Wednesday, February 27, 2013

Tips To Increase Blog Loading Speed

Tips To Increase Blog Loading Speed

Blog Load Speed is an important feature for both visitors and search engines. Both searches engines and visitors hate slow sites.


So how can you decrease your page load speed? Just Follow the Below Tips You definitely have some change in your blog loading time.

Avoid Repeating Widgets. It is one of the important problem will that affect your blog loading time. Try to reduce the use of unwanted widget or repeating widget from your blog. Try to reduce the Scrolling Length of your blog.

You should try to avoid same type of widgets by different developers.

Avoid Visitors Count Widget. Visitors counting widget will take more time to load and that will affect your blog speed also. Try to avoid this problem by using reduced amount of using visitor count widgets or find some widget having less loading time.

Avoid displaying videos in the sidebar. Publishing videos in the sidebar decreases your blog's overall speed. So try embedding videos in pages/posts. But not as a sidebar widget.

Remove Unwanted CSS from your template. If you are using a free template for your blog, then probably it will have over css codes. If you don't want any css effect, and if you know css/html editing, then it is good to remove them.

Choose SEO friendly Themes. If you are choosing a free theme, then try using a SEO optimized theme, so that it may have all basic optimizations to keep your blog on line. Try to use simple, well designed and less loading time widget.

Don't keep more than one Subscription Boxes. Some sites have many types of subscription box. They will add subscription boxes as a pop-up, sidebar widget and below posts to increase social media subscribers. It is not good as it decreases your blog speed.

Reduce Ads. Displaying too many ads in your blog is not advisable. It does not increase your income but decrease your ranking. The best place to display ads is below post titles.

In my suggestion use one or two ads in sidebar and other ads you can use in Bellow post title and in between post content.

Avoid Pop-Up Ads and Widgets. Most of us hate pop-up ads and widgets. It really makes the visitor feel irritated. But when it comes to displaying ads, publishers will try to add so many pop-up ads as they give good earnings. But remember, if there is visitor then only there is earnings.

Regularly Check Your Blog Speed. You should check your blog's load speed regularly. If it shows some errors or suddenly starts lagging, then you should take adequate measures and check for malwares, widget errors etc.

If you are new to blogging or lags in getting traffic, then you need to feel the reader's minds.

Hope you liked this article. Don’t forget to use comment box for your valuable thoughts.

At last have a nice day…

[Sumber]

Tuesday, February 26, 2013

Panduan Membuat Kategori Pada Blogspot

Panduan Membuat Kategori Pada Blogspot

Label merupakan pengelompokan post kedalam kategori-kategori tertentu. Jika beberapa posting diberikan label yang sama, ertinya posting tersebut termasuk kedalam kategori yang sama.

Label Blog

Berikut langkah-langkah menambahkan Widget Label dan seterusnya 'menukar' label tersebut sebagai kategori.
  • Login ke Blogger anda dan pilih Design > Page Elements
  • Kemudian klik pada perkataan Add a Gadget
  • Kemudian scroll kebawah sehingga terjumpa perkataan Label, klik pada tulisannya atau pada gambar bersimbol (+).


Seterusnya aturlah konfigurasi seperti yang anda inginkan.


  • Title: Anda boleh mengubah perkataan Label kepada Kategori, Menu atau apa saja.
  • Show: Terdapat 2 pilihan dibahagian ini. Jika ingin memaparkan semua label yang ada, pilih All Labels, atau Selected Labels jika ingin memaparkan hanya label-label tertentu saja.
  • Sorting: Anda boleh memilih mana-mana tapi saya sendiri memilih Alphabetically.
  • Display: Sila pilih List.
  • Pada tulisan Show number of posts per label boleh dipilih atau tidak bergantung kepada anda.

Seterusnya sila klik Save. Widget label akan muncul di sidebar anda.

Syarat penting yang perlu dilakukan:

Setiap kali anda membuat New Post, sila isikan kategori anda pada ruangan Labels. Kategori anda akan muncul secara automatik pada sidebar dibahagian kategori.


Selamat mencuba!

BACA INI JUGA:

sumber: gilaping.com

Friday, February 22, 2013

Trafik Naik Menggila 60,000 Hit Sehari Di GilaPing.com!

Trafik Naik Menggila 60,000 Hit Sehari Di GilaPing.com!

Untuk blogger yang belum lagi mencuba penangan trafik naik mendadak ke blog anda, cubalah GilaPing untuk menghantar artikel-artikel terbaru anda. Anda pasti puas hati kerana caranya sangatlah mudah dan pantas berbanding laman aggregator yang lain.


Cara pendaftarannya juga teramatlah mudah.

Walaupun diawal kemunculan, web GilaPing selalu 'down for maintenance', penantian para blogger dan kesabaran para admin sangat berbaloi sehingga laman web GilaPing menggila semula!

Laman web GilaPing ini memang cantik, kemas, mudah, pantas dan canggih.

Jadi, 60,000 hit sehari tu apa cer? Ceritanya begini, kalau satu blog mendapat 200 hit dan ada 300 pengguna blog aktif menghantar artikel setiap masa, kan 60,000 tu.. hehe

Selamat berblog buat semua dan semoga GilaPing sukses selalu..

p/s: Laman web gilaping.com kini telah ditutup.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, February 18, 2013

The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

The Deep Web Truth

Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya.

Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan.

Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:
  1. Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
  2. The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
  3. The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
  4. Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
  5. Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
  6. Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
  7. Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
  8. Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
  9. Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.

Apa Yang Ada Di The Deep Web?

Apa yang ada di bawah permukaan The Deep Web ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web.

Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.


Pelayar akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami The Deep Web.

Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi.

The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana.

Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.

Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks.

Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web.

Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka. Juga terdapa laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.

Sehingga sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The Deep Web, berjenis-jenis dadah dijual, dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan dipamerkan secara terbuka.

Begitu juga maklumat mereka, cara pembelian dan penghantaran. Sama juga dengan pembunuh upahan, anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO.

Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam, anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi.

Sehinggakan pernah disiarkan di The Deep Web, laman web yang bersimbolkan kematian ‘Russian Roulette’ dan diuruskan oleh organisasi-organisasi mafia sebenar.

Mereka yang disiarkan adalah pemain sebenar yang telah dilatih secara professional dan bermain hanya untuk mati. Bukan lakonan yang dibuat-buat.

Bagaimana Untuk Masuk Ke The Deep Web?

Kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa, saya hanya boleh memberi hint tetapi tidak akan menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk masuk ke sana.

Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan.

Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri.

Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini, http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web

Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi,
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion

Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router), http://en.wikipedia.org/wiki/Tor

Rahsia Deep Web

CIA dan FBI monitor deep web ini 24 jam sebab ianya tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Dan sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah atas tanggungajawab anda sendiri!

BACA INI JUGA:

sumber: syok

Friday, February 15, 2013

Perkara Paling Popular Untuk Dilakukan Di Internet

Perkara Paling Popular Untuk Dilakukan Di Internet

Pada zaman moden ini, hampir semua orang bergantung kepada Internet. Jadi, anda sendiri di kelompok yang mana?


Pengguna laman Sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Blog). Hampir semua orang mempunyai laman sosial sendiri dan paling kurang akan ke akaun dua kali sehari tetapi kebanyakannya lebih kepada mengintip status, gambar terbaru kawan atau untuk kepentingan bisnes.

Menonton video (Youtube). Muat naik video di Youtube dah jadi 'trend' masa kini. Tak dinafikan ada yang memuat naik video sendiri untuk popular dengan segera. Tapi ada juga yang manfaatkan untuk cari video klip kegemaran, dokumentari menarik dan filem pendek.

Bermain game. Bermain 'game' lebih terarah kepada komuniti awal remaja tapi jangan tak tahu, ada juga si tua belia memilih 'game' untuk segarkan otak dengan mahu mengalih perhatian daripada terus fikirkan kekusutan dan masalah harian. Ramai juga pemain 'game' tegar gunakan Internet untuk muat turun permainan terbaru masa kini.

Mencari info unik dan menarik. Fakta pelik dan menarik juga dah banyak bertebaran di internet. Ada sesetengah individu gemar mencari dan berkongsi dengan rakan lain. Selain untuk jenaka, ia juga boleh menambah pengetahuan.

Membaca berita. Maklumat terkini adalah keperluan harian. Carian akan meningkat terutama ketika tercetusnya isu hangat yang menarik keinginan seseorang untuk ambil tahu. Ada juga yang membaca sekadar untuk mengisi waktu terluang.

Melihat atau berkongsi gambar (Google, Tumblr, Instagram). Gambar biasanya dicari ketika perlu seperti waktu berkerja tetapi ada yang hanya sekadar suka-suka melihat gambar terbaru di Internet tetapi ada yang cari untuk berkongsi idea. Yang pasti, anda pernah mencari yang satu ini.

Muat turun lagu dan filem. Anda sendiri pasti pernah memuat turun lagu kegemaran dari Internet bukan? Walaupun dah banyak pihak laungkan ia ibarat tak hargai hasil titik peluh artis tetapi aktiviti ini tetap wujud. Faktor utama kerana kos pembelian cakera padat mahal. Situasi sama berlaku dengan filem. Ia lebih kepada penambahan koleksi di pemuat turun atau untuk tontotan sekali bersama rakan.

Software. Mungkin kedengaran janggal untuk mencari software di Internet kerana kita lebih memilih untuk ke kedai namun terdapat kelompok individu yang kerap mencari 'software' berguna selain turut membaca maklum balas, fungsi dan keistimewaan program itu.

Menambah ilmu. Internet bukan sekadar platform untuk keburukan, ramai orang yang menggunakannya untuk kebaikan. Biasanya, pelajar dan penuntut universiti akan mencari bahan ilmiah untuk menyelesaikan tugas mereka di sini. Tapi bukan hanya mereka saja, ramai juga yang cari maklumat berguna sebagai rujukan dan tambah pengetahuan am.

-Hmetro

Thursday, January 10, 2013

Tahukah Anda Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Laju?

Tahukah Anda Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Laju?

Tahukah anda, inilah negara-negara didunia yang memiliki kelajuan sambungan internet yang paling laju. Kelajuan internet yang hanya mampu menjadi impian di Malaysia. Mari kita baca fakta dibawah.

Internet paling laju
Kelajuan Internet Asia 2017.

Pada tahun 2006, 96% pengguna handphone di korea mempunyai akses internet manakala penggunanya boleh melayari internet dengan kelajuan 17.5Mbps!!.

Di tempat kedua adalah Jepun dan Hong Kong dengan kelajuan purata 9.1Mbps.

Di Malaysia pula jika anda melanggan internet pada kelajuan 1Mbps, anda akan mendapat kurang daripada itu (berdasarkan pengalaman).

Internet paling laju di dunia

Manakala pengguna broadband terutama luar bandar pula langsung tidak boleh melayari internet kecuali selepas jam 12 tengah malam!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, January 09, 2013

Hacking Alert! Panduan Jika Anda Terklik Link "Hack Topup RM5"

Hacking Alert! Panduan Jika Anda Terklik Link "Hack Topup RM5"

Hacking alert! Jika ada sesiapa yang terklik link "hack topup rm5" yang sedang berleluasa sekarang ini, anda telah terkena virus yang mampu merosakkan telefon serta boleh menyebabkan kecurian data peribadi.

Hack topap RM5 is virus in facebook

Kami akan memberikan cara untuk membuang virus itu :)

1. Unlike page ini: https://www.facebook.com/pages/Mohammad-Taufiq-HC/121944511307963

2. Share mesej ni kepada kawan anda supaya mereka tidak terpedaya kerana virus secara automatik akan menhantar mesej kepada group tanpa pengetahuan pengguna!!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: gilaping.com

Tuesday, January 08, 2013

Bayangkan Kelajuan Internet Nenek Ini Ialah 40 Gb Sesaat!

Bayangkan Kelajuan Internet Nenek Ini Ialah 40 Gb Sesaat!

Seorang nenek Sigbritt Lothberg, yang berusia 75 tahun dan berasal dari negara Sweden memiliki rangkaian internet peribadi berkelajuan 40 Gigabite sesaat. Lajunya!

Bayangkan Kelajuan Internet Nenek Ini Ialah 40 Gb Sesaat!

Ketika ini, dia tercatat dalam sejarah IT sebagai pemilik rangkaian internet paling laju di dunia.

Rangkaian internet nenek ini ribuan kali ganda lebih laju daripada rangkaian internet di seluruh dunia.

Dia boleh mendownload HD DVD dalam tempoh hanya 2 saat dan jjuga boleh menonton secara langsung 1500 saluran HDTV secara realtime tanpa sebarang gangguan.

Bayangkan Kelajuan Internet Nenek Ini Ialah 40 Gb Sesaat!

Nenek ini bukanlah sembarangan orang. Dia adalah ibu kepada Peter Löthberg, legenda internet Sweden, yang sekarang bekerja dengan syarikat CISCO.

Hebat kan!

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 06, 2013

Mafia Wars Vaudevillains Boss Fight Combo Attack To Defeat Huey Wright

Mafia Wars Vaudevillains Boss Fight Combo Attack To Defeat Huey Wright

The 23rd Secret District,Vaudevillains, is now available. It’s so obvious that Zynga doesn’t think about things before they release them. It’s not cool of them to slap a new event on us called the Job Board in which items can only be gained in London and then release a Secret District in Chicago.


“Huey Wright's sole goal is to destroy every successful Vaudeville show there is. He's out for your theater and your show. Take him out before he pulls the curtains on you, permanently.”

There are 2 different server images for the Home Page banner. One incorrectly names the boss Frank Carver and the other reveals his true name, Huey Wright, which is more on the wimpy side and fits this character much better.


Secret Combo Attack To Defeat Huey Wright

Scroll to the bottom of the Secret District Job Page to find the Boss Fight. Huey Wright is the boss and he works the same as all the other Secret District Bosses.


You can attack him with stamina or ammo and he is only available to defeat once per level. His health starts at 2,500 on the Bronze Level and increases to 5,000, 15,000, 25,000 for the Silver, Gold and Ruby Levels.

Ammo items do more damage than stamina and it’s best to use them in combos. The three combos for this boss are shown below.

Green: Knuckles/Stage/Stage/Bat

Yellow: Knife/Bat/Stage/Knife

Red: Knuckles/Stage/Knife/Bat


The Secret District Boss Fighter by Team Spockholm will let you attack with stamina or consumables to include combos.


When you defeat Huey Wright, you get a Ritz-maker. The item has stats of 174/140 on the Bronze Level and improves to 234/170 on the Ruby Level.


Good Luck.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, December 28, 2012

Web Jualan Murah Terbaru Di Malaysia

Web Jualan Murah Terbaru Di Malaysia

Dealmates.com, laman web jualan murah pantas utama di Malaysia, mencapai statistik pertumbuhan terbaik berbanding pesaing tempatan daripada segi tawaran produk dan trafik yang dijana pada dua suku sebelum ini.

Jualan murah online

Semenjak Julai 2012 lalu, Dealmates telah menampilkan 700 unit produk secara purata sebulan dan menjadikannya sebagai laman jualan murah terpantas yang berada di senarai teratas dengan tawaran produk terbanyak kepada pelanggan .

Tawaran utamanya ialah produk fesyen (39 peratus), elektronik dan peranti (24 peratus), produk kecantikan (14 peratus) dan keperluan rumah (13 peratus).

Ketua Pegawai Eksekutif Dealmates, Erman Akinci berkata, laman web itu berkembang pesat selepas ia beralih daripada konsep belian berkumpulan kepada jualan murah pantas.

Menurut beliau, perbezaan antara jualan murah pantas dengan pembelian dalam talian secara berkumpulan ialah pelanggan tidak perlu menunggu hingga tawaran itu diterima dan melaluinya tiada lagi konsep menunggu bilangan pembeli minimum.

p/s: laman web dealmates kini tidak lagi digunakan dan telah ditutup.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Wednesday, December 26, 2012

Menyimpan Fail Besar Secara Online Dengan Google Drive

Menyimpan Fail Besar Secara Online Dengan Google Drive

Apa sebenarnya Google Drive? Jika anda sering menggunakan pelayan penyimpanan fail seperti DropBox, maka Google Drive merupakan pelayan serupa dimana kita boleh menyimpan pelbagai fail seperti gambar, movie ataupun dokumen lain di server Google Drive. Kita juga boleh mengakses atau berkongsi fail tersebut dimanapun kita berada.

Apa itu Google Drive

Google Drive boleh diakses dari PC dan Mac, Chrome OS, iPhone dan iPad serta Android.

Anda boleh Download Google Drive for Android terus dari Google Play Store, jangan risau aplikasi ini memang mantap.

Apakah manfaat dari Google Drive? Jika anda bingung dengan fungsi Google Drive, berikut adalah beberapa panduan Google Drive yang boleh anda manfaatkan.
  • Membuat dan mengedit dokumen Word, Excell malah membuat persembahan Powepoint dengan mudah dan cepat, walaupun di laptop anda tidak terinstal aplikasi MS Office.
  • Membuka fail PDF dengan mudah dan cepat, tanpa perlu menginstal aplikasi tambahan.
  • Berkongsi fail dengan teman atan rakan-rakan dimanapun mereka berada.
  • Gambar sebuah dokumen dan convertkannya menjadi dokumen di Google Docs.

Masih risau tapi ingin mencuba Google Drive? Jangan ragu-ragu ketika menginstal dan Login Google Drive kerana anda juga akan diberi ruangan sebesar 5GB secara percuma dan jika inginkan ruangan sebesar 25GB anda boleh melanggan secara bulanan dengan bayaran hanya USD$2.50.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, December 23, 2012

Terbaik! Scan Virus Komputer Anda Secara Online

Terbaik! Scan Virus Komputer Anda Secara Online

Setiap komputer di dunia ini mesti memerlukan antivirus (kecuali para pengguna linux) agar dapat menghalang daripada pelbagai serangan virus serta kehadiran file-file yang mencurigakan.

Anti Virus online

Kadang-kadang kita juga memerlukan scan virus secara online jika PC kita diserang oleh virus yang mematikan fungsi antivirus.

Scan virus secara online ini sangat mudah kerana kita tak perlu nak install apa-apa software serta database online scanner tersebut selalu update dari semasa ke semasa. Yang paling bagusnya, kita tidak perlu bayar walaupun 1 sen pun!.

Jadi, ini adalah senarai virus scanner secara online yang terbaik dari ladang ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, December 21, 2012

Facebook Akan Kenakan Bayaran Bagi Setiap Mesej!

Facebook Akan Kenakan Bayaran Bagi Setiap Mesej!

Facebook telah memulakan ujian kebolehlaksanaan dengan mengenakan bayaran sebagai jaminan mesej yang dihantar pihak yang tidak dikenali sampai kepada penerima laman rangkaian sosial.

FB Charge message

Facebook berkata, ujian Mesej Facebook, yang hanya dilaksanakan di Amerika Syarikat membolehkan penghantar membuat pembayaran bagi pesanan elektronik yang dihantar ke akaun seseorang, walaupun individu berkenaan tidak dikenali.

Laman rangkaian sosial itu berkata, ia dilaksanakan bagi memastikan sama ada dengan menambah isyarat pembayaran dapat meningkatkan hanya penghantaran pesanan yang relevan dan berguna disalurkan kepada ahli.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: agensi

Wednesday, December 05, 2012

Aplikasi Baru 'Photo Sync' Facebook Cabul Peribadi Pengguna!

Aplikasi Baru 'Photo Sync' Facebook Cabul Peribadi Pengguna!

Facebook dituduh melakukan 'pencabulan data' secara besar-besaran menerusi perkhidmatan terbaharu memuat naik gambar dari telefon bimbit penggunanya secara automatik ke pelayan laman web jaringan sosial itu.

Photo Sync FB
Photo Sync

Laman sosial itu yang mula meminta pengguna aplikasi telefon bimbitnya supaya mengaktifkan perkhidmatan baharu dikenali sebagai Photo Sync.

Perkhidmatan tersebut secara automatik akan memuat naik semua gambar dalam telefon bimbit pengguna ke album peribadi di laman web jaringan sosial tersebut.

Facebook juga mempunyai akses kepada semua gambar tersebut, walaupun pengguna tidak memberi kebenaran sama ada untuk berkongsinya dengan rakan-rakan mereka.

Keadaan itu bermakna Facebook secara sah memiliki fail-fail berkenaan termasuklah lokasi gambar tersebut diambil serta boleh menggunakan teknologi pengecaman muka untuk mengenal pasti identiti individu di dalam gambar tersebut.

Pakar berkata, pada peringkat asas, Facebook boleh menggunakan maklumat itu untuk mereka iklan khas berdasarkan lokasi.

"Bagaimanapun, digabung dengan teknologi pengecaman muka, keadaan itu membolehkan Facebook mengetahui secara automatik siapa rakan-rakan pengguna dan di mana mereka,'' kata pakar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM