Tuesday, January 09, 2018

Wanita AS Bakal Kahwini Permainan Tetris!

Wanita AS Bakal Kahwini Permainan Tetris!

Seorang wanita dari Florida, Amerika Syarika (AS) mendakwa dia menemui ‘cinta sejatinya’ dengan permainan Tetris dan merancang untuk mengahwininya.

Wanita AS Bakal Kahwini Permainan Tetris!

Noorul Mahjabeen Hassan yang mahu dikenali sebagai Fractal Tetris Huracan, 20, berkata dia ‘menjalin hubungan’ dengan permainan Tetris sejak 2016.

Buktinya, dia menghabiskan masa 12 jam sehari bersama permainan terbabit.

Bagaimanapun katanya, ia bukanlah cinta pertamanya memandangkan sebelum ini pernah jatuh cinta dengan kalkulator yang dia namakan sebagai Pierre De Fermat, sempena nama seorang ahli matematik.

“Ketika jatuh cinta dengan Pierre, saya mempunyai tarikan yang kuat terhadap matematik dan keinginan kepada geometri,” katanya.

Biarpun hubungan peliknya itu sering mengundang komen buruk daripada orang lain namun dia berharap ia akan mengurangkan rasa malunya terhadap masalah tarikan seksual terhadap objek (objectum sexuality).

“Saya tidak merosakkan apa-apa atau mencederakan sesiapa. Apa isunya? Mereka merasakan ia pelik tetapi tidak boleh memberikan satu alasan paling baik mengapa saya tidak patut bercinta dengan Tetris,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Perkahwinan Pelik Aaron Chervenak Pilih iPhone Sebagai Isteri!

sumber: hmetro

Saturday, January 06, 2018

Wanita Di India Lahirkan Bayi Pelik Ikan Duyung

Wanita Di India Lahirkan Bayi Pelik Ikan Duyung

Seorang wanita di India berusia 23 tahun tergamam selepas melahirkan seorang bayi dengan kedua-dua kakinya bercantum seperti legenda ikan duyung.

Wanita Di India Lahirkan Bayi Pelik Ikan Duyung

Muskura Bibi, bayi yang tidak diketahui jantina itu bagaimanapun meninggal dunia selepas beberapa jam dilahirkan di Hospital Chittaranjan Deva Sadan, Kolkata, timur India pada awal bulan Disember 2017 lalu.

Bayi malang itu dipercayai menghidap sejenis kecacatan dikenali sebagai sirenomelia atau sindrom ikan duyung menyebabkan jantinanya tidak dapat disahkan ekoran tulang pelvis tidak tumbuh dengan sempurna.

Muskura dikatakan tidak mampu membiayai kos ujian imbasan sepanjang tempoh kehamilannya menyebabkan dia tidak mengetahui mengenai keadaan fizikal anaknya itu semasa mengandung.

“Peredaran darah tidak lancar selain kekurangan zat makanan yang diterima bayi itu daripada ibunya menyumbang kepada kecacatan sindrom ikan duyung,” kata pakar kanak-kanak di hospital itu, Dr. Sudip Saha.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Ikan Duyung 'The Kaaiman'

sumber: kosmo

Tuesday, December 19, 2017

10 Adat Pelik Perkahwinan Di Seluruh Dunia

10 Adat Pelik Perkahwinan Di Seluruh Dunia

Jika di Malaysia, adat merisik, bersanding dan berinai atau adat di mana pengantin lelaki perlu memberi ‘duit tol’ sebelum bertemu pengantin perempuan semasa perkahwinan adalah suatu yang biasa diamalkan.

10 Adat Pelik Perkahwinan Di Seluruh Dunia

Mungkin ramai yang menganggap adat seperti itu sesuatu yang pelik, namun sebenarnya terdapat adat pelik perkahwinan yang diamalkan di seluruh pelosok dunia.

Antara adat pelik perkahwinan di dunia yang disenaraikan laman web Lifebuzz adalah;

1. Tradisi memberi gigi ikan paus

Di Fiji, seorang lelaki perlu memberi hadiah luar biasa kepada keluarga bakal isterinya sebelum ibu bapa wanita membenarkan anak mereka berkahwin, antaranya seperti memberi gigi ikan paus kepada bapa pengantin perempuan.

2. Bakal pengantin dibaling sisa makanan

Di Scotland, terdapat tradisi sebelum perkahwinan iaitu bakal pengantin lelaki dan perempuan dibaling sampah termasuk sisa makanan, ikan ataupun telur busuk.

Adalah dipercayai, jika pasangan itu dapat bertahan, perkahwinan itu akan berkekalan dan mampu menghadapi segala cabaran.

3. Cinta dan Hati ayam

Di China pula, tradisi pelik yang diamalkan sebelum berkahwin adalah, setiap pasangan perlu mengambil ayam dan kemudian memeriksa sama ada hati ayam tersebut sihat atau tidak.

Jika hati ayam tersebut sihat, barulah pasangan itu boleh menetapkan tarikh perkahwinan namun jika sebaliknya, pasangan itu perlu mencari ayam yang mempunyai hati sihat sehingga ditemui.

4. Lagi gemuk lagi cantik

Di Mauritania, pengantin perempuan yang mempunyai badan besar digambarkan sebagai bernasib baik dan melambangkan kemewahan dalam perkahwinan.

Wanita dipaksa makan untuk menjadi gemuk menjelang perkahwinan, namun budaya ini dilihat memberi masalah kesihatan yang tidak berkesudahan kepada wanita itu.

5. Culik pengantin

Sementara itu, di Krygyzstan, pengantin lelaki akan menculik wanita yang ingin dikahwininya.

Pepatah lama mendakwa bahawa air mata pada hari perkahwinan akan membuat perkahwinan itu bahagia.

Sehingga tahun 1991 (apabila ia akhirnya diharamkan) ramai ibu bapa akan bersetuju dengan perkahwinan seorang gadis muda yang diculik, terutamanya jika dia menangis.

6. Berkahwin dengan pokok

Di beberapa kawasan di India, masyarakat percaya kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dalam tempoh astrologi yang tertentu akan dicemuh dan jika dia berkahwin akan menyebabkan kematian suaminya lebih awal.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghilangkan sumpahan itu adalah wanita tersebut perlu dikahwinkan dengan pokok terlebih dahulu kemudian menebang pokok berkenaan.

7. Hadiah sudu

Di Wales, ia adalah perkara biasa untuk seorang lelaki menghadiahkan kekasih baharunya dengan sudu yang diukir kerana ia melambangkan lelaki itu tidak akan membenarkan pasangannya lapar.

8. Dilarang keluar

Satu suku kaum di Borneo tidak membenarkan pasangan pengantin untuk meninggalkan rumah mereka selama beberapa hari semasa majlis perkahwinan walaupun untuk ke tandas. Ia dipercayai membawa tuah kepada pasangan itu.

9. Dipaksa menangis

Bagi masyarakat Tujian di China pula, bakal pengantin dikehendaki menangis selama satu jam setiap hari selama sebulan sebelum majlis perkahwinan, malah keluarga wanita itu turut digalakkan untuk menangis.

10. Minum dalam replika mangkuk tandas

Di Perancis, tradisi lama yang meminta pasangan pengantin minum minuman lebihan daripada majlis perkahwinan mereka dalam replika mangkuk tandas.

Namun tradisi itu kini tidak lagi diamalkan pasangan di Perancis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis

sumber: tv14

Sunday, December 03, 2017

'Bellerina Orchid' Bunga Orkid Pelik Menyerupai Penari Balet!

'Bellerina Orchid' Bunga Orkid Pelik Menyerupai Penari Balet!

Dibahagian barat negara Australia wujud sejenis spesis bunga orkid yang berbentuk seperti penari balet yang tumbuh meliar di kawasan sekitar Lake Grace and Pingrup, Perth.

'Bellerina Orchid' Bunga Orkid Pelik Menyerupai Penari Balet!

Bunga orkid pelik ini adalah sejenis tumbuhan berbunga daripada spesis Caladenia Melanoma yang jarang ditemui.

Bellerina Orchid mampu hidup dikawasan berpasir putih, tanah liat atau berhampiran tasik bergaram.

Orkid ini dianggap pelik kerana memiliki bentuk kelopak bunga seperti seorang wanita yang sedang menari sehingga sesetengah orang menggelarnya Orchid Ballet.

Menurut kajian, bunga orkid ini berbentuk pelik mungkin terjadi akibat tindak balas yang berlaku antara sel-sel fisiologi pokok.

Bunga orkid ganjil ini selalunya mengambil masa dua minggu untuk melalui proses pendebungaan, namun jika suhu persekitaran tinggi, proses tersebut akan berlaku lebih pantas.

Orkid Balet biasanya akan tumbuh secara tunggal atau berkelompok, mempunyai daun berwarna hijau pudar dan kira-kira 12 sentimeter lebar.

Manakala bahagian bunga pula berbentuk 'spike' atau pacak sehingga 15 sentimeter tinggi.

Orkid Balet akan mengeluarkan bunga pada bulan Ogos sehingga September setiap tahun.

Selain berbentuk unik, Orkid Balet juga diklasifikasikan sebagai tumbuhan herba dan hidup lebih lama berbanding bunga orkid lain.

Malangnya, bunga Orkid Balet diancam kepupusan akibat musim kemarau, ancaman serangga perosak dan haiwan ternakan.

Berdasarkan rekod pada tahun 2010, populasi Orkid Balet berjumlah 2,269 pokok, penurunan 40 peratus berbanding 4,000-5,000 pokok pada tahun 2007.

Pada tahun 2011 yang lalu, kerajaan Australia telah melancarkan satu projek pemulihan iaitu Wheatbelt Orchid Rescue Project untuk melindungi spesis orkid pelik ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pelik! Bunga Menyerupai Wajah Monyet!

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, November 14, 2017

'Nama Saya Salji, Orang Panggil Snow'

'Nama Saya Salji, Orang Panggil Snow'

"Mungkin sebab orang tua dulu minat tonton cerita Hindustan dan suka tengok babak (pelakon) main-main atas salji,” kata seorang pesara tentera dari Taman Barakah, dekat Tanah Merah, apabila ditanya tentang namanya.

'Nama Saya Salji, Orang Panggil Snow'

Salji Mat Nor, 57, berkata, itu hanya telahannya kerana tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bertanyakan kepada kedua orang tuanya sebab dia diberikan nama tersebut.

Katanya, mungkin disebabkan nama itu tidak pernah memberi ‘masalah’ atau menyulitkan hidupnya, dia tidak terfikir untuk bertanyakan mengapa namanya diberi begitu.

“Masa di bangku sekolah pun biasa saja, tak ada rakan-rakan ejek nama saya.

"Cuma waktu itu, saya dikenali dengan nama panggilan ‘Snow’, sampailah sekarang, ada lagi panggil saya Pak Snow,” katanya.

Menurutnya, apabila menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1981, dia dipanggil dengan nama sebenar walaupun ada dalam kalangan rakan dan pegawai batasannya pelik dengan nama tersebut.

“Masa dalam tentera pun, saya dipanggil dengan nama biasa (Salji)...tak ada gelaran apa-apa cuma ada yang pelik dengan nama ini termasuk orang atasan,” katanya.

Tambahnya, sebagai anggota tentera, dia memulakan latihan di 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (7 Skn RAJD), Kluang sebelum berkhidmat di 6 Skn RAJD di Taiping selama 10 tahun.

“Saya kemudian digerakkan ke Kem Penrissen di Kuching pada 1990 sebelum balik ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas pada 1998 dan bersara empat tahun kemudian dalam 7 Skn RAJD,” ujarnya.

Anak kepada pasangan Mi Kheltum Daud dan Mat Nor Che Bakar itu berkata, kenangan dipanggil snow kembali menggamit memori apabila dia aktif dalam kelab radio amatur selepas bersara.

“Sebagai pengendali yang ada lesen B Peperiksaan Radio Amatur (RAE), saya diberi callsign iaitu nine w two (9w2) sierra, November, omega atau SNO, sama sebutan dengan snow,” katanya.

'Nama Saya Salji, Orang Panggil Snow'

Salji memberitahu, dalam kalangan lima adik-beradiknya termasuk seorang yang sudah meninggal dunia, dia satu-satunya yang diberikan nama lain dari yang lain.

“Mohd Zaki, Zaitun, Zarina dan Saripah (arwah)...ini nama adik-beradik saya, semuanya nama biasa, tak ada yang pelik,” katanya.

Tegasnya, walaupun tidak mempunyai masalah dengan nama unik atau pelik, dia meletakkan nama yang mempunyai maksud yang indah kepada lima anaknya.

“Anak-anak saya letak nama Noorulhajar, Nur Natasya, Muhammad Syafiq, Muhammad Shazwin dan Muhammad Syariem Haiqaf.

“Mungkin ada yang perasan nama pengadil Fifa yang jadi pengadil kedua masa final Piala Presiden tahun ini antara Selangor dan Terengganu, Muhammad Syafiq Salji, itu anak saya,” jelasnya.

Salji kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Taman Barakah dan juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nama Paling Unik Di Malaysia, Viva anak Proton Saga!

sumber: sinarharian

Saturday, November 11, 2017

Sindrom Pelik Trichotillomania Cabut Rambut Sendiri Sampai Botak!

Sindrom Pelik Trichotillomania Cabut Rambut Sendiri Sampai Botak!

Sayu hati Kerry Shearer, 35, tatkala melihat rambut botak anak bongsunya. Walaupun pada mulanya dia mengakui agak keberatan untuk membotakkan kepala Isla Shearer, namun demi kebaikan kanak-kanak berumur dua tahun itu, dia terpaksa akur.

Sindrom Pelik Trichotillomania Cabut Rambut Sendiri Sampai Botak!

Menurut Kerry, Isla didiagnosis dengan penyakit trichotillomania iaitu satu keadaan gangguan kawalan impuls yang mana penderita terasa mahu mencabut rambut sendiri.

Biasanya, kelakuan tersebut didorong oleh perasaan gelisah dan cemas yang keterlaluan dalam diri individu berkenaan.

Disebabkan tidak mahu Isla berterusan mencabut rambutnya sendiri, Kerry dan suaminya mengambil keputusan nekad untuk membotakkan kepala anaknya itu.

“Isla memiliki rambut yang sangat cantik. Ramai yang memuji rambut perang kerinting yang dimilikinya itu.

“Saya berasa sangat janggal kali pertama melihatnya dalam keadaan botak.

“Bagaimanapun, saya tiada pilihan kerana itu merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada buat masa ini. Jika tidak, Isla mungkin akan berterusan menarik rambutnya,” jelas Kerry.

Kawalan impuls

Menurutnya, dia mula mengesan penyakit yang dihidapi Isla selepas seorang kenalan menegur mengenai perbuatan menarik rambut yang dilakukan oleh anaknya.

“Sebenarnya sejak berumur lapan bulan, saya perasan Isla begitu gemar menarik rambutnya.

“Perbuatan tersebut bagaimanapun kerap dilakukan ketika dia ingin tidur dan boleh dikatakan ia menjadi tabiat wajib Isla.

"Biarpun begitu, saya tidak menyangka sebarang perkara aneh atau menganggapnya sebagai penyakit. Sebaliknya, saya berasakan perbuatan tersebut sangat comel.

“Kebetulan, satu hari, saya memuat naik video Isla yang sedang menarik-narik rambut di laman sosial.

“Selang beberapa hari, seorang kenalan menghantar mesej kepada saya dan menyarankan agar memerhatikan tingkah laku Isla dengan lebih kerap.

"Katanya, Isla mungkin menghidap penyakit trichotillomania sama seperti anaknya,” jelas Kerry.

Bermula daripada saat itu, Kerry dan suami mula memantau kelakuan Isla.

“Saya begitu terperanjat apabila mendapati Isla mengulangi tabiat tersebut hampir setiap jam.

“Lebih membimbangkan apabila Isla bukan sekadar menarik rambut, tetapi dia turut menggulung helaian rambut tersebut dengan jarinya sebelum memasukkan ke dalam mulut.

“Luluh hati saya apabila mengenangkan anak yang ceria ini sebenarnya menghidap penyakit gangguan kawalan impuls,” jelasnya.

Tambah Kerry, disebabkan tidak mahu perkara buruk terjadi kepada anaknya, dia mengambil keputusan untuk membotakkan kepada Isla dengan harapan tabiat tersebut dapat dihentikan secara semula jadi dengan kadar segera.

Bagaimanapun, sangkaan Kerry meleset sama sekali.

Ini kerana, Isla kini menjadikan rambut Kerry dan dua anak perempuannya yang lain sebagai mangsa.

“Minggu pertama rambutnya dipotong, Isla kelihatan baik-baik sahaja. Sangka saya, dia sudah sembuh daripada penyakit trichotillomania yang dihidapinya itu.

“Bagaimanapun, ketika memasuki minggu kedua, dia mula menarik rambut saya dan dua orang kakaknya. Walaupun dilarang, Isla tetap tidak mengendahkan kami,” jelasnya.

Pakar pediatrik

Sindrom Pelik Trichotillomania Cabut Rambut Sendiri Sampai Botak!

Cerita Kerry, disebabkan tabiat tersebut tidak dapat dihentikan, dia meletakkan minyak pada rambut anaknya itu bagi menyukarkan Isla untuk menarik helaian rambutnya.

“Bagaimanapun, telahan saya sekali lagi meleset apabila Isla tetap menarik rambutnya sama seperti sebelum ini. Bagi memulihkan penyakitnya itu, saya merujuk Isla kepada pakar pediatrik,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut pakar neurologi di Kolej Perubatan South Florida, Amerika Syarikat, Dr. Heidi Moawad, trichotillomania merupakan sejenis penyakit yang berlaku disebab­kan oleh gangguan kawalan impuls.

“Keinginan untuk menarik rambut berlaku disebabkan oleh kegagalan isyarat otak berfungsi dengan baik.

“Keadaan tersebut mencetuskan rasa kegelisahan dan cemas sehingga mereka cenderung untuk menarik rambut sendiri.

“Bagi penghidap trichotillomania, menarik rambut merupakan salah satu cara untuk mewujudkan rasa lega selain melahirkan kepuasan,” jelasnya.

Penyakit tersebut bagaimanapun boleh dirawat menggunakan terapi dengan menukar tabiat buruk yang lazimnya dilakukan kepada sesuatu yang tidak berbahaya seperti melakukan aktiviti luar seperti beriadah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?

sumber: kosmo

Wednesday, November 01, 2017

Kejadian Pelik Gadis Tertidur Selama 12 Hari Di Indonesia

Kejadian Pelik Gadis Tertidur Selama 12 Hari Di Indonesia

Seorang budak perempuan berusia 14 tahun mengejutkan doktor di bandar ini selepas dia tidur selama 12 hari.

Siti Raisa Miranda

Siti Raisa Miranda dilaporkan tidur di rumahnya pada 11 Oktober lalu selepas mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di sekolahnya tetapi hanya terjaga pada 22 Oktober 2017 lalu.

Bapanya, Mulyadi memberitahu, selepas Siti Raisa tidak terjaga daripada tidur dia membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, doktor memberitahu keadaan anak saya normal dan dia tidak mengalami sebarang penyakit,” katanya.

Menurutnya, pada pagi Ahad sebelumnya, Siti Raisa membuang air kecil di atas katil dan isterinya memapah gadis itu ke bilik air untuk dimandikan.

“Selepas mandi Siti Raisa tiba-tiba membuka mata tetapi dia kelihatan masih bingung dan tidak banyak bercakap atau bergerak.

“Siti Raisa juga kelihatan lemah dan lebih suka berbaring di katil serta tidak bertindak balas dengan keadaan sekeliling,” jelasnya.

Katanya, doktor memberitahu Siti Raisa mungkin menghidap sindrom ‘Puteri Tidur’ yang menyebabkan seseorang itu tidur untuk jangka masa yang lama.

“Doktor memberitahu punca sindrom itu tidak diketahui dan keadaan anak saya dijangka akan pulih seperti biasa,” katanya.

Pelik kan?

BACA INI JUGA: Saintis Bingung Selepas Kanak-kanak Tertidur Selama 11 Hari

sumber: hmetro

Thursday, October 26, 2017

Saintis Bingung Selepas Kanak-kanak Tertidur Selama 11 Hari

Saintis Bingung Selepas Kanak-kanak Tertidur Selama 11 Hari

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun membuatkan pakar perubatan bingung selepas dia tidur selama 11 hari. Wyatt Shaw yang berasal dari Elizabethtown, Kentucky baru bangun daripada tidur yang panjang itu dan dia menghadapi kesukaran bercakap dan bergerak.

Wyatt Shaw

Ibunya Shaw, Amy Thompson berkata, anaknya tidur seperti biasa selepas menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya.

Katanya, pada waktu pagi, dia mengejutkan Shaw namun dia tidak bangun dan hanya membuka sedikit mata sebelum tidur semula.

“Saya memegang badannya dan memanggil namanya beberapa kali dan dia tidur semula. Ia sangat menakutkan,” katanya.

Kerana bimbang sesuatu yang buruk, Amy membawa anaknya berjumpa doktor sebelum budak itu dirujuk ke Hospital Kanak-Kanak Norton di Louisville di mana dia tidur selama 10 hari.

Selepas membuat beberapa ujian doktor mendapati Shaw bebas daripada sebarang penyakit atau jangkitan kuman atau virus.

“Doktor percaya Shaw mungkin mengalami sedikit gangguan di otaknya yang menyebabkan dia terus tidur,” jelasnya.

Doktor kemudiannya menggunakan ubat baru bagi merawat sawan untuk membangunkan Shaw dan selepas 11 hari kanak-kanak itu akhirnya terjaga.

Shaw pada mulanya tidak boleh bercakap atau bergerak tetapi selepas mendapat rawatan kanak-kanak itu semakin pulih.

Penyakit pelik!

BACA INI JUGA: Aneh! Penyakit Tiba-tiba Tertidur Yang Tiada Ubatnya

sumber: hmetro

Sunday, October 15, 2017

Pelik! Warna Boleh Di Kenali Melalui Pendengaran?

Pelik! Warna Boleh Di Kenali Melalui Pendengaran?

Pernahkah kita terfikir yang warna juga boleh di dengar selain dilihat? Dan kerana fakta itulah, seorang artis yang buta warna, Neil Harbisson yang telah bertahun-tahun mencari penyelesaian untuk masalah dihadapi akhirnya menemui jawapan.

Neil Harbisson

Selama 10 tahun, Neil telah memakai mata elektronik luar yang dapat mengesan frekuensi warna yang berada di hadapan dan menukarkannya kepada getaran bunyi untuk membolehkan Neil mengenal pasti warna tersebut.

Usaha itu juga tidak berakhir di situ apabila Neil meyakinkan doktor untuk membuat implan chip di dalam kepalanya untuk memberikan dia kelebihan mengenal pasti warna itu.

Idea itu muncul apabila Neil bertemu Adam Montandon, seorang saintis komputer dari Kolej Seni Dartington pada tahun 2003.

Bersama-sama, mereka mencipta alat yang dapat membantu Neil mengingati semua frekuensi warna.

Implan antena itu membolehkan Neil mengenal pasti pelbagai imej, lukisan dan muka yang berbeza, malah dia boleh mendengar warna yang mata manusia tidak boleh tafsirkan seperti ultra ungu dan infra merah.

Hebat kan?

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, September 27, 2017

Terapi Pelik Lubang Kubur Buang Sial Wanita Janda

Terapi Pelik Lubang Kubur Buang Sial Wanita Janda

Ada sejenis rawatan pelik oleh masyarakat di China iaitu terapi membuang 'sial' atau 'meditasi kubur' (grave meditation) bagi wanita yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan.

Terapi kubur janda

Walaupun dianggap pelik dan dianggap haram dalam Islam, ia merupakan kepercayaan mereka untuk mengusir malang yang dimaksudkan.

Kegagalan dalam perkahwinan bukanlah bermakna seseorang itu membawa sial atau malang namun, jodoh dan persefahaman yang tidak lagi wujud di dalam hubungan yang terjalin.

Di Chongqing, China, rawatan yang dikenali sebagai meditasi kubur menjadi salah satu alternatif bagi golongan janda untuk menghalau 'sial' yang dipercayai ada di dalam tubuh mereka.

Mereka juga percaya kaedah ini mampu mengusir hantu yang menjadi punca keretakan rumah tangga.

Rawatan ini dijalankan dengan menggali lubang seperti kubur yang dikorek sekadar untuk memuatkan saiz badan wanita dewasa.

Selepas itu, wanita yang menjalani rawatan akan berbaring di dalam lubang kubur dilapisi plastik dan diminta menenangkan diri secara senyap.

Dalam keadaan mata terpejam dan kedudukan tangan diletakkan pada paras dada, mereka dibiarkan melalui tempoh meditasi untuk beberapa ketika.

Terapi kubur janda

Kaedah ini dipercayai dapat membantu untuk mengingatkan tentang kehidupan yang singkat di dunia dan menghargai hidup sementara masih bernyawa.

Wanita-wanita janda ini perlu melupakan masa lampau meskipun pernah mengalami kekecewaan yang amat menyakitkan serta mengingatkan bahawa masih banyak perkara yang boleh dan perlu dilakukan bagi memulakan hidup baru.

Wanita yang menjalani terapi pelik ini akan diminta untuk menjerit sekuat hati. Jeritan yang dilepaskan bersama-sama dengan tangisan bagi meluahkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Mereka juga akan menceritakan masalah dan tekanan yang dihadapi ketika sesi meluahkan perasaan yang bukan hanya menimbulkan kesedihan terhadap individu, malah wanita lain yang menyertai terapi tersebut.

Rawatan pelik ini sebenarnya lebih disifatkan sebagai berkongsi perasaan bagi meringankan beban perasaan seseorang.

Walaupun tiada sebarang bantuan dalam bentuk kewangan, sokongan emosi akan menyuntik semangat baru terhadap wanita-wanita ini.

Bagi pengasas rawatan terapi kubur ini, Liu Taijie, dia berjaya bangkit untuk memulakan semula perniagaan yang pernah gagal suatu ketika dahulu.

Terapi kubur janda
Pengasas, Liu Taijie (kanan).

Kini, dia mampu berdiri semula dan meninggalkan detik hitam yang pernah berlaku pada masa lampau.

Rawatan dan kelas ini diadakan secara percuma bagi wanita janda yang memerlukannya.

Walau bagaimanapun, rawatan pelik ini bukan sahaja dihadiri oleh wanita berstatus janda, malah turut dihadiri wanita bujang.

Terapi pelik buang 'sial' ini semakin popular dan menjadi rujukan wanita-wanita yang mengalami tekanan.

BACA INI JUGA: Perbezaan Antara Dara Dan Janda

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, September 20, 2017

Nama Pelik 'Siti Mula' Dan 'Siti Jadi'

Nama Pelik 'Siti Mula' Dan 'Siti Jadi'

"Mak bagi nama lain, pak pi buh (daftar) nama lain." Itu reaksi Siti Mula Senik, 60, dari Kampung Batu Besar, Sik ketika berkongsi mengenai sejarah nama unik diberikan arwah ayah kepadanya dan dua adik yang lain.

Siti Mula.

Berkongsi kisah, Siti Mula berkata, timbul pergeseran antara arwah ibu dan ayahnya ketika nama itu diberikan.

“Arwah ibu, Che Dah Jaafar sebenarnya cadangkan arwah ayah, Senik Wan Ismail letakkan nama saya sebagai Siti Melor.

“Tapi bila pi daftar dekat pejabat pendaftaran, pak letak nama Siti Mula. Dari cerita arwah ibu, mereka berdua bertikam lidah sebab nama Siti Mula,” katanya.

Menurutnya, arwah ayahnya mempunyai alasan tersendiri terhadap nama tersebut.

“Mak bagitau, pak saya pilih nama ni sebab senang nak panggil. Tapi nama saya akhirnya dipanggil sebagai 'Murah' dalam kalangan keluarga.

“Murah pun cadangan ayah, dia kata dekat mak kalau tak mau panggil nama Siti Mula panggil nama Murah saja,” katanya.

Tambah Siti Mula, peristiwa sama berulang apabila adik kedua Mat Dali, 58, dan adik bongsu, Siti Jadi, 56, dilahirkan.

“Adik kedua dan adik bongsu pun pak tukar nama. Mak bagi nama lain, dia daftar nama lain.

“Nama adik kedua mak letak Zakaria, tapi ayah daftar Mat Dali, nama adik bongsu mak letak Che Gayah pak daftar dengan nama Siti Jadi,” katanya.

Menurutnya, timbul pertelingkahan selepas ayahnya mendaftarkan nama adik-adiknya, namun lama kelamaan ibunya terpaksa akur dengan nama mereka bertiga.

Tak pernah rasa janggal

Siti Mula berkata, namanya diletak sebagai Siti Mula mungkin kerana masalah mental dihadapi bapanya.

“Pak bukannya gila, cuma kadang-kadang fikirannya tidak waras. Waktu hayatnya, arwah pernah dihantar ke Tanjung Rambutan.

“Mungkin waktu nak pi daftar nama saya fikirannya terganggu. Sampai hari ni kami sekeluarga tak tahu sebab apa nama saya diberi Siti Mula,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah berasa janggal dengan nama diberi.

“Kawan-kawan di sekolah atau di kampung pun tak pernah usik nama saya. Sebab tu tak rasa pelik sangat,” katanya yang mempunyai dua anak.

Sementara itu, Mat Dali berkata, baginya nama diberikan itu mudah dikenali masyarakat.

“Nampak macam pelik, tapi sebenarnya orang lain mudah ingat dan mudah kenal,” katanya.

Serik nak pergi sekolah

Bagaimanapun, lain pula cerita Siti Jadi yang mendakwa sering diusik rakan dan guru ketika di sekolah.

“Di sekolah, kawan-kawan selalu usik dengan nama 'Jadi-jadi'. Dulu makcik cukup tak suka dengan nama tu.

“Cikgu pun panggil dengan nama Siti Jadi. Kalau jalan dengan kakak di sekolah lagi la kena usik. Nanti mesti kawan-kawan kata 'dah mula lepas tu jadi'.

“Makcik memang marah sangat bila orang ejek. Memang kena kejar siapa-siapa yang ejek makcik," katanya.

Menurutnya, akibat tidak tahan diejek, dia hanya bersekolah setakat darjah dua sahaja.

“Tak tahan sangat kena ejek, makcik tak mau pi sekolah lagi. Mak angkat suruh pi pun makcik degil tak mau pi,” katanya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tupai.

Tak tahu nama sebenar

Siti Jadi
Siti Jadi.

Siti Jadi yang digelar Che Gayah sejak kecil hanya mengetahui nama sebenarnya pada usia 12 tahun daripada ibu angkat.

“Menurut cerita mak angkat, selepas tiga hari dilahirkan, makcik diserahkan pada keluarga angkat. Dari kecil hinggalah besar, mak angkat panggil dengan nama Che Gayah.

“Rupanya bila umur lebih kurang 12 tahun, baru makcik dapat tau kenapa orang ejek 'Jadi', rupanya nama sendiri,” katanya.

Menurutnya, nama itu lama kelamaan dapat diterima dengan hati terbuka.

“Lama-lama tu makcik reda jelah dengan nama tu, tapi tu pun bila besar ada lagi yang mengusik. Kalau pi kedai tauke kata “kira jadi ambil barang ni”?.

“Pengurus Felcra tempat makcik kerja menoreh pada 1989 sampai 2001 pun panggil nama makcik Jadi.

"Dah suruh panggil Gayah pun tetap nak panggil Jadi,” katanya yang kini tinggal di Kampung Baru Sri Dacing bersama suami dan dikurniakan enam anak berusia 16 hingga 35 tahun.

Jiran takut nak tanya

Jiran, Rodziah Hashim, 55, pula berkata, dia suka dengan nama Siti Mula dan Siti Jadi kerana baginya nama dua beradik itu unik.

“Mula-mula kenal pun saya hairan sebab apa nama dua beradik ni nama Siti Mula dan Siti Jadi. Nak tanya pun takut tergelak pula.

“Tapi bila dah lama kenal baru rahsia nama depa saya tau. Bagi saya susah nak dapat nama macam ni,” katanya.

BACA INI JUGA: Nama Paling Unik Di Malaysia, Viva anak Proton Saga!

sumber: sinarharian

Saturday, September 09, 2017

9 Perisa KitKat Paling Pelik Di Jepun

9 Perisa KitKat Paling Pelik Di Jepun

Coklat berwafer rangup KitKat Di Malaysia hanya mempunyai beberapa perisa sahaja termasuk teh hijau, tetapi di Jepun terdapat lebih 300 jenis perisa yang kebanyakannya tak masuk akal!

Mungkin tidak semua perisa yang ditawarkan kena dengan tekak semua orang, namun perisa pelik seperti wasabi, ubat batuk, sake (arak diperbuat daripada beras), kicap soya dan kentang bakar ternyata ‘laku keras’ di kalangan peminatnya.

Di sini kami senaraikan 9 perisa KitKat paling pelik yang pernah berada dalam pasaran Jepun buat masa terhad (limited edition) dan kini dijual kembali di laman bidaan eBay pada harga tinggi.

1. Tembikai dan Garam

Tembikai dan Garam

KitKat perisa tembikai dan garam ini diperkenalkan sebagai produk edisi terhad bagi musim panas.

Ini kerana orang Jepun kebiasaannya makan tembikai yang diletakkan sedikit garam sebagai penyejuk badan semasa cuaca panas di Jepun yang mencecah 40 darjah Celsius!

Oleh itu KitKat telah memperkenalkan perisa ini yang mungkin dianggap pelik oleh orang luar namun unik dan tersendiri dalam budaya Jepun.

2. Cuka Epal

Cuka Epal

Cuka epal sememangnya dianggap tonik ‘ajaib’ bagi orang Jepun dan dipercayai menjadi rahsia mengapa orang Jepun mempunyai jangka hayat yang panjang dan kesihatan yang baik.

Cuka epal terbaik sebenarnya diperbuat daripada epal-epal segar dari ladang di Okinawa yang terletak di gugusan kepulauan Kyushu.

Oleh itu, tidak hairanlah KitKat memperkenalkan perisa ini di pasaran negara itu.

3. Royal Milk Tea (Teh Susu DiRaja)

Teh Susu DiRaja

Jangan tak tahu, sebenarnya orang Jepun bukan sahaja gemar minum teh hijau, malah mereka juga ‘gilakan’ teh susu yang digelar royal milk tea di sana!

Perkataan royal atau DiRaja itu dipinjam daripada tradisi minum petang orang British.

KitKat teh susu ini diperbuat daripada adunan teh hitam dan susu dari wilayah Hokkaido bersama coklat putih.

4. Kicap Soya (Shoyu)

Kicap Soya

Bagi penggemar sushi, kicap cair atau shoyu ini biasanya dihidangkan sebagai sos pencicah namun KitKat telah mengadaptasikan perisa umami atau savuri shoyu ini bersama coklat putih. Hasilnya?

Khabarnya rasanya tidaklah terlalu pelik, seakan-akan karamel garam laut dengan rasa manis-manis masin yang menerujakan.

5. Wasabi

Wasabi

Wasabi merupakan sejenis lobak hijau yang mempunyai rasa yang pedas menyengat dan biasanya dihidangkan seperti ‘sambal’ di dalam sushi.

Tak semua yang tahan dengan rasanya kerana pedasnya menusuk hidung dan bisa ‘clear’kan resdung anda, tetapi Nestle berjaya menyatukan wasabi dan coklat putih dengan baik sekali.

Kalau nak cuba, KitKat Wasabi ini ada dijual di kedai-kedai makanan ringan Jepun terpilih di sekitar ibu kota dengan harga RM38.90 sepaket besar.

6. Ubat Batuk

Ubat Batuk

Mengambil perisa gula-gula melegakan batuk bernama Nodo Ame Aji, Kit Kat perisa pelik terbaru edisi tahun 2017 ini mula dijual sejak lewat Ogosa lalu di Jepun.

Menurut laman web Nestle Jepun, pembuatnya mahu menggabungkan rasa sejuk ubat batuk itu dengan manis berlemak coklat putih untuk menghasilkan bar KitKat yang ‘nyaman dan menyegarkan’.

7. Ubi Keledek Bersirap

Ubi Keledek Bersirap

Ubi keledek merupakan salah satu tanaman yang menjadi kebanggaan nasional masyarakat Jepun di mana ubi keledek terbaik dikatakan ditanam di negeri Okinawa.

Secara tradsionalnya ubi ini disediakan sebagai pencuci mulut dengan direbus terlebih dahulu sehingga empuk sebelum disira dengan air gula.

Nestle cuba untuk menginterpretasikan perisa ini ke dalam KitKat dengan mencampurkannya dengan coklat putih dan khabarnya, ramai yang amat menggemari KitKat keledek bersira yang dikeluarkan untuk masa terhad musim luruh ini.

8. Ginger Ale (Soda Halia)

Soda Halia

Soda halia ini biasanya diminum panas-panas semasa musim sejuk di Jepun oleh itu, logiklah jika Nestle memperkenalkan KitKat perisa ini untuk edisi terhad musim salji.

Menurut beberapa reviu, KitKat soda halia ini mempunyai rasa masam lemon dan sedikit buih-buih seakan-akan air bikarbonat, namun tidak pedas seperti halia.

9. Baked Vanilla Pudding (Puding Vanila Bakar)

Puding Vanila Bakar

Haa,KitKat ini yang apaling unik pada kami kerana ianya perlu dibakar dahulu di dalam ketuhar sebelum boleh dinikmati panas-panas!

Mempunyai perisa sirap mapel dan vanila yang manis dan lemak berkrim, apabila dibakar teksturnya bertukar menjadi rapuh dan rangup seperti pastri!

Begitulah 9 daripada lebih 300 variasi KitKat yang ada di Jepun mengikut musim.

Meskipun kebanyakannya agak asing dan pelik di mata orang luar, namun KitKat amat dekat di hati rakyat Jepun dan mereka sudah pasti ternanti-nanti apakah perisa baru yang akan diperkenalkan di masa hadapan.

BACA INI JUGA: Makan Coklat Boleh Menjadikan Anda Lebih Bijak!

sumber: mynewshub

Thursday, August 31, 2017

Hujan Pelik Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Di Jakarta

Hujan Pelik Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Di Jakarta

Kejadian pelik hujan turun hanya pada sebuah rumah yang berlaku di Jakarta pada Sabtu (26 Ogos 2017) lalu adalah satu fenomena alam jarang berlaku di dunia.

Hujan Pelik

Kejadian hujan pelik yang berlaku di Jalan Tebet Barat Dalam 1 itu telah menarik perhatian penduduk setempat sehingga ada yang bermandi-manda serta menadah air hujan tersebut.

Memetik kenyataan dari Ketua Pusat Informasi Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG), Mulyono Prabowo, fenomena alam itu sememangnya sukar untuk terjadi.

Rakaman video kejadian tersebut tular di media sosial di Indonesia kerana kejadian berlaku ketika cuaca di kawasan tersebut panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.

Mulyono berkata, ketinggian awan pada musim kemarau menjadikan hujan seperti di Tebet itu sangat sukar berlaku dan hasil kajian pihaknya mendapati ketinggian awan ketika itu sekitar 700 meter hingga 1 kilometer.

Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Muzakir berkata, ketika kejadian berlaku semasa dia bermain catur dengan seorang jiran pada 6.30 petang.

Hujan Pelik

Mereka pada mulanya menyangka hujan turun di seluruh kawasan itu.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak bermain hujan dan menjerit kegembiraan kerana hujan hanya berlaku di rumahnya.

Setelah melihat sekeliling, dia mendapati sememangnya hujan hanya turun di rumahnya dan berterusan hingga tengah malam.

Pelik kan?

BACA INI JUGA: Ritual Pelik Panggil Hujan, Kahwinkan Katak

sumber: gigitankerengga

Tuesday, August 29, 2017

Pumice Rock Batu Pelik Yang Terapung Atas Air!

Pumice Rock Batu Pelik Yang Terapung Atas Air!

Untung sabut timbul untung batu tenggelam mungkin ungkapa lama yang tidak lagi boleh diguna pakai pada zaman ini.

Pumice Rock

Tahukah anda ada sejenis batu yang dinamakan Pumice Rock, akan timbul dan bukannya tenggelam apabila diletakkan dalam air! Pelik kan.

Batu pelik ini secara fizikalnya berwarna terang, berliang dan ringan berbanding batu-batu lain.

Pumice Rock terbentuk bersama mineraloid, sejenis unsur keras berwarna jernih seperti kaca, selepas letusan gunung berapi ketika lava keluar daripada kawah gunung.

Berdasarkan kajian geologi, Pumice Rock bersifat vesikel (memiliki banyak ruang udara) dan memiliki tiga komposisi utama iaitu riolit, basalt dan andesit.

Walau bagaimanapun, proses apungan di dalam air hanya berlaku dalam tempoh tertentu mengikut saiz batu.

Lebih besar saiz batu, lebih lama Pumice Rock akan terapung dipermukaan air kerana mengandungi lebih banyak gelembung udara sebelum tenggelam.

Permintaan Tinggi Dipasaran

Pumice Rock

Selain pelik, Pumice Rock juga mendapat permintaan tinggi dipasaran.

Dalam industri kosmetik, Pumice Rock banyak digunakan untuk menghasilkan produk pengilat kuku, skrub muka dan kaki, gel mandi dan banyak lagi.

Dalam industri pembinaan, Pumice Rock digunakan untuk menghasilkan blok batu-bata untuk pembinaan rumah, bangunan, hortikultur, hiasan landskap, parit dan sebagainya.

Pumice Rock selain ringan, mampu menyerap udara dan secara tidak langsung berfungsi sebagai penebat haba yang sangat baik.

Turut dikenali sebagai batu terapung, Pumice Rock satu-satunya batu yang boleh terapung di dalam air.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, August 26, 2017

Lelaki Kahwini Robot 'Wanita' Selepas Gagal Cari Calon Isteri

Lelaki Kahwini Robot 'Wanita' Selepas Gagal Cari Calon Isteri

Seorang lelaki dari China nekad mengahwini robot ciptaannya sendiri selepas gagal mencari calon isteri yang sesuai.

Zheng Jiajia

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki yang bernama Zheng Jiajia, 31 tahun, merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou telah menghasilkan robot wanita itu pada hujung tahun 2016.

Zheng Jiajia

'Isterinya' yang diberi nama "Yingying" hanya boleh bertutur beberapa perkataan mudah, namun Zheng mempunyai perancangan untuk menaik taraf keupayaannya agar robot itu boleh berjalan dan melakukan kerja rumah.

Media di China melaporkan pasangan itu 'berkahwin' dalam satu majlis ringkas namun masih mengikut adat dan tradisi tempatan.

Zheng Jiajia

Majlis turut dihadiri ibunya dan beberapa rakan yang lain.

Pelik atau mengharukan?

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Friday, August 18, 2017

Batu Pelik Mirip 'Senjata' Lelaki Di Pulau Burung Indonesia

Batu Pelik Mirip 'Senjata' Lelaki Di Pulau Burung Indonesia

Di Indonesia terdapat sebuah Batu granit yang menyerupai alat kelamin lelaki berbentuk unik di Pulau Burung berdekatan Pulau Belitung, daerah kepulauan Bangka Belitung.

Pulau Belitung

Penemuan batu pelik itu menjadi viral selepas beberapa pelancong merakam gambar kenang-kenangan bersama batu unik tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsi, batu berbentuk zakar lelaki itu berada di tengah-tengah batu di tepi persisiran pantai.

Memetik laporan Tribunnews, gambar batu itu pada mulanya dimuat naik oleh laman web sebuah agensi pelancongan, belitungisland.com yang membawa pelanggannya ke kawasan tersebut.

Malah, difahamkan tidak ramai pengunjung datang ke pulau itu sehinggakan tidak ramai yang tahu kewujudan batu tersebut.

Pulau Belitung

Selepas gambar itu menjadi viral, ramai pelancong dikatakan mula menjadikan Pulau Burung ini sebagai salah satu destinasi.

Bagi yang teringin melihat dengan mata sendiri, bolehlah terokai Pulau Belitung, yang hanya 45 minit terbang dari Jakarta.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub