Wednesday, December 26, 2012

Menyimpan Fail Besar Secara Online Dengan Google Drive


Apa sebenarnya Google Drive? Jika anda sering menggunakan pelayan penyimpanan fail seperti DropBox, maka Google Drive merupakan pelayan serupa dimana kita boleh menyimpan pelbagai fail seperti gambar, movie ataupun dokumen lain di server Google Drive. Kita juga boleh mengakses atau berkongsi fail tersebut dimanapun kita berada.

Apa itu Google Drive

Google Drive boleh diakses dari PC dan Mac, Chrome OS, iPhone dan iPad serta Android.

Anda boleh Download Google Drive for Android terus dari Google Play Store, jangan risau aplikasi ini memang mantap.

Apakah manfaat dari Google Drive? Jika anda bingung dengan fungsi Google Drive, berikut adalah beberapa panduan Google Drive yang boleh anda manfaatkan.
  • Membuat dan mengedit dokumen Word, Excell malah membuat persembahan Powepoint dengan mudah dan cepat, walaupun di laptop anda tidak terinstal aplikasi MS Office.
  • Membuka fail PDF dengan mudah dan cepat, tanpa perlu menginstal aplikasi tambahan.
  • Berkongsi fail dengan teman atan rakan-rakan dimanapun mereka berada.
  • Gambar sebuah dokumen dan convertkannya menjadi dokumen di Google Docs.

Masih risau tapi ingin mencuba Google Drive? Jangan ragu-ragu ketika menginstal dan Login Google Drive kerana anda juga akan diberi ruangan sebesar 5GB secara percuma dan jika inginkan ruangan sebesar 25GB anda boleh melanggan secara bulanan dengan bayaran hanya USD$2.50.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. belalang pernah buat entry tentang google drive juga.tapi x de la detail mcm nih :)

    http://encikbell.blogspot.com/2012/12/simpan-data-di-googledrive.html

    ReplyDelete
  2. Entri En.Belalang mmg detail.. ;)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon