Monday, May 23, 2016

Daniel Craig Tolak Tawaran RM402 Juta, Nekad Pencen Jadi Bond 007!


Pelakon terkenal, Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran bernilai RM402 juta (£68 juta) bagi membintangi dua lagi francais filem perisikan popular, James Bond.

Daniel Craig 007

Aktor berusia 48 tahun itu berkeras menolak walaupun dipujuk menerima tawaran lumayan tersebut.

Craig sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk tidak lagi menjadi agen 007 selepas Spectre namun pihak produksi dikatakan beranggapan dia akan tertarik sekiranya ditawar habuan lumayan.

Namun ternyata, aktor itu berpegang pada prinsipnya enggan meneruskan watak selaku agen perisikan popular itu.

Keengganan Craig telah mencetuskan spekulasi bahawa watak Bond terbaharu bakal digalas pelakon British, Tom Hiddleston.

Tom Hiddleston 007

Sehingga kini, pihak penerbitan masih belum mengeluarkan sebarang kenyatan mengenai siapakah aktor yang bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan Craig selepas ini.

Craig telah menggalas watak Bond dalam empat filem iaitu Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.

BACA INI JUGA: Resepi Kejayaan Luar Biasa Filem James Bond

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon