Friday, September 15, 2017

Selena Gomes Jalani Pemindahan Buah Pinggang

Selena Gomes Jalani Pemindahan Buah Pinggang

Penyanyi antarabangsa, Selena Gomez, membuat pengakuan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada musim panas lalu.

Selena Gomes

Dalam kemas kini status di akaun Instagram, Gomez memuat naik status yang sekaligus menjawab tanda tanya peminat yang mempersoalkan mengapa dia tidak mempromosikan single terbaharunya.

Gomez yang juga seorang pelakon memberitahu, pemindahan buah pinggang itu terpaksa dilakukan akibat penyakit Lupus (SLE) yang dihidapinya.

"Ramai yang bertanya ke mana saya pergi sepanjang musim panas lalu, dan mengapa saya tidak mempromosikan single baharu saya.

"Saya diberitahu yang saya perlu menjalani pemindahan buah pinggang demi kesihatan saya.

"Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menceritakannya, namun saya akan berkongsi dengan anda kisah saya tidak lama lagi," tulis Gomez.

Penyanyi Love You Like A Love Song itu juga mengungkapkan penghargaan buat sahabatnya, Francia Raisa, yang mendermakan buah pinggang kepadanya.

"Tiada kata untuk saya ungkapkan rasa terima kasih kerana mendermakan buah pinggangnya," kata Gomez.

Pada tahun 2015, Gomez membuat pengakuan dalam majalah Billboard bahawa dia telah disahkan menghidap penyakit Lupus, sejenis penyakit auto-imun yang menyerang sistem ketahanan badan manusia, pada tahun 2013.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Friday, August 25, 2017

30 Artis Dengan Bayaran Paling Mahal Di Dunia 2017

30 Artis Dengan Bayaran Paling Mahal Di Dunia 2017

Majalah Forbes telah menyenaraikan pelakon Hollywood, Mark Wahlberg sebagai aktor yang memperoleh pendapatan tertinggi dengan bayaran paling mahal di terima di dunia pada tahun 2017.

Mark Wahlberg

Mark Wahlberg dianggarkan memperoleh pendapatan AS$68 juta (RM291 juta) yang dikira dari bulan Jun 2016 hingga Jun tahun 2017 ini.

Jumlah diterima Mark Wahlberg itu sekaligus mengatasi pendapatan pelakon The Rock Dwayne Johnson yang memegang gelaran sama tahun 2016 lalu.

Pendapatan tinggi yang diraih Mark itu diperoleh menerusi filem komedi Daddy’s Home 2, Transformers: The Last Knight dan program realiti TV bersiri memaparkan keluarganya berjudul Wahlburgers.

The Rock pula turun tangga kedua aktor menerima pendapatan tertinggi dengan jumlah bayaran sebanyak AS$65 juta (RM278 juta) menerusi filem Jumanji dan Baywatch.

Vin Diesel pula berada di tangga ketiga dengan pendapatan sebanyak AS$54.5 juta (RM233 juta).

Selain bintang Hollywood, aktor Bollywood turut mengungguli carta tersebut antaranya Shah Rukh, Salman Khan dan Akshay Kumar di mana masing-masing menduduki tangga ke lapan, sembilan dan 10 carta.

Bagi artis wanita pula, Emma Stone meraih pendapatan tertinggi dengan jumlah bayaran sebanyak AS$26 juta pada tahun 2017.

Emma Stone

30 Aktor dan Aktres Yang Meraih Pendapatan Tertinggi Di Dunia 2017

1. Mark Walhberg, AS$68 juta

2. The Rock Dwayne Johnson, AS$65 juta

3. Vin Diesel, AS$54.5 juta

4. Adam Sandler, AS$50.5 juta

5. Jackie Chan, AS$49 juta

6. Robert Downey Jr, AS$48 juta

7. Tom Cruise, AS$43 juta

8. Shah Rukh Khan, AS$38 juta

9. Salman Khan, AS$37 juta

10. Akshay Kumar, AS$35.5 juta

11. Chris Hemsworth, AS$31.5 juta

12. Tom Hanks, AS$31 juta

13. Samuel L. Jackson, AS$30.5 juta

14. Ryan Gosling, AS$29 juta

15. Emma Stone, AS$26 juta

16. Jennifer Aniston, AS$25.5 juta

17. Jennifer Lawrence, AS$24 juta

18. Ryan Reynolds, AS$21.5 juta

19. Matt Damon, AS$21 juta

20. Jeremy Renner, AS$19 juta

21. Chris Evans, AS$18 juta

21. Melissa McCarthy, AS$18 juta

23. Chris Pratt, AS$17 juta

24. Mila Kunis, AS$15.5 juta

25. Emma Watson, AS$14 juta

25. Emma Watson, AS$14 juta

27. Mark Ruffalo, AS$13 juta

28. Cate Blanchett, AS$12 juta

29. Julia Roberts, AS$12 juta

30. Amy Adams, AS$11.5 juta

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Friday, June 16, 2017

Lindsay Lohan Hadiri Majlis Berbuka Puasa Maher Zain

Lindsay Lohan Hadiri Majlis Berbuka Puasa Maher Zain

Penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan dilihat hadir ke majlis berbuka puasa anjuran penyanyi terkenal, Maher Zain di London pada 14/6/2017..

Lindsay Lohan and Maher Zain

Majlis yang diadakan sempena projek One Family Global itu bertemakan Iftar at The Savoy.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram (IG) rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan dilihat bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.

Lindsay Lohan and Maher Zain

Sementara itu Maher Zain turut re-tweet dan re-post status dan foto di Twiiter dan IG tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan gambar Lindsay Lohan di acara tersebut.

Lindsay Lohan and Maher Zain

Bagaimanapun, penyanyi popular yang berasal dari Lubnan itu tidak memberi sebarang komen mengenai kehadiran bintang Hollywood itu.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

sumber: astroawani

Thursday, May 25, 2017

Katy Perry Dibayar RM107j Sebagai Juri ‘American Idol’

Katy Perry Dibayar RM107j Sebagai Juri ‘American Idol’

Katy Perry dikhabarkan menerima bayaran AS$25 juta (RM107,325,000) hanya untuk menjadi juri program realiti American Idol (AI) tahun ini.

Katy Perry

Katty bagaimanapun berbangga kerana dia satu-satunya juri yang mendapat bayaran tertinggi berbanding juri lain.

“Saya sangat berbangga sebagai seorang wanita. Dan kamu tahu kenapa? Saya dapat bayaran lebih daripada juri-juri lelaki di program itu,” katanya ketika muncul dalam siaran radio 103.5 KTU, pada 23 Mei lalu.

Dalam pada itu, penyanyi yang baru muncul dengan single baru berjudul Bon Appetit ini menjelaskan dia bersetuju untuk menjadi juri AI bukan kerana isu bayaran lumayan tersebut.

Sebaliknya dia mengaku sudah lama ingin menjadi sebahagian daripada program pencarian berbakat tersebut.

Penyanyi lagu Roar ini berharap dapat melahirkan bakat-bakat baru dari program tersebut.

“Acara ini tentang pencarian bakat yang sebenar, membuat impian orang menjadi nyata dan mendengarkan kisah mereka.

“Saya melihat anda. Saya mahu mendengar anda. Saya ingin menjadi saksi mata untuk anda,” katanya lagi.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang Memandu Kereta Paling Mahal

sumber: mynewshub

Wednesday, February 15, 2017

10 Artis Wanita Yahudi Paling Popular Hollywood

10 Artis Wanita Yahudi Paling Popular Hollywood

Selebriti-selebriti wanita Hollywood ini bukan sahaja cantik, malah memiliki penampilan menarik yang sungguh mempersona sehingga menjadi menjadi begitu popular dan terkenal di Hollywood.

Buka sekadar cantik dan seksi, mereka juga terkenal bijak dan berbakat besar dalam dunia industri perfileman Hollywood.

Berikut merupakan senarai 10 selebriti wanita yanhudi paling popular di Hollywood.

1. Scarlett Johansson

Scarlett Johansson

Scarlett Johansson sering digelar salah seorang wanita tercantik di Hollywood.

Dengan bentuk tubuh yang menggiurkan, suara serak-serak basah yang seksi dan juga bakat lakonan yang hebat, tidak hairanlah mengapa ‘kesempurnaan’ fizikal Scarlett menjadi pujaan ramai para peminatnya.

2. Kat Dennings

Kat Dennings

Bintang Kat Dennings semakin menyinar di Hollywood oleh kerana tubuh yang montok dan kebolehannya untuk kelihatan seksi namun masih comel dan manja dalam masa yang sama.

Kat mula meraih perhatian sebagai watak Max Black dalam sitkom Two Broke Girls, adik perempuan yang berpersonaliti gila-gila dalam filem Thor dan menerusi filem indie Nick And Nora’s Infinite Playlist.

3. Goldie Hawn

Goldie Hawn

Goldie sememangnya cantik semasa zaman mudanya, bermata galak, senyuman yang manis; tiada lelaki yang tidak lemah apabila melihat pelakon ini suatu masa dahulu.

Bukan sahaja cantik, Goldie juga kelakar dan pandai bergurau biarpun sudah berusia 70 tahun, Goldie masih ‘bergetah’ dan menawan.

4. Mila Kunis

Mila Kunis

Kecil-kecil cili padi, itulah Mila Kunis. Keras kepala dan tahu apa yang dia inginkan, Mila berjaya meyakinkan penerbit sitkom That 70s Show untuk mengambilnya berlakon ketika hanya berusia 14 tahun apabila had umur yang diwajibkan untuk watak berkenaan adalah 18 tahun.

Mungkin kerana daya tarikannya yang kuat serta bakat yang luar biasa menjadikan Mila mampu membawa watak gadis dewasa dengan jaya sehinggakan wataknya masih diingati sehingga hari ini.

5. Lizzy Caplan

Lizzy Caplan

Lizzy Caplan mula dikenali menerusi wataknya sebagai gadis gothic dalam filem remaja, Mean Girls.

Lizzy kini tampak lebih matang dan mengambil watak-watak yang lebih serius melalui filem Cloverfield dan 127 Hours.

6. Sarah Michelle Gellar

Sarah Michelle Gellar

Sarah Michelle Gellar merupakan aktres pujaan kebanyakan remaja lelaki yang membesar sekitar lewat 90an kerana wajahnya yang kelihatan lebih muda daripada usianya.

Meskipun berwajah comel, Sarah Michelle mampu membawa karakter lasak seperti watak pembunuh pontianak dalam siri Buffy The Vampire Slayer.

Dalam filem Cruel Intentions pula, Sarah Michelle menunjukkan sisi yang lebih matang dan seksi sebagai Kathryn Merteuil yang merancang agenda ‘menghilangkan dara’ rakan baiknya sendiri.

7. Natalie Portman

Natalie Portman

Natalie mula berada dalam radar peminat filem menerusi filem Leon: The Professional arahan Luc Besson.

Sejak kecil lagi, bakat lakonan Natalie telah diakui oleh pengkritik dan penerbit-penerbit filem.

Setakat ini Natalie telah mengagumkan peminat dengan watak-wataknya dalam filem hebat seperti V For Vendetta, The Black Swan, Star Wars: Episode I – The Phantom Menace dan Closer.

Natalie bukan sahaja cantik dan berbakat besar, malah seorang wanita yang bijak kerana mempunyai ijazah jurusan psikologi universiti berprestij Harvard!

8. Dianna Agron

Dianna Agron

Dianna mendapat tempat di hati peminat menerusi sitkom Veronica Mars namun, wataknya sebagai Quinn Fabray dalam sitkom Glee yang berjaya melonjakkan namanya di Hollywood.

Dianna juga sering menghiasi muka depan majalah wanita kerana rupanya yang cantik dan personaliti yang menarik.

Kini, pelakon berusia 27 tahun ini sedang mengasah bakat dalam penulisan lakon layar pula.

9. Lisa Bonet

Lisa Bonet

Aktres kulit hitam ini mula dikenali semasa berlakon sebagai watak Denise Huxtable-Kendall dalam sitkom The Cosby Show pada tahun 80an.

Meskipun telah berdekad-dekad lamanya sejak Lisa menerjah ke dunia penuh kemahsyuran Hollywood, wanita berusia 48 tahun ini masih kekal cantik dan tidak dimamah usia.

10. Jennifer Connelly

Jennifer Connelly

Jennifer memulakan kerjaya pada awalnya sebagai peragawati dan dengan berbekalkan wajah yang cantik, dia kemudiannya terjun ke dunia lakonan dan terus berlakon sehingga ke hari ini.

Antara filem yang meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton termasuklah Requiem For A Dream dan A Beautiful Mind; iaitu filem yang berjaya menganugerahkan Jennifer trofi Oscar, BAFTA dan Golden Globe menerusi lakonan cemerlangnya.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Pernah Bergelar Gelandangan

Sumber: mynewshub

Monday, February 06, 2017

Pamela Anderson Berwajah Baru Selepas Pembedahan Plastik!

Pamela Anderson Berwajah Baru Selepas Pembedahan Plastik!

Anda kenal gambar pelakon Hollywood dibawah ini? Pasti tak kenal kan? Inilah 'wajah baru' pelakon simbol 'dewasa' paling hangat suatu ketika dahulu, Pamela Anderson!

Pamela-Anderson

Gambar terbaru pelakon sensasi Hollywood, Pamela Anderson, benar-benar mengejutkan peminat kerana wajahnya hampir berubah sepenuhnya.

Penampilan terkini Pamela ketika menghadiri majlis gala di Paris, Perancis, pada 27 Januari 2017 lalu benar-benar menimbulkan seribu tanda tanya di kalangan peminat dan pihak media.

Pamela-Anderson
Pembedahan terbaharu (wajah asal kiri).

Raut wajah Pamela Anderson berubah paling drastik selepas dia dipercayai menjalani prosedur pembedahan plastik yang serius.

Penampilan terbaharu Pamela Anderson kali ini dikatakan jauh lebih santai tanpa sebarang solekan tebal pada raut wajahnya seperti sebelum ini sehinggakan para hadirin yang hadir terkejut melihat kehadirannya.

Pamela-Anderson
Pembedahan pertama (wajah asal kiri).

Wajah terbaharu Pamela Anderson ini mungkin sebagai menebus semula 'kesilapan' ketika pembedahan plastik pertama yang merubah wajahnya menjadi 'buruk'.

Ramai peminatnya juga memuji penampilan terbaru ini kerana Pamela Anderson tampak lebih muda berbanding usianya yang kini sudah menginjak 50 tahun.

'Mengubah wajah' seperti ini juga pernah dilakukan oleh pelakon gred A, Renee Zellweger, apabila tampil dengan wajah baru yang berubah 100 peratus dan tidak ramai yang mengenalinya langsung.

Renee
Wajah sebenar Renee Zellweger (kiri) sebelum pembedahan plastik.

Selepas ni agaknya siapa lagi akan menkukar wajah pula?

BACA INI JUGA: Jennifer Aniston Dinobat Wanita Tercantik Dunia 2016

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 29, 2017

7 Mitos Cinta Filem-filem Hollywood

7 Mitos Cinta Filem-filem Hollywood

Filem-filem Amerika ternyata mempunyai seribu rupa dalam mempengaruhi penontonnya dan cinta juga adalah tema sepanjang zaman di layar perak, tidak terkecuali di Hollywood.

Titanic+love

Bagaimanapun, kata pakar perhubungan pasangan, tidak semuanya bayangan cinta daripada Hollywood itu benar-benar nyata bahkan, ada pula yang semata-mata mitos.

Ini kata perunding perhubungan, Arabella Russell, kepada The Independent mengenai kebenaran tentang mitos percintaan dan realiti kehidupan sebenar dalam filem-filem Hollywood.

Mitos1: Cinta sejati sentiasa sempurna (Titanic)

Menurut Arabella, jika perhubungan pasangan sentiasa sempurna, sudah tentu tidak akan ada perceraian.

Katanya, gambaran yang diberikan oleh Hollywood ini berbahaya kerana bagi mana-mana pasangan, mustahil cocok untuk setiap masa.

Mitos2: Ubah penampilan, dapat cinta (Grease, She's All That)

Katanya, langkah itu tidak akan mengubah apa-apa. Jika mahu berubah, berubahlah kerana diri sendiri dan bukan membuatkan orang lain menentukan penampilan anda.

Sebelum memulakan perhubungan, seseorang itu harus yakin bahawa dia berhak dimiliki oleh seseorang.

Mitos3: Pasangan bahagian tak bergaduh (Notting Hill)

Pasangan bahagia bergaduh kerana mereka berkomunikasi. Berhujah adalah satu bentuk komunikasi. Punca pergaduhan tidak penting, kata Arabella, tetapi bagaimana pergaduhan itu ditangani.

Dengan bergaduh, pasangan itu dapat belajar untuk saling memahami, bertolak ansur dan bersetuju untuk tidak bersetuju.

Mitos4: Perhubungan tak perlukan usaha (Every Disney film)

Bagi Arabella, cinta adalah perbuatan, bukan kata nama. Cinta itu umpama benih yang kamu tanam dan harus ditunggu sehingga besar.

Mitos5: Cinta muda mudi amat menyeronokkan (All of them apart from Something's Gotta Give)

Sikap gila-gila tidak akan kekal selamanya. Hubungan yang teruji dari tahun ke tahun akan memberi makna lebih mendalam terhadap sesuatu perhubungan.

Setiap peringkat umur boleh menikmati cinta, ia bukan untuk muda mudi antara umur 20-an hingga 30-an saja.

Mitos 6: Dia 'satu-satunya' (The Notebook)

Menanti lelaki ideal hanya membuatkan perhubungan itu tidak ke mana. Jika sudah berpasangan pula, mitos ini hanya membuatkan seseorang individu itu terus tertanya-tanya sama ada dia telah menjumpai pasangan idaman hati.

Rahsianya, kamu tidak harus mencari pasangan idaman, tetapi menciptanya.

Mitos7: Seks selalu mengghairahkan (Friends with Benefits)

Menyeronokkan atau tidak, seks hanya satu lagi bentuk komunikasi. Jika perhubungan itu lancar, ia akan tergambar melalui hubungan seks pasangan itu.

Seks juga hanya satu bahagian daripada banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dalam perhubungan, antaranya anak-anak dan kerjaya.

Semoga terhibur.

BACA INI JUGA: Kisah ‘Perigi Mencari Timba’, Bawa Ke Jinjang Pelamin

Sumber: malaysiakini

Wednesday, November 23, 2016

10 Aktor Dengan Bayaran Paling Mahal 2016

10 Aktor Dengan Bayaran Paling Mahal 2016

Dalam senarai terbaru yang diterbitkan bagi tahun 2016, dibawah ini adalah senarai artis lelaki yang menerima bayaran termahal di dunia bagi tahun 2016.

Selain aktor Hollywood yang termasuk di dalam senarai penerima pendapatan tertinggi, aktor Bollywood dan Hong Kong juga nampaknya tidak ketinggalan.

Jom saksikan..

1. Dwayne 'The Rock' Johnson

Dwayne 'The Rock' Johnson

Dwayne 'The Rock' Johnson disenaraikan sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia dengan AS$64 juta setahun.

2. Jackie Chan

Jackie Chan

Pelakon Hong Kong Jackie Chan berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$61 juta setahun.

3. Matt Damon

Matt Damon

Matt Damon menerima jumlah pendapatan sebanyak $55 juta setahun.

4. Tom Cruise

Tom Cruise

Pelakon Hollywood Tom Cruise menerima jumlah pendapatan sebanyak AS$53 juta setahun.

5. Johnny Depp

Johnny Depp

Johnny Depp menerima jumlah bayaran sebanyak AS$48 juta setahun.

6. Ben Affleck

Ben Affleck

Ben Affleck berada di tangga ke-6 dengan jumlah bayaran AS$43 juta.

7. Vin Diesel

Vin Diese

Vin Diesel menerima AS$35 juta setahun. -REUTERS/Alexandre Meneghini

8. Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan menerima jumlah bayaran AS$33 juta setahun.

8. Robert Downey Jr.

Robert Downey Jr.

Robert Downey Jr. menerima jumlah bayaran AS$33 juta setahun.

10. Akshay Kumar

Akshay Kumar

Aktor Bollywood Akshay Kumar menerima bayaran sebanyak AS$31.5 juta setahun.

BACA INI JUGA: Taylor Swift Selebriti Bawah 30an Paling Kaya 2016

Sumber: AA

Monday, October 17, 2016

Ben Affleck Kekasih Baru Taylor Swift

Ben Affleck Kekasih Baru Taylor Swift

Taylor Swift dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta terbaharu bersama bintang filem The Accountant, Ben Affleck.

Ben Affleck - Taylor Swift

Gossip Cop melaporkan mereka kini dalam proses fasa pertama untuk mengenali hati budi masing-masing.

Menurut sumber, pertemuan pertama mereka terjadi ketika bertemu dibelakang pentas konsert jelalah album 1898 Taylor Swift pada tahun lalu.

Sejak bertemu di belakang pentas tersebut, keduanya dilihat bertukar nombor telefon dan saling berhubung antara satu sama lain.

"Kecantikan Taylor dilihat menarik minat Ben yang ketika itu dalam proses perceraian dengan isterinya iaitu Jennifer Garner.

"Dalam waktu singkat mereka telah menjadi teman rapat. Semuanya bermula dari sms biasa yang kemudian jadi lebih mesra terutamanya selepas Taylor berpisah dengan Tom Hiddleston," kata sumber.

Terdahulu, Taylor Swift telah berpisah dengan pelakon Tom Hiddleston selepas mereka dikatakan sudah sehaluan lagi kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Ketagih Berkahwin!

Sumber: AA

Thursday, July 28, 2016

10 Selebriti Hollywood Yang Pernah Bergelar Gelandangan

10 Selebriti Hollywood Yang Pernah Bergelar Gelandangan

Mungkin ramai dari kita belum tahu ramai selebriti dalam senarai A-List di Hollywood pernah mengalami zaman kejatuhan sehingga ada yang bergelar gelandangan.

Begitulah realitinya disebalik kejayaan sebahagian selebriti Hollywood yang sentiasa dilihat sebagai golongan kaya, dikenali dan dikagumi, kisah mereka sebelum mengecapi kemahsyuran tidak kita ketahui.

Berikut 10 selebriti Hollywood yang pernah bergelar gelandangan.

Halle Berry

Halle Berry

Ketika berhijrah ke Chicago untuk mencuba nasib sebagai pelakon, Halle kehabisan wang dan ibunya juga tidak mahu menghantar wang kepadanya.

Dalam tempoh bertarung dengan kehidupannya ketika itu, Halle terpaksa menetap di pusat perlindungan gelandangan.

Menurut Halle dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, apa yang berlaku kepadanya suatu ketika dahulu mengajarnya untuk lebih memahami kehidupan.

Hillary Swank

Hillary Swank

Kedua-dua ibu bapa Hillary Swank bercerai ketika dia berusia 13 tahun dan Hillary kemudian berpindah bersama ibunya ke Los Angeles.

Di sana, mereka terpaksa tinggal di dalam kereta dan ibunya berusaha mendapatkan peluang untuk Hillary menyertai uji bakat lakonan.

Perlahan-lahan, kedua-dua mereka mula menerima pendapatan dan mampu menyewa pangsapuri.

Shania Twain

Shania Twain

Siapa sangka, penyanyi yang popular dengan lagu Ka-Ching, Shania Twain juga pernah bergelar gelandangan.

Demi membantu keluarganya, Shania sudah mula menyanyi di bar dan mencari rezeki sebagai penyanyi pada usia lapan tahun.

Jennifer Lopez

Jennifer Lopez

Jennifer Lopez berpindah keluar dari rumah ibu bapanya ketika berusia 18 tahun. Puncanya adalah kerana dia ingin meneruskan minatnya sebagai penari namun ditentang ibunya yang mahukannya melanjutkan pelajaran.

Disebabkan itu, penyanyi itu terpaksa menumpang di sebuah studio tarian dan hanya tidur di sofa. Rezeki berpihak kepadanya apabila dia menerima tawaran untuk menari di Eropah.

Kelly Clarkson

Kelly Clarkson

Menurut laporan media antarabangsa, sebelum bergelar selebriti, Kelly Clarkson pernah mencuba nasib menjadi penyanyi di Los Angeles.

Namun, satu insiden berlaku dan menyebabkan pangsapuri tempat dia menginap terbakar teruk sekali gus memaksanya menjadi gelandangan.

Dia kemudian kembali ke kampung halamannya di Texas dan menyertai uji bakat program realiti American Idol dan menjadi juara pertama program itu.

Sylvester Stallone

Sylvester Stallone

Selepas dihalau keluar dari pangsapurinya, Sylvester Stallone menjadi gelandangan dan terpaksa tidur di stesen bas.

Dia kemudian mencuba nasib menjadi pelakon filem lucah sekitar tahun 1970 dan filem pertama lakonannya adalah The Party At Kitty and Stud’s.

Dengan bayaran sekitar RM787 pada waktu itu membantunya untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa.

Steve Harvey

Steve Harvey

Siapa sangka, kehidupan pelawak seperti Steve Harvey tidaklah semanis yang disangka. Sebelum kerjayanya sebagai pelawak bermula pada 1980-an, dia juga pernah bergelar gelandangan.

Selama tiga tahun, Steve tinggal di dalam kereta Ford Tempo miliknya. Steve hanya singgah untuk mandi dan membersihkan diri di stesen minyak, hotel dan kolam renang awam.

Drew Carey

Drew Carey

Drew membesar di Cleveland, Ohio dan ketika berusia lapan tahun, bapanya meninggal dunia. Selepas itu, dia meneruskan kehidupannya tanpa rumah.

Di saat terdesak, Drew pernah menjual plasma darahnya dengan harga RM158. Dia juga turut menukar barangnya yang boleh dijual untuk membeli burger.

William Shatner

William Shatner

William yang pernah melakonkan watak Kapten James Tiberius Kirk dalam siri Star Trek juga pernah bergelar gelandangan.

Ketika siri itu ditamatkan pada 1969, hidup William menjadi tunggang- langgang. Dia turut bercerai dengan isterinya dan benar-benar hidup miskin sehingga memaksanya tinggal di dalam trak kerana tidak mampu menyewa bilik dan rumah.

Jewel

Jewel

Jewel dibuang kerja selepas menolak permintaan bosnya untuk tidur bersama. Disebabkan itu juga, gajinya disekat dan pada masa sama dihalau keluar dari tempat tinggalnya.

Pada awalnya, tidak menjadi masalah buatnya kerana masih mampu tinggal di dalam kereta, namun apabila kerap sakit dan mengalami masalah buah pinggang, kehidupannya semakin menjadi terdesak.

Selama tempoh sebulan itu, Jewel juga hampir mati di kawasan letak kereta yang menjadi tempat tinggal sementaranya sebelum kembali menyanyi.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang 'Menyesal' Tolak Watak Penting

Sumber: Hmetro

Wednesday, July 20, 2016

5 Perkara Terbaharu 'Star Wars Celebration' Anda Patut Tahu!

5 Perkara Terbaharu 'Star Wars Celebration' Anda Patut Tahu!

Konvensyen Star Wars Celebration yang berlangsung di London dari 15 hingga 17 Julai lalu membuatkan para peminat ternanti-nanti perkembangan terbaharu tentang francais tersebut.

Star Wars Celebration

Oleh kerana komunikasi dalam konvensyen dikawal ketat, tidak banyak pendedahan yang diketahui oleh para peminat.

Namun terdapat lima perkara yang diketahui daripada konvensyen tersebut:

1. Poster baharu Rogue One: A Star Wars Story

Poster sementara filem spin-off itu menampilkan pertempuran manusia, droid, dan Stormtroopers di pantai. Pesawat X-Wings dan Death Star turut kelihatan dalam latar belakang poster.

2. Darth Vader kembali

Star Wars Celebration - Darth Vader

Bunyi nafas di hujung video Star Wars Celebration sudah cukup membuat peminat teruja dan kemunculan Darth Vader selepas itu mengesahkan penampilan karakter itu dalam Rogue One, 11 tahun selepas penampilannya dalam Revenge of the Sith.

3. Episode VIII menyambung cerita The Force Awakens

Buat pertama kali dalam sejarah francais ini, sekuel tidak akan melangkau mana-mana plot. Filem arahan Rian Johnson akan menyambung adegan yang ditinggalkan oleh J.J. Abrams dalam The Force Awakens: saat Rey dan Luke Skywalker bertemu.

4. Memperkenalkan Han Solo baharu, Alden Ehrenreich

Han Solo, Alden Ehrenreich

Pelakon berusia 26 tahun ini akan melakonkan watak Han Solo pada usia mudanya yang bertemu dengan Rebel Alliance.

Alden yang sebelum ini muncul dalam filem arahan adik-beradik Coen “Hail, Caesar!” diperkenalkan secara rasmi dalam Star Wars Celebration.

5. 2017 bakal meriah

Walaupun tidak banyak yang didedahkan dalam Star Wars Celebration tahun ini, konvensyen yang bakal berlangsung di Orlando tahun hadapan dijangka lebih meriah kerana bakal menyambut ulang tahun francais tersebut yang ke-40.

BACA INI JUGA: Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

Sumber: Astroawani

Monday, June 06, 2016

Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak!

Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak!

Setakat ini Hollywood Walk of Fame telah menganugerahkan bintang kepada lebih 2,500 selebriti yang berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing.

Muhammad Ali Hollywood Walk of Fame.jpg

Antara selebriti popular yang tercatat namanya di situ adalah Elvis Presley, Morgan Freeman, Jackie Chan, Michael Jackson, Tom Cruise, Marilyn Monroe dan ramai lagi.

Namun, tahukah anda dalam ramai-ramai bintang berkenaan, hanya nama bekas peninju lagenda dunia Muhammad Ali sahaja tidak ‘dipijak’ oleh jutaan pengunjung di tapak Hollywood Boulevard, California, Amerika Syarikat itu.

Pada mulanya Ali yang enggan namanya dipijak oleh orang ramai yang lalu-lalang di tempat berkenaan, telah menolak tawaran mengabadikan namanya di situ.

Namun disebabkan pengaruhnya dalam sukan tinju, pihak penganjur Hollywood Chamber of Commerce telah setuju meletakkan bintang penghormatannya di dinding Dolby Theatre, di sana.

Alasan Ali cuma satu apabila ditanya kenapa enggan membenarkan bintangnya diletakkan di lantai seperti mana selebriti lain.

Muhammad Ali Hollywood Walk of Fame [2].jpg

“Saya membawa nama Nabi Muhammad dan ianya mustahil untuk membiarkan orang ramai memijak nama tersebut,” katanya, seperti dilaporkan media antarabangsa ketika itu.

Ali merupakan penerima bintang ke-2,189 pada 2002 dan sampai ke hari ini, bintang miliknya adalah satu-satunya bintang yang tidak diletakkan atas lantai.

BACA INI JUGA: Kisah Kemahsyuran Walk of Fame Hollywood

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, May 23, 2016

Daniel Craig Tolak Tawaran RM402 Juta, Nekad Pencen Jadi Bond 007!

Daniel Craig Tolak Tawaran RM402 Juta, Nekad Pencen Jadi Bond 007!

Pelakon terkenal, Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran bernilai RM402 juta (£68 juta) bagi membintangi dua lagi francais filem perisikan popular, James Bond.

Daniel Craig 007

Aktor berusia 48 tahun itu berkeras menolak walaupun dipujuk menerima tawaran lumayan tersebut.

Craig sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk tidak lagi menjadi agen 007 selepas Spectre namun pihak produksi dikatakan beranggapan dia akan tertarik sekiranya ditawar habuan lumayan.

Namun ternyata, aktor itu berpegang pada prinsipnya enggan meneruskan watak selaku agen perisikan popular itu.

Keengganan Craig telah mencetuskan spekulasi bahawa watak Bond terbaharu bakal digalas pelakon British, Tom Hiddleston.

Tom Hiddleston 007

Sehingga kini, pihak penerbitan masih belum mengeluarkan sebarang kenyatan mengenai siapakah aktor yang bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan Craig selepas ini.

Craig telah menggalas watak Bond dalam empat filem iaitu Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.

BACA INI JUGA: Resepi Kejayaan Luar Biasa Filem James Bond

Sumber: Mynewshub.cc