Monday, May 21, 2018

Pasukan Khas Siasat 1MDB Ditubuhkan!

Pasukan Khas Siasat 1MDB Ditubuhkan!

Kerajaan akhirnya mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang akan membuat siasatan, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan.

Pasukan khas 1MDB

Pejabat Perdana Menteri berkata pasukan khas berkenaan ditubuhkan selepas dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasukan khas itu akan diketuai bersama oleh;
  • Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail;
  • Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
  • Tan Sri Abu Kassim Mohamed;
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato Seri Mohd Shukri Abdull dan
  • bekas pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid bin Bador.

Keanggotaan pasukan ini akan terdiri daripada SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan khas ini akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.

Selain itu, mereka juga diutuskan untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan.

Kerajaan berharap penubuhan Pasukan Khas ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat akan berupaya mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB. -bh

Dahsyatnya Hutang 1MDB Ciptaan Najib Dan Jho Low

Perangkap 1MDB

Tergamam seluruh rakyat Malaysia apabila ringkasan laporan audit 1Malaysian Development Berhad (1MDB) didedahkan oleh Ketua Audit Negara susulan arahan kerajaan yang baharu dan siapa yang tidak terkejut dengan angka-angka hutang yang tertera.

Lebih parah, kebanyakan laporan audit berkenaan menyamai tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika (DOJ) sejak 2016 dan 2017 lagi.

Tidak menghairankan, seluruh negara kini mengecam bekas Perdana Menteri Najib Razak dan menyokong sepenuhnya siasatan menyeluruh yang diambil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang segera menggeledah kesemua premis kediaman beliau.

Namun demikian, dalam menilai kes 1MDB ini rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa Najib Razak sebenarnya seorang ‘kleptokrat’ yang turut telah diperangkap oleh satu kuasa dunia yang bukan calang-calang: China.

Benar, Najib masih perlu dibicara dan dibuktikan sebagai seorang Kleptokrat – iaitu seorang pemimpin yang merompak harta negara dan menjadikannya sebagai harta peribadi – namun beliau tidak keseorangan dan beliau bukanlah perancang utama kesemua transaksi 1MDB yang melarikan wang rakyat Malaysia ke seluruh dunia.

Individu yang bertanggungjawab ialah Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Benar, sifat tamak berkemungkinan besar telah mendorong tindakan kleptokrasi Najib.

Namun apa yang lebih dahsyat lagi ialah akibat berantai daripada kleptokrasi Najib tersebut yang mengundang tekanan DoJ Amerika dan seterusnya ‘penggadaian’ sebegitu banyak kepentingan negara ke tangan China.

Bagaimana China memerangkap Najib Razak melalui Jho Low?

Apakah kaitan antara Jho Low dan 1MDB?

Apakah hubungkait antara Jho Low dengan China?

Rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa Jho Low bukan sehari dua mengenali Najib Razak, sebaliknya sudah bertahun-tahun – melalui persahabatan Jho Low dan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz (anak Datin Seri Rosmah Mansor).

Mereka mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama menuntut di luar negara.

Bukan kebetulan bahawa Jho Low memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat asal 1MDB pada 2009 – iaitu syarikat pelaburan strategik kerajaan Negeri BN Terengganu ketika itu, Terengganu Investment Authority (TIA).

TIA ditubuhkan sejurus selepas Najib Razak dilantik menjadi Menteri Kewangan di penghujung era Tun Abdullah Badawi.

Apabila Najib Razak naik ke posisi Perdana Menteri, TIA yang tidak lagi mendapat komitmen kerajaan BN Terengganu telah dijadikan sebagai syarikat milik kerajaan persekutuan dan dinamakan sebagai 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Meskipun Jho Low tidak lagi memegang posisi rasmi dalam 1MDB yang baharu, namun beliau terbukti memainkan peranan besar di sebalik tabir.

Bermodalkan hanya RM1 juta dan jaminan kerajaan, 1MDB telah ‘berjaya’ menghimpunkan sebegitu banyak aset dan hutang dalam masa yang sama.

Aset 1MDB kebanyakannya dalam lapangan tenaga seperti telaga minyak serta loji penjana kuasa dan hartanah.

Kebanyakan pemerolehan aset ini boleh dikenalpasti sebagai berhubungkait dengan Jho Low di mana bukti jelas menunjukkan hubungan rapat beliau dengan Najib Razak dan juga usahawan Arab, disamping Putera Arab Saudi yang bernama Putera Turki.

Gambar percutian Najib sekeluarga bersama Jho Low, usahawan Arab, dan Putera Arab di atas kapal mewah juga tersebar luas.

Kontroversi besar mulai timbul apabila beberapa siri transaksi pembayaran 1MDB dilakukan ke beberapa akaun yang meragukan – disokong pula fakta pembelian dan pelaburan aset besar-besaran yang dilakukan oleh Jho Low di luar negara.

Akibatnya, kerajaan Malaysia (baca: Rakyat Malaysia) yang menjadi penjamin terpaksa membayar hutang dan faedah (riba) 1MDB kepada syarikat gergasi seperti IPIC (UAE) yang membeli bon pinjaman 1MDB sedangkan pembayaran yang didakwa telah dilakukan 1MDB entah ke mana.

Bahkan Audit kewangan 1MDB tidak dilaporkan kepada umum untuk tempoh beberapa tahun.

Maka tahulah rakyat Malaysia bahawa perbelanjaan luar biasa mewah Jho Low di luar negara seperti berparti bersama Paris Hilton, menghadiahkan barang kemas mewah kepada model Miranda Kerr, dan pembikinan filem separa lucah ‘Wolf of Wall Street’ oleh anak tiri Najib, Riza Aziz (rakan Jho Low sejak zaman belajar) adalah berpunca daripada wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun yang meragukan tadi – istilah mudahnya ‘penggubahan wang haram’.

Jho Low jelas sekali merupakan suspek broker penting membantu Najib Razak melarikan wang 1MDB untuk dilaburkan di luar negara.

Tidak terhenti setakat itu, tidak kurang daripada tujuh negara telah memulakan siasatan ke atas transaksi dan peredaran dana 1MDB ke seluruh dunia apabila DoJ Amerika bertindak pada 2016.

Perangkap China ke atas 1MDB dan Najib boleh dilihat dalam masa tempoh antara 2016 ke 2017 sebelum diakhiri PRU-14 2018.

Tempoh kritikal ini menyaksikan kronologi berikut:

Pada Julai 2016 DoJ Amerika telah membuat siaran langsung pertuduhan ke atas 1MDB ke seluruh dunia.

Tidak sampai empat bulan, Najib Razak telah ke China dan menandatangani empat belas MoU dengan China pada November 2016.

Nilai MoU yang melebihi RM140 bilion tersebut menimbulkan tanda tanya meluas kerana ia bukan sahaja melibatkan pengumuman mengejut projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), bahkan juga pembelian aset ketenteraan Littoral Mission Ship (LMS) dari China.

Kos ECRL bukan sahaja terlampau tinggi, bahkan tidak pernah dibincangkan untuk tempoh bertahun-tahun lamanya sejak kali terakhir dijalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study).

Pembelian LMS dari China juga mengejutkan kerana ia adalah pembelian aset ketenteraan laut pertama Malaysia dengan China.

Masa pembeliannya juga dipersoalkan secara meluas kerana kapal milik China diketahui ada menceroboh perairan Malaysia sejak 2013 dan 2014 lagi.

Mengapa membeli aset tentera laut yang menceroboh perairan kita?

Mengapa tidak membeli LMS dari negara lain yang tidak terlibat dengan pertikaian Laut China Selatan sahaja yang juga mampu membekalkannya?

Tidak cukup dengan sebegitu banyak MoU yang meragukan dengan China tersebut pada November 2016, Najib Razak turut menulis secara eksklusif di akhbar China sewaktu lawatan beliau tersebut.

Mesej penting yang disampaikan Najib ialah: Malaysia menghormati China yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kecil seperti Malaysia – tidak seperti kuasa ‘bekas penjajah’ yang mengamalkan dasar campur tangan.

Jelas mesej beliau itu ditujukan kepada Amerika Syarikat yang memulakan siasatan ke atas kes 1MDB.

Namun begitu, China jelas sekali memperoleh laba paling besar dalam kemelut 1MDB ini.

Bukan sahaja mereka mengambilalih Edra Energy milik 1MDB yang kini menaja pasukan bola sepak Melaka United, bahkan memperoleh tapak untuk mengatasi laluan Singapura melalui ECRL melalui jalan darat, dan kontrak membekalkan LMS kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Paling membimbangkan tentulah rekod ‘perangkap hutang’ (soft loan) infrastruktur China di seluruh dunia.

Ulasan sarjana terkemuka Joseph Nye dan laporan majalah berpengaruh The Economist tentang ‘Sharp Power’ China perlu diperhatikan dalam merungkai pertalian Jho Low-China-1MDB.

‘Sharp Power’ atau ‘Kuasa Penembusan’ China merujuk pada kecenderungan China untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan tadbir urus sesebuah kerajaan asing dengan ‘menembusi’ dan memerangkap mereka melalui hutang dan projek infrastruktur berskala gergasi.

Sama seperti mana dalam kes Sri Lanka, Maldives, dan Venezuela, Malaysia di bawah Najib Razak telah jatuh ke perangkap yang sama.

Sehingga ke hari ini, Jho Low masih bebas manakala Najib Razak sedang disiasat.

Bukan sedikit pihak yang menyatakan bahawa Jho Low kini bersembunyi di China (termasuklah akhbar The Australian). Ada juga pihak mendakwa dia sedang bersembunyi di Taiwan.

Malah, sewaktu lawatan Najib ke China, beliau turut membawa bersama anak tiri beliau Riza Aziz yang merupakan sahabat rapat Jho Low.

Tersenarainya nama Riza Aziz dalam jemputan kerajaan China mengukuhkan dakwaan hubungan Jho Low dengan China bukan sebarangan.

Kesimpulannya, kerajaan Pakatan di bawah Tun Mahathir perlu mengambil tiga langkah segera berikut:

Pertama, kerajaan perlu segera menghubungi kerajaan China dalam mendapatkan maklumat tentang keberadaan Jho Low. Tanpa Jho Low, siasatan ke atas Najib Razak dan 1MDB tidak akan sempurna.

Kedua, perancangan alternatif dan cadangan untuk kesinambungan projek infrastruktur gergasi yang dibiayai hutang China yang bakal disemak perlu diperhalusi.

Ketiga, kerajaan perlu merunding hubungan Malaysia-China bagi menangani potensi ancaman ‘Kuasa Penembusan’ (Sharp Power) China kelak.

Status China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia yang juga merupakan kuasa dunia tidak sewajarnya memberi kebebasan kepada mereka untuk memaksa penerusan projek hutang gergasi yang ditinggalkan Najib dan di broker oleh Jho Low.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Kronologi 1MDB, Skandal Kewangan Terbesar Di Dunia

Kronologi 1MDB, Skandal Kewangan Terbesar Di Dunia

1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih daripada AS$4.5 bilion secara keseluruhan menerusi urus niaga haram yang kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat.

1MDB Scandal

Apa yang paling memalukan, Malaysia sebelum ini dibawah pimpinan Najib Razak enggan mengakui dan tidak mahu bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dalam pemulihan aset yang dicuri.

5 Januari 2015

Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman dilaporkan telah meletakkan jawatan serta-merta.

Tempatnya diganti oleh pegawai bank Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kandasamy.

7 Mac 2015

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu 1MDB memandang serius dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat itu terutama di media sosial.

Menurutnya, bagi membersihkan nama 1MDB, tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.

13 Mac 2015

Syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi, PetroSaudi International (PSI) menolak kritikan dalam talian yang tidak tepat mengenai syarikat pembangunan strategik Malaysia yang pernah menjalin usaha sama dengannya, 1MDB.

24 Mei 2015

Sebuah pasukan petugas khas perlu dibentuk bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap pelbagai dakwaan dan tohmahan berkaitan 1MDB.

Anggota pasukan itu perlu dianggotai oleh kesemua agensi penguat kuasa termasuk SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia serta Jabatan Audit Negara.

3 Jun 2015

Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan rasmi ke atas 1MDB bagi meneliti sama ada berlaku sebarang pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang bank pusat.

18 Jun 2015

Semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1MDB telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia, kata 1MDB.

24 Jun 2015

Seorang bekas pekerja PetroSaudi International yang didakwa banyak membocorkan maklumat berkaitan urus niaga syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu dengan 1MBD ditahan di Thailand.

3 Julai 2015

1MDB menafikan dakwaan media asing kononnya ada sejumlah wang tertentu yang disalurkan dari akaun berkaitan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

9 Mei 2016

1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar AS susulan keingkaran ke atas nota US$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat).

21 Julai 2016

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang difailkan di Los Angeles.

Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana 1MDB.

16 Jun 2017

1MDB menyifatkan tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan penyelewengan dana syarikat itu.

24 Jun 2017

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengakui menguruskan kes 1MDB adalah antara tugas yang paling mencabar dalam kariernya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau menyedari banyak pihak menaruh harapan tinggi kepada BNM.

Bagaimanapun, katanya, BNM tiada kuasa untuk mendakwa.

29 Jun 2017

Penajaan Program Khas Perdana Menteri - Yayasan 1MDB yang melibatkan lebih RM56 juta sejak 2011, memberi manfaat kepada 5,711 orang di seluruh negara.

1 Ogos 2017

1MDB dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.

1 Ogos 2017

1MDB telah memaklumkan secara bertulis kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) mengenai pembayaran yang dijadualkan pada 31 Julai 2017 sebaliknya akan dibuat pada Ogos 2017 kerana masih menunggu dana sewajarnya.

1MDB berkata, kesemua bayaran kepada pihak IPIC itu akan menggunakan wang yang dikumpul menerusi pelan rasionalisasi 1MDB.

7 Ogos 2017

Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1MDB.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

8 Ogos 2017

1MDB telah diberi lanjutan tempoh bagi menyelesaikan isu pembayaran dengan pihak International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

21 September 2017

Siasatan terhadap skandal 1MDB selesai selepas tiga bulan tempoh Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada sebarang perkembangan baru untuk dimaklumkan setakat ini, kecuali ada arahan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kabinet.

26 Oktober 2017

1MDB menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya menghentikan perbuatan mengelirukan rakyat mengenai syarikat itu dan sebaliknya akur bahawa tindakan tidak patriotik pihak pembangkang melakukan sabotaj ekonomi terhadap 1MDB bagi kepentingan politik sendiri, telah pun gagal.

31 Oktober 2017

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes 1MDB.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu.

1 November 2017

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan selanjutnya dari Pejabat Peguam Negara berhubung siasatan kes pelaburan 1MDB.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata, kertas siasatan berhubung kes 1MDB telah kita terima daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

1 November 2017

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata siasatan lanjut terhadap 1MDB perlu dilakukan berikutan kekurangan bukti dalam beberapa perkara tertentu.

27 November 2017

Krisis yang melanda 1MDB tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomi Malaysia.

Kementerian Kewangan berkata, sebaliknya, isu melanda syarikat tersebut hanya memberi impak yang rendah terhadap kedudukan ekonomi negara, dengan program rasionalisasi syarikat itu sedang berjalan baik.

27 Disember 2017

1MDB telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir 31 Dis, 2017 kepada International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC).

1MDB berkata, pembayaran itu adalah tertakluk kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

9 Januari 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat pelaburan 1MDB gagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang dikemukakan Gerakan Anak Muda Tolak MO1/Najib (GANT1) berhubung pembayaran pinjaman jaminan bon berjumlah RM35 billion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar Asli).

28 Februari 2018

Indonesia, merampas sebuah kapal mewah di Pulau Bali yang sebelum ini dicari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

7 Mac 2018

Kerajaan Malaysia didakwa menyuntik dana RM2 bilion yang diambil secara hutang ke dalam projek 1MDB yang dinamakan The Exchange 106.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, kerajaan melalui anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang bernama MKD Signature Sdn Bhd telah menyuntik RM2 bilion dalam projek pembangunan 1MDB ini.

12 Mac 2018

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak-PKR) mengambil langkah menyelesaikan isu air di Selangor yang disifatkan kritikal berikutan Menteri Besar Selangor itu cuba mengaitkan pembayaran faedah hutang negara dengan 1MDB.

13 Mac 2018

Ahli Parlimen DAP mempersoal tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun yang didakwa ‘menyimpan’ dokumen yang dikemukakan Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan perkaitan antara Jho Low dan 1MDB.

21 Mac 2018

Semua maklumat berkaitan 1MDB yang tidak dimasukkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dikategorikan sebagai berita palsu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, pihak berkuasa sudah menyiasat 1MDB dan maklumat tidak disahkan pihak berkuasa negara ini berkaitan dengan syarikat kontroversi itu ialah berita palsu.

23 Mac 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa laporan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuat kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

5 Mei 2018

1MDB tidak pernah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

11 Mei 2018

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan disiasat kerana didakwa menyembunyikan bukti mengenai salah laku dalam siasatan kes 1MDB.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selepas itu kerajaan akan meneliti hasil siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.

12 Mei 2018

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, laporan audit 1MDB bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mahathir berkata, beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.

17 Mei 2018

1MDB memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.

Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan tiada pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan Pengauditan 1MDB yang baharu dikeluarkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Shivangi Pathak Wanita Termuda Tawan Puncak Gunung Everest

Shivangi Pathak Wanita Termuda Tawan Puncak Gunung Everest

Usianya yang baru saja mencecah 16 tahun membolehkan dirinya melakar sejarah selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest.

Shivangi Pathak Wanita Termuda Tawan Puncak Gunung Everest

Semangat yang ada dalam diri Shivangi Pathak ini sememangnya sesuatu yang boleh dibanggakan.

Anak kelahiran Hisar di Haryana yang terletak di utara India ini membuktikan kemampuannya apabila menjejakkan kaki ke Gunung Everest pada petang Khamis.

Kini remaja ini menjadi wanita termuda di dunia yang berjaya menawan puncak itu.

Menurut Pathak, kejayaan warga India, Arunima Sinha untuk mendaki puncak setinggi 8,839 meter memberi inspirasi untuk mencabar dirinya.

Beberapa pendaki dari pelbagai negara seperti Poland dan India serta sherpa masing-masing turut berjaya sampai ke puncak pada hari sama dan ianya diakui Thaneswar Guragai dari Seven Summit Treks.

Arunima Sinha

Shivangi Pathak Wanita Termuda Tawan Puncak Gunung Everest
Arunima Sinha.

Arunima Sinha, warga India yang kudung sebelah kaki muncul sebagai wanita pertama mendaki gunung Everest menggunakan kaki palsu.

Arunima Sinha dari utara Uttar Pradesh, sampai ke puncak gunung berketinggian 8,800 kaki itu bersama sekumpulan pendaki pada tahun 2013 lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

5 Skandal MINDEF Era BN Menteri Pertahanan Wajib Siasat

5 Skandal MINDEF Era BN Menteri Pertahanan Wajib Siasat

Centre for Malaysian Political And Economic Transcendence (COMPETENT) melihat pelantikan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan yang baru adalah satu perkembangan yang baik dalam demokrasi negara ini.

5 Skandal MINDEF

Beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu amat lantang mempersoalkan salah laku dan pembaziran wang yang berlaku semasa era Umno-BN sebelum ini.

Sudah pasti, amalan pembaziran wang dan salah guna kuasa dalam tadbir urus sebelum ini perlulah diberikan siasatan penuh agar dapat dibentuk polisi pengurusan baru di dalam Kementerian Pertahanan (Mindef).

Skandal RIV

COMPETENT menyeru menteri pertahanan agar dapat membuka kembali fail siasatan kes pembelian beberapa unit Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang pernah mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang telah membuat teguran berkenaan harga yang terlalu mahal.

Dilaporkan bahawa harganya adalah RM690,000.00 seunit sedangkan baginda Sultan pernah membelinya dengan harga RM150,000.00 sahaja.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan pada waktu itu turut berjanji akan membuka kertas siasatan namun kes tersebut kelihatan seperti ditutup terus.

Skandal Armored Personnel Vehicle
Begitu juga kes berkenaan pembelian 257 unit Armored Personnel Vehicle daripada syarikat Turki yang berharga RM7.5 bilion.

Harga tersebut dikatakan naik mendadak daripada harga asal sebanyak RM1.76 bilion seperti yang dilaporkan oleh akhbar Turki sewaktu perjanjian ditandatangani pada 2011.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada waktu itu, Tony Pua, pernah mempersoalkan perkara ini di Parlimen namun tidak dijawab oleh menteri pertahanan pada ketika itu.

Skandal Kapal Selam Scorpene

COMPETENT juga menggesa Mindef untuk mengkaji polisi komisen yang melampau kepada syarikat orang tengah yang menjadi broker kepada pembelian aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perkara ini juga telah menjadi buah mulut rakyat apabila Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Razak Baginda yang juga sahabat kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, mendapat ‘habuan’ sebanyak Euro114 juta (atau RM535 juta mengikut kadar hari ini) dalam proses pembelian dua unit kapal selam Scorpene.

Skandal ini menjadi lebih hangat lagi apabila Razak Baginda dikaitkan pula dengan kematian mendiang Altantunyaa Sharibu yang masih menjadi misteri sehingga kini.

Skandal unit Patrol Vessels

COMPETENT turut mendesak supaya pembekal atau kontraktor kepada Mindef yang pernah terlibat dengan projek sakit disenarai hitamkan dan disaman untuk kerugian yang ditanggung.

Sebagai contoh, projek pembinaan 27 unit Patrol Vessels yang berharga hampir RM1 bilion setiap unit yang gagal disempurnakan mengikut jadual oleh syarikat PSC-Naval Dockyard.

Syarikat ini dimiliki oleh Tan Sri Amin Shah yang diketahui sebagai kroni besar Umno-BN.

Syarikat hak milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings, akhirnya terpaksa mengambil alih PSC-Naval Dockyard untuk memastikan kelancaran projek tersebut.

Skandal PUSPAHANAS

Negara kita juga mengalami kerugian besar apabila projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) yang bernilai RM100 juta diberikan kepada syarikat hak milik tokoh wanita Umno, Raja Ropiaah, yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan.

Skandal ini hangat diperkatakan di media apabila didedahkan oleh Deepak Jaikishan (rakan karib Datin Seri Rosmah) yang marah kerana Ropiaah dikatakan gagal menunaikan perjanjian kepada Deepak sebagai timbal balik untuk Deepak membantu dalam projek pembinaan PUSPAHANAS tersebut.

Sekali lagi anak syarikat LTAT terpaksa mengambil alih projek sakit milik kroni Umno-BN untuk memastikan kelancaran projek.

Akhirnya, COMPETENT mengharapkan agar satu tadbir urus yang cekap dan berhemah berdasarkan kepada kaedah-kaedah terbaik (best practices) dapat dijadikan amalan di Mindef dan aset-aset yang terbaik turut dapat disediakan dan diselenggara untuk kegunaan perwira-perwira negara dalam angkatan tentera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

9 Peraturan Istana Meghan Markel Tidak Boleh Langgar Selepas Berkahwin Dengan Putera Harry

9 Peraturan Istana Meghan Markel Tidak Boleh Langgar Selepas Berkahwin Dengan Putera Harry

Majlis gilang-gemilang perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markel telah berlangsung namun, usai menjadi puteri baharu kerajaan England, ada beberapa perkara yang Meghan perlu patuhi.

9 Peraturan Istana Meghan Markel Tidak Boleh Lakukan Selepas Berkahwin Dengan Putera Harry

Berikut adalah senarai yang tidak boleh dilakukan Meghan selepas menjadi isteri Putera Harry.

1. Tiada swafoto

Anda tidak akan melihat lagi sebarang selfie daripada Meghan selepas ini, sama ada bersendirian, berdua atau ber-wefie.

2. Tidak boleh berautograf

Atas dasar keselamatan bagi mengelak peniruan tanda tangan keluarga diraja, Meghan sudah tidak boleh memberikan sebarang autograf kepada peminatnya.

Tiada lagi dunia glamor bagi Meghan selepas menjadi sebahagian daripada kerabat diraja.

3. Tidak boleh mengundi

Menjadi neutral dan menghormati semua parti politik antara syarat yang perlu dipatuhi Meghan.

4. Tidak boleh menayangkan kaki

Pakar diraja, Victoria Arbiter menjelaskan orang ramai tidak akan melihat keluarga diraja tanpa memakai sarung kaki berona nude.

Menurut StyleCaster, kerabat diraja dilarang untuk menyalitkan warna kuku selain warna neutral.

5. Tidak boleh tidur ikut suka

Pernah berlaku kejadian di mana Puteri Diana meminta izin untuk beradu lebih awal daripada Permaisuri Elizabeth dan perbuatan itu adalah tidak wajar.

6. Tidak boleh duduk bersilang kaki

Menjadi protokol istana untuk tidak duduk dalam keadaan bersilangkan kaki melainkan hanya hujung kaki sahaja.

Dianggarkan sekitar 600 tetamu sebelum itu tiba di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.

7. Tidak boleh berlakon

Tiada lagi dunia glamor bagi Meghan selepas menjadi sebahagian daripada kerabat diraja.

8. Tidak boleh melancong bersendirian

Meghan akan dikawal 24 jam oleh pegawai perlindungan diraja.

9. Tiada manicure warna-warni, beg besar

Menurut StyleCaster, kerabat diraja dilarang untuk menyalitkan warna kuku selain warna neutral.

Tiada lagi warna merah menyala atau ungu gelap bagi Meghan.

Selain itu, etika pemakaian diraja hanya membenarkan clutch atau beg kecil dibawa setiap kali keluar dari istana.

PUTERA HARRY, MEGHAN MARKLE LANGSUNGKAN PERKAHWINAN DALAM MAJLIS GILANG-GEMILANG

9 Peraturan Istana Meghan Markel Tidak Boleh Lakukan Selepas Berkahwin Dengan Putera Harry

Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor.

Pewaris takhta British, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.

Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.

Meghan Markle dilihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller.

Pasangan itu - Duke dan Duchess of Sussex kemudiannya diarak dengan menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor.

Majlis perkahwinan diraja anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles itu berlangsung dengan sempurna dan dipancarkan ke seluruh dunia.

600 jemputan istimewa

Dianggarkan sekitar 600 tetamu sebelum itu tiba di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.

Beberapa selebriti terkenal juga dilihat menghadiri perkahwinan bersejarah itu.

Antaranya ialah pengacara televisyen terkenal Oprah Winfrey, pelakon Bollywood Priyanka Chopra, pasangan selebriti David dan Victoria Beckham serta George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.

Selain itu, seramai 2,640 orang awam telah dipilih untuk menyaksikan majlis itu dari luar halaman Istana Windsor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Sunday, May 20, 2018

Baju Kurung Dan Tudung Terkini Hari Raya 2023

Baju Kurung Dan Tudung Terkini Hari Raya 2023

Sempena ketibaan Aidilfitri 2018 ini, SweetMuslimah kini membawakan kepada anda Baju Kurung dan Tudung trend terkini yang boleh anda gayakan sempena hari raya nanti bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan.


TUDUNG SM PINK

Antara fesyen baju kurung yang menjadi pilihan ramai untuk digayakan ketika Hari Raya nanti ialah baju kurung moden yang berlainan kainnya seperti penggunaan lace, kurung peplum dan jubah.

Pemilihan design terkini mengikut warna yang lembut menampakkan lagi seri dan kecantikan anda.

TUDUNG SM

Jadi, tidak perlu fikirkan jenis kain apa atau corak design yang pelik-pelik, pilih sahaja gaya minimalis untuk baju kurung, kurung peplum mahupun jubah.

PAKAIAN MUSLIMAH

SM EDORA

Sweet Muslimah ditubuhkan bagi membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini.

Produk-produk yang dibawakan adalah berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti.

Produk-produk yang disediakan adalah lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik yang meletop-letop.

SM ELVIRA

Semua produk kami yang disediakan adalah menepati piawaian kualiti tinggi.

Hanya produk terbaik dipasaran akan dikongsikan kepada muslimah di Malaysia.

Selain baju kurung dan tudung rekaan terbaharu, ada juga Baju, Tshirt, Busana, Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia dan mengalakkan berbelanja secara online yang nyata jauh lebih menjimatkan.

POTONGAN HARGA KHUSUS UNTUK ANDA!

Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan sekarang stail-stail yang anda minat untuk digayakan di hari raya akan datang tak lama lagi.

Boleh juga kalau nak sedondon dengan ahli keluarga dan sahabat handai.

SM SALES


JANGAN LUPA TUDUNG DAN PAKAIAN BARU UNTUK ANAK ATAU ADIK TERSAYANG!

Dikala anda bergembira dengan pakaian baru, jangan dilupa si anak kecil.

Dengan harga yang sangat murah dan gaya terkini, belikan untuk mereka juga.

TUDUNG ARFAA 2018

Selamat membeli-belah!

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, May 19, 2018

Analogi Mudah Isu SRC Dan Wang RM42 Juta Yang Masuk Dalam Akaun Najib

Analogi Mudah Isu SRC Dan Wang RM42 Juta Yang Masuk Dalam Akaun Najib

Penjelasan ini adalah analogi paling mudah untuk anda memahami mengenai isu penyelewengan SRC RM42 juta yang masuk ke dalam akaun bank bekas PM Malaysia, Najib Razak, untuk disebarkan kepada mereka yang juga masih tidak berapa nak faham isu SRC.

Analogi Mudah Isu SRC Dan Wang RM42 Juta Yang Masuk Dalam Akaun Najib

DUIT AJAIB

Bayangkan kita ada RM10 ribu dalam akaun. Bangun pagi esok tengok dah 10 milion!

Kita pasti tertanya-tanya macamana 10 ribu boleh jadi 10 milion? Silap komputer bank kah? Ada orang tersilap masuk duit ke dalam akaun kita kah?

Kalau kita bersifat amanah, apa kita buat? Kita akan minta kepastian dari pihak bank macamana duit kita boleh bertambah dengan begitu banyak sekali.

Sebab kita sendiri sedar yang itu BUKAN duit kita! Mana mungkin duit itu boleh beranak begitu banyak.

Jika pihak bank maklumkan memang ada pihak yang masukkan duit itu ke dalam akaun kita, pasti kita nak tahu siapa dia.

Apakah kaitan orang itu dengan kita sehingga nak beri duit sebanyak itu?

Siapa tak nak wang TAPI kita juga pasti nak tahu apakah DUIT HARAM ATAU DUIT HALAL?

Itu kalau kita beramanah. Atau kita akan diamkan saja seperti mana yang dilakukan oleh Najib yang telah menerima sejumlah wang yang lebih besar (RM42 juta)?

Apakah tidak penting untuk kita tahu SIAPA, DARI MANA dan UNTUK APA duit sebanyak itu diberi kepada bekas Perdana Menteri kita?

Tapi, Peguam negara kata semua itu tidak perlu. Tutup saja kes!

Jawapan yang diberikan oleh Peguam Negara adalah, bekas PM kita tidak tahu menahu tentang perkara itu. (The Prime Minister did not know about it).

Adakah anda boleh percaya jawapan sebegitu? Takkanlah dia tak tahu!

Dan dia dah belanja pun, memang ada bukti.

Mengikut apa yang ditunjukkan oleh Peguam Negara seperti yang dipamerkan oleh media, dia kata ini datangnya dari sumber SRC.

Apa itu SRC?

SRC adalah sebuah syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Kewangan.

Asalnya dulu milik 1MDB yang digunakan untuk meminjam duit Kumpulan Wang Amanah Pencen sebanyak RM4 bilion.

Konon tujuannya untuk dilaburkan di luar negara.

Tetapi kerana dah lebur, tak dapat untung dan kerana wang itu dipinjam dari KWAP, maka dengan senyap-senyap, Najib telah mengambil alih syarikat SRC atas nama Kementerian Kewangan dan membayar hutang KWAP supaya KWAP tidak menanggung hutang.

Bagaimana dengan duit yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu?

Telah dibuktikan oleh Peguam Negara bahawa sumbernya adalah dari SRC yang melalui dua pengantara lain iaitu syarikat Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana sebelum dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Dunia persoalkan, kenapa pihak peguam negara tidak ambil tindakan?

Alasan yang diberikan adalah;

a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan Najib mengetahui dan atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; tapi Najib TAHU ada duit yang banyak dimasukkan ke dalam akaunnya!

Seperti analogi di atas, jika Najib seorang yang amanah, apakah beliau akan mendiamkan diri tanpa mahu bertanya dari mana sumbernya dan terus membelanjakannya?

b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan Najib memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan

c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, Najib mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.

Padahal akaun di mana sumbangan itu dimasukkan sudah pun di TUTUP setahun lebih awal dan dikatakan bakinya sudah dipulangkan.

Jadi, bagaimana Najib boleh percaya yang duit itu merupakan sebahagian dari sumbangan pak arab?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: DTO

5 'Syurga' Lokasi Percutian Menarik Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Patut Kunjungi

5 'Syurga' Lokasi Percutian Menarik Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Patut Kunjungi

Negeri Sabah dan Sarawak sememangnya terkenal dengan pelbagai lokasi menarik yang cukup berbaloi untuk dikunjungi.

Selain Kundasang, Kuching dan Kota Kinabalu yang merupakan lokasi terkenal, ada banyak tempat lain yang cukup berbaloi untuk anda kunjungi.

Antaranya, 5 lokasi ini.

1. Taman Negara Bako

5 'Syurga' Lokasi Menarik Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Patut Kunjungi

Taman Negara tertua di Sarawak yang terletak lebih kurang 37km dari bandar Kuching.

Untuk ke sini perlu menaiki bot dari Kampung Bako.

Ada 16 laluan untuk diterokai yang setiap satunya memberi pengalaman berbeza.

Babi hutan, monyet probosic, ratusan spesies burung, air terjun, pantai, bukit, pelbagai spesies tumbuhan dan pemandangan tanjung tunggul berbatu menakjubkan menanti anda.

2. Tusan Cliff, Miri

5 'Syurga' Lokasi Menarik Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Patut Kunjungi

Batu tebing berbentuk seperti kepala kuda sedang minum air yang hanya dapat dilihat dengan jelas ketika air surut.

Terletak di Pantai Tusan Bekenu atau dikenali sebagai Pantai Biru kerana airnya akan bertukar kepada warna biru pada waktu-waktu tertentu disebabkan kehadiran obor-obor.

Inilah lokasi terbaik di Miri untuk anda yang ingin melihat panorama matahari terbenam yang awesome!

3. Tanjung Simpang Mengayau, Kudat

5 'Syurga' Lokasi Menarik Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Patut Kunjungi

3 jam lebih masa diambil dari Kota Kinabalu untuk sampai ke lokasi yang dikenali sebagai Tip of Borneo atau Tanduk Negeri Sabah ini.

Lokasi ini terletak di Kudat dan untuk sampai ke tempat ini, anda akan lalui jalan satu lorong yang sunyi.

Tetapi setelah tiba di kawasan ini, segala penat lelah hilang.

Inilah lokasi pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu dan jika bernasib baik boleh lihat pertembungan antara dua laut ini. Memang cantik!

4. Pulau Bohey Dulang, Semporna

5 'Syurga' Lokasi Menarik Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Patut Kunjungi

Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong.

Untuk ke sini, anda mengambil masa perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit menaiki bot.

5. Pelompung Melangkap, Kota Belud

5 'Syurga' Lokasi Menarik Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Patut Kunjungi

Polumpung Melangkap Camp Site menjadi tarikan disebabkan oleh keindahan alam semulajadinya.

Lokasi ini terletak di Kampung Melangkap Baru, kira-kira 29km dari pekan Kota Belud.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, selain selfie, anda boleh berenang dan berkhemah di sini.

Jika sebelum ini sebut tentang Sabah dan Sarawak ramai membayangkan jaringan jalan rayanya yang kecil dan sesetengah tempat agak sukar ditujui dengan kenderaan.

Itulah cabaran yang terpaksa dilalui penduduk di sana.

Dari pekan terhampir ke kawasan perkampungan mengambil masa berjam-jam dan tentunya melelahkan.

Tetapi kesukaran ini akan berakhir selepas Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan kampung nelayan di Semantan, Kuching dan berakhir di Tawau siap pada tahun 2023 nanti.

Kemudahan jalanraya yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ini bukan sahaja bakal memacu industri pelancongan di kedua-dua negara tetapi memberi keselesaan dan memastikan keselamatan penduduk Sabah dan Sarawak seramai 3.74 juta lebih terjamin.

Ekonomi kedua-dua negara juga dapat dipertingkatkan dengan adanya kemudahan ini.

Lebuhraya sepanjang 2,325km ini, tiga kali lebih panjang daripada lebuhraya terpanjang di Malaysia hari ini iaitu Lebuhraya Utara Selatan yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam dan Johor Bahru.

Lebuhraya dua hala, empat lane dengan anggaran kos pembinaan RM29 bilion ini boleh dilalui pada kelajuan 100km/j secara Percuma.

Baa apa lagi. Bolehlah rancang roadtrip ke Sabah dan Sarawak. Banyak tempat menarik menanti anda!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Panduan Pemakanan Berkhasiat Untuk Anak Cergas Dan Cerdas

Panduan Pemakanan Berkhasiat Untuk Anak Cergas Dan Cerdas

Dengan galakan terbaik dari ibu bapa, perkembangan otak kanak-kanak akan berada di tahap maksimum yang kemudiannya menghasilkan anak bijak dan cerdas!

Panduan Pemakanan Berkhasiat Untuk Anak Cergas Dan Cerdas

Umur sekitar 0 ke 3 tahun adalah usia yang penting untuk asas perkembangan otak kanak-kanak dan pada waktu ini, anak anda akan mula belajar pelbagai perkara.

Ia meliputi pandangan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran, semua ini membentuk perkembangan minda si kecil.

Sebenarnya, pembentukan keupayaan minda anak sudah pun bermula sejak mereka dalam rahim lagi!

Asas perkembangan otak kanak-kanak

Bagaimana ibu ayah boleh menggalakkannya pada semua peringkat umur?

Semasa kehamilan

Semasa ibu mengandungkan si kecil, ada banyak perkara yang berlaku padanya. Otak fetus melalui pelbagai tahap perkembangan.

Jadi, amat penting untuk kita memenuhi keperluan si kecil semasa kehamilan.

Anda digalakkan untuk memasukkan lemak sihat ke dalam diet kerana ia membantu mempercepatkan perkembangan dan tahap perhubungan saraf si kecil.

Galakkan perkembangan otak bayi dengan mengambil makanan berikut:

1. Lemak ikan

Ia kaya dengan DHA yang membantu otak anak anda terbentuk dengan sempurna.

2. Sayur hijau berdaun

Ia kaya dengan asid folik di mana ia turut membantu perkembangan otak bayi.

3. Susu

Ia memberikan kepada bayi anda sumber iodin yang membantu membentuk otak yang sihat. Selain itu, anda juga boleh mengambil nutrien lain seperti pati ayam.

Ia mengandungi carnosin yang ditemui dalam tisu otak dan otot bayi.

Untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun

Pada usia ini, saraf otak si kecil anda mula aktif sehingga 100,000 perhubungan neural setiap hari!

Semasa usia bayi, anda digalakkan menyusukan si kecil dengan susu ibu dan untuk menggalakkan laktasi, anda boleh mengambil makanan seperti oat dan sayur hijau.

Anda juga sepatutnya minum air kosong secukupnya.

Senarai makanan untuk perkembangan otak anak anda:

1. Salmon

Ikan berlemak seperti salmon memberikan sumber omega 3, DHA dan EPA yang penting untuk asas perkembangan otak kanak-kanak.

2. Bijirin penuh

Otak anak anda juga memerlukan sumber glukosa yang secukupnya. Anda boleh menyediakan bubur bijirin atau penkek gandum untuk si kecil anda.

3. Yogurt

Protein dan karbohidrat juga adalah sumber tenaga yang baik. Yogurt mengandungi kedua-dua ini dan bagus untuk otak si kecil.

Untuk kanak-kanak usia 5 ke 10 tahun

Untuk si kecil anda pada usia ini, anda boleh memberikan makanan berikut:

1. Telur

Ia kaya dengan protein. Ada banyak resipi yang boleh anda sediakan yang mengandungi telur. Si kecil anda pasti sukakannya.

2. Kekacang

Ramai ibu ayah mengelak daripada memberikan si kecil mereka kekacang kerana takutkan alahan. Tetapi, jika anak anda tidak alah padanya, berikan mereka kekacang sebagai snek. Ia bagus untuk minda si kecil.

3. Buah-buahan

Buahan seperti epal dan plum mengandungi antioksidan yang dapat meningkatkan kepekaan minda kanak-kanak.

Pada umur ini, cuba elakkan makanan yang mengandungi pewarna, pengawet dan snek yang tinggi kandungan gula.

Kanak-kanak pada usia 10 tahun ke atas

Asas perkembangan otak kanak-kanak akan berterusan sehingga usia 25 tahun.

Teruskan memberi makanan yang sihat dan seimbang kepada anak anda.

Antara makanan yang dapat meningkatkan fokus dan kepekaan minda adalah ikan, avokado, buahan beri dan bijirin gandum.

Dengan diet pemakanan yang sihat, anda dapat membantu anak supaya membesar menjadi seorang yang bijak, cergas dan cerdas!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Friday, May 18, 2018

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Isu jenayah seringkali menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat namun, tahukah anda bahawa ada beberapa kes pembunuhan dan isu yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

1. Tragedi Kemalangan Pesawat Negara

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan.

Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Peristiwa yang berlaku puluhan tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya.

Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura.

Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Beberapa spekulasi bahawa ‘Japanese Red Army’ adalah pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada bukti ditemui untuk menyokong teori tersebut.

Ia kekal sebagai memori tragis dalam sejarah penerbangan komersial di Malaysia dan kematian kesemua anak kapal pesawat berkenaan menjadikan tragedi berada di tempat teratas senarai kami.

BACA JUGA: MH370: Pesawat SAH Terhempas Secara Misteri

2. Tragedi Pembunuhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-3.

Pada 7 Jun 1974, ketika Abdul Rahman berada di dalam kereta menuju ke Bukit Aman, kereta yang dipandu Sarjan Omar Yunus yang melalui Jalan Tun Perak telah dihujani beberapa das tembakan.

Dua penyerang yang tidak dikenali telah melepaskan 11 das tembakan pada kereta tersebut di mana tujuh das terkena KPN.

Pada masa itu, Malaysia sedang berusaha menentang kebangkitan kuasa subversif yang datang dari kalangan ahli komunis.

Dipercayai bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang mengeluarkan arahan bunuh.

Bagaimanapun, ia tidak berjaya dibuktikan di mahkamah.

Pada 1975, dua orang lelaki, Lim Woon Choong dan Ng Foo Nam didapati bersalah membunuh Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choong Khong di Jalan Ashby di Ipoh.

Kemudian timbul teori bahawa berkemungkinan penyerang tersebut adalah orang yang sama menyerang Abdul Rahman walaupun tiada bukti kukuh.

Lim dan Ng telah dihukum mati pada tahun 1978 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehingga hari ini, masih tidak diketahui adakah benar mereka berdua pembunuh upahan yang membunuh Abdul Rahman.

3. Mona Fandey, Wanita Ilmu Hitam

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Kes tersebut telah selesai. Pembunuh telah dihukum mati. Kes ditutup.

Bagaimanapun, apa yang terjadi di sekeliling dan keanehan pembunuh kes ini menyebabkan ia masih tersenarai dalam carta ini.

Pada 22 Julai 1993, polis menemui mayat ADUN Batu Talam, Mazlan Idris yang dicincang.

Bekas penyanyi yang kemudian bertukar menjadi bomoh, Mona Fandey ditahan bersama suami dan pembantu beliau.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

Hukuman mati tetap dilaksanakan walaupun terdapat rayuan.

Tiada siapa yang hidup pada era 90-an boleh melupakan perbicaraan Mona Fandey – Mazlan Idris.

Mayatnya telah dicincang kepada beberapa bahagian selepas berlangsungnya satu upacara ghaib dipercayai bertujuan untuk membawa lebih banyak wang untuknya.

Mayat Mazlan kemudian ditanam di stor berhampiran rumahnya di Pahang.

Apa yang dianggap sebagai ‘belum selesai’ ialah ketika kekejaman mereka itu dibawa ke muka pengadilan.

Sepanjang perbicaraan, Mona sentiasa berkata, “Aku takkan mati” dan kekal tenang dengan senyuman di bibirnya.

4. Xo Jian Huang, Berakhirnya Kesengsaraan Kehidupan

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Xo Jian Huang, 14, warganegara China telah dihantar untuk menetap di Malaysia bersama sepupu bapanya.

Bagaimanapun, pada 27 September 2005, dia dijumpai mati lemas dalam sebuah kolam renang dengan 23 kesan dera di badan mangsa.

Siasatan membawa kepada penangkapan dan perbicaraan yang melibatkan tiga lelaki yang dituduh membunuh Xu; bapa saudaranya seorang ahli perniagaan, Koh Kim Teck dan dua orang pengawal peribadinya, Resty Agpalo dan Mohd Najib Zulkifli.

36 hari perbicaraan telah menyebabkan gelaran ‘Datuk Seri’ ahli perniagaan itu dibatalkan.

Bagaimanapun, disebabkan timbulnya keraguan yang tidak dapat diselesaikan dan tidak terjawab, ketiga-tiga suspek itu bebas daripada membunuh mangsa.

Bukan itu sahaja, saksi yang sepatutnya hadir semasa perbicaraan dikatakan telah hilang menyebabkan ketiga-tiga suspek itu dilepaskan.

Memetik laporan media pada 2010, pihak pendakwaraya membuat rayuan untuk menentang tertuduh dan Koh yang terkenal dengan personaliti korporatnya berjaya menghilangkan diri.

Pada sidang rayuan, seperti dijangka, Koh tidak menghadirkan diri pada semua sesi rayuan.

Pada 2010, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tetapi Koh masih menghilangkan diri.

Adakah dia yang menyeksa anak saudaranya? Adakah pengawal peribadinya turut terlibat? Kenapa ada saksi yang hilang?

5. Tun Fuad Stephens, Tragedi ‘Double Six’

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Anda yang menetap di Kuala Lumpur mungkin pernah melalui Taman Tun Dr Ismail dan pastinya akan terperasan Jalan Tun Fuad Stephens.

Namun, berapa ramai sahaja yang tahu siapakah dia sebenarnya.

Pastinya ada yang menjawab beliau adalah bekas Ketua Menteri Sabah.

Tetapi, berapa ramaikah yang tahu berkenaan kematian beliau yang penuh misteri dan kes tersebut masih tidak diselesaikan hingga ke hari ini.

Pada 6 Jun 1976, Tun Fuad Stephens bersama beberapa pegawai kerajaan termasuk anak sulung beliau, Johari menaiki pesawat Nomad GAF yang dikendalikan oleh Sabah Air di Lapangan Terbang Labuan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pesawat itu terhenti dan terhempas lalu membunuh semua anak kapal termasuk juruterbang.

Khianat disyaki sebagai motif utama kejadian tersebut walaupun kemudiannya kelemahan reka bentuk pesawat dilihat sebagai punca utama insiden tersebut.

Kematian Tun Fuad terjadi selepas 44 hari penggal kedua beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.

Keadaan politik yang mengiringi kematiannya begitu ironis kerana ia mempunyai kaitan dengan isu minyak dan gas di Sabah.

Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat.

Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama.

Sebaik sahaja mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

6. Datuk Norjan Khan Bahadar, Benarkah Pelayan Yang Melakukannya?

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Negeri Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar dijumpai mati di dalam sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu pada 11 Februari 2004.

Norjan dijumpai mati terbaring dalam keadaan lengkap berbaju di tepi katil dengan beberapa kesan tikaman kecil di bahagian leher dan muka beliau.

Polis pada mulanya mengesyaki motif cemburu sebagai punca utama kematian tersebut tetapi menukar kepada motif rompakan walaupun tiada barang yang hilang di dalam biliknya.

Penyiasatan membawa kepada penangkapan seorang pelayan, Azman Bakar di mana polis percaya suspek cemburu melihat Norjan bersama lelaki lain.

Ketika sidang penghakiman, seorang saksi telah membawa seorang ahli perniagaan Pakistan, Amir Khan.

Beberapa bukti timbul semasa perbicaraan yang menunjukkan Datuk Norjan mempunyai hubungan dengan Amir Khan walaupun dia menafikannya.

Azman Bakar kemudiannya dibebaskan apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Azman pada faktanya mengenali Norjan.

Tiada tangkapan lain dibuat dan sekali lagi, kes misteri yang tidak diselesaikan.

7. Pembunuhan Norita Samsuddin, Apabila Keseronokan Bertukar Kematian

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Norita Samsuddin, 22, merupakan seorang anak gadis yang berasal dari negeri utara tanah air yang mencuba nasib di kota raya, Kuala Lumpur.

Mempunyai susuk tubuh yang menarik, dia dikatakan menerima beberapa tawaran sebagai peragawati namun menolaknya apabila dia ketika itu bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Transpro Sdn Bhd sebelum dia dijumpai mati.

5 Disember 2003, Norita dijumpai mati di dalam bilik di sebuah pangsapuri mewah di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Mangsa ditemui dalam keadaan berbogel dan tangannya diikat menggunakan baju dalam dan beberapa wayar.

Tiada sebarang tanda dia dicederakan kecuali kesan cekik di lehernya dan beberapa cebisan baju di dalam mulutnya.

Jurutera, Hanif Basri kemudiannya ditahan dan dituduh membunuh mangsa.

Hanif dipercayai orang terakhir yang bertemu Norita pada malam tersebut dan pihak pendakwaan cuba membuktikan dia adalah orang terakhir bersama mangsa ketika masih hidup.

Bagaimanapun, semasa perbicaraan berlangsung, dipercayai ada orang lain telah melawat Norita selepas Hanif.

Pertuduhan terhadap Hanif dilihat terlalu lemah.

Hanif dibebaskan selepas timbulnya teori konspirasi berkaitan kehidupan sosial Norita selama ini.

8. Kematian Nurin Jazlin Jazimin, Yang Merobek Jutaan Hati

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah pergi ke sebuah pasaraya berdekatan rumahnya untuk membeli klip rambut sebelum di dilaporkan hilang.

Saksi kejadian berkata dia diculik dan dibawa masuk ke dalam sebuah van berwarna putih di Wangsa Maju.

Kehilangan gadis itu mendapat liputan media yang luar biasa hinggakan nama dan mukanya boleh dikatakan tersemat di fikiran setiap rakyat Malaysia pada ketika itu.

Ratapan sedih keluarga yang mengharapkan dia pulang ke pangkuan keluarga telah menyentuh hati ramai pihak di mana rakyat Malaysia terus memanjatkan doa supaya dia pulang dengan selamat.

Sebulan selepas itu, seorang kanak-kanak dijumpai mati dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg gim di Petaling Jaya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan suspek yang membuang beg tersebut.

Keluarga Nurin gagal untuk membuat pengecaman mayat akibat kecederaan teruk yang dialami mangsa.

Namun, ujian DNA mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin, kepada pasangan tersebut.

Seorang wanita Indonesia kemudiannya ditahan berkenaan kes tersebut tetapi kes itu masih belum diselesaikan.

9. Sharlinie Mohd Nashar

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Beberapa tahun lalu, berita tentang kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama di media tempatan.

Bagaimanapun, kisah kematian Sharlinie Mohd Nashar lama dimainkan media sebelum ia menjadi suram.

Pada 9 Januari 2008, Sharlinie, 5, bermain di taman permainan di kawasan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya bersama kakaknya sebelum dia didapati hilang.

Masyarakat mula memandang serius laporan tersebut apabila wujud watak ‘lelaki kucing’ setelah suspek dikatakan meminta mangsa mencari kucingnya yang hilang.

Kehilangan Sharlinie terus menjadi isu hangat dalam media tempatan apabila kes itu timbul ketika kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin masih lagi panas.

Polis yang meneruskan siasatan dilihat semakin ‘dingin’ dan kehilangannya masih lagi tidak diketahui hingga ke hari ini.

10. Kematian Ratu Cantik Jean Perrera Sinappa

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Jean Perrera Sinappa merupakan bekas ratu cantik di mana suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Tetapi, 4 bulan kemudian iaitu pada 6 April 1979, dia dijumpai mati di dalam kereta di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bekas teman lelaki yang juga abang iparnya, Karthigesu dijumpai tidak sedarkan diri di tepi jalan luar kereta tersebut.

Apabila Karthigesu sedar di hospital, dia mengadu dipukul di bahagian kepala dari arah belakang.

Keputusan mahkamah mendapati Karthigesu didapati bersalah membunuh Jean dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pihak pendakwaan mengemukakan kes di mana Karthigesu dilihat cemburu apabila mendapati Jean mempunyai hubungi sulit dengan doktor dari Sri Lanka, Dr Narada Warnasurya.

Bagaimanapun, Karthigesu dibebaskan dua tahun selepas rayuannya diluluskan di Mahkamah Rayuan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sozcyili