Tuesday, September 10, 2013

Kami Akan Membantu Syria Jika Diserang! - Vladimir Putin

Kami Akan Membantu Syria Jika Diserang! - Vladimir Putin

Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran bahawa Moscow akan berpihak kepada Syria jika Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ketenteraan ke atas negara sekutunya itu.


Beliau berjanji untuk 'membantu' Presiden Bashar al-Assad, jika AS melancarkan kempen tersebut, sekali gus menunjukkan bahawa kedua-dua pemimpin itu gagal mengurangkan perbezaan pendirian antara mereka berhubung isu Syria pada Sidang Kemuncak G20 di St. Petersburgh, minggu ini.

Putin berkata, dunia menentang tindakan ketenteraan ke atas Syria dan Rusia akan menyebelahi negara sekutunya itu.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

"Kami akan membantu Syria, kami akan melakukannya dan ketika ini pun kami telahpun membantu negara itu dengan menghantar senjata," katanya yang dipetik oleh The Telegraph.

Presiden Barack Obama berkata, 19 negara dalam G20 menyokong AS mengambil tindakan ketenteraan dengan 11 daripadanya telah menandatangani kenyataan menggesa 'tindak balas keras oleh antarabangsa' ke atas penggunaan senjata kimia di Damsyik.

Namun, Putin menafikannya dan menyatakan Perdana Menteri Britain, David Cameron mungkin telah menandatangani kenyataan tersebut, tetapi Parlimen negara itu menentang campur tangan tentera.

Katanya, hanya AS, Turki, Kanada, Arab Saudi dan Perancis yang menyokong campur tangan tentera dengan China, India, Indonesia, Argentina, Brazil, Afrika Selatan serta Itali menentangnya.

Rusia adalah pembekal senjata terbesar kepada Syria dan sejak beberapa minggu lalu, Moscow turut menghantar tiga kapal perang ke timur Mediterranean, dengan kapal keempat yang membawa 'kargo khas' kini dilaporkan dalam perjalanan ke kawasan berhampiran perairan Damsyik.

Serah kawalan gudang senjata kimia

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menggesa rejim Syria supaya menyerahkan kawalan gudang senjata kimia mereka kepada penyeliaan antarabangsa sebagai salah satu cara bagi mengelakkan daripada ancaman tindakan ketenteraan.

Lavrov berkata, pelan itu akan membantu mengelakkan serangan ketenteraan yang sedang dipertimbangkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Syria, Walid al-Muallem di Moscow.

Tambah Lavrov, cadangan tersebut telah pun dikemukakan kepada Muallem dan berharap mendapat jawapan yang cepat dan positif dari Syria.

Nafi dalangi serangan kimia

Presiden Syria, Bashar al-Assad menafikan beliau mendalangi serangan kimia ke atas rakyatnya dalam satu kejadian serangan dekat Damsyik bulan lalu.

Assad membuat pengakuan itu dalam satu temu bual dengan stesen televisyen CBS, semalam.

CBS melalui program berita, Face the Nation melaporkan, Assad turut menyatakan bahawa bukti yang dikemukakan oleh Barat tidak kukuh bagi menunjukkan berlakunya serangan kimia itu.

''Tiada bukti menunjukkan saya menggunakan senjata kimia ke atas rakyat saya sendiri,'' katanya dalam temubual di Damsyik, Syria.

Temubual penuh tersebut akan disiarkan melalui jaringan CBS dan rancangan temubual PBS, Charlie Rose, hari ini.

Rose berkata, beliau bertemu dengan Assad di Damsyik.

Petikan laporan Face the Nation merupakan ringkasan temubual tersebut dan tidak mengandungi sebarang audio atau video Assad.

(Baca: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!)

Sementara itu di London, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menolak dakwaan Assad yang menyatakan tiada bukti beliau menggunakan senjata kimia berkenaan.

''Bukti yang ada sudah jelas,'' kata Kerry kepada wartawan.

Beliau berkata, kawalan ke atas senjata kimia di Syria terletak di bawah kawalan Assad, abangnya, Maher dan seorang jeneral tentera.

''Senjata kimia di Syria dikawal dengan ketat oleh kerajaan pimpinan Assad. Tiga orang yang mengawal pergerakan dan penggunaan senjata kimia dan mereka adalah Assad, Maher dan seorang jeneral,'' katanya.

Menyalahi undang-undang

Serangan ketenteraan terhadap Syria yang bakal diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) adalah 'menyalahi undang-undang' berdasarkan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Luar Iran, Mohammad Javed Zarif di sini hari ini.

"Negara bertamadun 65 tahun lalu telah membuat pilihan dengan menolak piagam PBB untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

"Mengapa mereka yang menyokong serangan tersebut memanggil diri mereka sebagai negara bertamadun dan terus mendesak semua pilihan yang ada," kata Zarif dalam satu sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Hoshyar Zebari. -AFP/Reuters

-Sentiasapanas.com

Sunday, September 08, 2013

Pejuang Syria Berjaya Mencipta Peluru Berpandu Buatan Tangan!

Pejuang Syria Berjaya Mencipta Peluru Berpandu Buatan Tangan!

Mujahidin Syria mencipta roket peluru berpandu yang akan dilancarkan melalui lori. Mereka mencipta roket peluru berpandu yang agak besar itu dengan menggunakan air tangan mereka sendiri berserta peralatan yang mereka sedia ada.

Mujahidin Syria

Para Mujahidin tersebut tidak memerlukan senjata buatan Amerika, mahupun barat ataupun negara-negara yang maju untuk membantu mereka. Mereka hanya memerlukan pertolongan dan petunjuk daripada Allah S.W.T buat mereka.

Roket peluru berpandu buatan tangan ini mereka beri nama, "Arrow 3 Missile" dalam bahasa inggeris, manakala dalam bahasa melayu pula, cuba tafsirkan sendiri...

Masyarakat Muslim Syria sangat kreatif apabila mereka berdaya saing untuk berjuang kerana Allah S.W.T dan untuk tanah air mereka.

Namun begitu, rejim Assad telah menghentikan pembelajaran ilmu pengetahuan dan Sains untuk rakyat Syria berkembang maju selama 50 tahun, kerana keluarga Firaun Assad menginginkan rakyat Syria menjadi orang suruhan mereka.

Manakala Basyar Assad pula menginginkan rakyat Syria menyembah mereka dengan menjadikan rakyatnya sebagai hamba abdi.

Berikut adalah klip video mengenai demonstrasi roket peluru berpandu buatan tangan mujahidin Syria buat pertama kali dalam sejarah dunia:



Berikut adalah klip video mengenai Mujahidin FSA dari Liwa' Al-Islam meletupkan kereta kebal rejim Assad pada Ma'rakah Al-Khudhu' Lillahi 'Azza wa Jalla yang bermaksud peperangan yang hanya tunduk kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Mereka berjuang hanyalah semata-mata kerana Allah S.W.T untuk beroleh kemenangan yang hakiki.



Alhamdulillah, Mujahidin FSA dari batalion Syuhada Ruknuddin dan batalion Ghouta timur mendapatkan ghanimah (harta rampasan perang) berupa sebuah gudang dipenuhi bekalan peluru senjata setelah mereka berjaya memenangi peperangan terhadap pasukan rejim Assad dengan berkat perjuangan mereka semata-mata kerana Allah S.W.T untuk beroleh kemenangan yang hakiki. Cukuplah Allah sebaik-baik Penolong dan Perancang. Hasbunallahu wani'mal wakiil.

Adakah Amerika atau kuasa Barat yang membantu mereka? Tidak sama sekali! Mereka hanya dibantu dengan berkat doa umat Islam seluruh dunia, berkat kesabaran mereka dan tawakkal mereka terhadap Allah S.W.T, maka Allah bukakan bagi mereka pintu-pintu pertolongan dan kemudahan yang mereka tidak menyangka akan boleh dapat.

Cukuplah Allah sebaik-baik Penolong. Hasbunallah hiwani'mal wakiil. Berikut adalah klip video berkenaan:



Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Mayat Pejuang Syria Yang Masih Segar!

sumber: nukeufo89

Friday, September 06, 2013

Negara Arab Menawarkan Untuk Membiayai Kos Ketenteraan Serang Syria!

Negara Arab Menawarkan Untuk Membiayai Kos Ketenteraan Serang Syria!

Negara Arab menawarkan untuk membiayai sepenuhnya kempen ketenteraan menyerang Syria bagi menggulingkan Presiden Bashar al-Assad dengan syarat usaha itu diketuai tentera Amerika Syarikat.

Aktivis anti perang membawa sepanduk menyindir Presiden Amerika, Barack Obama 
di depan kedutaan Amerika di Kiev ketika membantah rancangan menyerang Syria.

“Mengenai tawaran negara Arab untuk membiayai (kempen ketenteraan), jawapannya adalah ya. Mereka bersedia. Tawaran sudah dibuat,” kata Setiausaha Negara Amerika, John Kerry.

Ditanya oleh ahli Dewan Perwakilan parti Republikan, Ileana Ros-Lehtinen, mengenai sejauh mana pembiayaan itu, Kerry berkata, bantuan kewangan itu ditawarkan sepenuhnya untuk serangan besar-besaran.

“Malah, ada yang berkata, jika Amerika sedia bertindak sepenuhnya seperti di tempat lain sebelum ini, mereka akan menanggung semua kos,” kata Kerry.

Ada penganalisis memberitahu media, kempen 90 hari membabitkan penggunaan senjata ringan kepada pemberontak, pelancaran peluru berpandu dan pesawat kawalan jauh dari kapal perang di Laut Mediterranean selain penerbangan jet tempur dari Turki memerlukan belanja AS$5 hingga AS$21 bilion (RM17.5 hingga RM73.5 bilion).

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

Cadangan buat masa ini oleh pentadbiran Presiden Barack Obama melancarkan serangan terhad mendapat sokongan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.

Sepuluh anggotanya memberi sokongan dan tujuh menentang meluluskan resolusi serangan.

Obama juga dijangka tidak menghadapi masalah mendapat sokongan Senat minggu depan kerana kelebihan anggota Demokrat di dewan itu.

Sabtu lalu, Obama mengumumkan akan meminta kebenaran 433 anggota Kongres bagi melancarkan kekerasan terhadap Syria atas penggunaan senjata kimia.

Sebelum ini, Presiden Amerika itu dilihat akan mengumpulkan sokongan antarabangsa bagi tujuan itu apabila menghadiri sidang G20 di Saint Petersburg, Russia, mulai semalam.

Pegawai Rumah Putih berkata, Obama akan mengadakan mesyuarat di luar sidang itu dengan Presiden Perancis, Francois Hollande, penyokong utama serangan terhadap Syria, selain pemimpin China dan Jepun.

Sementara itu, Russia memberi amaran bahawa serangan Amerika ke atas lokasi loji atom Syria akan membawa bencana nuklear di rantau itu.

Moscow juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat analisis risiko senario berkenaan.

Amaran itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar Russia, Alexander Lukashevich, di Vienna.

Jurucakap Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Gill Tudor, berkata agensi itu sedia menimbang langkah itu jika menerima permohonan rasmi Moscow. -Agensi

Panas! AS Rangka Draf Untuk Persediaan Menyerang Syria!

Panas! AS Rangka Draf Untuk Persediaan Menyerang Syria!

Wakil-wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) menyokong pelan Presiden Barack Obama untuk melancarkan serangan tentera ke atas Syria.

Krisis Syria
Gambar fail.

Perkembangan itu berlaku selepas Setiausaha AS, John Kerry merayu para pemimpin negara itu agar tidak hanya duduk di kerusi dan melihat sahaja serangan kimia yang berlaku di pinggir bandar raya Damsyik pada bulan lalu.

Wakil-wakil rakyat daripada Parti Demokrat dan Republikan kini merangka draf untuk AS melancarkan serangan ke atas Syria.

(Baca: Syria Tidak Gentar Biarpun Perang Dunia Ketiga Bakal Berlaku!)

Mereka menetapkan tarikh akhir 90 hari untuk AS berbuat demikian.

Namun, Senat menolak penghantaran askar AS ke bumi Syria.

Dua kaji selidik baru-baru ini mendapati, rakyat AS menentang tindakan ketenteraan ke atas Syria.

Konflik di negara Asia Barat itu yang memasuki tahun ketiga telah meragut lebih 110,000 nyawa.

Perkembangan dramatik itu berlaku ketika agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa lebih dua juta orang telah menjadi pelarian ekoran perang di Syria.

Obama sebelum ini menangguhkan sebarang tindakan ketenteraan ke atas Syria sehingga mendapat kelulusan Kongres pada sesi pengundian, 9 September ini.

"Ini bukan masa untuk kita duduk di kerusi malas. Ini bukan masa untuk kita sekadar menonton pembunuhan beramai-ramaiitu. Negara kita dan sanubari kita tidak boleh berdiam diri," kata Kerry kepada Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.

Selepas wakil-wakil rakyat Britain mengundi untuk tidak terlibat dalam tindakan ketenteraan terhadap rejim Presiden Syria, Ba- shar Al-Assad, Washington kini mencari sekutu lain untuk membina perikatan antarabangsa bagi tujuan itu.

Perancis sebelum ini menyokong rancangan AS menyerang Syria.

Negara Eropah itu dijadual mengadakan perdebatan tergempar di Parlimen semalam berhubung krisis Syria tetapi Perdana Menteri, Jean-Marc Ayrault menolak sebarang pengundian.

Presiden Perancis, Francois Hollande boleh mengarahkan tindakan ketenteraan tanpa kelulu- san Parlimen tetapi sebahagian wakil rakyat menggesa supaya isu tersebut diundi di Parlimen

Pada masa yang sama, Paris turut menggesa negara-negara Kesatuan Eropah supaya bersatu dan menyokong tindakan menghukum rejim Bashar.

"Eropah perlu bersatu dalam isu ini," kata Hollande dalam satu sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Jerman, Joachim Gauck.

"Apabila pembunuhan beramai- ramai menggunakan senjata kimia berlaku, apabila wujud bukti dan apabila pihak yang bersalah dikenal pasti seterusnya perlu ada tindak balas," tambahnya.

Sementara itu, pihak penentang Syria menyatakan, ia bimbang tentera Bashar akan melancarkan serangan senjata kimia baharu.

Ia berikutan pihaknya melihat tiga konvoi kenderaan yang dipercayai membawa senjata pembunuh besar-besaran itu baru-baru ini.

Obama memberitahu, serangan senjata kimia pada 21 Ogos lalu yang melibatkan gas sarin itu menjadi ancaman terhadap AS dan sekutu-sekutunya.

"Bashar dan Syria perlu bertanggung jawab," kata Obama.

Dalam perkembangan berkaitan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pula memberi amaran serangan tentera oleh Barat akan memburukkan lagi krisis di rantau berkenaan. -AFP

Thursday, September 05, 2013

Dr. Mahathir Yakin AS Tidak Akan Menyerang Syria

Dr. Mahathir Yakin AS Tidak Akan Menyerang Syria

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Amerika Syarikat (AS) tidak akan melakukan serangan ke atas Syria kerana tindakan itu disifatkan boleh memakan diri.


Dr. Mahathir berkata, ketegasan kerajaan pimpinan Barack Obama kononnya mahu menyerang Syria hanya bertujuan mengelak negara itu menanggung malu atas kenyataan sebelum ini.

Menurut beliau, AS sebelum ini mengugut akan menyerang Syria sekiranya negara itu menggunakan senjata pemusnah dan perkara tersebut sudah terbukti selepas beribu-ribu rakyat negara berkenaan dikatakan terbunuh kerana serangan senjata kimia baru-baru ini.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

"Jadi negara itu mahu mencari jalan keluar dengan menyatakan mahu bertanya kepada Kongres. Kongres AS mungkin membantah, rakyat AS sendiri tidak menyokong pembabitan negara mereka di Syria.

"Obama mahu lari sebab rakannya, Perdana Menteri Britain, David Cameron menyebut mahu menyerang Syria, tetapi Parlimen negaranya tidak setuju," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar mengenai Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, serangan AS ke atas Iraq dan Afghanistan sebelum ini memberi pengajaran perang jangka pendek adalah mustahil.

Menurut beliau, AS ketika menyerang Iraq mendakwa mampu menjalankan misi itu dalam tempoh hanya tiga bulan namun berlanjutan hingga lebih 10 tahun.

"Tetapi kini mereka mahu menyerang Syria pula. Apa sebenarnya yang mahu dilakukan di Syria? Mereka mendakwa mahu berperang secara terhad, tetapi bagaimana mahu mengehadkan perang?" katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir menasihatkan rakyat menyelaraskan cara hidup berikutan kenaikan harga minyak.

"Sekarang naik 20 sen, mula-mula rasa pedih tetapi buatlah sedikit penyelarasan. Minyak di Britain dijual dengan harga RM7 seliter," katanya.

Ditanya cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdialog dengan kerajaan, beliau berkata, dialog seperti itu tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak. -Utusan

Syria Tidak Gentar Biarpun Perang Dunia Ketiga Bakal Berlaku!

Syria Tidak Gentar Biarpun Perang Dunia Ketiga Bakal Berlaku!

Syria menegaskan negara itu tidak gentar berdepan dengan kemungkinan serangan tentera Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia meskipun berlakunya Perang Dunia Ketiga.

Perang Dunia Ketiga

Dalam temu bual eksklusif AFP dengan Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Muqdad, beliau berkata negara itu sudah mengambil langkah sepatutnya untuk mempertahankan negara itu daripada serangan luar.

Beliau juga menegaskan bahawa Russia tidak akan menyokong tindakan Barat untuk menyerang Syria meskipun Presiden Vladimir Putin mengesyorkan agar Barat mempertimbangkan tindakan itu dengan sebaik-baiknya.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

“Amerika sedang menggerakkan tenteranya dan Damsyik juga melakukan perkara sama dan sekutu kita juga menawarkan bantuan yang diperlukan," katanya.

“Iran, Russia, Afrika Selatan dan beberapa negara Arab sudah menolak sebarang tindakan untuk menyerang Syria dan mereka bersedia untuk berdepan dengan peperangan yang akan disytiharkan Amerika dan sekutunya termasuk Perancis," katanya.

“Kerajaan Syria tidak akan mengubah sebarang kedudukan walaupun berlakunya Perang Dunia Ketiga. Tiada satupun rakyat Syria sangup mengorbankan kemerdekaan negara mereka," katanya.

Ketika ini, Presiden AS, Barack Obama sedang bertungkus-lumus untuk menyakinkan ahli Kongres bagi menyerang rejim Presiden Bashar al-Assad.

Obama Akhirnya Dibenarkan Serang Syria

Krisis Syria

Presiden Amerika Syarikat (AS) akhirnya diberi lampu hijau untuk memulakan tindakan ketenteraan ke atas rejim Bashar al-Assad di Syria.

Sebuah panel Dewan Senat AS memberi kebenaran selepas undi membenarkan 10 manakala tujuh undi menolak.

Undian penuh Senat dijangka dilakukan pada minggu depan.

Resolusi itu nanti akan membenarkan Obama menyerang Syria, tetapi dengan syarat serangan itu tidak boleh melebihi 90 hari dan tidak melibatkan sebarang anggota untuk peperangan di darat.

Undian ini menjadikan ia kali pertama berlaku di kalangan ahli politik AS selepas kali terakhir undian sebegitu diberikan pada Oktober 2002 memberi kebenaran kepada Presiden George W Bush untuk menyerang Iraq.

Memetik laporan Metro UK, Obama dalam satu sidang media di Stockholm, Sweden berkata kuasa barat mesti komited dengan apa yang diperkatakan mereka.

“Bukan kredibiliti saya yang dipertaruhkan di sini tetapi, kredibiliti masyarakat antarabangsa yang dipertaruhkan,” katanya.

“Kredibiliti AS dan Kongresnya juga dipertaruhkan kerana selama ini, Amerika yang memperjuangkan dengan kata-kata tentang isu-isu antarabangsa begini adalah penting.

Serangan AS itu nanti bakal menelan belanja yang besar kepada Obama.

Setiusaha Pertahanan AS Chuck Hagel berkata pihaknya telah melihat kos-kos belanja berbeza untuk tindakan ini dan ia mungkin berjumlah berpuluh juta Dollar Amerika. -mStar/Mynewshub

Proton Saga BLM Dijadikan Bom Kereta Di Syria!

Proton Saga BLM Dijadikan Bom Kereta Di Syria!

Seperti yang diketahui perang di Syria masih lagi berlaku.

Proton Saga BLM jadi bom kereta di Syria

Namun, penulis ingin berkongsikan video di bawah ini yang memaparkan kenderaan buatan Malaysia, Proton Saga BLM telah digunakan sebagai alat peledak bom.

Mereka telah mencipta dan mengubah suai bahan-bahan letupan di dalam rangka kereta tersebut selain menguji alat kawalan jauh yang dibuat mereka.

Proton Saga yang digunakan kelihatan sangat uzur kerana ketiadaan lampu belakang, nombor plat serta warnanya pun sudah pudar.

Kenderaan itu kemudiannya dipandu ke tempat sasaran sebelum diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh tersebut.



Penulis hanya mampu berharap agar peperangan di sana segera berakhir dan akhirnya kemenangan akan berpihak kepada pihak yang benar.

BACA INI JUGA: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!

Sumber: Mynewshub

Tuesday, September 03, 2013

 Perang AS, Syria Demi Israel

Perang AS, Syria Demi Israel

Penduduk di kawasan Ghouta, pinggir Damsyik, mendakwa Putera Arab Saudi, Bandar Sultan Al Saud adalah dalang utama membekalkan senjata kimia kepada al-Qaeda sebelum insiden serangan roket bergas.


Menerusi laporan veteran antarabangsa AP, berdasarkan temu bual bersama sekumpulan doktor, penduduk, FSA dan ahli keluarga mangsa di Ghouta, kumpulan militan pernah menerima bekalan senjata kimia menerusi ketua perisik Arab Saudi iaitu Putera Bandar.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

Laporan itu menyebut, seorang bapa kepada ahli militan mengaku anak lelakinya bersama 12 rakan yang lain telah dibunuh di dalam terowong yang digunakan sebagai gudang menyimpan senjata yang dibekalkan pemimpin militan Arab Saudi, Abu Ayesha.

"Struktur senjata itu kelihatan seperti mesin tiub dan mempunyai balang gas yang besar," katanya.

Sementara itu, anggota FSA pula berkata, mereka langsung tidak dimaklumkan mengenai kewujudan senjata kimia itu, malahan tidak tahu cara menggunakannya.

Satu lagi militan menuduh militan Takfiri yang bercabang dengan al-Qaeda dan Barisan al-Nusra mengetahui perkara sebenar membabitkan isu serangan itu.

Wartawan itu juga memaklumkan, kumpulan doktor yang ditemu bualnya turut mempersoalkan identiti dalang pembekal senjata kimia di Damsyik.

Malah, lebih mengejutkan apabila puluhan anggota militan mengaku bahawa mereka telah dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi di mana Putera Bandar sebagai pengantaranya.

Bagaimanapun, agensi Independent pernah melaporkan, jabatan risikan Putera Bandar pernah menuduh kerajaan Syria sebagai dalang menggunakan gas sarin dalam usaha menggulingkan Presiden Bashar al-Assad dalam Februari lalu.

The Wall Street Journal pula melaporkan, ketua perisik Arab yang digelar oleh Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) sebagai sekutu diplomatik veteran Washington dan negara Arab, mampu menjadi pengantara menghantar sumber kewangan dan senjata secara rahsia.

Komander Pasukan Keselamatan Sukarela Basij di Iran, mendedahkan tindakan melulu AS untuk menyerang Syria adalah sebagai salah satu usaha Washington memanjang tempoh dasar melindungi rejim Israel.

"Benar atau tidak, secara kasarnya AS memang mahu menentang pengganas atau mencari dalang si pengebom kimia itu, tetapi jika dilihat dari maksud tersirat, misi mereka adalah untuk mempertahankan rejim Zionis," kata Brigedier Jeneral Mohammad Reza Naqdi, di Tehran, kelmarin.

Menurut Naqdi, AS juga pernah mengetuai peperangan di Afghanistan yang dimulakan pada 2001 atas alasan untuk menghapuskan kuasa Taliban dan mampu menggugat negara Barat.

Naqdi turut mengutuk pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003 dengan dakwaan negara itu memiliki senjata pemusnah terbesar di bawah kuasa rejim Iraq, Saddam Hussein.

"Tetapi, sehingga kini mereka masih belum menjumpai mana-mana senjata pemusnah yang didakwa mampu menggugat negara mereka," kata Naqdi.

Lebih sejuta rakyat di negara-negara Arab dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan peperangan yang diketuai AS. -SinarOnline


Monday, September 02, 2013

AS Tangguh Rancangan Serang Syria!

AS Tangguh Rancangan Serang Syria!

Presiden AS membuat kejutan semalam apabila menangguhkan rancangannya menyerang Syria, sebaliknya cuba mendapatkan sokongan daripada Kongres - langkah berisiko yang belum pernah diambil pemimpin terdahulu.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk mengecam kerajaan Syria dan Mesir 
yang membunuh kanak-kanak ketika menyertai protes di Sydney, Australia.

Disebabkan keputusan itu, sebarang kemungkinan serangan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad tidak akan berlaku sekurang-kurangnya sehingga 9 September ini apabila ahli Kongres kembali daripada percutian masing-masing.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

Obama bertegas dia mempunyai tetap berhak melakukan serangan walau apa pun keputusan Kongres nanti, manakala Rumah Putih berkata, penangguhan itu membolehkan presiden mereka membina sokongan antarabangsa.

Liga Arab bertemu di Kaherah hari ini dan dijangka mengeluarkan resolusi mengutuk Bashar yang didakwa menggunakan senjata kimia ke atas rakyat Syria 21 Ogos lalu.

Obama pula akan melawat Russia - negara sekutu Syria - minggu ini untuk Sidang Kemuncak G-20 Jumaat ini.

Bagaimanapun cabaran terbesar dan paling berbahaya untuk Obama ialah kemungkinan kredibilitinya tercalar kerana tiada jaminan Kongres akan menyokongnya.

Malah pemerhati berpendapat Obama mungkin mengalami nasib sama seperti Perdana Menteri Britain, David Cameron yang diaibkan di Parlimen minggu lalu.

Sebelum itu Obama berkata, tentera AS sentiasa bersedia melancarkan serangan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

“Kemampuan kita melaksanakan misi ini tidak dipengaruhi masa, sama ada esok, minggu depan atau sebulan dari sekarang,” katanya.

Ketika anggota keselamatan meningkatkan pengawasan ke atas warga Syria di AS menjelang detik itu, Damsyik pula mendakwa mereka sentiasa bersedia bertindak balas atas sebarang serangan luar.

Perdana Menteri Wael al-Halqi berkata, tentera Syria sedia sepenuhnya dan “tangan kami sudah berada di pemicu” untuk menghadapi sebarang keadaan.

Yakin rancangan bakal diteruskan

Keputusan Presiden Barack Obama menangguhkan serangan ke atas Syria ternyata mengecewakan pembangkang kerajaan tetapi mereka tetap yakin rancangan itu akan diteruskan.

Pegawai kanan Majlis Kebangsaan Syria, Samir Nashar berkata, mereka menjangkakan tindakan Amerika Syarikat (AS) diambil lebih cepat dan serangan segera dilakukan.

“Bagaimanapun kami yakin Kongres akan memberi lampu hijau kepada Obama,” katanya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, Samir juga yakin Liga Arab akan “memberikan sokongan kuat” kepada tindakan ketenteraan diketuai AS nanti.

Sejurus sebelum Obama membuat keputusan penangguhan berkenaan penyiasat PBB meninggalkan Syria selepas menghabiskan masa empat hari mengumpul bukti serangan gas beracun didakwa dilakukan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun, keputusan ujian dijangka hanya akan dapat diketahui selepas tiga minggu. -AFP

Sunday, September 01, 2013

Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?

Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?

Dalam hadis dibawah, digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali Eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO.

Perang Akhir Zaman

Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin.

Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka.

Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.

Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A).

Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):

"Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70,000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar" dan bantuan akan diberikan kepada mereka dan mereka akan memasukinya dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam).

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom) adalah dari keturunan al-ees, putera Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam).

Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka" dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Dan satu pertiga akan mendapat kemenangan dan mereka akan menakluki Konstantinopel.

Pada ketika itu, umat Islam akan mempunyai limpahan kekayaan, emas dan perak. Kaum Muslim akan diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan.

Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang, "Wahai Nabi Allah! Adakah kita sangat sedikit jumlahnya?"

Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn'..!"

Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Kamu akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan berperang dengan yang lain. Kamu akan mendapat kemenangan. Pada masa itu, kamu akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan.. " Ini akan memulakan perang. Satu pertiga akan melarikan diri. Taubat mereka tidak akan diterima. Satu pertiga lagi akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Dan satu pertiga lagi  akan berperang dan akan mendapat kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah).

Wallahu a'lam..

BACA INI JUGA: Kononnya Dajjal Berusia 4000 Tahun Dan Sangat Menyusahkan

[Sumber]

Perisik Turki Yakin Tentera Syria Dalang Serangan Gas Beracun

Perisik Turki Yakin Tentera Syria Dalang Serangan Gas Beracun

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semalam menyatakan hasil maklumat risikan negara itu membuktikan pasukan tentera Presiden Bashar Al-Assad bertanggungjawab melancarkan serangan gas saraf di Damsyik pada minggu lalu.

Krisis Syria
Potret Bashar pada dinding bangunan Hospital Tentera Yousef 
di Damsyik semasa lawatan pasukan pakar senjata kimia PBB.

Sebelum ini, Ankara menegaskan bahawa pihaknya bersedia menyertai apa jua bentuk tindakan ke atas Bashar oleh Barat walaupun tanpa mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Turki juga telah meletakkan angkatan bersenjatanya dalam keadaan bersiap sedia bagi mengawal negara itu daripada ancaman Syria.

"Daripada pandangan kami, secara keseluruhan dan berdasarkan siasatan perisikan kami serta penilaian beberapa pakar, tidak syak lagi bahawa rejim Bashar bertanggungjawab melakukan serangan kejam itu," kata Davutoglu.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) akan menyiarkan laporan perisikannya berhubung serangan yang didakwa telah meragut lebih 1,300 nyawa itu hari ini.

Sekutu AS, Perancis pula menegaskan pihaknya sedia turut serta jika AS bertindak menyerang Syria sebagai menghukum rejim Bashar kerana menggunakan senjata kimia walaupun tanpa kelulusan PBB.

Senjata pemusnah besar-besaran itu diharamkan dalam Konvensyen Geneva.

Pendirian Paris itu berbeza dengan London.

Parlimen Britain semalam menolak campur tangan ketenteraan negara itu di Syria. -Agensi

Saturday, August 31, 2013

 AS Bersedia Serang Syria Pada Bila-bila Masa!

AS Bersedia Serang Syria Pada Bila-bila Masa!

Amerika Syarikat semalam memberi isyarat bahawa ia bersedia bertindak bersendirian ke atas Syria jika perlu untuk melindungi keselamatan kepentingannya selepas parlimen Britain menolak usul kerajaan Perdana Menteri David Cameron untuk melancarkan serangan peluru berpandu.

Krisis Syria
Gambar fail.

Pentadbiran Presiden Barack Obama yang kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun mengesahkan negara itu akan melaksanakan campur tangan bersenjata dalam persidangan dengan pemimpin Kongres malam Khamis lalu.

Presiden Perancis Francois Hollande yang pertama menyokong tindakan tentera dan pemimpin Jerman yang juga sudah menyatakan sokongan, meminta tindakan tentera ditangguhkan sehingga Majlis Keselamatan PBB membuat penilaian ke atas bukti yang dikumpulkan pakar senjata kimia yang masih berada di Syria.

Ketika Pentagon mengerakkan armada pemusnah kelima dilengkapi peluru berpandu ke timur Mediterranean, negara sekutu utamanya, dilihat belum bersedia.

Presiden Perancis Francois Hollande yang pertama menyokong tindakan tentera dan pemimpin Jerman yang juga sudah menyatakan sokongan, meminta tindakan tentera ditangguhkan sehingga Majlis Keselamatan PBB membuat penilaian ke atas bukti yang dikumpulkan pakar senjata kimia yang masih berada di Syria.

Dalam satu temuramah televisyen Rabu lalu, Obama berkata keselamatan ke atas kepentingan Amerika di Syria termasuk menghentikan penggunaan senjata kimia, menyekat pengganas daripada mendapat senjata terbabit dan melindungi negara jiran yang menjadi sekutunya seperti Israel dan Turki.

Pegawai berkata, Obama tidak berminat untuk mengemukakan perkara itu di PBB, kerana pasti Russia akan menyekat sebarang resolusi untuk mengutuk Syria, manakala China hampir pasti mengambil tindakan serupa.

“Kami akan membuat keputusan kami sendiri dan menentukan masanya,” kata jurucakap Jabatan Negara Marie Harf tanpa menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil.

Beliau menafikan bahawa pentadbiran Obama meningkatkan usaha perisikan dan enggan membincangkan bukti yang diperoleh tetapi menolak andaian tindakan diambil sama seperti apa yang dilakukan ke atas Iraq.

Timbalan jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest, berkata Obama berminat untuk mendapatkan kerjasama masyarakat antarabangsa ketika beliau menimbang sama ada mahu melancarkan serangan peluru berpandu. -AGENSI

Friday, August 30, 2013

Persiapan Perang Untuk Menyerang Syria!?

Persiapan Perang Untuk Menyerang Syria!?

Britain menghantar enam jet pejuang jenis RAF Typhoon ke Cyprus bagi mempertahankan kedaulatannya di rantau itu ketika meningkatnya ketegangan di Syria dan rundingan berhubung campur tangan tentera Barat di Damsyik.

RAF Typhoon
Jet pejuang RAF Typhoon.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, jet pemintas udara ke udara itu akan ditempatkan di Pangkalan Akrotiri Britain di Cyprus, hari ini.

"Ini adalah semata-mata sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kepentingan Britain dan mempertahankan kedaulatan pangkalan kami di rantau itu ketika ketegangan di rantau itu sedang memuncak.

"Langkah ini juga adalah untuk mempertahankan operasi aset udara ke udara dan bukan untuk terlibat dalam tindakan ketenteraan ke atas Syria," kata jurucakap itu.

Cyprus terletak kira-kira 200 kilometer dari perairan Syria.

Britain turut mempunyai kapal-kapal perang di Laut Mediterranean.

Rusia hantar 2 kapal perang ke Laut Mediterranean

Russia's Moskva missile cruiser
Gambar fail merakamkan kapal pelancar peluru berpandu Rusia, Moskva. 
Rusia dilapor akan menghantar dua kapal perangnya ke timur Laut Mediterranean.

Rusia dilaporkan akan menghantar dua kapal perang ke timur Laut Mediterranean ketika kuasa Barat bersedia melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria ekoran dakwaan negara itu menggunakan senjata kimia dalam perang saudara di negara itu pada minggu lepas.

Agensi berita Interfax yang memetik sumber melaporkan kapal pelancar peluru berpandu dan kapal antikapal selam Rusia itu akan tiba di perairan tersebut tidak lama lagi kerana situasi 'yang sudah diketahui'.

Bagaimanapun, tentera laut Rusia menafikan arahan tersebut mempunyai kaitan dengan konflik di Syria, sebaliknya menyatakan ia merupakan sebahagian daripada rutin bagi menyusun kapal-kapal di sana.

Tentera laut Rusia tidak pula memberikan maklumat lanjut mengenai jenis dan jumlah kapal yang terlibat dalam arahan tersebut.

Laporan awal Interfax menyatakan bahawa tujuan penghantaran kapal-kapal tersebut adalah untuk mengukuhkan kedudukan tentera laut Rusia di rantau tersebut dan bukan bagi menggantikan kapal yang sedia ada.

Obama belum buat keputusan

dont attack syria

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama masih belum membuat keputusan, sama ada akan mengambil tindakan ketenteraan ke atas Syria atau tidak, namun Washington berkata, tindakan itu dijangka akan diteruskan jika usaha mendapatkan mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung konflik di Syria menemui kegagalan.

Obama berkata, Washington telah menyimpulkan bahawa kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad bertanggungjawab terhadap serangan senjata kimia dekat Damsyik pada minggu lepas.

Washington dijangka mendedahkan kepada umum laporan tentang serangan itu, yang mengorbankan lebih 1,300 rakyat Syria.

Apabila ditanya tentang keputusan sama ada AS akan mengambil tindakan ketenteraan akan melibatkan pelancaran peluru berpandu, Obama berkata: ''Saya masih belum membuat keputusan.''

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa tindakan ketenteraan AS akan dibuat untuk memberi amaran keras supaya Syria tidak lagi mengulangi penggunaan senjata kimia.

Obama mengaku serangan terhad yang dirancang oleh White House tidak akan menghentikan pembunuhan orang awam di Syria tetapi penglibatan negara ini dalam perang saudara di negara itu yang menyaksikan lebih 100,000 orang maut tidak akan membantu keadaan.

Pemimpin AS itu yang mahu legasi diingati sebagai menamatkan perang dan tidak memulakan perang melibatkan negara-negara asing, menegaskan bahawa adalah penting untuk menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada Syria tetapi kepada seluruh dunia.

Terdahulu, Washington secara jelas menyatakan bahawa resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung pemberian asas undang-undang untuk mengambil tindakan ketenteraan cadangan Britain, tidak akan berjaya ekoran penentangan Rusia.

''Kami tidak melihat kejayaan usaha ini ekoran penentangan Rusia terhadap sebarang tindakan bermakna Majlis Keselamatan PBB terhadap Syria,'' kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf. -AFP/Reuters

-Sentiasapanas.com

Thursday, August 29, 2013

Israel Dakwa Adik Assad Dalang Serangan Senjata Kimia!

Israel Dakwa Adik Assad Dalang Serangan Senjata Kimia!

Sebuah saluran televisyen Israel mendakwa, adik kepada Presiden Bashar al-Assad menjadi dalang dalam serangan senjata kimia yang mengorbankan lebih 1,300 rakyat Syria termasuk kanak-kanak, baru-baru ini.


Maher al-Assad, komander kepada 10,000 tentera Pengawal Republikan dan Divisyen Armor Keempat Syria merupakan tokoh utama dalam perang saudara di negara itu sejak dua setengah tahun lalu.

Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang ditakuti dalam kerajaan Syria dan tidak muncul di khalayak umum sejak lebih setahun lalu.

Malah, Maher pernah dilaporkan menembak penunjuk perasaan tanpa senjata semasa kebangkitan rakyat yang bermula pada 2011.

Laporan berita The Channel 2 mendakwa, serangan itu telah dilancarkan dari pangkalan Divisyen Armor Keempat Syria di selatan Damsyik.

Bagaimanapun, Syria dengan tegas menafikan penggunaan gas saraf dalam serangan itu.

Dalam perkembangan berasingan, Presiden Perancis, Francois Hollande semalam berikrar untuk ‘menghukum’ kerajaan Syria yang menjadi suspek utama serangan kimia di Damsyik dan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada kumpulan penentang kerajaan.

“Perancis telah bersedia untuk menghukum mereka yang membuat keputusan dengan menggunakan senjata kimia terhadap mangsa yang tidak bersalah,’’ katanya dalam satu ucapan yang disiarkan televisyen negara ini sambil menuding jari kepada Assad.

Hollande pada Khamis ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan utama penentang kerajaan yang menyalahkan kerajaan Syria dalam serangan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, sebarang tindakan ke atas Damsyik akan dirancang bagi menghalang penggunaan senjata kimia bukan sahaja di Syria, tetapi di seluruh dunia.

Selepas mengumumkan Parlimen Britain akan dipanggil semula esok bagi membincangkan tentang sebarang tindakan kemungkinan, Cameron menyifatkan penggunaan senjata kimia sebagai ‘tidak dapat dimaafkan dari segi moral’. -AFP/AGENSI

Saturday, August 24, 2013

Belia Yang Berjihad Di Syria Di Halang Muncul Di TV Al-Hijrah!?

Belia Yang Berjihad Di Syria Di Halang Muncul Di TV Al-Hijrah!?

Pada 4 Ogos lepas, berita berkenaan tindakan seorang belia Islam Malaysia yang membuat keputusan untuk berperang mengangkat senjata menentang rejim syiah Basyar Assad.


Faisal Hamdi anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.

(Baca: Pemuda Malaysia Sertai Jihad Melawan Tentera Rejim Syiah Basyar Assad!)

Namun tidak tahan melihat kekejaman berlaku di Syria dan dia sendiri sudah lama memendam hasrat untuk jihad fisabilillah, Faisal dikatakan menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad.

Bagaimanapun Faisal yang dipercayai sudah pun kembali ke tanah air dan akan muncul di rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah pagi Jumaat dan memaklumkan di laman Facebooknya akan muncul lagi pagi ini dalam rancangan yang sama.

Bagaimanapun, Faisal dalam laman Facebooknya berkata beliau mendapat makluman bahawa beliau tidak boleh muncul di kaca TV tetapi tidak dijelaskan sebabnya.

“LATEST!!!, Maaf kepada yang menunggu siaran langsung saya di rancangan ASSALAMUALAIKUM di TVAlhijrah esok, saya baru mendapat makluman bahawa saya TIDAK DIBENARKAN MUNCUL DI TV tanpa dimaklumkan sebab-sebabnya. Faisal Hamdi sudah diGAM!!”

Berikut merupakan status terkini Faisal yang sehingga kini beliau tidak menjelaskan apa sebabnya Faisal tidak dibenarkan untuk muncul di kaca TV stesen TV Al-Hijrah. - Mynewshub


Siapa pemilik stesen TV AlHijrah?


TV AlHijrah merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia. Ia beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM. Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda iaitu bekas Ketua Pegawai Operasi TV9 milik media prima.

TV AlHijrah mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak, menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

TV AlHijrah dapat ditonton menerusi Astro saluran 114 bermula 1 Jun 2011. Siarannya telah dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Pada 1 Januari 2012, TV Alhijrah mula menambah jumlah masa penyiaran bermula dari 6 pagi berbanding dahulu iaitu bermula 12 tengah hari dengan beberapa lagi rancangan tambahan bagi memuaskan hati penonton setia mereka. -Wikipedia

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 07, 2013

Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah

Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah

Satu keajaiban berlaku apabila syaitan-syaitan Basyar cuba merobek tubuh syuhada tetapi usaha mereka tidak berhasil. Tubuh syuhada seolah-olah kebal dari tikaman dan tidak lut oleh senjata tajam.


ALLAH MAHA BERKUASA!



Jangan Salah Faham Perjuangan Rakyat Syria

Ada yang mengatakan rakyat Syria tidak bersyukur dengan kerajaan yang ada, segala keamanan, kemudahan, masjid, universiti, perhubungan awam dan sebagainya telah pun tersedia.

Kenapa perlu lagi untuk memberontak dan menjatuhkan kerajaan yang ada? Bukankah ini memberi kredit kepada musuh-musuh Islam untuk merangka strategi bagi memecah belahkan umat Islam?

Wahai pembaca sekalian, janganlah kita mudah percaya dan terus diperdaya oleh pihak-pihak musuh Islam, kerana dengan jelas, kita semua tahu bahawa mereka lebih berkuasa dan memonopoli seluruh teknologi dan media masa.

Kadang-kadang kita merasa sedih dengan mereka-mereka yang sewenang-wenangnya menuduh kebangkitan rakyat Syria ini tidak wajar dengan menggelar mereka ganas, buas, hipokrit dan sebagainya.

Sebenarnya anggapan buruk seperti ini sangat meleset dan tidak betul sama sekali, kerana kebangkitan rakyat Syria direstui oleh seluruh ulamak-ulamak Islam terutamanya persatuan ulama sedunia.

Malah kebangkitan mereka melawan kerajaan zalim Basyar Assad adalah untuk menuntut keadilan dan memberhentikan tindakan ganas yang dibuat oleh kerajaan Assad.

Sanggupkah kita melihat kezaliman yang dibuat oleh Basyar sejak lebih 20 tahun yang lalu. Setiap hari dan masa ada sahaja rakyat yang tidak berdosa diseksa dan dibunuh tanpa mengira usia dan jantina.

Ada sahabat saya pergi ke sana antara sempadan Syria dan Turki, setiap pelarian yang lari ke Turki menceritakan bagaimana kezaliman yang dilakukan oleh Basyar dengan menggunakan tentera atau polisnya memukul, membunuh dan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa berperi kemanusiaan.

Di mana sahaja mereka tinggil tidak kira dalam rumah, parit, hutan atau gua mesti dicari dan dibunuh apabila tentera Basyar mengetahui bahawa mereka ini adalah penganut Sunni (Ahli Sunah Wal Jemaah). Sebab itulah mereka bangkit dan mengangkat senjata untuk mempertahankan diri, kerana itu sahaja usaha yang mereka ada.

Jika hendak diharapkan badan dunia seperti PBB atau negara-negara Islam yang lain, hingga sekarang masih banyak negara Islam berdiam diri.

Hendak diharapkan kuasa barat, memang tidak ada harapan, kerana kebanyakan tentera Pembebasan Syria terdiri daripada mereka yang cintakan mati syahid, ramai ulama Syria menyertainya.

Malah mereka berikrar sanggup mati dari diperlakukan seperti anjing oleh tentera Basyar. Mereka juga berpegang dengan keyakinan pertolongan Allah di atas perjuangan mereka menentang musuh Allah walaupun mereka tidak dibantu oleh mana-mana negara kecuali Mesir, Turki dan Palestin.

Bantuan yang datang adalah dari pemuda dan lelaki dari negara-negara jiran yang cintakan mati syahid.

Amat meleset kepada sesiapa yang mengatakan bahawa tentera Pembebasan Syria ini dibantu oleh Amerika, Israel dan Barat.

Kalau benar dibantu sudah lama Amerika hantar kapal perang dan mengebom sasaran tentera Basyar seperti mana mereka lakukan kepada Libya.

Sekiranya betul mereka cintakan keamanan, sudah tentu mereka hantar tentera PBB seperti berlaku di Lubnan bagi memantau keadaan.

Kes ini sama dengan Palestin, kerana rakyatnya yang mengangkat senjata menentang Zionis dianggap pengganas dan menentang pendamaian.

Inilah modus operandi yang digunakan kepada pejuang dan rakyat Syria bagi menentang kezaliman Basyar.

Tambah pula, konflik yang berlaku di Syria sekarang ini telah bercampur pula dengan masalah Syiah dan Sunni. Basyar merupakan penganut Syiah Nusairi dan penentangnya pula terdiri daripada Sunni.

Jadi negara-negara sekeling yang dipimpin oleh Syiah dan kumpulan-kumpulan Syiah lain tidak merelakan Syria jatuh ke tangan Sunni.

Sebab itulah mereka sanggup menghabiskan belanja yang banyak untuk membantu Basyar mempertahankan pemerintahannya.

Berduyun-duyun tentera dihantar untuk membantu Basyar antaranya terdiri dari tentera revolusi Iran, tentera Mahdi Iraq dan Tentera Hisbullah.

Tidak cukup dengan itu, Russia turun membantu kerana Basyar ini adalah sekutu kuatnya.

Sebab itulah ulamak-ulamak Sunni lantang bersuara dan ada yang mengeluarkan fatwa Basyar wajib dibunuh.

Sebagai pembuktian saya muatkan di sini Khutbah yang disampaikan oleh Ketua Ulamak Dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi:

“Kewajipan bagi semua untuk menentang Iran dan Hizbu Lata (Hizbullah), seluruh negara Arab perlu bersatu menentang kedua-duanya.”

Syiekh juga menjelaskan bahawa Basyar, Iran, HIzbullah adalah sebagai musuh umat Islam dan wajib kepada kita untuk menentangnya. “Bagaimana orang Malaysia yang menyokong Basyar?” Takkan nak tentang fatwa ulamak besar. Ingat tentang ulamak ini bererti tentang Allah dan rasulNya. Muhasabah balik diri tu, perbetul balik mana yang tak betul.

Muktamar Ulamak Ummah yang bersidang di Kaherah Mesir juga telah mengeluarkan beberapa resolusi mengenai kebangkitan rakyat Syria.
  • Wajib Jihad untuk membantu saudara-saudara kita di Syria. Jihad melalui tubuh badan, kewangan dan menghantar senjata kepada mujahidin. Selain itu, diusahakan setiap cara lain untuk jihad dan bantuan kepada Mujahidin.
  • Apa yang berlaku di Bumi Syam, dari pencerobohan teruk oleh Iran dan Hizbu Syaitan dan rakan-rakan mazhab mereka tindakan "mengisytiharkan perang" terhadap Islam dan setiap negara Islam bukan sahaja Syria.
  • Wajib untuk menyatukan semua negara-negara Islam secara amnya dan menyatukan Mujahidin khasnya. Dan jika mana-mana pihak yang mempunyai pertikaian, kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah.
  • Jemaah Ulama Umat Islam meminta negara Barat, Islam, PBB, negara-negara teluk, pakatan Islam dan Liga Arab mengambil pendirian yang berani dan jelas terhadap penceroboh mazhab dan perlu membantu Mujahidin secara terbuka dengan semua yang mereka perlukan terutamanya senjata dan wang.
  • Memboikot semua negara yang membantu mereka seperti Rusia, China dan Iran (snake head). Wajib untuk mempunyai sokongan politik dengan melantik Duta dari rakyat Syria yang bersama perjuangan rakyat bukan sama sekali dari puak pembunuh.
  • Wajib kepada semua umat Islam untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membalas dendam atas darah kanak-kanak Syria di tangan Iran.
  • Menjemput semua pemikir, penulis, ahli politik dan media untuk memulakan menyokong perjuangan Syria dengan semua cara.
  • Mengingatkan tentera Basyar, haram untuk membunuh mereka yang tidak bersalah dan haram untuk menyokong kezaliman Bashar. Dan adalah wajib untuk menyertai Mujahidin terhadap kuffar.
  • Mengingatkan PBB akan tanggungjawab Antarabangsa mereka terhadap apa yang berlaku di Syria. Meletakkan segala jenis tekanan ke atas mereka (Hizbu Syaitan dan Iran) kerana mereka mempunyai double standard dan kami mahu mendedahkan mereka kepada seluas-luasnya kepada umat Islam.
  • Membantah tindakan memanggil Mujahidin di Syria sebagai pengganas atau pemberontak daripada mana-mana media Islam. Mereka Mujahidin dan Pejuang Kebebasan. Pada masa yang sama, mereka menutup satu mata terhadap jenayah dahsyat yang dilakukan oleh Iran dan sekutunya.
  • Wajib ke atas semua Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi-Organisasi Bantuan Kemanusiaan untuk segera dan bekerja keras untuk membantu Syria. Menyediakan mereka dengan ubat-ubatan dan makanan dan tempat tinggal. Dengan apa jua cara bagi membantu mereka sehingga mereka berjaya menentang musuh mereka.

Akhir sekali, diharapkan tidak ada lagi salah faham mengenai perjuangan rakyat Syria untuk menentang kezaliman Basyar. Mereka juga adalah saudara Islam kita dan wajib bagi kita untuk membantu mereka sekadar kemampuan yang ada.

Tidak mungkin kita dapat membekalkan mereka dengan jasad kita sebagai pejuang. Tetapi kita mampu dengan sumbangan lain seperti doa, hujah dan wang.

Kasihanilah mereka, kerana mereka sentiasa memerlukan sumbangan kita paling remeh adalah dengan doa kita kepada Allah agar diturunkan kemenangan untuk mereka bagi membebaskan Syria.

BACA INI JUGA: Briged Al-Qassam, Perjuangan Atas Nama Allah

Sumber: Daengselili/Ustaznoramin
[Edited by SP]