Monday, September 02, 2013

AS Tangguh Rancangan Serang Syria!


Presiden AS membuat kejutan semalam apabila menangguhkan rancangannya menyerang Syria, sebaliknya cuba mendapatkan sokongan daripada Kongres - langkah berisiko yang belum pernah diambil pemimpin terdahulu.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk mengecam kerajaan Syria dan Mesir 
yang membunuh kanak-kanak ketika menyertai protes di Sydney, Australia.

Disebabkan keputusan itu, sebarang kemungkinan serangan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad tidak akan berlaku sekurang-kurangnya sehingga 9 September ini apabila ahli Kongres kembali daripada percutian masing-masing.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

Obama bertegas dia mempunyai tetap berhak melakukan serangan walau apa pun keputusan Kongres nanti, manakala Rumah Putih berkata, penangguhan itu membolehkan presiden mereka membina sokongan antarabangsa.

Liga Arab bertemu di Kaherah hari ini dan dijangka mengeluarkan resolusi mengutuk Bashar yang didakwa menggunakan senjata kimia ke atas rakyat Syria 21 Ogos lalu.

Obama pula akan melawat Russia - negara sekutu Syria - minggu ini untuk Sidang Kemuncak G-20 Jumaat ini.

Bagaimanapun cabaran terbesar dan paling berbahaya untuk Obama ialah kemungkinan kredibilitinya tercalar kerana tiada jaminan Kongres akan menyokongnya.

Malah pemerhati berpendapat Obama mungkin mengalami nasib sama seperti Perdana Menteri Britain, David Cameron yang diaibkan di Parlimen minggu lalu.

Sebelum itu Obama berkata, tentera AS sentiasa bersedia melancarkan serangan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

“Kemampuan kita melaksanakan misi ini tidak dipengaruhi masa, sama ada esok, minggu depan atau sebulan dari sekarang,” katanya.

Ketika anggota keselamatan meningkatkan pengawasan ke atas warga Syria di AS menjelang detik itu, Damsyik pula mendakwa mereka sentiasa bersedia bertindak balas atas sebarang serangan luar.

Perdana Menteri Wael al-Halqi berkata, tentera Syria sedia sepenuhnya dan “tangan kami sudah berada di pemicu” untuk menghadapi sebarang keadaan.

Yakin rancangan bakal diteruskan

Keputusan Presiden Barack Obama menangguhkan serangan ke atas Syria ternyata mengecewakan pembangkang kerajaan tetapi mereka tetap yakin rancangan itu akan diteruskan.

Pegawai kanan Majlis Kebangsaan Syria, Samir Nashar berkata, mereka menjangkakan tindakan Amerika Syarikat (AS) diambil lebih cepat dan serangan segera dilakukan.

“Bagaimanapun kami yakin Kongres akan memberi lampu hijau kepada Obama,” katanya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, Samir juga yakin Liga Arab akan “memberikan sokongan kuat” kepada tindakan ketenteraan diketuai AS nanti.

Sejurus sebelum Obama membuat keputusan penangguhan berkenaan penyiasat PBB meninggalkan Syria selepas menghabiskan masa empat hari mengumpul bukti serangan gas beracun didakwa dilakukan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun, keputusan ujian dijangka hanya akan dapat diketahui selepas tiga minggu. -AFP

4 comments

  1. Assalammualaikum... sentiasa panas,

    US nie x sudah2 nak memerangi negara islam.....

    mselim3

    ReplyDelete
  2. Apa salah Syria kat US pun x tau

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sudah tentu untuk melindungi kepentingan Yahudi..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon