Sunday, December 03, 2017

'Bellerina Orchid' Bunga Orkid Pelik Menyerupai Penari Balet!


Dibahagian barat negara Australia wujud sejenis spesis bunga orkid yang berbentuk seperti penari balet yang tumbuh meliar di kawasan sekitar Lake Grace and Pingrup, Perth.

'Bellerina Orchid' Bunga Orkid Pelik Menyerupai Penari Balet!

Bunga orkid pelik ini adalah sejenis tumbuhan berbunga daripada spesis Caladenia Melanoma yang jarang ditemui.

Bellerina Orchid mampu hidup dikawasan berpasir putih, tanah liat atau berhampiran tasik bergaram.

Orkid ini dianggap pelik kerana memiliki bentuk kelopak bunga seperti seorang wanita yang sedang menari sehingga sesetengah orang menggelarnya Orchid Ballet.

Menurut kajian, bunga orkid ini berbentuk pelik mungkin terjadi akibat tindak balas yang berlaku antara sel-sel fisiologi pokok.

Bunga orkid ganjil ini selalunya mengambil masa dua minggu untuk melalui proses pendebungaan, namun jika suhu persekitaran tinggi, proses tersebut akan berlaku lebih pantas.

Orkid Balet biasanya akan tumbuh secara tunggal atau berkelompok, mempunyai daun berwarna hijau pudar dan kira-kira 12 sentimeter lebar.

Manakala bahagian bunga pula berbentuk 'spike' atau pacak sehingga 15 sentimeter tinggi.

Orkid Balet akan mengeluarkan bunga pada bulan Ogos sehingga September setiap tahun.

Selain berbentuk unik, Orkid Balet juga diklasifikasikan sebagai tumbuhan herba dan hidup lebih lama berbanding bunga orkid lain.

Malangnya, bunga Orkid Balet diancam kepupusan akibat musim kemarau, ancaman serangga perosak dan haiwan ternakan.

Berdasarkan rekod pada tahun 2010, populasi Orkid Balet berjumlah 2,269 pokok, penurunan 40 peratus berbanding 4,000-5,000 pokok pada tahun 2007.

Pada tahun 2011 yang lalu, kerajaan Australia telah melancarkan satu projek pemulihan iaitu Wheatbelt Orchid Rescue Project untuk melindungi spesis orkid pelik ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pelik! Bunga Menyerupai Wajah Monyet!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon