Jumaat, Jun 29, 2018

Apa Itu Notis Merah Interpol?


Notis Merah Interpol adalah permohonan oleh negara anggota bagi mengesan dan menangkap seseorang individu sebelum dia dikenakan ekstradisi dan notis itu akan hanya dikeluarkan sekiranya terdapat waran tangkapan kebangsaan yang sah.

Notis Merah Interpol

Notis Merah boleh digunakan di mana-mana negara anggota Interpol dan pasukan polis di semua negara anggota adalah berkewajipan menangkap individu dikehendaki.

Selepas itu, negara tersebut boleh membuat permohonan kepada negara berkenaan untuk menghantarnya pulang.

Sesebuah negara mungkin tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan semua negara anggota Interpol, tetapi perkara itu tidak menjadi halangan selagi mempunyai hubungan diplomatik dua hala dengan negara berkenaan.

Namun, ketiadaan perjanjian ekstradisi tidak bermakna keadaan menjadi mustahil.

Proses Ekstradisi Renyah

Bagaimanapun, proses ekstradisi amat kompleks dan merenyahkan kerana individu yang kaya dan berkemampuan boleh menggunakan mahkamah negara itu bagi menyekat atau melengah-lengahkan keseluruhan proses ekstradisi (kecuali Brunei dan Singapura).

Kerajaan juga boleh membatalkan pasport individu dikehendaki dan dengan itu akan menjadikannya sebagai orang tanpa warganegara.

Dengan cara itu, dia perlu bergantung kepada belas ihsan negara yang menjadi tempat tinggalnya sekarang kerana melanggar undang-undang imigresen negara berkenaan.

Tekanan seperti ini akhirnya akan memaksa individu tersebut kembali ke negaranya secara sukarela.

Bagaimanapun, di sinilah akan timbul kerumitan.

Pertama, adakah dia akan menjadi rakyat atau penduduk tetap di negara yang sedang di dudukinya dan sama ada negara itu mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara yang mengeluarkan notis merah.

Kedua, individu tersebut boleh menggunakan hujah bahawa tiada pertuduhan yang menunggunya dan dia mungkin boleh menggunakan alasan bahawa penyiasat boleh menemuduganya di tempat dia sedang berada.

Individu tersebut juga boleh menggunakan hujah bahawa siasatan terhadapnya bersifat politik dan pertuduhan berasaskan politik tidak terikat dengan ekstradisi walaupun negara berkenaan bersedia menimbang alasan serupa dengan ketiadaan perjanjian berkaitan ekstradisi.

Proses Sukar

Aabila berada dalam fasa membuat keputusan sama ada kesalahan telah dilakukan, maka butiran dan fakta mengenainya menjadi sangat penting.

Spekulasi oleh media, sentimen orang ramai dan laporan tidak berasas perlu diketepikan.

Perlu ada bukti nyata untuk membuat pertuduhan kerana jika tidak, ia tidak mencukupi.

Walaupun terdapat beberapa lagi cara untuk membawa individu dikehendaki pulang ke negaranya, ia melibatkan proses panjang serta tertakluk kepada undang-udang di negara mana dia tinggal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon