Wednesday, November 04, 2020

Sean Connery, James Bond Pertama Meninggal Dunia

Sean Connery, James Bond Pertama Meninggal Dunia

Pemergian bintang Hollywood legenda, Sean Connery, 91, mati dalam tidur di kediamannya di The Bahamas, Kepulauan Caribbean, pada Sabtu (31 November 2020) diratapi keluarga, rakan selebriti, penerbit dan peminat seluruh dunia.

Sean Connery

Memetik laporan BBC, berita sedih berkenaan disahkan keluarga aktor kelahiran Edinburgh, Scotland itu, selain diumumkan dalam akaun Twitter rasmi, James Bond.

Isteri, Micheline Roquebrune dan dua puteranya, Jason dan Stephane mengesahkan Connery menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang ketika tidur dan dikelilingi ahli keluarga.

"Upacara pengebumian akan diadakan secara tertutup, diikuti dengan majlis peringatan yang masih dalam perancangan selepas pandemik COVID-19 berakhir," kata wakil keluarga.

Micheline, 91, menceritakan detik terakhir sebelum mendiang suaminya yang menderita penyakit Demensia meninggal dunia.

Penyakit Demensia atau lebih dikenali sebagai 'nyanyuk' yang berkaitan dengan daya ingatan disebabkan kematian sel otak secara abnormal.

Menerusi dailymail.co.uk, Micheline mengakui, penyakit Demensia mengorbankan suaminya, bagaimanapun sempat menghabiskan masa bersama pada saat akhir.

Pelukis Maghribi-Perancis itu memberitahu, "Tiada lagi kehidupan baginya. Beliau sudah tidak dapat menguruskan diri, sejak akhir ini. Mati dalam tidur, keadaannya amat tenang. Saya bersamanya sepanjang masa.

"Penyakit Demensia merugikannya. Bagaimanapun, beliau dapat menunaikan hasrat terakhir iaitu melarikan diri daripada keributan dunia selebriti.

"Dia lelaki hebat sepanjang kami hidup bersama selama 45 tahun. Bagi saya, beliau adalah lelaki yang boleh dijadikan teladan.

"Tentunya, kehidupan saya sukar tanpanya. Tetapi, saya tidak mampu menghalangnya pergi untuk selamanya. Biarlah beliau pergi dengan tenang," katanya kepada dailymail.co.uk.

Berikutan kematian Sean Connery, selebriti dan peminat berkumpul dalam media sosial untuk memberi penghormatan kepada aktor itu.

Sean Connery dilahirkan tanggal 25 Ogos 1930. Ibunya, Euphemia McBain berkerja sebagai tukang cuci, manakala bapa, Joseph Connery pula mencari rezeki dengan bekerja di kilang.

Dari seorang budak kampung yang bersekolah sehingga usia 14 tahun, Sean Connery pernah melakukan kerja kolar biru seperti pemandu trak, penjual susu dan mengelap keranda.

Siapa sangka namanya menjadi tersohor seluruh pelosok dunia sebagai aktor yang terkenal dengan watak ejen perisik James Bond pada 1962.

Pembabitan Sean Connery dalam dunia seni bermula pada 1950, ketika menyertai pertandingan bina badan, Mr Universe yang berlangsung di London.

Susuk tubuh yang tegap menyebabkannya dilamar untuk membintangi drama terbitan BBC, Requiem for a Heavyweight dan diberikan watak utama sebagai peninju.

Dari situ, Sean Connery ditawarkan kontrak di bawah syarikat penerbitan terkemuka di Hollywood, Paramount Pictures.

Pembabitan pertamanya dalam industri filem Hollywood bermula apabila penerbit Albert Broccoli dan Harry Saltzman mencari calon yang sesuai membawakan watak James Bond daripada kisah adaptasi novel kepada layar lebar.

Rezeki berpihak kepada Sean Connery apabila aktor, Cary Grant menolak tawaran berkenaan, memaksa penerbit mencari pengganti yang bersedia menerima tawaran murah dan kurang dikenali.

Dengan ketinggian 6 kaki 2 inci, Sean Connery dilihat paling layak, namun penulisnya Ian Fleming menganggap beliau tidak menepati ciri yang dicari.

Penonton nyata tidak bersetuju dengan pendapat Fleming, buktinya sebaik filem berkenaan muncul di pawagam berjaya mencatat kutipan pecah panggung, sekali gus mengangkat nama Connery.

"Beliau akan terus dikenang sebagai James Bond yang asli. Sejarah pembabitan dalam dunia filem akan kekal diingati sampai bila-bila.

"Ayat popularnya, 'The name's Bond, James Bond, masih segar diingati peminat hingga hari ini," kata penerbit siri James Bond, Micahel G Wilson dan Barbara Broccoli daripada EON Production.

Sean Connery licik dan cerdik dalam membawakan watak ejen perisik 007 itu. Malah kemampuannya sebagai ejen seksi dan berkarisma tidak boleh disangkal hingga dinobatkan gelaran 'Sexiest Man Alive' oleh majalah People pada 1989 ketika berusia 59 tahun.

Sementara itu, aktor kelahiran Australia, Geoge Lazenby yang pernah membawakan watak James Bond masih terkejut dengan berita pemergian Connery.

"Saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-90 kepadanya, beberapa minggu lalu. Tetapi, sekarang saya dengan berat hati terpaksa menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga dan teman rapatnya.

"Secara peribadi, Connery menjadi sumber inspirasi saya. Saya pernah bertemu dengannya beberapa kali dan amat berbesar hati apabila beliau memberikan restu kepada filem On Her Majesty's Secret Service. Apa yang mengagumkan, kerja yang dilakukan melangkaui filem James Bond.

"Beliau aktif melakukan kerja amal, sangat menyayangi keluarga, menyertai politik dan sukan golf. Seorang insan yang baik dan aktor yang hebat di layar perak.

"Kini, aktor yang tidak begitu dihargai sudah pun meninggalkan kita. Ingatan tulus ikhlas dari saya buat Lady Micheline, anak dan cucu Connery, " tulisnya menerusi laman Instagram (IG).

Seorang lagi bintang James Bond, Pierce Brosnan berkata, beliau amat mengagumi Connery yang membawakan watak ejek perisik itu ketika masih kecil. Connery menjadi dirinya sendiri.

Katanya, Sean Connery juga membawa bayang-bayangnya ke dalam watak berkenaan dan ia akan kekal sampai bila-bila.

"Sean Connery menunjukkan jalannya dan saya hanya mengikut jejak langkahnya. Setiap pelakon yang dipertanggungjawabkan membawakan watak Bond pasti akan melihat Connery dengan rasa kagum dan hormat.

"Anda seorang yang hebat daripada pelbagai sudut, sama ada aktor, manusia dan akan terus kekal diingati sampai bila-bila," katanya yang dipetik menerusi IG.

Daniel Craig berkata, dia amat sedih sebaik mengetahui berita pemergian aktor yang sangat hebat.

"Sean Connery akan terus diingati sebagai Bond. Beliau menterjemahkan watak ejen perisikan 007 itu dengan penuh bergaya, cerdik dan mempesona di layar lebar.

"Beliau mampu menggegarkan panggung dan akan terus menjadi aktor yang berpengaruh," katanya menerusi Twitter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: bharian

SBDJ Siri 171: Mia, Gadis Harimau

SBDJ Siri 171: Mia, Gadis Harimau

Tanpa membuang masa, secara perlahan-lahan saya dan Andi Kamarool bergerak ke arah Mia. Di saat kami mendekatinya, Mia berusaha menjauhkan diri. Dia seolah-olah memberitahu, agar dirinya jangan diganggu. Tindakan Mia sungguh mengejutkan. Bahu kiri Andi Kamarool segera saya singgung.

Toyol jadi-jadian


"Hati-hati saja Tamar," bisik Andi Kamarool.

Saya anggukkan kepala.

Tanpa ambil kisah atas kehadiran kami, Mia terus melangkah ke bahagian kepala kubur. Kami bertukar pandangan, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Dalam cuaca samar yang kian memberat itu, kelihatan dedaun buluh yang tua berguguran, meskipun pada saat itu angin tidak bertiup. Dedaun buluh yang gugur terus tersadai atas batu kuburan.

"Bagaimana Andi?" tanya saya perlahan.

"Berdiri di sini, kita tengok apa yang dibuatnya."

"Baiklah," jawab saya lemah.

Mia terus melangkah ke bahagian kepala kubur. Berdiri di situ sambil memeluk tubuh. Beberapa minit kemudian, dia terus melutut sambil menundukkan kepala.

Saya jadi resah, bila melihat sepasang bibir Mia bergerak pantas. Dia seolah-olah berdialog dengan longgokan batu yang kaku.

Kalau tadi, saya melihat dedaun buluh yang tua gugur, kini saya menyaksikan pula dedaun buluh yang muda dan segar berjatuhan.

Pepohon buluh bagaikan digoncang oleh sesuatu. Saya kira makhluk yang menggoncang perdu buluh itu, mestilah makhluk yang luar biasa besarnya dengan kekuatan yang tidak dapat diramalkan.

"Andi, kita dalam bahaya," dalam resah saya berbisik lagi.

"Bertenang Tamar, kita tengok sampai habis apa yang dibuatnya."

"Aku bimbang Andi."

"Usah bimbang, bertenanglah Tamar."

Saya kembali menumpukan perhatian kepada Mia dan saya lihat Mia yang melutut memanfaatkan jari telunjuk kanannya, menjolok-jolok tanah melalui celah-celah batu gunung dan sungai yang berlonggokan.

Kemudian, kedua belah tangannya digenggam (penumbuk) dan longgokan batu di depan ditumbuknya bertubi-tubi.

Mia sudah kesurupan (tidak sedarkan diri) rambutnya yang panjang mula menggerbang, menutup seluruh wajah dan sebahagian dadanya.

Di saat perhatian saya dan Andi Kamrool tertumpu kepada Mia, terdengar desiran angin yang cukup kuat.

Dedaun buluh yang tersadai atas batu kubur terus berterbangan. Suara burung gagak, burung hantu dan suara kucing hutan mula kedengaran, saling bersahut-sahutan.

Mia masih macam tadi, terus menumbuk batu kuburan. Tiupan angin yang kuat membuat saya dan Andi Kamarool hampir jatuh.

"Hee..Hee...heee..." terdengar suara jeritan perempuan yang cukup keras dan tinggi sekali.

"Mia menjerit," hati kecil saya berkata sendirian.

Tetapi, akhimya saya yakin, itu bukanlah suara jeritan Mia. Jeritan itu datang dari sebelah kiri perdu buluh.

LEMAH

Tiupan angin beransur lemah dan akhirnya berhenti terus. Suara gagak turut hilang, begitu juga dengan suara burung hantu dan kucing hutan.

Rambut Mia yang menggerbang dan menutup wajahnya, kelihatan bergerak kembali kepada kedudukan asal.

Saya lihat rambut itu bergerak lembut, macam ada tangan halus yang membelainya dan tidak sampai lima minit rambut Mia nampak rapi dan cantik, seperti baru Iepas disikat atau disisir.

Kalau tadi Mia melepaskan tumbukan yang bertalu-talu ke arah batu kubur kini, tumbukan itu beransur lemah. Dia bagaikan sudah kehabisan tenaga.

Suasana yang tadi terasa seram dan amat menakutkan bertukar menjadi tenang dan damai, bagaikan tidak ada apa berlaku di sekitar kawasan kubur tersebut.

Tanpa diduga, Mia rebah terkulai di depan kubur.

"Bantu dia Andi."

"Jangan Tamar."

Saya menarik nafas mendengar kala-kata Andi Kamarool itu. Hati kecil saya kesal kerana dia tidak mahu membantu Mia.

Tidak berapa lama berselang, Mia kembali kepada kedudukan asalnya.

"Andi, harimau," terpancut kata-kata itu dari kelopak bibir saya.

"Tamar, ada mata tengok, ada telinga dengar. Jangan banyak tanya dan jangan banyak soal," bisik Andi Kamarool.

Sesungguhnya, saya tergamam dan terkejut melihat kemunculan seekor harimau besar dari arah belakang Mia.

Harimau itu menggoyang-goyangkan ekornya, menjilat-jilat badan dan telapak kaki kanannya. Begitu jinak dan manja sekali.

Di saat Mia memusingkan badannya untuk melihat saya dan Andi Kamarool, dengan sekelip mata harimau besar itu hilang dari pandangan.

Mia segera melangkah mendekati kami. Ketika itu hari sudah gelap.

"Bagaimana?" itu ungkapan pertama yang dilontarkan kepada kami.

"Maksud kamu?" soal Andi Kamarool.

"Iya, kamu sudah tengok sendiri dan terpulanglah kepada kamu berdua. Sama ada mahu percaya atau tidak.

"Sama ada mahu disimpan sendiri atau mahu diceritakan kepada orang lain."

Dalam cuaca gelap yang kian memberat itu, saya dan Andi Kamarool saling bertukar pandangan.

"Iya. Kami dah tengok Mia," ujar saya.

"Apa pendapat kamu berdua?"

'Tak berani nak beri pendapat," tingkah Andi Kamarool.

"Kalau sudah tak tahu nak beri pendapat, eloklah kita balik ke rumah. Waktu maghrib dah dekat."

"Ayuh," serentak saya dan Andi Kamarool menyokong.

Kami bertiga pun mengatur langkah pulang dalam suasana gelap yang kian memberat. Tetapi, di kaki langit masih ada awan jingga yang kian menipis. Dada langit masih cerah bersama awan putih yang berarak lembut.

Sebaik saja sampai di pintu rumah besar, sayup-sayup terdengar alunan suara azan maghrib yang datang dari perkampungan berdekatan.

"Masuk Tamar," pelawa Mia.

Saya keberatan untuk melangkah masuk. Tetapi, bila Andi Kamarool angkat kaki kanan untuk melangkah masuk ke rumah batu yang besar itu. Bahunya segera saya paut dari belakang.

"Kenapa Tamar?"

"Tunggu sampai azan habis."

"Oh, ya."

Andi Kamarool patuh dengan cakap saya. Dia tunggu sampai azan tamat tetapi, bila dia mahu melangkah kembali, saya segera bertindak macam tadi.

Ternyata tindakan yang saya buat menimbulkan keraguan dalam diri Andi Kamarool.

Dia kerutkan dahi sambil menatap wajah saya tanpa berkedip. Malah, Mia yang sudah berada di hadapan pintu rumah turut merasa aneh dengan tindak-tanduk yang saya lakukan itu.

"Kenapa Tamar? Kamu ni ganjil sungguh."

"Kita sembahyang di rumah papan."

Dialog antara saya dengan Andi Kamarool dapat didengar oleh Mia. Dia segera keluar dari rumah. Wajah saya dan Andi direnungnya berkali-kali.

"Jadi, kamu berdua tak mahu tidur di anjung rumah saya?"

"Ehhhhhh..." saya tidak meneruskan kata-kata.

"Kamu berdua takut?" susul Mia lagi.

"Tidak Mia, tapi Tamar."

Mia jegilkan biji matanya ke arah saya. Mukanya mula merah.

"Bukan takut, saya cuma ragu Mia," saya menyambung kembali percakapan yang terputus.

Alasan yang saya luahkan, kurang disenangi. Mia menarik dan melepaskan nafas lemah. Dia tersenyum, cuba menyembunyikan rasa hampa dari pengetahuan saya dan Andi Kamarool.

Ternyata usahanya itu tidak berhasil. Resah hatinya dapat disorot dari air mukanya.

"Sekarang cakap, apa yang kamu ragukan Tamar?" Mia minta kepastian.

"Entah, aku sendiri pun tak tahu Mia. Cara tiba-tiba saja, hati tak sedap, macam ada yang tak kena."

"Sepatutnya tidak begitu," kata Mia sambil merenung wajah saya dan Andi Kamarool, silih berganti.

"Semuanya sudah aku cakapkan, semuanya sudah aku tunjukkan, aku tak mahu berselindung.

"Aku tak mahu kamu berdua memikirkan perkara yang bukan-bukan pada aku. Walau apa pun, terpulanglah kepada kamu berdua," Mia mengakhiri kuliah pendeknya dengan sebuah keluhan.

TERPAKU

Saya dan Andi Kamarool terpaku sebentar. Tidak tahu bagaimana mahu menghargai kejujuran dan keikhlasannya. Saya dan Andi Kamarool sudah melukakan perasaannya.

"Sebenarnya begini Mia..." saya tidak dapat menyambung rangkaian kata selanjutnya.

Dan Mia mula melahirkan protesnya secara terang-terangan.

Dia melangkah dua tiga tapak ke depan (keluar dari pintu rumah) dan berhenti.

Dia besar, bila dia memusingkan badannya secepat kilat, bertentang wajah, bertentang mata dengan kami. Saya berdebar.

Sinar matanya cukup tajam dan garang, macam mata anak harimau jantan yang lepas.

"Sama ada kamu berdua nak tidur atau tidak, itu adalah hak kamu berdua. Cuma yang peliknya, tadi kamu berdua bersungguh-sungguh nak tidur di anjung rumah."

"Iya, kami faham," celah Andi Kamarool.

"Kamu berdua selalu berkata macam tu, sedangkan yang sebenarnya kamu berdua memang tidak faham," nada suara Mia agak keras.

"Begini Mia," Andi Kamarool terus bersuara.

"Begini apa lagi Andi. Aku dah bagitahu pada kamu berdua. Aku tak ada apa-apa. Apa yang terjadi dan apa yang kamu lihat semuanya terjadi di luar kemahuan aku. Ada masanya, aku sendiri tak tahu apa yang berlaku," Mia tidak putus asa, terus menerangkan kedudukan dirinya yang sebenar.

Kerana tidak mahu perkara itu berlanjutan. Saya segera menarik tangan Andi Kamarool mengajak pulang ke rumah papan.

"Sabar Tamar."

"Sabar apa lagi, Andi?"

"Tamar!!!"

Nada suara Andi Kamarool mula meninggi. Sepasang matanya menelanjangi seluruh wajah saya.

Kerana tidak rela konfrantasi jadi panjang, saya terus membisu dan bersedia mengikut rentaknya.

"Mia, kami berdua tak pernah memikirkan hal-hal yang buruk tentang diri kamu. Penjelasan kamu cukup jelas Mia.

"Kami faham apa yang terjadi bukan kemahuan kamu. Ada tenaga dari luar yang membuat kamu jadi begitu, kami simpati dengan nasib kamu Mia," penuh diplomasi Andi Kamarool bersuara.

"Aku harap penjelasan tu datang dari hati yang jujur. Aku juga berharap tak akan keluar dari mulut kamu cerita yang bukan-bukan tentang aku."

"Maksudnya?" pintas Andi Kamarool.

"Cerita yang mengatakan aku ni membela hantu jembalang, berkawan dengan orang halus dan ada pendinding diri dan macam-macam lagi."

"Kami berjanji tak akan membuat perkara yang mendatangkan aib pada seseorang," kata saya.

"Di harapkan janji yang dibuat tetap dipegang," Mia tersenyum senang.

Di saat dia mahu melangkah menuju ke ruang tamu rumah besar, Andi Kamarool terbatuk kecil (yang sengaja dibuat-buat).

"Kenapa Andi?"

"Malam ni kami tak dapal tunaikan janji. Malam esok Insya Allah, janji tu kami tunaikan."

"Saya tak kisah," kata Mia bersama ketawa kecil penuh manja.

Mia pun melangkah menuju ke arah pintu yang terdedah. Lagi sekali saya tersintak. Lampu diruang tamu menyala sendiri.

Sebaik saja Mia melepasi ambang pintu, secara mendadak daun pintu terkatup sendiri. Lagi sekali, saya dan Andi Kamarool berpandangan dengan seribu persoalan bersarang dalam dada.

Memanglah, kehidupan Mia dilingkari dengan misteri yang boleh memeningkan kepala.

SERIUS

Tanpa mahu memikirkan tentang diri Mia dengan serius, kami terus pulang ke rumah papan. Kepulangan kami disambut dingin oleh Haji Basilam dan Datuk.

Mereka baru sahaja selesai sembahyang maghrib. Tanpa mempedulikan kehadiran kami, mereka terus berwirid.

Saya dan Andi Kamarool bergegas ke bilik mandi. Bersihkan tubuh dan ambil air sembahyang.

Di saat kami mahu memulakan solat maghrib, datuk sengaja pura-pura batuk. Saya faham, itu tandanya datuk kurang senang dengan saya (mungkin juga dengan Andi Kamarool) kerana melambat-lambatkan waktu sembahyang.

Berpacu dengan waktu yang terhad, kami sempat juga menyelesaikan sembahyang yang dituruti dengan doa dan wirid pendek hingga selesai.

"Kenapa tak tidur di rumah Mia?"

Haji Basilam terus mendekati kami, meninggalkan datuk yang mula membaca Quran sementara menanti waklu Isyak tiba.

Tiada jawapan untuk pertanyaan tersebut. Saya berharap, pertanyaan itu akan mati begitu saja.

"Kamu berdua kena halau?" Haji Basilam memancing jawapan.

Kami berdua menggelengkan kepala.

"Kamu berdua takut?"

Saya menarik nafas dalam-dalam dan Andi terus mengerutkan keningnya.

"Agaknya kamu berdua ni takut," nada suara Haji mula meninggi dan renungannya cukup sinis.

"Tidak, kami tak takut," sahut Andi Kamarool.

"Kalau tak takut, kenapa kamu berdua balik?"

"Kami cemas Tuk Aji," itu alasan yang diluahkan oleh Andi Kamarool.

Memang tidak dijangka sama sekali, alasan yang diluahkan oleh Andi Kamarool membuat Haji Basilam termenung sejenak. Mungkin dia berfikir sesuatu.

Saya kira, tidak akan ada soalan susulan dari Haji Basilam tetapi, bila melihat dia menggelengkan kepala bersama senyum, saya segera membuat tanggapan yang perkara ilu tidak akan berakhir begitu saja.

"Kamu berdua nak batalkan rancangan yang sedia ada?"

"Kami tak niat macam tu Tuk Aji. Rancangan tu tetap kami teruskan Tuk Aji," kata saya. "Caranya?"

Sukar untuk saya menjawab pertanyaan Haji Basilam itu. Biarlah Andi Kamarool menyelesaikannya, fikir saya dalam hati.

Bahu Andi Kamarool segera saya lepuk. Dia senyum panjang tanda dapat menangkap maksud dari tindak tanduk saya itu.

Macam selalu, sebelum memberikan pendapat, dia terlebih dahulu mengerutkan kening dan dahinya. ltulah perangai Andi Kamarool yang tidak saya senangi. Sungguh membosankan.

Kalaulah tidak kerana suara datuk yang serak-serak basah itu membaca Quran, suasana sekitar terasa agak sepi sekali.

Padahal, malam masih muda benar (saya kira belum sampai jam sembilan).

Sekali-sekala di tengah-tengah suasana kesepian yang memanjang itu terdengar suara burung jampok yang diselang seli dengan salakan anjing.

Cengkerik bagaikan enggan menyanyi, begitu juga dengan katak. Tanpa suara anjing dan burung jampok yang muncul sekali-sekala, suasana terasa amal menjemukan.

Kerana tiada jawapan segera dari kami, Haji Basilam segera mengulangi pertanyaan. Dia mahu jawapan segera.

Dia mahu memastikan sama ada kami serius atau sekadar mahu melepaskan batuk ditangga.

"Bagaimana caranya, cakap sekarang."

"Kami bermalam, dua tiga malam lagi di sini," saya menjawab.

"Kamu tahu, aku dengan datuk kamu sudah buat keputusan nak berangkat ke Sungai Penuh, lepas sembahyang subuh pagi ni.

"Itulah sebabnya, aku suruh kamu berdua bermalam di rumah Mia malam ni."

"Ehhhh..." Andi Kamarool seperti mengeluh.

Dan suaranya mati di situ. Buat seketika, kami terus membatu dalam renungan sinis Haji Basilam.

"Begini, Tuk Aji dan datuk Tamar boleh teruskan perjalanan. Biar kami tinggal di sini. Kami nak jalankan apa yang sudah kami rancang," itu keputusan yang Andi Kamarool luahkan di depan Haji Basilam.

Saya lihat Haji Basilam tersentak. Air mukanya berubah sebentar.

"Berani?" sergahnya.

"Berani," jawab kami serentak.

"Tak memerlukan pertolongan?"

"Tak perlu. Kami sudah tahu, banyak perkara ganjil yang sudah kami tengok dan alami. Mia yang buka rahsia."

"Bila?" Haji Basilam jegilkan sepasang biji matanya.

"Petang tadi," kata saya.

"Iya Tuk Aji, dari petang sampai maghrib, pasal tu kami lambat sembahyang maghrib," Andi Kamarool menambah.

Haji Basilam gosok pangkal hidungnya berkali-kali. Tiada pertanyaan yang diajukan untuk kami.

Agaknya, Haji Basilam sedang menghitung apakah pengakuan kami itu benar atau sebaliknya.

KETUK

Secara mendadak, pintu rumah diketuk bertalu-talu dari luar. Siapakah tetamu yang tidak diundang itu?

Haji Basilam renung saya dan saya pula renung Andi Kamarool. Begitulah silih berganti, tidak ada siapa pun yang rela bangun untuk membuka pintu. Ketukan bertambah kuat dan bertalu-talu.

Datuk buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Dia terus membaca Quran. Haji Basilam mula resah sendiri.

Matanya tetumbuk ke arah daun pintu yang kelihatan bergerak-gerak seperti ditolak oleh tenaga yang luar biasa dari luar.

Saya kira yang menolaknya itu bukanlah manusia, mungkin binatang buas dan pada saat itu saya mula teringatkan harimau di bawah pokok buluh.

Kalau tadi, daun pintu itu diketuk, kini ditampar berkali-kali. Tidak ubah seperti harimau menampar tanah kerana kelaparan.

"Tamar, pergi buka pintu tu," suruh Haji Basilam.

Saya cuba bangun tetapi, punggung bagaikan terlekat di lantai rumah. Tiba-tiba saja saya menggigil, harimau terbayang di ruang mata.

"Apa lagi yang kamu tunggu, kata berani sangat. Pergilah buka pintu tu, Tamar," saya terus dicabar oleh Haji Basilam.

Antara rasa takut dan berani cabaran Haji Basilam terus disambut. Saya bangun dan melangkah ke pintu.

Bila selak dan kunci di angkat, daun pintu pun terkuak. Mia tercegat di depan mata menatang talam yang bertudung saji.

"Untuk makan malam," katanya sambil melangkah ke ruang tengah.

Hidangan yang ditatang diletakkan di situ. Haji Basilam senyum panjang, keresahan sudah Iari dari dirinya.

"Kenapa Mia goncang dan tampar pintu macam tu, buat ayah takut saja. Ayah ingat orang jahat tadi," begitu lembut Haji bersuara. Mia tercenggang.

"Saya tak goncang, saya tak tampar pintu rumah, saya ketuk saja. Saya panggil ayah berkali-kali, tak berjawab."

Jawapan yang diungkapkan oleh Mia membuat saya dan Andi Kamarool menarik nafas panjang.

Haji Basilam hanya mengangguk saja, tidak mahu melanjutkan pertanyaan.

Datuk yang sudah berhenti membaca Quran segera merenung ke arah kami tanpa memberi sebarang komentar.

"Saya ambil lagi satu hidangan."

"Tak payah Mia, ini dah cukup, buat apa susah-susah kerana kami," Andi Kamarool renung muka Mia yang tersenyum.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 171/284

BACA: SBDJ Siri 170: Di Bilik Misteri
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Friday, October 30, 2020

Kisah Dialog Dr Burhanuddin Dengan Seorang Ateis

Kisah Dialog Dr Burhanuddin Dengan Seorang Ateis

Dr Burhanuddin Al Helmy merupakan satu sosok yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam sejarah perjalanan politik negara. Selepas perang, beliau merupakan antara pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan telah dilantik sebagai Timbalan Yang Di-Pertua manakala Yang Di-Pertuanya ialah Mokhtaruddin Lasso, seorang Melayu berfahaman ateis dan condong kepada komunisme.

Dr Burhanuddin


Satu hari, selepas menghadiri sebuah kongress PKMM, Burhanuddin dan Mokhtaruddin berehat di pejabat akhbar rasmi PKMM yang terletak di Brewster Road. Turut bersama mereka pada ketika itu ialah Ahmad Boestamam.

Mokhtaruddin tiba-tiba bertanyakan satu soalan kepada Burhanuddin mengenai ketuhanan.

"Apakah benar Tuhan itu ada, tuan Doktor?" soal Mokhtaruddin.

"Sudah tentu saja Tuhan ada," balas Dr. Burhanuddin pendek.

"Benarkah DIA berkuasa?" soal Mokhtaruddin lagi.

"Benar," jawab Dr. Burhanuddin.

"Kalau benar DIA berkuasa, suruhlah DIA membuat sepasang terompah kayu sekarang dan kalau DIA boleh membuatnya saya akan percaya Tuhan itu ada dan DIA berkuasa, tetapi tidak sebaliknya," kata Mokhtaruddin kepada Dr. Burhanuddin.

"Masakanlah patut Tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu," Dr Burhanuddin menjawab dengan tenang.

Tidak ada tanda marah dalam suaranya ketika memberikan jawapan itu kepada Mokhtaruddin Lasso, sambil menambah,

"Ini tidak bererti Tuhan tidak boleh membuat terompah kayu itu," Dr Burhanuddin meneruskan kata-katanya lagi.

"DIA boleh. Kalau alam ini dapat dicipta-Nya kenapa pula perkara mudah dan kecil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

"Kalau seseorang yang pakar dalam ilmu pasti misalnya boleh menjawab masalah-masalah yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya, mustahillah dua kali lima (2×5) dia tidak tahu. Itu logik bukan? Demikianlah ibaratnya Tuhan dengan membuat terompah kayu itu.

"Kalau ramai orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka, kenapakah harus diperlukan juga tenaga Tuhan untuk perkara yang remeh ini?

"Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap puting sedang bayi kecil pun sudah tahu belaka membuatnya?" balas Dr Burhanuddin panjang.

Mokhtaruddin terpegun dengan jawapan yang diberikan oleh Burhanuddin. Lalu beliau bertanya.

“Orang-orang Islam menyembah Tuhan yang mereka panggil Allah. Tetapi ada juga orang yang menyembah bulan, matahari dan banyak lagi.

"Mereka katakan benda-benda ini Tuhan mereka. Bagaimanakah ini sedangkan Tuhan itu dikatakan Esa, tidak dua dan tidak tiga?" soal Mokhtaruddin yang terus dibalas Dr. Burhanuddin.

"Ada orang memanggil kasut itu kasut tetapi ada pula yang memanggilnya sepatu.

"Tetapi bukankah 'kasut' dan 'sepatu' itu benda yang satu itu juga? Begitulah pula dengan Tuhan ini. Ada yang memanggilnya Allah, ada yang memanggilnya God, ada yang memanggilnya Tok Pekong, ada yang memanggilnya Sami, ada yang bertuhankan Bulan, Matahari dan entah apa lagi. Itu soal bahasa dan istilah seperti 'kasut' dan 'sepatu' tadi.

"Panggilannya saja yang banyak tetapi bendanya tetap yang satu itu juga. Ertinya Tuhan itu memang Esa,” Dr Burhanuddin mengambil nafas seketika, sebelum menambah.

"Dan kalau saudara masih meragukan adanya Tuhan, maka hujah saudara itu dapat saya kembalikan untuk menikam saudara pula."

"Bagaimana?" balas Mokhtaruddin pendek.

"Bukankah saudara mengatakan tadi ada orang yang mengatakan bulan itu Tuhan, matahari itu Tuhan.

"Allah itu Tuhan dan seterusnya – masing-masing ada Tuhan yang disembahnya," soal Dr Burhanuddin yang dibalas anggukan kepala dari Mokhtaruddin.

"Tidakkah itu menunjukkan setiap orang percayakan adanya Tuhan kerana tidak ada orang yang mengatakan tidak ada? Ya, Tuhan itu ada dan Esa," Dr Burhanuddin menghabiskan ayatnya dengan tersenyum lebar sambil memandang tepat Mokhtaruddin.

Mokhtaruddin mengangkat kedua-dua belah tangannya dan berkata, "Cukuplah setakat itu sahaja tuan Doktor dan kita kira seri – tak kalah tak menang."

"Saya ikut saja. Kalau cukup kata saudara, cukuplah. Kalau tak cukup ayuh lagi."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Thursday, October 29, 2020

Sambutan Hari Strok Sedunia

Sambutan Hari Strok Sedunia

Sambutan Hari Strok Sedunia, diraikan pada 29 Oktober setiap tahun dengan tujuan menekankan kesan buruk kepada penghidap penyakit Strok, sekali gus dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit tersebut.

Hari Strok

Hari Strok Sedunia juga dapat memperingati tentang kecekalan dan perjuangan seseorang pesakit Strok, penjaga dan keluarganya.

Dianggarkan bahawa di seluruh dunia, satu juta serangan Strok setiap setahun dikaitkan dengan kekurangan aktiviti fizikal.

Dengan mendapatkan jumlah senaman yang disyorkan setiap minggu, anda akan mengurangkan risiko mengalami Strok.

Angin Ahmar

Strok atau Angin Ahmar, berlaku apabila aliran darah ke otak tersekat yang disebabkan oleh urat atau arteri tersumbat atau berlakunya pendarahan di dalam otak.

Tisu otak akan kekurangan oksigen, di mana ia berlaku secara tiba-tiba dan boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah atau kekurangan kesedaran anggota badan atau muka, kurang keseimbangan dan kesukaran bertutur yang boleh menyebabkan maut.

Jenis-jenis Strok

Terdapat dua jenis Strok iaitu:
  • Strok Darah Beku Iskemia, yang mana saluran darah tersumbat dari bahagian dalam, menyebabkan pengurangan aliran darah secara mendadak.
  • Strok Pendarahan, iaitu saluran darah yang telah pecah dan menyebabkan kebocoran darah di dalam otak.
Punca Strok

Antara faktor risiko Strok ialah:
  • Tekanan darah tinggi.
  • Diabetes.
  • Kolesterol tinggi.
  • Obesiti.
  • Jenis-jenis perubatan tertentu.
  • Penyakit Jantung.
  • Kurang bersenam.
  • Stres.
  • Pengambilan minuman beralkohol berlebihan.
Simptom Strok

Antara tanda-tanda Strok iaitu:
  • Ada kesulitan melihat.
  • Perubahan penglihatan.
  • Wajah menjadi senget atau rasa kebas sebelah muka.
  • Tangan kebas atau lemah.
  • Amat sukar bercakap.
Kita seharusnya terus berusaha dalam mencegah, merawat dan mengawal penyakit ini bagi mengurangkan beban pesakit kerana penyakit Strok dapat dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada masa ini, penyakit Strok adalah antara punca kematian tertinggi dan penyebab utama kekurangan upaya di seluruh dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: PB

Friday, October 23, 2020

10 Bilionaire Yang Menjadi Kaya Tanpa Perlu Berusaha

10 Bilionaire Yang Menjadi Kaya Tanpa Perlu Berusaha

Tanyalah kepada sesiapa sahaja pasti semua mengimpikan untuk menjadi jutawan kerana menjadi seorang jutawan merupakan impian semua orang, tetapi 10 jutawan yang kami senaraikan ini mewarisi hasil kekayaan dari keluarga mereka dan tidak perlu mengeluarkan keringat untuk mendapatkan wang.

Billionaires

Mereka sudah memiliki kekayaan yang melimpah ruah untuk dihabiskan di sepanjang usia mereka.

1. Jacqueline Mars
Nilai Harta: US$20.5 bilion

Beliau adalah cucu kepada Fank C Marikh yang merupakan pengasas syarikat gula-gula jenama Mars di Amerika Syarikat. Beliau pernah bergelar wanita ketiga paling terkaya di negara tersebut.

2. David de Rothschild
Nilai Harta: US$10 bilion

Lelaki berumur 35 tahun ini adalah pewaris dari keluarga Rothscild. Keturunan Rotschild sememangnya keturunan yang kaya-raya di Eropah kerana mereka menjalankan perniagaan pelaburan dan perbankan.

3. Elaine Marshall
Nilai Harta: US$8 bilion

Beliau memeperolehh warisan dari suaminya iaitu J. Pierce Marshall yang telah meninggal dunia. Kekayaan yang diwarisi menjadikan beliau sebagai wanita keempat terkaya di Amerika Syarikat (AS). Sebahagian dari kekayaan itu berasal dari pelaburan saham di Koch Industries yang berjumlah 14.6%.

4. Jorn Rausing
Nilai harta: US$5.2 bilion

Jorn mendapat kekayaan dari datuknya yang telah meninggal. Walaupun beliau langsung tidak pernah bekerja sebelum ini, Jorn telah dilantik menjadi salah satu direktor yang aktif pada syarikat tersebut.

Syarikatnya adalah Tetra Pak. Jorn Rausing adalah orang keempat terkaya di Sweden sebelum adinya Finn Rausing.

5. Finn Rausing
Nilai Harta: US$5.1 bilion

Beliau meawrisi kekayaan dari syarikat Tetra Pak yang merupakan milik datuknya. Syarikat ini menghasilkan pelbagai barangan kegunaan selama berdekad lamanya.

Beliau adalah orang kelima yang paling terkaya di Sweden. Sementara yang keempat adalah abangnya.

6. Scott Duncan
Nilai harta: US$4.7 bilion

Walaupun usianya baru mencecah 30an, tetapi beliau telah mewarisi kekayaan yang sangat melimpah. Beliau juga telah memiliki syarikat minyak di Texas yang merupakan syarikat paling maju di Amerika Syarikat.

Ada juga beberapa pihak yang mengatakan bahawa Duncan tidak mahir dalam mengurus syarikat dan begitu bimbang dengan masa depan syarikat yang diwarisinya itu.

7. Eduardo Hochschild
Nilai Harta US$2.1 bilion

Orang ke-4 terkaya di Peru ini mendapat kekayaan dari bapa saudaranya yang merupakan pemilik saham dari syarikat perlombongan.

Ketika kecil, Eduardo telah diculik dan lebih menyedihkan apabila bapanya telah ditembak, beliau seterusnya telah dijaga oleh bapa saudaranya menyebabkan segala harta kekayaan tersebut bakal diwarisi olehnya.

8. Yvonne Bauer
Nilai harta: US$2 bilion

Beliau adalah pewaris tunggal Bauer Media Group. Tetapi di dalam masa yang sama, beliau juga adalah pekerja di dalam syarikat tersebut. Kedudukan beliau pada ketika ini adalah Pengarah Eksekutif.

9. Lily Safra
Nilai harta: US$1.2 bilion

Wanita warga Monaco ini telah mendapat kekayaan dari hasil peninggalan dari mendiang suaminya yang bernama Edmond Safra.

Pada tahun 1999 Edmond meninggal dunia dalam suatu kejadian kebakaran di Apartment mereka.

10. Athina Onassis
Nilai Harta: US$1 bilion

Beliau adalah jutawan termuda di dunia ketika ini. Mendiang datuknya iaitu Aristotle yang telah mewariskan kekayaan tersebut kepadanya. Harta tersebut diwarisi ketika beliau berumur 3 tahun.

Namun, harta itu hanya diuruskan ketika beliau meningkat dewasa. Salah satu legasi beliau adalah Pulau Skorpios yang terletak di negara Greece.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: syok

Berleluasanya Zina Tanda Kiamat

Berleluasanya Zina Tanda Kiamat

Rasulullah SAW bersabda, "Demi jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, tidak akan hancur umat ini sehinggalah lelaki datang kepada perempuan, lalu dia menggaulinya (melakukan zina) di jalan. Orang yang paling baik antara mereka ketika itu ialah orang yang berkata, "(Lebih baik) sekiranya kamu menutupinya di belakang tembok ini (daripada melakukannya secara terang-terangan begini)." (Riwayat Abu Ya'la al-Haitsami – Lihat juga Majma' az-Zawa'id)

Zina

Menerusi hadis ini jelas menunjukkan bahawa antara salah satu tanda hampir kiamat dan kerosakan umat adalah banyaknya zina dan bebasnya lelaki perempuan yang bukan mahram bergaul tanpa batasan yang jelas dalam syarak.

Ia juga menunjukkan bahawa faktor akhlak dalam umur umat tertentu sangat penting kerana tanpa akhlak yang baik, pastinya ia akan mengundang bencana, malapetaka dan kerosakan termasuk kemurkaan Allah SWT.

Hari ini, kita melihat bibit-bibit pergaulan bebas berkenaan apabila segelintir anak, remaja, belia, dewasa mahupun yang menjengah separuh abad bebas dalam hal ini termasuk tidak malu melakukan dosa zina, malah ada dalam kalangan kita yang menjadi kebanggaan melakukan perbuatan itu.

Untuk itu, kita perlu menjauhkan diri daripada perbuatan zina dan seseorang dapat memelihara diri serta keluarganya daripada dosa berkenaan sekiranya memiliki ilmu agama dan mengamalkan setiap ibadah yang dipelajarinya selain memohon perlindungan Allah daripada ujian berkenaan.

Rasulullah pernah menasihatkan Saidina Ali r.a. supaya menjaga pandanganya: "Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan dengan pandangan (berikutnya) kerana sesungguhnya bagimu pandangan yang pertama (tidak salah jika terlihat perempuan ajnabiyyah umpamanya pada pandangan pertama) dan bukanlah bagimu pandangan yang terakhir (kerana ia berdosa)." (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Sepotong lagi hadis Baginda daripada Saidina Ibnu Umar bermaksud: "Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Berdasarkan hadis ini, jelas Rasullulah sangat melarang perbuatan serta dosa zina termasuk bibit-bibit menghampiri zina kerana ia bukan saja mengundang kemurkaan Allah sebaliknya merosakkan akhlak pelakunya.

Wajib ke atas kita semua untuk memelihara diri, anak-anak serta keluarga dengan memberi penerangan dan pengetahuan berhubung dosa zina dan sesungguhnya azab Allah sangatlah pedih kepada pelaku yang tidak sempat untuk memohon keampunan Allah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: hmetro

Monday, October 12, 2020

Krisis Kepimpinan Yang Dahsyat Di Malaysia

Krisis Kepimpinan Yang Dahsyat Di Malaysia

Kepimpinan yang berwibawa merujuk kepada pemimpin - peringkat negara dalam konteks ini - yang mendapat kepercayaan dan mandat rakyat, juga berprestasi tinggi, berkebolehan serta ada sifat amanah, integriti, bertanggungjawab, mampu mentadbir negara dengan cekap berlandaskan perlembagaan.


Krisis kepimpinan
 
Allah SWT merakamkan kisah anak perempuan Nabi Shuib dalam surah al-Qasas ayat 26 bermaksud: "Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."

Ayat itu menjelaskan dua ciri penting iaitu "quwwah" dan "amanah" yang jika mengikut keadaan pada hari ini, kita boleh terjemahkannya sebagai kompetensi dan integriti yang menentukan kepimpinan berwibawa.

Rakyat Malaysia kini sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang amat dahsyat sejak kemerdekaan, kerana ciri-ciri kewibawaan telah hilang di kalangan kepimpinan negara.

Amalan rasuah, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa telah sampai ke tahap tragedi nasional, sangat menakutkan.

Wang suapan bukan lagi diberi secara bawah meja, sebaliknya bertukar tangan secara terbuka, tanpa rasa malu dan segan silu. Cash is king.

Ironinya, yang korup itu pula diangkat menjadi penasihat untuk membenteras amalan rasuah. Mungkinkah kerana kita memerlukan pencuri untuk menangkap pencuri?

Virus ini sukar dibendung selagi kita ada pemimpin yang gila kuasa dan harta. Ada tanda harga yang membolehkan kejujuran dibeli atau tawar-menawar.

Ia tiada vaksin kecuali rakyat berusaha membetulkan kompas moral kepimpinan negara. Kembali kepada jalan Allah dengan sebenar-benarnya.

Rasuah Norma Baharu?

Apakah maruah rakyat Malaysia benar-benar sudah terhakis sehingga sedemikian rupa? Tidak dapat lagi membezakan yang baik dengan yang buruk?

Adakah budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah menjadi sebahagian daripada norma baru dalam kehidupan rakyat Malaysia?

Hari ini, ketika ini dan saat ini, kita sedang melihat penguatkuasaan dua darjat, amalan yang jauh berbeza berbanding apa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita.

Adakah pemimpin berasakan mereka ada hak untuk diberi pegecualian daripada mematuhi undang-undang hanya kerana mereka berjawatan menteri? Di manakah kompas moral mereka?

Akhirnya, rakyat yang menanggung derita akibat ketidakpatuhan orang kenamaan yang merasakan bahawa diri mereka tidak boleh disentuh langsung.

Negara boleh tergadai akhirnya

Selain integriti, kompetensi dalam mentadbir negara dengan cekap dan berkesan serta keupayaan untuk membuat keputusan yang tepat, teratur dan betul juga sering menjadi masalah.

Rakyat kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis akibat keputusan pemimpin yang mencabul amanah, tiada integriti, penunggang agama dan bukan pakar bidang dalam melaksanakan tanggungjawab.

Syarikat-syarikat kerajaan (GLC) juga diterajui oleh individu yang bukan pakar dalam bidang diperlukan.

Ahli-ahli politik juga dilantik sebagai Pengarah GLC dengan gaji (sebut rasuah) yang luarbiasa banyaknya sehinggakan sebagai contoh; AirAsia mampu menjana keuntungan sedangkan MAS mengalami kerugian berpanjangan, kerana semua keuntungan diratah sepenuhnya oleh orang-orang politik.

Mengangkat pemimpin yang tidak berwibawa hanya mengundang kehancuran tamadun sesebuah negara.

Jika sesebuah syarikat boleh jatuh bankrap disebabkan pengurus yang tidak berwibawa, tidak mustahil negara juga berhadapan dengan malapetaka yang sama, apatah lagi apabila ia melibatkan rakyat keseluruhannya.

Yang pasti, pemerintah dan pemimpin yang semakin terbuka mengamalkan rasuah akan menyebabkan negara akhirnya tergadai dan dijajah kembali dek maruah yang boleh jual beli.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini

Covid-19: Menteri Kayangan Malaysia Punca Gelombang Ketiga Meletus!

Covid-19: Menteri Kayangan Malaysia Punca Gelombang Ketiga Meletus!

Semasa saya menulis warkah ini, terdapat 400 pesakit positif Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth, hospital rujukan tertiari Sabah di Kota Kinabalu termasuk merawat Ketua Menteri Sabah (Hajiji Mohd Noor).

Covid-19


Semua pesakit bukan Covid-19 yang tidak mempunyai penyakit yang mengancam nyawa tidak diterima untuk menyalurkan semua sumber bagi menangani Covid-19.

Bahkan ujian makmal rutin biasa telah dikurangkan untuk membolehkan lebih banyak ujian untuk Covid-19.

Pekerja penjagaan kesihatan letih dan kepenatan. Sumber seperti PPE dan peralatan penting lain hampir habis. Kakitangan dipanggil untuk bertugas di jabatan lain kerana ramai daripada mereka dikuarantin.

Kerja keras selama berbulan-bulan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama telah dipandang sambil lewa dan diketepikan!

Kita telah mencapai jumlah kes pecah rekod berjumlah 691 pada 6 Oktober 2020.

Malaysia Memasuki Gelombang Ketiga!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik Covid-19 selepas mencatatkan angka tiga digit kes baharu selama beberapa hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook rasminya mengingatkan orang ramai supaya bekerjasama memutuskan penularan rantaian wabak itu.

"Kita sekarang sudah memasuki gelombang ketiga #COVID19.

"Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita," katanya.

Sabah Jadi Kambing Hitam

Pada masa ini terdapat 3439 kes positif di Malaysia, di mana 1901 (55 peratus), lebih daripada separuh berasal dari Sabah.

Dari 1 September 2020 ke 10 Oktober 2020, Sabah mempunyai 3423 kes, ini mengejutkan kerana ia bersamaan dengan 22 peratus daripada 15,096 kes yang direkodkan Malaysia sejak awal!

Terdapat 21 kematian yang merupakan 13.5 peratus daripada jumlah 152 kematian setakat ini.

Sedarlah wahai Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin yang dikasihi, anda ialah seorang "abah" yang mahu "merotan" rakyatnya kerana berkelakuan buruk dan tidak mematuhi SOP, tetapi menutup mata terhadap menteri-menteri kerajaan pintu belakang.

Anda gagal menyedari bahawa fakta menyedihkan mengenai gelombang baru Covid-19 yang disenaraikan di atas bukan disebabkan oleh Covid-19, tetapi kegagalan pentadbiran anda untuk mengutamakan kesihatan rakyat di atas segalanya.

Dengan mengabaikan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan membiarkan pilihan raya negeri berlangsung, kempen tanpa kawalan oleh jentera yang terlalu bersemangat (pada semua parti yang bertanding) ini telah menyebabkan penderitaan ramai orang pada hari ini.

Kasta Tinggi Punca COVID-19 Merebak

Faktanya bahawa ketua menteri Sabah sendiri telah dijangkiti menunjukkan sejauh mana menularnya virus itu.

Menteri dan banyak pegawai atasan lain yang tidak mengikuti SOP dan dilepaskan adalah punca sebenar berlakunya peningkatan kes yang mendadak ini.

Kelewatan dalam melaksanakan perintah penutupan pula ibarat 'luka disirami garam' memperburuk keadaan yang sudah teruk.

Sedar dan lihatlah bahawa ramai orang tidak akan menganggap anda sebagai "Abah" kerana didakwa telah membiarkan "anak-anak anda" menderita dengan menyebabkan gelombang baru wabak ini dan menambah buruk keadaan dengan mengamalkan pilih kasih melalui hukuman selektif terhadap mereka yang tidak mematuhi SOP.

Seret VIP (orang kenamaan) yang menjadi penyebab gelombang Covid-19 ini dan singkirkan mereka daripada jawatan.

Mereka telah membawa lebih banyak penderitaan kepada orang-orang yang memilih mereka untuk berkuasa. Ini penyelewengan kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada mereka.

Kematian yang berlaku akibat gelombang baru Covid-19 ini berkaitan secara langsung dengan mereka semua dan mereka mesti bertanggungjawab! Cukuplah bercakap.

Tinggalkan kiasan anda dan perutusan rasmi, bertindak pantas. Kami letih dengan ucapan panjang lebar yang tidak mempunyai isi yang nyata selain dijadikan sindiran di internet dan jenaka media sosial.

Jumlah masa dan sumber daya yang digunakan oleh "perutusan khas" anda dapat disalurkan kepada Kementerian Kesihatan untuk digunakan dengan lebih baik lagi.

Ambil tindakan sebenar.

Sedar akan kesalahan dan kegagalan serta betulkan dengan segera. Salurkan sumber ke Sabah dengan secepatnya.

Ketua menteri Sabah kini dirawat di wad di Hospital Queen Elizabeth tetapi seperti semua VIP lain, tidak perlu berbaring di jabatan kecemasan menunggu tempat tidur di wad.

Terdapat kekurangan rasa empati dan tindakan sebenar daripada pentadbiran tertinggi negara, yang mengakibatkan ketidakpedulian terhadap keadaan sebenarnya di lapangan.

Segera, bekalkan PPE yang mencukupi untuk bertahan sehingga akhir tahun kerana banyak pusat di Sabah akan kehabisan PPE tidak lama lagi dan kita akan melihat keadaan PPE DIY yang pernah terjadi jika ini tidak dilakukan.

Sistem pengedaran PPE terpusat yang diselaraskan perlu menggantikan sistem semasa yang perlahan dan tidak telus.

Elaun Covid-19 untuk pekerja penjagaan kesihatan di barisan hadapan perlu diberikan sepanjang tempoh ini dan bukan beberapa bulan selepas itu.

Banyak pengorbanan yang dibuat, ibu bapa kepada bayi yang baru lahir terpaksa bekerja; cuti tahunan telah dibekukan; ramai yang bekerja lebih masa dengan mengurangkan tidur dan rehat.

Arahkan sektor swasta untuk membantu dalam pengurusan kes Covid-19 dan membayar balik dengan dana yang diperlukan. Jika perlu, gunakan dana kecemasan.

Apakah penderitaan "anak-anak abah" tidak dapat menggerakkan hati anda?

Bodoh Tidak Bertempat

Menteri Pertahanan (Ismail Sabri Yaakob) telah mengumumkan majlis perkahwinan yang dihadiri tetamu lebih 250 orang dibenarkan dengan menunjukkan kad jemputan perkahwinan (pada sekatan jalan).

Ini benar-benar tidak masuk akal dan bodoh.

Apa gunanya mendapat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) manakala perhimpunan sebegitu masih dibenarkan?

Tolong gunakan akal sihat semasa melaksanakan SOP, dengarlah nasihat Kementerian Kesihatan daripada mendorong mereka dan memujuk mereka untuk melakukan sebaliknya.

Jangan putus asa

Kepada rakyat, sama ada di Sabah atau di manapun, saya menggesa anda untuk mengamalkan SOP seketat mungkin.

Jangan mematuhi SOP yang tidak masuk akal - perkahwinan boleh ditunda ke kemudian hari; perhimpunan besar tidak boleh diadakan sehingga kita dapat mengawal keadaan.

Sudah sampai waktunya untuk bangkit dan memutuskan bagaimana kelangsungan hidup "keluarga" perlu diteruskan kerana "abah" kita seakan tidak mampu.

Berikan sokongan anda kepada mereka yang berada di barisan hadapan, sama ada dalam bentuk wang, makanan, atau alat bantuan lain.

Mereka yang diberkati kerana lebih berada perlu membantu golongan yang serba kekurangan.

Kepada mereka yang berada di barisan hadapan, jangan berputus asa. Seluruh rakyat negara ini berada di belakang anda dan menyokong anda, melalui bantuan material dan yang lain bila-bila yang boleh memanjatkan doa.

Kebodohan individu tertentu mungkin telah mensia-siakan usaha beberapa bulan yang lalu dan membuang semua masa dan tenaga anda; tetapi Malaysia lebih memerlukan anda sekarang.

Semoga Tuhan memberi anda kekuatan, kesabaran dan ketabahan melalui saat-saat ini. Sama-samalah kita berdoa.

Nota: Penulis adalah DR TACHDIJAN ialah nama samaran. Beliau ialah seorang doktor pakar di Kementerian Kesihatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Thursday, October 08, 2020

Malaysia Tangga Ke 82 Paling Bahagia Di Dunia Tahun 2020

Malaysia Tangga Ke 82 Paling Bahagia Di Dunia Tahun 2020

Dalam satu kajian terbaharu yang dikeluarkan oleh World Happines Report pada bulan Mac 2020, negara Malaysia hanya mampu menduduki tangga ke-82 daripada senarai 153 negara paling bahagia di dunia.

Rasuah

Finland berjaya menduduki tangga pertama sebagai negara paling bahagia, diikuti dengan Denmark, Switzerland, Iceland, Norway, Belanda, Sweden, New Zealand, Austria dan Luxembourg. Sementara itu, Indonesia berada di tempat ke-84 dan Singapura berada di kedudukan ke-49.

Laporan tersebut merangkumkan data dari 2017 hingga 2019 dari 153 negara yang ditinjau.

Antara faktor-faktor yang membawa kepada kebahagian penduduk di sesuatu negara adalah jaringan layanan sosial yang baik, pemerintah yang jujur, kepercayaan sosial yang tinggi, persekitaraan yang aman dan kehidupan yang sihat.

Kadar Rasuah Rendah
 
Finland berada di tangga pertama disebabkan mereka berjaya menepati setiap faktor yang dikaji. Kes rasuah yang sangat rendah, pegawai polis yang jujur, duit cukai yang dilaburkan untuk jaminan sosial serta perkhidmatan kesihatan percuma untuk semua penduduk Finland, adalah antara faktor mengapa Finland menjadi negara paling bahagia di dunia.

Denmark pula dikatakan memiliki kerajaan yang stabil, angka korupsi yang rendah dan akses terhadap pendidikan dan kesihatan yang berkualiti.

Denmark adalah antara negara dengan cukai yang tinggi, namun rakyat mereka tidak keberatan untuk membayar kerana mereka tahu duit itu dilaburkan ke mana.

Manakala Switzerland berada di kedudukan ke-3 sebagai negara paling bahagia. Diringkaskan dari laman web rasmi Kementerian Luar Negeri, Switzerland adalah negara terkurung yang paling makmur di Eropah.

Sebagai sebuah negara kecil dan dikelilingi oleh negara-negara Kesatuan Eropah, Switzerland berusaha memainkan peranan dan menunjukkan pengaruhnya di rantau ini. Dalam bidang ekonomi, kekuatannya terletak pada inovasi teknologi, perindustrian dan perbankan.

Untuk rekod, Malaysia pernah berada di tangga ke-35 sebagai negara paling bahagia dunia pada tahun 2018 sebelum turun ke tangga ke-80 pada tahun 2019.

Pada tahun 2020, Malaysia turun dua anak tangga berbanding tahun sebelum ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: thevocket

Monday, October 05, 2020

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0)

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0)

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.

BPN 2.0


Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.

Siapakah yang layak menerima BPN 2.0?

Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?

Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0?

Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020 (1 bulan).

PEMBAYARAN BPN 2.0

Berapakah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima?

BPN 2.0

Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat?

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:
  • Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
  • Fasa Kedua – Januari 2021

Bagaimanakah kaedah bayaran BPN 2.0 ini dilaksanakan?
 
BPN 2.0


Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?

Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?

Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan. Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my. Penerima BPN2.0 perlu memastikan data akaun bank adalah tepat bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.

SEMAKAN STATUS

Bila dan bagaimana semakan status penerimaan BPN 2.0 boleh dibuat?

Penerima BPN sebelum ini (sedia ada) yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan semasa log masuk Portal BPN dan gagal menjawab soalan keselamatan yang diminta?

Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

HAL-HAL LAIN

Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40 semasa BPN 2020. Bolehkah saya merayu untuk menerima bayaran sebagai penerima B40 bagi BPN 2.0?

Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.

Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.

Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?

Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

Saya telah menerima bayaran BPN 2020 sebelum ini dan ingin menolak BPN 2.0. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BPN 2.0 yang diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
  • Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;
  • Lampirkan draf bank/cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
  • Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia Presint 2,
62592 Putrajaya.