Wednesday, September 27, 2017

Terapi Pelik Lubang Kubur Buang Sial Wanita Janda

Loading...

Ada sejenis rawatan pelik oleh masyarakat di China iaitu terapi membuang 'sial' atau 'meditasi kubur' (grave meditation) bagi wanita yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan.

Terapi kubur janda

Walaupun dianggap pelik dan dianggap haram dalam Islam, ia merupakan kepercayaan mereka untuk mengusir malang yang dimaksudkan.

Kegagalan dalam perkahwinan bukanlah bermakna seseorang itu membawa sial atau malang namun, jodoh dan persefahaman yang tidak lagi wujud di dalam hubungan yang terjalin.

Di Chongqing, China, rawatan yang dikenali sebagai meditasi kubur menjadi salah satu alternatif bagi golongan janda untuk menghalau 'sial' yang dipercayai ada di dalam tubuh mereka.

Mereka juga percaya kaedah ini mampu mengusir hantu yang menjadi punca keretakan rumah tangga.

Rawatan ini dijalankan dengan menggali lubang seperti kubur yang dikorek sekadar untuk memuatkan saiz badan wanita dewasa.

Selepas itu, wanita yang menjalani rawatan akan berbaring di dalam lubang kubur dilapisi plastik dan diminta menenangkan diri secara senyap.

Dalam keadaan mata terpejam dan kedudukan tangan diletakkan pada paras dada, mereka dibiarkan melalui tempoh meditasi untuk beberapa ketika.

Terapi kubur janda

Kaedah ini dipercayai dapat membantu untuk mengingatkan tentang kehidupan yang singkat di dunia dan menghargai hidup sementara masih bernyawa.

Wanita-wanita janda ini perlu melupakan masa lampau meskipun pernah mengalami kekecewaan yang amat menyakitkan serta mengingatkan bahawa masih banyak perkara yang boleh dan perlu dilakukan bagi memulakan hidup baru.

Wanita yang menjalani terapi pelik ini akan diminta untuk menjerit sekuat hati. Jeritan yang dilepaskan bersama-sama dengan tangisan bagi meluahkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Mereka juga akan menceritakan masalah dan tekanan yang dihadapi ketika sesi meluahkan perasaan yang bukan hanya menimbulkan kesedihan terhadap individu, malah wanita lain yang menyertai terapi tersebut.

Rawatan pelik ini sebenarnya lebih disifatkan sebagai berkongsi perasaan bagi meringankan beban perasaan seseorang.

Walaupun tiada sebarang bantuan dalam bentuk kewangan, sokongan emosi akan menyuntik semangat baru terhadap wanita-wanita ini.

Bagi pengasas rawatan terapi kubur ini, Liu Taijie, dia berjaya bangkit untuk memulakan semula perniagaan yang pernah gagal suatu ketika dahulu.

Terapi kubur janda
Pengasas, Liu Taijie (kanan).

Kini, dia mampu berdiri semula dan meninggalkan detik hitam yang pernah berlaku pada masa lampau.

Rawatan dan kelas ini diadakan secara percuma bagi wanita janda yang memerlukannya.

Walau bagaimanapun, rawatan pelik ini bukan sahaja dihadiri oleh wanita berstatus janda, malah turut dihadiri wanita bujang.

Terapi pelik buang 'sial' ini semakin popular dan menjadi rujukan wanita-wanita yang mengalami tekanan.

BACA INI JUGA: Perbezaan Antara Dara Dan Janda

-SENTIASAPANAS.COM

1 comments so far

Macam-macam la sekarang ni.. makin lama, makin pelik..

Mungkin mencari kelaianan kan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon