Thursday, March 15, 2018

Pokok Pisang Pelik Ada 8 Jantung!


Pokok pisang embun yang dianggap pelik milik seorang penduduk Kampung Gentam, Kuala Pilah menjadi tumpuan orang ramai kerana kelainannya mengeluarkan lapan tandan serta lapan jantung.

Pisang Pelik 8 Jantung

Pemiliknya, Leow Chun Hong, 48, berkata dia menyedari kelainan pada pokok pisang yang ditanam di belakang rumah.

Menurutnya, kelainan pokok pisang yang ditanam sejak dua tahun lalu itu menarik perhatian masyarakat setempat yang tidak putus-putus datang ke rumahnya untuk melihat keadaannya.

“Sebenarnya pokok pisang ini sudah tiga kali berbuah. Kali pertama ia berbuah seperti biasa, tetapi kali kedua dan ketiga ia berbuah dengan mempunyai dua jantung,” katanya.

Menurut Leow, yang anehnya tandan pokok pisang itu keluar di tengah batang pokok sedangkan kebiasaannya ia keluar di bahagian pucuk.

“Saya menganggarkan ada hampir 100 biji pisang daripada semua tandan. Ada beberapa penduduk sudah menempah untuk membeli, namun saya tidak berniat menjualnya.

“Saya tidak berhasrat menebang atau mengambil buahnya, sebaliknya membiarkan dan lihat apa akan terjadi selepas ini,” katanya ketika ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon