Tuesday, June 19, 2018

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Disebabkan sejarah lampau, bentuk, atau rahsianya, trivia mengenai pulau-pulau ini mungkin akan membuatkan anda terkejut.

Berikut adalah senarai 15 pulau paling pelik di dunia.

1. Pulau Socotra

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di perairan Yaman, terdapat 800 spesis tumbuhan pelik di pulau ini malah, terdapat tumbuhan yang sudah pupus dan hanya boleh ditemui di pulau ini sahaja.

Ia turut diangkat menjadi tapak warisan oleh Unesco.

2. Pulau Ramree

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di Teluk Bengal, pulau ini mencatakan tragedi buruk sewaktu Perang Dunia Kedua.

Dikatakan seramai 500 askar Jepun dibaham buaya di pulau ini malah, masih banyak buaya yang mendiami habitat itu sehingga hari ini.

3. Palm Island

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Ia merupakan kepulauan buatan manusia yang dibina di perairan Dubai. Dibina sebagai tarikan pelancong, bentuknya kelihatan begitu sempurna.

4. Pulau Easter

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Pulau misteri ini menempatkan 900 batu gergasi yang dikenali sebagai Moai. Ia terkenal kerana ramai yang bingung mengenai misteri dan kisah legenda kewujudan batu-batu itu.

5. Tashirojima

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di tengah-tengah lautan pasifik, jumlah kucing di pulau ini melebihi populasi manusia malah, setiap penghuni mesti memelihara dua ekor kucing kerana ia dianggap sebagai pembawa tuah.

6. Okunoshima

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Digelar 'pulau arnab', ia menjadi habitat haiwan comel itu yang pada mulanya digunakan sebagai bahan uji kaji makmal untuk senjata kimia.

Arnab-arnab yang terselamat membiak dan telah menguasai keseluruhan pulau itu.

7. Hashima

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Merupakan tapak pencarian arang batu, ia menjadi penempatan ramai pelombong suatu ketika dahulu.

Selain ramai yang terbunuh, pulau itu mula ditinggalkan kerana industri minyak mula mengambil alih sumber tenaga negara Jepun.

Kini, ia tidak didiami sesiapa dan menjadi pulau hantu di tengah lautan.

8. Ball's Pyramid

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di lautan Tasman, ia hanya didiami oleh satu spesis serangga yang dikatakan telah pupus sejak tahun 1930.

Selain itu, tiada sebarang penghuni direkodkan di pulau ini.

9. Queimada Grande (Pulau Ular)

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Walaupun namanya kedengaran seperti penyanyi popular Ariana Grande, pulau ini disifatkan sebagai pulau paling berbahaya di dunia.

Terletak berdekatan Sao Paulo, ia menjadi habitat kepada ular-ular berbisa malah, orang awam tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke pulau ini.

Yang paling digeruni tentunya spesis ular Golden Lancehead. Bisanya dikatakan mampu mencairkan daging manusia. Ouch!

10. Pulau Anak Patung

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Sewaktu Julian S. Barrera membina rumah di pulau Xochimilco di Mexico, dia terdengar kisah mengenai roh gadis muda yang menghantui kawasan itu.

Untuk membuang sumpahan, dia menggantung banyak anak patung di pokok-pokok sekitar pulau itu.

Lelaki itu bagaimanapun sudah meninggal dunia dan patung-patung yang ditinggalkan sangat menyeramkan walaupun dilihat pada siang hari.

11. Pulau Tromelin

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Pada tahun 1761, kapal syarikat East India menghantar 142 krew dan 160 hamba ke pulau itu.

200 daripada mereka berjaya tiba ke Pulau Tromelin, namun tidak boleh keluar dari situ melainkan lapan sahaja yang terselamat.

Apa yang mengejutkan, lapan individu berkenaan berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal Perancis setelah 15 tahun terdampar di sana.

12. Poveglia

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Diharamkan kepada orang ramai, pulau yang terletak di Itali ini pernah menjadi zon kuarantin sewaktu era Black Death.

Beribu orang yang sakit telah dibakar di pulau itu. Ia ditinggalkan tanpa penghuni dan ditutup sejak tahun 1968.

13. Pulau Krismas

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Setiap tahun, pulau ini diserang jutaan ketam merah yang datang untuk bertelur. Pulau ini terletak di Australia.

Anda pastinya tidak dapat membayangkan bagaimana pasir pantai yang putih bertukar merah kerana dipenuhi makhluk ini.

14. Gunung berapi Taal

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di tengah-tengah pulau Luzon di Filipina, ia dikelilingi tasik menjadikan ia sebuah pulau di dalam pulau.

15. Pulau terapung di Tasik Titicaca

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Dibina oleh puak Uros dari Incas, pulau ini berketebalan 80 cm sahaja. Ia dibina di atas rakit kayu di tasik itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar


Friday, June 15, 2018

Penemuan Pelik Khasiat ‘Susu’ Lipas

Penemuan Pelik Khasiat ‘Susu’ Lipas

Walaupun kedengaran agak pelik, namun saintis telah mendapati bahawa cecair yang dihasilkan oleh spesies lipas tertentu didapati mengandungi salah satu daripada sumber khasiat terbaik untuk pemakanan seimbang dan tidak mustahil ia boleh menjadi produk komersial suatu hari nanti.

Penemuan Pelik Khasiat ‘Susu’ Lipas

Tidak seperti kebanyakan serangga lain, lipas dari spesies kumbang pasifik adalah bersifat viviparous iaitu lipas betina melahirkan anaknya yang berkembang di dalam tubuh dan bukannya dengan melalui proses bertelur.

Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, saintis yang melakukan ujian terhadap beberapa spesies serangga telah menemui sesuatu yang bersifat luar biasa selepas mendapati terdapat spesies lipas yang mengembangkan embrio dan menetaskan anaknya di dalam tubuh sebelum melahirkannya.

Paling berkhasiat

Malah, lipas betina itu juga didapati memberi anaknya minum sejenis cecair ibarat susu berwarna kuning pucat yang dikeluarkan melalui kulitnya.

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan mendapati, susu lipas mempunyai tiga kali ganda kandungan tenaga berbanding susu lembu, sekali gus menjadikan susu lipas salah satu bahan paling berkhasiat.

Semasa memotong bahagian kulit lipas untuk melakukan kajian, para penyelidik mendapati bahawa cecair yang dihasilkan oleh lipas betina mempunyai bentuk seperti susu yang mempunyai tekstur berkilat seperti kristal dan sedikit melekit.

Kajian menyeluruh yang dijalankan ke atas cecair kristal itu menunjukkan bahawa sumber khasiat yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sumber makanan lengkap terbaik yang terdapat di dunia.

Di dalam susu lipas terkandung sumber khasiat seperti protein, asid amino penting, lipid dan gula, ujar salah seorang saintis yang terlibat dalam kajian itu, Leonard Chavas, kepada agensi berita CNN.

Menurut Chavas lagi, kandungan khasiat yang terkandung di dalam susu lipas tersebut begitu tinggi untuk membantu anak-anak lipas kumbang pasifik membesar dengan cepat, malah saiznya lebih besar berbanding spesies lain.

Bahan berkhasiat itu diekstrak dalam bentuk cecair kristal yang memerlukan embrio di dalam kantung dan terkumpul di bawah lapisan kulit lipas yang nipis.

Proses sukar

Bagaimanapun, proses penghasilan susu lipas itu bukanlah mudah seperti disangka kerana, untuk mendapatkan kira-kira 100 gram susu lipas, sebanyak 1,000 ekor lipas diperlukan untuk mendapat khasiat daripada susunya.

Buat masa ini, saintis cuma mampu untuk menghasilkan bahan yang mengandungi khasiat sama seperti susu lipas dan menghasilkannya dalam bentuk pil.

Saintis juga masih menjalankan kajian menyeluruh dan ingin menghasilkan pengeluaran susu lipas secara besar-besaran.

Secara teorinya, susu lipas boleh digunakan dengan cara menuang sedikit cecair tersebut ke dalam bancuhan kopi.

Bahkan, ia juga boleh digunakan sewaktu mengambil sarapan bijirin pada waktu pagi selain dijadikan perasa tambahan di dalam aiskrim.

Bagaimanapun, timbul persoalan terhadap penghasilan susu lipas tersebut iaitu dari segi rasa dan tahap keselamatannya terhadap manusia.

Dalam satu pendedahan yang diumumkan, Chavas memberitahu bahawa rasa susu lipas tidaklah seburuk seperti yang disangka, namun ia masih berasa tidak sedap yang menurutnya, susu lipas tidak mempunyai rasa tertentu dan sukar untuk menggambarkannya.

Mengenai kesan pengambilannya terhadap manusia, ia bagaimanapun menunjukkan jawapan yang agak rumit.

Menurut ahli biokimia, Subramanian Ramaswamy dari Intitut Biologi Stem Cell dan Perubatan Regeneratif, Bangalore, India pada dasarnya cecair yang dihasilkan oleh lipas itu dilihat tidak mendatangkan apa-apa masalah.

“Bagaimanapun, belum ada bukti saintifik yang menunjukkan perkara tersebut adalah benar,” ujar Subramanian.

Sebelum ini, susu lipas pernah menjadi tajuk berita muka hadapan akhbar dua tahun lalu, dan tidak pernah dilaporkan lagi selepas itu sebelum ia dibangkitkan semula oleh saintis beberapa hari lalu.

Saintis dakwa kandungan khasiat dalam cecair pada badan lipas tiga kali ganda lebih tinggi berbanding susu lembu dan akan dikomersialkan melalui kajian terperinci.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, March 29, 2018

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren Di Eropah!

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren Di Eropah!

Fenomena ribut salji pelik berwarna oren telah dilaporkan berlaku di empat negara Eropah iaitu Rusia, Bulgaria, Ukraine dan Romania, menyebabkan keadaan itu menjadi tular dengan cepat hinggakan ada netizen yang menyamakan ia dengan permukaan Marikh.

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren

Salji oren itu dilaporkan di enam buah resort pelancongan malah ada di beberapa kawasan, salji dilaporkan berwarna coklat.

Disebabkan keadaan pelik itu, sepasukan saintis dari Hydrometeorology and Monitoring of the Black and Azov Seas tiba di resort pelancongan di Sochi untuk mengkaji fenomena luar biasa tersebut

Seorang jurucakapnya memberitahu, kemungkinan ia akibat angin yang meniup pasir dari padang pasir Sahara yang kemudiannya gugur sebagai hujan.

Gambar-gambar salji oren itu kini memenuhi media sosial di Bulgaria, Ukraine dan Romania.

Namun, ia bukan kali pertama fenomena pelik itu berlaku malah pada 2007, salji berwarna oren turun dilaporkan Siberia dan dikatakan dengan ribut pasir di kawasan berhampiran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan



sumber: mynewshub

Monday, March 26, 2018

Anak Lembu Dilahirkan Pelik Menyerupai Manusia Di Indonesia

Anak Lembu Dilahirkan Pelik Menyerupai Manusia Di Indonesia

Kelahiran anak lembu yang didakwa menyerupai manusia telah mencetuskan kekecohan penduduk di Gorontalo, Indonesia, selepas ia menjadi tular di media.

Anak lembu menyerupai manusia

Orang ramai turut berpusu-pusu ke Desa Imana, Kecamatan Atinggola, Gorontalo Utara untuk melihat sendiri makhluk aneh itu.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Septiana berkata, anak lembu itu dilahirkan pada Khamis lalu (22/3/2018) dan berita itu kemudiannya bertukar kecoh kerana mendakwa ia mirip manusia.

"Kepalanya jelas menyerupai manusia. Ia sudah tidak bernyawa ketika dikerumuni orang ramai," ujarnya.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kepala anak lembu itu seakan kepala manusia dengan lidahnya terjulur keluar.

Difahamkan, anak lembu itu mati ketika ia dilahirkan.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Gorontalo, AKBP Wahyu Tri Cahyono mengesahkan bangkai haiwan itu telah ditanam kerana ia mula membusuk.

"Apa yang menghairankan, mata anak lembu itu juga berada pada bahagian depan dan turut mempunyai kening.

"Ia mempunyai otot dan tulang punggungnya seperti tulang pinggul bayi yang berumur antara satu hingga dua minggu.

"Walaupun sudah mati selama dua hari, bangkainya tidak keras atau berbau," jelasnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Anak Lembu Pelik Seiras Wajah Lagenda Rock KISS

sumber: astroawani

Thursday, March 15, 2018

Pokok Pisang Pelik Ada 8 Jantung!

Pokok Pisang Pelik Ada 8 Jantung!

Pokok pisang embun yang dianggap pelik milik seorang penduduk Kampung Gentam, Kuala Pilah menjadi tumpuan orang ramai kerana kelainannya mengeluarkan lapan tandan serta lapan jantung.

Pisang Pelik 8 Jantung

Pemiliknya, Leow Chun Hong, 48, berkata dia menyedari kelainan pada pokok pisang yang ditanam di belakang rumah.

Menurutnya, kelainan pokok pisang yang ditanam sejak dua tahun lalu itu menarik perhatian masyarakat setempat yang tidak putus-putus datang ke rumahnya untuk melihat keadaannya.

“Sebenarnya pokok pisang ini sudah tiga kali berbuah. Kali pertama ia berbuah seperti biasa, tetapi kali kedua dan ketiga ia berbuah dengan mempunyai dua jantung,” katanya.

Menurut Leow, yang anehnya tandan pokok pisang itu keluar di tengah batang pokok sedangkan kebiasaannya ia keluar di bahagian pucuk.

“Saya menganggarkan ada hampir 100 biji pisang daripada semua tandan. Ada beberapa penduduk sudah menempah untuk membeli, namun saya tidak berniat menjualnya.

“Saya tidak berhasrat menebang atau mengambil buahnya, sebaliknya membiarkan dan lihat apa akan terjadi selepas ini,” katanya ketika ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Tuesday, February 20, 2018

Strawberry Pelik Berperisa Nanas

Strawberry Pelik Berperisa Nanas

Buah Strawberry ini sangat unik kerana memiliki rasa seperti nanas, berasal dari Amerika Selatan dan hampir pupus pada tahun 2003, tetapi sempat diselamatkan oleh peladang Belanda.

Strawberry Pelik Perisa Nanas

Pineberry merupakan hybrid buah Fragaria chiloensis dari Amerika Selatan dan Fragaria virginiana dari Amerika Utara.

Buah Pineberry seakan-akan strawberry tetapi berwarna putih dan berbiji merah.

Saiznya sedikit kecil dari strawberry biasa, berukuran antara 15 ke 23 mm.

Pada usia muda, buah ini berwarna hijau dan apabila matang, bertukar warna kepada putih dan menampakkan bijinya yang berwarna merah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Perkataan Nenas Membawa Maksud Yang 'Kotor'

sumber: itufakta

Tuesday, February 13, 2018

'Tuah Jabang' Anak Kambing Pelik Bermata Satu Di Beaufort

'Tuah Jabang' Anak Kambing Pelik Bermata Satu Di Beaufort

Penduduk di Kampung Jabang, Beaufort, Sabah, dikejut dan digemparkan dengan penemuan anak kambing jantan pelik yang dilahirkan bermata satu.

Tuah Jabang anak kambing bermata satu

Menurut pemiliknya, Awang Rosli Mat Taib, 37 tahun, kelahiran kambing yang diberi nama Tuah Jabang itu disedari pada jam 8 malam Jumaat lalu (9/2/2018).

Katanya, ketika itu, dia terdengar bunyi nafas yang kuat dari salah seekor haiwan ternakan di kandang kambing yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

Keganjilan anak kambing dipercayai menghidap sindrom Cyclopia akhirnya terungkai apabila adik iparnya yang sedang memberi makan di kandang berkenaan menemui Tuah Jabang dalam keadaan lemah.

"Kami dikejutkan dengan kehadiran haiwan istimewa itu di mana salah seekor anak kambing jantan berkenaan dipercayai hanya bermata satu.

"Saya kemudiannya meluru membuat pemeriksaan, lalu ia ternyata benar.

"Keadaan anak kambing ini sedikit lemah memandangkan mulutnya kecil dan terpaksa meminum susu dengan menggunakan picagari sahaja," katanya ketika ditemui di kampung itu.

Menurut Awang Rosli, dia akan membawa anak kambing berkenaan ke Jabatan Haiwan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti tahap kesihatan haiwan itu.

Kambing seberat 1.2 kilogram itu berada dalam keadaan sihat meskipun memiliki fizikal yang unik.

Awang Rosli yang berpengalaman selama lapan tahun membela kambing turut memberitahu, kelahiran haiwan unik itu merupakan pertama kali berlaku di kampung berkenaan.

BACA INI JUGA: Pelik! Kambing Bersahabat Dan Berlagak Seperti Anjing

sumber: astroawani