Wednesday, September 18, 2013

Unik! Keajaiban Air Mata Manusia


Info Unik Dunia. Air mata sering dianggap sekadar cecair biasa yang mengalir apabila kita menangis. Namun, kajian saintis mendapati air mata sebenarnya sangat istimewa kerana memiliki kuasa penyembuhan yang berguna untuk kesihatan tubuh dan fikiran.

Air mata

Seorang pakar biokomia dari Ramsey Medical Center di Minneapolis. Amerika Syarikat, Dr. William Frey telah menghabiskan masa selama 15 tahun dengan melakukan beberapa kajian tentang komposisi air mata.

Berdasarkan penelitiannya, beliau mendapati bahawa air mata emosi yang keluar ketika menangis sebenarnya mengandungi bahan-bahan toksik.

Jelas Dr. Frey, bahan toksik ini berasal dari dalam badan kita. Lazimnya, apabila mengalami tekanan emosi, badan akan bertindak balas menghasilkan bahan kimia yang disebut sebagai hormon Adrenocorticotropic (ACTH).

Namun, bahan bertoksik yang berpunca daripada tekanan ini akan dapat dikumuhkan dari dalam badan melalui air mata emosi.

Dr. Frey juga mencadangkan bahawa air mata emosi yang dihasilkan daripada menangis mampu merangsang pengeluaran endorfin.

Endorfin merupakan pembunuh kesakitan semula jadi dalam badan atau dengan kata mudah ia dikenali sebagai hormon 'rasa baik'. Sebab itulah kenapa sebaik saja selesai menangis kita akan berasa lebih lega dan tenang.

Oleh kerana air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan racun berkumpul secara perlahan-lahan.

Ini juga dikatakan salah satu sebab mengapa usia wanita lebih panjang daripada lelaki kerana fitrah wanita yang lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki.

Melalui tangisan itu, kaum wanita dapat membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka. Ini kerana air mata memiliki fungsi penting sebagai antibakteria semula jadi yang paling berkesan.

Berdasarkan penelitian, lebih daripada 90 peratus yang terkandung dalam air mata ialah cecair biasa.

Namun, beberapa zat da lam cairan mata (lacrimal fluid) seperti lysozyme memiliki kemampuan luar biasa untuk membunuh mikro dan bakteria berbahaya.

Lysozyme biasanya bekerja dengan melarutkan lapisan pembungkus luar bakteria tertentu yang disebut sebagai peptidoglycan.

Kemudian dihapuskan dari mata dalam masa hanya lima minit. Tanpanya, mata akan mudah mengalami jangkitan atau infeksi, bahkan boleh menyebabkan penglihatan menjadi buta.

Sebagai contoh, mengapa mata berair ketika mengupas kulit bawang? Jawapannya kerana bawang telah melepaskan bahan kimia yang bertukar menjadi asid sulfurik pada permukaan mata.

Agak berbahaya kerana bahan kimia ini mampu merosakkan mata. Namun dengan adanya air mata refleks telah rnengubah asid sulfurik menjadi hampir tidak berbahaya.

Selain itu, air mata juga terbukti membantu memelihara penglihatan seseorang. lni kerana, cairan yang keluar dari mata dapat mengelakkan 'mata kering', melicinkan mata seterusnya mencegah pengeringan pada membran mata.

Persoalannya, bagaimana air mata terhasil? Air mata di produksi oleh kelenjar air mata. Penghasilan air mata adalah secara berterusan kecuali pada waktu tidur. Air mata normal biasanya akan terhasil sekitar 0.5 hingga 2.2 mikroliter seminit.

Maksimum cecair yang boleh bertakung dalam kelopak mata ialah 30 mikroliter. Lebih daripada itu air mata akan jatuh mengalir ke pipi. Airmata yang terhasil kemudian hilang atau kering rnelalui proses penyejatan.

Terdapat beberapa faktor penyumbang kepada penghasilan air mata antaranya, radang pada permukaan kornea, kerengsaan pada mata, menguap, batuk, bersin dan muntah secara berlebihan.

Kesedihan juga adalah paling sering dikaitkan dengan menangis, selain di provokasi oleh rasa bahagia, marah, simpati, bimbang dan ketakutan.

Lapisan air mata terdiri daripada tiga bahagian - lapisan lemak (lipid layer), lapisan air (aqueous layer) dan lapisan lendir (musin layer).

Lapisan lemak merupakan lapisan paling luar yang dihasilkan oleh kalenjar-kalenjar kecil pada tepi kelopak mata bernama kalenjar melbom. Fungsi lapisan ini adalah untuk melicinkan permukaan mata dan mengurangkan pengewapan air mata.

Lapisan air pula membekalkan oksigen kepada kornea dan mengandungi anti-bakteria. Apabila ada kotoran, ia akan menyingkirkannya sehingga menghasilkan permukaan yang sekata.

Manakala lapisan terdalam ialah lapisan lendir. bahagian ini membantu agar air mata tersebar rata pada permukaan mata, sekaligus mengekalkan kelembapan mata.

Namun begitu, terdapat kes-kes tertentu menyebabkan seseorang tidak mempunyai air mata atau air mata berkurangan.

Wanita putus haid misalnya akan mengalami masalah kurang menghasilkan air mata. Dalam kes sebegini, air mata palsu terpaksa digunakan bagi menggantikan air mata tulin.

Sayangnya, air mata palsu tidak memiliki anti-bakteria atau kuasa penyembuhan seperti air mata normal.

BACA INI JUGA: Sebenarnya Menangis Adalah Satu Keajaiban

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon