Jul 20, 2016

5 Perkara Terbaharu 'Star Wars Celebration' Anda Patut Tahu!

Konvensyen Star Wars Celebration yang berlangsung di London dari 15 hingga 17 Julai lalu membuatkan para peminat ternanti-nanti perkembangan terbaharu tentang francais tersebut.

Star Wars Celebration

Oleh kerana komunikasi dalam konvensyen dikawal ketat, tidak banyak pendedahan yang diketahui oleh para peminat.

Namun terdapat lima perkara yang diketahui daripada konvensyen tersebut:

1. Poster baharu Rogue One: A Star Wars Story

Poster sementara filem spin-off itu menampilkan pertempuran manusia, droid, dan Stormtroopers di pantai. Pesawat X-Wings dan Death Star turut kelihatan dalam latar belakang poster.

2. Darth Vader kembali

Star Wars Celebration - Darth Vader

Bunyi nafas di hujung video Star Wars Celebration sudah cukup membuat peminat teruja dan kemunculan Darth Vader selepas itu mengesahkan penampilan karakter itu dalam Rogue One, 11 tahun selepas penampilannya dalam Revenge of the Sith.

3. Episode VIII menyambung cerita The Force Awakens

Buat pertama kali dalam sejarah francais ini, sekuel tidak akan melangkau mana-mana plot. Filem arahan Rian Johnson akan menyambung adegan yang ditinggalkan oleh J.J. Abrams dalam The Force Awakens: saat Rey dan Luke Skywalker bertemu.

4. Memperkenalkan Han Solo baharu, Alden Ehrenreich

Han Solo, Alden Ehrenreich

Pelakon berusia 26 tahun ini akan melakonkan watak Han Solo pada usia mudanya yang bertemu dengan Rebel Alliance.

Alden yang sebelum ini muncul dalam filem arahan adik-beradik Coen “Hail, Caesar!” diperkenalkan secara rasmi dalam Star Wars Celebration.

5. 2017 bakal meriah

Walaupun tidak banyak yang didedahkan dalam Star Wars Celebration tahun ini, konvensyen yang bakal berlangsung di Orlando tahun hadapan dijangka lebih meriah kerana bakal menyambut ulang tahun francais tersebut yang ke-40.

BACA INI JUGA: Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

Sumber: Astroawani

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon