Tuesday, February 13, 2018

'Tuah Jabang' Anak Kambing Pelik Bermata Satu Di Beaufort


Penduduk di Kampung Jabang, Beaufort, Sabah, dikejut dan digemparkan dengan penemuan anak kambing jantan pelik yang dilahirkan bermata satu.

Tuah Jabang anak kambing bermata satu

Menurut pemiliknya, Awang Rosli Mat Taib, 37 tahun, kelahiran kambing yang diberi nama Tuah Jabang itu disedari pada jam 8 malam Jumaat lalu (9/2/2018).

Katanya, ketika itu, dia terdengar bunyi nafas yang kuat dari salah seekor haiwan ternakan di kandang kambing yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

Keganjilan anak kambing dipercayai menghidap sindrom Cyclopia akhirnya terungkai apabila adik iparnya yang sedang memberi makan di kandang berkenaan menemui Tuah Jabang dalam keadaan lemah.

"Kami dikejutkan dengan kehadiran haiwan istimewa itu di mana salah seekor anak kambing jantan berkenaan dipercayai hanya bermata satu.

"Saya kemudiannya meluru membuat pemeriksaan, lalu ia ternyata benar.

"Keadaan anak kambing ini sedikit lemah memandangkan mulutnya kecil dan terpaksa meminum susu dengan menggunakan picagari sahaja," katanya ketika ditemui di kampung itu.

Menurut Awang Rosli, dia akan membawa anak kambing berkenaan ke Jabatan Haiwan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti tahap kesihatan haiwan itu.

Kambing seberat 1.2 kilogram itu berada dalam keadaan sihat meskipun memiliki fizikal yang unik.

Awang Rosli yang berpengalaman selama lapan tahun membela kambing turut memberitahu, kelahiran haiwan unik itu merupakan pertama kali berlaku di kampung berkenaan.

BACA INI JUGA: Pelik! Kambing Bersahabat Dan Berlagak Seperti Anjing

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon