Jul 5, 2014

Selebriti Hollywood Yang Memandu Kereta Paling Mahal

Dunia hiburan dan selebriti saling berkait dengan kemewahan apalagi bila membabitkan bintang-bintang terkenal Hollywood. Sesetengah artis sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar semata-mata untuk memiliki kereta mewah terbaik yang ada di pasaran.

Jom kita tengok antara kereta paling mahal yang dimiliki selebriti terkenal Hollywood.

Kim Kardashian
Kereta: Ferrari F430
Harga: USD$186,925

Kim Kardashian Ferrari F430

Kim Kardashian memiliki sebuah kereta Ferrari F430 yang bernilai USD186,925. Walaupun dia juga mempunyai beberapa buah kereta lain seperti Bentley Continential GT yang selalu digunakannya, namun kereta Ferrari ini adalah yang paling mahal dimilikinya.

Berdasarkan kerjayanya yang pelbagai seperti mempunyai siri realiti tv sendiri, menjadi duta kepada pelbagai produk selain mempunyai pewangi dan pil diet jenama sendiri, apalah sangat bagi Kim untuk membayar USD3,800 ansuran sebulan untuk kereta Ferrari tersebut.

Paris Hilton
Kereta: Bentley GT Continential
Harga: USD$285,000

Paris Hilton Bentley GT Continential

Pewaris takhta rangkaian Hotel Hilton ini sudah biasa dibesarkan dalam kehidupan mewah. Jadi tidak hairanlah jika kereta pilihannya juga adalah dari jenis mewah dan bergaya. Paris memiliki sebuah kereta Bentley GT Continential yang dibelinya sebagai hadiah krismas untuk dirinya sendiri.

Oleh kerana mahukan kelainan, dia telah mengarahkan agar keretanya dihiasi berlian di bahagian dashboard yang mana kesemuanya bernilai USD285,000. Kereta tersebut juga diwarnakan dengan warna merah jambu Barbie Corvette, kerana dia adalah seorang peminat Barbie.

P.Diddy
Kereta: Maybach
Harga: USD$360,000

P.Diddy Maybach

P.Diddy juga dikenali sebagai Sean Combs bukanlah pemilik kepada kereta Maybach yang bernilai USD360,000 yang ditampilkan dalam artikel ini tetapi secara tidak langsung, dia adalah pemilik asal kereta tersebut sebelum ianya dihadiahkan kepada anak lelakinya, Justin, semasa sambutan hari lahir anaknya yang ke 16 tahun. Anak lelakinya bukan sahaja dihadiahkan kereta Maybach mewah itu malah turut disediakan khidmat pemandu yang akan mengiringinya kerana dia belum memiliki lesen memandu.

David Beckham
Kereta: Rolls-Royce Phantom Drophead
Harga: USD$407,000

David Beckham  Rolls-Royce Phantom Drophead

Kelibat David Beckham seringkali dilihat memandu kereta jenis Rolls-Royce Phantom Drophead miliknya di sekitar Beverly Hills bersama-sama anak-anaknya. Kereta mewah yang sangat cantik itu dibelinya dengan harga USD407,000. Namun, kerana pelbagai pengubahsuaian yang telah dilakukannya, termasuk roda yang ditempah khas dari Savini Forged, nilainya juga semakin tinggi di pasaran.

Jay Leno
Kereta: Mercedes SLR McLaren
Harga: USD$500,000++

Jay Leno Mercedes SLR McLaren

Pengacara Jay Leno yang terkenal kerana rancangan bual lewat malam kendaliannya, turut terkenal sebagai seorang pengumpul kereta yang tegar. Di dalam garajnya yang berukuran 17,000 kaki persegi menempatkan berpuluh-puluh kereta dari pelbagai jenis model. Salah satu koleksinya termasuklah sebuah Stanley Steamer tahun 1906 dan Dodge Challenger tahun 1970. Namun, kereta paling mahal yang dimilikinya adalah sebuah kereta Mercedes SLR McLaren yang dinilaikan sekitar setengah juta dolar. Selain kereta paling mahal, kereta itu juga dikatakan antara kereta yang paling digemarinya.

Nicolas Cage
Kereta: Ferrari Enzo
Harga: USD$670,000

Nicolas Cage Ferrari Enzo

Nicolas Cage mengejutkan ramai pihak apabila diketahui terbabit dalam masalah kewangan yang serius walaupun dia sebenarnya adalah salah seorang aktor Hollywood yang mendapat bayaran paling tinggi untuk sesebuah filem. Namun, sebelum berlakunya masalah kewangan yang serius, Nicholas pernah memiliki sebuah kereta Ferrari Enzo yang nilainya dikatakan mencecah USD670,000. Kereta mewah tersebut mampu mencapai kelajuan 217 batu sejam dan mampu bergerak dari 0 ke 60 batu sejam dalam tempoh satu saat sahaja.

Model kereta Ferrari itu juga dilengkapi dengan enjin V12 Aluminium F140 iaitu salah satu daripada hanya 399 yang dikeluarkan. Namun sayang sekali kereta kesayangannya itu terpaksa dijual sebagai salah satu usaha untuk meredakan masalah kewangan yang mengelilinginya.

Jerry Seinfeld
Kereta: Ferrari 959
Harga: USD$700,000

Jerry Seinfeld Ferrari 959

Aktor komedi Jerry Seinfeld turut dikenali sebagai pengumpul kereta yang tegar seperti Jay Leno. Antara koleksi keretanya ialah kereta-kereta jenama Porche dan dikatakan bahawa Jerry ialah pengumpul kereta Porche paling banyak di dunia.

Antar 46 buah kereta yang dimilikinya, terdapat sebuah kereta Porche 959 yang menjadi kemuncak koleksinya. Model tersebut ialah salah satu daripada 337 buah model sama yang dikeluarkan dan harganya dikatakan sekitar USD700,000.

Namun begitu, kereta tersebut hanya boleh dijadikan koleksi dan tidak boleh dipandu kerana ia tidak melepasi ujian kelayakan yang diperlukan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk dipandu di jalan raya.

Simon Cowell
Kereta: Buggati Veyron
Harga: USD$1.7 Juta

Simon Cowell Buggati Veyron

Simon Cowell yang pernah menjadi juri terkenal American Idol, X-Factor America dan juga Britain's Got Talent memang sudah terkenal dalam dunia hiburan kerana kemampuannya mencari bakat-bakat baru yang berjaya di pasaran seperti kumpulan Westlife, I1 Divo dan yang terbaru One Direction.

Simon memiliki sebuah kereta Buggati Veyron yang dikatakan bernilai USD1,700,000. Kereta mewah ini mampu mencecah kelajuan maksimum 267 batu sejam, menjadikan kereta Buggati sebagai salah satu kereta paling pantas di dunia. Selain itu, Simon turut memiliki kereta jenama Rolls-Royce Phantom dan juga Ferrari.

Birdman
Kereta: Buggati Veyron
Harga: USD$2 Juta

Birdman Buggati Veyron

Birdman yang nama sebenarnya ialah Bryan Williams juga memandu sebuah Buggati Veyron dan model ini pula bernilai kira-kira USD2 juta dolar. Selain dikenali sebagai salah satu kereta paling mahal di dunia, kereta Buggati juga adalah antara yang terpantas di dunia bagi sebuah kereta yang sah digunakan di jalan raya.

Rapper terkenal ini juga seringkali dilihat memuatnaik gambarnya bersama-sama kereta kesayangannya dimana-mana sahaja dia memandu kereta tersebut. Sebagai seorang CEO Cash Money Records, tidak hairanlah jika Birdman mampu memiliki antara kereta paling mewah di dunia.

Jay Z
Kereta: Maybach Exelero
Harga: USD$8 Juta

Jay Z Maybach Exelero

Rapper terkenal Jay Z yang juga suami kepada penyanyi Beyonce berada dalam kedudukan teratas selebriti Hollywood yang mempunyai kereta paling mahal di dunia. Kereta yang dimaksudkan ialah sebuah Maybach Exelero. Apa yang menariknya, kereta yang dikatakan bernilai USD$8 juta ini amat menyerupai kereta Batman. Malah, kereta mewah ini juga pernah ditampilkan dalam klip video lagunya, 'Lost One'.

Kereta mewah ini mampu mencecah kelajuan 66 mph dalam tempoh 4.44 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 218 batu sejam. Walaupun pada mulanya kereta Maybach Exelero ini hanya dibuat untuk Fulda Tires pada tahun 2005, namun pada masa kini sesiapa saja yang berkemampuan sudah boleh membelinya kerana ia sudah dipasarkan untuk umum.

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

perh kaya betul..antara smua kareta kat atas..kereta..paris hiton yg betul kewanitaan

dunia mmg milik mereka . duit klu x dibelanjakan bkn blh bawa mati ... katanya kot .

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon