Monday, September 05, 2016

Kedai Kopi Caj Mahal Pelanggan 'Biadap' Dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sopan


Sebuah kedai kopi di Sepanyol memutuskan untuk mengenakan caj yang lebih mahal kepada pelanggannya yang disifatkan biadap apabila membeli di kedai kopi tersebut.

Blau Grifeu

Pemilik Restoran Blau Grifeu di Llanca mengambil keputusan itu apabila dia merasakan orang ramai kini bersifat tergesa-gesa sehingga lupa untuk bersopan santun.

Ideanya sangat mudah - jika pelanggan bersopan santun dan menyenangkan staf ketika membuat pesanan, harga kopi hanya akan dicaj sebanyak £2.52 (RM 13.70).

Sebaliknya, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak £4.20 (RM 22.80).

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat diskaun bonus jika menggunakan perkataan 'tolong', 'terima kasih' atau mengucap 'buenos dias' (selamat pagi) kepada pelayan dimana harga kopi akan diturunkan kepada £1.09 (RM6.00).

Pemilik kedai itu, Marisel Valencia Madris percaya tindakannya itu telah membuat satu perubahan besar di kedainya.

"Orang ramai kini sangat tergesa-gesa dan selalu lupa untuk menyebut 'tolong' apabila mereka meminta sesuatu

"Saya letakkan tanda sistem harga baru itu di tingkap dan banyak perubahan yang berlaku. Orang ramai kini lebih bersopan santun dan ini telah menjadikan kehidupan sehari-hari lebih baik", katanya.

Blau Grifeu
Harga di kedai tersebut yang diletakkan dalam euro.

Marisel, yang berasal dari Kolumbia berkata, orang-orang di sana lebih sopan apabila berhadapan dengan pelayan dan juruwang.

Wanita berusia 41 tahun itu juga berkata tindakannya itu terinspirasi dari sebuah restoran di Perancis, yang menawarkan diskaun berdasarkan kesopanan pelanggan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Siakapkeli | Sentiasapanas

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon