Facebook dituduh melakukan 'pencabulan data' secara besar-besaran menerusi perkhidmatan terbaharu memuat naik gambar dari telefon bimbit penggunanya secara automatik ke pelayan laman web jaringan sosial itu.
Laman sosial itu yang mula meminta pengguna aplikasi telefon bimbitnya supaya mengaktifkan perkhidmatan baharu dikenali sebagai Photo Sync.
Perkhidmatan tersebut secara automatik akan memuat naik semua gambar dalam telefon bimbit pengguna ke album peribadi di laman web jaringan sosial tersebut.
Facebook juga mempunyai akses kepada semua gambar tersebut, walaupun pengguna tidak memberi kebenaran sama ada untuk berkongsinya dengan rakan-rakan mereka.
Keadaan itu bermakna Facebook secara sah memiliki fail-fail berkenaan termasuklah lokasi gambar tersebut diambil serta boleh menggunakan teknologi pengecaman muka untuk mengenal pasti identiti individu di dalam gambar tersebut.
Pakar berkata, pada peringkat asas, Facebook boleh menggunakan maklumat itu untuk mereka iklan khas berdasarkan lokasi.
"Bagaimanapun, digabung dengan teknologi pengecaman muka, keadaan itu membolehkan Facebook mengetahui secara automatik siapa rakan-rakan pengguna dan di mana mereka,'' kata pakar.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-SENTIASAPANAS.COM
Photo Sync

- Panduan Menjual Dengan Mudah di Facebook Tanpa Perlu Pengiklanan FB Ads!
- Sejarah Facebook Yang Anda Mungkin Belum Tahu!
-SENTIASAPANAS.COM