Thursday, March 29, 2018

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren Di Eropah!


Fenomena ribut salji pelik berwarna oren telah dilaporkan berlaku di empat negara Eropah iaitu Rusia, Bulgaria, Ukraine dan Romania, menyebabkan keadaan itu menjadi tular dengan cepat hinggakan ada netizen yang menyamakan ia dengan permukaan Marikh.

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren

Salji oren itu dilaporkan di enam buah resort pelancongan malah ada di beberapa kawasan, salji dilaporkan berwarna coklat.

Disebabkan keadaan pelik itu, sepasukan saintis dari Hydrometeorology and Monitoring of the Black and Azov Seas tiba di resort pelancongan di Sochi untuk mengkaji fenomena luar biasa tersebut

Seorang jurucakapnya memberitahu, kemungkinan ia akibat angin yang meniup pasir dari padang pasir Sahara yang kemudiannya gugur sebagai hujan.

Gambar-gambar salji oren itu kini memenuhi media sosial di Bulgaria, Ukraine dan Romania.

Namun, ia bukan kali pertama fenomena pelik itu berlaku malah pada 2007, salji berwarna oren turun dilaporkan Siberia dan dikatakan dengan ribut pasir di kawasan berhampiran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan



sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon