Monday, May 06, 2013

Israel Serang Gudang Senjata Syria


Israel melancarkan serangan udara ke dalam Syria yang menyasarkan kawasan simpanan senjata dipercayai himpunan senjata kimia, menurut pegawai Amerika Syarikat (AS).

Israel melancarkan serangan ke kawasan simpanan senjata di Damsyik.

Menurut pegawai AS yang enggan dikenali, serangan itu dilakukan bertujuan melumpuhkan penghantaran barang yang diyakini Israel untuk dibekalkan kepada kumpulan Hizbullah diLebanon.

Jurucakap Kedutaan Israel, Harun Sagui dalam satu kenyataan berkata, di bawah kawalan Hizbullah, senjata itu mampu mengubah peta perjuangan kumpulan tersebut di Lebanon.

“Israel berazam mahu menghalang pemindahan senjata kimia atau lain-lain senjata dibekalkan oleh rejim Syria kepada Hezbullah di Lubnan,” katanya.

Menurutnya, usaha ini juga bagi menghalang Hizbullah memiliki senjata yang boleh menyerang Israel.

Sementara itu, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Syria, Bashar Ja’afari berkata, beliau tidak mengetahui tentang serangan tersebut.

“Kami tidak boleh mengesahkan serangan itu benar-benar terjadi atau hanya provokasi,” katanya dipetik laporan Reuters.

Januari lalu, Israel bertindak mengebom konvoi Lubnan di Syria, dalam usaha yang sama iaitu untuk mengekang pembekalan senjata kepada negara tersebut.

Kini, banyak pihak di Israel khuatir, kemerosotan kuasa Presiden Basar Al-Assad akan menyebabkan senjata kimia dimiliki Syria jatuh ke tangan Hizbullah.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon