Thursday, December 13, 2018

6 Pakaian Seragam Tentera Paling Pelik Di Dunia

6 Pakaian Seragam Tentera Paling Pelik Di Dunia

Perarakan tentera dianggap sebagai peristiwa penting yang digunakan oleh mana-mana tentera untuk menunjukkan keupayaan dan kemahiran mereka dan semasa perarakan ini, mereka memakai pakaian seragam khas dan berbaris dalam formasi yang menarik perhatian penonton.

Acara-acara ini merupakan peluang yang baik untuk menunjukkan sejarah dan budaya negara tertentu. Pakaian tentera adalah sejenis pakaian seragam bagi memudahkan pengenalan dan pengecaman.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting tentang pakaian seragam mana-mana pasukan tentera adalah ia kelihatan tegas dan gagah.
Akan tetapi, terdapat beberapa pasukan tentera dengan pakaian seragam yang sangat unik dan pelik.

1. Hussar bersayap

Pakaian Seragam Tentera Pelik Hussar

Pada tahun 1570-an, Raja Stephen Bathory telah memperkenalkan hussar (ahli kelas berkuda ringan, yang berasal dari Eropah Tengah semasa abad ke-15 dan ke-16) ke dalam ketenteraan Poland-Lithuania.

Hussar menggunakan senjata seperti tukul perang, szabla saber dan satu atau dua pistol wheellock dalam sarung pelana.

Pakaian seragam ini sangat berbeza dan unik berbanding pakaian tentera biasa kerana mempunyai sayap. Ia merupakan rangka kayu yang dipasangkan pada bahu tentera berkuda dan dilengkapi dengan bulu.

2. French Foreign Legion Pioneers

Pakaian Seragam Tentera Pelik

French Foreign Legion Pioneers adalah sayap perkhidmatan tentera dalam pasukan ketenteraan Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan dikhaskan untuk warga asing yang mahu berkhidmat sebagai tentera Perancis.

Perkataan "sapper" atau "pioneer" bermakna tentera yang terlibat dalam misi kejuruteraan tentera, dicirikan oleh janggut yang lebat, apron kulit dan kapak.

3. Swiss Guard

Pakaian Seragam Tentera Pelik Swiss Guard

Sekali pandang anda mungkin beranggapan mereka ini adalah badut atau pekerja di tapak pesta, namun sebenarnya mereka ini adalah tentera-tentera yang bertanggungjawab untuk melindungi Pope.

Pakaian seragam ini sangat menarik dan unik kerana warna tradisional Medici biru, merah dan kuning, kolar putih serta sarung tangan. Ia dicipta oleh Jules Repond pada tahun 1914.

Pope Francis berkata, "di sebalik setiap pakaian seragam, terdapat orang yang sebenar: dengan keluarga dan tanah air, dengan keperibadian dan kepekaan, dengan hasrat dan rancangan hidup."

4. Sut Ghillie penembak tepat

Pakaian Seragam Tentera Pelik  Sut Ghillie

Sut ghillie adalah sejenis pakaian yang menjadikan tentera kelihatan seperti longgokan dedaunan yang sangat berat yang digunakan oleh penembak tepat atau jurugambar alam sebagai cara untuk menyembunyikan diri mereka dari musuh atau sasaran yang ingin mereka buru

Melihatkan tentera memakai sut ini sudah dirasakan seperti beban, namun ia belum cukup dahsyat. Suhu di dalam sut ini boleh mencapai 50°C.

5. Evzones

Pakaian Seragam Tentera Pelik Evzones

Nampak seperti penari, tetapi ia adalah pakaian seragam Evzones. Evzones adalah nama bagi infantri ringan dan unit gunung Tentera Yunani.

Kini, nama ini diberikan kepada Pengawal Presiden. Mereka juga dikenali sebagai Tsoliades dan mempunyai pakaian seragam yang sangat unik.

Item luar biasa dalam pakaian terkenal ini dikenali sebagai fustanella iaitu skirt putih dan juga dilengkapi dengan pom-pom pada kasut mereka.

6. Pengawal Diraja Korea Selatan

Pakaian Seragam Tentera Pelik Korea

Melihatkan pakaian seragam ini membuatkan anda rasa seperti di zaman silam. Pengawal Diraja Korea Selatan adalah antara salah satu unit paling berani di seluruh dunia kerana mereka mampu menangani misi yang tersangat kompleks.

Pakaian seragam mereka kelihatan seperti zaman dinasti lama, yang terdiri daripada jubah kuning, seluar putih dan topi yang tinggi, pakaian seragam unik yang membuatkan mereka terkenal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, December 03, 2018

19 Perkara Pelik Tentang Budaya Dan Orang Jepun

19 Perkara Pelik Tentang Budaya Dan Orang Jepun

Masyarakat Jepun terkenal sebagai masyarakat yang sangat sopan dan jujur. Sudah pasti anda pernah mendengar tentang kisah mereka yang kehilangan barang berharga di Jepun dan menjumpainya semula sama ada di balai polis mahupun di tempat yang tercicir.

Namun, mereka kadang-kala agak pelik dari pelbagai segi. Di sini kami ingin berkongsi perkara pelik tentang budaya dan masyarakat Jepun secara keseluruhannya.

1. Inemuri (Tidur di Tempat Kerja)

Perkara Pelik Budaya Jepun

Di kebanyakan negara di dunia, tidur di ofis adalah satu perkara yang boleh membawa kepada kemurkaan bos namun, budaya di Jepun adalah sebaliknya. Masyarakat Jepun sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang sangat bekerja keras.

Tidur di tempat kerja dibenarkan di negara matahari terbit. Budaya mereka mengiktiraf pekerja yang bekerja keras dengan 'memaksa' mereka untuk melakukan 'inemuri', tidur sebentar ketika bekerja supaya segar untuk meneruskan pekerjaan seharian di ofis.

Orang Jepun memang sangat bekerja keras, sampai ada yang mati kerana kepenatan. Sekiranya inemuri dibenarkan di Malaysia, pasti tidak akan siaplah kerja, mengamuk bos.

2. Hotel Cinta

Hotel ini menjadi trend di Jepun dibina untuk pasangan yang ingin melempiaskan nafsu serakah mereka. Dikatakan seramai 2% populasi Jepun akan ke hotel ini setiap hari. Hotel cinta mempunyai mempunyai 2 kadar bilik yang berbeza, untuk yang sekadar 'berehat' dan yang bermalam.

Kebanyakan hotel cinta terletak berhampiran stesen keretapi, lebuh raya atau kawasan perindustrian.

Terdapat hotel yang menyediakan bilik dengan katil, cermin dinding dan lampu syiling yang boleh berpusing. Menarik bukan?

Sekiranya hotel ini dibenarkan wujud Malaysia, hotel tersebut pasti penuh tempahannya. Kah kah.

3. Menghirup Makanan Berkuah Dengan Bunyi Slurp

Orang Jepun dikenali sebagai masyarakat yang sangat sopan santun dan penuh tata tertib namun, apabila melibatkan memakan makanan berkuah seperti mee sup contohnya, mereka perlu makan dengan berbunyi (slurping).

Menurut budaya Jepun, slurping memberikan kepuasan dan sebagai tanda penghargaan. Kalau dalam masyarakat di Malaysia, berbunyi ketika makan makanan berkuah dianggap sebagai sangat tidak sopan.

4. Gigi Bertindih

Perkara Pelik Budaya Jepun

Gigi bertindih atau berbaris dua menjadi trend masa kini di kalangan remaja Jepun. Sekiranya gigi bertindih, mereka tidak akan ke instagram bagi mencari braces palsu yang murah dari scammer yang langsung tidak bertauliah mahupun mempunyai latar belakang akademik pergigian. Sebaliknya, mereka akan bangga dengan gigi mereka.

Bagi yang bergigi tersusun di Jepun, mereka akan berjumpa dengan pakar gigi bertauliah bagi mendapatkan gigi bertindih. Trend ini dikenali sebagai 'yabae' yang bermaksud gigi berganda.

5. Kafe Peluk (Cuddle Cafe)

Bagi lelaki yang bujang mahupun loner di Jepun, mereka boleh ke cuddle cafe bagi mendapatkan khidmat peluk secara percuma dari staf wanita. Kafe berkonsepkan peluk ini pertama kali dibuka beberapa tahun lalu.

Walaupun boleh mendapatkan pelukan percuma, hubungan intim adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Sebaliknya, lelaki yang inginkan servis ekstra seperti merenung mata ke mata perlu membayar sebanyak ¥1000 (RM38) untuk seminit dan untuk membelai rambut staf wanita di kafe ini, mana-mana jantan keparat perlu membayar jumlah yang sama bagi tempoh 3 minit.

Jika anda ke Jepun, jangan lupa ke Akibahara untuk merasai pengalaman ini.

6. Festival Bogel

Festival bogel yang disambut setiap tahun di Jepun ini dikenali sebagai Hadaka Matsuri. Sekiranya anda sebagai seorang lelaki, pasti anda berasa teruja mendengar festival bogel Jepun ini.

Anda mungkin sedang membayangkan untuk ke Jepun dalam masa terdekat supaya dapat merasai pengalaman festival ini.

Dukacita dimaklumkan bahawa festival ini hanya melibatkan beribu-ribu lelaki Jepun, yang percaya membuka pakaian di khalayak ramai membuatkan mereka boleh meresap semangat kejahatan ke dalam badan mereka, mengikut kepercayaan nenek moyang mereka.

Hanya bahagian intim mereka akan ditutup, dengan menggunakan sehelai 'fundoshi'.

7. Vending Machine Yang Menjual Ketam Hidup

Vending Machine Ketam Hidup

Bagi yang pernah ke Jepun, pasti anda telah melihat vending machine di mana-mana sahaja. Vending machine di Jepun tidak ada bezanya dengan mesin yang terdapat di Eropah mahupun Malaysia sendiri.

Perbezaan ketara antara vending machine di Jepun dengan negara-negara lain adalah kandungan mesin tersebut, yakni barang yang dijual.

Barang yang dijual termasuklah telur segar, beras, tisu tandas, bunga segar, majalah porno, bateri mahupun pakaian dalam dan ketam hidup.

Lokasi mesin ini di mana-mana sahaja, termasuklah di Mount Fiji.

8. Eskalator Terpendek di Dunia

Eskalator Terpendek di Dunia

Selain porno, Jepun turut terkenal dengan kemajuan teknologi melalui syarikat-syarikat mereka seperti Yamaha, Nissan, Honda, Panasonic dan banyak lagi. Ramai yang berpendapat teknologi menyebabkan manusia menjadi semakin malas. Adakalanya perumpamaan ini betul.

Contohnya, penciptaan eskalator terpendek di Jepun ini. Malas sangat tu, rasanya tiga langkah sahaja tingginya. Eskalator ini terletak di arah bawah tanah di More's Department di Kawasaki, dengan ketinggian menegak 32.8 inci.

9. Kancho (Prank Cucuk Bontot)

Perkara Pelik Budaya Jepun

Prank ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak di sekolah semasa zaman penulis di sekolah rendah namun di Jepun, prank ini dipraktikkan oleh orang dewasa terhadap sesiapa sahaja, termasuklah orang yang tidak dikenali.

Mereka akan menjerit 'Kancho' ketika melakukan aksi ini dan mangsa pasti akan mengalami kesakitan yang amat.

10. Festival Menyambut Kemaluan Lelaki

Berdasarkan legenda, kemaluan seorang gadis muda telah disumpah oleh syaitan yang lapar dan bergigi tajam. Sebagai akibat, suami melalui perkahwinan pertama dan kedua telah mati terbunuh pada malam pertama mereka.

Seorang tukang besi tampil untuk membantu dengan mereka kemaluan lelaki diperbuat daripada besi bagi mematahkan gigi syaitan tersebut dan sebuah tugu dibina sebagai penghormatan terhadap tukang besi tersebut.

Kini, festival disambut bersempena peristiwa tersebut dengan membawa kemaluan lelaki mengelilingi bandar.

Malah, masyarakat Jepun turut menyambut festival itu dengan pelbagai makanan serta dekorasi berbentuk kemaluan lelaki.

11. Orang Dewasa Dijadikan Anak Angkat

Daripada sejumlah orang dewasa Jepun yang diambil menjadi keluarga angkat, 98% daripadanya adalah lelaki. Tujuan mengambil seseorang menjadi anak angkat adalah lebih kepada sebagai menjadi pewaris harta kerana ketiadaan anak.

12. Hidangan Makanan Dalam Tin di Restoran

Di Malaysia, kita ke Tesco, Giant mahupun Mydin untuk beli makanan dalam tin dan sekali sekala akan ke restoran untuk makan makanan luar selain masakan sendiri. Berbeza di Jepun, mereka ke restoran untuk makan makanan dalam tin.

13. Orang Jepun Makan Daging Kuda Mentah

Di Jepun, daging kuda dimakan mentah. Nampak macam sedap sangat tu, anda berani cuba tak?

14. Bantal Peha Untuk Lelaki

Perkara Pelik Budaya Jepun

Bagi lelaki Jepun yang inginkan kasih seorang wanita namun tidak berkemampuan mendapatkan kekasih, mereka boleh tidur atas bantal peha seperti ini.

15. Bantal Peluk Untuk Wanita

Bagi wanita Jepun yang sunyi, mereka boleh mendapatkan bantal peluk ini bagi menemani mereka di kala mereka berduka mahupun putus cinta. Tapi agak menakutkan terutamanya kalau terjaga pada waktu malam dengan bantal ini memeluk.

16. Fesyen Kasut Pelik

Perkara Pelik Budaya Jepun

Orang Jepun memang kreatif, kadang-kadang sampai jadi pelik pun ada. Kasut ini nampak unik!

17. Bawa Kapal Terbang Lagi Senang Dari Guna Tandas di Jepun

Jepun amat maju dari teknologi sehinggakan tandas mereka pun sangat istimewa. Nak buang air besar memang mudah di Jepun. Bagi yang kaki online, tandas di Jepun ada USB port!

18. Kerja Menolak Orang ke Dalam Tren

Kereta api di Jepun adalah sangat efisyen berbanding KTM di Malaysia, yang lebih menepati masa. Walaupun begitu, kerana kepadatan penduduk di Jepun, tren mereka tidak mampu menampung jumlah yang ramai dalam satu-satu masa.

Maka, wujudlah pekerjaan train pusher bagi menolak pengguna tren ke dalam tren ketika sesak terutamanya pada waktu puncak.

19. Kit Kat Pelbagai Perisa Seperti Wasabi

Orang Jepun memang makan pelbagai makanan pelik, sampai coklat pun boleh jadi macam sushi. Coklat Kit Kat di Jepun ada pelbagai perisa termasuklah perisa baked potato, sos soya mahupun wasabi. Banyak lagi perisa pelik lain di sana, namun ini antara yang popular.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, November 10, 2018

Takahiro Shiraishi, Pembunuh Bersiri Paling Pelik Di Jepun

Takahiro Shiraishi, Pembunuh Bersiri Paling Pelik Di Jepun

Pada 30 Oktober 2017, Takahiro Shiraishi, berumur 27 tahun telah ditangkap atas kesalahan membunuh 8 orang wanita dan seorang lelaki dalam tempoh 2 bulan dan dilaporkan juga, dia telah melakukan serangan seksual ke atas 8 wanita tersebut sebelum mereka dibunuh.

Pembunuh Bersiri Paling Pelik

Dalam kalangan mangsa, 4 orang daripadanya berumur 17 tahun, selebihnya berumur 20 tahun ke atas.

“Aku nak tolong orang yang benar-benar menderita. Mohon mesej saya bila-bila masa saja.” -Takahiro Shiraishi

Pembunuh bersiri seperti Shiraishi mungkin tidak begitu mengejutkan jika dibandingkan dengan Luis Garavito yang telah membunuh seramai 138 orang, Yang Xinhai seramai 67 orang dan Alexander Pichushkin seramai 48 orang.

Yang menariknya tentang kes Shiraishi ini adalah, dia tidak mencari mangsa untuk membunuh, tetapi mangsa mencari dia untuk dibunuh. Mangsa tersebut adalah individu yang tertekan dengan hidup dan mahu mengakhiri riwayatnya.

Shiraishi menjadikan pekerjaan membunuh individu yang hendak membunuh diri sebagai satu bentuk perniagaan malah, dia pernah menerima bayaran sebanyak 3,400 pound sterling daripada seorang mangsa.

Shiraishi menjadikan laman Twitternya untuk menarik pelanggan dan selain daripada apa yang dituturkan di atas, dia juga pernah mengatakan, “Gejala buli ada di mana-mana. Di sekolah dan di tempat kerja.”

“Di luar sana mesti ada ramai orang yang sedang menderita apabila cuba hendak bunuh diri. Cuma kes mereka tidak dilaporkan saja. Aku nak tolong orang macam itu.”

Shiraishi menggunakan pelbagai bentuk perkataan di laman media sosialnya untuk menarik mangsa untuk dibunuh.

Dilaporkan, Shiraishi semasa kecil dulu adalah seorang kanak-kanak normal, pendiam tetapi pandai bersosial dengan jiran-jiran. Dalam pelajaran pun dia biasa-biasa sahaja.

Dia gemar bersukan, jarang bercakap pasal diri sendiri. Selalunya sekadar mendengar orang sembang, itu menurut laporan oleh akhbar Asahi Shimbun.

Shiraishi juga dikatalan suka bermain cekik-cekik dengan kawan-kawannya dan dipernah pengsan sebab permainan itu dan kebetulan, mangsa-mangsa Shiraishi pun dibunuh dengan kaedah yang sama iaitu dicekik.

Dia pernah bercinta dengan seorang wanita yang menurut Shiraishi, seorang yang lemah lembut pewatakannya.

Selepas menamatkan persekolahan, dia pernah bekerja dia sebuah pasaraya selama 2 tahun.

Selepas itu, dia bekerja sebagai peninjau mencari gadis-gadis untuk dijadikan pelacur sebuah kelab di Kabukicho dan pernah dipenjarakan sebab pekerjaan ini.

Sikap Shiraishi mula berubah sewaktu dia bercakap kepada ayahnya, “Saya tak tahu kenapa aku hidup.”

Kemudian, waktu inilah dia mula membangunkan banyak akaun Twitter dan mencanang dirinya sebagai ‘Tukang Gantung Profesional’ (Professional Hangman). Dia dilaporkan akan terus membunuh mangsanya sejurus bertemu.

Pihak polis menemui 240 serpihan tulang yang dimiliki oleh 9 mangsa Shiraishi termasuk kepala dan anggota badan yang lain.

Rumahnya mungkin dijadikan sebagai tempat untuk Shiraishi menghilangkan bukti yang kemudiannya, jiran-jiran mula menghidu bau busuk dari rumahnya.

Sehingga sekarang pihak polis masih lagi menyiasat identiti-identiti mangsa pembunuhan pembunuh bersiri paling pelik ini.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, October 23, 2018

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Pada masa kini, negara kita masih mempunyai pelbagai sumber ekonomi seperti minyak dan gas, pembalakan, perindustrian, pelancongan dan banyak lagi.

Sumber-sumber ini sekiranya diuruskan dengan baik oleh pemerintah negara boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, tidak semua negara kaya dengan hasil bumi. Negara Brunei misalnya, tetap kaya kerana mempunyai sumber gas dan minyak yang sangat banyak.

Bagaimana pula dengan negara-negara kecil yang tidak mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti Malaysia?

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa cara unik dan pelik yang dilakukan oleh beberapa negara kecil di seluruh dunia untuk menjana pendapatan ekonomi negara.

Cara-cara ini kebanyakannya terpaksa dilakukan kerana ketiadaan alternatif dan sumber lain yang boleh dimanfaatkan di negara-negara tersebut.

1. Negara Saint Kitts & Nevis, Menjual passport kepada orang kaya

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Dengan populasi hanya 48,000 penduduk dan industri gula yang semakin merudum, 2 buah negara Caribbean, Saint Kitts & Nevis berada dalam krisis ekonomi pada tahun 2006.

Kerana sangat terdesak, kerajaan telah mendapatkan kerjasama seorang peguam daripada Switzerland untuk meminda undang-undang negara itu bagi membolehkan pelabur daripada luar untuk mendapatkan kerakyatan di negara mereka.

Dengan pelaburan minuman $250,000 dalam bidang hartanah di negara ini, sesiapa sahaja boleh memperolehi taraf kerakyatan penuh walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara ini.

Program ini mendapat sambutan hangat memandangkan pasport negara ini boleh digunakan untuk ke 132 buah negara tanpa memerlukan visa.

Pada tahun 2013 sahaja, negara ini memperolehi sekitar $100 juta daripada program ini sahaja, iaitu 13% daripada pendapatan GDP negara ini.

Lama-kelamaan, beberapa negara kecil lain seperti Antigua dan Barbuda turut memperkenalkan program serupa.

Walau bagaimanapun, program ini dikecam oleh beberapa buah negara seperti Kanada dan Amerika Syarikat kerana dikhuatiri ianya boleh disalah gunakan oleh pengganas.

Sebagai tanda protes, Kanada sudah mewajibkan pemegang pasport negara-negara kecil ini untuk mendapatkan visa sebelum masuk ke negaranya.

2. Negara Comoros, Menjual pasport kepada orang miskin

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Bukan sahaja menjual pasport kepada golongan kaya, malah ada juga negara yang menjual pasport kepada golongan miskin.

Dianggarkan 10 juta manusia di seluruh dunia tidak mempunyai taraf kerakyatan daripada mana-mana negara.

Antara golongan ini adalah orang Arab daripada etnik Bedoon yang tidak diberikan taraf kerakyatan daripada Kuwait mahupun UAE apabila kedua-kedua negara ini mencapai kemerdekaan.

Terdapat kira-kira 100,000 orang Bedoon yang tidak mempunyai taraf kerakyatan.

Akibat daripada desakan masyarakat antarabangsa, kerajaan UAE akhirnya memberikan kerakyatan kepada kira-kira 8000 orang Bedoon.

Pada masa yang sama, terdapat kira-kira puluhan ribu lagi masyarat daripada etnik ini yang masih memohon kerakyatan.

Pada tahun 2006, seorang warga Kuwait bernama Bashar Kiwan mendapat idea bagaimana untuk membantu golongan ini.

Beliau merupakan seorang pelabur yang banyak melabur di Comoros, sebuah negara kecil yang terletak di Lautan Hindi.

Dengan populasi hanya 800,000 penduduk, Comoros merupakan sebuah negara miskin dengan purata pendapatan penduduk sehari hanyalah sekitar RM5.

Kerajaan sangat terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan dan dengan usaha Bashar Kiwan, akhirnya berjaya mendapatkan persetujuan UAE dimana UAE akan membayar Comoros $200 juta dengan syarat negara tersebut memberikan kerakyatan dan pasport kepada 4000 buah keluarga Bedoon dengan maksimum 8 orang ahli bagi setiap keluarga.

Walau bagaimanapun, kerjasama ini dihentikan apabila kerajaan Comoros mendapati Bashar Kiwan tidak membayar sepenuhnya bayaran daripada kerajaan UAE kepada mereka seperti yang dijanjikan.

3. Negara Tuvalu, Menjual alamat domain

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Domain merupakan alamat atau rujukan untuk sesuatu laman web yang wujud di internet. Sebagai contoh, pengguna hanya perlu menaip google.com untuk melawat laman web Google.

Di Malaysia misalnya, kita mempunya akhiran domain .my yang boleh dibeli oleh setiap rakyat Malaysia ataupun pemilik bisnes yang mempunyai bisnes di Malaysia.

Tahukah ada bisnes jualan domain ini begitu lumayan sehingga boleh menjana pendapatan ekonomi bagi sesebuah negara?

Hal ini berlaku bagi akhiran domain ".tv" dimana pada tahun 1999 domain ini dikhususkan untuk negara Tuvalu, sebuah negara kecil di Lautan Pacific.

Domain ".tv" ini sudah tentulah menjadi rebutan bagi syarikat-syarikat penyiaran dari seluruh dunia.

Tidak kurang daripada 5 syarikat besar yang menyediakan servis menjual domain telah melakukan bidaan terhadap domain ini untuk dijual semula kepada pembeli luar.

Perjanjian dengan pembida-pembida ini berjaya memberikan keuntungan sebanyak $30 juta kepada Tevalu pada tahun tersebut.

Pendapatan ini telah menggandakan pendapatan GDP negara Tevalu pada tahun tersebut.

Pada tahun 2011, Tuvalu menerima kira-kira $1 juta royalti tahunan untuk domain ".tv", satu jumlah yang dianggap masih banyak untuk negara kecil ini.

4. Negara Eritrea, Cukai secara paksa

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama negara Eritrea, sebuah negara yang terletak di benua Afrika.

Walau bagaimanapun, ia terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan diktator yang sangat kejam.

Amalan pemerintahan diktator ini memaksa kebanyakan pemuda disana untuk melarikan diri ke negara lain untuk mencari pekerjaan dan memulakan hidup baru.

Pemerintah Eritrea bijak mengambil kesempatan ini untuk memaksa mereka yang melarikan diri ke luar negara untuk menyumbang kembali kepada negara Eritrea.

Ahli-ahli keluarga dan saudara mara mereka akan diugut dan dijadikan tebusan sehingga ahli keluarga mereka yang bekerja diluar negara membayar sejumlah wang kepada kerajaan setiap tahun.

Sejumlah wang yang wajib dibayar ini dianggap sebagai cukai dan dikenali sebagai "Cukai Diaspora".

Mengikut undang-undang ini, mereka wajib membayar 2% daripada gaji tahunan mereka kepada kerajaan.

Sekiranya tidak dibayar, ahli keluarga mereka yang berada di Eritrea akan diugut.

Malah, kerajaan juga akan menyukarkan urusan memperbaharui pasport bagi mereka yang enggan membayar cukai pelik ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, August 12, 2018

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Setiap manusia dilahirkan ke dunia dengan keunikan dan kelebihan tersendiri. Ada yang berkulit cerah, ada yang berkulit gelap. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Ada yang berambut lurus dan ada yang berambut kerinting.

Namun, terdapat mereka yang dilahirkan dengan komplikasi rambut yang sangat jarang berlaku. Ia dipanggil "uncombable hair syndrome" (UHS) atau sindrom rambut tak dapat disikat atau dikawal.

Kami ingin berkongsi 5 individu di atas muka bumi yang mengalami sindrom ini.

1. Taylor McGowan - Amerika Syarikat

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Taylor McGowan baru berusia tujuh bulan tapi dia memiliki rambut yang unik dan kelihatan seperti sainstis, Albert Einstein. Keadaan ini menjadikan Taylor sebagai tumpuan setiap kali dia keluar rumah.

Dia menghidap Uncombable Hair Sydrome (UHS) iaitu keadaan di mana rambutnya sukar dirapikan dan akan sentiasa tercacak.

Disebabkan rambut unik Taylor itu, ibu bapanya memanggil dia dengan gelaran ‘Einstein 2.0’ dan saintis itu juga dikatakan mengalami UHS.

Meskipun ibu bapanya, Cara dan McGowan menggunakan pelbagai cara termasuk menyikat rambut anak mereka itu, namun rambut Taylor tetap menegak.

Setiap kali keluar rumah, sudah pasti Taylor akan menjadi perhatian hingga ada yang bertanya sama ada Taylor terkena renjatan elektrik disebabkan rambutnya tercacak.

2. Shilah Yin - Australia

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Kanak-kanak comel bernama Shilah Yin ini berasal dari Melbourne, Australia.

Shilah merupakan salah seorang daripada beberapa ratus orang sahaja daripada populasi manusia yang mengalami sindrom rambut "tak dapat disikat" ini.

Ketika dilahirkan, rambut Shilah adalah normal sehinggalah ketika berusia 3 bulan di mana ibu bapanya telah menyedari terdapat penumbuhan yang agak pelik di kulit kepala anak mereka.

Rambut Shilah tumbuh dari kulit kepala dalam beberapa arah yang berbeza membuatkan rambutnya tidak dapat disikat ke bawah.

Sejak dari itu, rambutnya tumbuh dan tegak berdiri dan menjadi semakin ringan.

Tiada sejarah seperti ini dalam keluarga Shilah dan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sindrom ini, keluarga Shilah telah memuatnaik gambar-gambar kanak ini di Instagram.

3. Jaili Lamb - Amerika Syarikat

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Melihatkan keadaan Jaili Lamb, ibunya telah menghabiskan masa selama 2 tahun bagi mengubah rambut anaknya yang degil dan tidak dapat disikat.

Namun akhirnya Sara Lamb, 29, telah mendapat tahu bahawa rambut anaknya menjadi tidak menentu disebabkan oleh mutasi genetik yang sangat jarang berlaku.

Rambut Jaili sangat cerah, sangat kusut dan berdiri tegak disebabkan oleh sindrom ini.

Sebelum komplikasi pada Jaili didiagnos, ibu kanak-kanak unik ini telah menghabiskan ribuan ringgit membeli produk rambut untuk membuatkan rambut anaknya lembut dan jatuh seperti rambut manusia normal.

4. Leila Paloste - Finland

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Kanak-kanak dari Finland ini, Leila Paloste kelihatan seperti mengalami "bad hair day" setiap hari, terima kasih kepada sindrom pelik ini.

Menurut sumber, tiada seorang pun di Finland yang mengalami sindrom sama seperti Leila yang membuatkan beliau adalah 1 dalam 5.373 juta penduduk Finland yang mengalami komplikasi ini.

Gambar beliau telah dimuatnaik di media sosial bagi mencari mereka yang menghadapi situasi yang sama dan membina satu kumpulan yang menyokong mereka yang mengalami keunikan ini.

5. Boris Johnson - England

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Pasti anda terfikir sindrom ini hanya berlaku kepada kanak-kanak perempuan sahaja bukan?

Tidak, ia juga berlaku kepada bekas datuk bandar London, Boris Johnson.

Ramai yang tertanya-tanya penampilan Boris yang agak pelik dengan rambut yang kusut masai dan bagi seorang tokoh, ia kelihatan tidak profesional.

Rambut beliau juga menjadi perbualan dan isu yang dibincangkan oleh media, malah mempunyai akaun twitter khas untuk itu.

Namun, beliau tidak perlu lagi risau mengenai tanggapan masyarakat terhadapnya selepas memberitahu mengenai sindrom yang dialami beliau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, July 25, 2018

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Tidak semua paten yang difailkan bermanfaat. Ada paten yang hanya sekadar idea unik dan tidak mempunyai protataip.

Kali ini, kami ingin kongsikan 10 paten pelik yang pernah didaftarkan namun, tidak diketahui sama ada idea yang dipatenkan ini sudah direalisasikan ataupun belum.

1. Perisai Nuklear Mudah Alih

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Perisai ini akan melindungi anda jika perang nuklear dan menurut patennya, anda hanya perli menggali lubang dan membuka Perisai Nuklear Mudah Alih yang terletak di atas kepala dan anda akan terselamat dari sebarang radiasi berbahaya.

2. Pelindung Ciuman

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Menurut paten, salah satu kegunaannya boleh digunakan oleh ahli politik ketika mereka mencium bayi semasa kempen pilihan raya.

3. Mesin Mengira Nyawa

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Pernah bertanya-tanya berapa lama lagi anda akan hidup di dunia ini? Sekarang anda boleh memiliki peralatan yang boleh diletakkan di pergelangan tangan dan mengetahui baki hidup anda!

4. Tempat meletak kepala ketika membuang kecil

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Kebiasaannya, di tandas lelaki terdapat tempat khas untuk membuang air kecil sambil berdiri kemudian, terdapat butang yang perlu ditekan untuk mengeluarkan air dan membersihkan alat sulit.

Tetapi, percayakah anda terdapat satu paten yang difailkan untuk pembinaan tempat meletak kepala ketika membuang air kecil sambil berdiri.

Tiada yang unik mengenai ciptaan ini dan tidak dipastikan siapa yang akan benar-benar memasangnya pada tandas.

Kebiasaannya, proses membuang air kecil begitu singkat dan tidaklah memenatkan sehingga perlu dipasang peralatan sebegini.

5. Tatu yang boleh bergetar

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Suatu ketika dahulu, Nokia merupakan merupakan kuasa besar dalam pasaran telefon bimbit. Mereka berjaya menjual telefon bimbit pertama pada tahun 1982 dan pada ketika itu, mereka sudah menjangka telefon bimbit merupakan teknologi masa hadapan.

Menjelang 1998, Nokia sudah pun menjual 100 juta unit telefon bimbit.

Sekiranya anda tidak tahu, Nokia juga merupakan syarikat pertama yang menghasilkan kamera pada telefon bimbit pada tahun 2003.

Selain itu, pada tahun 2011 mereka telah mempatenkan tatu yang akan bergetar apabila terdapat notifikasi pada telefon bimbit.

Walaupun paten ini tidak pernah direalisasikan, konsep sebegini sebenarnya sudah wujud contohnya, penggunaan jam pintar untuk menerima notifikasi daripada telefon bimbit.

Dengan inovasi-inovasi baru telefon pintar daripada jenama seperti Samsung, Apple, Oppo dan sebagainya, nampaknya Nokia akan terus tenggelam bersama patennya ini.

6. Pad kentut deodoran

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Mungkin kedengaran lucu dan pelik, tetapi sebenarnya terdapat satu paten yang telah difailkan untuk penciptaan pad kentut yang mempunyai deodoran.

Apabila kentut, kita akan mengeluarkan bau yang kurang enak yang mungkin dihidu oleh orang sekeliling.

Oleh itu, ciptaan yang dipatenkan ini bertujuan untuk mengelakkan bau busuk tersebut daripada dibau oleh orang berdekatan.

Konsepnya mudah sahaja. Terdapat lapisan kain tambahan pada bahagian tengah yang berfungsi sebagai deodoran.

Deodoran ini terdiri daripada arang yang mempunyai kebolehan semulajadi untuk menyerap bau. Paten ini telah difailkan pada tahun 2000.

7. Penutup telinga anjing

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Paten ini telah difailkan oleh James D. Williams pada tahun 1979. Beliau mendapati bahawa anjing yang mempunyai bulu yang panjang berkemungkinan akan mengotorkan telinga ketika makan.

Menurut beliau, alat ini akan mempunyai 2 tiub yang akan menutup telinga anjing.

Kedua-dua tiub ini akan disambung dengan penahan untuk mengelakkannya daripada menutup muka anjing.

Walaupun ideanya seolah-olah seperti helmet basikal, beliau mengatakan ideanya ini unik dan mesti dipatenkan kerana ia hanya menutupi bahagian telinga sahaja, tidak seperti helmet.

8. Alat kesuburan anjing

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Anjing merupakan antara haiwan yang cepat membiak. Bagi pemilik yang tidak mampu memelihara banyak anjing, maka pilihan yang ada adalah memandulkan anjing tersebut.

Malangnya, terdapat pemilik tidak mahu memandulkan haiwan mereka dan sewenang-wenangnya membuang anjing di jalanan.

Maka, berkembang-biaklah anjing-anjing ini sebagai haiwan liar dan bagi mengatasi masalah ini, maka idea penciptaan tali pinggang ini telah dipatenkan pada tahun 2003.

Alat ini dipatenkan sebagai alat kawalan kesuburan bagi anjing yang dikhaskan bagi anjing yang tidak dimandulkan oleh pemiliknya.

Pada masa kini, sebenarnya sudah wujud beberapa produk yang berkonsepkan sebegini dijual di pasaran.

9. Sistem Ular Pemandu

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Ramai orang biasanya berjalan dengan anjing mereka, namun sesetengahnya mungkin akan bersiar-siar dengan dengan ular mereka suatu hari nanti!

10. Penggetar Otak

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Mahu sesuatu yang akan membuatkan anda terjaga semasa pidato lama atau maraton filem panjang, hanya gigit pada hujung tongkat yang bergetar dan anda akan tersentuh dengan deria anda.

Alat ini akan memancarkan getaran ke otak yang akan membuatkan anda terjaga tanpa mengganggu jiran!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi | list25

Sunday, July 08, 2018

5 Muzium Paling Pelik Di Dunia

5 Muzium Paling Pelik Di Dunia

Muzium sering disalah tafsir sebagai tempat penyimpanan barang lama malah lebih teruk apabila ia dikaitkan sebagai stor artifak berunsur berhala serta pemujaan manusia zaman dahulu kala.

Namun, pada zaman moden ini, perlu bagi muzium untuk mentakrifkan semula matlamat, fungsi, serta strategi mereka supaya tidak ketinggalan dek arus semasa.

Bagaimanapun, di sebalik perubahan pantas arus masa itu, terdapat juga pelbagai muzium yang memaparkan barangan aneh dan pelik sehingga popular dikunjungi.

Berikut 5 buah muzium di dunia yang berjaya menyimpan koleksi barangan unik sehingga kita sendiri tidak menjangka dan mungkin tidak tercapai akal waras.

1. Muzium Kematian Bangkok, Thailand

5 Muzium Paling Pelik Di Dunia

Bagi penggemar sesuatu yang luar biasa, Muzium Perubatan Siriraj Bangkok, Thailand mungkin salah satu lokasi yang wajib dikunjungi paling kurang sekali seumur hidup.

Ini kerana, muzium yang lebih dikenali sebagai ‘Muzium Kematian’ ini menawarkan pameran tengkorak, mayat manusia dan organ sebenar yang telah diawet.

Muzium yang kurang dikenali ini terletak di tebing sungai Chao Phraya dan berada dalam bangunan Hospital Siriraj.

Difahamkan pada awal pembinaannya, hospital ini hanyalah berfungsi sebagai pusat rawatan dan penyelidikan.

Namun sekitar tahun 1972, salah satu bahagian hospital itu diubah menjadi ruang pameran perubatan buat tontonan umum.

Koleksi barang-barang yang terdapat di dalam muzium ini boleh dikatakan agak mengerikan kerana ia menempatkan keratan tubuh serta organ manusia dan termasuk mayat pembunuh.

2. Muzium Tandas, India

5 Muzium Paling Pelik Di Dunia

Jauh di pedalaman pinggir bandar raya New Delhi, terdapat sebuah bangunan konkrit rendah berupa bangunan kecil dengan satu bilik yang panjang.

Bangunan itu dikenali sebagai Sulabh International Museum of Toilets menjadi muzium tandas pertama yang ada di dunia dan kewujudannya adalah untuk mendidik serta menggalakkan tabiat menjaga kebersihan.

Terdapat pelbagai replika dan bentuk tandas di pamerkan di dalam bangunan itu dari zaman kuno sehinggalah era moden serta contoh-contoh lawak jenaka dan sejarah yang berkaitan dengan tandas boleh didapati di muzium itu.

Koleksi sejarah tandas, dari zaman purba hingga moden disimpan di dalam muzium. Pelik kan?

3. Muzium Putus Cinta Zagreb, Croatia

5 Muzium Paling Pelik Di Dunia

Muzium putus cinta atau lebih dikenali sebagai ‘Museum of Broken Relationships ‘ terletak di Zagreb, Crotia. Pelbagai kisah mengenai putus cinta dan ditinggalkan kekasih banyak tersimpan di dalam muzium ini.

Memetik sumber, lokasinya kini kekal di bangunan Barok Kulmer yang indah, betul-betul di Upper Town iaitu tempat bersejarah Zagreb yang menjadi tumpuan para pelancong.

Di dalam Muzium Putus Cinta ini, tersimpan lebih 800 koleksi peribadi dengan setiap satu daripadanya disertakan dengan catatan ringkas tentang cerita di sebalik, tarikh dan lokasi.

Koleksi yang terdapat di dalam muzium ini merupakan sumbangan daripada individu yang patah hati.

Barang kenangan saat manis bercinta disumbangkan oleh individu yang kecewa dari seluruh negara.

4. Muzium seni hodoh, Amerika Syarikat

5 Muzium Paling Pelik Di Dunia

Muzium seni hodoh atau juga dikenali sebagai Museum Bad of Art (MOBA) ini khas bagi menghargai individu yang tidak memiliki bakat seni.

Ia terletak di Boston dan menempatkan lebih daripada 600 karya seni.

5. Muzium Rambut Avanos, Turki

5 Muzium Paling Pelik Di Dunia

Muzium ini terletak di Avanos, Cappadocia Turki bermula pada tahun 1979 dan pengasasnya ialah Chez Galip.

Memetik sumber, pada awalnya tempat ini merupakan sebuah kilang tembikar yang telah berusia 30 tahun.

Ia dibina daripada lumpur bermutu tinggi dari Sungai Merah.

Sumber berkata lagi, muzium ini bermula apabila Galip ditinggalkan oleh rakan-rakannya terutama sekali kekasihnya lalu menyebabkan dia kesunyian.

Malah difahamkan, muzium berkenaan telah menyimpan sejumlah 16,000 potongan rambut wanita yang pernah berkunjung ke situ dan setiap rambut tersebut disertakan nama, umur, alamat, hajat serta tarikh rambut diserahkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub