Tuesday, August 06, 2013

Misi Perjuangan Faisal Hari ke-2 Di Syria

Misi Perjuangan Faisal Hari ke-2 Di Syria

Selesai misi hari ke-2 di Idlib.. Serangan selepas Subuh tadi merupakan serangan daripada kedua2 belah pihak bagi merampas kawasan. Alhamdulillah, FSA berjaya merampas satu check point yg dikuasai regim Bashar Assad. Allahuakbar.


Terkejut dengan khabar angin bahawa saya sudah meninggal dunia. Betapa mudahnya tersebar rumours dan exaggeration.

(Baca: Pemuda Malaysia Sertai Jihad Melawan Tentera Rejim Syiah Basyar Assad!)

Ada beberapa pencerahan di sini:

1. Gambar yang tersebar luas itu gambar sebenar. Bukan diphotoshop atau diedit. Gambar tersebut menggunakan lens Samyang 24mm f1.4 dan hasil bokehnya memang sedemikian. Tiada editing dan tiada apa-apa teknik khas digunakan. Sila tingkatkan ilmu fotografi anda atau bertanyakan kepada yang ahli dalam bidangnya.

2. Tugasan saya di Syria adalah sebagai Dokumentari-maker dan sesiapa yang follow up perkembangan saya sejak misi pertama pada penghujung Mei lepas tahu bahawa saya sedang menghasilkan dokumentari berkaitan Syria.

3. Kepada media mainstream atau non-mainstream media (e.g: blogger), sila berhubung terus dengan saya untuk dapatkan first-hand information sebelum publish berita anda. Lebih banyak penambahan dari fakta sebenar.

4. Kepada yang mempertikaikan kebenaran bahawa kami diserang sniper dengan alasan kononnya tidak logik sniper basyar tidak ada team follow up selepas menembak. Ketahuilah, realiti peperangan sangat berbeza dengan suasana latihan dan scene dalam filem. Sila kurangkan tonton filem. Lokasi kejadian memang diketahui penduduk tempatan terdapat sniper basyar dan sudah ramai menjadi mangsa. Ditempat tersebut juga terletaknya kubu pertahanan mujahidin FSA. Jadi jika berlaku serangan dari pihak tentera basyar maka akan berlakunya serangan balas dari FSA. Dan serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan van kami dalam keadaan bergerak. Sniper terbaik dunia pun ada kebarangkalian untuk tersasar tembakannya jika suasana sekeliling tidak membantu seperti gelap, kadar kelajuan angin dan sasarannya bergerak.

5. Berkenaan dengan penggunaan senjata api. Ya saya diberi peluang oleh Mujahidin FSA untuk menembak kearah tentera regim yang hampir setiap masa menyerang rakyat, masjid-masjid, sekolah-sekolah dengan bom dari pesawat udara, kereta kebal, meriam, mortar, sniper dan bermacam lagi kelengkapan canggih. Saya ingin merasai sendiri pengalaman dan perasaan mujahidin di medan perang. Siapa dapat tahan melihat sendiri kekejaman di hadapan mata dan hampir-hampir pula menjadi mangsa? Peluang ini saya kira sebagai satu penghormatan. Tapi untuk bergelar mujahidin masih jauh lagi layaknya saya berbanding para mujahidin di sini. Memegang dan menggunakan senjata api untuk menentang regim yang menyembelih rakyat tidaklah haram sepertimana sebahagian rakyat Malaysia kecoh tentang ‘haram’nya memegang anjing. Kehidupan disini dikelilingi orang-orang bersenjata api hinggakan seorang mudir sekolah agama terpaksa membawa pistol disebalik Alquran kecil yang dibawanya ke sekolah semata-mata ntuk mempertahankan diri. Di bawah gambar viral tersebut saya ada komen bahawa saya tidak layak memegang title mujahidin tersebut kerana saya melihat sendiri ketabahan dan kekuatan mereka mengaharungi segala penderitaan memperjuangkan agama Allah dan meninggalkan terus nikmat dunia. Mereka sangat mulia akhlaknya, tidak mudah marah, tidak mudah melenting dan tidak mudah membuat sesuatu yang sia-sia apatahlagi merugikan ummat Islam. Mereka sangat menyanjungi bantuan rakyat Malaysia walaupun sumbangan kita terhad kepada kemanusiaan seperti bantuan makanan, bantuan pendidikan, bantuan perubatan dan pembangunan. Maka insyaAllah saham kita juga bersama para mujahidin.

6. Melihat sendiri suasana kehidupan mujahidin memberi inspirasi dan motivasi yang sangat tinggi untuk saya terus berjuang dengan cara saya sendiri melalui media dengan bersenjatakan kamera. Itu jihad saya. Kerana saya tahu ilmu dan kebolehan yang Allah berikan sebagai videographer bukan suatu yang sia-sia dan tidak patut disia-siakan. Jika para mujahidin berjuang menggunakan senjata api dapat menewaskan 10 orang tentera musuh, senjata media dapat tumbangkan 1 kerajaan zalim dengan memberi pendedahan, penerangan dan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di sini melalui 1st hand information supaya masyarakat dunia bangkit menentang kekejaman rejim basyar. Apatah lagi media mainstream sangat berat sebelah dalam melaporkan apa yang berlaku di Syria. Siapa lagi nak diharapkan kalau bukan kita sendiri turun melihat sendiri dan melaporkan fakta sebenar apa yang berlaku?

7. Sheikh Muaz, seorang pengetua yayasan Maahad Tahfiz di Aleppo, Syria sendiri menyampaikan amanat kepada saya bahawa “biarlah kami di sini berjuang mengangkat senjata kerana ini tanah tumpah darah kami, kamu sebagai media berjuanglah menyampaikan kepada rakyat Malaysia dan dunia mengenai perjuangan kami di sini. Kamera kamu itu senjata kamu. InsyaAllah ganjaran kita sama disisi Allah”.

8. Saya dah rasai sendiri kesengsaraan kehidupan di medan perang. Ianya sangat memilukan dan menyedihkan. Hanya sanya orang luar biasa mampu menempuh kehidupan ini berhari-hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Dan rakyat Syria sedang melaluinya di saat rakyat Malaysia hidup selesa. Tanyakan sesiapa sahaja yang pernah terlibat dalam perang, maka tentu jawapannya mereka bencikan perang. Hanya sanya mujahidin terpaksa berperang untuk membela agama, keluarga dan kehormatan dari pencabulan, pembunuhan dan penyembelihan rejim yang tak dahagakan darah dan tak berperikemanusiaan.

9. Kita? Rakyat Malaysia? Masih lagi sering bergaduh perkara-perkara remeh. Masih lagi menyebarkan berita dan mempercayai tanpa usul periksa. Masih lagi…………

Kita sendiri ada sambungan jawapannya…

Biar mati berjasa..
daripada mati sebagai orang biasa..

Salam perjuangan,

Faisal Hamdi,
Mujahidin Media,
5-8-2013,
Idlib, Syria

Monday, August 05, 2013

Pemuda Malaysia Sertai Jihad Melawan Tentera Rejim Syiah Basyar Assad!

Pemuda Malaysia Sertai Jihad Melawan Tentera Rejim Syiah Basyar Assad!

Seorang pemuda warga Malaysia yang pada mulanya hanya pergi menghantar bantuan kemanusiaan di Syria mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana dan mengangkat senjata menentang tentera rejim syiah Basyar Assad.


Faisal Hamdi, anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.

Namun tidak tahan melihat kekejaman berlaku di Syria dan dia sendiri sudah lama memendam hasrat untuk jihad fisabilillah, Faisal dikatakan menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad.

Keputusannya ini disokong oleh keluarga malah isterinya, dilihat turut memberikan kata-kata semangat.

Bagaimanapun dalam gambar yang memaparkan dirinya memegang senapang, Faisal meletakkan ‘disclaimer’ bahawa keputusan untuk bertempur dengan tentera rejim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan kumpulan team kemanusiaan yang diwakilinya.

Sebagai persediaan sebelum berjihad di Syria, Faisal dikatakan sudah mempersiapkan diri termasuk dengan menyertai latihan keras rejimen askar wataniah di samping mendalami ilmu agama.

Jika dilihat pada laman Facebook Faisal, dia sentiasa memberikan update terkini keadaan di Syria termasuk kawasan tempatnya berada yang sering digempur rejim Basyar.


-Mynewshub

Wednesday, June 19, 2013

Video Askar Mujahideen Terbunuh Cuba Selamatkan Mangsa Rogol Puak Syiah!

Video Askar Mujahideen Terbunuh Cuba Selamatkan Mangsa Rogol Puak Syiah!

Empat askar Mujahideen dilaporkan terbunuh ketika dalam percubaan mereka untuk menyelamatkan seorang gadis yang terdampar di sebuah jalan dalam keadaan separuh bogel selepas diperkosa oleh askar Hizbullah.

Mujahideen
Gambar hiasan

Askar yang telah merogol gadis terbabit sengaja mahu menjadikan mangsanya sebagai perangkap untuk menembak askar Mujahideen yang mahu membantunya.

Nampaknya krisis di Syria semakin hari semakin membimbangkan terutama buat kaum wanita dan kanak-kanak.

Askar-askar di sana ternyata mengambil kesempatan dengan kelemahan kaum Hawa sehinggakan sanggup merogol dan mendera mereka demi memuaskan nafsu mereka sendiri.

BACA INI JUGA: Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah



Sumber: Mynewshub

Saturday, June 01, 2013

Panas! Bashar Al-Assad Mengakui Peluru Berpandu S-300 Sudah Berada Di Syria

Panas! Bashar Al-Assad Mengakui Peluru Berpandu S-300 Sudah Berada Di Syria

Presiden Syria, Bashar al-Assad mengaku dalam satu wawancara yang disiarkan semalam bahawa Rusia telah menghantar sistem pertahanan peluru berpandu yang canggih ke negaranya.

Gambar fail sistem pertahanan peluru berpandu S-300 milik Rusia.

Stesen penyiaran Al-Manar yang menyiarkan wawancara itu mendedahkan jawapan Bashar berhubung isu penjualan senjata Rusia kepada negara itu.

"Semua perjanjian dengan Rusia akan dihargai dan sebahagiannya telah pun dilakukan," kata Bashar seperti yang disiarkan dalam kenyataan stesen berkenaan.

Bashar memberikan jawapan itu apabila dia ditanya tentang peluru berpandu S-300 yang dikeluarkan Rusia.

Stesen Al-Manar merupakan rangkaian televisyen untuk pergerakan Hezbollah yang merupakan rakan sekutu rapat Bashar.

Rusia merupakan rakan sekutu yang paling kuat Bashar sebelum ini tidak membuat kenyataan bagi mengesahkan sama ada pihaknya telah menghantar sistem peluru berpandu itu ke Syria.

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon pernah memberi reaksi dengan menyatakan rejim Zionis mengetahui apa yang perlu dilakukan jika Rusia menghantar peluru berpandu itu ke negara berkenaan.

Perkembangan terbaharu itu mencetuskan kebimbangan bahawa perang saudara di Syria akan merebak ke Lebanon.

Perang yang bermula pada Mac 2011 itu telah menyebabkan lebih 94,000 orang terbunuh.

Ia berlaku ekoran sebahagian penduduk tempatan bangkit menentang kepimpinan Bashar.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran termasuk demokrasi.

-Agensi

Monday, May 20, 2013

Giler! Video Pemberontak Makan Organ Mayat Tentera Syria

Giler! Video Pemberontak Makan Organ Mayat Tentera Syria

Klip video 27 saat memaparkan seorang individu dipercayai dari kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menjamah organ mentah manusia yang didakwa tentera Syria, disahkan sahih.

Mayat
Seorang lelaki dipercayai askar kumpulan tentera FSA memakan paru-paru seorang tentera Syria.

Dalam temu bual majalah Times, seorang ahli kumpulan Abu Sakkar, Abu Khalid al Hamad mendakwa, video tersebut adalah tulen.

Video itu memaparkan, seorang kanibal dari askar FSA memotong badan seorang lelaki lalu mengambil organ jantung dan memakannya.

Seorang pakar bedah yang melihat video tersebut juga mengesahkan organ terbabit adalah jantung.

Timbalan Pemerhati Hak Asasi Manusia Timur Tengah, Nadim Houry menyelar tindakan itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah perang.

“Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi memastikan akauntabiliti bagi semua jenayah perang dan kemanusiaan tidak dicabuli. Negara dunia perlu bertindak tegas menghentikan perbuatan terkutuk itu,” katanya dalam laporan Reuters.

Sementara itu, di Geneva, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay juga menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘perbuatan benar-benar kejam’ dan perlu disiasat sebagai jenayah perang.

“Mencacatkan atau memijak mayat semasa konflik adalah sebahagian daripada jenayah perang. Saya menggesa kumpulan FSA di Syria supaya menghentikan perbuatan itu,” katanya.

April lalu, dua wartawan Times menerima salinan video berkenaan namun menganggapnya sebagai visual palsu untuk tujuan propaganda.

Namun baru-baru ini, mereka cuba mengesahkan kesahihan visual tersebut dan ternyata video berkenaan adalah tulen dan ia kini tersebar berleluasa di laman Facebook dan You Tube.

BACA INI JUGA: Wanita Syria Jadi Mangsa Rogol Tentera Syiah

Sumber: SH

Monday, May 06, 2013

Israel Serang Gudang Senjata Syria

Israel Serang Gudang Senjata Syria

Israel melancarkan serangan udara ke dalam Syria yang menyasarkan kawasan simpanan senjata dipercayai himpunan senjata kimia, menurut pegawai Amerika Syarikat (AS).

Israel melancarkan serangan ke kawasan simpanan senjata di Damsyik.

Menurut pegawai AS yang enggan dikenali, serangan itu dilakukan bertujuan melumpuhkan penghantaran barang yang diyakini Israel untuk dibekalkan kepada kumpulan Hizbullah diLebanon.

Jurucakap Kedutaan Israel, Harun Sagui dalam satu kenyataan berkata, di bawah kawalan Hizbullah, senjata itu mampu mengubah peta perjuangan kumpulan tersebut di Lebanon.

“Israel berazam mahu menghalang pemindahan senjata kimia atau lain-lain senjata dibekalkan oleh rejim Syria kepada Hezbullah di Lubnan,” katanya.

Menurutnya, usaha ini juga bagi menghalang Hizbullah memiliki senjata yang boleh menyerang Israel.

Sementara itu, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Syria, Bashar Ja’afari berkata, beliau tidak mengetahui tentang serangan tersebut.

“Kami tidak boleh mengesahkan serangan itu benar-benar terjadi atau hanya provokasi,” katanya dipetik laporan Reuters.

Januari lalu, Israel bertindak mengebom konvoi Lubnan di Syria, dalam usaha yang sama iaitu untuk mengekang pembekalan senjata kepada negara tersebut.

Kini, banyak pihak di Israel khuatir, kemerosotan kuasa Presiden Basar Al-Assad akan menyebabkan senjata kimia dimiliki Syria jatuh ke tangan Hizbullah.

-Sinarharian

Saturday, January 26, 2013

Kejam! Tentera Rejim Assad Seksa Remaja Sehingga Mati

Kejam! Tentera Rejim Assad Seksa Remaja Sehingga Mati

Kehidupan rakyat di negara Syria sudah tidak aman lagi apabila tentera rejim Assad semakin berleluasa melakukan keganasan terhadap penduduk-penduduk di beberapa kawasan Syria.

Tentera Rejim Assad

Setiap hari, pasti akan ada orang awam yang dibunuh dan diseksa dengan kejam.

Ia lebih memilukan apabila sasaran golongan yang mahu dibunuh oleh rejim yang zalim itu adalah golongan kanak-kanak dan remaja.

Di bawah ini adalah satu video yang dijumpai bersama tentera Assad yang ditawan oleh pejuang FSA. Video ini memaparkan perilaku tentera assad sedang menzalimi seorang anak muda hingga mati.

Kesalahan apakah yang dilakukan oleh anak muda lelaki itu pula tidak diketahui hinggakan dia dizalimi sedemikian rupa.

Mereka tidak pernah mempunyai perasaan takut dengan balasan yang akan Tuhan berikan akibat dari tindakan zalim mereka.

Dalam video itu juga, mereka mengeluarkan kata-kata kesat kepada remaja tersebut termasuklah menghina peribadi Rasulallah S.A.W dan Allah S.W.T.

Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi umat Islam di sana dan sama-samalah kita berdoa agar kehidupan mereka berubah suatu hari nanti. In shaa Allah.

Panjatkanlah kesyukuran kepada Ilahi kerana negara kita masih lagi aman dari sebarang keganasan. Alhamdulillah.

BACA INI JUGA: Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah



-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 20, 2013

Detik Sedih Ketika Wartawan DiTembak Sniper Di Syria

Detik Sedih Ketika Wartawan DiTembak Sniper Di Syria

Seorang penembak curi menembak mati wartawan Al-Jazeera, Mohammed Hourani di Wilayah Daraa di selatan Syria, demikian lapor stesen televisten Qatar hari ini.

Detik Sedih Ketika Wartawan DiTembak Sniper Di Syria

Mohammed Hourani ditembak mati oleh penembak curi rejim Basr al-Harir di Wilayah Daraa ketika sedang membuat liputan mengenai pertempuran di sana,” lapor stesen berkenaan.

Saksikan klip video detik-detik cemas tersebut yang sempat dirakamkan ketika Mohammed terkena tembakan berkenaan.

Salut untuk wartawan yang sangat berani ini.

Al-Fatihah.



BACA INI JUGA: Simo Hayha, Sniper Lagenda Perang Soviet

sumber: sinarharian