Apr 8, 2015

Ratu Paling Hodoh Meninggal Dunia

Ratu pertandingan Muka Terhodoh Dunia, Anne Woods meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Anne Woods

Juara 28 kali itu mula menyertai pertandingan pelik tersebut pada 1977 dan mengambil bahagian setiap tahun dalam tempoh tiga dekad.

Pertandingan yang memerlukan peserta membuat raut wajah yang pelik itu digelar sebagai pertandingan Muka Terhodoh.

Anne menyertai pertandingan tersebut sebanyak 33 kali, memenangi hampir seluruh penyertaan sekaligus dinobatkan sebagai naib juara sebanyak lima kali dan hanya sekali dia terlepas daripada menyertai pertandingan tersebut kerana mengandung.

Setiap tahun Anne akan memilih lagu yang sama, 'You're Gorgeous' untuk mengiringi persembahannya.

Penyertaan wanita unik itu disangka terhenti apabila dia pengsan selepas menjuarai pertandingan tersebut pada tahun 2010 namun masih lagi mampu untuk bertanding pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2012, Anne telah diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai pemenang terbanyak pertandingan tersebut.

Setiausaha dan Naib Pengerusi Pertandingan, Callum Scott berkata, "Anne merupakan peserta paling popular dan pertandingan ini tidak akan meriah tanpa penyertaan dia.

"Anne merupakan seorang yang sangat bersemangat mengenai pertandingan ini, dia tidak suka hadir sebagai penonton.

"Kami juga akan membuat sesuatu pada pertadingan tahun ini untuk memberi penghormatan kepadanya," katanya lagi.

Pertandingan Muka Terhodoh diadakan setiap tahun di Egromont, Cumbria, England.

BACA INI JUGA: Gurn, Pertandingan Muka Paling Hodoh Di Dunia!

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Memek muka je hodoh..tapi kalau tak buat macam tu..mesti cantik...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon