Tuesday, September 06, 2016

Chef Hilang Pendengaran Selepas Makan Hidangan 'Mi Maut'

Chef Hilang Pendengaran Selepas Makan Hidangan 'Mi Maut'

Seorang chef mendakwa hilang pendengaran untuk sementara waktu selepas menyahut cabaran mencuba mi paling pedas di dunia di Jakarta, baru-baru ini.

Ben Sumadiwiria

Memetik laporan Metro.co.uk, Ben Sumadiwiria, 22, telah ke restoran yang menghidangkan mi yang digelar sebagai ‘Mi Maut’.

Mi Maut dikatakan 4,000 kali lebih pedas daripada sos cili-cuka, Tabasco, dan 100 kali lebih pedas daripada cili burung.

Teruja untuk mencuba, chef dari London, United Kingdom itu memesan sepinggan Mi Maut dari dapur restoran.

Menurut Sumadiwiria, pada suapan pertama, dia mula berpeluh, dan pening.

Dia kemudiannya mendakwa tidak dapat mendengar apa-apa selepas beberapa minit mengunyah mi tersebut.

“Ini memang mi paling pedas yang saya pernah rasa. Sebaik sahaja ia masuk ke dalam mulut, saya mula berpeluh dan mula terasa mual.

“Semua yang mencuba akan memuntahkan mi ini ke dalam tong sampah,” katanya.

Meskipun telah menghabiskan setengah dozen air sejuk, sepinggan pencuci mulut dan segelas besar air kelapa, Sumadiwiria masih tidak dapat menghilangkah rasa pedas dan sakit kepalanya.

Sumadiwiria juga dikatakan terpaksa membuka baju dan merendamkan kepalanya ke dalam air sejuk untuk menghilangkan rasa pedas.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH | Sentiasapanas


Monday, September 05, 2016

Kedai Kopi Caj Mahal Pelanggan 'Biadap' Dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sopan

Kedai Kopi Caj Mahal Pelanggan 'Biadap' Dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sopan

Sebuah kedai kopi di Sepanyol memutuskan untuk mengenakan caj yang lebih mahal kepada pelanggannya yang disifatkan biadap apabila membeli di kedai kopi tersebut.

Blau Grifeu

Pemilik Restoran Blau Grifeu di Llanca mengambil keputusan itu apabila dia merasakan orang ramai kini bersifat tergesa-gesa sehingga lupa untuk bersopan santun.

Ideanya sangat mudah - jika pelanggan bersopan santun dan menyenangkan staf ketika membuat pesanan, harga kopi hanya akan dicaj sebanyak £2.52 (RM 13.70).

Sebaliknya, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak £4.20 (RM 22.80).

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat diskaun bonus jika menggunakan perkataan 'tolong', 'terima kasih' atau mengucap 'buenos dias' (selamat pagi) kepada pelayan dimana harga kopi akan diturunkan kepada £1.09 (RM6.00).

Pemilik kedai itu, Marisel Valencia Madris percaya tindakannya itu telah membuat satu perubahan besar di kedainya.

"Orang ramai kini sangat tergesa-gesa dan selalu lupa untuk menyebut 'tolong' apabila mereka meminta sesuatu

"Saya letakkan tanda sistem harga baru itu di tingkap dan banyak perubahan yang berlaku. Orang ramai kini lebih bersopan santun dan ini telah menjadikan kehidupan sehari-hari lebih baik", katanya.

Blau Grifeu
Harga di kedai tersebut yang diletakkan dalam euro.

Marisel, yang berasal dari Kolumbia berkata, orang-orang di sana lebih sopan apabila berhadapan dengan pelayan dan juruwang.

Wanita berusia 41 tahun itu juga berkata tindakannya itu terinspirasi dari sebuah restoran di Perancis, yang menawarkan diskaun berdasarkan kesopanan pelanggan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Siakapkeli | Sentiasapanas

Wednesday, May 13, 2015

Jenis Pemandu Paling Dibenci, Memandu Sambil Main Telefon

Jenis Pemandu Paling Dibenci, Memandu Sambil Main Telefon

Daripada 1,000 responden, 26 peratus bersetuju pemandu yang sering menggunakan telefon ketika sedang memandu merupakan jenis pemandu yang paling annoying dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Bertelefon-ketika-memandu

Adakah anda merupakan salah seorang di kalangan pemandu yang gemar melihat telefon bimbit ketika tangan sedang ralit memegang stereng kenderaan?

Ketahuilah perbuatan anda itu adalah salah malah boleh disaman oleh pihak berkuasa sekiranya tertangkap bermain handphone ketika sedang memandu.

Jenis pemandu sebegini juga merajai carta jenis-jenis pemandu yang paling dibenci di Amerika Syarikat menerusi hasil survey Expedia’s 2015 Road Rage Report yang dilakukan baru-baru ini.

Sementara, sikap sesetengah pemandu yang kurang bersabar dan suka memotong barisan menduduki tempat kedua pemandu yang tidak disukai oleh pemandu-pemandu lain.

Sementara itu hasil daripada survey tersebut juga mendapati 42 peratus daripada respondens bersetuju pemandu di kota New York disifatkan pemandu yang paling ‘kurang ajar’ di kalangan pemandu di Amerika diikuti dengan pemandu di Los Angeles dengan 32 peratus dan Chicago (18 peratus).

Di bawah merupakan senarai top 12 pemandu-pemandu yang paling annoying di Amerika Syarikat menurut hasil kajian ini:-

1. Memandu sambil bermain/melihat telefon bimbit (26%)

2. Pemandu yang suka memotong barisan (13%)

3. Pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan (12%)

4. Pemandu yang memandu terlalu perlahan (10%)

5. Pemandu yang gemar membuat kerja lain ketika memandu contohnya, makan, minum, mencari cd dan sebagainya (10%)

6. Pemandu yang memandu terlalu laju persis pelumba litar F1 (7%)

7. Pemandu yang tidak bertimbang rasa, contohnya tidak memberikan laluan walaupun sudah memberikan signal (6%)

8. Pemandu yang mengubah laluan secara tiba-tiba (5%)

9. Pemandu yang gemar mencucuk pemandu lain (4%)

10. Pemandu yang tidak menunjukkan tanda penghargaan sekiranya orang sudah memberi jalan (3%)

11. Pemandu yang sering bermain hon (2%)

12. Pemandu yang memotong lampu merah (1%)

BACA INI JUGA: Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, April 12, 2015

Daripada 100 Orang, Hanya 1 Jadi Kaya-raya

Daripada 100 Orang, Hanya 1 Jadi Kaya-raya

Semua kita memasang impian mahu berjaya dan menjadi kaya dalam kehidupan. Namun, bagaimana dengan fakta sebenar?

Kaya-raya

Menurut kajian, daripada 100 orang yang berusia 25 tahun di dunia ini, pada usia mereka menjangkau 65 tahun..

1. Hanya 1 orang yang berjaya menjadi orang paling ternama, kaya-raya dan hidup bermandikan kemewahan.

2. Hanya 4 orang yang akan hidup senang, mempunyai banyak wang dan dapat menghabiskan sisa usia tua mereka dalam keadaan yang seronok dan menyenangkan.

3. 54 orang lagi sudah tidak mampu bekerja, tidak mempunyai harta dan wang simpanan. Sekadar menumpang hidup anak-anak untuk menghabiskan sisa usia.

4. Manakala 5 orang lagi masih terus bekerja keras demi kelangsungan hidup.

5. Dan yang selebihnya? Ada diantaranya yang masih terus bekerja, jatuh muflis ataupun sudah ditanam dalam liang lahad.

Rasanya anda yang mana satu?

BACA INI JUGA: Menjadi Jutawan Selepas Berpura-pura Jadi Kaya

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, April 08, 2015

Ketua Sami Peluk Islam Selepas 30 Tahun Kaji Semua Agama

Ketua Sami Peluk Islam Selepas 30 Tahun Kaji Semua Agama

Seorang sami Buddha yang berusia 66 tahun akhirnya memeluk Islam selepas hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini.

Ketua Sami

Pengalaman setelah menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan ini telah mendorong lelaki ini yang tidak mahu identitinya didedahkan, mencari kebenaran dan mengakui Islam merupakan sebuah agama yang indah dan sempurna.

Lelaki terbabit telah mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Cina Krubong, Melaka, di sebuah majlis ringkas minggu ini.

Presiden Persatuan Cina Islam Melaka (MACMA), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki ini banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.

Lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.

Majlis itu disempurnakan oleh penaung MACMA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Sementara itu, pada majlis yang sama turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun.

BACA INI JUGA: Kontroversi Peraturan Baru Memeluk Islam di Negeri Sembilan

Sumber: Mynewshub.cc

Ratu Paling Hodoh Meninggal Dunia

Ratu Paling Hodoh Meninggal Dunia

Ratu pertandingan Muka Terhodoh Dunia, Anne Woods meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Anne Woods

Juara 28 kali itu mula menyertai pertandingan pelik tersebut pada 1977 dan mengambil bahagian setiap tahun dalam tempoh tiga dekad.

Pertandingan yang memerlukan peserta membuat raut wajah yang pelik itu digelar sebagai pertandingan Muka Terhodoh.

Anne menyertai pertandingan tersebut sebanyak 33 kali, memenangi hampir seluruh penyertaan sekaligus dinobatkan sebagai naib juara sebanyak lima kali dan hanya sekali dia terlepas daripada menyertai pertandingan tersebut kerana mengandung.

Setiap tahun Anne akan memilih lagu yang sama, 'You're Gorgeous' untuk mengiringi persembahannya.

Penyertaan wanita unik itu disangka terhenti apabila dia pengsan selepas menjuarai pertandingan tersebut pada tahun 2010 namun masih lagi mampu untuk bertanding pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2012, Anne telah diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai pemenang terbanyak pertandingan tersebut.

Setiausaha dan Naib Pengerusi Pertandingan, Callum Scott berkata, "Anne merupakan peserta paling popular dan pertandingan ini tidak akan meriah tanpa penyertaan dia.

"Anne merupakan seorang yang sangat bersemangat mengenai pertandingan ini, dia tidak suka hadir sebagai penonton.

"Kami juga akan membuat sesuatu pada pertadingan tahun ini untuk memberi penghormatan kepadanya," katanya lagi.

Pertandingan Muka Terhodoh diadakan setiap tahun di Egromont, Cumbria, England.

BACA INI JUGA: Gurn, Pertandingan Muka Paling Hodoh Di Dunia!

Saturday, April 04, 2015

Black Diamond, Ais Krim Berharga RM3,023 Untuk Satu Hidangan!

Black Diamond, Ais Krim Berharga RM3,023 Untuk Satu Hidangan!

Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini menyebabkan anda terkesima untuk mencubanya dan apa yang lebih istimewa, tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Black Diamond

Akhbar-akhbar Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, sebuah kedai pencuci mulut di Dubai melancarkan aiskrim yang dianggap (antara) paling mahal di dunia dengan harga serendah 3,000 dirham (kira-kira RM3,023).

Penciptanya, seorang peniaga dari India, Zubin Doshi berkata, harga mahal itu sebenarnya masih lagi murah dan memang pun dianggap wajar setelah mengambil kira bahan-bahan yang digunakan juga dikecualikan daripada GST.

Scoopi Cafe

Ais krim eksklusif dikenali sebagai ‘Black Diamond‘ atau berlian hitam itu diperbuat daripada bahan-bahan bernilai mewah antaraya ‘Italian Truffles’, ‘Ambroisal Iranian Saffron’ dan emas 23 karat yang boleh dimakan begitu sahaja.

Ia kemudian dihidang di dalam mangkuk jenama Versace yang boleh disimpan oleh pembeli dan kini sudah pun dijual di Scoopi Cafe, tidak jauh dari hotel berprestij ikon popular Dubai, Burj Al Khalifa setinggi 830 meter. –Agensi

BACA INI JUGA: Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!

Thursday, April 02, 2015

Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah!

Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah!

Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.

Yusrim Karim

Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.

Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.

"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.

Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.

Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.

Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.

Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi 'Coker Chat' merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.

"Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea," katanya.

Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.

Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.

Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.

Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.

Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.

"Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan kepada negara terutamanya Sabah," katanya.

BACA INI JUGA: GILER! Budak 8 Tahun Jana RM4.2 Juta Dari YouTube!

Sumber: Mstar.com.my