Thursday, October 03, 2019

Festival Gendang Pampat, Paluan Perang Pahlawan Iban

Festival Gendang Pampat, Paluan Perang Pahlawan Iban

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai bentuk permainan gendang tradisional. Dipantai timur kita sudah kenal apa itu rebana ubi. Dipantai barat pula terkenal dengan paluan kompang. Kedua-duanya permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat Melayu.

Gendang Pampat
Tarian Pahlawan Iban.

Namun, jika kita sebut Gendang Pampat mungkin ramai yang tidak tahu, apatah lagi melihatnya.

Gendang Pampat amat sinonim dengan masyarakat Iban di Sarawak, namun demikian permainan Gendang Pampat ini turut tersisih daripada generasi muda Iban.

Sama seperti permainan tradisi Melayu yang lain juga tidak mendapat sambutan dari generasi muda Melayu seperti permainan rebana dan sebagainya.

Seperti permainan gendang tradisional Nusantara yang lain seperti kompang dan rebana, Gendang Pampat dimainkan secara berkumpulan yang biasanya 4 orang pemain boleh bermain gendang ini pada satu-satu masa.

Namun, ada ketikanya ia boleh mencecah 11 biji gendang dalam satu pasukan dengan 11 orang pemain.

Pun begitu, tingkah gendang ini tidak seperti gendang-gendang lain yang berentak rancak, Gendang Pampat berentak keras dan padat serta nyaring tingkahnya.

Sesuai sebagai pemanggil semangat kepahlawanan gendang ini, sebelum Gendang Pampat ini dimainkan, ia didahului dengan upacara mantera dan menabur beras kunyit serta pemain-pemainnya dijamu dengan seteguk tuak.

Pemain-pemain Gendang Pampat juga turut memakai pakaian tradisi Iban seperti 'ngepan' jika pemainnya terdiri daripada wanita, manakala baju kurung atau baju perang yang diperbuat daripada kulit kambing lengkap dengan terabai (perisai) dan parang ilang dipinggang dipakai oleh lelaki.

Pada saat itulah akan terserlah penampilan berani pahlawan Iban seakan-akan mahu pergi berperang.

Gendang yang diperbuat daripada kayu keras seperti Tapang atau Mengeris dipotong berbentuk silinder panjang hingga satu meter dan disalut dengan kulit kambing atau pelanduk disamping dihias dengan bulu rusa.

Terdapat nama pada jenis-jenis gendang ini seperti Gendang Bebandong, Gendang Lanjan, Gendang Tama Pechal, Gendang Enjun Batang dan Gendang Tinggang.

Gendang Pampat ini biasanya dimainkan oleh masyarakat Iban Dai di kawasan Sri Aman pada hari keramaian seperti Gawai Dayak dan Gawai Antu.

Festival Gendang Pampat

Bagi mengekalkan kesinambungan budaya gendang ini, satu festival Gendang Pampat diadakah secara tahunan di Melugu, Sri Aman.

Selain pasukan yang dianggotai oleh orang-orang tua, terdapat juga pasukan yang mengetengahkan anggota belia yang masih muda bagi meneruskan kegemilangan muzik tradisi Iban ini.

Mungkin sudah tiba masanya anak-anak muda Iban mengambil-alih oermainan ini daripada golongan tua kerana tanggungjawab mempertahankan permainan tradisi ini terpikul di bahu generasi muda.

Demikianlah indahnya kepelbagaian budaya dan permainan tradisi masyarakat Iban yang kurang diketahui oleh rakyat Malaysia.

Dengan mengangkat seni tradisional Gendang Pampat, diharapkan agar seni ini terus dilestari seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, agar masyarakat luar dapat mengenali masyarakat Iban yang penuh dengan warna-warninya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Misteri Teknologi Moden Pada Lukisan Berusia 80 Tahun!

Misteri Teknologi Moden Pada Lukisan Berusia 80 Tahun!

Pada bulan Ogos 2017 yang lalu, sebuah lukisan berjudul 'Mr Pynchon and the Setting of Springfield' menjadi topik perbualan hangat di kalangan pengguna laman sosial. Lukisan ini ialah sebuah karya seorang pelukis Itali bernama Umberto Romano, yang berlatar belakangkan keadaan sekitar 400 tahun lalu dan mula dilukis pada tahun 1937.

Ancient Technology

Ia mengisahkan tentang pertemuan dua puak orang asli Amerika iaitu Pocumtuc dan Nipmuc bersama peneroka Inggeris di Agawan atau kini dikenali sebagai Massachusetts.

Nilai lukisan ini tidaklah semahal atau terkenal seperti karya agung pelukis terkenal dunia yang lain seperti Leonardo da Vinci, Pablo Picasso, Vincent van Gogh dan ramai lagi.

Tetapi, disebabkan wujud sebuah objek ganjil pada lukisan ini, ia mula menjadi tumpuan dunia.

Objek misteri berbentuk segi empat itu dapat dilihat secara jelas pada bahagian bawah kanan lukisan, kelihatan seperti sebuah telefon pintar sedang dipegang oleh seorang lelaki suku puak asli Amerika.

Persoalannya? Adakah ia benar-benar sebuah telefon pintar?

Pakar sejarah dari Universiti Pennsylvania, Dr. Margaret Brucha berkata, bukan mudah bagi pengkaji mengemukakan bukti kukuh dalam tempoh masa terdekat.

Ia memerlukan pelbagai kajian lanjut atau siri ujian kerana karya artis dari Itali itu berkonsep genre romantis, yang memperjuangkan karya-karya berbentuk abstrak. Ia mungkin bilah besi bersegi empat.

Ancient Technology

Menurut tokoh sejarah barat bernama Daniel Crown, objek pada lukisan berkenaan disifatkan sebagai alatan perhiasan cermin tangan yang digunakan secara meluas selepas abad ke 17.

Selain itu, menurut Crown, karya ini turut memaparkan gambaran tentang kemodenan dunia bangsa Inggeris sewaktu bertemu suku puak asli di Amerika Syarikat.

Unsur moden dimaksudkan sudah tentulah cara berpakaian, senjata dan termasuklah harta benda lain dan salah satunya merujuk cermin tangan yang dipegang oleh lelaki tersebut.

Dan oleh kerana objek itu berbentuk segi empat, boleh jadi juga ia dikaitkan sebagai senaskah teks keagamaan milik orang Inggeris.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, October 02, 2019

'Healing Cancer Has Become A Crime'

'Healing Cancer Has Become A Crime'

It may sound ridiculously cynical to some, but there are many who believe that cancer is too big a business (meaning too lucrative) to ever actually cure. And they say the proof is in the numbers, because if any of the existing low-cost, natural and alternative cancer treatments were ever to be approved, then the healthcare industry's cornerstone revenue producer would vanish within months.

Healing Cancer

And Big Pharma isn't about to let that happen. The industry is what is keeping us from a real cancer cure. Consider how big a business cancer has become.

In the 1940s, before all of the technology and innovation we see today, just one out of every 16 people was stricken with cancer; by the 1970s, that ratio fell to one in 10.

Today, one in two males are at risk of developing some form of cancer and for women that ratio is one in three.

Adds Health Impact, "We have lost the war on cancer."

The site notes further:

"The cancer industry is probably the most prosperous business in the United States. In 2014, an estimated 1,665,540 new cancer cases diagnosed and 585,720 cancer deaths in the US. $6 billion of tax-payer funds are cycled through various federal agencies for cancer research, such as the National Cancer Institute (NCI). The NCI states that the medical costs of cancer care are $125 billion, with a projected 39 percent increase to $173 billion by 2020."

The belief among skeptics is that treating cancer has become an industry in and of itself, employing too many people while producing far too much income to permit a cure to be found (or approved).

Indeed, the current research on cancer medications is based on the presumption that the disease will grow (as will the market), not get smaller.

A 2010 documentary entitled, Cut Poison Burn, by filmmaker Wayne Chesler, presented a number of powerful facts regarding corruption in the business of conventional treatments for cancer (surgery, chemotherapy and radiation) in the U.S.

Here are a number of quotes taken from the documentary that reveal why we're no closer today than ever to a cancer cure, as reported by Your News Wire:

"From 1920 to the present time, we have made little progress in the treatment of adult cancers. So, a person who gets prostate cancer or breast cancer today will live as long as a person who got it in 1920." - Charles B. Simone, M.MS., M.D., Founder, Simone Protective Cancer Center.

"Why are people terrified when they hear the word cancer? Because they know it [conventional cancer treatment] doesn't work." – Dr. Julian Whitaker, M.D. Founder, Whitaker Wellness Institute.

"Everyone should know that most cancer research is largely a fraud."– Dr. Linus Pauling 1986, Nobel Laureate.

There are more, including the U.S. government's own admission in patenting someone else's potential cancer cure, that current treatments "are themselves carcinogenic" and may actually promote recurrences of cancer.

But you get the point: There is no real incentive to cure something that generates so much employment and profit; just imagine all of the cancer treatment specialists and their staff members who would be out of a job if this disease was ever cured.

As Natural News founder Mike Adams, the Health Ranger, has said, there is nothing in "modern" cancer treatment that results in true healing.

The law and public policy have been established to prevent cures:

"Treating cancer with anything that actually works has been entirely outlawed in the United States, where 'healing has become a crime,' say independent observers. The conventional cancer industry isn't interested in curing the disease; it's interested in profiting from its continuation."

BACA INI JUGA:

sumber: naturalnews

Tuesday, October 01, 2019

7 Lokasi Paling Selamat Jika Perang Dunia Ke 3 Berlaku

7 Lokasi Paling Selamat Jika Perang Dunia Ke 3 Berlaku

Di sebalik peperangan yang berakhir sama ada dengan kemenangan atau kekalahan, kerosakan tetap akan berlaku dan yang akan menanggungnya bukan sahaja pihak tentera, tetapi juga orang awam yang tidak bersalah.

Perang Dunia
Gambar hiasan.

Lebih dahsyat, jika meletusnya Perang Dunia Ketiga, teknologi nuklear pasti akan menjadi senjata utama. Jika perang ini benar-benar berlaku dan anda ingin melarikan diri, ke mana lokasi paling selamat yang harus kita pergi?

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 7 buah negara yang mungkin paling selamat jika Perang Dunia Ketiga berlaku.

1. Vanuatu

Vanuatu merupakan sebuah negara pulau yang terdiri daripada kira-kira 80 buah pulau merentasi jarak 1,300 kilometer, terletak 1,750 kilometer dari utara Australia.

Walaupun negara ini mempunyai pengaruh terhadap Perang Dunia Kedua, namun ia masih selamat dan perang itu tidak memberikan kesan kepada Pulau Vanuatu, sama seperti perang yang akan datang mungkin tidak akan memberi kesan kepadanya.

Jika bom nuklear dijatuhkan di Australia atau di Amerika Syarikat, ia tidak akan menjejaskan negara ini kerana jaraknya yang sangat jauh, iaitu 11,000 kilometer dari AS, menjadikannya salah satu destinasi paling selamat bagi pelarian perang.

2. Kepulauan Fiji

Kepulauan Fiji adalah sebuah negara kecil di Barat Daya Pasifik yang mengandungi sekumpulan 332 buah pulau, namun hanya 106 daripadanya sahaja yang didiami.

Lokasinya adalah 2,000 kilometer dari New Zealand dan merupakan antara negara membangun dari segi ekonomi di Pasifik.

Negara ini jauh dari tanah besar dan benua, antara faktor yang menjadikannya sebagai salah satu lokasi yang baik sebagai negara paling selamat jika Perang Dunia Ketiga meletus.

Ekonominya bertahan melalui sumber pelancongan, perikanan, perhutanan dan sumber mineral, juga kaya dengan industri tebu, sangat sesuai untuk rakyat Malaysia yang kemaruk gula.

Melarikan diri ke negara yang terpencil ini akan membuatkan anda selamat, juga penuh dengan sumber makanan.

Malah, Kepulauan Fiji juga sangat aman dan tidak terlibat dalam peperangan sebelum ini.

3. Tonga

Tonga adalah sebuah negara Polinesia di Oceania yang terdiri daripada 169 buah pulau kecil, sebuah negara berdaulat di mana hanya 36 buah pulau sahaja yang didiami.

Kebanyakan penduduk tinggal di Tongatapu, yang dilindungi oleh lagun dan tebing batu kapur.

Oleh kerana kawasannya yang luas di lautan, ia akan menjadi sukar untuk mengebom seluruh pulau ini, menjadikannya salah satu lokasi selamat ketika perang.

Tidak ada sesiapa yang mahu menyerang negara ini kerana tiada keuntungan ekonomi atau politik boleh diperolehi daripada negara ini.

Pertanian merupakan salah satu sumber ekonomi Tonga, jadi ia cukup untuk anda meneruskan hidup di sini.

4. Kepulauan Cook

Cook Islands atau Kepulauan Cook adalah koleksi pulau yang berselerak di seluruh Laut Pasifik Selatan.

Negara pulau ini beroperasi bersama-sama New Zealand dan kebanyakan dasar mentadbir dibuat oleh Kepulauan Cook.

Tiada negara yang akan datang dan menyerang Kepulauan Cook, serta mengebom negara ini ketika peperangan melanda kerana kos yang sangat tinggi.

Negara ini mempunyai ekonomi yang kecil dan populasi yang jarang dan sumber utama ekonomi di Kepulauan Cook adalah pelancongan, perikanan, eksport laut dan buah-buahan.

Jika perang berlaku, sumber ekonomi ini sudah cukup untuk bertahan dan selamat.

5. Iceland

Kedudukan Iceland adalah sangat jauh dari tanah besar Eropah dan United Kingdom dan dekat dengan Kutub Utara.

Negara ini mempunyai populasi yang sedikit dan jarang, menjadikannya destinasi yang selamat apabila meletusnya Perang Dunia.

Semasa Perang Dunia Kedua, Iceland adalah neutral dan tidak terlibat dalam peperangan secara langsung.

Negara yang mempunyai gunung, glasier dan padang lava ini sangat stabil dari segi ekonomi.

Hari ini, Iceland merupakan antara negara terkaya di dunia dan anda akan mendapat segala kemudahan di sini ketika perang terjadi.

Iceland dengan kebarangkalian besar tidak akan menjadi titik serangan semasa berlakunya peperangan.

6. Chile

Chile adalah sebuah negara yang besar dan sebahagian daripada benua yang besar, namun selamat.

Negara di benua Amerika Selatan ini mempunyai kawasan yang panjang dengan garis pantai yang memanjang ke Lautan Pasifik.

Chile dikelilingi oleh Andres, Gurun Atacama yang gersang dan gunung pesisir.

Oleh kerana lokasinya yang dekat dengan Antartika, ia menyukarkan bagi negara-negara lain untuk menyerangnya.

7. Tuvalu

Tuvalu adalah sebuah negera pulau yang terletak di Lautan Pasifik dan bersaiz sangat kecil shinggakan hampir tidak kelihatan dalam peta dunia, namun ia merupakan tempat yang sangat selamat ketika berlakunya Perang Dunia Pertama.

Sebagai negara ke-4 paling kecil di dunia, ia juga merupakan kepulauan gunung berapi dan terdiri daripada pulau karang.

Tiada satu pun negara besar yang akan membelanjakan berjuta-juta wang untuk menyerang negara kecil ini, kerana tiada faedah.

Tuvalu juga akan selamat daripada sebarang radiasi nuklear hasil daripada penggunaan senjata nuklear dalam perang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

SBDJ Siri 116: Budak Ganjil Tanpa Pakaian

SBDJ Siri 116: Budak Ganjil Tanpa Pakaian

Dentuman petir membuat telinga saya seperti pekak. Tanah yang dipijak seperti bergegar. Saya pun rebah ke dada bumi. Antara sedar dan tidak, terasa tubuh diangkat serta diusung oleh Datuk dan Haji Taslim Singasari ke perdu macang (bacang). Saya disandarkan di situ, Datuk segera memulihkan semangat saya yang hilang.

Toyol jadi-jadian

Bila terasa diri semakin pulih, saya celikkan mata. Apa yang saya lihat sungguh mengejutkan.

Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terbakar hangus dipanah petir. Hancur menjadi debu lalu diterbangkan oleh angin ke mana-mana.

Penduduk kampung berdekatan menjadi gempar. Mereka merasa sungguh takjub kerana dalam cuaca petang yang terang, boleh terjadi ledakan petir yang sungguh hebat.

"Kita sudah melihat kekuasaan Allah, sesungguhnya Allah berhak melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita," Pak imam yang tadi membisu mula bersuara. Matanya menatap wajah Datuk dan Haji Taslim Singasari.

"Itu pilihan sahabat saya, Pak Imam."

Nada suara Haji Taslim Singasari mengundang kehampaan.

"Itu takdir dirinya," celah Datuk.

"Apa boleh buat Haji, saya harap perkara yang terjadi di depan mata kita ni, jangan dihebohkan dengan sesiapa. Nanti boleh timbul macam-macam cerita pula," Pak Imam menatap permukaan bumi sambil menarik nafas panjang.

Pak Imam angkat kepala lalu memandang ke arah kami dengan senyuman penuh keyakinan. Dia percaya yang kami akan mematuhi permintaannya.

Pak Imam melangkah ke kaki tangga untuk naik ke rumah. Perbuatannya itu segera dituruti oleh saya, Haji Taslim Singasari dan Datuk.

Bila berada dalam rumah, bilik si mati segera kami serbu. Saya jadi bingung. Semua barang miliknya menjadi abu, bersepah-sepah seluruh bilik. Malah ada yang melekat pada dinding akibat ditolak angin.

"Jangan disentuh," Haji Taslim Singasari mengingatkan kami.

Kami terus membuka tingkap. Dua keping papan dinding yang menghala ke arah sawah dikopaknya dengan jari telunjuk.

"Kenapa rosakkan dinding rumah?" tanya Datuk.

"Biar angin masuk dan terbangkan debu-debu yang ada dalam rumah ni. Debu-debu ini tak boleh disentuh, kalau kena tubuh kita, kulit boleh terbakar dan daging badan jadi busuk," jelas Haji Taslim Singasari.

Saya segera meninggalkan bilik si mati. Beberapa minit kemudian Pak Imam, Haji Taslim Singasari dan Datuk turut keluar dari bilik si mati.

Kerana waktu Asar hampir tiba, kami terus ke masjid untuk menunaikan solat.

Atas persetujuan para jemaah yang ada, maka Haji Taslim Singasari pun disuruh menjadi imam.

Selesai sembahyang dan berdoa, para jemaah mula bercerita tentang bunyi petir yang mereka dengar. Ada bermacam-macam andaiannya dan ramalan yang mereka buat.

Kebanyakannya, dihubungkaitkan dengan kematian Suhaimi Keraba.

Ada yang mendakwa, sebelum petir meledak mereka melihat Suhaimi Keraba menari-nari di jalan raya. Ada pula yang melihat Suhaimi Keraba minum kopi dan makan laksa di warung Simpang Empat.

Cerita-cerita yang sampai ke telinga membuat saya tersenyum panjang. Betapa mudahnya, orang mengadakan cerita yang bukan-bukan, mereka pandai menggunakan kesempatan dari kematian Suhaimi Keraba yang semasa hidupnya tidak melakukan kebaikan.

Beberapa orang jemaah yang berani terus mendekati Haji Taslim Singasari dan Pak Imam.

Mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan tanpa mempedulikan kehadiran kami. Mungkin kerana kami orang luar.

"Minta maaf, kami tak tahu pula bunyi petir itu ada hubungan dengan si mati," itu jawapan Pak Imam pada pertanyaan mereka.

Ternyata jawapan itu tidak memuaskan hal orang yang bertanya.

"Mustahil awak tak tahu?" tanya lelaki berkulit hitam manis dengan misai lebatnya menutupi bibir atas.

Pertanyaan ditujukan khas untuk Haji Taslim Singasari mencari jawapannya di samping berusaha menjauhkan diri dari lelaki berkulit hitam yang usianya sekitar lima puluhan.

"Petir berbunyi waktu cuaca terang benderang, perkara biasa," sahut Pak Imam.

Ternyata lelaki berkulit hitam tidak puas hati kerana jawapan itu bukannya datang dari Haji Taslim Singasari.

Matahari petang yang memancar membuat dahi saya dan Datuk berpeluh. Pak Imam merenung ke arah kolah masjid.

"Bagi saya, itu bukan perkara biasa," lelaki berkulit hitam manis bersuara.

Dia menatap wajah Pak Imam dan Haji Taslim Singasari.

"Kenapa awak kata macam tu?” Datuk ajukan pertanyaan pada lelaki berkulit hitam manis.

Dia tidak berminat mahu bercakap dengan Datuk. Mungkin kerana Datuk orang luar. Datuk dan Pak Imam berpandangan. Akhirnya mereka tersenyum.

"Bagi saya," ulang lelaki berkulit hitam.

"Perkara itu ada kaitannya dengan sahabat Pak Haji yang mati. Dia tu manusia jahat, isi neraka," begitu senang lelaki berkulit hitam manis bercakap.

"Mulut awak celopar. Tak baik menuduh begitu. Saya tak suka cara awak, kita tak boleh menentukan seseorang itu isi neraka atau syurga kerana ia adalah kuasa Allah," nada suara Haji Taslim Singasari mula meninggi. Mukanya nampak merah.

"Maafkan saya, Pak Haji."

"Awak tahu, Allah boleh melakukan sesuatu apa yang diingini-Nya, apa lagi petir waktu hari bercuaca panas," Haji Taslim Singasari berhenti bercakap.

Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan. Matanya menoleh ke arah saya dan Datuk.

"Kenapa dalam setiap kejadian kita tidak mahu memikirkan tentang kebesaran Allah? Kenapa mesti dikaitkan dengan manusia yang kita cap atau kita kira sebagai manusia jahat.

"Ini ertinya kita bercakap dan berfikir menurut perasaan bukannya menggunakan otak," lanjut Haji Taslim.

Dia tentang biji mata lelaki berkulit hitam manis. Bahu lelaki itu ditepuk dengan mesra.

"Ini kesilapan saya, suka mendengar cakap-cakap orang," terpamer kekesalan di wajah si hitam manis.

"Lain kali, jangan cepat sangat percaya dengan cakap-cakap orang, selidik dulu sebelum membuat tuduhan, barulah hidup selamat," Pak Imam mengurut si hitam manis.

"Maafkan saya."

"Sudahlah, lain kali berhati-hati. Kami tak ada apa-apa dengan awak," tutur Pak Imam mengakhiri kata dengan senyum.

Si hitam manis tergesa-gesa meninggalkan kami.

Sebenarnya kami bertiga (Pak Imam, Datuk dan saya) tidak perlu pergi ke rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam boleh pulang terus ke rumahnya. Sementara saya dan Datuk boleh balik ke rumah Mat Prai.

Oleh kerana basikal kami masih berada di rumah Haji Taslim Singasari perkara tersebut tidak dapat dilakukan. Terpaksa pergi ke rumahnya dulu.

Bila sampai di rumah, Haji Taslim Singasari menahan kami agar minum petang. Dia sendiri yang membuat air kopi dan menggoreng pisang nangka.

Minum petang sambil berborak memang menyeronokkan, ketika sedang berborak tanpa disengajakan Haji Taslim Singasari telah menceritakan serba sedikit kebolehan yang ada pada dirinya.

Rupanya, perkara yang tidak disengajakan itu telah berbekas dalam diri Datuk.

Timbul minat dalam hatinya untuk mengetahui beberapa perkara tertentu dari Haji Taslim Singasari.

Bagaimanakah Datuk mahu menyatakan hasrat hatinya itu? Dan amat mengejutkan saya, bila Datuk mahu menerima pelawaan dari Haji Taslim Singasari agar bermalam di rumahnya untuk sama-sama membaca Yasin.

"Macam mana dengan basikal yang saya pinjam, saya tak boleh bawa dua basikal sekali," Pak Imam menyatakan keresahannya sambil meletakkan cawan di tangan ke dada piring.

"Ya juga!" Datuk terkejut dan menyedari yang perbuatannya itu menyusahkan orang lain.

"Itu mudah saja, suruh cucu awak bawa basikal saya, awak naik basikal yang dipinjam. Bila datang ke sini semula, awak naiklah basikal saya bersama cucu awak," Haji Taslim Singasari menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Bijak juga awak cari jalan selesai," Pak Imam terus menatap wajah Haji Taslim Singasari.

"Kalau tak ada apa-apa hal, lepas sembahyang Isyak saya datang ke sini. Saya juga nak baca Yasin," sambung Pak Imam bersama senyum.

"Kalau awak datang saya gembira, kalau tak datang saya tak marah," tingkah Haji Taslim Singasari lalu disambut dengan ketawa.

Haji Taslim Singasari mengumpulkan cawan dan piring kosong lalu dibawa ke ruang dapur.

Kami turun dari rumah. Haji Taslim Singasari keluarkan basikal tua dari bawah rumah. Diserahkan pada saya. Basikal tua itu masih berhabuk tetapi, brek dan tayar masih elok.

"Saya jarang menggunakannya," tutur Haji Taslim Singasari sambil menepuk tempat duduk basikal dua tiga kali.

"Jangan bawa laju-laju," Datuk mengingatkan saya.

"Kalau bawa laju nanti tercabut tayar," Pak Imam berjenaka. Saya tersenyum panjang.

Kami keluar dari kawasan rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam berada di depan, Datuk di tengah dan saya berada di tempat terakhir, semuanya membongkok kayuh basikal.

Matahari petang yang kian condong mencipta bebayang diri kami memanjang di dada jalan. Angin yang bertiup memberikan keseronokan dan kesegaran pada diri saya.

Sambil kayuh basikal saya bersiul-siul kecil membawakan lagu Terkenang Semasa Dulu.

Lagu tersebut cukup popular ketika itu. Kecil besar tua muda kenal dengan suara penyanyi R. Azmi yang setiap hari berkumandang di radio Malaysia (ketika itu disebut Radio Malaya).

Akhirnya kami sampai di rumah Pak Imam. Tidak dapat saya gambarkan kegembiraan yang melonjak dalam dada, bila Pak Imam menyuruh saya menghantar basikal yang dipinjam ke rumah adiknya.

Inilah peluang terbaik bagi saya untuk melihat wajah Masitah, si putih kuning penggoda jiwa. Doa saya, semoga emak dan ayah Masitah tak ada di rumah.

Kali ini, saya mahu bercakap panjang dengannya. Mahu Tanya kegemarannya. Lagu apa yang diminatinya, pandai dia membaca Quran dan berqasidah?

Bolehkah dia masak gulai tempoyak, yang jadi kegemaran saya dengan nenek. Kalau boleh dialah bakal isteri saya. Engkau cantik, engkau menawan Masitah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikum salam," terdengar suara halus nyaring.

Engkaukah itu Masitah? Saya tersengih sendirian dengan sepasang biji mata tertumpu ke arah pintu yang terdedah.

"Siapa tu?" orang di dalam bersuara lunak.

"Saya Tamar, nak pulangkan basikal yang saya pin..," saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Jantung saya berdebar.

Oh! Tuhan apakah saya bermimpi? Dua tiga kali saya mengucap panjang.

Benarkah yang berdiri di muka pintu itu Masitah? Bisik batin saya. Sudah jelas yang berkemban di muka pintu adalah Masitah.

Mata jantan saya tertumpu ke arah bahagian dada yang tidak bertutup. Kulitnya putih melepak dan lembut.

Basikal yang dipegang terlepas dari tangan. Jatuh terdampar atas bumi. Masitah yang berdiri di muka pintu menghilangkan diri.

Basikal yang rebah saya tegakkan lalu disandarkan pada tiang seri di bawah rumah.

"Basikal bawah rumah, saya nak balik," kata saya sambil keluar dari bawah rumah.

Hati kecil saya tetap kesal kerana Masitah cukup cepat menghilangkan diri.

Waktu saya mahu melintas di depan tangga, saya lihat Masitah berdiri di situ. Dia tidak berkemban lagi.

Pakaiannya cukup kemas dengan baju kurung berkain batik. Dia tidak memakai kain kelubung. Rambutnya disikat rapi.

"Nama awak, Masitah!" saya memberanikan diri sambil berjenaka.

Tiada jawapan yang saya terima dari Masitah kecuali sebuah jelingan tajam penuh makna dan mendebarkan.

"Basikal yang dipinjam tadi, ada di bawah rumah," saya menambah.

Masitah tiada juga bersuara, tetapi ada senyum di kelopak bibirnya. Saya tidak mahu senyumnya. Saya mahu mendengar suaranya.

"Sampaikan salam saya pada emak dan ayah awak," kata saya tanpa melihat ke arahnya.

Saya terus melangkah dengan wajah yang serius.

MENGENA

Ternyata, taktik yang saya lakukan itu mengena. Saya kira, kalau saya jual murah, Masitah jual mahal. Bila saya jual mahal, Masitah jadi serba salah lalu menegur saya. Ini sebuah pengalaman yang amat berharga.

"Macam merajuk aje nampaknya, pagi tadi bukan main berani," Masitah mengusik dan menyindir.

Bagaikan ada kuasa tertentu, langkah saya terhenti dan wajah saya bagaikan diarahkan kuasa ghaib memandang ke arah wajah Masitah. Kami tersenyum.

"Pergi ke mana bawa basikal ayah saya?"

"Ke Kampung Terang."

"Ada apa di sana?"

Saya rasa agak sukar mahu menjawab pertanyaan dari Masitah. Kalau saya katakan yang benar, mungkin dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong.

"Saya tak boleh cakap, kalau nak tahu tanyalah ayah saudara awak," kata saya.

"Kenapa tak boleh cakap?"

"Itu rahsia."

"Alahaiii menyampah," Masitah juihkan bibir bawah ke depan bersama kerdipan dan jelingan.

Tidak memadai dengan itu, dia tunjukkan penumbuk ke arah saya. Sungguh melucukan tetapi amat menghiburkan diri saya.

"Tamarrr..."

Suara Datuk meninggi dan memanjang dalam nada marah. Kegembiraan yang melonjak dalam dada terus hilang.

Saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah Pak Imam. Sebelum sampai ke rumah Pak Imam dua kali saya terjatuh tersepak akar. Rasa sakit sudah tak terasa lagi, akibat dikuasai rasa takut pada Datuk.

"Heiii, kamu ni," Datuk beliakkan mata, saya tidak angkat muka.

Cuma renung permukaan bumi saja. Rasa gementar terus bersarang di dada. Saya berdoa agar kemarahan Datuk berakhir di situ saja.

"Apa yang kamu buat di situ? Hantar basikal sampai berjam-jam. Apa yang kamu cari di rumah orang, ha?" sambung Datuk. Suaranya makin meninggi.

"Sudahlah tu," Pak Imam memujuk.

"Kalau tak ditegur inilah jadinya," ada perubahan pada tekanan suara Datuk.

Nadanya merendah. Dada saya terasa lapang bila dia berbalas senyum dengan Pak Imam.

"Saya pergi dulu," Datuk hulur tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman.

"Dengar cakap Datuk kamu, jadilah cucu yang baik," kata Pak Imam bila saya bersalaman dengannya.

"Terima kasih," saya tatap wajah Pak Imam yang tersenyum.

Segera saya sorong basikal tua ke arah jalan besar. Datuk mengekori dari belakang. Bila sampai dekat pokok kelapa condong Datuk berpatah balik menemui Pak Imam.

"Awak datang malam ni ke rumah Haji?"

"Insya-Allah lepas isyak saya sampai," itu janji Pak Imam pada Datuk.

Dan Datuk meneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.

Sampai di tepi jalan raya, Datuk ambil basikal dari saya. Tanpa berkata apa-apa dia terus kayuh basikal.

Saya terpinga-pinga kerana Datuk terus meluru ke depan tanpa menyuruh saya naik basikal.

"Tuk," jerit saya.

Datuk tidak peduli dia terus kayuh basikal. Saya jadi cemas dia semakin jauh dari saya.

"Tuk," jerit saya.

Datuk tidak juga menoleh ke belakang. Terus membongkok kayuh basikal. Ini tidak boleh jadi, Datuk dah buat perangai gila-gilanya.

Saya buka langkah dan terus memburunya. Bila langkah saya bersaing dengan basikal yang Datuk kayuh, tanpa membuang masa saya terus melompat ke atas pelantar basikal.

Saya tercungap-cungap, tetapi Datuk buat endah tak endah dengan kehadiran saya tu.

"Tuk."

"Hum, ada kamu. Aku ingatkan tadi kamu tak tahu berusaha nak hidup," kata-kata itu amat menyakitkan hati saya.

"Agaknya Datuk terlupa nak ajak saya naik basikal."

"Aku tak terlupa, aku sengaja tinggalkan kamu. Nak tengok kamu tu cerdik ke bodoh?"

"Hum," saya mengeluh dalam hati.

Sikap Datuk itu amat mengecewakan. Saya ambil keputusan tidak mahu bercakap dengannya.

Basikal yang dikayuh oleh Datuk agak laju, habis rambut saya menggerbang. Angin terasa begitu kuat memukul kulit pipi dan mata mula berair. Tenaga Datuk bagaikan tenaga orang muda.

"Duduk diam-diam," Datuk mengingatkan saya.

Bila Datuk mendapati saya bergerak ke kiri dan ke kanan atas pelantar basikal. Saya berbuat demikian kerana saya terasa cukup lenguh.

"Baik tuk," kata saya.

Dari jalan raya Datuk belok basikal ke kanan, masuk ke lorong kecil menuju ke rumah Haji Taslim Singasari.

Cuaca tidak secerah tadi, matahari sudah mengisut ke kaki langit. Sebentar lagi cuaca samar akan menguasai seluruh kampung yang menandakan malam mula mengusir siang.

Cukup cekap Datuk mengendalikan basikal yang dikayuhnya. Dia bijak mengelakkan tayar basikal dari melanggar tunggul dan akar kayu yang berselirat di dada lorong.

Bila tayar basikal terlanggar lopak kecil atau akar kayu secara tidak sengaja, tubuh Datuk bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengimbangi badan dan basikal dari masuk parit.

Secara tidak langsung, saya juga turut bergerak. Akibat terlalu kerap bergerak, badan saya berpeluh.

"Cepat datang."

Sambut Haji Taslim Singasari di kaki tangga Saya terus melompat turun dari pelantar basikal.

Kerana saya melompat tanpa memberitahunya, Datuk tidak dapat mengawal basikal dengan baik hingga dia terbabas ke arah perdu pisang.

Basikal dan Datuk jatuh di situ. Haji Taslim Singasari segera menerkam ke arah Datuk.

"Kamu tak mahu fikir tentang orang lain, bila mahu berbuat sesuatu. Tengok apa dah jadi," biji mata Datuk tertumpu ke wajah saya.

Kali ini saya tidak merasa takut, kerana nada suara Datuk tidak meninggi.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi," sambung Datuk bersama senyum.

Entah mengapa Datuk tidak naik darah kali ini. Mungkin dia segan dengan Haji Taslim Singasari.

Datuk tolak basikal ke bawah rumah. Disandarkan pada tiang kayu bulat. Kemudian Haji Taslim Singasari terus memeriksa tangan kanan Datuk.

Pada hematnya, tangan kanan itu mesti bengkak atau luka. Semasa Datuk jatuh tadi tangan kanan itu terkandas atas kayu bulat.

"Tak ada apa-apa, saya sempat mengelak. Dari jauh memang nampak yang tangan saya ni kena kayu bulat," jelas Datuk.

"Cekap juga awak."

"Semuanya dengan izin Allah," balas Datuk.

"Mari naik," pelawa Haji Taslim Singasari.

BEKU

Sementara menanti masuk waktu maghrib, saya duduk di anak tangga bongsu melihat ke kawasan hujung sawah.

Damai melihat pepucuk pisang yang meliuk-liuk di terpa angin, begitu juga dedaun pinang dan kelapa.

Datuk dan Haji Taslim Singasari terus berborak panjang di anjung. Mereka bertukar pendapat, berbincang tentang hal-hal agama.

"Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku," tutur Haji Taslim Singasari.

"Maksud awak?" sanggah Datuk.

"Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu. Sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut.

"Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mahu mencarinya," jelas Haji Taslim Singasari.

"Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat," tingkah Datuk.

"Ya," Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat Datuk.

Hari beransur gelap. Pepohon di hujung sawah sudah tidak jelas lagi. Beburung tidak lagi terbang untuk pulang ke sarang.

Cahaya merah dan biru di kaki langit sudah pun menghilang. Beduk di sudut masjid pun dipalu orang lalu disusuli dengan suara azan mendayu hiba. Menyeru penduduk kampung supaya menunaikan kewajipan.

Kami pun menunaikan solat Maghrib, imamnya Haji Taslim Singasari. Kami membaca surah Yasin hingga masuk waktu Isyak.

Bila solat Isyak mahu dimulakan, saya terasa lain macam saja. Macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat bergerak bebas dalam rumah. Bulu tengkuk saya sentiasa saja berdiri.

"Itu perasaan kamu saja, Tamar," kata Datuk bila rasa gelisah itu saya sampaikan padanya.

"Bukan perasaan, perkara tu memang ada," Haji Taslim Singasari renung muka Datuk.

"Pedulikan, kita sembahyang dulu," sambung Haji Taslim lagi sambil mengarahkan saya dan Datuk mengambil tempat masing-masing. Dia pun memulakan tugasnya sebagai imam.

Bila saya memberi salam yang kedua, bahu saya seperti dipegang oleh seseorang.

Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa seperti ada orang yang menjabat tangan saya. Digenggam erat sambil digoncang beberapa kali.

"Manusia ke syaitan?" bentak batin saya.

Serentak dengan itu, genggaman yang mencangkum telapak tangan saya terlepas. Ada hembusan nafas yang keras menyentuh kulit pipi.

Bahu saya disinggung dengan kuat hingga saya terdorong ke kanan, berlaga dengan badan Datuk.

"Kau mengantuk, Tamar?"

Saya segera gelengkan kepala sambil tumpukan seluruh perhatian ke arah pembacaan doa yang dilakukan oleh Haji Taslim Singasari.

Sesekali saya lihat Datuk berada dalam keadaan yang resah. Dia mengisut ke arah saya seperti ada orang yang menghimpitnya.

Pembacaan doa pun berakhir. Saya terus bersalam dengan Haji Taslim Singasari.

"Kamu kurang senang kerana diganggu," Haji Taslim Singasari tenung muka saya.

Belum pun sempat saya menjawab, dia ubah pandangan pada Datuk. Mereka bersalaman.

"Assalamualaikum."

Biji mata kami tertumpu ke arah pintu yang tertutup rapat. Lama kami menunggu pintu yang tidak berkunci itu ditolak orang dari luar. Apa yang kami harap tidak juga terjadi.

"Pedulikan," kata Haji Taslim Singasari dengan tenang.

"Mari kita baca surah Al-Kahfi," sambungnya lagi.

Saya dan Datuk anggukkan kepala. Haji Taslim Singasari terus bangun, ambil Quran atas rak lalu diserahkan pada saya dan Datuk.

"Assalamualaikum."

Kami bertiga terhenti untuk memulakan pembacaan. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu.

Seorang budak lelaki dalam usia lapan tahun, tanpa pakaian kecuali kain cawat yang menutupi kemaluannya.

Rambutnya dicukur bersih, bahagian belakang kepalanya terdapat setompok rambut dalam bentuk jambul. Panjang rambut tersebut hingga bertemu dengan bahagian punggungnya.

Sekilas pandang memang wajahnya menyerupai kanak-kanak. Bila ditenung lama-lama ternyata wajah itu cukup dewasa dalam usia empat puluhan.

Urat-urat di dahi dan di pipi kelihatan menonjol bagaikan akar rotan di permukaan bumi. Bentuk telinganya macam telinga arnab dan mengeluarkan asap nipis.

Saya gerun melihat bentuk matanya yang dalam, tidak ada kelopak, tidak ada bulu mata dan kening.

Ada cahaya memancar lembut macam mata kucing waktu malam bila terkena sinaran lampu picit.

Apa yang pelik dan menakjubkan, dari mana dia datang?

Mustahil dia masuk ikut pintu, kerana daun pintu tidak bergerak, masih tertutup rapat.

"Pedulikan," suara Haji Taslim Singasari meninggi.

Budak kecil di depan pintu terus ketawa dan menggilai panjang. Cukup seram dan menakutkan, bulu roma saya tegak berdiri.

Dia jelirkan lidahnya yang panjang lalu menjilat-jilat tubuhnya macam kucing menjilat bulunya.

"Mari kita baca," sambung Haji Taslim Singasari.

Kami terus mematuhi cakapnya. Dalam beberapa saat rumah di pinggir kampung itu terus bergema dengan pembacaan dari surah Al-Kahfi.

Makin lantang suara kami membaca, makin kuat hilai ketawa sungguh ganjil. Dia menari-nari dan melompat di depan kami.

Sesekali dia menukar taktik dari ketawa kepada menjerit dan akhir sekali, menangis tersedu-sedu macam budak kecil lapar susu.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 116/284

BACA: SBDJ Siri 115: Pulang Dari Kubur
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

'Beli Produk Muslim': Kenapa Profesor Berbangsa Cina Sokong Kempen Ini?

'Beli Produk Muslim': Kenapa Profesor Berbangsa Cina Sokong Kempen Ini?

Walaupun berlainan bangsa, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tetap menyokong Kempen Beli Produk Muslim (BMF), yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam.

BMF

Ketika ditemui Ismaweb, beliau berkata, Kempen Beli Produk Muslim ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang Islam juga berhak membeli barangan muslim, sama seperti orang Cina membeli produk daripada kalangan mereka.

Beliau mengakui tidak salah orang Islam memberi keutamaan kepada produk keluaran kilang-kilang muslim kerana perkara sama sudah pun berlaku dalam kalangan orang Cina.

"Orang Cina kalau mereka tahu barangan itu dihasil daripada kilang Melayu, mereka tak beli pun. Itu ikhlas, mereka tak beli pun. Jadi itu tak salah," katanya.

Bagaimanapun, beliau secara gurauan bersetuju sekiranya istilah 'boikot' barangan bukan muslim digunakan susulan tindakan biadab segelintir orang Cina menghentam warisan budaya bangsa lain.

Dr. Teo Kok Seong berkata demikian, merujuk kepada tindakan seorang Ahli Parlimen yang mendakwa pelaksanaan pengenalan tulisan khat seperti menyapu tahi lembu pada wajah diri sendiri dan tindakan ahli perniagaan bergelar Tan Sri menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu sama.

"Sampai sanggup jadikan bendera sebagai mangsa. Maksudnya, dia tak tahu macam mana rakyat rasa. Bila rakyat bertindak untuk boikot baru dia tahu kesannya. Jadi bagi saya, bagus juga ada boikot ini," kata Kok Seong.

Kempen Beli Produk Muslim adalah suatu altenatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.

Ia dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd, bagi tujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

BMF

Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara.

Kempen Utamakan Produk Muslim (BMBF) tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang Islam berhak membeli barangan muslim, sama seperti orang Cina membeli produk daripada kalangan mereka, kata Datuk Teo Kok Seong.

Pakar sejarah dan tamadun Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau sendiri menyokong BMBF yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam walaupun berlainan bangsa.

Orang Cina Sudah Lama 'Boikot' Produk Muslim

Beliau mengakui tidak salah orang Islam memberi keutamaan kepada produk keluaran kilang-kilang muslim kerana perkara sama sudah pun berlaku dalam kalangan orang Cina.

Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal di seluruh negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: denaihati

Sembuh Dari Kanser Dengan Pemakanan Sunnah, Terapi Air Dan Garam

Sembuh Dari Kanser Dengan Pemakanan Sunnah, Terapi Air Dan Garam

Tekadnya sebelum menutup mata ialah membebaskan rakyat Malaysia daripada kebergantungan terhadap ubat-ubatan moden sebaliknya merawat diri sendiri secara alami. Pengalamannya menanggung kesakitan akibat penyakit kanser limfoma sebanyak dua kali menyedarkan Prof. Datuk Dr. Noordin Darus, 65, bahawa perubatan moden bukanlah jawapan kepada semua penyakit.

Dr. Noordin
Dr. Noordin.

Berasal dari Kubang Semang, Bukit Mertajam, beliau mula disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada 2001 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi yang menyakitkan namun amalannya meminum air zam zam yang diberi rakan-rakan berjaya menghilangkan kesan sampingan rawatan itu.

"Air zam zam rupa-rupanya dapat meleraikan racun yang terdapat dalam kimoterapi. Badan saya jadi ringan dan saya mula mendekati konsep air berkenaan untuk mencari formula yang hampir kepada air zam zam semata-mata kerana tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi," katanya yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif WorldWellness Network Sdn. Bhd.

Menurut Dr. Noordin, hasil kajiannya mendapati konsep air hanya ada tiga iaitu alkali, mineral dan tenaga. Sehubungan itu beliau melakukan kajian berulang kali dan akhirnya berjaya menghasilkan penapis air berkonsepkan aura dikenali Rx Water yang mula dipasarkan pada 2003.

Selepas disahkan bebas kanser selama hampir 19 tahun, pada 2011 beliau diuji lagi dan disahkan menghidap kanser yang sama namun kali ini Dr. Noordin tekad untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan moden.

"Kali pertama saya disahkan menghidap kanser, saya tahu semuanya berpunca daripada tekanan hidup yang merupakan baja kepada kanser dan kali kedua saya dapati ia berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak dijaga. Saya terima semua itu kerana bagi saya ia adalah ilmu yang hendak diberikan Allah kepada saya," katanya.

Beliau ke hospital hanya untuk mengesahkan penyakit tersebut kemudian nekad mengamalkan diet yang disusun sendiri selain mengamal pemakanan sunnah melalui terapi air dan garam serta tidak mengambil gula, susu dan daging. Akhirnya selepas dua bulan beliau bebas daripada kanser.

Kata Dr. Noordin, beliau tidak mahu menyimpan ilmu yang diterima itu sebaliknya mahu memanfaatkan kepada semua rakyat negara ini.

Justeru beliau mengadakan program khusus `Sembuh Tanpa Ubat’ untuk orang ramai dengan hanya mengenakan bayaran RM25 seorang. Mereka akan diberikan maklumat tentang perincian tentang penyakit sehinggalah ke peringkat protokol pemakanan.

"Hendak menjadi hero kepada dunia tidak boleh dan saya juga tidak mampu menukar sikap penduduk Malaysia. Namun saya rasa jika saya boleh mengubah beberapa orang dan kita gembelengkan tenaga perjuangan yang positif ke arah kesihatan sendiri, kesihatan adik-beradik dan keluarga maka kita akan menghasilkan beratus-ratus malah beribu-ribu orang yang sihat," katanya.

Ujar beliau, penyakit diabetes, kolesterol dan darah tinggi adalah penyakit yang paling mudah sembuh jika mengamalkan protokol diet yang diberinya iaitu sepantas tiga hari.

Ramai yang tidak mempercayainya, kata Dr. Noordin malah kali pertama program tersebut dimuat naik dalam Facebook miliknya ramai netizen yang 'membantainya' kerana dakwa mereka kaedah itu sukar untuk dipercayai.

"Kaedah ini bukan perkara baharu malah sudah popular di Mexico, Australia dan Switzerland. Mereka lari daripada perubatan moden dan hasilnya mereka sembuh lebih cepat tanpa kesan sampingan selain kesihatan terjamin," ujar beliau.

Tegas Dr. Noordin, untuk sihat bukannya susah dan mahal malah untuk menjaga kesihatan juga tidak memerlukan kos yang tinggi jika mereka mengamalkan konsep diperkenalkannya itu.

"Penyakit ini ada pelbagai peringkat. Ada yang mudah diubati seperti diabetes, kolesterol dan darah tinggi dan ada yang memerlukan tempoh yang lebih lama untuk diubati seperti kanser, tiroid, arthritis, gout dan penyakit hati selain autisme tetapi semuanya boleh sembuh

"Susah atau senang ada jawapannya kerana Islam mengajar bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan jika kita faham kita tidak akan berputus asa. Bagi saya doktor yang menggunakan perkataan there is no cure (tidak ada kesembuhan) atau there is no chance to live (tiada peluang hidup) adalah salah. Siapa mereka untuk menyangkal bahawa setiap penyakit ada ubatnya," tegas beliau.

Kata beliau, falsafah perubatan sepatutnya melihat lebih ramai masyarakat yang sihat namun perkara sebaliknya berlaku dengan industri farmaseutikal menjana keuntungan berbilion-bilion ringgit melalui penghasilan ubat-ubatan moden. Oleh itu beliau mahu membetulkan falsafah tersebut.

"Terus terang saya katakan. Saya mahu betulkan falsafah ini walaupun nanti hanya saya yang tinggal seorang diri di Malaysia. Namun saya melihat banyak doktor di dunia yang sudah mempunyai konsep sama seperti ini.

"Kalau ada orang marahkan saya kerana memperjuangkan konsep tersebut, saya mahu bertanya adakah mereka yang marah ini berteraskan kepada wang sahaja. Jika tiada pesakit maka tiadalah wang?" tanyanya.

Beliau telah lali bukan sahaja dengan kecaman malah maki hamun daripada pelbagai pihak dalam memperjuangkan konsep perubatannya daripada perubatan frekuensi sehinggalah perubatan kuantum.

"Malah keluarga saya turut menasihatkan agar tidak terlibat dalam isu-isu sensitif kerana 'takut' melihat bahasa yang digunakan netizen terhadap saya. Namun saya beritahu mereka, saya minta maaf dan tidak boleh ikut cara mereka kerana gentar kepada gertakan manusia yang tidak masuk akal.

"Apabila saya berjaya menghasilkan produk yang berasaskan perubatan kuantum golongan tersebut juga 'membantai' saya seolah-olah apa yang diperkenalkan ini adalah teknologi pelik. Mereka lupa Jepun dan Korea telah membawa teknologi itu dan saya pula memajukannya melalui tenaga," katanya.

Menurut Dr. Noordin, ada ilmu yang telah beliau jumpa namun banyak yang masih belum diketemukan. Oleh itu beliau mahu segera menyebarkan ilmu yang diperoleh kepada masyarakat kerana bimbang ajal menjemputnya terlebih dahulu.

"Usaha ini perlu disegerakan kerana umur saya kini sudah melebihi umur bonus. Tidak tahu bila Allah hendak tarik. Umur mengejar saya.

"Saya perlu sebarkannya kepada masyarakat sebanyak mungkin supaya ia boleh diterima pakai walau apa halangan yang terpaksa saya lalui," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Sunday, September 29, 2019

15 Warna Air Kencing Yang Menandakan Tahap Kesihatan Tubuh

15 Warna Air Kencing Yang Menandakan Tahap Kesihatan Tubuh

Air kencing mempunyai banyak bahan-bahan kumuhan terutama nitrogen dalam pelbagai bentuk sama ada urea, asid uric, serta creatinine dan harus dikeluarkan untuk memastikan tubuh tidak mengalami masalah kesihatan.

Warna Air Kencing

Jadi, cara terbaik membuang bahan-bahan ini dari dalam tubuh ialah dengan minum air kosong secukupnya agar dapat dikeluarkan dengan banyak dan menyebabkan tahap bahan-bahan kumuh ini dalam darah dapat diturunkan.

Bagi pesakit gout yang mempunyai tahap asid uric yang tinggi, minumlah air kosong yang mencukupi, namun pastikan mendapat nasihat doktor jika telah mengalami masalah kerosakan ginjal sebelum minum yang banyak.

Kandungan Air Kencing

Penghasilan air kencing yang terlalu sedikit atau terlalu banyak selalunya menunjukkan seseorang itu mungkin mengalami masalah kesihatan.

Jika membuang air kencing terlalu banyak (melebihi 2.5L dalam sehari), dinamakan “Polyuria ”. Jika terlalu sedikit kurang dari 400 ml sehari dinamakan “Oliguria ” dan jika kurang 100 mL sehari dinamakan “Anuria”.

Sebahagian besar iaitu antara 90-95% air kencing adalah air yang mengandungi garam (mineral) dan bahan-bahan lain seperti protein, urea, creatinine, hormon, dan bahan kumuh yang lain (bergantung pada apa yang kita makan dan minum).

Namun, begitu kandungan bahan-bahan ini sangat rendah dalam air kencing seorang individu yang sihat.

Air Kencing Terlalu Jernih

Air kencing yang terlalu jernih menunjukkan seseorang itu mengalami penghidratan yang keterlaluan (over-hydration), lebih baik dari mengalami dehidrasi.

Namun, mengeluarkan air kencing terlalu banyak dibimbangi akan mengalami masalah kekurangan mineral dalam darah terutamanya natrium sehingga menyebabkan keadaan yang dinamakan hyponatrinemia yang mengakibatkan masalah saraf.

Pengambilan Dadah

Bagi mereka yang menjalani pemeriksaan dadah dalam air kencing, selalunya sample air kencing yang diberikan jika terlalu jernih menunjukkan kemungkinan seseorang itu cuba mengelak dari dikesan mengambil bahan terlarang.

Mereka minum air dengan terlalu banyak sehinggakan air kencing menjadi terlalu cair.

Kenapa Air Kencing Keruh?

Air kencing yang keruh mungkin menunjukkan seseorang itu mengalami masalah jangkitan kuman atau sedang mengalami proses pembentukan batu karang (crystallization) dari mineral kalsium phosphate.

Apa Itu Air Kencing Kotor?

Air kencing kotor adalah istilah yang diberikan oleh doktor kepada pesakit yang mempunyai jangkitan kuman pada sistem air kencing mereka atau air kencing pesakit tidak normal.

Selalunya, doktor akan melakukan pemeriksaan air kencing yang dinamakan UFEME. Air kencing yang dikumpul akan diteliti penampilan warna air kencing ketika itu.

Tahap asiditi (pH) dan ketumpatan (specific gravity) akan dikira. Kemudian air kencing akan diletakkan di bawah mikroskop bagi mengira kehadiran protein, albumin, gula, ketone, sel-sel darah putih, nitrogen, urea dan beberapa parameter lain.

Jika bacaannya tidak normal, doktor akan mencadangkan pemeriksaan darah untuk mengetahui fungsi ginjal. Ujian ini dinamakan Kidney Function Test.

Kenapa Air Kencing Berbuih?

Air kencing yang berbuih mungkin disebabkan oleh dua perkara. Pertama, pesakit sedang mengalami dehidrasi atau terdapat kehadiran protein yang banyak dalam air kencing yang berkemungkinan menunjukkan pesakit mengalami masalah fungsi ginjal.

Secara kesimpulannya, air kencing kotor dan air kencing berbuih adalah sesuatu yang tidak normal. Dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Punca Dan Tanda-tanda Warna Air Kencing

Secara amnya, warna dalam air kencing menunjukkan kemungkinan beberapa masalah kesihatan antaranya:

1. Kuning pekat

Dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh).

2. Kuning/Jingga cair

Pengambilan vitamin B kompleks atau Vitamin C.

3. Jingga

Pengambilan ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine.

4. Jingga gelap hingga perang

Mengalamai masalah Jaundice, rhabdomyolysis atau Gilbert’s syndrome. Ia adalah masalah kesihatan di mana hati tidak dapat memproses nyahtoksin bilirubin (yang terhasil dari penghuraian sel darah merah yang telah rosak dan mati).

Ia meningkatkan tahap bilirubin dalam darah yang akhirnya keluar bersama air kencing dan menjadikan air kencing berwarna jingga.

5. Merah berdarah (hematuria)

Ketumbuhan dalam ginjal atau pundi kencing.

6. Hitam (Melanuria)

Kanser kulit melanoma atau penyakit non-melanin acute intermittent porphyria.

7. Merah jambu

Kesan selepas makan ubi beet.

8. Hijau

Kesan selepas makan asparagus atau minum serta makan makanan yang mengandungi pewarna hijau.

9.Merah atau perang

Masalah penyakit porphyria atau memakan ubi beet atau buah mata naga.

10. Biru

Pengambilan methylene blue dalam beberapa jenis ubat atau minuman dan makanan yang mempunyai pewarna biru.

11. Biru

Blue Diaper Syndrome. Penyakit genetik (keturunan) yang jarang berlaku. Ia dikategorikan sebagai penyakit autosomal recessive metabolic disorder apabila seorang bayi mengeluarkan air kencing berwarna biru akibat masalah penyerapan protein tryptophan ke dalam darah.

12. Ungu

Purple Urine Bag Syndrome. Adalah keadaan di mana air kencing menjadi ungu dalam beg air kencing (selalunya pada pesakit yang dimasukkan urinary catheter dan urinary bag).

Kuman dalam air kencing menghasilkan enzim enzyme indoxyl phosphatase. Enzi mini akan menukarkan bahan yang mengandungi indoxyl sulfate (pada saluran dan beg plastik air kencing) yang ada dalam air kencing dan ditukarkan menjadi indirubin yang warna ungu.

13. Merah gelap

Dehidrasi melampau atau darah dalam air kencing atau masalah Choluria.

14. Merah jambu

Kesan selepas pengambilan ubi beetfoot.

15. Hijau

Selepas pemberian infusi ubat bius propofol dalam jangka masa yang lama.

Adakah Air Kencing Berbahaya?

Secara amnya air kencing tidak berbahaya, namun kerana ia mengandungi tahap nitrogen yang tinggi, ia mungkin merengsakan mata dan kulit.

Oleh itu bagi bayi yang menggunakan kain lampin (yang dibuat dari kain kasa atau kain lampin komersial), ia harus ditukar segera apabila lampin yang sudah basah bagi mengurangkan risiko mendapat kerengsaan (irritatation) pada kulit.

Beberapa buah negara air memproses kencing dan air kumbahan untuk mendapatkan air bersih dan selamat digunakan.

Sebelum ini saintis percaya air kencing tidak mempunyai kuman (sterile) sehinggalah ia sampai ke saluran air kencing urethra, di mana terdapat lapisan sel-sel epithelium pada urethra yang menjadi tempat pembiakan kuman anaerobic Gram negative.

Namun, kajian terbaharu menyatakan bahawa sebenarnya air kencing tidak bebas kuman kerana ia mengandungi kuman yang tinggal di sepanjang sistem perkumuhan air kencing.

Saintis percaya bahawa bau hancing sebenarnya adalah aktiviti kuman-kuman ini yang menghurai dan membebaskan molekul urea.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drzubaidi

The Pirate Bay: Sejarah Laman Web 'Download Percuma' Paling Terkenal Di Dunia

The Pirate Bay: Sejarah Laman Web 'Download Percuma' Paling Terkenal Di Dunia

Sekiranya anda seorang penggemar filem atau drama bersiri yang suka memuat turun secara percuma di Internet, anda pasti pernah menggunakan kaedah memuat turun torrent. Salah satu pelayan torrent yang terkenal adalah The Pirate Bay.

Sejarah The Pirate Bay

Ditubuhkan pada tahun 2003 oleh sekumpulan penggodam dan aktivis, The Pirate Bay bertujuan untuk membawa perkongsian fail secara percuma kepada orang ramai.

Dalam 16 tahun yang berikutnya, laman web itu telah berubah daripada sebuah komuniti kecil hingga ke Hollywood dan melayani berjuta-juta pengguna.

Apa yang kita ketahui, laman web ini mula diwujudkan oleh sebuah organisasi yang telah dibubarkan iaitu Piratbyran yang membawa maksud kepada Biro Lanun dalam bahasa Sweden.

Kumpulan ini mula dibentuk oleh aktivis politik dan penggodam pada tahun yang sama, kebanyakan daripada mereka telah melancarkan beberapa projek web lain yang mencabat struktur politik, moral dan kuasa.

Salah satu matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadi pengimbang kepada propaganda yang disebarkan oleh kumpulan anti-cetak rompak tempatan iaitu Antpiratbyran.

Dengan BitTorrent ketika itu merupakan teknologi perkongsian fail terkini, mereka merasakan ia adalah masa sesuai untuk memulakan laman perkongsian fail mereka sendiri untuk mempromosikan perkongsian maklumat.

Gottfrid Svartholm aka Anakata

Gottfrid Svartholm aka Anakata
Gottfrid Svartholm.

The Pirate Bay pertama kalinya beroperasi secara dalam talian adalah di Mexico di mana Gottfrid Svartholm, aka Anakata, pemilik dan pengasas The Pirate Bay yang menjadikan pelayan (server) milik syarikat tempatnya bekerja pada masa itu sebagai host.

Selepas beberapa bulan beroperasi, laman web itu berpindah ke Sweden di mana ia dihoskan pada komputer riba Pentium III 1Ghz dengan RAM 256MB.

Komputer riba itu adalah milik Fredrik Neij aka TIAMO, pengasas bersama The Pirate Bay yang akan memastikan laman web itu sentiasa berada dalam talian.

Salah seorang lagi pengasas bersama The Pirate Bay ialah Peter Sunde aka Brokep, seorang ahli perniagaan dan politik Sweden. Dia juga merupakan jurucakap untuk laman web itu.

Idea asal Piratbyran adalah untuk membuat rangkaian perkongsian fail awam yang pertama di Sweden.

Akan tetapi, laman web itu telah berkembang menjadi ikon perkongsian fail global dalam beberapa tahun kemudian.

Walaupun pasukan The Pirate Bay berbangga dengan kejayaan mereka ini, tetapi ia tidaklah semudah yang disangka tanpa apa-apa akibat.

Pada mulanya, mereka sering membalas amaran yang diberikan oleh pemegang hak cipta dengan gurauan. Lama-kelamaan apabila amaran menjadi tindakan undang-undang, mereka mula merasakan bebannya.

Ketika itu Kerajaan Amerika Syarikat telah memberikan tekanan ke atas Sweden dengan mendesak negara itu agar melakukan sesuatu tentang laman web The Pirate Bay yang melanggar undang-undang hak cipta itu.

Pada masa yang sama, ketiga-tiga pengasas laman web The Pirate Bay menyedari bahawa mereka sedang diekori dan diawasi oleh penyiasat persendirian yang memburu mereka.

Ketegangan itu akhirnya mencapai kemuncak apabila infrastruktur laman web itu diserbu pihak berkuasa pada 31 Mei 2006.

Kurang daripada tiga tahun selepas dilancarkan, 65 pegawai polis telah menyerbu pusat data laman web itu di Stockholm, Sweden.

Para pegawai polis telah menerima arahan untuk menutup pusat pelayan The Pirate Bay.

Sebelum itu, Gottfrid sudah menjangkakan hal itu dan memberi amaran kepada Fredrik yang kemudian memutuskan untuk membuat back up kepada pelayan laman web mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Diserbu

Serbuan ke atas premis The Pirate Bay ternyata merupakan langkah penting bagi pasukan The Pirate Bay kerana mereka berjaya menghidupkan semula laman web tersebut dalam masa tiga hari.

Kemunculan semula laman web itu menjadikan pengasasnya wira kepada ramai pengguna internet yang memuat turun dan berkongsi fail secara percuma.

The Pirate Bay menjadi berita utama di kebanyakan negara dan di Stockholm, orang ramai mengibarkan bendera lanun di jalanan.

Kejadian itu juga secara tidak langsung memberi manfaat kepada Piratpartiet (Parti Lanun), sebuah parti politik yang baru sahaja beberapa bulan ditubuhkan di Sweden.

Walau bagaimanapun, para pengasas laman web itu tetap merasai bahananya. Serbuan yang dilakukan pihak polis itu membawa kepada siasatan jenayah dan mereka dibicarakan di mahkamah.

Pada 17 April 2009, mahkamah Sweden telah menetapkan bahawa ketiga-tiga pengasas The Pirate Bay didapati bersalah kerana melanggar undang-undang hak cipta.

Seorang lagi yang disabitkan kesalahan ialah Carl Lundstrom, di mana syarikatnya iaitu Rix Telecom telah menyediakan perkhidmatan dan peralatan untuk pengesan torrent laman web itu. Dia telah dipenjarakan empat bulan atas kesalahannya itu.

Gottfrid Svartholm yang merupakan "Bapa The Pirate Bay" telah dihukum penjara selama tiga setengah tahun tetapi telah melarikan diri ke luar negara dan diberkas di Cambodia pada tahun 2012. Dia kemudian dibawa pulang ke Sweden untuk menjalani hukumannya.

Manakala bagi Peter Sunde pula dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan. Dia juga melarikan diri sebelum ditahan pihak berkuasa. Sunde ditahan di sebuah ladang pada Mei 2014 dan menjalani hukumannya selepas itu.

Fredrik juga melarikan diri daripada menjalani hukuman 10 bulan penjara yang dijatuhkan ke atasnya. Dia telah ditahan di sempadan Thailand pada November 2014 semasa cuba menyeberang dari Laos.

Selama mereka semua melarikan diri daripada ditangkap, laman web The Pirate Bay terus beroperasi dalam talian dan keempat-empat mereka juga telah dikenakan denda sebanyak RM20 juta.

Perkara ini telah menyebabkan kebanyakan ahli Piratbyran memutuskan hubungan mereka dengan laman web itu.

Pada tahun yang sama juga, satu lagi pusat data laman web itu diserbu di Stockholm menyebabkan laman web itu hilang selama beberapa minggu.

Walaupun pelbagai dugaan dan halangan yang dihadapi, laman web itu telah bertahan sehingga ke hari ini.

Walaupun The Pirate Bay tidak berubah bentuk dari segi penampilannya, namun ia tidaklah segah seperti zaman kegemilangannya suatu masa dahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

6 Tips Oral Seks Yang Mampu Memuaskan Isteri Di Ranjang

6 Tips Oral Seks Yang Mampu Memuaskan Isteri Di Ranjang

Oral seks bukan hanya melibatkan layanan khusus di bahagian kemaluan isteri semata-mata tetapi juga beberapa bahagian lain tubuh yang mampu menghidup dan menaikkan nafsu ghairah. Barulah isteri boleh mencapai klimaks dan merasa puas!

Oral Seks
Gambar hiasan.

Menurut Medical Daily, oral seks boleh meningkatkan kualiti kesihatan dan mood wanita maka, kalau suami nak isteri sentiasa happy dan bahagia, ini antara 6 perkara yang suami patut lakukan untuk aksi oral sex yang hebat di ranjang.

1. Rangsang isteri di semua bahagian!

Oral sex bukan bermaksud anda perlu “bekerja” di bahagian bawah itu saja. Anda boleh mengambil masa untuk meneroka dan menjadikan aksi ini sebagai sebahagian daripada foreplay.

Cuba cium dada, cium mulut isteri dengan perlahan dan melakukan rangsangan di puting payudara sebelum anda turun ke pangkal pahanya. Biar isteri mendesah sebelum anda memberi servis utama.

2. Guna apa yang ada di sekeliling

Tiada siapa di rumah malam ini? Apa kata anda cuba aksi oral seks di dapur pula? Ataupun mungkin di atas mesin basuh (tapi hati-hati jangan jatuh, ya!).

Gunakan persekitaran anda untuk lebih menikmati keseronokan mencuba perkara baru bersama-sama.

3. Oral seks bukan melibatkan jilatan semata-mata

Antara perkara salah yang suami terlalu percaya adalah oral sex melibatkan aksi jilatan semata-mata. Tahukah anda hisapan juga mampu merangsang isteri?

Cuba guna teknik sucking atau menghisap, tapi hati-hati kerana vagina adalah antara organ yang paling sensitif, sama seperti zakar anda. Jadi jangan menghisap dengan terlalu rakus.

4. Face-to-face

Anda boleh menggunakan oral sex sebagai salah satu pembuka panggung aksi di ranjang. Mulakan dengan face-to-face antara pasangan.

Apa yang penting, sentiasa tengok clue dari isteri. Jangan tergesa-gesa. Semuanya tentang gerakan perlahan untuk merangsang.

5. Cipta persekitaran yang 'steamy'

Ada sesetengah pasangan suka menonton video lucah untuk ditonton bersama pasangan. Jika anda tidak selesa dengan cara tersebut, cuba cipta persekitaran yang steamy dengan membuka lagu.

Dari lagu juga kalian boleh mula membina mood untuk berasmara dan saling merangsang antara satu sama lain.

6. Ubah posisi ketika sedang beraksi!

Kalau anda tidak jumpa sweet spot yang betul-betul selesa untuk memberi servis pada isteri, jangan takut untuk mengubah posisi ketika tengah beraksi!

Antara posisi yang anda boleh cuba malam ini untuk aksi oral sex yang the bomb adalah:
  • Biar isteri berbaring meniarap dan anda melakukan aksi dari belakang.
  • Suruh isteri membiarkan kakinya terjuntai di hujung katil dan anda melutut di hadapannya.
  • Isteri memegang tumit kakinya sementara berbaring.
  • Suami berbaring dan isteri melutut di atas muka suami sambil membuka kakinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent