Saturday, August 02, 2014

James Bond 007, Disebalik Jenama Hebat!


Kali ini, kisah mengenai sebahagian fakta-fakta menarik disebalik 'jenama' yang sangat terkenal ini. Jom baca..

James Bond 007 History

1. Watak agen CIA, Felix Leiter telah muncul dalam sembilan buah filem Bond kesemuanya dan watak ini telah dipegang oleh seramai lapan orang pelakon yang berbeza iaitu Jack Lord, Cec Linder, Rick Van Nutter, Norman Burton, David Hedison, Bernie Casey, John Terry dan Jeffrey Wright.

2. Kebanyakan gadis-gadis Bond adalah aktres-aktres dari pelbagai negara, namun paling ramai ialah aktres Amerika Syarikat iaitu 7 orang diikuti 4 orang dari Britain, 3 dari Perancis, 2 dari Switzerland dan masing-masing satu dari Itali, Jepun, Poland dan Malaysia.

3. Mengikut fakta, James Bond dilahirkan di Jerman, dibesarkan di Scotland dan England dan menganggap dirinya sebagai orang Scotland.

4. Mengikut Ian Fleming, ayah James Bond berbangsa Scotland dan ibunya kacukan Perancis dan Switzerland namun kedua-duanya meninggal dunia ketika usianya 11 tahun akibat kemalangan ketika memanjat gunung. James Bond kemudiannya tinggal dengan makciknya.

5. Biografi James Bond yang pertama ialah yang ditulis oleh John Pearson dan diterbitkan pada tahun 1973.

6. Filem James Bond dengan judul Never Say Never Again adalah filem pertama dari siri filem James Bond yang tidak mengambil secara langsung dari judul novel Ian Fleming.

7. Buat pertama kalinya dalam filem James Bond, watak penjahat utamanya adalah wanita dalam The World Is Not Enough.

8. Tajuk untuk Die Another Day sebenarnya diambil dari sebuah sajak atau puisi dari pemuisi, A.E. Houseman.

9. Anak perempuan salah seorang pemegang watak Bond iaitu aktor Roger Moore pernah membuat penampilan cameonya dalam filem Die Another Day sebagai seorang pramugari.

10. Goldeneye ialah nama timang-timangan bagi rumah Ian Fleming di Jamaica yang terletak berhadapan dengan laut yang mana di rumah itulah dia menulis novel-novel Bond dan beberapa buah cerita pendek di antara tahun 1952 hingga 1964.

11. Kesemua aksi berlari yang kita saksikan ketika Roger Moore memainkan peranannya sebagai James Bond sebenarnya dilakonkan oleh pelakon gantian kerana Rooger Moore merasakan dia kelihatan kaku melakukan aksi tersebut.

12. Satu-satunya pelakon yang memegang watak James Bond dan lebih muda berbanding siri James Bond sendiri setakat ini sejak ia mula dikeluarkan ialah Daniel Craig.

13. Watak Vesper Lynd yang dimainkan oleh Eva Green dalam Casino Royale telah ditulis oleh Ian Fleming berdasarkan kisah Christine Granville iaitu seorang pejuang Perang Dunia Kedua.

14. Filem Bond kedua yang dipilih untuk dihasilkan ialah From Russia With Love setelah Presiden John F Kennedy menyenaraikan buku tersebut sebagai salah satu daripada 10 novel kegemarannya sepanjang zaman.

15. Dalam Casino Royale, pengarahnya, Martin Campbell telah membuat penampilan cameo sebagai seorang pemandu lori yang dibunuh oleh pengganas di Lapangan Terbang Miami.

16. Aktor yang hanya memegang watak Bond sebanyak sekali, George Lazenby sepatutnya mempunyai temujanji makan malam bersama Bruce Lee pada malam kematiannya.

17. Pada mulanya, filem James Bond pertama yang ingin diterbitkan ialah Thunderball namun kerana pertelingkahan undang-undang dengan penulis bersamanya, maka sebaliknya Dr No yang terpilih.

18. Dikatakan makanan kegemaran Bond ialah 'Scrambled Egg' bersama-sama kopi iaitu sama dengan makanan kegemaran Ian Fleming sendiri.

19. Kesemua 22 buah filem James Bond yang telah dikeluarkan telah berjaya membawa pulangan sebanyak USD$11,688,214,000 ($11.68 bilion)!

20. Antara kereta-kereta yang digunakan oleh James Bond termasuklah Aston Martin DB5, V12 Vanquish, Lotus Espirit, BMW Z3 dan juga BMw 750iL.

BACA INI JUGA: Kerugian Filem Hollywood Yang Paling Teruk!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon