Friday, December 28, 2012

Web Jualan Murah Terbaru Di Malaysia


Dealmates.com, laman web jualan murah pantas utama di Malaysia, mencapai statistik pertumbuhan terbaik berbanding pesaing tempatan daripada segi tawaran produk dan trafik yang dijana pada dua suku sebelum ini.

Jualan murah online

Semenjak Julai 2012 lalu, Dealmates telah menampilkan 700 unit produk secara purata sebulan dan menjadikannya sebagai laman jualan murah terpantas yang berada di senarai teratas dengan tawaran produk terbanyak kepada pelanggan .

Tawaran utamanya ialah produk fesyen (39 peratus), elektronik dan peranti (24 peratus), produk kecantikan (14 peratus) dan keperluan rumah (13 peratus).

Ketua Pegawai Eksekutif Dealmates, Erman Akinci berkata, laman web itu berkembang pesat selepas ia beralih daripada konsep belian berkumpulan kepada jualan murah pantas.

Menurut beliau, perbezaan antara jualan murah pantas dengan pembelian dalam talian secara berkumpulan ialah pelanggan tidak perlu menunggu hingga tawaran itu diterima dan melaluinya tiada lagi konsep menunggu bilangan pembeli minimum.

p/s: laman web dealmates kini tidak lagi digunakan dan telah ditutup.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon