Thursday, September 27, 2018

MH370: Media Dedah Mesej 'Rahsia' Kapten Zaharie Kepada Model Kembar!

MH370: Media Dedah Mesej 'Rahsia' Kapten Zaharie Kepada Model Kembar!

Rantaian mesej di media sosial daripada juruterbang penerbangan MH370 yang hilang secara tidak langsung mendedahkan personalitinya sebagai seorang lelaki yang 'obses' dengan profil sepasang model kembar.

MH370: Media Dedah Mesej 'Rahsia' Kapten Zaharie Kepada Model Kembar!

Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah juruterbang dalam pesawat yang membawa 238 penumpang dan anak kapal yang hilang pada Mac 2014.

Namun pendedahan menerusi media sosial itu hanya dilaporkan Daily Mail pada Ahad (23/9/2018), sekali gus memberikan gambaran tentang dakwaan status mental yang 'merosakkan dirinya' seperti yang pernah dinyatakan oleh seorang ahli psikologi terhadap juruterbang itu.

Dalam tempoh 12 bulan sebelum pesawat Boeing 777 hilang, Zaharie dilaporkan telah 'meninjau' halaman Facebook pasangan model kembar Malaysia itu dan meninggalkan komen bersifat seksual.

Lan Qi Hui dan Qi Min Lan, 26, di mana usia mereka 27 tahun lebih muda berbanding Zaharie.

Sepanjang 2013, kapten berusia 53 tahun itu dilaporkan telah meninggalkan 97 komen berasingan di Facebook untuk Qi Min Lan. Sebilangan besar mesejnya bagaimanapun diabaikan.

Zaharie meminta pasangan kembar itu datang ke Kuala Lumpur, lokasi di mana dia tinggal bersama isterinya.

"Bila di KL," dia menulis satu lagi komen.

"Bagaimana dengan KL?," tetapi tidak mendapat balasan.

MH370: Media Dedah Mesej 'Rahsia' Kapten Zaharie Kepada Model Kembar!

Dalam satu lagi posting, di mana Qi Min Lan menyiarkan gambar dirinya memakai baju mandi, dia menulis, "Baru mandi?"

Zaharie digambarkan sebagai seorang lelaki yang baik dan riang oleh rakan-rakannya, tetapi media sosialnya menunjukkan sisi lain juruterbang itu, lapor Daily Telegraph.

Di samping mesej kepada gadis-gadis, Zaharie sering mengkritik kerajaan Malaysia yang kebetulan memiliki syarikat penerbangan tempat dia bekerja.

Di laman Facebooknya sendiri, Zaharie pernah melabel perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak sebagai 'moron'.

Pada April 2013, menjelang pilihan raya Malaysia, Zaharie membuat 119 kali posting, kesemuanya mencerminkan kebenciannya terhadap kerajaan Najib.

Bulan berikutnya, selepas parti Najib diberi mandat lima tahun lagi, Zaharie menulis, "Perasaan memberontak sentiasa ada dalam diri kita. Biarkan ia keluar!"

Pakar penerbangan yang juga ketua pengarang airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata, adalah sesuatu yang membimbangkan apabila seorang juruterbang kanan membuat komen politik.

"Sepatutnya ia menjadi penggera yang serius bagi syarikat penerbangan itu apabila anda mempunyai seseorang yang terbang dan terang-terangan anti-kerajaan," kata Thomas.

"Sekiranya seorang juruterbang Qantas melakukan sesuatu seperti itu dia akan beri penjelasan dan digantung."

MH370: Media Dedah Mesej 'Rahsia' Kapten Zaharie Kepada Model Kembar!

Sehingga kini, bangkai penerbangan MH370 masih tidak ditemui, menyebabkan banyak teori konspirasi muncul.

Salah satu teori popular timbul hanya beberapa minggu selepas pesawat hilang, yang mana Zaharie dikatakan merancang dan melaksanakan pembunuhan beramai-ramai kerana masalah peribadi, bagaimanapun dakwaan itu ditepis oleh keluarga dan anak-anaknya.

Komunikasi terakhir dari pesawat itu adalah daripada Zaharie yang mengucapkan 'Good night, Malaysian370' ketika pesawat meninggalkan ruang udara Malaysia.

Turut dilaporkan Zaharie menggunakan simulator penerbangan di rumahnya untuk merancang laluan ke pulau terpencil.

Bagaimanapun, pegawai penyiasat di Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa polis Malaysia dan pakar teknikal FBI tidak menemui sebarang petunjuk untuk mencadangkan bahawa dia merancang untuk merampas penerbangan itu selepas memeriksa simulator penerbangannya.

Peminat penerbangan Australia, Michael Gilbert percaya pesawat malang itu terbakar semasa penerbangan, memaksa juruterbang untuk merancang lencongan jauh dari kawasan yang ramai penduduk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Wednesday, August 01, 2018

Malaysia Akui Kehilangan MH370 Campur Tangan Pihak Ketiga?!

Malaysia Akui Kehilangan MH370 Campur Tangan Pihak Ketiga?!

Pasukan Penyiasat tidak menolak kemungkinan campur tangan pihak ketiga (third party intervention) antara punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014.

Kehilangan MH370 Mungkin Ada Campur Tangan Pihak Ketiga!
Gambar hiasan.

Kata Ketua Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370, Datuk Kok Soo Chon, Pasukan Penyiasat telah meneliti semua laporan dan dakwaan di semua platform berita dan juga media sosial.

"Apabila anda menyiasat MH370, ia merupakan antara kerja paling sukar di dunia.

"Apa yang kami telah buat ialah membaca semua jenis laporan, semua jenis dakwaan, berita dan gosip di media sosial, dan kami letak semuanya di atas meja.

"Dalam hampir 60 dakwaan dan gosip yang diterima dan diteliti, kami buang satu per satu dan tengok apa yang tinggal.

"Kini, tinggal hanya tujuh kemungkinan. Tetapi saya harus berhati-hati kerana saya tidak mahu menolak sebarang kemungkinan," katanya kepada media selepas selepas membentangkan laporan terakhir siasatan MH370 di Bangunan Kementerian Pengangkutan.

Laporan itu, antara lain, menyatakan penemuan sepanjang siasatan, termasuk aspek keadaan pesawat berkenaan, keadaan kru termasuk juruterbang sewaktu penerbangan, komunikasi dua hala antara pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh, serta cadangan-cadangan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Antara penemuan yang dinyatakan ialah, sewaktu pesawat Boeing B777-200ER itu melencong dari laluan asal, ia berada di bawah kawalan manual dan sengaja dihalakan menuju ke Lautan India.

"Kami telah menjalankan tujuh simulasi penerbangan, tiga di bawah kelajuan tinggi dan empat lagi di bawah kelajuan rendah dan kami mendapati lencongan berkenaan dibuat di bawah kawalan manual, bukan autopilot ," jelas Soo Chon.

Bagaimanapun, beliau enggan membuat kesimpulan yang kesihatan juruterbang pesawat, Kapten Zaharie Ahmad Shah ataupun pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, berada di tahap kurang baik, atau mempunyai tujuan berlainan sewaktu kapal terbang itu dilencongkan.

"Kami telah membuat pemeriksaan terhadap Zaharie, kami dapati beliau tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan atau keluarga, tiada sifat-sifat kemurungan, tiada penyalahgunaan alkohol atau dadah.

"Kami juga dapati tiada tekanan atau tanda kebimbangan dalam komunikasi antara beliau dengan pusat kawalan udara di Kuala Lumpur atau Ho Chi Minh.

"Kami dapati Kapten Zaharie seorang juruterbang yang kompeten, rekod penerbangan hampir sempurna, serta mempunyai kebolehan untuk menguruskan tekanan sewaktu bekerja," jelasnya.

Bagi Fariq juga, kata Soo Chon, tiada sebarang asas untuk beliau melencongkan pesawat berkenaan, tetapi dakwaan yang mengatakan terdapat isyarat dari telefon bimbit beliau sukar ditentukan memandangkan ianya terlalu lemah.

Tetapi katanya, kekurangan komunikasi radio antara MH370 dan pusat kawalan sebelum ia dilencongkan adalah berkemungkinan besar sistem komunikasi pesawat berkenaan telah ditutup secara manual, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Soo Chon berkata, pihak beliau juga dapati Pusat Kawalan Udara Ho Chi Minh gagal untuk memaklumkan Pusat Kawalan Udara Beijing apabila pesawat itu tidak melakukan sebarang komunikasi lanjut.

Jelasnya lagi, petugas di pusat kawalan berkenaan tidak menjalankan pelbagai fasa kecemasan yang sudah tergaris dalam panduan, sekali gus memberi impak yang besar kepada operasi mencari dan menyelamat.

Dalam pada itu, Soo Chon menegaskan laporan setebal 449 muka surat yang diedarkan kepada awam bukan bermakna siasatan sudah berakhir.

"Bagaimana kami boleh menganggapnya laporan terakhir, itu akan jadi tekaan tanpa asas kerana rangka MH370 tidak ditemui, mangsa juga tidak ditemui," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, May 29, 2018

Pencarian MH370 Akhirnya Berakhir

Pencarian MH370 Akhirnya Berakhir

Syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity, mengesahkan misi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah berakhir.

Pencarian MH370 Akhirnya Berakhir

Ocean Infinity dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menjalankan pencarian dan mengumpul data berkualiti tinggi meliputi kawasan seluas lebih 112,000 kilometer persegi dan berjaya mengatasi keadaan dan kawasan dasar laut yang mencabar.

Keluasan kawasan yang diliputi dalam masa lebih tiga bulan operasi adalah jauh melebihi sasaran awal iaitu 25,000 km persegi dan hampir sama dengan kawasan pencarian sebelumnya dalam tempoh dua setengah tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett, merakamkan rasa dukacita semua pihak di Ocean Infinity kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam MH370.

"Sebahagian daripada motivasi kami untuk menyambung semula pencarian ialah cuba merungkaikan beberapa jawapan kepada mereka yang terbabit.

"Oleh itu, kami dengan hati yang amat berat mengakhiri usaha pencarian tanpa mencapai matlamat itu," katanya.

Beliau berkata, Ocean Infinity berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi tawaran dan peluang kepada syarikat itu menyambung semula misi pencarian.

Komitmen yang dizahirkan oleh kerajaan baharu di Malaysia untuk memberi keutamaan kepada usaha menjejaki MH370 adalah sangat baik, kata Plunkett.

"Walaupun hasil misi pencarian itu setakat ini amat mengecewakan, tetapi sebagai sebuah syarikat, kami amat berbangga dengan apa yang telah kami capai dari segi kualiti data yang kami hasilkan dan kecepatan tempoh masa yang telah diliputi dalam misi pencarian merangkumi kawasan yang luas.

"Belum pernah misi pencarian dasar laut laut berskala ini dijalankan dengan begitu cekap dan berkesan sebelumnya," kata beliau.

Beliau juga berkata, Ocean Infinity dengan ikhlas berharap syarikat itu sekali lagi dapat menawarkan khidmatnya dalam pencarian MH370 pada masa akan datang.

Ocean Infinity juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan di atas kapal Seabed Constructor yang berusaha dengan gigih tanpa penat dan juga kepada semua syarikat, organisasi dan individu yang memberi sokongan, bimbingan dan nasihat yang tidak ternilai.

Plunkett berkata, pihaknya turut berterima kasih kepada kakitangan di Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang dedikasi mereka usaha menjejaki pesawat itu tidak pernah pudar dan layak diberi pujian.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada Januari tahun 2018 ini, Malaysia menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity untuk menyambung semula pencarian pesawat malang itu.

Misi pencarian oleh Ocean Infinity di selatan Lautan Hindi adalah berdasarkan terma "no cure, no fee," yang bermakna bayaran hanya akan dibuat apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemui dan disahkan oleh pihak ketiga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Friday, March 09, 2018

Kronologi Pencarian Kehilangan Misteri MH370

Kronologi Pencarian Kehilangan Misteri MH370

Pesawat Boeing 777, MH370 hilang daripada paparan radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Carian MH370 ditamatkan

Kerajaan yang komited merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut apabila bersetuju menggunakan khidmat Ocean Infinity, sebuah firma penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat untuk menjejaki pesawat itu pada 10 Januari 2018.

Pencarian tersebut adalah berdasarkan terma 'no cure no fee' iaitu pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat ditemui dalam tempoh masa 90 hari.

Misi pencarian membabitkan 65 kru atas kapal tersebut, termasuk dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai wakil Kerajaan Malaysia dan kapal Seabed Constructor telah menjalankan pencarian merangkumi kawasan seluas lebih 16,000 kilometer persegi.

Usaha mencari pesawat MH370 telah tamat tanpa kemuktamadan yang membawa kepada "kerugian ekonomi dan bukan ekonomi, masalah emosi dan fizikal, kecemasan serta masalah mental dan penderitaan" bagi mangsa dan keluarga mereka.

Berikut adalah kronologi pencarian kehilangan pesawat paling misteri di dunia sejak 2014.

Tahun 2014

8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu dilancarkan di Laut China Selatan.

9 Mac - Kawasan pencarian diperluaskan ke Selat Melaka selepas disahkan pesawat itu telah berpatah balik.

- Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan anggota dan aset masing-masing untuk membantu dalam operasi SAR.

15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan satelit berkemungkinan dari satu daripada dua koridor; koridor utara daripada sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand atau koridor selatan, lebih kurang dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

- 26 negara terlibat dalam operasi meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.

24 Mac - Najib umum data dikeluarkan satelit Inmarsat Britain bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Australia mengetuai operasi mencari di kawasan itu.

1 April - Kerajaan Australia lancar Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bagi menyelaras operasi pencarian MH370.

4 April - JACC berkata operasi mencari MH370 memasuki fasa baharu dengan pencarian dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi bagi mengesan ‘pinger’ kotak hitam.

31 Julai - JACC berkata kerja-kerja mengukur batimetrik oleh kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator di sepanjang arka ketujuh di selatan Lautan Hindi berjalan lancar.

21 Oktober - Kapal Malaysia yang diberi kontrak, Go Phoenix, menyertai operasi mencari bersama kapal Fugro Discovery dan Fugro Equator, kedua-dua kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia dan Australia.

- Kapal Fugro Supporter ditambah untuk membantu operasi mencari.

Tahun 2015

29 Januari - Ketua Pengarah, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman secara rasmi mengisytiharkan MH370 adalah kemalangan ikut Standard Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago dan 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.

12 Februari - Malaysia berbincang dengan China untuk menambah kapal bagi menyertai operasi mencari MH370, ketika ini melibatkan empat kapal.

25 Februari - Operasi SAR MH370 di kawasan terpencil Lautan Hindi meliputi dasar laut lebih 24,000 kilometer persegi iaitu kira-kira 40 peratus daripada kawasan pencarian utama.

18 Jun - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia meneruskan fasa kedua misi pencarian MH370 dengan hanya dua kapal meredah kawasan terpencil di Lautan Hindi.

29 Julai - Seorang pekerja pembersih pantai di pulau La Reunion di Lautan Hindi, milik Perancis, menemui bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenali sebagai ‘flaperon’ di mana pakar percaya ia milik sebuah pesawat jenis Boeing 777. MH370 merupakan satu-satunya pesawat jenis Boeing yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi.

6 Ogos - Najib mengesahkan flaperon yang ditemukan di pulau La Reunion itu adalah pesawat MH370.

Tahun 2016

7 Mac - Serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat MH370 ditemui di pulau La Reunion, dilaporkan agensi berita AFP.

20 April - Dua serpihan ditemukan di pantai di Mozambique hampir pasti daripada pesawat MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

14 Mei - DCA hampir 90 peratus pasti kedua-dua serpihan yang ditemukan, masing-masing di Afrika Selatan dan Mauritius adalah daripada pesawat MH370.

22 Julai - Malaysia, China dan Australia memutuskan untuk menangguhkan operasi pencarian pesawat MH370 apabila pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai.

16 September - Dua daripada sejumlah 24 serpihan pesawat ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania disahkan adalah daripada pesawat MH370 manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat yang hilang itu.

7 Oktober- Pakar ATSB memutuskan serpihan yang dijumpai di pulau Mauritius adalah daripada pesawat MH370.

20 Disember - ATSB berkata kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.

Tahun 2017

17 Januari - Operasi pencarian MH370 di dasar laut di Lautan Hindi digantung, demikian menurut kenyataan tiga pihak - Malaysia, Australia dan China.

Tahun 2018

6 Februari - Kapal pencarian pesawat MH370 Seabed Constructor, dilapor hilang daripada radar selama 80 jam tanpa penjelasan.

Misi pencarian pesawat MH370 dikatakan berakhir pada Jun 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!

sumber: sinarharian

Thursday, November 03, 2016

Jika Benar MH370 Menjunam, Mustahil Tiada Serpihan!

Jika Benar MH370 Menjunam, Mustahil Tiada Serpihan!

Laporan terbaru menyatakan bahawa MH370 dipercayai hilang kawalan ketika menjunam ke dalam laut dengan kepak sayapnya berada pada kedudukan tidak bersedia untuk mendarat.

MH370 Menjunam

Laporan oleh Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB) itu mendapati, komunikasi satelit terakhir MH370 adalah konsisten dengan situasi pesawat tersebut menjunam semakin laju sebelum hilang.

Analisis kepak sayap kanannya yang ditemui di Tanzania mendapati, komponen itu berada dalam kedudukan tertutup ketika terpisah dari sayap, membayangkan MH370 tidak bersedia untuk melakukan pendaratan lalu terhempas ke dalam laut.

Laporan itu mengan­dungi maklumat penting baharu berkaitan apa yang dipercayai berlaku pada pengakhiran penerbangan MH370, kata Menteri Pe­ngangkutan Australia, Darren Chester.

Beliau berkata demikian pada permulaan mesyuarat tiga hari di Canberra yang menyaksikan pakar-pakar bertemu bagi merangka fasa terakhir pencarian pesawat malang itu.

Pesawat jenis Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia itu hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Walaupun usaha mencari secara besar-besaran di dasar bawah laut dilakukan di luar perairan Australia Barat selama berbulan-bulan, tiada kesan pesawat itu ditemui sehingga kini.

Pasukan penyiasat bagaimanapun mengesahkan tiga serpihan yang ditemui di sepanjang perairan barat Lautan Hindi adalah serpihan milik pesawat MH370.

Usaha mencari telah merangkumi kawasan seluas lebih 110,000 kilometer persegi daripada keluasan 120,000 kilometer persegi yang diputuskan.

Manakala operasi mencari MH370 dijangka tamat awal tahun 2017 lapor Kosmo.

Jika MH370 Menjunam 20,000 Kaki Seminit Tentu Ada Serpihan

MH370 Menjunam

Seorang juruterbang ujian mempertikai laporan berita bahawa pesawat MH370 menjunam ke dalam laut pada kelajuan amat tinggi iaitu hingga 20,000 kaki seminit memandangkan tiada sebarang serpihan ditemukan pasukan mencari.

Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata sekiranya pesawat itu menjunam ke dalam laut pada kelajuan itu, ia sudah tentu berkecai.

Katanya, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana tiada sebarang kesan letupan ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Beliau berkata teori itu tidak dapat diterima kerana tiada langsung serpihan besar atau fiuslaj dijumpai anggota dan pegawai pasukan mencari sejak operasi mencari MH370 dilancarkan.

"Pelik...kami sepatutnya menjumpai sekurang-kurangnya serpihan kecil atau besar atau malah sebahagian daripada fiuslajnya jika teori itu betul...tapi, tiada satu pun yang dijumpai...mungkin MH370 kehabisan bahan bakar, maka tidak berlaku letupan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak teori pesawat itu menjunam pada kelajuan tinggi.

"Kami hanya boleh menerima data itu dan membuat penyelidikan serta andaian untuk memecahkan kebuntuan, selain mencari serpihannya. Itulah objektif utama kami," jelasnya.

Selain laporan terbaru diatas, Mei lalu saintis pertahanan Australia yang menganalisis isyarat daripada MH370 mendedahkan bahawa pesawat jenis Boeing 777 itu jatuh dengan amat laju sebelum terhempas ke dalam Lautan Hindi di luar pantai Australia Barat.

Hasil daripada analisis yang dibuat terhadap data dan simulasi pengeluar pesawat berkenaan menunjukkan MH370 mungkin kehilangan kuasa enjinnya sebelum jatuh pada kelajuan hingga 20,000 kaki seminit pada 8 Mac 2014.

Ditanya tentang kemungkinan pesawat itu terhempas pada kelajuan tinggi dikawasan mencarinya, bekas juruterbang Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata kapal dan pesawat yang terlibat dengan operasi mencari tidak menemui sebarang serpihan luar biasa.

"Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang dicipta untuk berfungsi apabila berlaku sesuatu nahas, tidak menghantar sebarang mesej.

"ELT tentu akan hidup sekiranya MH370 menjunam dengan kelajuan 20,000 kaki seminit. Dalam kes ini, itu tidak berlaku.

"Sebab itulah saya masih berpegang pada teori bahawa ada seseorang yangmengawal pesawat itu untuk melayang dan mendarat dengan lancar, menanggalkan 'cowling' enjin, flaperon dan sebagainya.

"Sesebuah pesawat akan berkecaia pabila berada 6 kilometer di dalam air disebabkan aktiviti seismik dan arus lautan.

"Maka, ia sudah tentu akan berkecai. Mayat dan kerusi terapung di merata tempat. Tetapi, setakat ini, itu tidak berlaku," kata bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Sementara itu, pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia(UPM) Prof Madya Dr Kamarul Arifin Ahmad berkata serpihan daripada pesawat itu tentu berselerak dan terapung sekiranya ia menjunam ke dalam laut pada kelajuan tinggi.

Kata beliau, memandangkan tiada serpihan besar ditemukan di kawasan mencari, maka para pegawai patut mencari penyelesaian lain atau alternatif untuk mengesan kotak hitam, yang akhirnya boleh merungkai misteri ini.

Sementara itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam laporan mingguannnya berkata kapal pencari, Fugro Discovery, akan beredar dari kawasan mencari untuk kali terakhir pada 11 Ogos dan singgah di Singapura untuk membuat persiapan bagi menjalankan projek seterusnya, yang tidak mempunyai kaitan dengan MH370.

ATSB berkata pelan pencarian menetapkan bahawa kawasan pencarian selebihnya akan diliputi dengan menggunakan kapal lain dan setakat ini, lebih 110,000 kilometer persegi kawasan dasar laut sudah diliputi.

Sehingga setakat ini, pesawat MH370 masih belum ditemui walaupun operasi mencari secara besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi.

Kawasan ini dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asalnya lapor mStar.

BACA INI JUGA: MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat!

Saturday, October 08, 2016

Misi Solo Blaine Gibson Rungkai Misteri MH370

Misi Solo Blaine Gibson Rungkai Misteri MH370

Lelaki itu mengenakan jaket kulit berona coklat gelap dan topi jenis fedora daripada warna sedondon. Riak wajahnya serius sekali.

Blaine Gibson

Dengan penampilan sedemikian, lagaknya saling tidak tumpah seperti karakter ahli arkeologi, Dr. Henry Walton Indiana Jones Jr. dalam siri fiksyen arahan Steven Speilberg, Indiana Jones.

Seperti Jones, lelaki berkenaan, Blaine Gibson, 58, punya misi tersendiri. Jika dalam filem tersebut, Jones mencari tabut perjanjian atau sejenis peti berisi batu yang bertulis 10 Rukun dipanggil Lost Ark of the Covenant, Gibson pula dalam usaha mencari petunjuk bagi merungkai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden dunia.

Penyiasat amatur dari Seattle, Amerika Syarikat itu bergerak secara solo ke beberapa buah negara di timur Afrika untuk mengesan serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Gibson yang juga seorang peguam merupakan individu pertama yang ‘menaja diri’ menjalankan usaha mencari serpihan pesawat MH370 dan benar-benar menjumpainya.

Antara serpihan yang ditemui dan disahkan milik pesawat berkenaan adalah panel penstabil dengan cetakan stensil bertulis No Step yang dijumpai di Mozambique pada 27 Februari lalu.

Menurut Gibson, dia berasa sangat teruja dan tidak akan berputus asa untuk meneruskan pengembaraannya sehingga misteri kehilangan pesawat MH370 dapat diselesaikan.

Katanya, sebagai seorang pengembara, dia lazimnya mengembara dari satu negara ke negara lain tanpa tujuan utama, namun kehilangan pesawat MH370 seolah-olah memberikannya satu misi untuk dilaksanakan.

“Ini adalah misi terbaharu sehingga saya mendapat maklumat tentang perkara sebenarnya yang berlaku kepada pesawat itu serta anak kapalnya,” ujarnya seperti dipetik portal Associated Press.

Penemuan sulung

Cerita Gibson, idea untuk memulakan pengembaraan mencari serpihan pesawat MH370 tercetus selepas mendengar berita mengenainya di kaca televisyen.

“Laporan berita tentang kehilangan pesawat itu ke udara hampir setiap hari selama beberapa bulan. Saya membuat ‘penyiasatan’ dalam diam dengan membaca artikel dan berita mengenainya.

“Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca tentang majlis memperingati ulang tahun pertama kehilangannya dan terus menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur bagi menyertai acara tersebut,” katanya.

Pada majlis itu, Gibson mengambil peluang beramah mesra dengan ahli keluarga dan mendengar kisah mereka.

“Saya tersentuh mendengar nasib keluarga mangsa. Saya tidak dapat membayangkan perasaan mereka yang tidak mendengar khabar berita daripada orang tersayang dalam masa setahun.

“Jadi saya terfikir untuk mencarinya sendiri. Saya dapat merasakan serpihannya pasti dihanyutkan ke mana-mana pesisiran pantai dan menunggu masa untuk ditemui,” tambahnya.

Dalam masa setahun, Gibson melawat pantai-pantai di sekitar Malaysia sehingga ke Mauritius dan Maldives dengan matlamat untuk mencari serpihan pesawat berkenaan.

Malah, dia sanggup ‘turun’ ke Mozambique biarpun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara itu semata-mata untuk mencari serpihan pesawat tersebut yang berkemungkinan berbaki di pesisiran pantai tersebut.

“Saya diberitahu pakar oseanografi Australia, David Griffin bahawa serpihan MH370 mungkin dibawa arus ke sini (Mozambique).

"Sungguh tidak disangka, ia membuahkan hasil selepas terjumpa serpihan berbentuk segi tiga yang merupakan panel penstabil pada sayap kapal terbang itu,” ujarnya sambil memberitahu, serpihan tersebut merupakan penemuan sulung membabitkan pesawat MH370 sepanjang hampir setahun menjalankan misi mencari.

Hampir putus asa

The ‘no step’

Serpihan panel penstabil dengan cetakan stensil bertulis No Step ditemui Gibson di Mozambique pada 27 Februari lalu.

Gibson mengakui, kerja-kerja mencari serpihan pesawat itu tidak mudah dan berdepan dengan pelbagai cabaran serta rintangan.

“Bayangkan saya mencarinya di banyak tempat termasuk di Pulau Reunion dan Mauritius tetapi langsung tidak menemui apa-apa. Saya sangat kecewa dan hampir berputus asa,” tuturnya sambil memberitahu, pencarian itu tidak ditaja mana-mana pihak dan bukan bertujuan mengaut keuntungan.

Sehingga hari ini, Gibson telah menemui sebanyak 13 serpihan dipercayai milik MH370 di Madagascar dengan bantuan penduduk tempatan.

Digelar dengan panggilan Indiana Jones moden, lelaki itu turut menemui beberapa barang peribadi termasuk beg galas dan sarung komputer riba.

Pada 12 September lalu, dia membawa dua keping serpihan dengan kesan terbakar yang ditemui di Sainte Luce, tenggara Madagascar ke Australia untuk ujian forensik.

Bagaimanapun Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menyelaras operasi mencari pesawat MH370 menjelaskan, pihaknya tidak dapat mengaitkan serpihan-serpihan tersebut dengan pesawat berkenaan.

Ketika ini, Australia mengetuai misi pencarian MH370 dengan menggunakan kenderaan tanpa pemandu dalam air dan peralatan sonar. Misi pencarian itu yang juga melibatkan Malaysia dan China mencakupi lebih 110,000 kilometer persegi.

Pencarian itu dijangka tamat menjelang bulan Disember depan jika tiada maklumat baharu dan signifikan diperoleh.

Pelajari ilmu

Bekas Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss yang menyelia misi pencarian itu sehingga bersara daripada politik pada bulan Februari lepas, menjangkakan lebih banyak penemuan Gibson akan disahkan.

“Dia pasti telah memberi sumbangan yang membina untuk misi pencarian ini,” kata Truss seperti dipetik portal news.com.au.

Bagi Gibson, dia tidak pasti lokasi pencarian seterusnya, namun dia berhasrat untuk ke Seychelles dan Pulau Comoro untuk meneruskan misi tersebut.

“Saya rasa berpuas hati setiap kali menyerahkan serpihan yang ditemui ke tangan pihak berkuasa. Sepanjang tempoh pencarian, saya dapat mempelajari tentang ilmu penerbangan, oseanografi, biologi marin dan juga politik. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang budaya masyarakat tempatan.

“Namun, pada masa sama saya tidak turut berasa sedih lebih-lebih lagi dengan bukti yang ada, kita tahu pesawat ini terhempas,” katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang penumpang termasuk anak kapal itu hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China.

Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengisytiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka di dalam pesawat itu dianggap maut.

BACA INI JUGA: MH370: Apa Yang Kita Tahu Dan Apa Tidak?

Sumber: Kosmo

Friday, October 07, 2016

Penemuan Serpihan Pesawat Di Mauritius Sah Milik MH370!

Penemuan Serpihan Pesawat Di Mauritius Sah Milik MH370!

Serpihan pesawat yang ditemui di Mauritius Mei 2016 lalu disahkan milik pesawat Malaysia Airlines MH370.

MH370

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Pemeriksaan terhadap serpihan komposit yang ditemukan di pulau yang terletak di Lautan Hindi itu disempurnakan pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Analisis ATSB telah mengesahkan bahagian itu dikenal pasti sebagai ‘trailing edge splice strap’ yang dipasang pada kelepak luar spar belakang pesawat Boeing 777, dengan nombor siri yang sepadan.

Pakar membuat kesimpulan bahawa serpihan tersebut berasal daripada pesawat 9M-MRO, yang juga dikenali sebagai MH370.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Bangkai pesawat MH370 masih belum ditemui walaupun pencarian secara besar-besaran di selatan Lautan Hindi dilaksanakan di lokasi dipercayai penerbangannya berakhir.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani

Thursday, February 18, 2016

MH370 Kekal Menjadi Misteri Yang Gagal Diselesaikan?

MH370 Kekal Menjadi Misteri Yang Gagal Diselesaikan?

Martin Dolan, Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menerajui usaha pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines Berhad (MAB).

MH370+MYSTERY

Beliau menjadi terkenal susulan kehilangan pesawat itu secara misteri pada 8 Mac 2014, namun kini mula menunjukkan rasa tekanan selepas hampir dua tahun usaha tersebut masih lagi tidak membuahkan apa-apa hasil.

Menurut Martin, beliau berasa sukar untuk tidur kerana khuatir bangkai pesawat model Boeing B777 terlepas daripada imbasan sonar pada kawasan berkeluasan kira-kira 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Kini selepas dua tahun… tinggal hanya beberapa minggu sebelum pencarian MH370 akan menjadi misteri terbesar penerbangan yang tidak dapat diselesaikan sejak kehilangan juruterbang, Amilia Earhart pada 1937.

Daripada tiga juta komponen pesawat itu, hanya satu komponen ditemui – flaperon diselaputi teritip – di Reunion sebuah pulau pentadbiran Perancis di benua Afrika, beberapa ribu kilometer daripada kawasan pencarian.

Selebihnya termasuk seramai 239 penumpang pesawat malang tersebut, bagasi mereka, jaket keselamatan MAB yang sepatutnya terapung di air langsung tidak dapat dijejaki daripada pencarian tersebut.

“Sentiasa timbul soalan: Adakah kami telah terlepas sesuatu?” soal Dolan, 58; kepada stesen Bloomberg di pejabatnya di Canberra dan menambah: “Perkara seperti ini akan menyebabkan anda tersedar daripada tidur.”

Beberapa pakar pencarian dan penyelamatan yang berpengalaman luas menerima hakikat bahawa pencarian dengan menelan belanja sebanyak A$180 juta (RM533 juta) itu mungkin menemui kegagalan pada akhirnya.

Tanpa apa-apa petunjuk baharu, pencarian sepatutnya bakal dihentikan secara rasmi pada Jun depan apabila kesemua empat buah kapal selesai mengimbas keseluruhan perairan di Australia Barat itu, kata Dolan.

Bersaiz ala segitiga Korea Utara, kapal-kapal pengesan tersebut telah melakukan pencarian dengan rapi di kebanyakan kawasan yang dipercayai lokasi pesawat tersebut mungkin terhempas namun menemui kegagalan.

Malah para penyiasat antarabangsa tidak dapat menentukan apakah yang sebenarnya berlaku dalam pesawat itu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, China pada 8 Mac 2014.

“Terdapat kemungkinan kami tidak berjaya,”kata Dolan jujur. Selepas kejadian itu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mula wajib pesawat komersial melaporkan kedudukan mereka setiap 15 minit.

Di bawah cadangan Kesatuan Eropah, pengesan isyarat dalam air pada kotak hitam perlu berfungsi dalam tempoh 90 hari berbanding hanya 30 hari ketika ini. Peraturan tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya sebelum 2018.

Larry Stone, Ketua Saintis Metron Inc. di Reston, Virginia, Amerika Syarika (AS) antara nama besar yang telah berjaya menjejaki kehilangan banyak pesawat dan kapal laut di seluruh dunia sejak 50 tahun lalu.

Ini termasuk kejayaan Stone menemui kedudukan tepat pesawat AF447 milik syarikat penerbangan Perancis, Air France yang membawa 228 penumpang selepas dua tahun ia terhempas secara misteri di Lautan Altantik.

Bagaimanapun lokasi, saiz dan karakter pencarian di dasar laut untuk pesawat MH370 menjadikannya paling sukar beliau pernah lihat. “Saya tidak terperanjat jika mereka langsung tidak menemuinya,” kata Stone.

Kedalaman kawasan pencarian sehingga enam kilometer dengan jurang dan rabung dalam air. Malah kenderaan sonar pernah berlanggar gunung berapi setinggi 2,200 meter daripada dasar laut dan tenggelam di situ bulan lalu.

Kapal-kapal yang terlibat dengan percarian itu perlu mengimbas kawasan seluas 35,000 kilometer persegi – lebih besar daripada Belgium. Kapal sonar berdefinisi tinggi milik China merupakan aset pencarian terbaharu.

Dong Hai Jiu 101 dijangka memberi tumpuan khusus di kawasan dasar laut yang sukar untuk diimbas dengan alat sonar konvensional apabila kapal China tersebut tiba pada bulan ini, kata Dolan penuh yakin.

Kapal berkenaan bakal memeriksa semula kira-kira 100 kawasan yang sudah diperiksa sebelum ini, dengan beberapa kawasan berbentuk bujur di penghujung selatan lokasi pencarian ditetapkan, kata Dolan.

Kawasan titik panas ini kemungkinan besar mengandungi bangkai pesawat, menurut Kumpulan Sains dan Teknologi Pertahanan Australia, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara.

Namun, pencarian paling komprehensif tidak memuaskan hati keluarga mangsa jika ia menemui kegagalan. “Kami akan mencuba sedaya upaya untuk melobi pencarian diteruskan selepas Jun,” kata Grace Subathirai Nathan.

Ibu kepada salah seorang penumpang pesawat itu sebaliknya dilaporkan berkata: “Saya perlukan jawapan”.

Insiden misteri kehilangan pesawat MAB tersebut didedahkan apabila pengawal trafik udara hilang hubungan dengan MH370, kurang sejam selepas pesawat itu berlepas ketika ia menghampiri perairan Vietnam.

Radar pihak tentera pula menunjukkan pesawat berkenaan seolah-olah cuba membelok ke kiri memasuki selatan Thailand dan kembali ke utara semenanjung Malaysia sebelum menghala ke barat laut Selat Melaka.

Hubungan radar kemudiannya terputus namun satelit di orbit menerima isyarat daripada pesawat itu. Analisis menunjukkan pesawat MH370 terbang menuju ke selatan di Lautan Hindi selama kira-kira enam jam.

“Mereka telah melakukan tugas yang baik untuk mendapatkan sesuatu yang berguna daripadanya,” kata Vaughan Clarkson, pakar radar dan penjejakan di University of Queensland, Australia kepada Bloomberg.

Beliau turut banyak membantu melakukan pengiraaan laluan sebenar penerbangan pesawat itu. “Anda sebenarnya cuba menjejaki pesawat komersial yang bergerak laju dengan tempoh masa setiap satu jam,”.

Gangguan daripada manusia dalam nahas ini bahkan tidak diketahui. Rakaman ayat terakhir daripada juruterbang pesawat MH370 pada pukul 1.19 pagi 8 Mac ialah: “Selamat malam Malaysia, Three Seven Zero”.

Dalam dunia moden di mana telefon pintar murah yang berharga hanya AS$100 pun boleh dijejaki secara percuma, pesawat saiz besar bernilai AS250 juta itu pula sebaliknya hilang begitu sahaja.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014 pernah berkata, pesawat berkenaan dikesan tersasar daripada laluan sebenar dan kediaman juruterbang dan pembantu juruterbang digeledah.

Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) turut melakukan analisis terhadap simulator penerbangan peribadi milik juruterbang MH370 di rumahnya, namun mereka hampa apabila tidak menemui apa-apa petunjuk baharu.

Empat bulan selepas kehilangan MH370, pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia membeli syarikat itu pada tahun sama ketika trafik penumpang dan keuntungannya merosot.

Kegagalan pencarian akan meninggalkan gambaran yang tidak baik kepada industri secara am, khusnya kepada imej MAB, kata Christoph Mueller, Ketua Pegawai Eksekutif MAB, kepada Bloomberg Television semalam.

Di Canberra, pihak ATSB pada masa sama sedang sibuk menyiasat 130 insiden pengangkutan awam – daripada insiden keretapi kargo tergelincir di Queensland sehinggalah kemalangan pesawat di timur laut Australia.

Dolan malah berkata, sepanjang berkhidmat dengan ATSB, masanya banyak dihabiskan untuk MH370. Beliau yang bersuara lembut sepanjang masa berhenti sejenak bagi memilih ayat-ayat yang akan dipertuturkan.

Di atas meja di pejabatnya sendiri, beliau merujuk kepada peta zon pencarian yang berada di hadapannya ketika beliau cuba menggariskan analisis saat-saat akhir pesawat tersebut terbang.

Enjin kanan kehabisan minyak dahulu dan dalam masa 15 minit enjin kiri kehabisan minyak. Baki bahan bakar mencukupi untuk menghidupkan semula unit data satelit dan isyarat mesej terakhir.

Selepas itu, pesawat mungkin belok ke kiri dan jatuh berpusing ke dalam laut. Berdasarkan turutan kejadian, mereka kena memberi tumpuan kepada kawasan antara 20 batu nautika di mana hubungan terakhir pesawat.

Kemungkinan lain adalah – seseorang yang mengawal pesawat dan meluncurkan pesawat yang tanpa kuasa itu sehingga ia mendarat di atas air – bermaksud menggandakan kawasan pencarian sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun kebarangkalian senario aneh tersebut sebenarnya sangat kecil, kata Dolan. Kapal pengimbas dasar laut setakat ini telah pun berjaya mengumpul kapasiti sehingga 20 petabit imbasan data.

Ia mencukupi untuk menempatkan seluruh koleksi digital Perpustakaan Kongres AS di Washington DC. Selepas mengakui kesukaran pencarian pada kawasan lautan besar, terpencil dan dalam, Dolan dengan yakin berkata:

“Pesawat MH370 akan ditemui akhirnya. Setiap pagi, saya bangun dan memeriksa apa yang telah berlaku dan saya berharap hari ini adalah harinya,” kata beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!

Tuesday, October 13, 2015

'Penemuan MH370 Di Tawi-tawi Tidak Masuk Akal'

'Penemuan MH370 Di Tawi-tawi Tidak Masuk Akal'

Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan negara itu.

MH370 2015

Ketua Polis Negara berkata, pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara itu.

"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan
Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.

Tidak masuk akal MH370 di Tawi Tawi

Nik Ahmad

Dakwaan mengenai penemuan sebuah bangkai pesawat dipercayai pesawat MH370 di kepulauan Tawi Tawi, Filipina tidak masuk akal sama sekali.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Berhad, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, teori pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi masih kuat.

“Teori berkenaan turut dikuatkan dengan penemuan kepingan sayap pesawat iaitu flaperon dan disahkan milik MH370 berdasarkan rekod penyelenggaraan.

“Jika ditemui di kepulauan Tawi-Tawi, ia memang tidak masuk akal kerana teori dan bukti cukup kuat untuk katakan ia berakhir di Lautan Hindi,” katanya.

Mengulas mengenai laporan tersebut, Nik Ahmad Huzlan berkata, laporan polis boleh dibuat oleh mana-mana individu.

“Soal betul atau tidak, kita akan dapat ketahui selepas siasatan dibuat pihak berkuasa. Ini zaman teknologi tanpa sempadan, mana-mana orang pergi mereka akan bawa telefon pintar. Kalau pun betul, mengapa tidak ada gambar pesawat itu?” katanya.

MH370 Tawi-tawi

Jelasnya lagi, jika benar pesawat tersebut ditemui di Kepulauan Tawi-Tawi, mengapa individu yang menemui bangkai pesawat itu tidak membuat laporan polis kepada pihak polis Filipina.

“Kerajaan Filipina pun tidak ada umumkan mengenai penemuan bangkai pesawat yang dipercayai MH370.

“Apa-apa dakwaan mengenai MH370 tidak akan mengubah kisah MH370 yang berakhir di Lautan Hindi,” katanya.

BACA INI JUGA: MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat!

Sumber: Bernama

Thursday, August 13, 2015

MH370 Dipercayai Tenggelam Ke Dalam Lautan Hindi

MH370 Dipercayai Tenggelam Ke Dalam Lautan Hindi

Pesawat MH370 yang hilang dipercayai sebahagian besarnya masih berada dalam 'bentuk asal' dan terdampar di dasar kawasan selatan Lautan Hindi, menurut pakar komunikasi satelit tempatan Zaaim Redha Abdul Rahman.

MH370

Teori beliau menyatakan kemungkinan bahawa pesawat itu 'terapung untuk seketika' sebelum tenggelam dalam kejadian malang pada hari pesawat itu jatuh.

"Saya percaya pesawat itu telah kehabisan minyak, menjunam ke lautan dengan daya tujah perlahan... dengan demikian, saya berfikiran bahawa badan pesawat kekal seperti asal," kata Zaaim Redha yang, selepas MH370 dilaporkan hilang, segera membantu untuk membaca dan membuat kesimpulan mengenai bacaan data penerbangan tersebut yang diperoleh daripada satelit dikendalikan oleh Inmarsat, sebuah firma komunikasi satelit bumi yang berpangkalan di United Kingdom.

Berdasarkan analisis data satelit Inmarsat di antara MH370 dengan stesen di bumi, para penyiasat membuat kesimpulan bahawa penerbangan itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sehubungan itu, pada 24 Mac tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara berkenaan, 17 hari selepas penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu hilang daripada imbasan radar.

Kemungkinan tiada serpihan kecil pesawat

Dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini, Zaaim Redha berkata bahawa teori beliau yang menyatakan pesawat itu menjunam ke dalam laut disokong oleh penemuan flaperon sepanjang dua meter baru-baru ini, di Pulau Reunion yang terletak di Lautan Hindi, disahkan sebagai bahagian daripada pesawat MH370 yang hilang.

"Flaperon tersebut hanya mengalami sedikit kerosakan dan hanya diselaputi teritip. Keadaannya menunjukkan bahawa ia tidak terpisah daripada badan pesawat secara kasar... malah bekas tanggalan pada serpihan itu kelihatan seolah-olah terpisah dengan baik di bahagian tepian sayap," jelas beliau.

Zaaim Redha, yang kini merupakan perunding utama di Zeta Resources Sdn Bhd –yang menyediakan, antara lain, perkhidmatan perunding komunikasi satelit dan kejuruteraan. Beliau pernah menjadi sebahagian daripada pasukan perintis di Measat yang bertanggungjawab membangunkan dan melancarkan satelit pertama Malaysia.

Ketika berkhidmat dengan NEC Jepun, beliau mengetuai pasukan multinasional untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem komunikasi satelit Inmarsat-P ICO System (Generation 4).

Mengulas lanjut mengenai saiz serpihan bencana udara didapati konsisten dengan impak kemalangan, Zaaim Redha memberi contoh kemalangan pesawat Germanwings Flight 9525 di Alps Perancis pada Mac tahun ini, di mana tidak ada serpihan yang melebihi satu kaki (kira-kira 0.3 meter) panjang disebabkan oleh kesan terhempas yang kuat.

"Jika MH370 telah terhempas dengan kuat, kita akan mendapati banyak serpihan kecil daripada pesawat itu terapung di atas air sebaik saja selepas kemalangan itu berlaku. Tambahan pula, flaperon yang dijumpai (dari Pulau Reunion) tidak mungkin akan berada dalam bentuk kepingan besar... kita mungkin hanya menemui serpihan-serpihan kecilnya sahaja," kata beliau.

Beliau yakin bahawa selepas menjunam ke dalam lautan, pesawat MH370 itu "terapung untuk seketika" sebelum tenggelam "dalam bentuk asalnya".

Menurut beliau, adalah tidak mustahil juga untuk sebuah kapal terbang terapung di permukaan air seperti dibuktikan oleh US Airways Flight 1549, yang terpaksa membuat pendaratan cemas di Sungai Hudson selepas bertembung sekumpulan beburung sehingga menyebabkan kedua-dua enjin jetnya gagal, pada Januari 2009.

Tenggelam di dasar lautan

"Terdapat juga kemungkinan bahawa pesawat (MH370) pesawat telah tenggelam jauh ke dasar lautan untuk beberapa lama sebelum flaperon (sebahagian daripada sayap pesawat) itu tertanggal.

"Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang tertanggal dan terapung akibat arus air yang kuat, sebelum dipukul ombak lalu hanyut sehingga sampai ke pantai pulau-pulau seperti Reunion," katanya.

Mengenai kemungkinan jika flaperon itu telah terapung di permukaan air selama lebih 4,000 kilometer sebelum berakhir di Pulau Reunion, Zaaim Redha berkata keadaan itu adalah munasabah berdasarkan keadaan arus semasa lautan tersebut.

"Berdasarkan corak bumi berputar, besar kemungkinan sekeping pesawat boleh terapung (lebih jauh) kerana arus lautan boleh menjadi sangat kuat.

"Kuasa arus lautan memang sukar dijangkakan... umpamanya baru-baru ini, seorang wanita Rusia yang merupakan seorang penerjun bebas terhebat sepanjang zaman, gagal untuk timbul selepas menyelam di Mediterranean dan dikhuatiri berdepan dengan arus dasar laut yang kuat ketika di dalam air."

Pada 8 Mac tahun lalu, pesawat MAS Boeing 777-200ER yang menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira 49 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Baru-baru ini pada 29 Julai, sebahagian daripada sayap pesawat, dirujuk sebagai flaperon, ditemui di pantai Pulau Reunion di bawah pentadbiran Perancis yang terletak di Lautan Hindi.

Pada 6 Ogos, Najib mengumumkan bahawa pakar-pakar antarabangsa mengesahkan bahawa kesan materi penyelenggaraan pada bahagian pesawat itu sepadan dengan yang ada pada pesawat MH370.

Pasukan penyiasat yang melakukan pencarian di persisiran pantai pulau berkenaan selepas penemuan itu turut menemui beberapa serpihan lain termasuk kusyen tempat duduk, bingkai tingkap, serta sisa-sisa sebuah beg pakaian dan botol kosong.

Bagaimanapun, penemuan tinggalan berkenaan masih belum dikenal pasti sebagai sebahagian daripada pesawat yang hilang itu.

BACA INI JUGA: MH370: Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!?

Sumber: Bernama

Friday, August 07, 2015

MH370: Apa Yang Kita Tahu Dan Apa Tidak?

MH370: Apa Yang Kita Tahu Dan Apa Tidak?

Serpihan sayap Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion disahkan Malaysia dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, membuktikan ia terhempas di Lautan Hindi. Bagaimanapun, punca nahas masih tidak diketahui.

MH370 - WHAT WE KNOW

Berikut perkara utama yang kita tahu dan masih tidak tahu mengenai misteri MH370.

Apa yang kita tahu

1. MH370 berlepas dari Kuala Lumpur dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal pada 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lalu, melalui Laut China Selatan menuju Beijing.

2. Pesawat dipandu juruterbang Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai 33 tahun pengalaman dengan syarikat penerbangan itu manakala Fariq Abdul Hamid, 27, ialah pembantu juruterbang.

3. Sebelum MH370 memasuki kawasan trafik udara kawalan Vietnam, seseorang dalam kokpit menghantar mesej suara terakhir kepada pengawal Malaysia berbunyi: “Selamat malam, Malaysia Three Seven Zero,” pada jam 1.19 pagi.

4. Sekitar jam 1.30 pagi, sistem pengesanan, termasuk transponder pesawat ditutup tetapi pesawat itu muncul di radar tentera sehingga jam 2.15 pagi menunjukkan ia kembali ke arah Malaysia dan kemudian menuju ke Lautan Hindi.

5. Serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion selepas lebih 16 bulan pesawat hilang disahkan dari MH370 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkannya pada jam 1.30 pagi 6 Ogos 2015 dengan memetik penyiasat antarabangsa.

6. Bateri beacon perakam data penerbangan yang hayatnya 30 hari pada MH370 kemudiannya didapati telah tamat tempoh lebih setahun sebelum berlepas, menimbulkan persoalan sama ada menjejaskan usaha pencarian lokasi pesawat terhempas di Lautan Hindi.

MH370

Apa yang kita tidak tahu

1. Punca pesawat itu mengalihkan laluan kerana sama ada krew kokpit atau sistem pemantauan pesawat tidak memberi sebarang tanda masalah sebelum itu dan cuaca pada malam kejadian adalah baik.

2. Adakah ada krew kokpit terlibat kerana ramai pakar menganggap ia menjadi kemungkinan paling besar.

3. Adakah berlaku rampasan atau keganasan dalam pesawat kerana tiada sebarang tuntutan daripada sesiapa.

4. Kenapa sistem pengesanan pesawat dimatikan dan oleh siapa.

5. Di mana lokasi MH370 terhempas. Walaupun penemuan serpihan sayap membantu mengesahkan kawasan carian adalah di Lautan Hindi namun selagi kotk hitam dan perakam data penerbangan tidak ditemui, punca kehilangan MH370 kekal menjadi misteri. -AFP

BACA INI JUGA: MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat!

Thursday, August 06, 2015

Waris Mangsa MH370 Sukar Terima Hakikat

Waris Mangsa MH370 Sukar Terima Hakikat

Bapa kepada salah seorang mangsa Penerbangan MAS MH370, Selamat Omar, 62, terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak yang mengesahkan penemuan ‘flaperon’ di Pulau Reunion, adalah milik pesawat malang itu.

MH370-Finally

Beliau berkata penemuan itu adalah di luar jangkaan kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas iaitu di Selatan Lautan Hindi lebih setahun lalu adalah terlalu jauh.

“Ini memang di luar jangkaan…sebab ia terlalu jauh dari lokasi sebenar pesawat itu dikatakan terhempas.

“Namun saya tetap menerima ini sebagai takdir…Usaha pencarian bukti-bukti lain akan diteruskan oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di kediamannya di Felda Bukit Mendi di sini Khamis.

Selamat adalah bapa kepada mangsa Khairul Amri Selamat, 29.

Selamat berkata dengan penemuan bukti terbaharu itu mungkin sedikit sebanyak memudahkan usaha pencarian bukti-bukti lain termasuk barangan peribadi milik mangsa.

“Sekurang-kurangnya jika jumpa sehelai baju pun jadilah, ia untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa yang masih berharap agar mayat atau jenazah mereka dijumpai,” katanya.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 yang membawa Mohd Khairul Amri bersama 226 penumpang lain bersama 12 anak kapal ke Beijing, China hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Di Kuala Lumpur, Maira Elizabeth Nari, 19, pula tidak dapat mengawal perasaan sedihnya apabila menerima berita pengesahan serpihan dari MH370.

“Buat masa sekarang tiada apa yang mampu saya katakan terhadap apa yang telah terjadi kepada bapa saya,” katanya.

Maira Elizabeth merupakan anak sulung kepada ketua pramugara MH370 Andrew Nari.

Sementara itu, Azrai Izet, 39, suami kepada penumpang MH370 Fadzilah Abd Rahim, ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen. –BERNAMA

Waris Penumpang China Tidak Percaya Flaperon Milik MH370

MH370 Finally Found [2]

Kira-kira satu dozen ahli keluarga para penumpang MH370 warganegara China berkumpul di hadapan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Beijing bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada lewat malam Rabu bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion, Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Rata-rata waris penumpang itu enggan menerima kenyataan bahawa serpihan sayap yang dijumpai sememangnya berasal daripada kapal terbang Boeing 777 yang membawa ahli keluarga mereka.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang hilang pada 8 Mac tahun lepas semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Majoriti penumpang yang menaiki penerbangan tersebut merupakan warganegara China.

“Saya tidak yakin dengan informasi terbaru mengenai kapal terbang tersebut, kami tahu sebenarnya selama ini mereka telah berbohong kepada kami,” terang Zhang Yongli, yang kehilangan anak perempuannya.

“Saya yakin anak perempuan saya masih hidup namun ‘mereka’ tidak mahu menjelaskan perkara sebenarnya kepada kami. Mereka telah berbohong,” kata Bao Lanfang yang merupakan nenek salah seorang penumpang kepada para wartawan, sebelum rebah ke lantai.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk bertemu dengannya kembali. Beritahu apa yang perlu dilakukan, saya sanggup,” rayu perempuan berusia 63 tahun itu bersama tangisan.

BACA INI JUGA: MH370: Bukti Mossad Dan CIA Terlibat!

Akhirnya Ditemui, Serpihan Pesawat Di Pulau Reunion SAH Milik MH370!

Akhirnya Ditemui, Serpihan Pesawat Di Pulau Reunion SAH Milik MH370!

Misteri kehilangan MH370 akhirnya terungkai selepas 515 hari, apabila Perdana Menteri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

MH370 Finally Found

Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini (6/8/15), Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya.

“Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit.

“Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati,” katanya dalam sidang media khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada negara, organisasi dan orang perseorangan yang banyak membantu sepanjang usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370.

Pengesahan itu hasil analisis sekumpulan pakar dari Malaysia, Perancis dan Australia, termasuk wakil dari Boeing dan China.

Kumpulan pakar itu melakukan pemeriksaan terhadap serpihan sayap pesawat di makmal DGA Technique Aeronautique di Balma, dekat Toulouse, Perancis.

Pulau Reunion menjadi tumpuan dunia apabila komponen sayap pesawat, flaperon, ditemui di pesisir pantai pulau itu pada 29 Julai lalu.

Pulau milik Perancis itu terletak di luar pantai Madagascar, kira-kira 4,000 kilometer (km) dari tempat usaha mencari pesawat MH370 dijalankan.

Pada 31 Julai lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, mengesahkan flaperon yang ditemui antara komponen pesawat Boeing 777.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi, hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lalu.

Pada 29 Januari lalu, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengumumkan kehilangan pesawat itu adalah satu kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa dan semua 239 penumpang serta anak kapal di dalamnya dianggap meninggal dunia.

Lokasi+Penemuan+MH370

Kronologi Tragedi MH370

8 Mac 2014 – MH370 membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari KLIA ke Beijing pada jam 12.41 tengah malam.

8 Mac 2014 – MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi hari sama hilang dari radar sejam selepas berlepas ketika merentas Laut China Selatan.

9 Mac 2014 – Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunjukkan kemungkinan sebuah pesawat yang tidak dikenal pasti berpatah balik. 11 Mac 2014 – Operasi SAR dilancarkan di Selat Melaka.

12 Mac 2014 – Operasi SAR diperluas ke selatan Thailand dan Laut Andaman.

14 Mac 2014 – Operasi SAR diperluaskan ke Lautan Hindi. 15 Mac 2014 – Perdana Menteri mengesahkan pesawat yang dikesan berpatah balik oleh radar TUDM pada malam kejadian ialah MH370.

15 Mac 2014 – Operasi SAR fokus di koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi manakala SAR di Laut China Selatan ditamatkan.

16 Mac 2014 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menjuruskan siasatan kepada empat bidang iaitu kemungkinan rampasan, sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah peribadi mereka.

17 Mac 2014 – Operasi besar-besaran SAR membabitkan 26 negara meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika dilancarkan.

24 Mac 2014 – Perdana Menteri mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

25 Mac 2014 – Operasi SAR ditumpukan di selatan Lautan Hindi berikutan petunjuk terbaharu dan pencarian di koridor utara dihentikan.

1 Mei 2014 – Kementerian Pengangkutan Malaysia mengeluarkan laporan awal kehilangan MH370, termasuk senarai kargo dan rakaman audio antara kokpit dengan ATC Kuala Lumpur.

29 Januari 2015 – Kerajaan Malaysia mengisytiharkan semua penumpang pesawat MH370 terkorban.

18 Jun 2015 – Pencarian MH370 di Lautan Hindi diperluaskan ke zon tambahan meliputi 60,000 kilometer persegi.

29 Julai 2015 – Komponen sayap dipercayai flaperon ditemui di pesisir pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi, dikaitkan dengan MH370 oleh sekumpulan penyelidik ekologi.

31 Julai 2015 – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan flaperon yang ditemui antara komponen pesawat Boeing 777.

BACA INI JUGA: Bukti Billionaire Zionis Dalang MH370?

Sumber: BERITA HARIAN ONLINE

Thursday, July 30, 2015

2 Hari Untuk Sahkan Kod BB670 Milik MH370

2 Hari Untuk Sahkan Kod BB670 Milik MH370

LONDON – Kementerian Pengangkutan Malaysia memerlukan masa sehingga dua hari untuk mengesahkan sama ada kod BB670 yang ditemui pada satu serpihan hanyut di pantai pulau Reunion sebagai milik pesawat MH370.

MH370

Perkara itu diakui Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang dipetik akhbar berpengaruh Britain, The Guardian susulan penemuan serpihan sayap pengemudi dipercayai daripada bangkai sebuah pesawat.

“Sekumpulan pakar dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS) menyertai wakil dari pengeluar pesawat Boeing akan dihantar bagi menyiasat kesahihan serpihan tersebut,” jelas beliau.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di New York, Amerika Syarikat semalam mengenai sepasukan pakar dari Malaysia bakal dihantar ke Reunion.

“Kita mungkin ambil masa dua hari untuk melengkapkan proses pengecaman bangkai sekali gus mengesahkan sama ada BB670 itu memang benar adalah serpihan yang berasal daripada MH370,” ujar Abdul Aziz lagi.

Mengulas lanjut katanya, sebaik menerima maklumat daripada pihak berkuasa Perancis yang mentadir pulau peranginan di Lautan Hindi itu, kementerian berkenaan segera membentuk pasukan penyiasat pergi ke sana.

Malah, pasukan DCA dan MAS dijangka bekerjasama rapat dengan Bureau d’Enquetes et d’Analyses (BEA), sebuah agensi siasatan nahas udara di bawah kerajaan Perancis bagi menyemak kesahihan serpihan tersebut.

Bagaimanapun menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters yang tersebar luar di seluruh dunia, Abdul Aziz telah difahamkan ketua penyiasat kes berkenaan mengesahkan BB670 itu kemungkinan besar milik MH370.

Keyakinan tinggi tersebut turut berdasarkan kepada rupa bentuk serpihan itu yang disebut dalam bahasa teknikal sebagai flaperon kerana ia memang direka khas hanya untuk dipasang pada model Boeing 777-200 sahaja.

Secara kebetulan cuma ada sebuah sahaja kapal terbang jenis model itu yang terlibat dalam nahas udara di dunia sepanjang tahun lalu iaitu 9M MRO iaitu nombor pendaftaran badan untuk penerbangan MH370 milik MAS.

Serpihan sepanjang 2.7 meter itu dijumpai di pantai Saint-Andre di timur pulau Reunion dan siasatan awal pakar penerbangan Perancis, Xavier Tytelman mengesahkan ia hampir menyerupai flaperon daripada MH370.

Waris Gembira, Tunggu Serpihan Dibuktikan Dari MH370

Kaylene Mann

Kaylene Mann (kanan), salah seorang waris mangsa nahas pesawat MH370 yang kehilangannya mencetuskan misteri selama ini menyifatkan perkembangan terbaharu dipercayai ada kaitan dengan pesawat tersebut adalah berita yang menggembirakan.

Ulasan itu dibuat berikutan penemuan serpihan dipercayai ada kena mengena dengan pesawat Boeing 777 MH370 di Reunion Island.

“Berita itu sedikit menggembirakan hati tapi selagi tidak dibuktikan, ianya masih bukan apa-apa. Kita perlu tunggu sehingga apa yang difikirkan itu terbukti,” kata Kaylene yang berada di Brisbane ketika dihubungi Fairfax Media.

Kaylene kehilangan abang dan kakak iparnya, Rodney dan Mary Burrows yang berada dalam senarai penumpang MH370 ketika ianya dilaporkan terputus hubungan dari menara kawalan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan pada 8 Mac 2014.

Ketika kejadian pesawat Boeing 777 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Selepas kehilangan waris dalam tragedi MH370 pada Mac, Kaylene sekali lagi kehilangan anak tiri dan menantunya, Maree Rizk dan Albert dalam tragedi nahas yang juga babitkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 pada Julai 2014.

Mary dan Rodney Burrows
Mary dan Rodney Burrows.

Kaylene kehilangan abang dan kakak iparnya, Rodney dan Mary Burrows yang berada dalam senarai penumpang MH370 ketika ianya dilaporkan terputus hubungan dari menara kawalan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan pada 8 Mac 2014.

Ketika kejadian pesawat Boeing 777 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Selepas kehilangan waris dalam tragedi MH370 pada Mac, Kaylene sekali lagi kehilangan anak tiri dan menantunya, Maree Rizk dan Albert dalam tragedi nahas yang juga babitkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 pada Julai 2014.

Malaysia Hantar Pasukan Untuk Pastikan Serpihan Milik MH370

Malaysia sudah mengirim satu pasukan pakar ke Pulau Reunion di Lautan Hindi untuk memastikan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di sana, milik Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini berkata pasukan itu dianggotai pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines dan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia untuk MH370.

“Kami juga berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini,” tambah kenyataan itu.

Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini yang berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.

Kementerian Pengangkutan berkata ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian sehingga terdapat bukti sahih serpihan tersebut milik pesawat yang hilang itu.

Kementerian itu menjelaskan ia akan membuat pengumuman sebaik semua bukti dapat disahkan.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Jan tahun ini, DCA mengumumkan kehilangan pesawat itu sebagai kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, dan semua 239 orang di dalamnya dianggap terkorban.

BACA INI JUGA: Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Sumber: Mynewshub/BERNAMA

Tuesday, March 10, 2015

Bukti Billionaire Zionis Dalang MH370?

Bukti Billionaire Zionis Dalang MH370?

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang genap setahun gagal ditemui pada 8 Mac yang baru berlalu terus menarik minat ramai penganalisis antarabangsa, sekali gus merungkai pelbagai teori dan spekulasi di luar jangkauan imaginasi.

MH370

Antara yang hangat dibincangkan menerusi laman maya seluruh dunia ialah kemungkinan insiden itu sebenarnya sudah dirancang rapi sekumpulan pemodal Zionis antarabangsa bagi mewarisi satu paten cip rahsia paling canggih pernah dicipta.

Kononnya, sekumpulan empat penyelidik cip mikro dikenali sebagai KL-03, versi terbaharu daripada KL-02; berada dalam pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan pulang ke tanah air di Suzhou, China selepas sekian lama bertugas di Malaysia.

Peidong Wang, Zhijun Chen, Zhihong Cheng dan Li Ying merupakan pencipta cip paling berkuasa itu dan berkhidmat dengan kilang pembuatan berpusat dari Texas, Amerika Syarikat (AS), Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, Selangor.

Mereka malah termasuk dalam kumpulan 20 petugas firma teknologi tinggi itu dipercayai dalam perjalanan untuk mengembangkan cawangan kilang tersebut di Tianjin, China dan sudah memfailkan paten cip itu di AS pada 21 Disember 2012.

Cip berkenaan yang dibangunkan sejak 50 tahun lalu berfungsi sebagai alat komunikasi medan perang, sistem avionic, radar HR jalur L dan S, pemanduan peluru berpandu, perang elektronik serta sistem pengenalan sahabat dan musuh.

KL-03
Prototaip cip mikro paling canggih di dunia, KL-03.

Malangnya, hak cipta atau paten cip itu hanya berkuat kuasa pada 11 Mac 2014 dan menurut peraturan AS, jika pemohon dan pencipta produk tersebut meninggal dunia, hak ke atas ciptaan berkenaan akan diwarisi pemegang penama.

Di sinilah timbul teori konspirasi kerana secara kebetulan penama itu ialah Freescale Semiconductor dengan pemiliknya, Jacob Rothschild sendiri, billionaire Zionis yang nenek moyangnya menjadi pemodal sistem perbankan dunia Barat.

Perkara ini bertambah ‘panas’ kerana firma itu dalam kenyataan selepas peristiwa kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014, menjelaskan bahawa kesemua staf mereka adalah jurutera teknikal dan pakar berpengalaman dalam bidang cip canggih.

Jacob Rothschild
Jacob Rothschild.

Tidak pasti apakah agenda tersirat Rothschild, 78 tahun, beria-ria mahu mewarisi paten cip KL-03 sehingga sanggup menyebabkan satu tragedi besar dengan mengorbankan 239 nyawa tidak berdosa dalam pesawat MAS berkenaan.

Untuk rekod, warga British ini yang dianggap penderma pemurah ialah presiden kehormat Institut Penyelidikan Dasar Yahudi dan amat bertanggungjawab dalam merangka strategi 100 tahun perancangan Zionis ke atas masyarakat dunia.

Mungkin tanpa disedari, kejadian MH370 sengaja direka pihak Zionis sebagai teknik ‘false flag’ bagi menutup satu isu besar dengan mewujudkan isu baharu yang tampak realiti, namun melibatkan harga tidak ternilai untuk dibayar.

BACA INI JUGA: Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, February 24, 2015

MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Antartika?

MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Antartika?

Dalam durasi beberapa minggu sebelum genap setahun kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), program dokumentari terkenal, National Geograpic bakal mendedahkan fakta-fakta yang mengejutkan.

MH370-Search

Antaranya, pesawat tersebut dipercayai telah diterbangkan menuju Antartika secara sengaja! Betulkah?

Selain itu, berdasarkan hasil rujukan data dari satelit, pesawat berkenaan disyaki terbang selama beberapa jam walaupun selepas terputus hubungan dengan radar.

Selain itu, dalam laporan sebuah akhbar United Kingdom iaitu The Mirror, seorang pakar penerbangan yang disebut dalam slot tersebut berkata, pesawat malang itu membuat tiga pusingan sebelum ghaib dari radar menara kawalan trafik udara.

Ujar individu tersebut, pusingan pertama adalah menghala ke kiri manakala pusingan kedua dan ketiga membawa pesawat itu ke arah barat dan selatan Antartika.

Dalam pada itu, seorang pakar dalam hal bencana penerbangan, Malcolm Brenner berkata, pusingan yang dilakukan dipercayai dibuat oleh ‘seseorang’ yang berada dalam kokpit secara sengaja, lantas membawa MH370 jauh dari laluan asalnya.

Ujar Brenner kepada akhbar The Mirror, “Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan.”

Program khas terbitan National Geographic bertajuk ‘Malaysian 370: What happened?‘ akan keudara pada hari Ahad, 8 Mac sempena setahun kehilangan penuh misteri pesawat jenis Boeing 777 itu.

Pesawat itu hilang pada tanggal 8 Mac 2014, tidak berapa lama selepas ia terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing dengan membawa 239 individu.

Lebih kurang 10 bulan selepas kehilangannya, kerajaan Malaysia pada 29 Januari lalu membuat pengisytiharan bahawa pesawat tersebut ghaib dalam kemalangan dan mengorbankan kesemua individu yang berada di dalamnya.

Sehingga kini, serpihan mahupun sebarang klu gagal ditemui yang boleh mengaitkannya dengan misteri MH370, apatah lagi merungkai di mana kedudukan sebenar pesawat malang itu.

Misi mencari dan menyelamat dilaporkan bakal dihentikan pada Mei depan.

Bangkai Pesawat MH370 Ditemui Menjelang Mei?

Smentara itu, Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan membayangkan serpihan dan bangkai pesawat MH370 yang hilang secara msiteri sejak Mac tahun lalu akan ditemui dalam masa terdekat.

Beliau yang juga bertanggungjawab terhadap operasi mencari menjangkakan nasib kapal berkenaan mungkin diketahui menjelang Mei tahun ini.

Bercakap kepada news.com (Australia), Dolan memberitahu bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.

“Pesuruhjaya itu mengatakan kita hanya menunggu masa untuk menemui bangkai pesawat dan apa yang masih tinggal melibatkan penumpang dan krew,” memetik portal Air News And Services pula.

Tambah portal berkenaan, semua serpihan-serpihan yang didakwa sebahagian daripada kapal terbang dan penemuan kotak kayu dari lautan juga sedang dinilai kembali oleh pakar sehingga kini.

MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, China pada 8 Mac tahun lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal.

BACA INI JUGA: MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat!

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, December 30, 2014

Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Kegagalan sebarang serpihan kapal itu ditemui dalam tempoh lebih 24 jam mengundang persoalan apakah ia juga lenyap tanpa dapat dikesan seperti yang alami oleh MH370 sejak Mac lalu.

MH370, MH17 and QZ8501 Conspiracy

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa atau sesuatu yang menyamai misteri Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Persoalan seperti itu memang tidak dapat dielak dari muncul dalam benak pemikiran kita lebih-lebih lagi misteri MH370 masih segar dalam pemikiran setiap rakyat negara ini.

Kejadian terbaru melibatkan AirAsia Indonesia itu boleh dikatakan kes ketiga pesawat berkaitan industri penerbangan Malaysia (memandangkan AirAsia milik rakyat negara ini) selepas MH370 dan MH17 yang terhempas di Ukraine Julai lepas.

Sehingga kini, misteri MH370 ialah di mana ia berada memandangkan satu serpihan sebesar jarum pun belum ditemui manakala MH17 pula siapa yang menambaknya jatuh, sama ada Russia atau Ukraine.

Jika diimbas, pesawat AirAsia itu dilaporkan terputus hubungan kawalan trafik udara (ATC) pada pukul 7.24 pagi selepas berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Singapura.

Menurut aplikasi FlightRadar24, pesawat itu sedang berada pada ketinggian ideal untuk penerbangan iaitu pada 32,000 kaki ketika isyarat perhubungan itu terputus.

Difahamkan juga, juruterbang ada meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi ke ketinggian 38,000 kaki untuk mengelak daripada laluan cuaca buruk kerana ribut petir dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Tidak berapa lama selepas itu, ia hilang dari radar sehingga kini.

Media Indonesia membuat spekulasi ia terhempas di perairan Pulau Belitung namun sehingga kini, ia kekal sebagai spekulasi semata-mata.

Justeru, nasib kapal itu masih belum diketahui. Sudah kedengaran suara-suara di laman siber seperti Twitter dan Facebook kapal QZ8501 juga tidak akan ditemui sampai bila-bila.

Ketika ini misi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat digerakkan diketuai Indonesia dan dibantu Malaysia, Singapura dan Australia.

Sehingga nasib kapal QZ8501 diketahui, maka ia akan terus dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370, lebih-lebih lagi memandangkan sudah mula timbul cerita ada orang melihat kapal itu terbang rendah dan perlahan, jalan cerita yang sebijik umpama ketika kapal milik MAS itu hilang.

Persoalannya, jika ketiga-tiga kejadian (MH370, MH17 dan QZ8501) ada hubung kait, maka tangan jahat mana yang terbabit dalam konspirasi yang begitu besar?

Sungguh menakutkan jika ada pihak mampu berbuat demikian dan pihak itu tidak dapat dikenal-pasti.

Sukar untuk dikatakan ia dilakukan oleh mana-mana organisasi jenayah, tetapi kalau dilakukan oleh negara-negara tertentu, maka itu masuk akal.

Namun apa faedahnya dan matlamatnya? Takkan bergitu beriya-iya semata-mata untuk menghancurkan masa depan industri penerbangan atau industri pelancongan negara?

Atau wujud tekanan balik tabir ke atas kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tertentu?

Mungkin sukar untuk mengebom Malaysia kembali ke zaman batu secara terbuka, justeru tekanan cara lain digunakan.

Sejujurnya, hanya masa mampu menentukan apakah nasib malang ketiga-tiga kapal berkenaan ada perkaitan atau sekadar satu kebetulan dan hanya kemalangan udara yang biasa.

Isya’Allah, misteri ini akan terungkai juga suatu hari nanti.

Sumber: AK-47/Mynewshub.cc

Thursday, December 25, 2014

Bekas CEO Dakwa AS Tembak Pesawat MH370!

Bekas CEO Dakwa AS Tembak Pesawat MH370!

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penerbangan Perancis, Marc Dugain mendakwa, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu terhempas kerana ditembak oleh tentera Amerika Syarikat (AS), lapor MailOnline minggu ini.

Marc Dugain MH370

Dugain berkata, tentera AS yang berpangkalan di pulau Diego Garcia, Lautan Hindi menembak pesawat berkenaan kerana menyangka pesawat tersebut telah dirampas dan bakal digunakan untuk satu serangan pengganas.

Beliau merupakan bekas CEO syarikat Proteus Airlines tetapi syarikat berkenaan sudah tidak lagi wujud.

Dugain memberitahu akhbar Paris Match, teori itu berdasarkan dakwaan beberapa penduduk di kepulauan Maldives yang terletak berhampiran Diego Garcia bahawa mereka melihat pesawat jenis Boeing 777 berkenaan terbang rendah.

“Beberapa nelayan di sebuah pulau kecil di Maldives memberitahu saya, mereka melihat sebuah pesawat besar yang mempunyai warna menyerupai pesawat MAS terbang rendah pada 8 Mac lalu,” katanya.

Dia juga mendakwa, ada penduduk di Maldives menemui satu alat pemadam api yang kosong dipercayai milik pesawat MH370 di satu kawasan perairan berhampiran pulau Baarah.

Dalam satu wawancara de­ngan sebuah stesen radio Perancis baru-baru ini, Dugain yang kini menjadi penulis novel mendakwa, sumber perisikan memberi amaran kepadanya supaya tidak menyiasat kehila­ngan pesawat berkenaan.

“Sumber perisikan itu juga memberitahu bahawa saya kini berdepan risiko tinggi dan menasihati saya supaya tidak meneruskan siasatan,” katanya.

Marc Dugain MH370 [2]
Marc Dugain.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China.

Sehingga kini, punca pesawat berkenaan berpatah balik sebelum terputus hubungan masih kekal misteri.

Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari pesawat berkenaan yang dipercayai terhempas di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, barat Australia. –Agensi