalam rumah dan ada juga yang berdekatan bangsal tembakau.

Ketika itu jiran-jiran sudah mula datang menyiasat apabila mendengar beberapa bunyi das tembakan dari rumah Charlie.

Sewaktu orang ramai sudah mula berkerumun di rumah ladang tersebut dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku, tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dari arah hutan.

Siapa yang menembak?

Bunyi tembakan itu datangnya daripada Charlie yang membunuh diri. Hasil siasatan mendapati, Charlie telah membunuh isteri dan anak-anaknya sebelum melarikan diri ke dalam hutan sebelum meragut nyawanya sendiri.

Siapa yang dibunuh terlebih dahulu oleh Charlie tidak diketahui tetapi menurut siasatan pakar forensik, jalan ceritanya begini.

Kronologi

Pada petang hari Krismas itu, dua anak Charlie iaitu Carrie, 12, dan Maybell, 7, ingin pergi ke rumah ibu saudara mereka. Kedua-duanya keluar berjalan kaki.

Malangnya, Charlie sudah menunggu berdekatan bangsal. Semasa dua anaknya lalu di situ, Charlie melepaskan tembakan.

Selepas rebah tidak bernyawa, Charlie memukul kedua-dua anaknya itu bagi memastikan kedua-duanya sudah tidak bernyawa.

Charlie kemudian menyembunyikan mayat dua anaknya itu berdekatan bangsal tembakau.

Kemudian, Charlie berjalan pulang membawa senapang patahnya sebelum menembak isterinya, Fannie, sehingga mati.

Seterusnya, Charlie masuk ke dalam rumah lalu membunuh empat anaknya yang lain, satu persatu.

Dia menembak anak gadisnya, Marie, 17. Turut menerima nasib sama ialah James dan Raymond yang berusia empat dan dua tahun.

Yang paling menyedihkan, Charlie memukul anak bongsunya, Mary Lou, yang baru berusia empat bulan sehingga mati. Kejam!

Selesai membunuh semuanya, Charlie melarikan diri ke dalam hutan sebelum membunuh diri.

Teori punca pembunuhan

Mengapa? Semua orang terkejut dengan tindakan Charlie mengakhiri hidupnya sekeluarga dengan cara yang paling sadis. Adakah kerana masalah kewangan? Mungkin tidak.

Walaupun Charlie bukan keluarga kaya, namun dia bukannya dihimpit kemiskinan, tidak juga dilanda masalah hutang.

Hendak kata kerana kepercayaan ekstrem agama pun tidak juga kerana Charlie bukan seorang yang terlalu alim.

Charlie juga tidak pernah menunjukkan sebarang perangai yang aneh atau menganuti sebarang kepercayaan pelik. Malah, Charlie merupakan seorang jiran yang disenangi penduduk.

Ada juga teori mengatakan mungkin otak Charlie 'rosak' kesan kecederaan kepala semasa bekerja di ladang beberapa bulan sebelum itu, namun pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman pada otak yang menyokong teori itu.

Muncul juga teori mengatakan Charlie mungkin terlibat dalam organisasi jenayah dan tidak mahu keluarganya menjadi buruan, tetapi juga tiada bukti kukuh menyokong teori ini.

Skandal

Kemudian, muncul satu teori yang lebih dipercayai. Kononnya Charlie telah melakukan hubungan haram dengan anak gadisnya sendiri, Marie, sehingga hamil.

Bagi menutup skandal terlarang ini daripada terbongkar, Charlie mengambil jalan mudah dengan membunuh semua keluarganya.

Fannie dilaporkan pernah menceritakan bahawa dia mengesyaki suaminya ada hubungan terlarang dengan anak gadisnya. Pengakuan itu dibuat beberapa bulan sebelum tragedi hitam itu berlaku.

Malah, salah seorang rakan baik Marie, Elly May juga mendedahkan, seminggu sebelum Charlie membunuh keluarganya, Marie mengaku sedang mengandung hasil benih ayahnya sendiri.

Mungkin Charlie membunuh semua ahli keluarganya kerana mahu menutup malu berhubung skandal itu.

Yang menjadi tanda tanya, mengapa Charlie membiarkan Arthur seorang sahaja yang terselamat? Adakah kerana dia tidak mahu keturunannya lenyap begitu saja?

Arthur, satu-satunya anak yang masih hidup dan terselamat dari tragedi 1929, akhirnya mati pada tahun 1945 dalam satu kemalangan.

Arthur berusia 31 tahun ketika itu, sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Mayatnya dikebumikan berdekatan anggota keluarganya yang terkorban dalam peristiwa berdarah angkara ayahnya sendiri.

Misteri pembunuhan

Jika ada kajian saintifik terhadap mayat Marie yang boleh mengesahkan dia hamil dan janin itu ada kaitan DNA dengan Charlie, teori pembunuhan ini mungkin boleh dirungkai.

Jika tidak, nampaknya hanya Charlie yang tahu kenapa dia bertindak kejam sebegitu rupa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, December 20, 2019

Zarathustra: Nabi Penganut Majusi Pengasas Agama Zoroaster

Zarathustra: Nabi Penganut Majusi Pengasas Agama Zoroaster

Ketika zaman kerajaan Parsi lama, mereka menganut agama pagan. Selepas agama Zoroastrianism diperkenalkan oleh Zarathustra, mereka kemudian meninggalkan amalan penyembahan berhala dan memeluk agama Majusi.

Agama Zoroaster
Gambar hiasan.

Agama ini mula disebarkan di sekitar tempat yang sekarang dikenali sebagai Iran oleh seorang tokoh agama yang dianggap sebagai nabi oleh penganut agama ini, iaitu Zarathustra.

Penganut Zoroastrianism boleh dijumpai di negara India, Iran, dan negara-negara sekitar seperti Pakistan, United Kingdom, Kanada, Australia, German, dan New Zealand.

LATAR BELAKANG

Zoroastrianism boleh dikira sebagai antara agama tertua yang mengamalkan ajaran monotheism. Agama ini menampilkan Ahura Mazda, sebagai tuhan yang satu dan layak disembah, Avesta sebagai kitab agama mereka, dan Gathra sebagai ‘hymn’ atau puisi mulia bagi agama mereka.

Semestinya pengenalan agama baru ini mencabar institusi keagamaan Parsi lama yang masih menganut agama pagan, dan mereka menentang agama baru ini sehingga beliau mendapat perlindungan dari King Vishtāspa, raja Bactria semasa beliau berumur 40 tahun.

Akhirnya ajaran beliau tersebar tanpa halangan besar, dan ketika kematiannya ketika beliau berumur 77 tahun, agama Majusi telahpun tersebar ke seluruh tanah Persia.

BIOGRAFI

Zarathustra, atau Zoroaster bagi Yunani, atau Zarathushtra Spitama bagi Parsi, merupakan seorang tokoh agama penting bagi Parsi lama. Beliau merupakan pengasas kepada agama Zoroastrianism, atau Majusi.

Tidak dapat dipastikan bila Zarathustra lahir dan menetap. Berdasarkan catatan dari teks Avesta, beliau lahir pada 628 S.B. di ibu negara kerajaan Achaemenian, Persepolis.

Para sejarahwan mempunyai perbezaan pendapat berkenaan tarikh sebenar kelahiran nabi penganut Majusi ini. Apapun, mereka bersetuju bahawa tarikh kelahiran beliau adalah sekitar 1500 dan 500 S.M.

Menurut kepercayaan penganut Majusi, nabi mereka lahir di ‘Airyanem Vaejah’. Ramai sejarahwan berpendapat bahawa beliau lahir di timur laut Persia.

Menurut Gathas, Zarathustra lahir di dalam Keluarga Spitama. Bapanya bernama Purushaspa dan ibunya bernama Doghdova. Beliau adalah anak ketiga dari 5 orang beradik.

Lagenda Majusi mengatakan bahawa ketika kelahiran beliau, beberapa malaikat dari syurga datang melawat bagi memberi penghormatan kepada beliau, dan beliau ketawa ketika dilahirkan, tidak seperti bayi lain.

Dalam bahasa ibunda beliau, beliau digelar sebagai ‘Zaraϑuštra’ atau ‘pengembala kambing’, dimana ia ditransliterasikan sebagai Zōroastrēs bagi lidah Yunani, dan terkemudian dipanggil Zoroaster.

Ketika beliau berumur 7 tahun, beliau mula mempelajari ilmu agama dan menamatkan pembelajarannya ketika umur 15 tahun.

Pada umur 20 tahun, beliau meninggalkan rumahnya bagi meneruskan pengajian beliau dengan guru lain, dimana beliau mengembara ke pelbagai negara, melawat bandar-bandar, kawasan pergunungan dan hutan belantara demi meningkatkan pengalaman beliau. Beliau juga gemar bermeditasi atau bertapa.

Zarathustra mula mendapat wahyu ketika berumur 30 tahun, semasa perayaan musim bunga, dimana beliau terlihat sebuah sinaran, yang memperkenalkan dirinya sebagai Vohu Manah, atau ‘Makhluk bertujuan baik’.

Berikutan wahyu itu, beliau pun diangkat menjadi nabi dan memutuskan untuk menyebar ajaran baru ini kepada orang-orangnya.

Tak lama selepas ajaran ini diperkenalkan, para pendeta yang takut kedudukan mereka terancam mula menentang ajaran beliau. Berikutan gangguan yang hebat beserta cubaan membunuh beliau, akhirnya beliau berhijrah ke Persia timur, dimana ajaran beliau diterima oleh Raja Vishtaspa.

Antara pengikut terawal beliau ialah saudaranya, Maidhyoi-madnha, Raja Vishtaspa, Ratu Hutaōsa, dan adik-beradik raja, iaitu Frashaoshtra dan Jamaspa.

Zarathustra membina keluarga bersama isterinya, Hvōvi merangkap anak kepada salah seorang adik beradik Raja Vishtaspa, iaitu Frashaoshtra.

Beliau dikurniakan 3 orang anak lelaki, iaitu Isat Vastar, Uruvat-Nara, dan Hvare Ciθra, serta 3 orang anak perempuan, iaitu Freni, Pourucista, dan Triti.

Catatan lain mengatakan bahawa beliau mengahwini 3 orang isteri. Beliau mendapat 6 orang anak dari isteri pertama dan kedua, namun tiada anak dari isteri ketiganya. Kesemua anaknya memeluk agama Majusi sehingga akhir hayat mereka.

Zarathustra meninggal dunia ketika berumur 77 tahun. Sewaktu peperangan dan pertempuramn sedang berlangsung antara Persia dan Turan, negara yang memusuhi ajaran Zarathustra, beliau dibunuh oleh orang Turan bernama Bratrok-resh ketika sedang bersembahyang di kuil Nush-Adar.

AJARAN DAN PENINGGALAN

Ajaran Zarathustra yang juga dikenali sebagai Zoroastrianism, Mazdayasna, atau Majusi, boleh dikatakan melawan arus kepercayaan orang Parsi lama ketika itu, dimana mereka menyembah banyak berhala.

Beliau mengatakan bahawa tiada tuhan selain Ahur Mazda, tuhan yang layak disembah. Entiti lain yang digelar sebagai Daevas ialah semangat jahat dan tidak layak disembah.

Beliau memperkenalkan konsep Ahura Mazda atau ‘Semangat yang Bijaksana’ 5 semangat yang menyala, kewujudan Angra Mainyu, iaitu semangat jahat, perihal berkenaan Asha atau kebenaran, dan Druj atau kebatilan, dan tujuh entity suci yang dikenali secara kolektif sebagai Amesha Spenta, merangkap tujuh nyalaan Ahura Mazda, tuhan yang maha esa. Nyalaan tersebut digambarkan melalui api, menjadikannya sebagai simbol suci bagi penganut Majusi.

Beliau juga menentang amalan dan upacara agama Parsi lama, penggunaan jus Haoma, korban binatang, dan sistem kasta, dan memperjuangkan tentang kebebasan dalam memilih dan menyeru orangnya untuk mengikut jalan kebenaran yang lurus.

Menurut beliau, setiap orang mempunyai hak untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan. Oleh itu, seseorang wajib meninggalkan jalan yang salah dan menurut jalan yang benar. Beliau juga menekankan kewajiban ibu bapa bagi mendidik anak-anak mereka ke jalan yang benar.

Selain menjadi penulis kitab Avesta, iaitu kitab orang Majusi, beliau juga menjadi pengarang Gathas yang ditulis dalam bentuk puisi agama lama. Ia kemudian dimasukkan sekali ke dalam kitab Avesta.

Ajaran Zoroastrianism telah tersebar ke seluruh Kerajaan Parsi, dimana mereka mengamalkan agama ini sehingga Kerajaan Sassanid, dimana akhirnya ia hampir dihancurkan sepenuhnya semasa zaman Khulafa ar-Rasydin.

Namun, agama Majusi masih diamalkan oleh segelintir orang, iaitu di negara-negara yang disebut sebelum ini, dimana kuil-kuil Zoroastrianism boleh dijumpai di sana. Hal ini berikutan kerana terjemahan kitab Avesta oleh pakar indologi Perancis, Abraham Anquetil-Duperron sekitar abad ke-18.

Ajaran agama Zoroastrianism juga telah mempengaruhi beberapa agama yang diasaskan di sekitar Iran, seperti Ahmadiyah, Bahai, da Manichaeism.

Pada hari ini, hanya terdapat kira-kira 200,000 orang sahaja yang masih menganut agama Zoroastrianism.

RUMUSAN

Zarathustra telah mengubah kepercayaan pagan orang Parsi lama dari menganut agama politheism kepada ajaran monotheism iaitu Zoroastrianism, atau Majusi.

Ajaran ini telah bertahan sekian lamanya sejak awal era Parsi lama, iaitu Empayar Achaemenid, Dinasti Parthian, Empayar Sasanid, sehingga kebangkitan Islam ketika zaman Khulafa ar-Rasyidin.

Pada hari ini, kita boleh mencari dan menemui peninggalan ajaran Zoroaster melalui kuil-kuil api yang terdapat di beberapa negara yang berdekatan dengan lokasi kelahiran agama Zoroastrianism, seperti Iran, Pakistan, dan lokasi-lokasi jauh seperti Kanada, New Zealand, Jerman, dan United Kingdom.

Salah seorang individu terkenal yang menganut agama Majusi ialah mendiang Freddie Mercury, vokalis unggul dari kumpulan rock lagenda, Queen. Begitu juga dengan nama-nama terkenal, seperti Alexander Bard, Homi Jehangir Bhabha, dan Sam Manekshaw.

Zoroaster telah berjaya meletakkan agama beliau, Zoroastrianism atau Majusi, sebagai antara agama yang berasaskan ajaran monotheism yang tertua di dunia, sebaris dengan agama Atenism, Judaism dan Kristian, iaitu sekitar 10,000 ke 7,000 S.B.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Sejarah Umat Islam Di Khianati Kerajaan Sepanyol

Sejarah Umat Islam Di Khianati Kerajaan Sepanyol

Pada tahun 1482, berlaku satu perang antara Kerajaan Islam Sepanyol dan Ratu Isabella yang mengetuai pasukan tentera Perancis, England dan Ireland. Perang 10 tahun ini berakhir selepas Granada yang menjadi tanah terakhir umat Islam di Eropah dikepung selama 9 bulan.

Capitulation of Granada

Bagi menyelamatkan umat Islam di Granada, Sultan Abu Abdullah Muhammad XII membuat satu perjanjian bersama Ratu Isabella dan Raja Ferdinand. Granada akan diserahkan kepada kerajaan Katolik Sepanyol, tetapi umat Islam yang masih tinggal di sana akan dibenarkan untuk terus bebas mengamalkan agama mereka

Perjanjian ini ditandatangani dan dinamakan “Capitulation of Granada”.

Tetapi menurut Dr Pamela, tidak seperti pemerintah Muslim yang meraikan hak beribadat non muslim sebelum ini, kedua dua Isabella dan Ferdinand tidak menghormati perjanjian yang mereka berdua sendiri tandatangani.

Malah, mereka berusaha memurtadkan umat Islam dalam tempoh 10 tahun pertama selepas penaklukan Granada. Tindakan ini menyebabkan umat Islam memberontak.

Apabila gerakan pemberontak ditumpaskan, Isabella memberi dua pilihan kepada umat Islam. Murtad atau keluar sehelai sepinggang. Majoriti memilih untuk menyelamatkan akidah walaupun kehilangan harta benda. Sebahagian lagi memilih untuk dibaptiskan dan kekal di Sepanyol.

Muslim yang murtad ini kemudiannya dikenali sebagai Moriscos atau Little Moors.

Tetapi, walaupun sudah murtad, kelompok ini masih dilayan seperti kelas ke dua. Bermula tahun 1530, kerajaan Sepanyol telah menangkap ribuan Moriscos dan menyita harta benda mereka. Mereka terdedah kepada penderaan awam, seksaan, sebatan dan hukuman bunuh.

Pada 1609, Philip II yang memerintah Sepanyol ketika itu mengarahkan agar semua Moriscos ini dihalau keluar daripada seluruh tanah Andalusia. Sekurang-kurangnya 300 ribu Moriscos menjadi pelarian dalam tempoh 5 tahun.

Bagi pelarian yang memilih untuk meminta perlindungan di Empayar Islam, mereka dipaksa meninggalkan zuriat mereka yang berusia kurang 7 tahun supaya kanak-kanak ini dapat dibesarkan di Sepanyol sebagai Kristian dan seterusnya ‘diselamatkan’.

Ini adalah tulisan sejarawan Barat tentang isu kemanusiaan Granada selepas nasib umat Islam diserahkan secara mutlak kepada pemerintah bukan Islam. Saya tidak menambah apa-apa.

Kerana jika saya mengambil kisah ini daripada sumber sejarawan Islam, maka setiap dari kita akan mempersoalkan tahap iman dirinya sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Thursday, December 19, 2019

Maksud Mimpi Melihat Lelaki Yang Dikenali

Maksud Mimpi Melihat Lelaki Yang Dikenali

Mimpi seseorang lebih-lebih lagi jika ‘orang’ yang dilihat di dalam mimpi itu satu-satunya orang yang muncul ataupun keberadaannya terlalu menonjol, maka mimpi yang demikian itu perlulah diberikan perhatian.

Mimpi orang dikenali

Mimpi tentang seorang lelaki yang sememangnya dikenali dikatakan membawa erti yang baik dan membawa keberkatan.

1. Al-Ustaz Abu Sa’id berkata; “Bermimpi melihat lelaki yang dikenali, menunjukkan akan mendapat sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya.”

2. Bermimpi menerima barang-barang berharga daripada orang yang dikenali bererti akan mendapat sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu.

3. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.

4. Bermimpi melihat orang tua yang tidak dikenali atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu.

5. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan.

6. Sesiapa yang melihat orang tua Turki bererti, dia mendapat kawan yang baik.

7. Jika mimpi seorang lelaki dikenali yang pergi merantau ataupun sudah lama tidak ditemui, maka dikatakan petandanya orang yang berkenaan itu akan muncul kembali dalam hidup anda ataupun akan mendapat khabar atau berita terbaru berkenaan orang yang dimimpikan itu.

8. Mimpi melihat seorang pemuda yang dikenali dan jika di dalam mimpi tersebut anda melihat dia kelihatan gembira bererti suatu alamat yang baik dan menyenangkan.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Apa Itu Sistem Pendidikan Vernakular?

Apa Itu Sistem Pendidikan Vernakular?

Sistem sekolah vernakular yang ditubuh berdasarkan bahasa ibunda masing-masing bagi setiap kaum, sering menjadi kontroversi, kerana dikatakan menjadi punca utama kegagalan pembangunan ideologi nasional yang cuba dibangunkan pemimpin kita sekian lama sejak merdeka, gagal dipenuhi.

Sistem Pendidikan Vernakular

Ini kerana sekolah vernakular didakwa mengasingkan pelajar ke dalam beberapa aliran, sehinggakan setiap pelajar mempunyai corak ideologi yang berbeza-beza serta menanam sikap tiada toleransi antara satu sama lain; dalam hal berkaitan bangsa dan agama.

Kelebihan Dan Keburukan

Sistem pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan British mempunyai empat sistem persekolahan utama iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris.

Setelah merdeka, kerajaan telah memperkenalkan sekolah kebangsaan yang bertujuan untuk menggabungkan seluruh bangsa ke dalam satu sekolah agar perpaduan kaum dapat dicapai.

Namun begitu, sistem vernakular ini tetap diteruskan dengan kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Sistem pendidikan vernakular mempunyai kelebihan dan keburukannya yang tersendiri. Antara kebaikannya ialah, pelajar mendapat peluang menguasai banyak bahasa.

Sebagai contoh, pelajar Melayu yang bersekolah di Sekolah Pendidikan Cina dapat menguasai sekurang-kurangnya dua Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

Ini akan memberikan kelebihan kepada pelajar tersebut di masa hadapan apabila memasuki alam pekerjaan.

Selain itu, ia juga dapat memperkasakan bahasa ibunda kepada penuturnya dan mengelakkan ianya daripada ditelan zaman.

Keburukan pendidikan vernakular pula ialah, ia akan mewujudkan jurang perkauman yang luas di antara kaum.

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama lebih 60 tahun, masih ada lagi segelintir kumpulan dari setiap kaum yang bersifat rasis disebabkan perpaduan kaum tidak dapat dicapai.

Manakan tidak, dari mereka kecil lagi sudah dikelaskan mengikut kaum.

Malah ada juga segelintir individu yang masih tidak fasih berbahasa Kebangsaan walaupun telah mencapai umur dewasa.

Hal ini disebabkan penggunaan bahasa ibunda yang berbeza-beza di sekolah pendidikan mengikut kaum masing-masing manakala bahasa kebangsaan disisihkan.

Setiap kaum selesa bergaul dalam bahasa ibunda masing-masing menyebabkan timbulnya rasa kekok apabila bergaul dengan kaum lain kerana terpaksa bertutur dalam bahasa lain.

Bahasa yang berbeza ini jugalah kadang-kadang menimbulkan syak wasangka diantara kaum sehingga menyebabkan pergaduhan.

Setiap kaum di Malaysia ini sepatutnya disatukan sejak dari kecil lagi agar persefahaman diantara kaum itu dapat dipupuk di awal usia.

Apabila setiap kaum saling memahami antara satu sama lain, ianya akan menjadikan negara berada dalam suasana yang aman dan harmoni.

Sejarah Pendidikan Vernakular di Malaysia

Kerajaan British pada awalnya tidak berniat pun untuk memajukan bidang pendidikan semasa memerintah Tanah Melayu.

Ramai pegawai British berpendapat bahawa pendidikan terutamanya untuk orang Melayu tidak mendatangkan faedah namun sebaliknya akan menimbulkan kesedaran pada golongan terdidik untuk menentang kerajaan.

Walau bagaimanapun, atas desakan pembesar Melayu iaitu Sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak pemerintah British merasakan ada baiknya memberikan pendidikan setakat pendidikan rendah untuk orang Melayu.

Oleh yang demikian, kerajaan British telah membina secara beransur-ansur sekolah rendah vernakular Melayu sejak pertengahan abad ke-19 sehinggalah berlaku Perang Dunia Kedua.

Vernakular yang bermaksud "bahasa pengantar ibunda", menjadi dasar British yang memberikan kelonggaran dalam hal penubuhan sekolah telah menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah Kristian, sekolah vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah vernakular Tamil oleh pemilik ladang kopi dan getah.

Justeru itu, sudah sememangnya ciri utama pendidikan pada zaman pemerintahan British ialah ketiadaan matlamat dan objektif dalam bidang pendidikan.

Seterusnya, perkara ini menimbulkan ketidakseragaman dalam orientasi dan kurikulum pendidikan yang seterusnya menimbulkan masalah yang rumit khususnya dari segi perpaduan kaum, apabila negara ini mencapai kemerdekaan.

Sekolah Melayu

Pada mulanya, sekolah Melayu ditubuhkan di Negeri-negeri Selat atas usaha Blundell, Gabenor Negeri-negeri Selat.

Sekolah-sekolah ini diberikan bantuan kewangan oleh kerajaan British.

Sekolah pertama yang ditubuhkan ialah di Teluk Belanga, Singapura, diikuti oleh sekolah-sekolah lain di Melaka dan juga di Pulau Pinang.

Tetapi, sekolah-sekolah ini tidak mendapat sambutan daripada ibu bapa Melayu.

Untuk menggalakkan anak-anak Melayu Bersekolah, A.M. Skinner mengubahsuai sekolah-sekolah ini, supaya pelajaran sekular diajar pada waktu pagi dan petang pula pengajian al-Quran diadakan.

Kerajaan British membiayai guru yang mengajar bahasa Melayu, tetapi ibu bapa murid-murid bertanggungjawab membiayai gaji guru yang mengajar agama Islam, iaitu al-Quran.

Pada mulanya, sekolah-sekolah ini tidak mendapat sambutan yang baik, kerana orang-orang Melayu tidak menyokong pendidikan sekular kerana bebanan yang mereka hadapi dari segi kewangan kerana mereka perlu tanggung gaji guru-guru agama.

Di Selangor, denda berbentuk wang dikenakan ke atas ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Ganjaran turut diberikan kepada pelajar yang menghadiri ke sekolah dengan baik dan menunjukkan usaha.

Akhirnya, satu enakmen dikeluarkan di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang mewajibkan kehadiran anak-anak Melayu yang berumur tujuh hingga empat belas tahun di sekolah (Awang Had Salleh, 1980). Tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang tidak berbuat demikian.

Di bawah pentadbiran British, peluang untuk anak-anak Melayu di desa untuk mendapat peluang pendidikan lebih terhad dan mereka kekurangan guru-guru terlatih.

Hanya empat tahun pelajaran sekolah rendah diberikan kepada kebanyakan pelajar Melayu.

Pelajaran di sekolah Melayu meliputi aspek-aspek pertanian, berkebun di sekolah dimulakan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan pertanian kepada murid. Pelajaran seperti anyaman bakul juga diperkenalkan.

Dalam usaha menyelaraskan pelajaran Melayu, jawatan Nazir Sekolah Melayu juga diperkenalkan.

Buku-buku Melayu yang baru dicetak dan guru-guru sekolah Melayu mula diberi latihan apabila Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan pada tahun 1922.

Sekolah Cina

Dengan pertambahan penduduk Cina di negeri-negeri Melayu, sekolah-sekolah Cina mula dibina.

Sekolah Cina ditubuhkan oleh masyarakat Cina secara bebas dan tanpa bantuan British.

Sekolah Cina dijalankan mengikut corak sekolah-sekolah sekolah di negeri China. Buku-buku dan guru dari negeri China dibawa masuk sebagai bahan dan tenaga pengajar.

Pada peringkat awal, kesemua sekolah Cina memberi pendidikan hingga tahap sekolah rendah sahaja.

Pada tahun 1913, seorang peniaga Cina, Tan Kah-kee menubuhkan Sekolah Menengah Cina yang pertama, yang dikenali sebagai ‘Nanyang Overseas Chinese School’.

Pendidikan untuk anak-anak perempuan Cina yang pertama adalah Sekolah Kuen Cheng yang mula mengambil murid-murid perempuan pada tahun 1908.

Selepas revolusi 1911 di China, pengaruh unsur-unsur politik negara China terserap di sekolah-sekolah Cina.

Perkembangan ini mendesak kerajaan Brisith mengambil peranan yang lebih langsung dan aktif dalam usaha mengawal perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu.

Kerajaan mula mendaftar sekolah-sekolah Cina sebagai langkah untuk mengawal sekolah-sekolah ini.

Kerajaan British mula membiayai sekolah-sekolah Cina dan Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah-sekolah yang tidak mengikuti peraturan-peraturan berkenaan dengan sukatan pelajaran.

Untuk menyekat aktiviti-aktiviti politik dan ideologi komunis di sekolah-sekolah Cina, Gabenor Cecil Clementi Smith telah mengharamkan aktiviti ‘Kuomintang’ di sekolah-sekolah Cina.

Bantuan kewangan hanya diberikan kepada sekolah yang menggunakan loghat-loghat Cina selain mandarin. Bahasa Inggeris juga mula diajar sebagai satu mata pelajaran.

Sekolah Tamil

Bagi kaum India, pendidikan awal hanya diberikan dalam bahasa Tamil, kerana orang Tamil adalah kumpulan penduduk India yang terbesar di Tanah Melayu.

Perkembangan pendidikan Tamil tidak dapat dipisahkan dengan perusahaan ladang-ladang di Tanah Melayu.

Dengan kedatangan imigran dari India, sekolah-sekolah Tamil juga dimulakan di ladang-ladang.

Kelas-kelas diadakan di bangunan-bangunan lapuk dan diajar oleh orang-orang yang tidak terlatih seperti kerani-kerani ladang atau ‘mandor’.

Sekolah-sekolah ini tidak mempunyai sukatan pelajaran yang tertentu dan kebanyakan buku-buku yang digunakan adalah dari India.

Pada tahun 1920, Kerajaan British melantik tiga orang sebagai Penolong Nazir Sekolah Tamil di Perak dan seorang di Selangor.

Langkah ini tidak dapat meningkatkan mutu sekolah-sekolah Tamil. Kadar keciciran adalah sangat tinggi dan kebanyakan pelajar tidak dapat menyempurnakan persekolahan mereka iaitu selama empat tahun.

Di kawasan- kawasan bandar, badan-badan agama mengusahakan pembinaan sekolah-sekolah Tamil.

Kurikulum, buku teks dan guru dibawa dari India. Pihak British tidak mengawal atau mementingkan sekolah-sekolah Tamil.

Pada tahun 1923, Kod Buruh diluluskan. Dengan ini, ladang-ladang yang mempunyai lebih dari 10 orang anak antara 7 hingga 14 tahun diwajibkan menyedia kemudahan persekolahan bagi mereka.

Ia akan dibiayai oleh majikan ladang-ladang tersebut dan pada amnya, mutu sekolah Tamil sangat rendah, pelajaran hanya diberikan selama empat tahun.

Oleh sebab buku-buku dan guru dibawa dari India, sekolah-sekolah ini lebih berorientasikan India seperti sekolah-sekolah Cina yang berorientasi kepada ideologi China.

Sejarah Pendidikan Sekolah Kebangsaan

Keburukan Sistem Vernakular

Pendidikan adalah salah satu cara terbaik untuk membentuk dan seterusnya menyuburkan semangat cintakan negara serta perasaan kekitaan antara kaum.

Namun begitu, kerana latar belakang sistem pendidikan yang berbeza-beza antara kaum, maka matlamat itu sukar untuk dicapai.

Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, mereka mulai menyedari masalah ini. Oleh itu, mereka telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan menubuhkan beberapa jawatankuasa yang berfungsi menyelidiki masalah ini dan mengutarakan pendapat dan cadangan bagi mengatasinya.

Antara jawatankuasa yang terawal dibentuk ialah Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950.

Pengerusinya L.J Barnes mengambil kesimpulan bahawa perpaduan boleh dicapai melalui pendidikan pada peringkat rendah lagi iaitu dengan mengutarakan pendidikan satu aliran yang dinamakan Sekolah Kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Serentak dengan ini semua sekolah berasaskan kaum harus ditutup untuk memastikan matlamat perpaduan dapat dicapai.

Walau bagaimanapun, cadangan seperti ini sukar dilaksanakan kerana setiap kaum belum bersedia melakukan demikian.

Hasilnya penyata Fenn-Yu menyarankan agar dikekalkan sahaja sekolah sedia ada dengan bahasa pengantar masing-masing.

Masalah pendidikan ini telah mendapat perhatian serius bukan sahaja dari kerajaan malahan juga dari segenap lapisan masyarakat.

Kerajaan Parti Perikatan yang diberi peluang mentadbir Tanah Melayu apabila memenangi pilihan raya tahun 1955.

Keprihatinan kerajaan Perikatan terserlah apabila Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Razak bin Hussien mengetuai satu jawatankuasa bagi mengkaji situasi pendidikan semasa.

Hasilnya pada tahun 1956, mereka telah mengemukakan satu laporan yang dikenal sebagai Laporan Razak.

Jawatankuasa ini mencadangkan satu bentuk pendidikan yang menyeluruh. Bagaimanapun, ia tetap mengekalkan sekolah rendah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Sesuatu yang baru dari jawatankuasa ini adalah sistem pendidikan sekolah menengah yang sama untuk semua kaum.

Ini bermakna tiada lagi sekolah berasaskan kaum dan penggunaan bahasa pengantar berbeza-beza pada peringkat sekolah menengah.

Cadangan daripada jawatankuasa ini telah diterima pakai oleh kerajaan Perikatan dan hingga sekarang pun sistem pendidikan kita mewarisi cadangan tersebut walaupun bukan sepenuhnya lagi.

Nampaknya hasrat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan bersepadu melampaui sempadan perkauman masih tidak kesampaian sehingga hari ini.

Dengan ketiadaan satu semangat nasionalisme yang membawa kesepaduan rasa kesetiaan diiringi perasaan kekitaan yang tinggi maka sukar sistem pendidikan yang tunggal dapat dilaksanakan.

Malah, perasaan takut kehilangan identiti kaum masing-masing menjadi penghalang dalam mewujudkan sistem pendidikan yang berteraskan satu bahasa sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sejarahnusantaraef

Suku Kaum Wanita Apatani, Berwajah Hodoh Dan Pelik

Suku Kaum Wanita Apatani, Berwajah Hodoh Dan Pelik

Suku kaum wanita Apatani atau Tani di daerah Arunachal Pradesh, India sengaja mencacatkan wajah sendiri untuk nampak hodoh bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa nafsu lelaki, namun dengan tatu bergaris di muka, dagu dan memakai penyumbat hidung, mereka dianggap suku kaum yang mempunyai wajah paling pelik.

Suku Kaum Wanita Apatani

Mengikut cerita lama, wanita Apatani pada asalnya terkenal dengan kecantikan paras rupa hingga menjadi dambaan lelaki suku kaum lain menyebabkan ada yang sanggup menceroboh masuk ke kampung dan melarikan mereka.

Sebagai taktik melindungi diri, golongan tua dalam masyarakat itu mengarahkan semua wanita tidak kira sama ada muda atau tua, perlu mencacah muka mereka dengan tatu dan memakai penyumbat hidung.

Penyumbat hidung itu disumbat pada kedua-dua hidung mereka dan biasanya dipotong mengikut saiz lubang hidung masing-masing.

Ia kelihatan agak ngeri apabila hidung yang digunakan untuk bernafas, disumbat pula dengan objek seperti kayu.

Namun, lama-kelamaan ia menjadi satu kebiasaan buat masyarakat itu atas faktor menjaga keselamatan diri sendiri daripada menjadi mangsa culik dan seterusnya hilang tanpa khabar berita.

Kawasan terpencil yang menjadi tempat tinggal sejak beberapa abad lalu, membolehkan mereka meneruskan kesinambungan tradisi dalam tempoh sebelum 1970-an selain mengamalkan agama Donyi-Polo yang menyembah matahari dan bulan.

Bagi wanita muda pula, adat pelik itu wajib dilakukan ketika usia mereka mencapai akil baligh sebagai simbol memasuki ke alam dewasa.

Seorang jurugambar warga Britain, Pete Oxford sempat membidik beberapa keping gambar yang menunjukkan keanehan rupa paras suku kaum Apatani itu.

Dia yang dipetik The Sun melaporkan, ia adalah pengalaman pertama dia melihat perkara seperti itu dan keadaan mereka agak mengejutkan.

“Pada mulanya saya terkejut dan pelik dengan keadaan mereka. Namun, saya tidak mengambil masa lama untuk membiasakan diri dan mengambil gambar wanita yang disumbat penyumbat kayu dalam hidung.

“Saya difahamkan, hampir setiap wanita suku kaum ini yang berusia 40-an mempunyai wajah pelik seperti ini,” katanya.

Bagaimanapun, generasi lebih muda yang lahir selepas 1970-an pula tidak lagi meneruskan adat pelik itu kerana tidak sanggup kelihatan hodoh, malah adat itu dianggap akan merencatkan masa depan mereka sekiranya ingin berhijrah dan keluar bekerja di bandar.

Kerajaan India dilaporkan mengharamkan amalan itu pada 1970-an menyebabkan ia lama-kelamaan semakin terhapus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Sejarah Asal-usul Pulau Borneo

Sejarah Asal-usul Pulau Borneo

Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia, dikongsi oleh tiga negara iaitu Brunei, Malaysia (Sabah, Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan), terkenal dengan hutan tropikanya yang sangat luas dan tebal, salah satu hutan hujan tertua di dunia.

Pulau Borneo

Kira-kira 73% daripada pulau Borneo adalah wilayah Indonesia, manakala Sabah dan Sarawak di utara menduduki kira-kira 26% daripada pulau borneo dan Brunei, yang terletak di pantai utara, terdiri daripada kira-kira 1% daripada kawasan tanah Borneo.

Sebelum Perang Dunia ke II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan dan sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina.

Manakala, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Dahulu, nama pulau ketiga terbesar di dunia ini adalah Warunadwipa yang ertinya Pulau Dewa Laut, secara keseluruhan disebut Borneo, sedangkan wilayah Indonesia disebut Kalimantan, lalu wilayah Malaysia disebut Sabah dan Sarawak, selain itu ada pula kesultanan Brunei.

Pada zaman dahulu, Borneo adalah nama yang digunakan oleh kolonial Inggeris dan Belanda, sedangkan nama pulau Kalimantan digunakan oleh penduduk Indonesia.

Dalam bahasa Indonesia dahulu, Kalimantan Utara adalah sebutan untuk Borneo Utara (Sabah), tetapi dalam pengertian sekarang Kalimantan Utara adalah Kalimantan Timur bahagian utara. Jadi, dalam erti luas, Kalimantan meliputi seluruh pulau Borneo, tetapi sekarang Kalimantan hanya mengacu pada wilayah Indonesia.

Borneo dikelilingi oleh Laut China Selatan ke utara dan barat laut, Laut Sulu timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makassar ke timur dan Laut Jawa dan Selat Karimata ke selatan. Untuk barat Borneo adalah Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Ke selatan Jawa. Ke timur Sabah, dan ke timur laut, Filipina.

Dengan kawasan seluas 743,330 kilometer persegi (287,000 batu persegi), ia adalah pulau ketiga terbesar di dunia. Titik tertinggi adalah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia, dengan ketinggian 4,095 meter.

Sistem sungai terpanjang adalah Kapuas di Kalimantan Barat dengan panjang 1,143 km (710 batu). Sungai utama lain termasuk Mahakam di Kalimantan Timur (980 km panjang (610 km), Barito di Kalimantan Selatan (880 km panjang (550 km) dan Rajang di Sarawak (562.5 km (349,5 km).

Biodiversiti

Hutan hujan Borneo berusia 130 juta tahun menjadikan ia hutan hujan tertua di dunia. Terdapat kira-kira 15,000 spesies tumbuhan berbunga dengan 3,000 spesies pokok (267 spesies dipterokarpa), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesis burung yang bermastautin di Borneo. Terdapat kira-kira 440 spesies ikan air tawar di Borneo (kira-kira sama sebagai Sumatera dan Jawa digabungkan).

Borneo sangat kaya dengan biodiversiti dibandingkan dengan kebanyakan kawasan lain. Terdapat sekitar 15,000 spesies tumbuhan berbunga dengan 3,000 spesies pokok (267 spesies Dipterocarpaceae), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesies burung tinggal di Borneo.

Pulau ini juga merupakan pusat evolusi dan radiasi spesies endemik tumbuhan dan haiwan. Akibat pembasmian hutan secara meluas, hutan hujan Borneo ialah satu-satunya habitat alam yang tersisa untuk Orang Utan Borneo yang terancam pupus.

Borneo juga merupakan tempat perlindungan penting bagi banyak spesies endemik hutan, umpamanya Gajah Asia, Badak Kerbau Borneo, Harimau Dahan Borneo, Musang Hitam Pudar dan Cecadu Dayak.

Sebagai salah satu tempat yang mempunyai biodiversiti paling tinggi di bumi, World Wildlife Fund telah menyatakan bahawa 361 spesies haiwan dan tanaman telah dijumpai sejak tahun 1996 di Borneo, menekankan kepelbagaian hayatnya yang tidak tertandingi. Dalam jangka waktu 18 bulan dari Julai 2005 sehingga Disember 2006, 52 spesies baru lain juga berhasil ditemui.

Pulau ini secara sejarah meliputi hutan tropika yang luas, tetapi daerah hutan menyusut dengan cepat kerana pembalakan besar-besaran untuk keperluan industri papan lapis Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, ladang kelapa sawit dengan cepat menjarah sisa-sisa terakhir hutan primer. Hutan hujan juga musnah oleh sebab kebakaran hutan tahun 1997 hingga 1998, yang bermula daripada usaha penduduk tempatan untuk membersihkan hutan untuk perkebunan dan seterusnya dilanjutkan oleh musim kemarau El Niño yang sangat kering selama tempoh itu.

Dalam rangka memerangi penduduk berlebihan di Jawa, kerajaan Indonesia pada tahun 70-an dan 80-an memulakan projek transmigrasi bagi petani-petani miskin dan tanpa tanah ke Kalimantan.

Pokok-pokok ditebang dan ladang-ladang dibuka, menyebabkan hasil kesuburan tanah menyusut dan berlaku hakisan kerana tanah terbuka hanyut dihanyutkan oleh hujan tropika.

Sejarah Awal

Menurut manuskrip Cina, India dan Jawa kuno, bandar-bandar pantai barat Borneo telah menjadi pelabuhan perdagangan, sebahagian daripada laluan perdagangan mereka, sejak milenium pertama.

Dalam manuskrip China, emas, kapur barus, cengkerang kura-kura, enggang, gading, tanduk badak, kren puncak, melilini, lakawood (kayu wangi dan kayu akar satu liana tebal, Dalbergia parviflora), darah naga, sarang rotan, burung yang boleh dimakan ini dan pelbagai rempah adalah antara barangan paling berharga dari Borneo.

Orang India menggelar Borneo dengan nama Suvarnabhumi (tanah emas) dan juga Karpuradvipa (Camphor Island). Orang Jawa menyebut Borneo sebagai Puradvipa atau Diamond Island.

Penemuan arkeologi di delta sungai Sarawak mendedahkan bahawa kawasan itu pernah menjadi pusat perdagangan yang berkembang maju antara India dan China dari 500 sehingga kira-kira 1,300 Sebelum Masihi.

Salah satu bukti terawal pengaruh Hindu di Asia Tenggara adalah tiang-tiang batu yang mengandungi inskripsi dalam tulisan Pallava yang ditemui di Kutai, sepanjang Sungai Mahakam di Kalimantan Timur, bertarikh sekitar separuh abab kedua 300 Sebelum Masihi.

Dalam abad ke-14, hampir semua bahagian pantai Borneo adalah di bawah kawalan kerajaan Majapahit seperti yang ditulis dalam dokumen Nagara kretagama Jawa (sekitar 1365) dan ia dipanggil Nusa Tanjung Nagara.

Nama sebuah bandar pelabuhan perdagangan di Borneo adalah Tanjung Pura di Nagara kretagama, nama yang sama ditulis dalam dokumen lain iaitu Pararaton Jawa (ca. 1355).

Dalam abad ke-15, pemerintahan Majapahit memberi pengaruh di Borneo. Puteri Junjung Buih, ratu kerajaan Hindu Dipa Negara (yang terletak di kawasan Candi Agung Amuntai) berkahwin dengan seorang putera Jawa, Putera Suryanata, dan bersama-sama memerintah kerajaan yang merupakan jajahan Empayar Majapahit (1365). Dengan cara ini, ia menjadi sebahagian daripada Nusantara.

Sepanjang pemerintahan, kuasa Negara Dipa menjadi lemah dan telah digantikan oleh pemerintah baru, Negara Daha. Apabila putera Samudra (Putera Riau) Negara Daha memeluk agama Islam dan membentuk kerajaan Islam Banjar, ia mewarisi beberapa kawasan yang sebelum ini diperintah oleh kerajaan Hindu Negara Daha.

Kesultanan Brunei, semasa zaman kegemilangan dari abad ke-15 hingga abad ke-17, memerintah sebahagian besar utara Borneo.

Pada tahun 1703 (sumber-sumber lain mengatakan 1658), Kesultanan Sulu dikatakan menerima Borneo Utara dari Sultan Brunei, selepas Sulu menghantar bantuan ketika perang Saudara di Brunei.

Pada tahun 1450-an, Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr, yang dilahirkan di Johor, tiba di Sulu dari Melaka dan pada tahun 1457, beliau mengasaskan Kesultanan Sulu, kemudian menamakan semula dirinya sebagai, "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr".

Pada abad ke-14, hampir keseluruhan Pulau Borneo diperintah oleh Kesultanan Brunei tetapi tidak keseluruhan hanya dipersisiran pantai, kerana dikawasan pendalaman ramai suku etnik dayak yang mengamalkan aktiviti memburu kepala yang dikenali sebagai aktiviti ngayau.

Sebelum Perang Dunia II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina.

Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Selepas HM Sultan Jamalul Kiram Ahlam (1863-1881), Sultan ke 29 Sulu, menyerahkan sebahagian Borneo Utara pada tahun 1878 kepada Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent yang mewakili Syarikat Borneo Utara British dalam apa yang kini merupakan negeri Sabah di Malaysia, syarikat itu juga mengenakan kawalan ke atas wilayah pedalaman yang didiami oleh puak-puak tempatan.

Pada tahun 1842, James Brooke telah diberikan sebahagian besar Sarawak, selepas membantu gabenor memadamkan pemberontakan tempatan dan akhirnya memerintah Sarawak selama seratus tahun serta menjadi terkenal sebagai White Rajahs.

Beliau telah diberi kuasa oleh Raja Muda untuk memerintah kawasan Sarawak sekitaran Sungai Sarawak yang berpusat di Kuching.

Borneo merupakan tapak utama konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia antara tahun 1962 dan kira-kira 1969, serta pemberontakan komunis untuk mendapatkan kawalan seluruh kawasan.

Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Filipina mendakwa bahawa negeri Sabah termasuk dalam wilayah mereka berdasarkan fakta sejarah, perjanjian pajakan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara.

Suku Kaum

Borneo diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari Brunei, Malaysia, Indonesia dan Filipina. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asli Kedayan (Brunei), dan orang-orang Cina yang awalnya berhijrah dari China tenggara.

Borneo memiliki penduduk 15,721,384 (banci Januari 2005), dengan kepadatan penduduk 16 orang per km persegi. Sebahagian besar penduduk tinggal di bandar-bandar persisiran, walaupun pedalaman pun ditempati iaitu di bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di sepanjang sungai.

Penduduk utama terdiri daripada kumpulan suku Dayak, Cina dan bangsa Melayu. Orang-orang Cina yang membentuk 29% daripada penduduk Sarawak dan 17% daripada penduduk Kalimantan Barat, awalnya berhijrah dari China tenggara.

Majoriti penduduk di Kalimantan beragama Islam atau animisme. Sekitar 15% Dayak beragama Kristian, agama yang diperkenalkan oleh para misionari di abad ke-19.

Di Kalimantan Tengah juga ada minoriti kecil pengamal agama Hindu Bali. Di pedalaman Kalimantan juga terdapat suku Penan, yang beberapanya masih mengutamakan amalan memburu-mengumpul, dalam mencari sumber rezeki mereka.

Di beberapa daerah pesisir dengan petempatan kecil dapat dijumpai suku Bajau, yang sekian lama tinggal berdekatan laut sebagai nelayan dan hidup secara nomad.

Di barat laut Borneo, kumpulan suku Dayak terbesar ialah Iban dengan jumlah hampir sejuta orang.

Kenapa Kalimantan disebut Borneo?

Pulau ini mempunyai banyak nama berlainan. Di peringkat antarabangsa, ia disebut sebagai Borneo. Borneo ini diambil daripada nama Negara Brunei Darussalam, yang ketika dulu menguasai pulau tersebut, dan dipanggil Borneo oleh pihak Europah ketika Zaman Penjelajahan.

Nama Brunei mungkin berpunca dari perkataan Sanskrit 'váruṇa' (वरुण), yang bermaksud "air" ataupun Varuna, nama dewa hujan Hindu.

Penduduk di Indonesia memanggil pulau tersebut Kalimantan, yang berpunca dari perkataan Sanskrit Kalamanthana, bermaksud "pulau cuaca bakar" (untuk menerangkan tentang cuacanya yang panas dan lembap).

Selain itu, menurut catatan dari seorang utusan kerajaan China, pada abad ke-8 hingga ke-9, Kalimantan dikenali sebagai Po-Po-Li, Po-Ni atau Bun-Lai.

Jelas sekali terdapat kemiripan nama Bun-Lai dan Brunei sehingga kemungkinan memang nama ini sudah digunakan sejak masa itu.

Terdapat juga pendapat lain menyatakan bahawa nama Borneo berasal dari nama salah satu pohon yang banyak tumbuh di kepulauan tersebut pada abad ke-15.

Pohon ini bernama Borneol atau nama latinnya dikenali sebagai pohon Dryobalanops camphora, lalu pemberian nama Borneo ini berasal dari bangsa Eropah yang ketika itu banyak menemui pohon tersebut di wilayah Kalimantan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Wednesday, December 18, 2019

Denda RM20,000 Jika Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak!

Denda RM20,000 Jika Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak!

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang seorang bayi berusia 3 bulan di Sabah yang diserang Polio, penyakit yang telah 27 tahun 'hilang' di Malaysia dan puncanya, bayi malang tersebut tidak mendapat sebarang suntikan vaksin!

Vaksin Anak

Ditambah pula dengan peningkatan jumlah penyokong anti-vaksin yang semakin meningkat, telah memburukan lagi keadaan ini.

Namun, tahukah anda bahawa kerajaan Malaysia telah menyediakan langkah berjaga-jaga bagi menangani masalah yang mungkin menular ini.

Menurut laporan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh menyatakan bahawa, pihaknya mengambil isu tidak mengvaksin anak sesuatu yang serius, terutamanya jika ia menjejaskan kesihatan mereka.

Beliau menyatakan bahawa, jika siasatan mendapati seorang anak telah diabaikan sehingga menyebabkan kematiannya, ibu bapa boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Akta kanak-kanak mempunyai Fasal tentang pengabaian. Vaksinasi adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-anak.”

Menurut seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, mana-mana orang yang menjaga seorang kanak-kanak dan mendera, cuai, mengabaikan atau mendedahkan anak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi atau membenarkan kanak-kanak tersebut didera, diabaikan, ditinggalkan atau terdedah, boleh didenda sehingga RM20,000, penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Awal tahun 2018 lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mencadangkan untuk mewajibkan setiap kanak-kanak di negara ini perlu mendapatkan suntikan vaksin bagi memerangi pergerakan anti-vaksin yang semakin meningkat.

Ini Penjelasan Doktor, Mengapa Vaksin Sangat Penting Kepada Anak-anak

Saya dimaklumkan terdapat beberapa taska atau tadika yang menolak kanak-kanak yang tidak menerima vaksin sepenuhnya.

Situasi ini menimbulkan kemarahan pada ibu bapa antivaksin sehingga ada antara mereka yang sanggup menipu dalam mendaftarkan anak-anak mereka.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan TAHNIAH pada pihak pengurusan taska atau tadika yang membuat peraturan sedemikian. Ini adalah tindakan bertanggungjawab yang bijak.

Vaksin berkesan dalam melindungi kanak-kanak dari pelbagai jenis penyakit berjangkit.

Bukan itu sahaja, pemberian vaksin juga melindungi anak-anak lain yang tidak boleh menerima vaksin atau bayi yang masih kecil yang belum boleh menerima vaksin, melalui imuniti kelompok.

Antivaksin suka berhujah memomokkan imuniti kelompok. Kata mereka, golongan yang menolak vaksin ini sedikit sahaja, tak meruntuhkan imuniti kelompok pun.

Apa yang mereka gagal faham adalah konsep ini boleh dikecilkan pada populasi kecil setempat, sebagai contoh, kanak-kanak di taska.

Secara purata, kanak-kanak di taska menghabiskan masa selama separuh hari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu di taska. Ini menjadikan kehidupan di taska satu rutin pada mereka.

Sekiranya pihak taska sewenang-wenangnya menerima kanak-kanak tidak divaksin, risiko penularan wabak akan meningkat.

Bayangkan jika 100 orang berdaftar, 30 menolak vaksin. Disebabkan peratusan imuniti jatuh di bawah 70% (tidak kira lagi mereka yang gagal menjana imuniti selepas divaksin), risiko untuk wabak berlaku amat tinggi.

Sekiranya wabak berlaku, pihak taska terpaksa bertanggungjawab dan mereka perlu menutup taska berhari-hari.

Malah, ibu bapa yang telah memvaksin anak mereka juga akan terganggu dengan penutupan ini.

Oleh sebab itu, tindakan pihak taska atau tadika menolak golongan antivaksin ini adalah satu tindakan bertanggungjawab yang bijak.

Jika golongan antivaksin mahu menarik isu undang-undang, tamparlah pipi dan sedarkan mereka. Mereka adalah klien dan pengurusan taska adalah peniaga.

Adalah satu hak kepada peniaga untuk menolak berurusan dengan klien yang berpotensi menyusahkan mereka kelak.

Saranan saya:

1. Pihak pengurusan taska dan tadika berhak dan digalakkan menolak ibu bapa antivaksin. Ini bagi menjaga tanggungjawab mereka kepada kanak-kanak lain.

2. Ibu bapa antivaksin seharusnya tidak menyalahkan pihak taska. Jika mereka masih berdegil menolak vaksin, mereka perlu mencari alternatif lain sama ada taska kelolaan antivaksin juga atau pendidikan pra persekolahan di rumah.

3. Jangan menipu jika anda antivaksin. Anda bukan sahaja membahayakan nyawa anak anda, malah membahayakan kanak-kanak lain dan pihak pengurusan taska.

4. Pihak pengurusan taska perlu berhati-hati dengan penipu antivaksin. Dapatkan buku rekod vaksinasi mereka dan semak dengan teliti. Anda terdedah kepada bahaya wabak jika terperdaya dengan mereka ini.

P/S: Antivaksin tolak vaksin kerana kandungannya yang diragui walhal pihak agamawan telah mengharuskan penggunaannya (rujuk Bayan Linnas isu 59).

Tetapi, mereka tidak rasa berdosa pula menipu rekod imunisasi anak-anak mereka. Umpama menang berjudi, wang dibelanja untuk ke umrah.

Mungkin sahabat-sahabat boleh namakan taska-taska yang diketahui ada peraturan menolak antivaksin sebegini?

Bagi memudahkan ibu bapa yang membaca membuat pilihan selamat untuk anak-anak mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Apa Maksud Akuan Bersumpah Atau Akuan Berkanun?

Apa Maksud Akuan Bersumpah Atau Akuan Berkanun?

Akuan bersumpah atau akuan berkanun adalah pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 (Pindaan 1969), dan seseorang yang mengikrarkan akuan bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan berkenaan.

Maksud Akuan Bersumpah

Mana-mana hakim Mahkamah Seksyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115) adalah sah untuk mengambil dan menerima akuan bersumpah daripada seseorang yang membuat akuan itu.

Sesuatu akuan itu dibuat dengan sukarela dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, mengikut borang akuan.

Sekiranya akuan bersumpah yang dibuat didapati PALSU setelah siasatan dijalankan, maka orang yang membuat akuan bersumpah itu boleh di DAKWA di mahkamah di bawah Seksyen 1999 dan 2000 Kanun Keseksaan.

Hakim akan membuat keputusan sama ada perakuan yang dibuat itu benar atau palsu berdasarkan bukti dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Jika didapati bersalah, hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen itu adalah penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun, hukuman itu hanya berkaitan akuan bersumpah yang dibuat untuk digunakan sebagai keterangan di mahkamah.

Sebaliknya, sekiranya akuan bersumpah itu digunakan untuk tujuan lain (selain daripada keterangan di mahkamah) orang yang membuat akuan bersumpah itu boleh dipenjara tiga tahun dan dikenakan denda jika didapati akuan itu palsu.

AKTA AKUAN BERKANUN 1960 (AAB)

Mengapakah Akta ini sangat berkait rapat dengan Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah?

AAB merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi membuat dan mengambil Akuan Berkanun dan bagi maksud yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akuan Berkanun 1960.

Borang akuan

Sah bagi mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115), bagi mana-mana Notari Awam yang dilantik di bawah Akta Notari Awam 1959, mengambil dan menerima akuan mana-mana orang yang membuat akuan dengan SUKARELA dalam bahasa melayu atau inggeris mengikut borang dalam jadual.

Persoalan

Mengapakah kita semua perlu mengangkat sumpah?

Kebanyakan urusan-urusan harian semada dipihak kerajaan maupun swasta menghendaki kita membuat sesuatu pengakuan yang mengatakan bahawa pengakuan tersebut adalah betul.

Jika kita berurusan dengan Jabatan Kerajaan, contohnya di Jabatan Pendaftaran Negara, maka kebanyakan borang yang perlu diisi menghendaki kita membuat akuan sumpah.

Begitu juga di Jabatan Imigresen, JPJ, Kementerian Luar (Sijil Kelakuan Baik), KWSP, dan banyak lagi.

Jika diswasta pula contohnya pengesahan laporan audit kewangan, laporan setiausaha syarikat dan sebagainya, maka sepatutnya kita tahu bahawa Akuan Sumpah adalah begitu penting dalam hidup kita.

Bagaimana sesuatu Akuan Sumpah boleh dibuah secara sah?

Sesuatu akuan sumpah akan menjadi sah dan diterima pakai dimahkamah apabila deponen (orang yang mengangkat sumpah) telah melaksanakan perkara seperti dibawah:
  • menyediakan dokumen akuan sumpah secara kendiri.
  • dokumen tersebut mestilah mengikut format yang dikhaskan dalam akta Akuan Berkanun 1960.
  • membawa sendiri dokumen dihadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.
  • Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah melaksanakan tugas-tugasnya seperti didalam Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dimana:
    • Deponen mestilah menandatangani dokumen sumpah dihadapan pegawai-pegawai tersebut di atas.

Peringatan:

Anda boleh memastikan seseorang Pesuruhjaya Sumpah yang sah apabila anda melayari web Mahkamah Persekutuan atau Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Ada juga Pesuruhjaya Sumpah yang menjalankan perkhidmatan dengan tanpa lesen yang sah, waspadalah.

Apakah akibatnya apabila kita membuat sesuatu akuan sumpah secara palsu?

Menurut akta ini bahawa sesuatu akuan palsu boleh dihukum dibawah Kanun Keseksaan (Penal Code) di bawaw Seksyen 199 dan Seksyen 200.

Seksyen 199 KK, menyatakan bahawa, kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan.

"Barang siapa membuat satu kenyataan palsu hendaklah disiksa sama seperti seolah-olah ia telah memberikan keterangan palsu."

Seksyen 200 KK, pula menyatakan bahawa menggunakan sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu yang diketahui sebagai palsu, hendaklah disiksa sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu."

Maka hukuman berkaitan keterangan palsu adalah dibawah Seksyen 193 KK, Siksa bagi keterangan palsu; antara lain, hendaklah disiksa dengan PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI 7 TAHUN DAN BOLEH DIDENDA.

Anda semua perlu merujuk sendiri Seksyen 199, 200 dan 193 Kanun Keseksaan.

Maka amat besar impaknya kita membuat sesuatu akauan palsu dalam Akuan Sumpah tersebut.

Dimanakah tempat untuk kita mengangkat Akuan Sumpah yang sah?

Anda semua boleh pergi ke Tempat Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara dan tanda-tanda adalah seperti di bawah:
  • Premis yang khas dan dipapan tanda PESURUHJAYA SUMPAH.
  • Apabila anda masuk ke dalam, terdapat seorang PJS yang dipoket kirinya tertera Pesuruhjaya Sumpah dan nombor pengenalanya.
  • Mereka akan mencatitkan nama anda, kad pengenalan dan melihat dokumen yang anda bawa.
  • Seterusnya beliau akan membaca dokumen dan memahamkan anda dan anda disuruh menandatangani dokumen sumpah itu.
  • PJS akan mencatitkan bitir-butir identiti anda dibuku daftarnya dan anda disuruh menandatangani dibuku tersebut.
  • Akhirnya PJS akan mengecopkan sealnya keatas dokumen yang anda bawa.
  • Bagaimana jika anda was-was semada PJS itu ada lesen atau atau tidak? Anda boleh memeriksanya dilaman web Mahkamah Persekutuan Malaysia atau Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.

INFO LANJUT AKUAN BERSUMPAH

Semua Kaedah yang disebut di sini adalah dari Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah, 2018.

Semua Pekeliling yang dirujuk di sini adalah Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia.

1. Apakah tugas seorang Pesuruhanjaya Sumpah?

[Perkara 11(2)] Asasnya, Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan identiti orang yang membuat pengakuan / dokumen dan Pesuruhjaya Sumpah memastikan bahawa orang itu memahami isi pengakuan / dokumen itu.

2. Apa yang Pesuruhanjaya Sumpah boleh laksanakan?

Kebiasaannya, Pesuruhanjaya Sumpah boleh mengesahkan afidavit dan akuan berkanun. Pesuruhjaya Sumpah juga boleh membuktikan Kuasa Peguam.

[Perkara 9 (1)] Kuasa seseorang peguambela dan peguamcara yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah adalah seperti berikut:–
  • menerima pengakuan perempuan yang sudah berkahwin sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang yang akan diambil sebelum pegawai awam;
  • menerima pengakuan keatas ikat jamin atau jaminan;
  • menjalankan sumpah untuk yang berikut: –
  • justifikasi untuk jaminan;
  • mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
  • menerima dan mengambil jawapan, pengakuan, bantahan, penafian, tuduhan atau pemeriksaan keatas mana-mana pihak untuk apa jua tindakan;
  • pemeriksaan keatas mana-mana saksi terhadap mana-mana penyiasatan atau kebaikan atau apa-apa jenis peristiwa yang lain;
  • pelaksana dan pentadbir sumpah; dan
  • mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang sedang dalam perbicaraan atau yang akan dimulakan di mana-mana mahkamah; dan
  • mengambil dan menerima pengakuan sumpah berkanun.

3. Bolehkah Pesuruhanjaya Sumpah mengesahkan dokumen yang sudah terlanjut tarikh?

Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenarkan untuk mengesahkan mana-mana dokumen tersebut. Pesuruhjaya Sumpah mestilah memasukkan tarikh semasa dan ia mestilah tarikh yang sama apabila orang itu menandatangani dokumen di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

4. Bolehkah Pesuruhanjaya Sumpah enggan memberikan perkhidmatannya?

[Perkara 11(2)(e)] Ya, Pesuruhjaya Sumpah boleh menolak dari memberikan perkhidmatannya apabila ia mempunyai sebab yang boleh dipercayai seperti mengesyaki bahawa orang yang sebelumnya terlibat dalam penipuan, frod, perdayaan, dures, pemaksaan atau apa-apa kelakuan haram.

5. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan mana-mana dokumen yang telah ditandatangani tanpa kehadiran orang yang menandatangani?

[Perkara 11(2)] Tidak. Ini adalah pelanggaran serius bagi kewajipan seorang Pesuruhjaya Sumpah. Orang itu mesti hadir dan menandatangani dokumen di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

6. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah pergi ke hospital atau pejabat saya/rumah untuk mengesahkan apa-apa dokumen?

[Perkara 15(1)(b)] Peraturan am ialah bahawa seorang Pesuruhjaya Sumpah hanya boleh menjalankan perkhidmatannya di alamat pejabat yang telah diluluskan.

[Perkara 15(1)(2)] Seorang Pesuruhjaya Sumpah boleh menjalankan perkhidmatannya di tempat yang berbeza dari alamat pejabat yang telah diluluskan hanya dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan dan dengan kelulusan terdahulu daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia.

7. Saya diminta untuk memberikan perkhidmatan salinan dokumen yang disahkan benar (CTC). Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan dokumen sebagai salinan sebenar asal?

[Pekeliling bertarikh 13 Jun 2005] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak diberi kuasa untuk memperakui apa-apa dokumen sebagai salinan yang asal.

8. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah menjadi saksi keatas pelaksanaan seseorang untuk apa-apa perjanjian, surat atau dokumen?

[Pekeliling bertarikh 03 November 2015] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah dilarang untuk menjadi saksi pelaksanaan keatas seseorang untuk apa-apa perjanjian, surat atau dokumen melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu:-
  • Borang 1 dan Borang 2 di bawah Seksyen 3 (Jadual Pertama) Akta Surat Kuasa Wakil 1949.
  • Perjanjian Pinjaman di bawah Seksyen 27(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
  • Perjanjian di bawah Seksyen 22 Akta Sewa Beli 1967.
  • Seksyen 97 Ordinan Tanah Negeri Sabah.
  • Seksyen 84 Akta Profesion Undang-Undang 1976.

9. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan apa-apa pengakuan berkanun yang tidak mematuhi Akta Akuan Berkanun, 1960?

[Pekeliling bertarikh 03 November 2015] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenarkan mengesahkan apa-apa pengakuan berkanun yang tidak mematuhi format yang telah ditetapkan di dalam Akta Akuan Berkanun 1960. Format boleh didapati di dalam Jadual Akta Akuan Berkanun 1960.

10. Jika terdapat dua (2) atau lebih orang menandatangani satu (1) pengakuan / dokumen, adakah mereka harus menandatangani pada masa yang sama?

Ya. Semua orang yang menandatangani pengakuan / dokumen mesti hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan menandatangani akuan / dokumen pada masa yang sama.

11. Bolehkah seseorang mewakili beberapa orang atau deponen untuk membuat akuan sumpah?

Tidak. Sekiranya sesuatu surat akuan perlu ditandatangani oleh ramai deponen, maka kesemua deponen perlu hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk menandatangani surat tersebut.

12. Bolehkah kanak-kanak atau orang gila mengangkat sumpah?

[Perkara 11(2)(b)] Boleh, tetapi Pesuruhjaya Sumpah perlu memastikan bahawa kanak-kanak tersebut benar-benar faham akan perkara yang ingin diikrarkan dan mereka hadir bersama waris beliau. Pesuruhjaya Sumpah juga perlu memastikan bahawa perkara yang diikrarkan tidak dilihat tidak memberi kebaikan kepada kanak-kanak tersebut; Orang gila boleh mengangkat sumpah sekiranya penyakit gila yang dihadapi oleh beliau tidak berterusan, dan beliau hendaklah dipastikan berada dalam keadaan waras dan memahami perkara yang ingin diikrarkan sebelum Pesuruhjaya Sumpah menurunkan tandatangan.

13. Bolehkah seseorang yang buta, bisu, pekak atau buta huruf mengangkat sumpah?

[Perkara 11(2)(b)] Boleh, tetapi Pesuruhjaya Sumpah perlu memastikan deponen tersebut faham setelah dibacakan dan diterangkan kandungan dokumen dan eksibit yang dikepilkan.

14. Bolehkah surat akuan diisi menggunakan dua warna pen yang berbeza?

Tidak diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 mahupun Akta Akuan Berkanun 1960. Akan tetapi, adalah dinasihatkan supaya borang akuan diisi menggunakan warna dan jenis pen yang sama supaya kandungan dokumen tersebut tidak diragui.

Dokumen-dokumen yang diikrarkan juga adalah tertakluk kepada syarat penerimaan yang ditetapkan oleh agensi atau jabatan yang memerlukan dokumen tersebut.

15. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah membantu menyediakan sesuatu dokumen dan mengenakan caj tambahan?

Apa-apa pembantuan dalam persediaan sesuatu dokumen oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah adalah tidak dibenarkan. Justeru, bayaran terhadap bantuan tersebut juga adalah tidak dibenarkan.

16. Apakah bayaran/caj Pesuruhjaya Sumpah?

[Perkara 17 & Jadual Kedua] Semua bayaran / caj Pesuruhjaya Sumpah secara lazimnya telah ditetapkan. Pesuruhjaya Sumpah tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran selain dari jumlah yang telah ditetapkan.

No. Jenis Dokumen Kadar Bayaran;
  • Afidavit Asal RM10.00 untuk setiap deponen.
  • Eksibit yang dirujuk dalam afidavit asal RM5.00 untuk setiap eksibit.
  • Salinan pendua atau sesalinan afidavit RM5.00 untuk setiap deponen.
  • Salinan pendua atau sesalinan eksibit RM2.00 untuk setiap eksibit.
  • Dokumen, pengesahan, pengakuan, surat ikatan atau sebarang instrumen lain RM10.00 untuk setiap deponen.
  • Salinan pendua atau sesalinan dokumen, ikrar, pengakuan, surat ikatan atau mana-mana surat cara lain RM5.00 untuk setiap dokumen.

Mengikut saranan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia, bayaran/caj untuk Akuan Berkanun kekal sebagai RM4.00 bagi setiap pengakuan.

17. Apa yang perlu saya bawa ketika saya bertemu Pesuruhjaya Sumpah?

Selain dari dokumen yang anda perlukan Pesuruhjaya Sumpah untuk pengesahan, sila bawa dokumen identiti asal anda.

18. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan bagi dokumen saya untuk disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah?

Bergantung kepada jenis dan sifat dokumen, ia biasanya mengambil masa kira-kira lima (5) minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2