Wednesday, November 01, 2017

Kejadian Pelik Gadis Tertidur Selama 12 Hari Di Indonesia


Seorang budak perempuan berusia 14 tahun mengejutkan doktor di bandar ini selepas dia tidur selama 12 hari.

Siti Raisa Miranda

Siti Raisa Miranda dilaporkan tidur di rumahnya pada 11 Oktober lalu selepas mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di sekolahnya tetapi hanya terjaga pada 22 Oktober 2017 lalu.

Bapanya, Mulyadi memberitahu, selepas Siti Raisa tidak terjaga daripada tidur dia membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, doktor memberitahu keadaan anak saya normal dan dia tidak mengalami sebarang penyakit,” katanya.

Menurutnya, pada pagi Ahad sebelumnya, Siti Raisa membuang air kecil di atas katil dan isterinya memapah gadis itu ke bilik air untuk dimandikan.

“Selepas mandi Siti Raisa tiba-tiba membuka mata tetapi dia kelihatan masih bingung dan tidak banyak bercakap atau bergerak.

“Siti Raisa juga kelihatan lemah dan lebih suka berbaring di katil serta tidak bertindak balas dengan keadaan sekeliling,” jelasnya.

Katanya, doktor memberitahu Siti Raisa mungkin menghidap sindrom ‘Puteri Tidur’ yang menyebabkan seseorang itu tidur untuk jangka masa yang lama.

“Doktor memberitahu punca sindrom itu tidak diketahui dan keadaan anak saya dijangka akan pulih seperti biasa,” katanya.

Pelik kan?

BACA INI JUGA: Saintis Bingung Selepas Kanak-kanak Tertidur Selama 11 Hari

sumber: hmetro

1 comment

  1. Penat sangat ni dengan olahraga.. sampai tertidur 12 hari.. Nasib takda apa yang teruk terjadi..

    Semoga adik ni terus tabah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon