Sunday, August 10, 2014

Kerugian Filem Hollywood Yang Paling Teruk!


Biasanya filem-filem dipasaran Hollywood mensasarkan kutipan yang besar dan pembuat-pembuat filem juga tentunya mengharapkan pulangan yang besar bagi karya mereka.

Namun, nasib filem-filem mereka masih lagi ditentukan oleh jumlah penonton yang keluar menonton. Jika selalunya kita disogokkan dengan senarai filem-filem paling berjaya, apakata kali ini kita lihat pula senarai filem-filem yang mendapat kutipan paling terukdi Hollywood.

10. The Marsh (2007)
Kutipan kasar: USD$336

The Marsh (2007)

Nama Forest Whitaker bukanlah calang-calang pelakon dan tidak lama selepas wataknya sebagai Idi Amin dalam filem The Last King of Scotland berjaya membantunya memenangi anugerah Oskar untuk Pelakon Lelaki Terbaik, filem The Marsh pula menyusul. Namanya sekali lagi menjadi sebutan tapi kali ini bukanlah suatu khabar yang menggembirakan tetapi tentang pencapaian filem yang hanya bertahan 3 hari disebuah pawagam dan mengutip sekitar USD$336 sahaja berbanding kos pembikinannya iaitu USD$7 juta dolar.

9. Trojan War (1997)
Kutipan kasar: USD$309

Trojan War (1997)

Dua tahun selepas menjadi pelakon tetap dalam siri Party of Five, aktres Jennifer Love-Hewitt telah membintangi filem komedi romantik ini. Walaupun bajet untuk filem keluaran Warner Bros ini sekitar USD$15 juta, namun kerana kurangnya sambutan pada filem ini, maka tayangannya hanya bertahan selama seminggu disebuah pawagam.

8. Intervention (2007)
Kutipan kasar: USD$279

Intervention (2007)

Filem ini pula hanya ditayangkan disebuah pawagam untuk tempoh tiga hari. Namun, filem yang dibintangi pelakon-pelakon hebat ini telah berjaya memenangi anugerah Best Feature Film di Festival Filem San Diego pada tahun 2007. Pelakon wanitanya pula, Jennifer Tilly berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di festival filem yang sama. Turut sama membintangi filem ini ialah Andie MacDowell, Rupert Graver dan Donna D'Errico.

7. Playback (2012)
Kutipan kasar: USD$264

Playback (2012)

Walaupun mempunyai nama besar seperti Christian Slater yang membintangi filem ini, ia tidak menjamin filem ini untuk menarik penonton menontonnya di pawagam. Filem yang menelan belanja sebanyak USD$7.5 juta ini ditayangkan hanya 2 minggu dipawagam dengan kutipan minggu pertama sebanyak USD$252 dan kutipan minggu keduanya hanya USD$12!

6. Pretty Village, Pretty Flame (1998)
Kutipan kasar: USD$212

Pretty Village, Pretty Flame (1998)

Filem Yugoslavia tahun 1996 ini membuktikan filem-filem yang menjadi hit disesebuah negara tidak semestinya menjadi popular di negara lain. Filem ini mendapat ulasan yang baik dari pengkritik filem Amerika namun hanya berjaya ditayangkan selama seminggu di sebuah pawagam dan kutipannya hanya sebanyak USD$212. Berbeza dengan pencapaiannya di Serbia, lebih 800,000 penonton telah datang menontonnya dipawagam (kira-kira 10% dari penduduk negara tersebut) secara keseluruhannya.

5. The Ghastly Love of Johnny (2012)
Kutipan kasar: USD$117

The Ghastly Love of Johnny (2012)

Muzikal sains fiksyen ini diinspirasikan dari era 1950an dan dibintangi oleh Creed Bratton dari siri The Office telah pun memenangi 5 anugerah di Festival Filem Amerika tetapi tidak mampu meraih kutipan tayangan yang besar dipawagam. Ia hanya ditayangkan seminggu di Kansas City pada bulan Oktober 2012. Pada 2013, sekali lagi filem ini cuba dipasarkan semula dengan meletakkannya di 6 buah pawagam untuk tempoh 4 minggu dan kemudiannya di 2 buah pawagam di Los Angeles, namun kutipan keseluruhan yang berjaya dikumpul hanya sekitar USD$1,356. Bajet untuk filem ini ialah sekitar USD$2 juta.

4. The Objective (2009)
Kutipan kasar: USD$95

The Objective (2009)

Sejak menjadi pengarah bersama untuk sebuah filem indie yang berjaya mencapai kejayaan luar biasa, The Blair Witch Project, Daniel Myrick hanya mengekalkan status profil rendahnya dengan hanya mengarah beberapa buah filem yang kebanyakannya dipasarkan terus ke DVD. Namun pada bulan Mac 2009, IFC Films telah memberikan hak tayangan terbatas buat filem ini. Ia berjaya ditayangkan untuk tempoh seminggu sahaja di sebuah pawagam di New York dan berjaya mengumpul sebanyak USD$95. Namun pihak IMDb pernah menyatakan yang filem ini telah mengutip sehingga USD$2 juta bila dipasarkan di Los Angeles sebulan kemudiannya.

3. Dog Eat Dog (2009)
Kutipan kasar: USD$80

Dog Eat Dog (2009)

Walaupun mendapat pelbagai pencalonan dan kemenangan di beberapa buah festival filem dan juga acara-acara penting industri hiburan diserata dunia, ternyata filem berlatar belakangkan kisah jenayah di Colombia arahan Carlos Moreno ini masih gagal untuk meyakinkan penonton untuk datang dan menonton filem tersebut. Antara anugerah utama yang berjaya diraih filem ini termasuklah World Cinema Grand Jury Prize di Festival Filem Sundance.

2. Storage 24 (2013)
Kutipan kasar: USD$72

Storage 24 (2013)

Ini pula sebuah filem sains fiksyen yang diarahkan oleh Johannes Roberts. Malangnya, tiada elemen yang berjaya menambat hati penonton sehingga kutipannya tidak berjaya mencecah angka USD$100 pun. Filem ini juga hanya ditayangkan disebuah pawagam untuk tempoh satu minggu. Pelakon/penulis bersama untuk filem tersebut, Noel Clarke pernah memberitahu bahawa mereka memang mempunyai impian besar untuk filem tersebut.

1. ZYZZZYX Road (2006)
Kutipan kasar: USD$30

ZYZZZYX Road (2006)

Filem thriller ini mempunyai tagline 'Dead Ahead' yang agak tidak memberangsangkan. Ianya adalah lakonan Tom Sizemore dan Katherine Heigl namun hanya berjaya ditayangkan di sebuah pawagam di Amerika Syarikat. Ia dimainkan selama seminggu namun hanya 6 orang datang menonton, menjadikan kutipan kasarnya sebanyak USD$30. Ini adalah filem yang mendapat kutipan paling sedikit sepanjang zaman sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Skandal Jean Harlow Kekal Misteri Di Pentas Hollywood

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon