Saturday, August 24, 2013

Belia Yang Berjihad Di Syria Di Halang Muncul Di TV Al-Hijrah!?


Pada 4 Ogos lepas, berita berkenaan tindakan seorang belia Islam Malaysia yang membuat keputusan untuk berperang mengangkat senjata menentang rejim syiah Basyar Assad.


Faisal Hamdi anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.

(Baca: Pemuda Malaysia Sertai Jihad Melawan Tentera Rejim Syiah Basyar Assad!)

Namun tidak tahan melihat kekejaman berlaku di Syria dan dia sendiri sudah lama memendam hasrat untuk jihad fisabilillah, Faisal dikatakan menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad.

Bagaimanapun Faisal yang dipercayai sudah pun kembali ke tanah air dan akan muncul di rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah pagi Jumaat dan memaklumkan di laman Facebooknya akan muncul lagi pagi ini dalam rancangan yang sama.

Bagaimanapun, Faisal dalam laman Facebooknya berkata beliau mendapat makluman bahawa beliau tidak boleh muncul di kaca TV tetapi tidak dijelaskan sebabnya.

“LATEST!!!, Maaf kepada yang menunggu siaran langsung saya di rancangan ASSALAMUALAIKUM di TVAlhijrah esok, saya baru mendapat makluman bahawa saya TIDAK DIBENARKAN MUNCUL DI TV tanpa dimaklumkan sebab-sebabnya. Faisal Hamdi sudah diGAM!!”

Berikut merupakan status terkini Faisal yang sehingga kini beliau tidak menjelaskan apa sebabnya Faisal tidak dibenarkan untuk muncul di kaca TV stesen TV Al-Hijrah. - Mynewshub


Siapa pemilik stesen TV AlHijrah?


TV AlHijrah merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia. Ia beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM. Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda iaitu bekas Ketua Pegawai Operasi TV9 milik media prima.

TV AlHijrah mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak, menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

TV AlHijrah dapat ditonton menerusi Astro saluran 114 bermula 1 Jun 2011. Siarannya telah dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Pada 1 Januari 2012, TV Alhijrah mula menambah jumlah masa penyiaran bermula dari 6 pagi berbanding dahulu iaitu bermula 12 tengah hari dengan beberapa lagi rancangan tambahan bagi memuaskan hati penonton setia mereka. -Wikipedia

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon