Monday, April 01, 2019

Najib Razak Diminta Bayar Cukai RM1.5 Bilion

Najib Razak Diminta Bayar Cukai RM1.5 Bilion

Beberapa hari sebelum menjelang perbicaraan mahkamahnya, bekas perdana menteri Najib Razak diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar cukai sebanyak RM1.5 bilion, yang mana The Edge Markets melaporkan bahawa bil untuk tempoh 2011-2017 itu merupakan jumlah lain dari cukai pendapatan yang sudah dibayar ahli parlimen Pekan itu selama tujuh tahun.

Cukai Najib Razak

Sumber yang dipetik laporan itu berkata Najib sudah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan melalui surat yang dihantar LHDN kira-kira seminggu lalu.

Menurut sumber, siasatan LHDN mendapati Najib belum mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, termasuk RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya sebelum ini yang didakwa berpunca dari 1MDB.

Najib bertegas bahawa RM2.6 bilion itu adalah dari derma keluarga diraja Arab Saudi.

Pakar cukai dipetik berkata, tanpa perlu mengambil kira sama ada wang berkenaan dicuri atau derma, ia masih dianggap boleh dikenakan cukai dan adalah kesalahan untuk tidak mengisytiharkannya sebagai pendapatan.

"Jika pendapatan itu dari hasil haram, terpulang kepada agensi seperti polis atau SPRM untuk siasat jika berlaku jenayah.

"LHDN hanya menguruskan soal cukai pendapatan," katanya.

Najib kini berdepan 42 tuduhan jenayah. Daripada jumlah itu, 10 tuduhan berhubung SRC International, bekas syarikat subsidiari 1MDB.

Tuduhan itu termasuklah tiga dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta, pecah amanah, dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 8 Feb 2019 lalu, pihak pendakwaan menambah tiga lagi tuduhan penggubahan wang haram terhadap Najib melibatkan dana RM47 juga yang didakwa diterimanya pada 8 Julai 2014.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

4 Gurauan April Fool Paling Melampau Di Dunia

4 Gurauan April Fool Paling Melampau Di Dunia

Bagaikan sudah menjadi satu tradisi bagi sesetengah orang di dunia, 1 April setiap tahun akan disambut dengan prank dan tipu helah yang dikenali sebagai April Fool.

Tragedi-April-Fool
Tragedi April Fool.

Sempena membuka lembaran baharu April tahun ini, apa kata kita imbau kembali beberapa jenaka April Fool yang pernah dilaporkan pada tahun-tahun sebelum ini.

1. Titanic

Pada tahun 2001, seorang juruhebah radio di Brighton, England membuat pengumuman bahawa rangka kapal Titanic muncul di perairan Beachy Head.

Ia menimbulkan kekecohan awam sehingga ratusan individu berpusu-pusu ke lokasi itu sebelum mendapat tahu bahawa ia sekadar jenaka April Fool.

2. Isteri Meninggal

Lain pula ceritanya pada 1896 apabila seorang lelaki membuat prank terhadap isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia.

John Ahrens dari Nashville, Tennessee, memakai topeng putih untuk menakutkan isterinya.

Setelah mengetuk pintu rumah, wanita itu yang terkejut dengan kehadiran lelaki bertopeng putih rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Lebih pilu, mereka baru sahaja berkahwin beberapa bulan sebelum itu.

Ahrens dikatakan cukup menyesal dan nekad untuk berubah selepas kejadian itu.

3. Air Tercemar

Pada 2002 pula, seorang lagi juruhebah radio membuat jenaka April Fool apabila mengumumkan sumber air di Bandar Kansas tercemar dengan dihydrogen monoxide.

Pengumuman itu pantas menimbulkan kekecohan ramai sehingga pihak polis menerima 100 panggilan telefon.

4. UFO

Pada 2010, akhbar di Jordan membuat laporan mengenai pendaratan UFO sempena 1 April tahun itu.

Ia menyebabkan orang ramai ketakutan sehingga ada ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sejarah Stesen Kereta Api Melalap Tenom

Sejarah Stesen Kereta Api Melalap Tenom

Stesen Kereta Api Melalap, Tenom, bakal beroperasi semula dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun lagi dengan mempunyai landasan dan gerabak lebih baik selepas perkhidmatan kereta api di laluan itu ditamatkan 49 tahun lalu.

Stesen Kereta Api Melalap

Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal berkata pembangunan semula stesen itu turut melibatkan kerja-kerja menaiktaraf landasan dari Tenom ke Melalap sejauh 14 kilometer dengan peruntukan RM10 juta.

Beliau berkata ini adalah usaha kerajaan negeri untuk memajukan perkhidmatan kereta api di Sabah sebagai sistem pengangkutan efisien menghubungkan kawasan luar bandar dan bandar.

Beliau berkata perkhidmatan kereta api itu juga akan memberi manfaat kepada penduduk setempat khususnya Tenom, Pensiangan dan Keningau kerana mereka mempunyai pilihan dan tidak hanya bergantung kepada perkhidmatan bas atau teksi.

“Kita akan menghubungkan (landasan Melalap) sehingga ke Tenom, seterusnya ke Beaufort-Kota Kinabalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pembangunan Semula Landasan Kereta Api Tenom-Melalap.

Turut hadir dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Wilfred Madius Tangau serta Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Mohd Shafie bersama pemimpin yang hadir diiringi Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah Leonard S. Poyong kemudian menaiki kepala gerabak kereta api itu yang melalui landasan baharu sepanjang 300 meter sebagai gimik pelancaran projek tersebut.

Beliau berkata banyak manfaat boleh diperolehi menerusi inisiatif pembangunan semula stesen dan landasan kereta api kerana beliau yakin Tenom berpotensi besar bukan sahaja dalam pelancongan tetapi juga pertanian.

“Kereta api ini boleh digunakan untuk mengangkut hasil pertanian penduduk di sini dan mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan bas atau lori,” katanya.

Mohd Shafie berkata landasan kereta api digunakan pada 1906 iaitu ketika zaman British juga akan dinaiktaraf, namun, mengambil sedikit masa kerana ada penduduk kampung telah membina rumah di kawasan berkenaan.

Mengenai pembangunan pekan baharu Melalap, Shafie berkata, inisiatif itu seiring dengan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan lebih seimbang dilaksanakan di setiap daerah.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan hanya memberi fokus membangunkan kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau tetapi kawasan luar bandar juga akan diberikan keutamaan.

SEJARAH

Stesen Kereta Api Melalap

Stesen Kereta Api Melalap merupakan bekas stesen kereta api Laluan Kereta Api Barat Sabah yang terletak di Melalap, Sabah. Pada tahun 1900-an, seperti kebanyakan kawasan di Bahagian Pantai Barat, Sabah; sebahagian besar kawasan Melalap telah ditanam dengan pokok getah.

Sebuah lalu kereta api ke Melalap kemudiannya telah dibina oleh seorang jurutera Inggeris, Arthur J. West menggunakan buruh asing dari China yang terdiri daripada masyarakat Hakka dan Kantonis.

Laluan kereta api tersebut siap pada tahun 1906 untuk mengangkut barang dan juga membawa orang ke bandar-bandar besar.

Laluan tersebut telah dibuka pada 1 Ogos 1914, namun begitu, disebabkan oleh perubahan ekonomi di sekitar Melalap, laluan kereta api tersebut telah ditutup dan perkhimatannya telah ditamatkan pada tahun 1970-1971.

Stesen kereta api ini akhirnya diliputi semak samun akibat tidak dilakukan apa-apa pemuliharaan melainkan beberapa percubaan menyelamatkannya namun gagal kerana kekurangan peruntukan dan ketiadaan sokongan.

Pemuliharaan

Stesen Kereta Api Melalap Usang

Pada tahun 2016, hasil usaha seorang sukarelawan, Richard Ker, yang merupakan pengasas Persatuan Sejarah Borneo Utara, kawasan stesen tersebut telah dibersihkan dan dibaiki serta pelancaran kempen #SaveMelalapStation (#SelamatkanStesenMelalap) sebagai sebahagian usaha kumpulan tersebut untuk melindungi kesemua struktur sejarah di Sabah.

Ia turut dibiayai oleh syarikat-syarikat besar dan lain-lain parti yang turut menyumbang untuk pengumpulan dana bagi menyelamatkan stesen ini.

Pada 9 Mac 2017, stesen ini telah diwartakan sebagai sebahagian daripada tapak sejarah oleh kerajaan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Joseph Pairin Kitingan berkata pada 20 Mac 2017 bahawa bangunan stesen lama juga perlu diperlihara sebagai Warisan Negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Sunday, March 31, 2019

11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di New Zealand

11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di New Zealand

Ramai orang kata New Zealand adalah negara paling best di dunia. Semuanya alam semula jadi. “Nature, nature and more nature“, dan kata mereka betul! Tambah satu lagi sebab kenapa New Zealand terbaik, ia adalah antara negara yang memiliki udara paling bersih di dunia. Nak tahu macam mana rasanya sedut udara bersih kena pergi New Zealand.

Paling utama yang membuatkan New Zealand sangat seronok bukan setakat tempatnya yang menarik dan cantik, malah majoriti orang-orang New Zealand baik-baik belaka. Orang New Zealand memang terkenal dengan sikap humor mereka, lepak bersama mereka pun dah cukup buat anda rasa happy. Lawak mereka tahap mudah terhibur, memang sporting sungguh.

Mustahil untuk kami kongsi perasaan seronok bersama anda, tapi yang pasti kami boleh kongsi tempat-tempat menarik dan best yang anda boleh pergi bila travel ke New Zealand.

1. Hobbiton

Tempat Menarik Di New Zealand

Tak lengkap rasanya kunjungan anda ke New Zealand jika tidak melawat Hobbiton. Dunia fantansi yang wujud di alam realiti. Tapak pengambaran filem The Hobbit ini terletak di Ladang Biri-Biri Alexander di daerah Matamata.

Apa yang menariknya, di sini anda berpeluang untuk melihat kehidupan dunia The Hobbit dengan lebih dekat. Terima kasih kepada Peter Jackson kerana telah menjadikan kisah di dalam bukunya menjadi nyata.

Hobbiton menawarkan 4 pekej yang berlainan iaitu Hobbiton Movie Set Tour, Private Tour, Evening Banquet Tour dan Chinese Tour.

Setiap pelawat akan disediakan bas dan tour guide khas yang akan membawa anda ke perkampungan The Hobbit mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Oh ya, pastikan anda datang sebelum jam 4 petang. Kalau tak, kena datang semula besok.

2. Mount Cook National Park

Mount Cook National Park

Mount Cook ini merupakan gunung yang tertinggi di New Zealand dengan ketinggiannya sebanyak 3754 meter. Ia menyediakan tempat yang selesa untuk aktiviti aktiviti dipergunungan.

Anda boleh ke puncak Mount Cook hanya dengan berjalan kaki sahaja. Ada trek pejalan kaki yang sangat mudah untuk dilalui dan selain berjalan kaki, anda boleh juga menaiki berbasikal di sini.

Di dalam perjalanan untuk menuju ke Mount Cook, anda akan melalui Tasik Tekapo dan Tasik Pukaki. Anda pasti akan terpukau dengan keindahan air tasik tersebut yang cantik.

3. Sky Tower

Tempat Menarik Percutian Di New Zealand

Oleh kerana penerbangan AirAsia mendarat di Auckland, jadi kami tak nak terlepas untuk singgah ke salah satu menara yang menjadi ikon New Zealand iaitu Sky Tower.

Sky Tower terkenal dengan aktiviti sky jump, dan sky walk. Buat anda yang sukakan aktiviti mencabar dan tidak gayat, mencuba dua aktiviti ini pastinya sangat mengujakan.

Satu lagi perkara yang anda patut tahu, Auckland merupakan bandar paling sibuk di New Zealand dan Sky Tower terletak di tengah-tengah bandar Auckland. Jadi, untuk melihat bagaimana suasana bandar paling sibuk di New Zealand ini, Sky Tower adalah tempatnya.

4. Glowing Worn Cave, Waitomo

Glowing Worn Cave, Waitomo

Ini pengalaman paling unik anda boleh dapat di New Zealand. Glowing Worm Cave atau Gua Waitomo ini terletak di daerah Waikato.

Di dalam gua ini terdapat sejenis speises ulat ‘bercahaya’ yang sangat unik dan ianya sudah terbentuk sejak 30 juta tahun dahulu. Ada banyak cara untuk anda meneroka tempat ini, salah-satunya dengan menaiki bot.

Sebelum dibenarkan masuk, pelancong selalunya akan diberi sedikit taklimat oleh tour guide yang bertugas.

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, seperti tidak merokok, tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar termasuk video dan paling penting untuk anda tahu, semua pelancong yang masuk ke dalam gua ini akan dipaksa menyanyi.

Jika memandu dari Auckland, ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Gua Waitomo.

5. Blenheim (South Island)

Blenheim (South Island)

New Zealand sememagnya amat terkenal dengan alam semulajadi seperti pepohon, sungai, tasik, gunung dan juga taman.

Maka tidak hairanlah kenapa hampir setiap bandar atau daerah di New Zealand ini diwujudkan taman-taman bunga di dalam pelbagai size.

Antara taman bunga yang paling besar sekali di New Zealand ini adalah di Christchurch dan Hamilton. Walaubagaimanapun, ada juga taman kecil yang juga cantik seperti taman Pollard Park di Blenheim.

Blenheim merupakan salah satu bandar yang paling cerah di New Zealand dengan anggaran purata 2,438 jam cahaya matahari setahun.

Cuaca ini sangat sesuai dengan penanaman anggur dan kerana itu daerah Blenheim ini turut terkenal dengan ladang-ladang anggurnya yang sangat besar dan menarik perhatian terutama ketika sedang ranum berbuah.

Di Blenheim ini juga turut terdapat sebuah istana lama yang masih utuh teguh berdiri sejak zaman era pemerintahan terdahulu.

6. Wai-O-Tapu Thermal Wonderland

Wai-O-Tapu Thermal Wonderland

Wai-O-Tapu adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam 20 Most Surreal Place In The World. Jadi, tidak wajar jika anda melepaskan peluang berkunjung ke Wai-O-Tapu sebaik menjejak kaki di bumi Kiwi.

Wai-O-Tapu Thermal Wonderland terletak di daerah Rotorua, ‘Wai-O-Tapu’ merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Maori yang bermaksud ‘Air Suci’.

Wai-O-Tapu memiliki banyak kolam air panas dan ia merupakan kawasan aktif geoterma. Terletak di Rotorua iaitu kawasan bekas kawah gunung berapi yang pernah meletus lebih dari 200 ribu tahun dahulu, masuk ke sini bermakna anda sedang memasuki zon gunung berapi.

Waktu operasi Wai-O-Tapu Thermal Wonderland adalah berbeza mengikut bulan. Bermula bulan April hingga Oktober, waktu operasi ialah bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Untuk bulan November hingga Mac pula, waktu operasi adalah pada 8.30 pagi hingga 1.30 pm sahaja.

7. Omarama

Omarama in New Zealand

Omarama yang juga di kenali sebagai ‘Place Of Light’ ini merupakan sebuah lokasi yang mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan dengan dikelilingi oleh gunung yang tinggi dan air yang jernih.

Omarama merupakan satu destinasi yang sangat sesuai untuk aktiviti meluncur dan memancing. Selain itu, ia juga sangat terkenal dengan mandian bath tub di sambil menikmati permandangan semulajadi di sekelilingnya.

Bagi anda yang sukakan aktiviti berbasikal, anda boleh menyewa basikal di sini dan menggunakannya untuk melihat ladang anggur dan lain-lain tarikan lain yang turut ada di sini.

8. Skyline

New Zealand Skyline

Skyline Rotorua, tempat yang paling bahagia untuk anda habiskan masa seharian. Aktiviti menaiki gondola (kenderaan seakan kereta kabel) dan bermain Luge antara yang patut anda cuba di sini. Untuk sampai ke kawasan atas bukit, anda akan dibawa menaiki gondola dengan kapasiti maksimum 8 orang sekali jalan.

Nampak permainan macam go kart di atas? Ha, itulah permainan Luge yang anda boleh cuba di Skyline Rotorua. Dalam permainan ini, anda akan mengawal sendiri kereta dan meluncur dari atas bukit.

Terdapat 3 jenis trek yang berbeza boleh dipilih, amatur, profesional dan ekstrim. Pilih sahaja yang ekstrim, lebih seronok dan puas hati. Memang terbaik.

Selepas habis ride Luge, anda akan naik semula ke atas menaiki cable chair. Di atas terdapat kafe untuk menjamu hidangan tengah hari, buat pengetahuan anda semua makanan yang ada di kafe Skyline Rotorua semuanya halal.

Selain itu, boleh juga bersiar-siar dikawasan sekeliling tengok biri-biri dan Llama. Susah nak dapat peluang tengok Ilama depan mata ni.

9. Marae

Marae suku Maori

Suku kaum Maori merupakan kaum pertama yang menetap di New Zealand satu ketika dahulu. Berkunjung ke Marae adalah cara paling dekat untuk anda berkenalan dengan mereka.

Pelawat akan didedahkan dengan sejarah dan asal usul kaum Maori. Tradisi dan budaya kaum Maori sangat unik untuk didekati, ada sebahagian daripada bahasa mereka sama seperti bahasa Melayu di Asia Tenggara.

Menariknya, jika anda memilih untuk tunggu hingga makan malam, anda berpeluang untuk melihat kaum Maori memasak secara tradisional.

Sementara menunggu hidangan masak, anda akan disajikan dengan pertunjukan tarian tradisi kaum Maori. Lepas habis, dah boleh makan. Jangan risau, di New Zealand kebanyakan daging yang dihidangkan halal dimakan.

10. Lake Taupo

Lake Taupo in New Zealand

Lake Tapou, tasik luas ini dikatakan sudah terbentuk sejak 2000 tahun yang lalu akibat kesan letupan gunung berapi yang amat dahsyat. Keluasan Lake Tapou sama luas jika dibandingkan dengan seluruh Singapura. Memang besar.

Banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini, antaranya bermain ski, berlayar, berkayak dan yang paling popular adalah aktiviti memancing.

Lake Tapou adalah syurga buat pemancing tegar, pulau luas ini memiliki trout perikanan semula jadi terbesar di dunia. Kata penduduk tempatan, “di sini tempat untuk lempar kail dan tangkap ikan besar”.

Jika mahu menikmati keseluruhan permandangan Lake Tapou, anda boleh memilih untuk bersiar-siar menaiki feri selama 2 jam.

Memberi itik makan dan memancing adalah antara aktiviti yang ditawarkan di atas feri. Anda turut dihidangkan kopi dan kek muffin yang sedap. Boleh makan sampai kenyang.

11. Huka Prawn Park

Huka Prawn Park

Berdekatan dengan Lake Tapou, satu lagi tempat yang tak patut anda lepaskan adalah Huka Prawn Park. Di sini merupakan tempat ternakan udang galah paling besar di New Zealand.

Ini masanya untuk anda tangkap dan makan udang galah puas-puas. Huka Prawn Park dibuka setiap hari, waktu operasi bermula seawal 9.30 pagi.

Jadi, disarankan anda datang awal untuk tangkap udang puas-puas. Banyak kolam, udang pun banyak. Mudah ditangkap, kenyang dimakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Realiti Sebenar Gaji Lumayan Pemain Bola Sepak Profesional

Realiti Sebenar Gaji Lumayan Pemain Bola Sepak Profesional

Apabila disebut 'pemain bola sepak professional' - gambaran yang akan ada dalam minda kita adalah pemain-pemain yang hidup dengan mewah serta memiliki kenderaan-kenderaan yang sukar dimiliki pihak lain, bagaimanapun realitinya tidaklah seindah yang dikatakan, kerana bagi majoriti pemain lain - mereka sebenarnya berdepan realiti yang berbeza dengan apa yang kerap kali dijual dalam kaca televisyen.

Ronaldo Rich
Ronaldo.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh badan persatuan pemain bola sepak seluruh dunia iaitu FIFPro melibatkan lebih 14,000 orang pemain dari lebih 54 buah negara pada tahun 2016, mendapati hampir 60 peratus pemain sebenarnya menerima pendapatan bulanan dibawah RM8316.

Apa yang lebih menyedihkan, 4 daripada 10 pemain pernah atau sedang mengalami masalah pembayaran gaji, dalam tempoh dua tahun karier mereka sebelum kajian dilakukan.

Perkara ini diburukkan lagi dengan keenganan sesetengah untuk percaya terlalu banyak kelab bola sepak di seluruh dunia, sebenarnya enggan menghormati perjanjian kontrak kelab dengan pemain yang mengikat kontrak dengan mereka.

Kajian yang membuka mata dunia

Kajian itu yang dilakukan dengan kerjasama University of Manchester, merangkumi kebanyakan negara di Eropah, benua Amerika dan Afrika termasuklah beberapa negara kuasa besar bola sepak dunia, seperti England dan Sepanyol.

Dari aspek pendapatan, berbanding dengan imej yang selalu ditayangkan - 40.3 peratus pemain menerima pendapatan bawah RM8316, 14.5 peratus menerima gaji di antara RM4158 hingga RM8316, 24.6 peratus pada tahap RM1247 hingga RM4158 dan yang mengejutkan, 20.6 peratus menerima gaji bawah RM1246 sebulan.

41 peratus mengaku mereka pernah mengalami kelambatan penerimaan gaji secara purata, sementara di beberapa negara yang liganya agak terkenal seperti Turki; 75 peratus memaklumkan kelab pernah menangguhkan pembayaran gaji pemain.

Hidup pemain sebenarnya berisiko

Dalam aspek masalah fizikal yang dihadapi, 51 peratus pemain melaporkan mereka pernah diserang oleh penyokong, sama ada penyokong sendiri ataupun penyokong lawan.

Jumlah ini agak membimbangkan kerana sifat fanatik peminat serta penyokong agak menakutkan bagi sukan bola sepak.

25 peratus mengaku pernah diserang pemain lain dan 12 peratus pernah diserang oleh jurulatih atau pegawai pasukan.

Liga manakah yang mempunyai penyokong paling ganas dalam kajian?

Pemain-pemain dari Republik Congo melaporkan insiden keganasan paling tinggi melibatkan ancaman keganasan atau ancaman mental, dilakukan oleh penyokong pada hari perlawanan.

Agak mengejutkan juga apabila laporan itu menyebut liga Scotland berada di tempat kedua, Brazil di tempat kelima dan Itali di tempat ke enam - walaupun Itali mempunyai reputasi masalah peminat fanatik ultras yang terkenal di seluruh dunia.

Pemain-pemain di Itali melaporkan kes keganasan paling tinggi melibatkan penyokong di luar waktu permainan, dengan 24 peratus daripada pemain yang menyertai kajian melaporkan pernah diganggu atau diserang, semasa menjalani hidup seperti biasa.

Masa depan yang terumbang-ambing

Sesuatu fenomena yang lebih membimbangkan, kelab-kelab bola sepak juga dilihat mengambil kesempatan ke atas pemain.

Secara purata, kontrak pemain dengan kelab hanya mempunyai durasi sepanjang 22 bulan. 8 peratus pemain pula mengakui mereka tidak punya kontrak walaupun mereka merupakan pemain kelab itu.

29 peratus pemain pula memberitahu mereka pernah dipaksa untuk bertukar kelab, tanpa persetujuan mereka dan pemain pula tidak diberikan sebarang suara dalam menentukan hala tuju sendiri.

Kami sudah melaporkan bagaimana kapten pasukan Croatia dan pemain terbaik dunia 2018, Luka Modric dijadikan alat percaturan individu-individu berkuasa dalam arena bola sepak Croatia untuk menjana keuntungan mudah.

Perkara itu nyata sekali jelas berlaku dalam budaya bola sepak Croatia sendiri apabila 90 peratus pemain-pemain dari negara tersebut mengakui kontrak mereka dengan kelab masing-masing diadakan dengan berat sebelah, meletakkan pemain sebagai 'pekerja sambilan' sehingga tidak melayakkan pemain di liga-liga mereka mendapat perlindungan sepatutnya.

Begitulah serba sedikit gambaran statistik realiti sebenar hidup seorang pemain bola sepak di seluruh dunia.

Kita hanya nampak pemain yang kaya, sehingga menjadikan ada di antara kita mahu anak-anak kita membesar sebagai seorang pemain bola sepak professional.

Mahukah anda membenarkan anak-anak anda menjadi seorang pemain bola sepak profesional sekiranya secara statistiknya - hanya 2 peratus daripada jumlah semua pemain yang diselidiki - menerima gaji lebih RM2.99 juta setahun atau RM242 ribu sebulan.

2 peratus sahaja, tetapi kita kerap menjadikan 2 peratus ini seakan gambaran mewakili semua.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Black Death: Wabak Yang Membunuh 200 Juta Nyawa

Black Death: Wabak Yang Membunuh 200 Juta Nyawa

Wabak yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis, dianggarkan telah meragut kira-kira 75 juta sehingga 200 juta nyawa manusia ketika berada di ‘puncak kegemilangannya’ iaitu semasa zaman pertengahan dahulu.

Misteri penyakit Black Death
Black Death-Gambar hiasan.

Kehilangan nyawa yang sangat besar ini, telah menyebabkan tamadun manusia itu mengambil masa kira-kira 200 tahun, untuk kembali ke jumlah sebelum wabak tersebut melanda.

Terdapat 3 manifestasi wabak iaitu Bubonic, Pneumonic dan Septicemic.

Sehingga kini, masih terdapat banyak lagi kes-kes wabak dilaporkan saban tahun dan antara “outbreak” terbesar terjadi di zaman moden ini, adalah pada tahun 2014 dan 2017 di Madagascar.

Tidak seperti perubatan zaman pertengahan dahulu, kemajuan perubatan moden masa kini, serta penemuan antibiotik dengan mudah merawat jangkitan Yersinia pestis.

Walau bagaimanapun, disebabkan rakyat Madagascar kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman, menyebabkan pesakit lewat dalam mendapatkan rawatan. Ratusan kes kematian telah direkodkan.

Tidak seperti virus smallpox, wabak ini sukar untuk dibasmi sepenuhnya kerana bakteria Yersinia pestis, menjadikan tikus sebagai “reservoir host”.

Tikus-tikus ini seolah-olah berfungsi sebagai tempat penyimpanan bakteria Yersinia pestis.

Anda perlu tahu bahawa, untuk dijangkiti wabak, anda sama ada perlu digigit atau terkena najis vektor (agen penyebaran) yakni kutu, “oriental rat flea” spesies Xenopsylla cheopis, selepas menghisap darah tikus yang mempunyai bakteria di dalam badannya.

Selain itu, water droplets dari batuk pesakit wabak pneumonik serta bodily fluids juga boleh menjangkiti anda.

WABAK

Penyakit ini tiba di Eropah Barat pada tahun 1347 dan di England pada tahun 1348. Ia kemudiannya mula reda pada awal tahun 1350-an.

Wabak ini dikatakan mula tersebar dari bahagian 'timur', sebagaimana orang zaman pertengahan menganggapnya, kemudian melanda ke utara dan barat selepas menjangkiti timur Mediterranean, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Selepas tersebar ke Britain, di mana ia melanda Dorset dan Hampshire di sepanjang pantai selatan England secara serentak, ia kemudian tersebar ke utara dan timur, kemudian ke Scandinavia dan Rusia.

YAHUDI

Tahukah anda, warga yahudi di Eropah dahulu telah dituduh meracun telaga serta kononnya telah menjadi penyebab kepada wabak “Black Death” ini.

Perkara ini seolah-olah menjadi logik masyarakat pada ketika itu kerana tidak terlalu ramai orang yahudi yang mati.

Sebaliknya, penjelasan mudah adalah kerana orang yahudi ini sering menjaga kebersihan tempat tinggal dan diri mereka berbanding warga lain dan berikutan tuduhan itu, ramai warga yahudi telah mati dibunuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Teladan Dari New Zealand, Wayang Yang Membawa Keamanan

Teladan Dari New Zealand, Wayang Yang Membawa Keamanan

Apabila melihat perdana menteri New Zealand bertudung litup semasa datang melawat kelurga mangsa serangan pengganas tempoh hari, hati kita menjadi sedikit aman. Simpati yang ditunjukkan beliau pada saat kita semua amat memerlukannya, membuatkan kita berasa bahawa masih ada tersisa kemanusian dalam kalangan orang banyak.

Pengajaran dari New Zealand

Begitu juga apabila ada orang perseorangan dan juga kumpulan manusia yang segera keluar menunjukkan sokongan.

Tidak kurang juga kalangan yang sudi memberikan perlindungan kepada orang Islam semasa menjalani rutin ibadat mereka.

Malah, kumpulan samseng bermotosikal yang terkenal lasak, Mongrel Mob, turut menyatakan kesedihan atas kejadian di Christchurch tersebut.

Kemudian kita lihat pula seluruh rakyat New Zealand bersedih atas peristiwa tersebut dan sebagai tanda sokongan azan dikumandangkan sempena solat Jumaat.

Begitu sebenarnya yang kita mahu. Tidak banyak, sekadar cukup untuk menenangkan hati kita yang sedang rawan ini. Tidak menambah luka seperti yang dilakukan oleh politikus dari Australia dan juga politikus bodoh dari DAP tempoh hari.

Api marak sepatutnya disiram air, bukan dipanaskan lagi dengan kata-kata dungu untuk kepentingan politik.

Teladan dari negara jauh

Tentu saja kita masih sedih dan marah apabila mereka - yang tanpa ada niat selain ke rumah tuhan untuk mengabdikan diri kepada-Nya - dibunuh begitu rupa.

Teramat pula kesedihan kita apabila anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa dikorbankan dek kebencian yang meluap-luap kepada agama pegangan mereka.

Kebencian kepada satu-satu bangsa hanya boleh dihapuskan apabila kita semua sudi hidup sebagai manusia.

Di mana pun kita berada - jika kita faham - tidak ada sesiapa pun yang ingin hidup dalam dendam, sentiasa curiga sesama sendiri dan saling menunggu peluang untuk menjatuhkan orang lain.

Bersegera masuk ke persekitaran aman tatkala bencana benci melanda merupakan jalan paling benar. New Zealand menunjukan caranya.

Terpulang kepada kita sama ada mahu mengikut contoh tersebut atau terus bergaduh siang dan malam. Paling lahanat, kita ini seperti dikuasai oleh politik siang dan malam.

Politik hanya satu bab paling kecil dalam kehidupan. Ketepikan itu dan tentu sekali kita beroleh hidup tersangat aman.

Terima kasih yang tidak terhingga kita ucapkan kepada New Zealand yang mengambil jalan menjernihkan keadaan.

Mereka membenamkan kebencian kepada Islam dengan cara - yang ironinya - diajar oleh Islam sendiri. Yang umat Islam sendiri hampir gagal melaksanakannya.

Apabila disakiti, bersegera mencari salah pada diri sendiri dan tidak tergesa-gesa menunding jari kepada orang lain.

Dituduh cuma wayang

Kita di Malaysia ini masih belum terlambat untuk sembuh daripada luka yang kita cipta sendiri. Kita diajar untuk berpuak dan disuruh untuk memperjuangkan hak puak kita melebihi puak lain.

Lupa kita kepada kesaksamaan yang dibawa oleh agama. Lupa bahawa iman dan takwalah yang nantinya menjadi pemisah kita sesama manusia.

Kami bukanlah sesiapa yang mahu memberitahu kamu semua perihal baiknya menjadi manusia aman.

Cuma menjadi tanggungjawab kami untuk bersama mereka yang tidak memandang warna bulu, darah keturunan atau cerdik bodohnya seseorang sebagai alasan untuk mereka dipinggir atau diutamakan.

Lupakan agama Melayu, agama Cina atau seumpamanya. Berasa malulah dengan ada orang bukan Islam - yang tanpa mereka sedari - sedang mengamalkan saranan dianjurkan Islam ketika musibah datang kepada mereka.

Ada suara kecil yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan New Zealand adalah wayang bagi menutup kemarahan umat Islam namun, jika wayang itu boleh membawa kita semua kembali aman, apa salahnya?

Salam takziah kepada keluarga mangsa pengganas di New Zealand. Semoga mereka mendapat kerehatan yang abadi.

Takziah khas kami ucapkan kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam peristiwa malang di Christchurch.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Saturday, March 30, 2019

8 Pekerjaan 'Susah' Di Malaysia Yang Dibayar Gaji Murah

8 Pekerjaan 'Susah' Di Malaysia Yang Dibayar Gaji Murah

Adakah anda rasa pekerjaan sekarang dibayar dengan gaji yang setimpal? Besar kemungkinan ramai di antara kita akan menjawab ya, lebih-lebih lagi pekerjaan yang memerlukan anda bekerja lebih masa dan pada waktu yang tak menentu.

Pekerjaan Gaji Murah Di Malaysia

Walaupun begitu, tidak semua dan jika ada pun, kadang-kadang sahaja. Namun hakikatnya, ramai di luar sana yang benar-benar dibayar dengan gaji yang rendah walaupun melakukan kerja yang berat dan memenatkan.

Kami ingin berkongsi kepada pembaca 8 pekerjaan yang dibayar dengan gaji rendah dan tidak setimpal.

1. Pekerja binaan
Gaji permulaan: RM1,200

Sebagai pekerja pembinaan, anda bukan sahaja berhadapan dengan kerja-kerja berat, tetapi juga risiko kematian yang sangat tinggi berbanding pekerjaan lain.

Tidak cukup dengan itu, pekerja pembinaan harus bekerja tidak tentu masa sehinggakan ada yang bekerja pada lewat malam.

Kerja yang memerlukan tenaga yang banyak ini seringkali dipandang sebelah mata kerana rata-rata mereka ini tidak mempunyai kelayakan pendidikan yang tinggi.

Namun bagi yang pernah merasakan bekerja sebagai pekerja binaan, pasti tahu perit yang dilalui setiap hari.

Ditambah pula dengan cuaca di negara kita yang panas, hanya mereka yang benar-benar kuat dan tabah sahaja mampu melakukan kerja seperti ini, yang kini dipelopori oleh warga asing.

Bukti bahawa ia bukanlah satu kerja mudah yang mampu dilakukan oleh warga tempatan, memandangkan gajinya yang sangat tidak setimpal.

2. Pelayan restoran/kedai makan
Gaji bermula dari: RM600-1,100

Bagi yang pernah bekerja sebagai pembantu dapur atau pelayan di restoran, pasti anda tahu bagaimana teruk dan tertekannya pekerjaan ini.

Malah, ramai di antara kita yang tak menghargai kerja keras yang dilakukan oleh pelayan yang menghantar makanan sehingga ke atas meja kita.

Ia sememangnya kerja yang sangat meletihkan dan tertekan, di samping bekerja tak henti sepanjang syif yang panjang.

Mereka yang bekerja sebagai pembantu seperti ini biasanya tidak mendapat rehat yang cukup dan seringkali terpaksa berhadapan dengan pelanggan-pelanggan yang biadab terutamanya jika makanan lambat sampai atau tak memuaskan hati.

Walaupun sesetengah mereka menerima gaji pokok bersama-sama elaun kerja lebih masa atau elaun syif, namun ada juga yang menerima gaji mengikut jam yang apabila dihitung, adalah lebih rendah daripada mereka yang mendapat gaji tetap.

Situasi ini juga berlaku di restoran makanan segera. Walaupun terdapat banyak rangkaian restoran makanan segera menawarkan banyak kelebihan kepada kakitangan mereka, namun masih ramai yang menderita daripada tekanan kerja, termasuklah gaji rendah dan kerahan tenaga.

Jadi, sebelum anda rasa nak marah atau memaki pelayan restoran disebabkan makanan anda lambat sampai, adalah lebih baik anda fikir dua kali.

Siapa tahu sudah berapa jam mereka berhempas pulas melayan pelanggan-pelanggan lain, kan?

Purati gaji sebanyak $2,083 atau RM6,191 sebulan dibayar kepada pekerja restoran makanan segera di Australia.

Di Sabah, secara purata pelayan restoran dibayar gaji hari dengan pendapatan biasanya dibawah RM800.

3. Pegawai Khidmat Pelanggan
Gaji bermula dari: RM1,500

Pastinya ramai yang bersetuju dengan kenyataan bahawa meskipun bekerja dengan jumlah masa yang panjang, pegawai khidmat pelanggan adalah antara pekerjaan dengan gaji terendah di Malaysia.

Itu belum diambil kira aduan, rungutan dan caci-maki yang diterima mereka daripada pelangganbterhadap masalah-masalah yang dihadapi.

Perkara ini berlaku terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai sijil di peringkat diploma ataupun ijazah sarjana muda, walaupun mereka melakukan kerja yang sama banyak seperti mereka yang mempunyai kelayakan.

Ramai yang mengatakan dan menganggap kerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan adalah kerja mudah, namun orang ramai tak tahu jumlah tekanan yang perlu dihadapi oleh mereka setiap hari.

4. Pembantu tadbir/Kerani
Gaji bermula dari: RM1,200

Tak kiralah di mana terletaknya sesebuah pejabat itu, pembantu pentadbiran sering dibebani dengan begitu banyak tugasan setiap hari.

Mereka biasanya adalah orang yang terawal datang ke pejabat dan pulang lewat untuk menutup pejabat (jika perlu).

Walaupun pembantu tadbir merupakan individu yang menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan pentadbira kepada syarikat, namun mereka ini sering tidak dihargai oleh rakan sekerja yang lain.

Tugas seharian mereka sangat memerlukan butiran-butiran terperinci, seperti menyediakan pelbagai kertas kerja, memfailkan dokumen penting dan mengawasi keperlua pejabat dan bekalan untuk berpuluh malah beratus-ratus kakitangan syarikat yang lain.

5. Pembantu pusat asuhan
Gaji bermula dari: RM900

Kebanyakan ibu bapa, lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja, akan menghantar anak-anak kecil mereka ke pusat asuhan kanak-kanak dengan jangkaan dan harapan anak-anak mereka dijaga dan diasuh dengan baik.

Bergantung kepada kawasan, sesetengah pusat asuhan mengenakan bayaran bulanan yang sangat tinggi bagi setiap seorang kanak-kanak, namun tak ramai yang tahu bahawa pembantu-pembantu yang mengasuh dan mengawasi kanak-kanak ini, kebanyakannya dibayar dengan gaji yang sangat rendah.

Malah, sesetengah pembantu dibayar dengan gaji serendah RM900 sebulan, bergantung kepada kelayakan mereka dan juga lokasi pusat asuhan tersebut.

Gaji yang rendah ini sangatlah tidak bersesuaian dengan tugas-tugas mereka menjaga kanak-kanak seperti memberi makan, menukar lampin, memandikan dan juga memastikan keselamatan terjaga di pusat asuhan.

Itu belum termasuk di mana biasanya setiap pembantu diberikan tanggungjawab menjaga sehingga 10 orang kanak-kanak pada satu-satu masa, membuatkan kerja mereka lebih tertekan berbanding kerja-kerja lain.

Jika di Australia, pembantu pusat asuhan diberikan gaji di antara $17.61 hingga $25.14 (RM52.34 hingga RM74.72) sejam, atau purata RM61.62 sejam di mana gaji untuk pekerjaan ini tidak banyak berubah berdasarkan pengalaman.

Jika pembantu bekerja lebih masa, untuk setiap jam, mereka dibayar sebanyak RM89, membolehkan mereka menerima gaji di antara $3,025 hingga $4,338 (RM8,991 hingga RM12,893) sebulan.

6. Penulis/Copywriter
Gaji bermula dari: RM1,000

Penulis tak dapat nafikan bahawa pekerjaan sebagai seorang copywriter (dan penulis secara amnya), sering dipandang rendah dan dibayar dengan gaji yang tidak setimpal.

Frasa "sesiapa sahaja boleh menulis" sering digunakan oleh orang ramai, walaupun sebenarnya ia adalah sangat tidak benar.

Mana-mana penulis yang mendengar frasa ini pastinya kecewa kerana untuk mencari idea dan menghasilkan penulisan berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia memerlukan carian dan penyelidikan yang agak lama serta proses penyuntingan yang sangat rumit bagi menghasilkan penulisan yang berbaloi untuk dibaca.

Selain itu, kebanyakan penulis biasanya bekerja pada masa yang tidak menentu dan biasanya terasing daripada orang ramai kerana individu-individu kreatif ini memerlukan ruang dan masa bersendirian untuk berfikir.

Jadi, tak hairanlah apabila kebanyakan penulis mengalami kemurungan namun begitu, copywriter yang mempunyai pengalaman dan pintar mampu meraih pendapatan yang agak lumayan.

Copywriter dan pengarang kandungan yang mengkhususkan diri dalam industri digital dan teknikal menjadi buruan kerana industri-industri ini memerlukan kepakaran tertentu yang tak ramai penulis boleh lakukan.

7. Pekerja penyelenggaraan dan juruteknik
Gaji bermula dari: RM1,500

Biasaya pekerja selenggara dan juruteknik menjadi orang pertama yang dipanggil apabila paip rumah anda bocor atau rosak.

Mereka ini bekerja pada waktu yang tidak menentu dan biasanya kerja-kerja yang dilakukan adalah berbahaya dan meletihkan.

Tugas mereka termasuklah membaiki barangan yang rosak, menyelenggara peralatan elektrik seperti pendingin hawa.

Dengan kerja-kerja yang memerlukan kepakaran yang dilakukan mereka, ramai yang memandang kerja mereka sebagai sesuatu yang remeh, sehinggalah mereka diperlukan.

Gaji mereka juga dilihat sebagai tidak setimpal dengan usaha dan kepakaran.

8. Pereka Grafik
Gaji bermula dari: RM1,500

Bagi setiap muka hadapan majalah atau iklan-iklan menarik yang anda lihat, kita perlu berterima kasih kepada pereka grafik.

Namun, mereka ini seringkali tidak dihargai dan dibayar dengan gaji yang rendah meskipun menghabiskan masa yang banyak dalam menghasilkan sesuatu rekaan grafik.

Ramai orang menganggap pekerjaan ini adalah sesuatu yang mudah dengan membayar bayaran yang murah, namun hakikatnya adalah bertentangan di mana ia merupakan pekerjaan yang memerlukan kreativiti yang tak dimiliki oleh semua orang.

Masalah ini disebabkan oleh bekalan dan permintaan, yang mana terlalu ramai graduan dalam bidang ini bersemangan untuk bekerja dan berkongsi kreativiti mereka dengan dunia.

Situasi ini mewujudkan industri yang sangat kompetitif, kerana syarikat-syarikat besar lebih cenderung mengambil pereka grafik yang berpengalaman dan berbakat.

Ia membuatkan mereka yang kurang berpengalaman ataupun yang tidak mempunyai pengalaman langsung, untuk terpaksa menerima gaji yang sangat rendah.

Namun, kelebihan yang ada pada pereka grafik adalah mereka boleh melakukan kerja-kerja yang memberikan pendapatan sampingan sebagai freelancer.

Dan dengan pengalaman yang cukup dan portfolio, mereka boleh mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik bila-bila masa sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Apa Itu Penyakit Jarang Jumpa?

Apa Itu Penyakit Jarang Jumpa?

Penyakit jarang jumpa meliputi sekumpulan besar penyakit dan menunjukkan simptom yang berbeza bukan sahaja dari penyakit ke penyakit, tetapi juga di antara pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit yang sama. Simptom-simptom yang kerap dijumpai mungkin menyembunyikan penyakit yang sebenar pada pesakit, menyebabkan diagnosis yang salah dibuat.

Penyakit Jarang Jumpa

Penyakit Jarang Jumpa merupakan penyakit yang dihidapi oleh sebilangan kecil daripada populasi dan terdapat beribu-ribu penyakit yang telah dikategorikan sebagai Penyakit Jarang Jumpa (PJJ).

Kebanyakan penyakit adalah diakibatkan oleh genetik dan wujud di dalam diri pesakit seumur hidup mereka. Kebanyakan penyakit jarang jumpa dikesan seawal peringkat umur bayi dan sekitar 30 peratus kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur lima tahun.

Sebagai rujukan, secara umumnya sesuatu penyakit dikategorikan sebagai jarang dijumpai apabila hanya ada 1 atau kurang pesakit tersebut bagi setiap 4,000 orang di dalam sesuatu komuniti.

Bagaimanapun, adalah perlu diingatkan bahawa penyakit yang mungkin jarang dijumpai di suatu tempat mungkin dianggap penyakit biasa di suatu tempat yang lain.

Di Eropah, sesuatu penyakit ditakrifkan sebagai jarang jumpa jika ia dihidapi oleh kurang daripada 1 dalam 2000 penduduk (Orphan Drug Regulation 141/2000).

CIRI-CIRI PENYAKIT JARANG JUMPA
  • Penyakit jarang jumpa seringkali kronik, memudarat, melarat dan membahayakan nyawa.
  • Penyakit jarang jumpa menjadikan seseorang itu kurang upaya; kualiti hidup pesakit-pesakit seringkali terpaksa dikompromi akibat kurang atau tiada autonomi.
  • Pesakit dan keluarga mengalami kesakitan dan penderitaan.
  • Setakat ini, tiada rawatan/ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan penyakit di pasaran.
  • Terdapat di antara 6000 dan 8000 jenis penyakit.
  • 75% daripada penyakit jarang jumpa dihidapi kanak-kanak.
  • 30% daripada pesakit yang menghidapi penyakit jarang jumpa meninggal dunia sebelum umur 5 tahun.
  • 80% daripada penyakit jarang jumpa mempunyai asal-usul genetik yang sudah dikenalpasti. Penyakit-penyakit jarang jumpa yang lain disebabkan infeksi (bakteria atau virus), alahan dan sebab-sebab persekitaran.

PESAKIT YANG MENGHIDAPI PENYAKIT JARANG JUMPA MENGHADAPI MASALAH:
  • Kurang akses kepada diagnosis tepat.
  • Tundaan dalam diagnosis.
  • Kurang maklumat berkualiti mengenai penyakit.
  • Kurang pengetahuan saintifik mengenai penyakit.
  • Kesan-kesan sosial yang berat untuk pesakit.
  • Kurang perkhidmatan kesihatan yang berpatutan.
  • Kurang dan sukar mendapatkan akses untuk rawatan dan jagaan.

BAGAIMANAKAH INI BOLEH BERUBAH?
  • Dengan menggunakan pendekatan yang komprehensif.
  • Dengan mewujudkan polisi-polisi kesihatan awam yang berpatutan.
  • Dengan meningkatkan kerjasama di peringkat antarabangsa dalam bidang kajian saintifik.
  • Dengan menimba dan berkongsi pengetahuan saintifik mengenai semua penyakit jarang jumpa, bukan sahaja jenis yang ‘kerap’ ditemui.
  • Dengan mewujudkan prosedur-prosedur diagnostik dan terapeutik yang baru.
  • Dengan meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam.
  • Dengan membantu mewujudkan sistem rangkaian di antara kumpulan-kumpulan pesakit agar mereka dapat berkongsi pengalaman.
  • Dengan menggalakkan pesakit-pesakit dan keluarga yang dipinggirkan untuk memulakan kumpulan pesakit yang baru.
  • Dengan memberikan maklumat komprehensif yang berkualiti kepada komuniti penyakit jarang jumpa.

PENYAKIT JARANG JUMPA

Di bawah adalah merupakan sebahagian daripada penyakit yang telah diklasifikasikan sebagai penyakit jarang jumpa di Malaysia:-
  • Penyakit tulang rapuh.
  • Duchenne Muscular Dystrophy (DMD).
  • Sindrom Williams.
  • Kromosom luar biasa.
  • Kerdil (achondroplasia).
  • Ketiadaan mata hitam (Aniridia).
  • Neurofibromatosis Type 1.
  • Neurofibromatosis Type 2.
  • Schwannomatosis.

Pada ketika ini, hanya Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) diketahui ada melakukan penyelidikan berkaitan penyakit jarang jumpa di Malaysia.

Setiap tahun pada 28 Februari, merupakan hari sambutan bagi Penyakit Jarang Jumpa.

MISTERI PENYAKIT JARANG JUMPA

Penyakit jarang jumpa (rare disease) diistilah sebagai penyakit yang dihidapi oleh sebilangan kecil daripada populasi. Kira-kira 7,000 jenis penyakit jarang jumpa yang berbeza dan diandaikan semakin banyak akan ditemui lagi. Bagaimanapun, tiada definisi khusus yang boleh dimaksudkan dengan penyakit jarang jumpa.

Kebanyakan penyakit jarang jumpa diakibatkan oleh genetik dan wujud di dalam diri pesakit seumur hidup mereka. Kebanyakannya dikesan seawal peringkat umur bayi dan sekitar 30 peratus kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur lima tahun.

Meliputi sekumpulan besar penyakit dan menunjukkan simptom yang berbeza bukan sahaja daripada penyakit ke penyakit tetapi juga antara pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit yang sama, simptom-simptom yang kerap dijumpai mungkin menyembunyikan penyakit yang sebenar pada pesakit, menyebabkan diagnosis yang salah dibuat.

Penyakit jarang jumpa menjadikan seseorang itu kurang upaya dan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Simptom-simptom yang kerap dijumpai mungkin menyembunyikan penyakit yang sebenar pada pesakit menyebabkan diagnosis yang dibuat adalah salah atau lewat dikesan.

Oleh sebab gejala penyakit jarang jumpa sangat rumit, para pesakit memerlukan penjagaan perubatan oleh doktor-doktor daripada pelbagai agensi. Akses kepada penjagaan dan perkhidmatan perubatan tersebut amat sukar diperoleh bagi kebanyakan pesakit.

Penyakit yang menjejaskan peratusan kecil populasi sesebuah negara ini kebanyakannya disebabkan genetik yang diwarisi daripada ibu dan bapa seperti Duchenne Muscular Dystrophy (DMD), Mucopolysaccharidosis (MPS), Prader-Will, Marfan, Fragile-X, Osteogenesis Imperfecta dan beberapa penyakit lain.

Rawatan

Oleh sebab tiada penawar untuk sindrom penyakit ini, rawatan dengan memberi tumpuan terhadap menguruskan tanda-tanda, gejala dan komplikasi melegakan pesakit.

Antara komplikasi yang mampu dikawal dan dirawati ialah komplikasi pernafasan dengan pembuangan tonsil dan adenoids bagi membuka saluran udara pernafasan, menangani komplikasi jantung, rawatan masalah tisu penghubung dan rangka, terapi fizikal, pembedahan merawat hernia, menguruskan komplikasi neurologi dan lain-lain.

Rawatan gantian enzim, rawatan yang baru, menggunakan genetik enzim buatan manusia bagi menggantikan enzim pesakit yang hilang atau rosak dan dalam masa yang sama mengurangkan gejala-gejala penyakit. Rawatan ini diberikan sekali seminggu melalui suntikan.

Jika diberikan di peringkat awal, rawatan gantian enzim boleh melambatkan atau mencegah beberapa gejala sindrom Hunter. Ia kurang jelas bagaimana ia bertindak, bagaimanapun, rawatan ini dilihat cukup penting bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit sindrom Hunter.

Reaksi alahan yang serius boleh berlaku semasa terapi penggantian enzim. Kesan sampingan yang lain mungkin termasuk sakit kepala, demam, tindak balas kulit dan tekanan darah tinggi namun kesan-kesan sampingan cenderung untuk berkurangan dari masa ke masa.

Bagaimanapun kos rawatan adalah amat mahal kerana syarikat farmaseutikal perlu melakukan pelaburan yang besar ke atas penyakit jarang jumpa dan kurang pembelinya kerana jumlah kes yang tidak tinggi.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia dan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia banyak membantu pesakit mendapatkan ubat-ubatan, namun ia masih terhad kerana kosnya.

Kira-kira 80 pesakit yang dirujuk untuk MPS berdaftar dengan HKL dan ada antara mereka yang sudah meninggal dunia kerana berada di peringkat yang teruk dan tidak mendapat rawatan awal yang boleh memanjangkan jangka hayat.

Bagi maklumat lanjut boleh melayari laman web, http://www.mrds.org.my.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

5 Prototaip Kereta Terbang Paling Menarik Di Seluruh Dunia

5 Prototaip Kereta Terbang Paling Menarik Di Seluruh Dunia

Keyakinan ramai orang tentang penciptaan kereta terbang semakin menjadi kenyataan kerana ketika ini sudah ada yang dihasilkan, cuma belum dipasarkan untuk kegunaan awam dan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam teknologi ini di mana sebuah model telah pun dihasilkan.

Kali ini kami ingin kongsikan 5 prototaip kereta terbang yang sangat unik dan sedang dibangunkan ketika ini.

1. AeroMobil

Prototaip Kereta Terbang Paling

AeroMobil, yang berpangkalan di Slovakia, bertekad untuk membuat kereta terbang yang mampu berfungsi sepenunya dan mereka kini berada di prototaip ke-4 mereka, jadi kita tahu bahawa mereka benar-benar akan menghasilkannya.

Kesemua prototaip ini dikenali sebagai "AeroMobil" dan unit pertama kereta ini bakal dihantar kepada pemilik persendirian pada tahun 2020.

Syarikat ini mempunyai banyak konsep seni untuk menunjukkan bagaimana kereta akan berfungsi dalam bentuk terakhirnya.

Ia adalah salah satu daripada model "hibrid" yang lebih ketara dan ini bukan berkaitan dengan bahan bakar.

Tidak seperti VTOL (pelepasan dan pendaratan menegak) sebenar, kereta terbang hibrid sering direka untuk berlepas dari landasan, seperti pesawat, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk kembali kepada bentuk seperti kereta yang membolehkan mereka memandu di jalan raya.

Seperti yang anda jangkakan, ia memerlukan roda dan sayap yang boleh disimpan, bersama dengan sistem bahan api yang sangat efisyen.

AeroMobil berharap dapat mencipta model elektronik dan syarikat itu telah bekerjasama dengan organisasi yang terkenal termasuk Starburst, "pemecut" aeroangkasa, untuk membantu kereta mereka dipasarkan secepat yang munkin.

2. Kitty Hawk

Prototaip Kereta Terbang Paling

Ketua Pegawai Eksekutif Kitty Hawk, Sebastian Thrun mendakwa bahawa menerbangkan dan mengawal prototaip terbaharu mereka adalah "semudah seperti bermain Minecraft". Ini juga bermakna tiada lesen juruterbang yang diperlukan untuk memandu kereta ini.

Prototaip terbaru, yang dikenali sebagai "Flyer" adalah model seberat 113 kilogram yang dicipta untuk memaparkan reka bentuk ultra ringannya.

Kitty Hawk, yang dimulakan oleh Sebastian Thurn dan pengasas bersama Google, Larry Page, merancang untuk mewujudkan kedua-dua mesin terbang peribadi yang sebahagian besarnya untuk "off-road" yang menyeronokkan dan teksi udara untuk mewujudkan persekitaran yang lebih canggih.

Setakat ini ia hanya tersedia untuk penerbangan ujian di pusat latihan.

3. Volocopter 2X

Prototaip Kereta Terbang Paling

Reka bentuk Volocopter agak bercita-cita tinggi dan ia kelihatan sangat cool! Kereta terbang atau mini-kopter ini direka bentuk untuk penerbangan peribadi dan mempunyai 18 rotor, dikendalikan melalui satu joystick dan dikuasakan melalui bateri elektrik.

Mungkin anda beranggapan bahawa semuanya tidak praktikal, tetapi model ini telah dihasilkan dengan bersaiz penuh, dan telah diuji di atas pentas di pameran CES 2018, dengan tajaan daripada Intel.

Volocopter 2X boleh membawa dua penumpang dan mempunyai masa penerbangan 30 minit dan jarak 17 kilometer antara pusat caj.

Kerja-kerja Intel pada projek ini termasuk teknologi kompleks, termasuk 4 unit sensor bebas untuk mengawal kedudukan, 9 pek bateri elektrik yang berbeza dengan redundansi yang terbina di dalam dan juga payung terjun yang disimpan di atas kenderaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Tidak hairanlah Volocopter adalah pilihan terbaru Dubai untuk armada teksi udara akan datang.

4. Opener BlackFly

Prototaip Kereta Terbang Paling

Merupakan hasil rekaan dan ciptaan pereka Opener dari Kanada, BlackFly adalah kenderaan VTOL yang sangat unik yang menggabungkan penerbangan peribadi yang kaya dengan ciri automatik, termasuk fungsi mendarat automatik dan pulang ke rumah automatik, sekali gus membolehkan penerbangan tanpa keperluan lesen rasmi

Walaupun reka bentukmya agak lain daripad yang lain, namun BlackFly terbang melalui kaedah yang biasa. 8 rotor seperti drone dipasangkan pada 2 sayap.

Walau bagaimanapun, penerbangan Blackfly sedikit unik di mana kereta ini digerakkan ke hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan momentum untuk terbang.

Ia dianggarkan mampu bergerak pada jarak 64 kilometer pada kelajuan 116 kilometer sejam, walaupun peraturan mengehadkan angka-angka ini dengan ketara bagi mereka yang ingin menerbangkan kereta peribadi.

5. Airbus Pop.up

Prototaip Kereta Terbang Paling

Airbus, pembuat pesawat penumpang terbesar di dunia, A380, telah bekerjasama dengan ItalDesign untuk pendekatan yang unik kepada teka-teki auto / aero.

Pop.Up adalah konsep autonomi menggunakan kapsul penumpang modular yang ditanggalkan dari pangkalan pengangkutan darat empat tayarnya dan berubah menjadi quadkopter.

Kelajuan maksimum adalah 100 kilometer sejam dan ia bergantung kepada bateri 15-kWh untuk penerbangan berjarak 130 kilometer.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi