Thursday, June 25, 2020

Kenapa Amerika Syarikat Negara Paling Teruk Diserang Virus Korona?

Kenapa Amerika Syarikat Negara Paling Teruk Diserang Virus Korona?

Amerika negara terkaya dalam dunia, hospital dan klinik tercanggih, memiliki pakar perubatan yang ulung. Bomoh dan tabib – kelas dunia tinggal di Amerika Syarikat. Hospital dan klinik lengkap dengan peralatan terbaru yang canggih-manggih. Universiti dan sekolah perubatan Amerika tersohor. Kaji selidik ilmu perubatan dan ilmu bidang sains terunggul dalam dunia, berpusat di sana.

AS Covid-19

Fakta menunjukkan seramai 336 warga Amerika adalah pemenang Hadiah Hadiah Nobel semenjak tahun 1901. Dari jumlah ini seramai 94 orang memenangi hadiah dalam bidang fisiologi dan perubatan.

Tetapi, kenapa Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk diserang oleh korona. Serangan pandemik kali ini membuktikan Amerika tercorot dalam bidang menyelamatkan warga. Tercorot dalam bidang kesihatan awam. Apakah darah warga Amerika lebih enak untuk dibaham oleh Mat Korona. Tidak. Jawapannya ialah sistem.

Kematian dan statistik yang menonjol ini adalah manifestasi dari satu sistem. Untuk memahami persoalan Covid-19 dan pandemik ini kita wajib memahami apa sistem yang diguna pakai oleh Amerika Syarikat. Kita wajib memahami sistem ekonomi Amerika.

Pandemik Covid-19 ini telah memaksa dunia untuk mula berbincang tentang sistem perubatan awam. Berbincang tentang sistem kesihatan untuk rakyat teramai. Melalui perbincangan tentang kesihatan awam maka dengan sendirilah terbuka luas perbincangan tentang sistem ekonomi.

Pada ketika ini seluruh dunia sedang berbicara tentang sistem ekonomi. Kalau dahulu hanya kaum Marxis, kaum Sosialis dan kaum kerabat kiri sahaja yang membincang dan menimbulkan wacana tentang sistem ekonomi. Kali ini perbualan dunia ialah sistem, sistem dan sistem.

Virus korona telah memaksa warga dunia untuk memahami bahawa di belakang kehidupan moden hari ini wujud satu sistem. Budaya, gaya hidup, nilai, kepercayaan, moral dan semua ciri kehidupan kita hari ini adalah manifestasi dari satu sistem.

Sistem ini ialah sistem ekonomi kapitalis. Apakah dia yang dipanggil sistem ekonomi kapitalis?

Sistem ekonomi kapitalis muncul sesudah runtuhnya sistem feudal, yang menobatkan raja sebagai punca kuasa. Semua kuasa dimiliki dan berpusat kepada istana dan raja. Orang ramai bekerja untuk raja. Tanaman, buah-buahan, ternakan ayam, itik, kambing lembu boleh diambil oleh raja bila bila masa sahaja. Malah anak dara dan isteri sendiri pun boleh dirembat oleh raja jika tuanku berkenan.

Tenaga tulang empat kerat rakyat jelata boleh dikerah oleh raja untuk membuat apa sahaja kerja. Jika raja berperang maka rakyat jelata akan dikerah untuk menjadi soldadu mempertahankan raja.

Sistem feudal ini masih ada. Di Saudi Arabia, di Negara Arab Teluk dan juga di Brunei sistem ini masih diguna pakai. Amat jelas ada kerjasama paling intim dan bersekongkolan yang rapat antara kaum feudal dengan kaum agamawan. Masjid dan istana sepakat.

Raja membunuh jika kamu ingkar. Golongan agamawan akan menandatangani surat untuk menghantar kamu dibakar api neraka jika kamu ingkar. Dua lembaga – istana dan masjid - bekerja rapat menakut-nakutkan dan mengancam orang biasa. Tujuan ancaman hanya satu untuk mengumpul dan memiliki harta kekayaan demi kesenangan dalam hidup.

Jangan silap baca: istana dan masjid dan tulisan ini bukan bangunan. Masjid dan istana ini adalah lembaga daulah.

Sistem ekonomi feudal ini dilawan oleh golongan baru yang merasakan sistem ini tidak adil. Kaum baru ini bangun memberontak dan memenggal kepala raja.

Golongan baru ini membawa sistem ekonomi kapitalis. Kuasa raja dan masjid mula diketepikan. Raja dan masjid bukan lagi punca utama kuasa daulah.

Kini harta kekayaan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Kalau dalam sistem feudal yang dibenarkan mengumpul harta kekayaan hanya raja dan kaum kerabat istana. Kini dalam sistem baru – sistem ekonomi kapitalis individu – orang persendirian dibolehkan mengumpul harta. Mereka dipanggil pemaju, pemodal, tuan tanah, atau tauke. Sesiapa saja yang ada modal boleh menjadi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis ini berpaksikan keuntungan maksimum. Rukun iman kaum kapitalis ialah untung. Apa sahaja yang menguntungkan akan diniagakan oleh kaum kapitalis. Apa yang boleh beli akan dibeli – apa boleh dijual akan dijual – asalkan semua membawa keuntungan.

Kaum kapitalis dan kaum pemodal ini akhirnya akan memiliki punca-punca pengeluaran. Punca pengeluaran bermakna – tanah, kilang dan bank – akan dimiliki oleh kaum pemodal.

Orang ramai, rakyat biasa akan menjadi pengguna. Orang ramai akan didorong dan dikandang untuk membeli hasil barangan – produk - yang telah dikeluarkan oleh kilang milik kaum kapitalis.

Pengeluaran bahan produk yang dihasilkan oleh kaum kapitalis hanyalah dengan satu tujuan, membawa keuntungan. Jual beli kaum kapitalis hanya berlaku jika ada untung. Untung. Untung dan cari untung. Untung adalah wirid kaum kapitalis. Untung ialah kiblat dan Rukun iman kaum kapitalis.

Kaum kapitalis akan sedaya upaya tidak mahu diganggu gugat dalam menjalankan perniagaan mencari untung. Dalam masa yang sama saki baki raja dan istana juga boleh bekerjasama dalam usaha mencari untung.

Kerabat sultan atau puteri atau putera raja "di-ahlanwasahlan" untuk berniaga atau membuat projek. Begitu juga masjid tidak dilupuskan dari budaya meniaga dan mencari untung. Dalam sejarah, menjual agama adalah perniagaan kedua tertua dalam dunia.

Masjid masih wujud, kini diambil sebagai rakan baik kaum pemodal. Ini penting untuk mengeluarkan nas dan hadis bagi mengharamkan sesuatu yang tidak menguntungkan kaum kapitalis. Atau menghalalkan sesuatu yang membawa keuntungan kepada kaum pemodal.

Kepada yang keras kepala dijanjikan api neraka. Jika masih keras kepala ditakrif sebagai penganut ajaran sesat. Seperti di Arab Saudi dituduh murtad untuk dipancung kepala sesudah sembahyang Jumaat di hadapan masjid.

Peranan minimum daulah

Dalam sistem ekonomi kapitalis peranan daulah adalah minimum. Daulah hanya diperlukan untuk mengadili jika berlaku perbalahan – sebagai contoh - antara pemaju perumahan dengan setinggan. Lagi jauh daulah berperanan dari urusan perniagaan, lagi molek dan lagi maju jaya kaum kapitalis.

Apa sangkut paut sistem kapitalis ini dengan serangan virus korona ke atas Amerika Syarikat?

Jawapannya: Sistem ekonomi kapitalis Amerika telah gagal menangani serangan korona. Amerika walaupun dengan kecanggihan hospital, klinik dan makmal perubatan – telah gagal. Amerika tercorot dalam usaha melawan Covid-19.

Sistem ekonomi kapitalis tidak memiliki keupayaan hakiki untuk melawan pandemik yang berlaku.

Di Amerika yang disembah ialah keuntungan. Maka semua sistem perubatan di Amerika didirikan untuk mencari untung. Jika tidak ada untung maka klinik dan hospital tidak akan didirikan. Kesihatan menjadi bahan perniagaan. Orang sakit diperniagakan. Lagi ramai sakit lagi molek untuk bisnes.

Perubatan menjadi industri. Perubatan bukan lagi untuk memastikan kesihatan orang ramai dijaga baik. Kesihatan warga negara dijadikan komoditi untuk diniagakan seperti jual beli sawit dan getah.

Kesihatan maknanya keuntungan. Orang ramai hanya pengguna. Siapa ada duit akan mendapat rawatan. Siapa tak ada duit mati di tangga pintu hospital, maka warga Amerika yang tidak memiliki insuran perubatan tidak akan dapat rawatan perubatan.

Sebelum mendaftar ke hospital perlu dibuktikan memiliki dana dalam akaun bank, memiliki sijil insuran atau cagaran harta. Inilah namanya sistem ekonomi kapitalis.

Justeru yang banyak mati di Amerika adalah mereka yang miskin. Mereka yang tidak ada modal untuk mendapat rawatan hospital. Mereka yang tidak ada duit kerana hilang pekerjaan.

Data menunjukkan majoriti yang mati kerana Covid-19 di Amerika adalah orang hitam, Latin, kaum pendatang yang halal dan yang haram. Ini termasuk warga miskin kota yang tidur di tepi jalan atau di lorong-lorong.

Tangan ghaib

Daulah di Amerika tidak memiliki peranan. Kaum kapitalis di Amerika berjaya menafikan daulah dari mendirikan hospital atau klinik. Menjaga kebajikan rakyat dan kesihatan rakyat bukan tugas kerja daulah. Kapitalisme mengikut teori wujud - tangan ghaib – yang akan menguruskan semua. Daulah hanya jadi saksi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis, semua orang diwajibkan melepaskan pucuk masing-masing. Aku untuk aku. Kau untuk kau. Semangat kekitaan dan kemasyarakatan bukan akidah ajaran sistem ekonomi kapitalis.

Komuniti dan konsep gotong-royong, kerjasama atau berseraya tidak dibenarkan wujud dalam sistem ekonomi kapitalis. Tolong-menolong dan bantu membantu akan membantutkan dan menghalang keuntungan maksimum. Tenaga kerja adalah komoditi untuk dijual beli bukan untuk dihadiah atau disedekahkan.

Apa terjadi dari 18 Mac 2020 hingga ke 19 Mei 2020?

Ini sesudah WHO mengumumkan pandemik Covid-19. Ini sesudah Wuhan menjadi buah mulut warga dunia. Apa terjadi di Amerika pada tarikh ini?

Dalam masa dua bulan ini berjuta warga Amerika hilang pekerjaan. Berjuta beratur untuk mendapat stem makanan.

Hari ini seramai 42 juta warga Amerika telah hilang pekerjaan. Mereka tergelincir jatuh hilang kerja terus menjadi statistik warga miskin dalam negara terkaya dalam dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Asal-usul Perayaan Hantu Lapar Masyarakat Cina

Asal-usul Perayaan Hantu Lapar Masyarakat Cina

Istilah Perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival) dikatakan adalah rekaan istilah orang British semasa mereka menjejakkan kaki ke negara-negara Timur Asia dan hasil dari itu sambutan perayaan ini diberi satu gambaran sebagai sesuatu yang menakutkan.

Festival Hantu Lapar

Menurut Routledge Encyclopedia of Religious Rites, Rituals and Festivals (Religion and Society), hlm. 92, perayaan ini dikenali sebagai Yulanhui atau Yulanpen dalam hari ke-15 pada bulan ke-7 mengikut kalendar Buddha.

Sementara itu, istilah sebenar sambutan hantu lapar adalah Zhongyuan Jie, Gui Jie atau Yulan Festival (Yú lán pén jié), adalah sebuah perayaan yang disambut oleh penganut Buddha dan Tao di negara Asia.

Yu Lan adalah perkataan asing yang bermaksud "nasib malang orang yang digantung terbalik di dalam neraka", manakala Pen adalah mangkuk.

Yu Lan Pen dilihat sebagai: mangkuk yang disediakan makanan di dalamnya untuk para sami, dengan niat untuk menyelamatkan nasib moyang mereka yang "digantung terbalik" di dalam neraka.

Perayaan Hantu Lapar ini dikatakan bermula pada sekitar kurun ke-7 (antara 601-700 Masihi).

ASAL-USUL

Sambutan Festival Hantu Lapar adalah berbeza kerana penganut Tao, menumpukan perhatian untuk menenangkan roh-roh yang sedang berkeliaran kerana dilepaskan dari neraka, sementara bagi para penganut Buddha pula adalah lebih kepada membina nilai bakti anak-anak kepada orang tua mereka.

1. Buddhisme

Kebanyakan orang mengetahui tentang kisah perayaan ini melalui tukang cerita profesional, yang menceritakan sebuah kisah bertajuk "The Transformation Text on Mu-lien Saving His Mother from the Dark Regions".

Kisahnya tentang seorang pengikut Siddhratha Gautama Buddha bernama Mu-Lien (sanskrit: Maudgalyayana), yang mempunyai kebolehan untuk melihat alam ghaib, serta misinya untuk mencari kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Kisah ini juga tertulis di dalam Ullambana Sutra (juga dikenali Yulanpen Sutra, dipercayai ditulis antara 266- 313 Masihi).

Maudgalyayana beri ibu makan
Maudgalyayana datang memberi makanan kepada ibunya di neraka.

Sejarahnya bermula daripada kisah ibu Maudgalyayana yang menyembunyikan derma kepada kuil dan kemudiannya menjadi hantu lapar di neraka.

Ini adalah balasan kepada ibunya kerana tidak membelanjakan wang peninggalan suaminya dengan memberikan makanan kepada orang ramai sepertimana diwasiatkan oleh suaminya itu.

Ketika Maudgalyayana sedang bertapa, dia ternampak ibunya sedang merana di dalam neraka akibat daripada balasan amalan buruk semasa hidup.

Ibunya telah menjadi hantu lapar dengan memiliki perut yang besar tetapi dengan leher yang sempit, menyebabkan ia sukar untuk menelan makanan, manakala perut yang besar menyebabkan perut selalu kosong dan selalu kelaparan.

Ibu Mu Lien diberi makan
Ibu Mu Lien diberi makan di neraka, yang memiliki leher kecil tetapi perut yang besar.

Hal ini membuatkan Maudgalyayana berasa sedih, terseksa dan bertekad untuk menyelamatkan ibunya.

Dia telah mengurangkan seksaan ibunya itu dengan meminta tunjuk ajar daripada Buddha, cara untuk memberi makan kepada ibunya itu.

Buddha mengarahkannya untuk meletakkan makanan di atas pinggan yang bersih dan membaca mantera tertentu sebanyak tujuh kali, dan memetik jari untuk memanggil roh yang telah meninggal lalu meletakkan makanan itu di atas lantai yang bersih.

Perbuatan Maudgalyāyana ini telah dapat menyelamatkan ibunya, yang kemudian telah menjelma menjadi anjing yang dijaga oleh sebuah keluarga bangsawan.

Dia lalu meminta bantuan Buddha sekali lagi untuk menghidupkan semula ibunya menjadi manusia.

Buddha pun menetapkan suatu hari (iaitu hari ke-14 bulan ke-7 tahun lunar) di mana Maudgalyāyana perlu memberi makan kepada 500 bhikkhu (para sami), sehingga ibunya dapat dihidupkan kembali dalam bentuk manusia.

Ada juga sebahagian sarjana berpendapat bahawa perayaan tradisi ini diamalkan sebelum kedatangan agama Buddha dan ia adalah lebih kepada kepercayaan kuno (Chinese folk religion) yang merangkumi seluruh daerah.

Namun, asal-usulnya tidak dapat dipastikan kerana budaya ini terdapat di negara-negara Asia dan India sehinggakan di Kemboja dan Jepun juga mempunyai perayaan yang hampir serupa dan diraikan pada bulan berkenaan.

2. Taoisme

Mengikut kepercayaan Tao, pintu neraka terbuka pada hari pertama bulan 7 dan hantu lapar akan bebas untuk mencari makanan ataupun membalas dendam kepada mereka yang berbuat jahat.

Mengikut satu cerita lain, Raja Yama (Raja Neraka) membuka pintu neraka dan membenarkan hantu liar untuk menikmati penyembahan pada hari pertama pada bulan 7.

Pintu akan ditutup pada hari terakhir pada bulan berkenaan agar hantu ini balik ke neraka, dan masyarakat Cina percaya pintu syurga juga terbuka pada bulan berkenaan, lalu mereka menyembah nenek moyang serta dewa-dewi yang datang daripada syurga.

Secara tradisinya pada bulan ini, para agamawan Taoisme akan melaksanakan upacara dan membuat persembahan makanan, sementara para penyembah akan mengunjungi kuil, serta berdoa untuk kebahagiaan dan menghindarkan bencana.

PERAYAAN

Walaupun Festival Hantu Lapar berbeza antara Tao dan Buddha, akan tetapi sambutan ini diamalkan bersekali (sinkretis) oleh masyarakat Cina di Malaysia pada hari ini.

Ketika sambutan perayaan ini, kuil, biara dan masyarakat cina akan melakukan sembahyang dan membuat persembahan makanan dan membakar kertas yang dibuat pakaian, keperluan harian dan juga barangan mewah kertas yang lain.

Mereka juga akan membuat persembahan opera Cina untuk menghiburkan hantu-hantu, akan tetapi trend telah beralih ke arah muzik Cina Moden dikenali sebagai Gei Tai. Ada juga sebahagian tempat disertakan dengan tarian dan joget.

Pada majlis tersebut, kerusi bahagian hadapan akan dibiarkan kosong untuk membenarkan hantu-hantu duduk disitu dan kerusi itu tidak dibenarkan untuk peserta mendudukinya.

Acara itu berakhir dengan makan malam untuk semua peserta, dan lelongan diadakan untuk mengumpulkan dana untuk badan amal.

Oleh itu, sementara upacara-upacara itu bertujuan untuk meraikan roh-roh yang melawat alam manusia, aktiviti-aktiviti ini juga memberi manfaat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik melalui lelongan amal.

KESIMPULAN

Perayaan ini merupakan perayaan masyarakat Cina, kerana kepercayaan tentang roh adalah sangat menebal dan kompleks sehingga mewujudkan perayaan-perayaan yang membentuk 'penyelamatan' kepada orang yang sudah meninggal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: askislam

SBDJ Siri 160: Menghadapi Ujian Mahaguru

SBDJ Siri 160: Menghadapi Ujian Mahaguru

Api dari pelita tersebut memancarkan cahaya yang samar-samar. Setiap sudut bilik terdapat tengkorak diletakkan dalam dulang berkaki kayu yang diukir kepala ular dan naga berjuang. Terdapat sebuah katil usang yang dipenuhi sarang labah-labah.

SBDJ siri 139

Atas katil terdapat sepasang tulang lengan dan kaki. Apakah saya di suruh tidur dikatil itu? Muncul pertanyaan dalam benak. Bagi menghilangkan keresahan, saya telan air liur dan gigit bibir.

"Letakkan bungkusan baju kamu atas tulang lengan dan kaki, kemudian kamu ikut aku," suara perempuan itu bergema dalam ruang kamar yang samar.

Macam tadi juga, saya tetap patuh dengan arahannya. Bilik kecil yang menyeramkan itu di tinggalkan, lalu memasuki kawasan lapang yang luas dan lebarnya sama dengan sebuah gelanggang badminton.

Permukaan kawasan lapang itu ditumbuhi rumput tebal seperti baldu (permaidani). Seluruh kawasan dipagar dengan papan berdiri.

Di hujung kawasan lapang terdapat sebatang balak yang bahagian atasnya sudah diratakan. Bahagian yang diratakan itu, lebarnya boleh memuatkan seorang manusia untuk berbaring atau meniarap.

Panjangnya pula, sepanjang tubuh manusia, lebih kurang lima kaki tujuh inci. Di bahagian kiri dan kanan (tepi) balak itu terdapat rantai besi yang biasanya digunakan bagi mengikat kayu balak atas lori untuk dibawa ke kilang papan.

Di bahagian bawah balak (lebih tepat bahagian tepi bawah) terdapat kapak, pahat, pedang dan golok di samping pisau belati. Ada baldi plastik hijau.

"Kamu duduk si situ," jari telunjuk perempuan itu menuding ke arah guni yang terdampar atas rumput.

Sebaik saja punggung saya mahu mencecah permukaan guni, perempuan itu terus menjerit dan memaki hamun saya dengan semahu-mahunya.

"Kenapa awak maki saya?" tanya saya.

"Kerana kamu bodoh."

Saya semakin panik.

"Kenapa mulut awak celupar sangat," saya mula berani menentang.

"Sepatutnya, kamu tarik guni itu dulu sebelum duduk."

"Kenapa awak tak cakap," sanggah saya lagi.

"Aku mahu tengok ketelitian kamu, rupa-rupanya kamu bukan orang yang suka beringat atau waspada, keberanian kamu memang membabi buta," suaranya keras.

Saya menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah dapat mengesan kelemahan diri saya. Tanpa membuang masa saya terus melakukan apa yang disuruhnya.

Guni yang terbentang saya tarik dan lipat. Rupanya di bawah guni tadi terdapat tanah yang sudah disimen. Lebarnya, kira-kira empat kaki dan panjangnya sekitar enam kaki.

Di permukaan simen terdapat ukiran yang bentuknya macam huruf kawi (tulisan jawa kuno) sekali imbas kelihatan macam tulisan Hindi atau Siam.

BERDEBAR

Kerana tulisan di permukaan simen membuat saya ragu-ragu dan takut untuk duduk atas simen.

Saya renung ke arah perempuan yang sering mengeluarkan perintah untuk saya. Dia tidak mengeluarkan sebarang komen.

Anak matanya tetap memerhatikan gerak geri saya. Semuanya membuat hati saya berdebar.

Sayup-sayup terdengar suara orang berzikir yang di selang seli dengan suara tangisan. Lolongan anjing yang memanjang juga dapat didengar di samping suara burung hantu yang bermacam-macam irama.

Saya memberanikan diri lalu mendongakkan kepala ke langit. Mata saya menangkap bintang-bintang yang bertaburan.

"Siapa suruh kamu tengok langit?"

"Maafkan saya," suara saya merendah.

"Bagus, kalau sudah tahu kesilapan sendiri," suara perempuan itu makin lembut, renungannya juga lembut mendebarkan.

"Kamu duduk bersila di tengah-tengah simen tu. Kedua belah tangan kamu memeluk tubuh. Sekejap lagi mahaguru bersama tetamunya datang. Mahaguru akan membuat keputusan tentang diri kamu," kata perempuan itu dengan penuh santun.

Tetapi, kesopanan yang diperlihatkan hanya untuk beberapa minit saja. Selesai saja dia mengeluarkan arahan kepada saya, sikapnya agak berubah.

Gerak-gerinya bagaikan penari, memperagakan bentuk tubuhnya yang dibalut kain putih yang jarang.

"Jadi kamu ni bukan mahaguru?" tanya saya.

"Memang, aku bukan mahaguru."

Dia terus melintuk-liukkan tubuhnya mendekati saya. Dia terus mendepangkan kedua belah tangannya, seolah-olah mahu memeluk tubuh saya.

Bau yang wangi berhamburan keluar dari tubuhnya membuatkan timbul riak-riak keghairahan dalam hati saya.

"Kalau begitu, kamu ni siapa?" tanya saya lagi.

"Aku orang suruhan guru. Aku orang kepercayaannya."

"Selain dari kamu ada orang lain jadi kepercayaan mahaguru?"

"Ada, setiap orang ada tugas tertentu."

Saya terdiam. Perempuan di depan saya mengoyang-goyangkan tubuh. Sepasang buah dadanya turut bergerak.

Bila melihat saya memalingkan muka ke arah lain, dia pun bergerak ketengah kawasan lapang dengan gaya tersendiri.

Berlari anak sambil terjengket-jengket macam burung kedidi di gigi air. Beberapa minit kemudian dia mendekati saya kembali bersama kerlingan dan genyitan mata.

Bibirnya terus mendermakan senyum. Berdiri di depan saya penuh manja.

Saya buat tak kesah dengan karenahnya. Suara lolongan anjing masih kedengaran. Tetapi suara orang berzikir makin lemah, tidak serancak tadi. Udara malam yang lembab membuat badan bertambah dingin.

"Aku tahu nama mahaguru."

Perempuan di hadapan saya jegilkan biji mata. Wajahnya membayangkan rasa resah dan hairan amat sangat.

"Siapa namanya? Sebut sekarang."

"Mona Supandi, bomoh wanita berhati jahat."

"Lagi apa yang kamu tahu tentangnya," desak perempuan itu lagi.

"Dia mahu menjahanamkan orang yang menentangnya, dia mahu membunuh anak muridnya yang durhaka. Murid tu dah jadi kawan aku."

"Lagi, sebut lagi," desak perempuan itu dengan wajah yang merah padam.

Dua tiga kali dia menaarik nafas dalam-dalam menahan rasa marah yang bergelora dalam dadanya. Saya masih bersikap tenang.

"Agaknya, kamu bomoh perempuan yang jahat tu," saya mula main serkap jarang.

Jari telunjuk saya arahkan ke batang hidungnya. Bagaikan kilat dia menepis hingga lengan saya terasa sakit sampai ke dalam tulang.

"Aku bukan Mona Supandi," jerkahnya.

"Kalau begitu Mona Supandi tu siapa?" dalam nada lembut saya bertanya.

Saya mula mengatur strategi untuk mencungkil rahsia.

"Dia orang kanan mahaguru. Dia boleh buat apa-apa keputusan dan boleh mengarahkan anak buah. Dia dibenarkan mencari calon baru.

"Orang-orang yang dipilih dan ada kebolehan saja yang boleh berjumpa mahaguru. Setakat ini semua orang hanya berjumpa dengan Mona Supandi saja. Aku tak tahu macam mana mahaguru mahu jumpa kamu."

"Siapa nama mahaguru?"

"Bila kamu jumpa dia, tanyalah sendiri."

"Dia orang perempuan," risik saya lagi.

"Dia lelaki, suami Mona Supandi. Kamu terlalu banyak soal," perempuan itu mula marah dan merasa bosan dengan sikap saya. Pelita minyak tanah terus menyala lemah.

Rahsia yang amat berharga sudah saya perolehi. Tetapi, disebalik kejayaan itu saya harus menunggu risiko besar dari mahaguru.

Bila memikirkan hal itu, saya jadi gementar. Mungkin saya terus ditahan dan disuruh menjadi salah seorang anak muridnya.

Kalaulah perkara itu berlaku, makin tipislah harapan saya untuk bertemu datuk.

"Kamu hebat," saya terus memuji.

Perempuan itu tersenyum. Kemarahannya mula berkurangan dan mula memperlihatkan sikap mesra seperti tadi.

Dia sengaja menyelak kain putih nipis hingga ke pangkal paha. Saya telan air liur. Tidak memadai dengan itu, dia cuba membuka kain nipis yang menutup pangkal payudaranya.

"Kamu cuba menggoda dan memperdayakan aku," tanya saya.

Dia anggukkan kepala.

"Agaknya kamu yang membawa aku ke mari?"

"Ya, atas kemahuan Mona Supandi, aku yang memukau kamu hingga khayal, semuanya atas kemahuan Mona Supandi."

"Kamu seorang diri?"

"Aku dibantu oleh orang lain," katanya sambil senyum.

Perempuan itu terus memperagakan bahagian tubuhnya yang di kira boleh membangkitkan rasa ghairah atau yang mampu mengugat jiwa muda.

Mungkin menyedari apa yang dilakukan tidak berjaya menggugat hati saya, perempuan itu terus pergi ke sudut kanan kawasan lapang.

Berdiri di situ untuk beberpa minit. Kemudian dia duduk bersimpuh seperti orang berafakur. Lebih dari sepuluh minit dia berbuat demikian.

ARAHAN

Seperti menerima arahan ghaib, cara mendadak, perempuan itu melompat dan berlari keluar dari kawasan tersebut.

Dia datang semula ke kawasan lapang bersama seorang perempuan dan dua orang lelaki. Orang yang baru masuk disuruh duduk di kiri kanan saya.

"Tungggu sekejap lagi bomoh Mona Supandi datang," kata perempuan itu.

Dia pun segera beredar ke sebelah kiri saya. Dari situ dia bergerak ke kanan sambil meraba dan menolak dinding buluh.

Saya tak tahu kenapa dia berbuat demikian. Barangkali ada sesuatu yang dicarinya. Apa yang pasti perempuan itu menghitung langkah yang diatur.

Bila sampai di bahagian tengah dinding dia berhenti. Mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu.

Dengan gaya seorang pahlawan dia melompat lalu menendang dinding buluh dengan telapak kaki kiri sehingga terkopak. Bagaikan kilat dia meluluskan diri di celah dinding yang terkopak.

Dia menghilang entah ke mana. Semua yang diperlihatkan membuat saya rasa kagum kepadanya.

Belum pun rasa kagum terhadapnya hilang dari hati, perempuan itu menjelma dengan mendadak didepan saya.

Dia muncul dari rekahan (terkopak) dinding buluh dalam keadaan yang sungguh berbeza sekali.

Kalau tadi wajahnya nampak jelita dan menarik tetapi kali ini agak tua sedikit, dalam lingkungan 45-50 tahun. Kedut-kedut di pipinya dapat dikesan.

Paling mengejutkan melihat cara dia berpakaian. Sekujur tubuhnya dibalut dengan pakaian tradisional wanita Acheh yang hampir menyerupai pakaian wanita Perak.

Lengkap dengan baju yang potongannya seakan-akan baju kurung, berselendang, bersamping dan berseluar.

Entah kemana kain tipis yang membalut tubuhnya tadi dicampakkannya. Walau apa pun perempuan itu nampak tangkas.

Gerak langkahnya memperlihatkan ciri-ciri kependekaran seorang wanita.

"Yaaaa..."

Cukup lantang suara perempuan itu menguasai kawasan yang berdinding buluh. Dia berlari ke bahagian tengah kawasan lapang.

Buka langkah sambil melepaskan buah silat sesuka hatinya. Lebih tepat disebut menumbuk angin.

Seronok juga melihat dia bersilat macam orang hilang akal, di bawah cahaya pelita minyak tanah.

Sesuatu yang menarik tentang pakaiannya ialah cantuman tiga warna iaitu warna hitam (dari pinggang hingga ke kaki) manakala warna putih pula dari pinggang hingga ke leher.

Selendang dari sutera kuning dan kain sampingnya warna merah derah. Kain ikat kepalanya warna hijau.

Setelah penat bersilat hingga berpeluh, dia duduk bersila seperti orang bertafakur dengan menundukkan kepala merenung rumput di bumi.

Sepuluh minit kemudian kepalanya diangkat perlahan-lahan hingga lurus. Dan kepalanya di gerakkan ke kanan dan ke kiri secara perlahan tidak ubah seperti orang bersenam.

"Aku cuma ikut perintah."

Setelah menjeritkan kata-kata tersebut dengan lantang, dia pun bangun, berlari dan berdiri di depan saya.

Sepasang anak matanya terpaku di wajah saya. Ternyata perbuatannya itu menimbulkan rasa kurang senang di hati saya. Pelita minyak tanah terus memancarkan sinar yang samar-samar.

"Salam persahabatan," tuturnya lunak.

Perempuan itu hulurkan tangan. Saya keberatan untuk menyambutnya. Air mukanya nampak keruh.

"Kenapa?"

Saya membatu dengan seribu persoalan.

TENANG

"Rupa cantik, sayangnya tak tahu menghormati orang," perempuan itu menyindir penuh sopan.

Dan saya merasakan diri tercabar. Tanpa membuang masa telapak tangannya saya sambut.

"Sekejap lagi mahaguru tiba," katanya dengan tenang.

Telapak tangan saya masih dirangkum erat. Berapa kali tangan saya digoncang hingga sendi terasa sakit.

"Kamu beruntung," telapak tangan saya yang digenggam pun dilepaskan.

"Apa yang saya untung?" desak saya keras.

"Kerana mahaguru mahu jumpa kamu, aku dulu tidak semudah kamu mahu berjumpa dan berguru dengannya."

"Hum... saya tak minat dengan mahaguru awak."

"Tapi dia minat dengan awak," suaranya mula keras dan pergelangan tangan kiri saya disambar dan dipicit hingga rasa sakit.

Saya segera bertindak dengan menepis tangannya. Saya kira, perbuatan itu boleh menimbulkan kemarahan tetapi, dia kelihatan bersahaja dan buat tidak kisah dengan apa yang saya lakukan.

"Kenapa marah?" tanyanya lembut.

Saya tidak menjawab. Sepasang mata saya arahkan ke dada langit. Melihat awan, melihat bintang bertaburan dan bulan yang dilindungi awan.

Angin yang turun membuat sekujur tubuh merasa dingin. Orang yang duduk di kiri kanan saya buat tak kisah dengan apa yang terjadi.

Tetapi, saya yakin mereka mengikuti gerak geri saya dan perempuan itu. Malah mereka mendengar buah butir percakapan kami.

Apakah semua ini sengaja dirancang atau diatur oleh perempuan tersebut dengan maksud supaya orang yang duduk di kiri kanan saya tahu peranannya sebagai orang perantaraan penting antara murid dengan mahaguru.

Tiba-tiba perempuan di depan saya mengeluh kecil. Dia membuka langkah silat dan menumbuk angin ke kiri dan ke kanan.

Mukanya dirayapi peluh-peluh halus. Dengan hujung lengan baju perempuan itu mengesat peluh dimuka. Sepasang matanya masih merenung tajam ke wajah saya.

"Aku ada rancangan untuk kamu."

"Rancangan apa?" soal saya keras.

"Bila aku balik ke Tanah Melayu nanti, aku nak minta kebenaran dari mahaguru supaya kamu ikut aku dan jadi orang kanan aku. Jadi orang suruhan aku," satu pernyataan yang amat mengejutkan dari perempuan tersebut. Saya mengigit bibir dan terus membisu.

"Kamu setuju," dia minta kepastian.

Saya tetap membisu.

"Kalau diam tandanya setuju," dia menjerat saya.

Suaranya lembut dan saya terus diburu keresahan. Suasana sekitar terasa sepi. Cuma yang terdengar bunyi tarikan dan lepasan nafas dari kami yang berada di situ.

"Hum... kamu dari Tanah Melayu?" saya menyoal.

Dia anggukkan kepala.

"Dari negeri mana?"

"Kedah," jawapnya pendek.

"Kedah tu luas, kampung mana dan daerah mana,"

"Tak payah sebut nama kampung. Cukup kalau disebutkan di kawasan Changlon."

"Dah dekat sempadan Siam."

"Betul, saya ni darah campuran Siam. Bapak orang Melayu Kedah. Emak orang Siam. Walaupun dah masuk Islam, emak tetap mengamalkan agama asalnya dalam hal-hal tertentu."

"Pelik," keluh saya perlahan.

Perempuan itu melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Barangkali dia dapat menangkap keraguan yang bersarang dalam dada saya.

"Kedua orang tua saya taat sembahyang," katanya dengan tiba-tiba.

Saya hanya anggukkan kepala. Apa sudah jadi dengan ibunya? Tanya batin saya. Sudah menganut agama Islam, melakukan solat tetapi masih mengamalkan agama asalnya.

Sudah nyata, dia tidak mengenal agama Islam secara mendalam. Saya membuat kesimpulan.

Dalam sinar lampu minyak tanah yang samar-samar itu saya jelingkan ekor mata ke arah kepala manusia yang tertonggok di kiri kanan saya.

"Mahu kamu jadi orang kanan aku?" tanyanya serius.

Saya gelengkan kepala.

"Kenapa?"

"Kerana tak mahu subahat untuk buat kerja-kerja maksiat."

"Cisss kamu..."

Perempuan itu genggam penumbuk. Menghentakkan kaki kanannya ke bumi beberapa kali.

Biji Matanya dijegilkan ke arah saya, membayangkan kemarahan yang amat sangat.

Saya senyum sambil merenung kearah barisan pelita minyak tanah yang bagaikan memagari seluruh kawasan. Cahayanya tetap memancar suram.

"Kalau kamu tak mahu ikut, aku gunakan kekerasan," perempuan itu mula mengugut.

Saya menggelabah dan amat cemas kembali. Renung kiri melihat kepala perempuan dan toleh ke kanan menatap kepala dua orang lelaki yang duduk bagaikan tunggul buruk.

Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Perlahan-lahan saya angkat kepala, merenung ke depan. Ada kelibat manusia masuk ke ruang terbuka.

"Ada orang datang," kata saya.

Secepat kilta perempuan di depan saya berpusing, menghalakan wajahnya ke arah tetamu yang datang untuk beberapa saat.

Perempuan itu memusingkan tubuhnya kembali ke arah saya. Kami bertentang wajah.

"Kerana kamu, aku lupa menantinya di muka pintu. Kamu memang sial," saya diherdik.

Belum pun sempat saya menyatakan sesuatu, perempuan itu meninggalkan saya. Dia terus melangkah menuju ke arah tetamu yang menanti di muka pintu.

Lebih kurang dalam jarak sepuluh kaki mahu sampai kepada tetamu, si perempuan itu berhenti melangkah.

Dia tundukkan kepala, kemudian melutut di depan tetamu. Salah seorang lelaki yang duduk macam batu di sebelah saya segera bangun.

Dia pergi ke satu sudut gelap dan muncul kembali dengan jamung di tangan. Dia berlari ke setiap sudut kawasan. Dia terus membakar sumbu jamung yang tersedia di situ.

Api jamung dan pelita minyak tanah berpadu menerangi seluruh kawasan. Bila tugasnya selesai, lelaki itu kembali duduk membatu di tempat asalnya.

Mata saya masih tertumpu ke arah tetamu yang berdiri di muka pintu. Tetamu lelaki mendekati perempuan yang sedang melutut di depannya.

Ubun-ubun perempuan itu di jamahnya dengan telapak tangan kiri. Di gosok dua tiga kali dan sehelai anak rambut di pelipis kiri perempuan itu dicabut, lalu ditiup. Hilang entah kemana.

"Sudah selesaikah mahaguru," perempuan yang berlutut bersuara.

"Sudah, anak muridku."

Perempuan yang melutut segera bangun. Pada masa itu terdengar suara burung KWANG-KWEK, berselang seli dengan suara BURUNG HANTU bersahut-sahutan.

Sayup-sayup terdengar lolongan anjing liar, mungkin juga suara SERIGALA di kaki bukit.

"Silakan masuk mahaguru."

TETAMU

Sepasang tetamu segera melangkah menuju ke tempat yang letaknya tidak jauh dari batang balak yang sudah siap ditarah.

Tetamu lelaki duduk di bangku (sebenarnya tunggul kayu yang ditarah mengikut bentuk kerusi) yang di alaskan dengan kain dua warna iaitu hijau dan kuning.

Tetamu wanita duduk atas simen di sebelah kiri tetamu lelaki. Perempuan yang menyambut kedatangan sepasang tetamu tetap berdiri penuh sopan di depan tetamu lelaki (mahaguru) yang memakai kemeja lengan panjang berwarna kuning.

Seluar dari kain sutera warna hijau dan kain samping warna merah hati. Kain warna putih melilit kepala. Bahagian tengah kepala yang tidak ditumbuhi rambut nampak berkilat.

Manakala tetamu wanita pula memakai serba kuning. Kain ikat kepalanya warna hitam yang disulam dengan manik, disusun dan diatur dengan rapi sekali.

"Ada murid baru?"

"Tak ada mahaguru. Cuma yang ada tetamu mahaguru."

"Tak apa, biarkan tetamu aku di situ, kita selesaikan perkara yang sudah kita atur," mahaguru (tetamu) bersuara sambil membetulkan duduknya.

Kaki kiri diangkat lalu diletakkan atas paha kanan. Jari jemari kanannya memicit-micit pangkal dagunya beberapa kali.

"Sekarang apa yang harus kita selesaikan dulu," mahaguru mengajukan pertanyaan kepada perempuan suruhan dengan nada suara yang lembut.

Teman wanita (isterinya) mahaguru nampak resah, macam sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa bertanya lagi, bukankah ada murid yang mahu ditauliahkan," sampuk teman wanita mahaguru dalam nada suara yang agak meninggi.

"Betul cakap orang kanan mahaguru," sahut orang suruhan.

"Hum, aku terlupa," mahaguru garu pipi kiri.

"Mereka yang sudah lama belajar mesti ditauliahkan sebelum mereka balik ke kampung," sambung mahaguru.

Dia pun bangun untuk beberapa minit, kemudian duduk semula sambil merenung ke arah perempuan yang berdiri di depannya.

"Apa mereka sudah bersedia?"

"Sudah mahaguru," jawap perempuan suruhan sambil merenung ke arah dua orang lelaki dan seorang perempuan.

"Bagus, suruh mereka berdiri. Kamu isikan baldi hijau dengan darah dan bawa ke mari."

"Baik mahaguru," sahut perempuan sambil berpusing membelakangi mahaguru.

Dia melangkah tiga tapak ke depan dan berhenti serta memusingkan badan ke arah mahaguru. Mereka bertentang wajah.

Mahaguru menegakkan jari telunjuknya. Perempuan suruhan segera membelakangi mahaguru.

TEGAK

"Orang yang tamat pengajian dan mahu di tauliahkan, diminta bangun untuk menerima perintah," suara perempuan suruhan cukup lantang.

Dan tiga manusia yang dimaksudkan oleh perempuan suruhan bangun dengan pantas sekali. Berdiri tegak macam patung. Semuanya dalam keadaan berpeluk tubuh.

Mahaguru tepuk tangan dua kali berturut-turut. Perempuan suruhan segera ambil baldi hijau dan dia segera menyusup di celah-celah dinding buluh.

Sementara menanti perempuan suruhan membawa baldi berisi darah tiba, manusia yang dipanggil mahaguru terus bertafakur di tempatnya.

Manakala orang kanannya terus memintal hujung rambut. Sepasang matanya yang tajam menyorot ke arah saya. Sudah tentu perbuatannya itu tidak saya senangi.

Cara yang paling baik dilakukan ialah mengelakkan wajah saya jadi sasaran matanya. Saya tunduk merenung tanah.

Suasana sekitar terus di peluk sepi yang memanjang. Cuma yang terdengar bunyi deru angin dan bunyi cengkerik yang melata di bumi.

Bila saya dongak ke langit, terlihat awan nipis bersama kerdipan bintang. Berdasarkan kepada gerakan awan dan bentuknya yang menipis, saya dapat mengagak waktu itu sudah dinihari benar. Sudah menjangkau ke pukul tiga pagi.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 160/284

BACA: SBDJ Siri 159: Terpenjara Di Ruang Mayat
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Penyebar Berita Palsu Adalah Pembohong Kerana Bersubahat, Fikir Dan Fahami Sebelum Kongsi

Penyebar Berita Palsu Adalah Pembohong Kerana Bersubahat, Fikir Dan Fahami Sebelum Kongsi

Fitnah serta melagakan-lagakan orang adalah 'penyakit' yang cukup berat kerana ia termasuk dalam kategori dosa besar dan ijmak ulama mengatakan penyakit itu haram berdasarkan dalil di dalam al-Quran.

Penyebar Berita Palsu

"Dan janganlah engkau (berkisar daripada pendirianmu yang benar dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapat dan amalannya), pindah percakapan orang kerana untuk merosakkan orang. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah-belahkan orang ramai)." Surah al-Qalam, ayat 10-11

Untuk bertaubat dengan melakukan dosa itu bukannya satu perkara mudah. Mampukah kita berjumpa dan memohon maaf kepada setiap orang yang diumpat atau difitnah itu?

Sehubungan itu, wajib bagi setiap Muslim meneliti kesahihan setiap berita diterima supaya ia tidak menjadi bahan fitnah serta tidak bersekongkol melakukan dosa besar itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." Surah al-Hujurat, ayat 6

Apabila mengumpat atau menyebarkan fitnah sudah menjadi amalan, dibimbangi pelakunya akan merasakan satu kepuasan apabila dapat bercerita perihal dan aib orang lain.

Di dalam kitab Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali menjelaskan, membocorkan rahsia orang lain serta menjejaskan kehormatan diri orang itu dengan cara membuka rahsianya dianggap perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?

"Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah SWT seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain." Surah al-Hujurat, ayat 12

Rahsia seseorang itu pada mulanya tersembunyi, tetapi ada pula yang mendedahkannya.

Sebaiknya, setiap orang perlu diam terhadap apa yang dilihatnya kecuali perkara yang dapat menguntungkan golongan Muslimin atau untuk menolak dosa dan maksiat yang dilakukan orang itu.

Imam al-Ghazali di dalam kitab lain turut menyenaraikan enam adab yang perlu dilakukan ketika menerima berita fitnah:
  • Pertama, jangan mudah percaya kerana pemfitnah itu hanya menghilangkan kebenaran.
  • Kedua, melarang dan menasihati keburukan perilaku orang membawa berita fitnah itu supaya berhenti memfitnah kerana perbuatannya itu mengundang dosa besar selain tidak mahu bersekongkol dengannya.
  • Ketiga, membenci perbuatan pembawa fitnah itu kerana Allah SWT.
  • Keempat, jangan berprasangka buruk (suudzon) kepada orang yang diberitakan itu.
  • Kelima, jangan ikut menyebarkan fitnah serta menjadi pengintip dengan membuka rahsia orang lain.
  • Keenam, jangan setuju dengan fitnah yang terlarang itu dan jangan menceritakannya.

Zaman Fitnah

Pada zaman sekarang semakin bertambah 'alat' yang boleh menyebabkan fitnah semakin menjadi parah.

Penggunaan laman sosial contohnya, ia boleh memberikan pahala atau dosa sekiranya digunakan sebaiknya atau disalah guna.

Kewujudan pelbagai laman sosial menjadi medium penyebaran apa saja maklumat sama ada ia benar atau salah.

Barangkali ada yang berkata dia tidak bersalah dan hanya menyampaikan berita 'dari group sebelah'.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Cukuplah pembohongan seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar." (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan bagaimana dosa itu bukan di atas bahu orang yang mencipta berita palsu, tetapi dosa juga merangkumi orang yang menyampaikan atau menyebar tanpa usul periksa semua berita yang dia lihat tanpa diselidiki kebenarannya, sama ada benar atau palsu.

Perkara ini sangat biasa berlaku dalam grup WhatsApp dan Facebook ciptaan Yahudi saat ini.

Golongan yang menyampaikan berita palsu dianggap sebagai pembohong kerana bersubahat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Wednesday, June 24, 2020

Buat Tun Mahathir, 'Don't Overstay Your Welcome'

Buat Tun Mahathir, 'Don't Overstay Your Welcome'

Don't overstay your welcome, demikian kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika kehangatan musim pertandingan antara Anwar Ibrahim dengan Tun Ghafar Baba (kini arwah) bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Don't Overstay Your Welcome

Tun Mahathir melafazkan kata-kata tersebut di Kuala Terengganu yang dipercayai ditujukan kepada Tun Ghafar yang ketika itu juga adalah Timbalan Perdana Menteri.

Berikutan kata-kata tersebut, pencalonan untuk Anwar mencanak-canak naiknya, sementara pencalonan untuk Tun Ghafar terus ketinggalan jauh di belakang.

Walaupun difahami oleh semua orang bahawa ungkapan pedih itu ditujukan kepada Tun Ghafar, tetapi Tun Mahathir tidak pernah mengia atau menafikannya sehingga kata-kata tersebut didendangkan dengan meluas sebagai gambaran Tun Ghafar tidak diperlukan lagi di dalam parti dan kerajaan.

Sebagai seorang yang berjiwa besar, walaupun tidak bersekolah tinggi, Tun Ghafar akhirnya mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tujuan Tun Ghafar berbuat demikian adalah untuk memudahkan Tun Mahathir mentadbir parti dan kerajaan dengan bebas berdasarkan kehendaknya selepas itu.

Susulan itu, Anwar telah diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Bagi kebanyakan orang yang mengikuti perjalanan politik dan sumbangan Tun Ghafar, terutama dalam menstabilkan parti berikutan perletakan jawatan Tun Musa Hitam pada 1986, pertandingan 1987 serta berbagai krisis lainnya dalam negara, tindakan Tun Mahathir mengucapkan kata-kata demikian dilihat tidak wajar sama sekali.

Beliau seolah-olah tidak menghargai, malah tidak mengenang sama sekali jasa serta sumbangan Tun Ghafar terhadapnya.

Hari ini, setelah 27 tahun berlalu, apa yang diucapkan Tun Mahathir kepada Tun Ghafar itu sebiji terkena kepada dirinya.

Di dalam PH, beliau jelas tidak diperlukan lagi, tetapi tetap bersungguh-sungguh mahu jadi Perdana Menteri lagi buat kali ketiga.

Anwar yang merupakan Pengerusi PH dan Presiden PKR telah secara mutlak menolak hasrat Tun Mahathir yang mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.

Di dalam Bersatu pula, beliau telah terbuang dan terlucut kedudukannya sebagai Pengerusi parti tersebut.

Dalam kelompok rakyat pelbagai kaum di seluruh negara, rata-rata telah menolak Tun Mahathir untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri, bukan saja kerana beliau telah dua kali menduduki jawatan tersebut, malah disebabkan usia tuanya sudah mencecah 95 tahun.

Manakala budak-budak sekolah, apabila mereka terdengar perbualan yang menyebut nama Tun Mahathir, spontan ada yang bertanya, "Bila lagi Atuk ni mahu berhenti?"

Kepada Tun Mahathir – don't overstay your welcome – isyarat yang sepatutnya beliau berundur sudah sangat jelas sekarang ini, bahkan lebih jelas daripada apa yang dialami oleh Tun Ghafar pada 1993 dahulu.

Kalau Tun Ghafar boleh berjiwa besar untuk berundur, apakah Tun Mahathir lebih memilih untuk "berjiwa tikus", walaupun berpendidikan lebih tinggi daripada arwah?

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudindotcom

SBDJ Siri 159: Terpenjara Di Ruang Mayat

SBDJ Siri 159: Terpenjara Di Ruang Mayat

Dalam rasa cemas yang tidak bertepi itu, saya hanya mampu melihat si jubah kuning mundar mandir di depan sesuka hati. Adakalanya dia membongkok dengan kedua belah tangannya menjamah bumi. Pergerakan ke depan dan ke belakang macam orang merangkak.

SBDJ siri 139

Bila penat dia terus berdiri lalu melepaskan nafas. Bunyinya macam nafas kerbau jantan melihat punggung kerbau betina.

"Sekarang," pekiknya sekuat hati.

Aneh dia tidak menyambung kata-kata tersebut. Si jubah kuning renung kiri, renung kanan dan terus memetik ibu jarinya tiga kali berturut.

Tidak lama kemudian saya terdengar suara harimau jantan menguap yang jumlahnya lebih dari lima ekor.

"Kenapa tak sambung cakap," tanya saya pura-pura berani.

Si jubah kuning terus ketawa dan melompat di paras ketinggian lebih dari lima kaki. Bila dia selesai melakukan semuanya itu, suasana kembali sunyi dan sepi.

Saya ambil kesempatan dongakkan kepala untuk melihat bintang di langit.

"Sekarang aku mahu menunaikan hajat kamu," suara si jubah kuning terdengar amat lemah sekali.

Macam tadi juga, dia tidak meneruskan kata-katanya. Cuma yang kedengaran bunyi nafasnya yang tercungap-cungap, seolah-olah macam memikul benda yang amat berat sekali.

"Kamu boleh tengok," sambungnya.

"Dengan sepuas-puasnya apa yang ada pada aku, tumpukan mata hati dan pancaindera kamu pada tubuh aku. Jika ada perkara lain yang kamu fikirkan dalam otak kamu, buruk padahnya. Kamu akan binasa, " suaranya parau dan garang.

Dia terus bergerak di depan saya, macam harimau jantan yang lapar. Dia berhenti, betul-betul di depan saya. Matanya renung muka saya yang pucat.

"Hummmm..." dia mendengus sambil telapak tangan kanannya memukul muka bumi.

Sepasang biji mata saya tidak berganjak dari menikam sekujur tubuhnya.

"Renung dan kamu jangan terkejut, jangan menjerit," si jubah kuning mengingatkan saya.

"Iyaa..." sahut saya seraya anggukkan kepala.

Dengan perlahan-lahan dia membuka jubah kuning, lalu dihumban ke sebelah kanan saya. Bau jubah itu.

Macam bau bangkai anjing yang sudah pecah perut. Bau busuk itu terpaksa saya hidu.

Lagi sekali saya mengalami kejutan, saya kira setelah jubah kuningnya dibuka saya dapat melihat kulit tubuhnya. Harapan saya tidak menjadi kenyataan.

Tubuhnya masih dibalut dengan kain putih dari kaki hingga ke paras leher. Tidak ubah seperti tubuh yang dibalut dengan kain kafan. Kepala dan mukanya masih diselubungi dengan kain hitam tebal.

"Jangan cemas tau," dia mengingatkan saya lagi.

"Tidak," jawap saya dalam hati.

"Bagus," dia terus anggukkan kepala.

Si jubah kuning mula memusingkan tubuhnya yang berbalut dengan kain putih. Mula mula perlahan-lahan kemudian terus ligat.

Saya jadi pening melihatnya dan dari arah kiri kanan terdengar suara harimau menderam. Saya terus pejamkan mata.

Bila saya bukakan mata, orang itu sudah berhenti dari berpusing. Malah suara harimau menderam juga turut hilang.

"Gggggg... Hmmmmmmmm..." bergema suara itu dari mulut orang di depan saya.

Serentak dengan itu cebisan kain putih (yang membalut tubuhnya) jatuh satu persatu, tidak ubah macam gugurnya kelopak jantung pisang dari induknya.

Bila semua kain putih itu tanggal atau lekang dari tubuhnya, saya tergamam tidak terkata. Keadaan dirinya (tubuh) berubah rupa bentuk. Sungguh ganjil dan menakutkan.

Tubuhnya terbahagi dua. Tubuh sebelah kiri, bermula dari kaki hinga ke paras bahu berkeadaan seperti rangka.

Tulang-temulang yang bersambung dengan setiap sendi di tubuh jelas kelihatan. Bercahaya seperti kelip-kelip.

Dari paras tengkuk ke atas (bahagian kepala) tidak dapat dipastikan keadaannya kerana masih diselubungi kain hitam.

BELANG

Keadaan tubuh di sebelah kanan pula, tidak ubah macam badan harimau. Berbulu tebal dengan belang yang terang, malah senjata sulitnya (separuh) seperti kemaluan harimau.

Manakala separuh lagi (sebelah kiri) kelihatan seperti sepotong kayu yang sudah reput. Bersisik macam sisik buaya dan mengeluarkan bau hapak.

Tubuh ganjil itu berpusing-pusing perlahan-lahan memperlihatkan bahagian tepi dan belakang tubuh.

Di bahagian punggung tumbuh ekor harimau (sebelah) bergerak dan mengibas-ngibas ke arah api jamung.

Akibatnya, api jamung padam hanya untuk beberapa saat saja. Kemudian api jamung marak kembali.

Bila orang bertubuh ganjil itu yakin yang saya sudah melihat bahagian tepi dan belakang tubuhnya, dia kembali berdiri dengan keadaan asal menghadapi saya.

Pelbagai helah saya lakukan agar biji mata saya tidak tertumpu ke arah tubuh manusia ganjil itu (sebelah berbadan harimau dan sebelah lagi berangka manusia) dan ternyata usaha saya gagal.

Semasa tulang-tulang telapak tangan bercantum dengan telapak kaki harimau, kedengaran bunyi suara orang mengilai panjang. Sungguh menyeramkan.

Api jamung tiba-tiba terus padam. Keadaan sekitar terus gelap gelita. Telinga saya menangkap bunyi telapak kaki orang bergerak ke arah kanan. Saya kira itu adalah telapak kaki si jubah kuning.

Dari sebelah kiri pula terdengar bunyi hembusan nafas yang dituruti dengan bunyi telapak kaki harimau, bergerak dari hujung kaki hingga hujung kepala berulangkali.

Memang tiada daya saya untuk melawan semuanya itu. Hanya pasrah pada Allah.

Tanpa disangka-sangka, api jamung menyala kembali. Mata kembali tertumbuk ke arah lembaga yang tertonggok di depan. Tulang jari-jemari kirinya tidak lagi bercantum dengan kulit kaki harimau belang.

"Husss..." manusia aneh di depan bersuara.

Saya lihat tangan (cuma tulang) kirinya bergerak ke arah kepalanya yang berselubung dengan kain hitam. Dengan sekelip mata kain hitam itu direntap.

Perbuatan yang sama diulanginya, kain yang menutup kepala dan wajahnya di campakkan ke arah saya.

Nasib baik tidak menghempap muka, kain itu jatuh betul-betul di depan saya dalam jarak dua kaki lebih.

Dengan pertolongan cahaya api jamung, saya dapat melihat keping-keping daging manusia melekat pada kain tersebut.

Daging itu mengeluarkan ulat sebesar ulat nangka, melompat ke mana saja dan baunya tidak terkata. Pada kain itu juga terdapat tompok-tompok darah dan nanah.

"Hei Tamar, jangan renung kain. Renung orang di depan kamu. Dia berusaha menunaikan apa yang kami ingin."

Ada suara ghaib, halus gemersik menusuk lubang telinga kiri saya. Sama ada mahu atau tidak, arahan itu terpaksa saya patuhi.

Apa yang saya lihat selanjutnya, cukup mendebarkan. Dua tiga kali, saya pejam celikkan kelopak mata.

Pandangan saya memang tidak silap lagi. Si jubah kuning wajahnya memang menakutkan. Sebelah kiri, tidak berkulit dan tidak berisi.

Cuma yang ada tulang-temulang pipi yang putih menonjol ke depan. Manakala sebelah kanan pula seperti muka harimau.

Saya tidak sanggup merenung muka sebelah kiri yang sunggguh menakutkan. Dari bahagian mata yang berlubang bermunculan cacing tanah hingga ke hujung tulang dagu. Darah bercampur nanah mengalir ditulang pipi dan dagu.

Bila merenung muka sebelah kanan, rasa takut berkurangan tetapi, rasa cemas tetap ada. Lidah harimau yang terjelir bergerak ke kiri dan ke kanan, sesekali lidah merah itu menyentuh misai.

Matanya (sebelah) tetap merenung garang ke arah saya. Telinganya (sudah tentu sebelah) bergerak lemah ke arah tengkuk.

Bila si harimau itu menguap, gigi dan taringnya jelas kelihatan. Saya kecut perut. Dengan telapak kaki, si harimau menyapu muka, macam kucing yang berada di depan pintu.

TUBUH

Walaupun mempunyai muka separuh, si harimau mampu mengeluarkan suara yang kuat.

Bergema seluruh kawasan hutan mengejutkan unggas yang sedang tidur malam di dahan pokok.

Saya kira, kalau si belang itu menerkam dan menampar muka saya dengan telapak kakinya, sudah pasti daging pipi saya lekat di kukunya.

Saya tidak dapat membayangkan bagaimana kesakitan yang saya alami.

Sebelum sesuatu yang buruk terjadi, ada baiknya saya memikirkan ke arah mana saya harus bergerak, mengelakkan tubuh jadi sasaran harimau.

Di bawah sinar api jamung itu, saya renung ke kiri dan ke kanan. Pandangan saya jatuh sebelah kanan.

Ada kawasan lapang yang tidak banyak ditumbuhi pepokok yang berbatang keras. Dan saya memutuskan untuk menggolekkan batang tubuh saya ke kawasan tersebut bila di terkam harimau yang berbadan sebelah itu.

Sebagai persiapan, saya cuba memperbetulkan kedudukan tubuh supaya senang saya bergerak.

"Jangan takut, tidak ada apa yang boleh ganggu kamu," terdengar suara halus gemersik dibawa angin. Tidak pasti dari arah mana suara itu datang.

"Apa yang kamu hajati sudah ditunaikan."

Kerana suara itu datang dari arah kiri, saya pun cuba menoleh ke kiri tetapi tidak berjaya. Saya renung lembaga yang terpacak di depan. Mulut harimau dan mulut rangka nampak bergerak-gerak.

Saya segera membuat kesimpulan, suara yang didengar sebentar tadi datangnya dari lembaga (si jubah kuning) yang terpacak kaki di depan.

"Kamu sudah puas sekarang?"

Kali ini, tidak perlu mencari dari arah mana suara itu datang. Apa yang perlu dilakukan ialah menjawap pertanyaan tersebut.

Saya anggukkan kepala lalu dituruti dengan menutupkan kedua belah kelopak mata yang membawa maksud saya puas hati dan bahagia.

Selesai saja melakukan semuanya itu, terdengar orang ketawa berdekah-dekah dari setiap sudut.

Mula-mula suara ketawa itu lemah dan perlahan dalam tempoh beberapa detik saja bertukar menjadi kuat dan keras hingga anak telinga terasa bingit membuat saraf dalam otak saya bergegar.

Kepala terasa berpusing pusing dan sakit. Tempurung kepala bagaikan mahu pecah. Dan pada saat itu juga terasa ada sesuatu yang memukul pangkal leher.

Pandangan berpinar dan berbintang, kemudian menjadi gelap dan saya tidak tahu apa yang terjadi selanjutnya.

Berapa lama saya berkeadaan demikian? Tidak dapat saya pastikan. Apa yang nyata, setelah pandangan yang gelap itu berakhir, suasana sekitar terasa sunyi. Semuanya terasa kosong.

Tubuh saya terasa mengecut dan terangkat dari permukaan bumi secara perlahan-lahan. Makin lama makin tinggi dan terus terawang-awangan di angkasa yang luas.

Saya pun dibawa mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang asing serta dihadapkan dengan sungai yang luas.

Di tunjukkan kawasan yang terbakar dengan api yang marak menjulang ke langit. Dibawa ke kawasan pergunungan dan bukit bukau.

Saya hanya boleh melihat tetapi saya tidak boleh bersuara untuk membantah. Saya seperti berada dalam dunia khayalan yang tiada bertepi.

Tubuh saya terus terbuai-buai tanpa tujuan dan arah tertentu di udara. Dan tubuh yang terbuai bagaikan direntap oleh tenaga ghaib dari bawah. Akibatnya tubuh jatuh atas benda yang keras.

Seluruh badan terasa sakit. Kulit bagaikan terkoyak dan daging terasa seperti hancur. Sakitnya bukan kepalang dan tubuh yang mengecut kembali normal.

Perlahan-lahan kelopak mata dibuka.

"Di mana aku berada sekarang?" muncul pertanyaan dalam hati.

Setelah melihat keadaan sekitar barulah saya mengerti yang diri saya berada di ruang sebuah rumah.

Kelopak mata saya rapatkan kembali. Saya pura-pura pengsan, terdengar bunyi suara orang bercakap yang jumlahnya lebih dari seorang.

Sebenarnya saya sudah berusaha untuk bangun, tetapi tidak berhasil. Tubuh seperti ditindih benda berat.

Suara orang bercakap itu makin lama makin perlahan dan akhirnya terus lenyap dan diganti dengan bunyi tapak kaki orang sedang berjalan dalam jumlah yang ramai.

Kelopak mata segera saya buka, tidak ada manusia di depan saya. Apa yang terbentang ialah ruang rumah yang besar dan boleh memuatkan lebih dari tiga ratus tetamu.

Dalam ruang yang luas itu terdapat sepulah buah lampu gasolin tergantung di siling memancarkan cahaya yang cukup untuk menerangi seluruh sudut ruang.

Kerana tidak ada sesuatu yang ganjil dan aneh di situ, kelopak mata saya rapatkan kembali. Entah mengapa, sepasang kelopak mata ini terasa amat berat sekali. Terasa mahu pejam saja.

Lagi sekali saya mengalami kejutan. Dari sebelah kanan saya mula terdengar suara orang berzikir yang di selang seli dengan suara orang berkasidah dan marhaban.

Suara lelaki dan perempuan terus berpadu merdu membuat saya seperti berkhayal. Kelopak mata saya koyakkan semula, suara orang berzikir, berkasidah dan marhaban terus hilang. Semuanya membuat saya lemas.

MAYAT

Dalam keadaan yang tertekan, saya menarik dan melepaskan nafas. Saya hanya pasrah pada pada keadaan. Kalau takdirnya saya harus menjadi mayat, saya terima.

Saya kehabisan daya dan tenaga untuk lari dari cengkaman penyeksaan yang saya sendiri tidak tahu bilakah akan berakhir.

Macam tadi juga, perbuatan yang sama saya ulangi iaitu memejamkan kedua belah kelopak mata.

Suara orang berzikir, berkasidah dan marhaban bergema kembali dalam lubang telinga tetapi kali ini ada kelainan sedikit.

Ada suara orang menangis dan meraung sambil memukul-mukul dinding dan lantai rumah.

Bila suara itu berhenti segera diganti dengan suara orang yang marah-marah. Dituruti dengan bunyi langkah orang belajar bersilat.

Mereka mengunakan senjata. Bunyi keris dan pedang berlaga sesama sendiri jelas kedengaran.

Semuanya membuat saya hilang semangat. Sentiasa berada dalam ketakutan, kecemasan yang memanjang.

"Ada orang?"

"Siapa orangnya ?"

"Entah tak kenal. Agaknya tetamu baru nak belajar ilmu."

Dialog dua orang lelaki dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya. Seorang bersuara parau dan satu lagi suaranya cukup lantang. Mata saya rapatkan kembali.

"Kamu berdua banyak cakap. Dia bukan pelajar baru. Bawa dia ke tanah lapang," terdengar perintah dari seorang perempuan.

"Bawa sekarang?" tanya salah seorang dari orang yang menerima perintah.

"Tunggu sampai embun jantan turun baru angkat tetapi, jangan sampai kokok ayam pertama," terdengar lagi suara perempuan mengeluarkan arahan.

"Baik puan," jawap yang menerima perintah penuh hormat.

Suasana kembali sepi dan hening. Andainya ada sebatang jarum jatuh pasti boleh dapat dikesan.

Suasana sepi tidak lama. Saya kira dalam tempoh tidak sampai lima minit terdengar bunyi orang berjalan perlahan-lahan dan teratur lalu di sisi saya.

Kali ini, saya tidak mahu membuka kelopak mata untuk melihat apa yang terjadi kerana hasilnya sudah sedia maklum.

Rasa dingin mula menguasai sekujur tubuh. Memang diharapkan kedinginan itu akan membuatkan saya mengantuk dan seterusnya tidur.

Saya kira bila dapat tidur dengan nyenyak semua masalah yang dihadapi akan hilang untuk sementara waktu.

Begitulah, di tengah harapan antara mahu tidur dengan tidak. Tubuh saya seperti di angkat serta diusung ke satu arah tertentu.

Dan kali ini, saya tidak rela kelopak mata saya tertutup rapat. Saya buka dengan seluas-luasnya.

Memang benar, saya diusung oleh tiga lelaki berwajah lembut, bermisai tebal macam misai panglima perang zaman dahulu.

"Saya mahu dibawa ke mana?" tanya saya pada lelaki yang memangku bahagian kepala.

"Tak tahu," jawapnya lembut.

"Kami hanya menjalankan perintah mahaguru," jawab yang mengampu bahagian pinggang saya.

"Huh.. awak tak usah bimbang. Awak tak akan di apa-apakan. Percayalah cakap saya," sahut yang berada di bahagian kaki.

Dan saya tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lagi. Malah merelakan diri saya dibawa ke mana-mana.

Saya juga memutuskan tidak mahu merapatkan kedua belah kelopak mata. Saya mahu menyaksikan apa yang bakal mereka lakukan kepada saya.

Apa yang pasti, keadaaan diri dan perasaan saya kini agak stabil. Tidak berasa seperti berada dalam dunia khayalan. Saya boleh berfikir dan dapat mengingati ayat ayat Quran yang selalu saya ucapkan.

Mungkin kuasa sihir yang dikenakan kepada saya sudah hilang kuasanya. Tenaga yang hilang terasa sudah kembali.

Memang terasa tidak selesa bila diusung, pergerakan tubuh badan bagaikan terhad. Tidak mengapa asalkan mata boleh memandang keadaan sekitar.

Saya dibawa melintasi sebuah ruang yang terdapat pengusung mayat, pencebak, cangkul dan pungkis. Diruang itu juga terdapat tempat untuk mandi dan mengkafankan mayat.

Keranda mayat di selimutkan dengan kain hijau yang ditulis dengan ayat-ayat Quran dengan warna putih, tertegun di sudut ruang tersebut. Semuanya membuatkan bulu tengkuk saya meremang.

Saya juga terlihat longgokan kain putih yang ada kesan tompok darah. Tidak dapat dipastikan, sama ada darah manusia atau darah binatang. Bau kemenyan terus menyumbang lubang hidung.

Setelah melintasi ruang mayat, saya terus diusung melalui kawasan tanah lapang yang gondol.

Bahagian pinggir tanah lapang ditanam dengan pokok pandan dan bunga sedap malam.

Bau bunga yang harum semerbak itu sungguh mempersonakan. Saya terus juga diusung memasuki ruang sebuah rumah yang dindingnya dari buluh kuning tidak dibelah.

Buluh kuning sebesar ibu jari kaki orang dewasa disusun dengan begitu rapi sekali. Lantainya dibuat dari buluh kuning dan tikarnya dari mengkuang hijau.

Terdapat tidak kurang dari dua orang lelaki dan perempuan memenuhi ruang. Mereka duduk berselang seli.

Semuanya diam membatu tetapi, semua biji mata tertumbuk ke arah batang tubuh yang sedang diusung.

Dari sebelah kanan terdengar bunyi orang menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tidak lama kemudian orang yang duduk membatu, mula berzikir dengan penuh khusyuk.

BERZIKIR

Tanpa apa-apa isyarat atau pemberitahuan, saya terus diletakkan ditengah-tengah orang yang sedang berzikir itu.

Tiga lelaki yang mengusung saya terus menghilangkan diri entah kemana. Dengan perlahan-lahan saya duduk bersila.

Wajah-wajah asing di sekeliling terus saya tatap satu persatu. Semua kelopak mata mereka berkeadaan separuh rapat. Mereka berzikir bagaikan orang tidak sedarkan diri.

Kerana kekuatan sudah ada, saya berhasrat mahu berdiri melihat semua kawasan ruang. Mana tahu, saya mungkin berpeluang meluluskan diri.

Saya terus berdiri dan meghentakkan kaki kanan ke lantai dua tiga kali. Tujuan saya berbuat demikian untuk menarik orang yang berzikir supaya berhenti berzikir.

Ternyata apa yang saya lakukan tidak dapat menggugat kekhusyukan mereka. Saya berlari (didepan mereka) di ruang dari kiri ke kanan dua tiga kali sambil menjerit. Perbuatan itu juga tidak dihiraukan.

Inilah peluang saya untuk melarikan diri. Tanpa membuang masa saya menuju ke pintu yang terdedah.

Sebelum keluar daya renung orang yang berzikir dan cahaya lilin yang menerangi ruang. Kira lebih tiga puluh batang lilin di pacakkan di tepi dinding ruang.

Selamat tinggal ruang neraka. Itulah yang bergema dalam hati. Dan badan pun saya pusingkan bersedia untuk keluar dari ruang yang dikuasai oleh orang berzikir.

"Mahu kemana sahabat, kamu tetamu kami," terdengar suara perempuan dari celah-celah dinding bulu.

Saya menggigit bibir, belum pun sempat saya berfikir sesuatu, ruang yang terang bertukar menjadi gelap serta merta.

Tetapi orang berzikir tetap rancak. Kegelapan tidak mengugut mereka. Sebaliknya saya yang tergugat.

"Kamu tetamu kami, datang dijemput dan pulang biarlah kami hantar."

Serentak dengan itu, ruang yang gelap jadi terang benderang. Semua lilin menyala kembali. Saya gementar kembali.

Seorang perempuan dalam lingkungan usia empat puluhan berdiri di depan saya.

"Kerana kamu tetamu kami, tidak elok rasanya membiarkan kamu balik sendirian," kata perempuan itu dengan senyum.

Dia menutup mukanya dengan purdah, macam gadis Iran.

"Kamu mesti bertemu dengan mahaguru, kemudian kamu mesti menjadi anak muridnya. Ujian-ujian yang dibuat secara tak langsung menunjukkan kamu, memang seorang yang berani. Sebanyak sedikit dada kamu berisi dengan ilmu," lanjut perempuan itu.

Apa yang menarik tentang perempuan yang terpacak di depan saya ini? Walau pun dia memakai purdah tetapi, baju dan kain yang dipakainya agak jarang.

Susuk tubuhnya yang berkulit putih jelas kelihatan. Dia memakai serba hitam. Suara orang berzikir yang diselang-selang dengan tangisan terus menguasai ruang.

Saya tersentak, bila perempuan itu merentap purdah yang menutup wajahnya.

"Jumpa mahaguru, kamu muda, kamu gagah," tambahnya dengan senyum. Sepasang anak matanya tertumbuk ke arah anak mata saya.

"Jumpa mahaguru ya," ulangnya lagi.

Belum pun sempat saya mengata tidak mahu, dia terus hembuskan angin dari mulut ke muka saya tiga kali berturut-turut.

Ibu jarinya kirinya sengaja ditekankan ke atas kuku ibu jari kanan saya. Perbuatannya itu, membuat saya tidak dapat mengingati hal-hal lain. Saya jadi simpati kepadanya dan bersedia mematuhi cakapnya.

"Untuk kamu."

Perempuan itu menghulurkan bungkusan kecil yang dibalut dengan kain hitam kepada saya. Saya sambut dengan rasa ragu-ragu.

"Buka bungkusan itu dan tukar pakaian kamu." Saya pun akur dengan cakapnya. Tanpa rasa malu saya buka baju dan seluar. Hanya secebis seluar dalam membungkus tempat rahsia.

Perempuan itu terus menelan air liur. Matanya bersinar mengambarkan keresahan dan keghairahan yang mencakar-cakar nafsu berahinya, bila melihat bulu dada dan pangkal paha saya yang ditumbuhi bulu roma yang hitam tebal.

Cukup pantas saya menukar pakaian. Kini saya memakai serba hitam. Malah tanjak yang saya pakai juga hitam. Kasut getah yang dipakai juga warna hitam.

"Baju kamu yang tu lipat baik-baik, bungkus dengan kain hitam dan ikat ke pingang sebelah kiri kamu," lembut sekali suara perempuan itu, penuh manja dan ada unsur-unsur ghairah. Perintahnya saya patuhi.

"Sekarang kamu ikut aku."

"Baik," sahut saya.

Dengan langkah yang teratur, saya mengekorinya hingga sampai ke sebuah kamar yang diterangi dengan beberapa buah pelita minyak tanah.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 159/284

BACA: SBDJ Siri 158: Bertangankan Kaki Harimau
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Ini Jawapan Kenapa Gaji RM3,000 Sebulan Tak Cukup Pada Zaman Sekarang!

Ini Jawapan Kenapa Gaji RM3,000 Sebulan Tak Cukup Pada Zaman Sekarang!

Tidak cukup dipanggil manja dan tidak mampu berdikari, golongan muda zaman sekarang juga sering dibandingkan dengan generasi sebelumnya yang akan bercerita bagaimana mereka mampu hidup pada zaman dahulu hanya dengan berbekalkan gaji serendah RM1,500 sebulan.

Kenapa Gaji Tak Cukup

Namun begitu, perkongsian oleh pengguna Facebook, Ir Abdul Rahman Bahasa di Facebook ini pasti akan membuka mata ramai pihak, terutamanya Kerajaan yang bertanggapan sebegitu sebelum ini dan mengubah persepsi terhadap anak muda pada zaman kini.

Tidak mahu berhujah kosong dengan golongan 'pak cik dan mak cik' yang mengatakan anak-anak muda ini manja dan tidak mampu untuk survive walaupun mendapat gaji sekali ganda tinggi dari mereka.

Beliau membuat kiriman lengkap dengan perbandingan antara gaji dan kos kehidupan pada zaman dahulu dan sekarang.

Abdul Rahman berkata, dia terdetik untuk membuat perbandingan selepas mendengar perbualan antara warga emas yang berbicara mengenai survival hidup ketika sedang membeli nasi lemak.

Berikut adalah perbualan yang didengarinya pada pagi tersebut;

"Hairan aku dengan budak muda sekarang, gaji dah RM3000 pun mengeluh lagi.

"Aku dulu tahun 80-an gaji RM1,500 sahaja, hidup juga. Dapat beli rumah teres, dapat pakai kereta Honda. Dapat juga makan McDonalds. Budak-budak sekarang ni manja sangat!" kongsinya.

Selepas mendengar perbualan tersebut, Abdul Rahman berkata dia terpanggil untuk membuat perbandingan antara gaji yang diterima dan kos kehidupan yang perlu ditanggung oleh anak muda pada zaman sekarang dan mereka yang hidup pada zaman dahulu.

"Betul ke generasi aku ni manja? Ke, kami ni memang tak reti nak survive?

"Bila aku masuk office, aku muhasabah diri fikirkan balik ayat pakcik tu tadi.Mana silapnya?" soalnya.

Melalui perbandingan yang dibuat, pembaca dengan jelas dapat melihat bagaimana harga rumah, kereta dan makanan meningkat berkali ganda daripada zaman 80-an sedangkan gaji yang diterima anak muda pula hanya naik sekali ganda.

"Kalau nak beli rumah teres setingkat di luar Kuala Lumpur. Kena usaha 11 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80-an.

"Kalau nak beli Honda Civic. Kena usaha 8.3 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80-an," luahnya dalam perkongsian tersebut.

PERBANDINGAN DULU DAN SEKARANG

Tidak cukup dengan itu, beliau turut membuat perbandingan sekiranya anak muda zaman sekarang menukar gaya hidup dan berbelanja hanya dengan membeli kereta jenama tempatan dan membeli rumah kos rendah berbanding rumah teres.

"Tak mampu beli rumah landed macam Pakcik. Beli PPR jelah. RM35,000 (Itu pun kalau dapat bila apply). Dulu Pakcik beli rumah teres RM25,000 kan?

"Jadi, RM 35,000 vs RM 25,000. Result = Kenaikan 1.4 kali ganda.

Malah, jika generasi muda sekarang membuat keputusan untuk membeli kereta Perodua Axia terpakai sekalipun, ia masih mengalami peningkatan lebih dari sekali ganda berbanding generasi dahulu.

Tahun 1980an:
  • Gaji: RM 1,500 sebulan
  • Rumah Teres setingkat : RM 25,000 (luar Kuala Lumpur)
  • Kereta Honda Civic: RM 13,000
  • Double Cheeseburger: RM2.95

Tahun 2020:
  • Gaji: RM 3,000 sebulan
  • Rumah Teres setingkat : RM 280,000 (luar Kuala Lumpur)
  • Kereta Honda Civic: RM 108,000
  • Double Cheeseburger: RM9.45

Jom kita compare:

1. Gaji 2020 vs Gaji 1980an:
  • RM 3,000 / RM 1,500
  • Result = Kenaikan 2x ganda

2. Rumah 2020 vs Rumah 1980an
  • RM 280,000 / RM 25,000
  • Result = Kenaikan 11x ganda!!

3. Kereta Honda Civic 2020 vs Kereta Honda Civic 1980an
  • RM 108,000 / RM 13,000
  • Result = Kenaikan 8.3x ganda!!

4. Double Cheeseburger 2020 vs Double Cheeseburger 1980an
  • RM 9.45 / RM 2.95
  • Result = Kenaikan 3.2x ganda!!

INFLASI, TAPI YANG DISALAHKAN SIAPA?

"Jadi, apa isu yang sebenarnya?

"Generasi saya ni manja atau kuasa membeli kita yang berkurang, pak cik?" soalnya sambil berharap agar kirimannya itu dibaca oleh dua individu yang membicarakan tentang survival hidup pada awal pagi itu.

Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Adakah betul dakwaan orang muda sekarang manja atau kerajaan gagal teruk mengawal inflasi?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sejarah Fahaman Duruzi, Pecahan Dari Syiah Ismailiyah

Sejarah Fahaman Duruzi, Pecahan Dari Syiah Ismailiyah

Duruzi (Druze) merupakan salah satu cabang fahaman atau pecahan dari Syiah Ismailiyah pada zaman era Kerajaan Fatimiyyah pada abad ke-10, yang diasaskan oleh Tariq al-Hakīm dan bukanlah fahaman Islam (non-Muslim religion) akan tetapi ajaran yang dibawa adalah agak mirip dengan ajaran Islam Syiah dan Kristian.

Agama sesat

Kebanyakan mereka berbangsa Arab dan mengaku berbangsa Arab, tetapi rakyat Israel yang berfahaman Duruzi ini pula menafikan dari bangsa Arab. Mereka ini terdapat di negara-negara Arab khususnya di Lubnan (Beirut), Palestin, Israel, Syria dan Turki serta sebilangan kecil darinya berada di negara-negara lain sebagai pekerja mahir.

Sempena Muhammad A-Darazi

Druze (juga turut dikenali sebagai Druse, darazī, durūz) adalah sebuah komuniti keagamaan yang umumnya berasal dari Timur Tengah. Kelompok ini muncul dari Islam dan Kristian serta dipengaruhi oleh agama-agama dan falsafah-falsafah lain, termasuk falsafah Yunani.

Kaum Duruzi menganggap diri mereka sebagai "sebuah fahaman (sakte) Islam Uniat, pembaharuan, meskipun mereka tidak dianggap Muslim oleh kebanyakan umat Islam di wilayah tersebut.

Kaum Duruzi menganggap mereka adalah umat Monoteisme atau Muwahhidūn (Monoteis) dan asal-usul nama Duruzi ini dapat ditelusuri sehingga kepada Muhammad ad-Darazī, yang terkenal sebagai pengasas kepada fahaman ini.

Lokasi

Gigi_Hadid_Duruzi
Gigi Hadid, Selebriti Hollywood, penganut Duruzi.

Kaum Duruzi kebanyakannya tinggal di Lubnan, meskipun ada juga komuniti kecil yang tinggal di Israel, Syria dan Jordan.

Komuniti-komuniti besar yang terdiri dari kaum ekspatriat terdapat di Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Latin, Afrika Barat, Australia dan Eropah.

Mereka menggunakan bahasa Arab dan mengikuti pola sosial yang sangat mirip dengan masyarakat berbangsa Arab akan tetapi ada kelainan dari wilayah penduduk Arab itu. Kebanyakan penganut fahaman Druze menganggap diri mereka Arab.

Dianggarkan terdapat sekitar 2.3 juta penganut fahaman Duruzi di seluruh dunia dan kebanyakan daripadanya berada di Levant atau Mediteranian Timur.

Namun, sejumlah orang menganggarkan keseluruhan populasi Duruzi hanyalah sekitar 450,000 orang sahaja.

Sejarah kaum Duruzi

Agamawan Duruzi
Agamawan Duruzi.

Agama ini berkembang dari Islam Ismailiyah, sebuah gerakan falsafah yang didasarkan pada Bani Fatimiyah, pada abad ke-10, suatu masa yang kaya kebudayaannya.

Agama ini tidak berusaha mengubah Islam dari arus utama melainkan menciptakan suatu agama yang sama sekali baharu, yang dipengaruhi antara lain oleh falsafah Yunani, Gnostisisme dan Kristian.

Ada dua tokoh utama pada tahun-tahun permulaan kebangkitan ajaran fahaman Duruzi: Penguasa Fātimiyah, Tariqu l-Ḥakīm (985–1021), juga dikenali sebagai Al-hakim atau al-Ḥakīm bi-Amrul-Lāh, adalah seorang khalifah Ismaili dari Mesir yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat sebagai benar-benar penjelmaan Allah.

Kedua, imigran Parsi, Hamza ibn Alī ibn Aḥmad, perancang utama gerakan ini, individu pertama secara terbuka mengumumkan bahawa Al-hakim lebih daripada seorang manusia biasa.

Aliran Syiah

Simbol Duruzi
Simbol Duruzi.

Aliran Syiah berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar.

Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah, yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq.

Golongan Syiah yang lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah dan Syiah Imam Bertujuh.

Walaupun Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap mereka juga dari golongan Syiah, namun mereka tidak diiktiraf oleh fahaman Syiah lain.

Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah.

Dua puluh peratus dari penduduk Turki adalah pengikut Tarikat Alevi, sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.

Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi SAW telah mewasiatkan keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.

Pergerakan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.

Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian dan ditolak fahaman mereka oleh Majlis Fatwa Malaysia.

Golongan Syiah telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakan atau penyebaran fahaman mereka.

p/s: artikel ini adalah sebagai pengetahuan am semata-mata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Tuesday, June 23, 2020

Tetraphobia: Ketakutan Terhadap Nombor 4

Tetraphobia: Ketakutan Terhadap Nombor 4

Fenomena ketakutan terhadap nombor empat sememangnya begitu diketahui ramai kerana ia dipercayai secara meluas oleh masyarakat Cina, Jepun, dan Korea. Lantaran itu, fobia ini diberikan nama khas yang tersendiri, Tetraphobia.

Ketakutan terhadap nombor 4

Sebab itu, jika kita melihat di dalam bangunan tinggi seperti kompleks, pejabat, hotel, kondominum, kebiasaan di tingkat 4, 14, 24 dan lainnya akan diganti dengan 3A, 13A, dan 23A.

Dipercayai bahawa, ini adalah untuk mengelak nasib malang dari konotasi angka tersebut, tetapi walaupun ditukar kepada angka 3A, realitinya tetap berada di tingkat 4.

Ada Apa Dengan Angka 4?

Di dalam kepercayaan masyarakat cina, mereka memiliki kepercayaan kepada kata-kata membawa doa.

Dari hal itu muncul kepercayaan bagi setiap perkataan yang sebutannya mirip dengan sesuatu nama kepada benda baik maka ia juga akan dianggap baik dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh, perkataan buku di dalam bahasa cina disebut Shū (书) yang juga dekat dengan perkataan kalah yang disebut Shu (输).

Oleh kerana perkataan buku Shū itu memiliki konotasi yang hampir sama dengan perkataan kalah, maka timbul kepercayaan yang setiap kali pertandingan tidak boleh membawa buku kerana ia akan membawa kekalahan.

Begitu juga ketika berjudi, mereka pantang ada buku kerana menganggap ia akan mengundang kekalahan.

Konsep ini secara mudahnya diistilahkan seperti 'bertawasul' kepada nama benda, bukan kepada inti benda itu tetapi oleh kerana namanya memiliki hampir sama dengan maksud-maksud tertentu yang mereka kehendaki. Jika konotasi itu berbunyi dekat dengan perkataan baik maka ia dianggap tuah.

Hal ini berlaku antaranya disebabkan masyarakat cina memiliki penyebutan perkataan yang hampir dekat diantara satu sama lain.

Di atas sebutan pinyin, satu-satu perkataan jika intonasinya berbeza maka ia boleh berubah kepada maksud lain walau bunyinya hampir sama.

Perkara ini tidak berlaku di dalam bahasa Melayu dan Inggeris kerana konotasi perkataan bagi setiap sesuatu benda itu memiliki sebutan yang agak berbeza dan kaya penyebutannya.

Angka 4 Mati!

Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bagi mereka angka memiliki elemen positif dan negatif bergantung kepada nama angka tersebut. Hal ini tergolong dalam ketegori membawa tuah dan nasib.

Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki maksud tersendiri kecuali angka 1 yang tidak memiliki apa-apa penafsiran.

Dalam banyak-banyak angka, satu-satunya angka yang dianggap negatif adalah nombor 4, kerana mereka mempercayai bahawa 4 adalah angka yang membawa sial dan memiliki elemen yang negatif.

Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka (四)=4 mempunyai bunyi yang sama dengan 死 (sǐ) yang membawa maksud mati.

Nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang Cina, Jepun, Korea dan Viatnam.

Berlainan pula dengan angka (八)= 8 yang mempunyai bunyi yang sama dengan (fā) yang membawa maksud kemewahan.

Dalam dialek kantonis pula, bunyi disebut sebagai 'baat' dan sama bunyinya dengan 'faat' yang bermakna masa depan yang cerah.

Kesimpulan

Namun begitu, dalam Islam tidak ada kepercayaan kepada angka yang dianggap boleh membawa sial.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: fakirilmu