Friday, November 08, 2013

Pelik! Bunga Orkid Menyerupai Wajah Monyet!


Info Pelik. Bunga orkid yang unik ini mempunyai keanehannya yang tersendiri. Bunga orkid yang dinamakan, 'Dracula Simia' ini sangat pelik kerana menyerupai wajah seekor monyet.

Pelik! Bunga Menyerupai Wajah Monyet!

Jika diperhatikan, hampir keseluruhan bunga orkid ini betul-betul menyerupai wajah seekor monyet. Orkid monyet ini biasanya tumbuh pada ketinggian hampir 2,000 meter di hutan tenggara Peru dan Ecuador.

Nama saintifik bunga ini adalah Dracula Simia. Dracula bermaksud 'Naga kecil', kerana seolah-olah terdapat dua taji panjang pada bunga ini yang menyerupai seekor naga. Manakala Simia pula adalah istilah yang menjelaskan bunga ini yang menyerupai seekor monyet.

Orkid monyet ini hanya akan tumbuh dalam keadaan cuaca yang redup dalam cuaca yang sejuk.

Dan itulah sebabnya tidak ramai orang berpeluang melihat bunga ini dan kita pula akan merasa pelik apbila disebut bunga orkid monyet.

Bunga Orkid Monyet - Dracula Simia Orchid

BACA INI JUGA: Bunga Pelik, Orkid Si Itik Terbang

sumber: zamrispoon

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon