Friday, July 01, 2016

Perkahwinan Pelik Aaron Chervenak Pilih iPhone Sebagai Isteri!


Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat menganggap telefon pintar keperluan paling penting dalam kehidupan mereka.

Aaron Chervenak

Bagaimanapun, seorang lelaki dari Los Angeles, California melangkah lebih jauh apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintarnya.

Aaron Chervenak sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata mahu menunaikan impian untuk berkahwin dengan telefonnya.

Lebih menarik lagi dia turut menyarungkan cincin pada telefonnya sebagai tanda ikatan cinta.

Gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel itu terkenal kerana sering menganjurkan perkahwinan pelik dan tidak masuk akal.

Aaron Chervenak [2].jpg

Chervenak berkata, telefon pintar sudah menjadi sebahagian besar kehidupannya dan dia tidak boleh hidup tanpa alat komunikasi berkenaan.

“Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintar,” katanya.

Menurutnya, dia menghubungi pihak gereja itu dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan telefon pintarnya pada bulan lalu.

Aaron Chervenak [3].JPG

“Perkahwinan ini adalah satu simbolik bagi menunjukkan bagaimana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita.

“Saya berharap orang ramai akan bertanya soalan yang sama mengenai diri dan hubungan mereka,” jelasnya.

BACA INI JUGA: Wasiat Mendiang Isteri Mahu Batu Nisan Diukir Bentuk Kemaluan

Sumber: Agensi/myMetro Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon