Sunday, July 21, 2019

Skandal Seks John F Kennedy, Presiden AS Yang Di Gelar Buaya Darat!

Skandal Seks John F Kennedy, Presiden AS Yang Di Gelar Buaya Darat!

Skandal dan Presiden Amerika Syarikat tidak boleh dipisahkan bak irama dan lagu, disebalik imej bersih yang cuba ditampilkan kepada para penyokong di luar sana, tersirat pelbagai rahsia gelap yang tersembunyi yang membelenggu penggal pentadbiran mereka sebagai presiden.

Pembunuhan JFK

Walau apapun alasan yang diberi, yang pasti ia memberi pelbagai warna kepada suasana politik Amerika Syarikat dan memberi impak besar kepada sejarah negara itu.

Dalam kes John F Kennedy (JFK), skandal seks membabitkan beliau terlalu banyak sehingga ada satu gelaran sesuai kepada anak kelahiran Brookline, Massachusetts ini, Buaya darat!

Ramai sejarawan mengakui kewujudan hubungan-hubungan terlarang yang dijalin JFK tetapi pada masa sama, ia juga menerangkan hubungan kompleks beliau dengan golongan wanita.

Menurut penulis buku The Kennedy Half-Century: The Presidency, Assassination and Lasting Legacy of John F. Kennedy dan Pengarah Pusat Politik Universiti Virginia, Larry Sabato, JFK boleh menjadi baik dan menghormati wanita yang ada kuasa dan pengaruh.

Tetapi yang pasti, beliau mempunyai selera nafsu yang kuat dan jika ia dilihat dari konteks hari ini, JFK melihat wanita-wanita muda dan cantik sebagai objek pemuas nafsu.

Jika tidak, mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan ini semasa berbual dengan Perdana Menteri Britain ketika itu, Harold MacMillan, “Jika saya tidak melakukan hubungan seks setiap hari, saya akan merasa pening kepala.”

Mungkin ada yang mempertikai mengapa Jackie Kennedy tidak melakukan sesuatu terhadap isu ini, hakikatnya walaupun dianggap naif oleh sesetengah kakitangan Rumah Putih, beliau tahu setiap perkara di situ termasuk hubungan-hubungan sulit yang dijalin suaminya itu.

Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya bukan saja demi menjaga perkahwinan mereka tetapi juga demi anak-anak yang masih kecil ketika itu.

Jika ada yang merasakan puncanya ialah ketidakpuasan JFK dengan layanan yang diberi Jackie, jawapan anda salah.

Dalam buku Grace and Power: The Private World of the Kennedy White House hasil tulisan Sally Bedell Smith, pada satu ketika, beliau pernah mengadu dengan salah seorang doktor peribadinya, Frank Finnerty tentang kualiti hubungan kelamin pasangan tersebut.

Finnerty kemudian memberi tunjuk ajar kepada Jackie bagaimana untuk membincangkan soal tersebut dengan JFK tanpa menyinggung perasaan presiden itu dan pada pertemuan seterusnya, beliau melaporkan kualiti hubungan kelamin mereka bertambah baik.

Tetapi pada masa sama, Jackie juga percaya isu keintiman seksual dirinya bukanlah punca perangai hidung belang suaminya itu.

Tidak kira siapa, sama ada orang biasa atau pemimpin terkenal, siapa tidak makan hati bila pasangan bermain kayu tiga.

Untuk menghilangkan rasa sedih berkenaan isu ini, Jackie suka berjalan sekitar taman-taman di Rumah Putih, membaca buku, melukis dengan cat air dan membawa anak-anaknya bersiar-siar dengan kereta lama miliknya dengan memakai skaf dan kot lama sebagai samaran.

Pada waktu malam pula, beliau menganjurkan sesi makan malam untuk lapan orang bersama sekumpulan rakan rapat dengan seorang artis atau penulis yang dibawa dari New York sebagai muka baru.

Jika ada program bersama orang kenamaan dari luar negara, satu jamuan makan malam diadakan di mana ia menetapkan standard baru bagi kecemerlangan kulinari dengan menu makanan dalam Bahasa Perancis bagi yang menghadirinya buat kali pertama.

Jika tidak berada di Rumah Putih, Jackie membawa anak-anaknya iaitu Caroline dan John F Kennedy Jr melawat estet keluarga Kennedy di Glen Ora, Virginia.

Estet ini menjadi pilihan kerana ia membolehkan Caroline menunggang kuda sementara Jackie pula boleh memandikan, membacakan cerita kepada mereka sebelum tidur dan menidurkan mereka.

Kadangkala, mereka menetap selama berminggu-minggu dan bagi JFK, lawatan ke estet ini membolehkannya bertemu dengan mereka.

Selalunya, beliau tiba pada hujung minggu untuk bermain backgammon atau melelapkan mata barang seketika.

Namun di sebalik semua ini, perkahwinan JFK-Jackie terus utuh sehinggalah pembunuhan beliau pada 22 November 1963 di tangan Lee Harvey Oswald.

Ya, mungkin ada yang mempersoal mengapa Wanita Pertama Amerika ini terus setia kepada presiden buaya darat ini tetapi itu juga merupakan manifestasi cintanya yang mendalam terhadap JFK.

Selain itu, Jackie sebenarnya menurut jejak langkah ibu mentuanya, Rose yang turut berhadapan isu sama dengan suaminya, Joseph Kennedy.

Berikut senarai wanita yang disyaki mempunyai hubungan dengan JFK sebelum dan selepas bergelar presiden.

1. Marlene Dietrich

Bagi peminat filem-filem klasik Hollywood, nama Marlene Dietrich sentiasa meniti di bibir mereka.

Siapa tidak kenal lakonan mantapnya dalam Morocco (1930) dan Shanghai Express (1932), tetapi tidak ramai tahu, beliau juga mempunyai selera seksual yang hebat walaupun sudah mencecah usia warga emas.

Antara individu terkenal yang pernah bergelar kekasihnya iaitu John Wayne, Errol Flynn, Kirk Douglas, Frank Sinatra, Joseph dan John F Kennedy. Ya, dua beranak Kennedy pernah bersama dengannya.

Hubungan seksualnya dengan JFK berlaku pada September 1963 apabila Dietrich yang ketika itu berumur 60 tahun dijemput sebagai penghibur untuk satu persembahan di Rumah Putih.

JFK yang ketika itu 20 tahun lebih muda daripadanya mula menggoda pelakon terkenal itu di sebuah bilik tidur berhampiran West Sitting Room walaupun Dietrich seharusnya membuat persembahan dalam tempoh setengah jam.

Tetapi angkara tidak dapat menahan gejolak nafsu, kedua-duanya melakukan hubungan seks selama 20 minit.

Apabila JFK hampir terlelap di atas katil, Dietrich mengejutkannya kerana tidak tahu selok-belok laluan Rumah Putih.

Presiden itu kemudiannya bertanya sama ada pelakon terkenal itu mempunyai hubungan sulit dengan bapanya, Dietrich bagaimanapun berbohong dan menafikan wujud hubungan antaranya dengan Joseph.

Apabila mendengar jawapan penghibur itu, JFK membalas, “Saya tahu dia berbohong.”

2. Mimi Alford

Jika ada yang mengatakan Monica Lewinsky satu-satunya kes hubungan sulit membabitkan presiden dengan pelatih Rumah Putih, anda salah.

JFK juga pernah menjalin hubungan dengan seorang pelatih bernama Mimi Alford.

Beberapa hari selepas bekerja di Pejabat Media Rumah Putih, dia bertemu dengan presiden itu semasa beliau berenang pada waktu tengah hari di kolam renang Rumah Putih.

Selepas selesai berenang, JFK memperkenalkan dirinya dan lewat hari yang sama, beliau mengajaknya minum selepas waktu bekerja.

Menurut memoir Alford, beliau menawarkan diri sebagai pemandu arah Rumah Putih dan aktiviti ini membawa kepada JFK menggodanya dalam satu bilik yang dipanggilnya sebagai bilik Puan Kennedy (Jackie).

Selepas hubungan kali pertama itu, dia merasa terkejut dengan apa yang berlaku tetapi bagi JFK, ia bagaikan seperti satu rutin baginya.

Hubungan sulit mereka ini berlangsung selama 18 bulan dan Alford tetap memanggilnya Tuan Presiden, bukan nama panggilannya Jack.

Dalam memoir yang sama, dia turut mendedahkan pernah melakukan seks oral terhadap seorang pembantu selepas dicabar JFK dalam kolam renang.

Pembantu yang dimaksudkan ialah Dave Powers yang turut bertanggungjawab membawa ramai pelacur ke Rumah Putih dengan bantuan Perkhidmatan Rahsia untuk memenuhi kehendak nafsu presiden itu.

3. Marilyn Monroe

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday Mr. President,
Happy Birthday to you.
Thank’s Mr. President
For all the things you’ve done
The battles you’ve won
The way you deal with US Steel
And our problems by the ton,
We thank you, so much.
Everybody, Happy Birthday!

Sesiapa yang melihat nyanyian menggoda Marilyn Monroe sebagai ucapan selamat hari lahir terhadap JFK pada majlis kutipan dana Parti Demokrat 1962 dan reaksi beliau terhadap nyanyian itu sudah tahu kedua-duanya mempunyai hubungan sulit.

Boleh rujuk link yang disediakan: https://www.youtube.com/watch?v=EqolSvoWNck

Hubungan Monroe dengan JFK bermula pada Februari 1962 bila beliau dijemput menghadiri satu majlis makan malam di New York bagi meraikan presiden.

Sebelum Monroe meninggalkan majlis, beliau sempat memberi nombor telefonnya kepada JFK dan pada bulan seterusnya, pelakon yang dikenali dengan filem Seven Year Itch (1955) itu dijemput ke Palm Springs untuk menemani presiden.

Di sinilah, bermulanya hubungan sulit dua tokoh ikon 50-an dan 60-an itu.

Marilyn Monroe yang sudah mabuk asmara dengan JFK turut beraspirasi menggantikan Jackie sebagai Wanita Pertama dan pernah menulis surat kepada Jackie tentang perkara itu.

Wanita Pertama Amerika itu secara sinis membalas, “Marilyn, kau akan mengahwini Jack, itu memang bagus dan kau akan berpindah ke Rumah Putih dan kau akan menggalas tanggungjawab Wanita Pertama dan aku akan berpindah keluar dan kau akan menanggung semua masalah (hubungan-hubungan sulit JFK).”

Selain JFK, Marilyn Monroe juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan adik JFK, Robert.

4. Judith Campbell Exner

Judith bukan sekadar kekasih gelap JFK, dia juga pernah menjadi kekasih penyanyi klasik terkenal Sinatra dan ketua mafia Sam Giancana.

Mereka mula bertemu pada tahun 1960 semasa Sinatra membuat persembahan di Sands Hotel, Las Vegas.

Dalam pertemuan itu, Judith menggambarkan beliau sebagai pendengar terhebat.

Menurut wartawan siasatan Seymour Hersh, Judith digunakan sebagai kurier antara JFK dengan mafia berupa bayaran kononnya untuk mafia bagi tujuan pembelian undi dan pembunuhan Presiden Cuba, Fidel Castro.

Judith juga mendakwa pernah mengandungkan anak beliau sebelum terpaksa menggugurkannya.

5. Ellen Rometsch

Sesiapa yang menatap wajah pelacur berusia 27 tahun dari Jerman Timur ini pasti menyangka melihat kembar Elizabeth Taylor.

Selepas berhijrah ke Amerika Syarikat, dia menyertai rangkaian pelacuran yang dipanggil Quorum Club yang beroperasi di suite tiga bilik di Carroll Arms Hotel yang terletak di seberang bangunan Senat yang baru.

Pada musim bunga 1963, Ellen menyertai parti kolam bogel di Rumah Putih dan merupakan antara wanita yang sentiasa mempunyai hubungan seks dengan JFK di Rumah Putih.

Tetapi pada Ogos tahun sama, Robert Kennedy dikatakan mengatur pengusiran keluar Ellen kerana bimbang rahsia hubungan sulitnya dengan JFK terbongkar dan diketahui orang ramai.

6. Mary Pinchot Meyer

Menurut penulis biografi Peter Janney, Mary merupakan kenalan lama JFK sejak bertemu buat kali pertama pada tahun 1938.

Pernah berkahwin dengan seorang ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan adiknya merupakan isteri kepada editor Washington Post, Peter Bradlee, itu meletakkannya dalam lingkungan sosial keluarga Kennedy di Washington.

Penulis biografi Nina Burleigh, Mary kerap melawat JFK di Rumah Putih dan diketahui sebagai salah seorang perempuan simpanan beliau.

Tetapi dia juga dikenali sebagai pencinta keamanan dan mempunyai hubungan rapat dengan pelopor rawatan terapi LSD, Timothy Leary.

Justeru, tidak hairanlah wujud dakwaan konspirasi yang menyelubungi kes pembunuhannya pada tahun 1964 di mana penasihat-penasihat JFK enggan membenarkan pandangan Mary mempengaruhi dasar dan tindak-tanduk JFK dan sehingga kini, kes pembunuhan tersebut masih belum berjaya diselesaikan.

7. Pamela Turnure

Jika Jackie menyumpah kerenah wanita-wanita yang mendampingi suaminya itu, beliau juga sedar salah seorang wanita itu ialah setiausaha akhbarnya, Pamela Turnure.

Pamela yang berasal dari Georgetown dikatakan mempunyai paras rupa seiras Jackie dan dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan JFK dari 1961 hingga 1963 semasa berusia 21 tahun.

Pada mulanya, dia bekerja sebagai setiausaha semasa JFK bergelar senator dan berjaya mendapat pekerjaan di Rumah Putih sebagai setiausaha akhbar Jackie hasil pengaruh dan lobi beliau.

Jika Jackie tiada di Rumah Putih, maka Pamela akan menjadi peneman tidur malam beliau.

8. Gunilla von Post

Sosialit Sweden ini berumur 21 tahun semasa bertemu dengan JFK di French Riviera, beberapa minggu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Jackie.

Walaupun sudah berkahwin, itu tidak menghalang beliau dan Gunilla saling berhubung dan 2 tahun kemudian, dua insan ini kembali berhubung dan ia berakhir di atas ranjang.

Pada malam itu juga, JFK meluahkan hasrat untuk menceraikan Jackie dan mengahwini Gunilla, tetapi menurutnya dalam memoir pada tahun 1997, hasrat beliau ditentang keras Joseph yang melihat jika tindakan itu diteruskan, maka itu juga merupakan penamat karier politik JFK.

Berikutan itu, hubungan cinta terlarang mereka berakhir dalam satu malam.

9. Priscilla Wear dan Jill Cowen

Perkhidmatan Rahsia mempunyai kod nama sinis untuk dua setiausaha Rumah Putih ini iaitu Fiddle dan Faddle.

Kedua-dua wanita ini lebih dikenali kerana mempunyai hubungan rapat dengan JFK berbanding tugas asal mereka sebagai setiausaha.

Ini didedahkan oleh seorang bekas ejen perkhidmatan itu kepada penulis Ronald Kessler yang mendakwa mereka sentiasa mencuri peluang berendam dalam kolam renang bersama JFK dan kembali semula ke meja mereka dalam keadaan rambut yang basah.

Menurut penulis Caitlin Flanagan yang menulis satu artikel untuk The Atlantic, kedua-dua wanita ini turut menjadi sebahagian daripada rombongan lawatan beliau ke pelbagai tempat seperti Rome, Nassau dan Ireland.

Jackie tahu kedua-duanya merupakan pemuas nafsu JFK mengikut catatan Flanagan.

Pada satu ketika, beliau menjadi pemandu lawatan untuk seorang wartawan Perancis, semasa melalui meja Wear, Jackie berkata dalam Bahasa Perancis, “Inilah perempuan yang dikatakan tidur dengan suami saya.”

Skandal sebegini bukan saja merungsingkan Perkhidmatan Rahsia tetapi juga para penasihat JFK sendiri kerana selain Romentsch, tidak diketahui berapa orang pelacur yang digunakan beliau tetapi itu sudah cukup membimbangkan Perkhidmatan Rahsia kerana boleh menyebabkan JFK diugut atau menjadi sasaran pengintipan.

Dalam satu temubual untuk dokumentari ABC tahun 1997, bekas ejen Perkhidmatan Rahsia, Anthony Sherman berkata, “Beliau mempunyai kecenderungan mengelilingi dirinya dengan wanita-wanita yang kadangkala mempunyai latar belakang mencurigakan.”

Bila mengulas kecenderungan JFK ini, Sabato menyifatkan beliau sebagai semberono dan merisikokan semua perkara yang disayanginya serta percaya maklumat sebegini pasti diketahui agensi-agensi perisikan asing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

SBDJ Siri 94: Penjaga Ayam Hutan

SBDJ Siri 94: Penjaga Ayam Hutan

Saya terus menyandarkan tubuh pada sebatang pokok. Saya pejamkan sepasang mata hingga rasa marah hilang dari sanubari. Kemudian perlahan-lahan kelopak mata saya buka lebar-lebar. Ketika itu perasaan saya sungguh aman dan tenteram. Dada saya terasa lapang. Saya meneruskan perjalanan.

Toyol jadi-jadian

Jerat pertama saya tengok, tak mengena apa-apa tetapi kesan laluan ayam hutan memang terdapat di situ. Agaknya ayam hutan tahu, di sana ada jerat untuknya.

Saya terfikir dan kemudian tersenyum panjang. Jarak jerat antara satu sama lain tidak menentu.

Ada yang jaraknya sepuluh kaki, ada yang dua puluh kaki. Sebab jaraknya tidak sama kerana mengikut laluan binatang yang dihajati.

Waktu saya pergi ke jerat yang ketiga, letaknya tidak jauh dari kolam kecil. Saya terlihat laluan pelanduk, saya amati sekelilingnya, memang tidak salah lagi. Di situ terdapat kesan tapak kakinya.

Mungkin pelanduk tersebut pergi ke kolam kecil untuk minum. Saya ikut kesan tapak kaki itu hingga sampai ke jerat. Aneh, saya dapati jerat itu bingkas dan ada bekas tapak kaki pelanduk di situ.

Ini mesti pelanduk yang kena jerat ni diambil orang. Siapa yang melakukan semuanya ini? Pasti orang yang sudah lama mengintip gerak-geri Datuk.

Manusia suka membuat kerja mudah, rungut hati saya. Jerat yang sudah bingkas itu saya pasang kembali.

Saya berdiri di situ mengingati sesuatu. Kata Datuk jerat yang dipasangnya berjumlah lima jerat semuanya. Ertinya masih ada dua jerat lagi yang mesti saya lihat.

Kedudukan kedua-dua jerat ini agak jauh ke dalam bahagian kaki bukit. Pesan Datuk, saya mesti melihat kelima-lima jerat itu.

Kalau tak mahu kelima-limanya sekali, mesti lihat tiga. Pokoknya saya mesti membuat kerja yang ganjil.

Saya tidak boleh melihat dua atau empat jerat kerana itu perbuatan genap, saya mesti meninggalkan jumlah ganjil.

Tiba-tiba saya merasakan, memang wajar melihat semua jerat itu. Siapa tahu, jerat empat dan lima sudah mengena. Bila sudah mengena, saya tidak pulang dengan tangan kosong.

Saya kira Datuk dan nenek tentu gembira melihat saya pulang ke rumah dengan ayam di tangan.

Selain dari itu, saya mahu menerima pujian dari Datuk tentang ketabahan hati saya. Biar dia kagum dengan apa yang saya lakukan.

“Ya, aku mesti tengok semua jerat.”

Itulah keputusan muktamad yang saya ambil dalam masa sekelip mata sahaja. Apa yang terjadi, keputusan yang diambil mesti dilaksanakan.

Saya pun melangkah perlahan menuju ke jerat yang keempat. Letaknya di bawah pokok yang rendang. Datuk sengaja memilih tempat tersebut untuk menahan jerat.

Mungkin tempat tersebut dipilih kerana kedudukan kawasan tanahnya yang agak cerah, tidak ditumbuhi rerumput yang tebal.

Ada dahan sebesar paha manusia melintang arah ke parit kecil. Pada hemat saya, di ranting besar itu jadi tumpuan ayam hutan berdiri sambil mengepakkan badan terutama ayam jantan. Amat suka berkokok di tempat yang agak tinggi.

“Memang pandai Datuk memilih tempat,”

saya memuji Datuk dalam hati.

Saya terus melangkah. Hari sudah beransur agak gelap. Tetapi langit masih kelihatan cerah walaupun matahari tidak bersinar.

Saya sampai ke jerat yang keempat. Kali ini saya melihat kawasan di situ cukup bersih seperti baru lepas disapu.

Tanah di situ kelihatan seperti baru sahaja dikais-kais oleh ayam. Saya garu kepala dua tiga kali, terasa suasana seperti itu amat ganjil sekali.

Rasanya tidak mungkin ayam hutan mampu mengubah dedaun dan reranting yang terdapat di situ.

Lebih menakjubkan jerat yang tidak mengena atau bingkas tetap macam biasa. Batang jerat kelihatan bergerak macam baru disentuh oleh tangan manusia. Hati saya mula berdebar.

Saya renung kiri dan kanan. Bersedia untuk memulakan langkah seribu. Bulu roma terus tegak berdiri. Mesti ada sesuatu yang tidak kena terjadi di sini.

Mungkin harimau, mungkin beruang, mungkin kucing hutan berguling-guling di sini. Macam-macam yang timbul dalam hati saya bersama rasa takut yang amat sangat.

Tiba-tiba saya lihat pepohon kecil di kanan bergerak, macam dilanggar sesuatu. Dedaun kering bergerak seperti dipijak sesuatu.

Beberapa ekor cengkerik dan katak keluar dari bawah dedaun kering macam ada sesuatu yang memburunya.

Dalam keadaan yang serba membingungkan itu, saya terlihat seekor ayam hutan jantan menerpa ke arah jerat dan terus sarungkan kakinya ke dalam jerat.

Dalam beberapa detik sahaja jerat tersebut bingkas dan ayam jantan hutan tergantung di udara menggelepar sambil berbunyi.

Melihat ayam kena jerat, rasa takut hilang dari hati saya. Semua perkara yang saya kira ganjil dan aneh hilang dari ingatan saya. Hati saya bersorak kegembiraan melihat ayam hutan di depan mata.

Saya mendekati jerat lalu membongkok untuk merendahkan kayu jerat. Bila tali jerat berada dalam tangan, kepala ayam jantan itu saya urut berkali-kali. Ayam itu tetap menggelepar sambil berbunyi nyaring.

Simpul jerat di kaki ayam berhasil saya buka. Kali ini kaki ayam tersebut saya ikat dengan tali guni, lalu saya masukkan ke dalam karung yang dibuat dari mengkuang.

Di bucu karung ditebuk lubang kecil untuk udara, memudahkan ayam bernafas. Hujung karung saya ikat dengan tali lalu saya sandangkan ke bahu.

Saya memulakan langkah untuk pergi ke jerat yang kelima. Kedudukannya, betul-betul berada di lereng bukit tidak jauh dari pohon bertam.

Memang saya mengharapkan jerat yang kelima akan mengena. Kalau tak dapat ayam hutan, dapat napuh atau pelanduk pun sudah memadai, sebuah harapan berbunga dalam hati saya.

Langkah kian rancak, cuaca yang sudah beransur samar-samar tidak menjadi masalah.

Kalau cuaca terus jadi gelap saya tidak sudah hati. Kawasan sekitar kaki bukit itu sudah sebati dengan diri saya.

Tidak dinafikan saya boleh mengingati kedudukan pelbagai jenis pohon besar di situ. Saya juga tahu di mana letaknya parit atau danau kecil.

Kalau saya dicampakkan ke kawasan tersebut pukul dua pagi, saya masih dapat mencari jalan pulang.

“Hai, apa khabar? Seorang aje.”

Saya menoleh ke kanan. Mulut saya bagaikan terkunci untuk menjawab.

“Banyak jerat awak yang mengena, berapa ekor awak dapat ayam?”

Saya menjadi bertambah menggelabah.

“Kenapa tak jawab apa yang saya tanya, awak takut?”

Saya tarik nafas panjang. Renung ke langit, renung kiri kanan. Dada saya terus berdebar.

Sesungguhnya, saya tidak tahu dari mana perempuan muda itu muncul. Saya amati wajahnya yang sedang senyum.

Orangnya memang menarik tetapi, sayang saya tidak kenal dengannya. Ternyata perempuan ini bukannya anak watan kampung saya.

Sebagai orang muda, dalam rasa takut dan darah gemuruh itu, keinginan untuk memikat hati perempuan muda di depan mula bercambah dalam diri.

Saya amati dirinya. Baru memasuki usia dua puluhan. Berkulit putih merah. Hidung mancung. Saya terpikat dengan sepasang matanya yang lembut tetapi kelihatan sayu. Mukanya bujur sirih. Aduh! Senyumannya tidak berhenti menari di bibir nipisnya.

“Kenapa tak sembelih ayam tu di sini? Awak tak bawa pisau?”

Perempuan yang berambut ikal berbulu kening tebal merapati saya. Darah gemuruh saya terhenti dari bergerak dalam urat saraf. Keinginan mengenali perempuan itu lebih dekat terus berkocak dalam rongga dada.

“Saya tak bawa pisau menyembelih.”

“Awak mahu pisau? Kalau mahu nanti saya ambil di rumah.”

“Tak payahlah.”

“Macam mana kalau saya minta sikit daging ayam?”

“Boleh, apa salahnya.”

“Sepatutnya saya tak payah minta sebab ayam yang kena jerat awak itu saya yang punya.”

“Ha…haa..?” mulut saya terlopong.

Perempuan itu tetap senyum. Hati saya berkata, mungkin perempuan ini mahu bergurau.

Ayam hutan mana ada tuannya. Sesiapa pun boleh menjerat atau menembaknya.

Dengan rasa jijik saya renung wajah perempuan itu. Dia bagaikan tahu yang diri saya tidak mempercayai apa yang diucapkannya.

“Setiap benda di dunia ini ada tuannya, ada penjaganya. Tetapi manusia selalu melupakan semuanya itu.”

“Kamu mengarut dan merepek.”

“Kalau kamu tak percaya tak mengapa, tetapi saya mahu mengambil hak saya kembali.”

Saya segera mengedutkan kening. Karung mengkuang yang saya sandang terasa bergerak-gerak. Ayam di dalamnya menggelepar. Karung mengkuang terasa amat berat macam ada batu pejal di dalamnya.

Bahu saya bagaikan mahu patah dibuatnya. Saya terpaksa meletakkan karung mengkuang atas tanah.

Perempuan itu tetap berdiri di depan saya tanpa mengucapkan sesuatu. Sepasang anak matanya melihat gerak geri saya dengan teliti.

Paling mengejutkan saya, tali guni yang saya ikat di hujung karung mengkuang terbuka dengan sendiri.

Ayam yang ada di dalamnya keluar dengan mudah lalu berkokok bertalu-talu sambil menggoyangkan ekornya.

Paling menyakitkan hati, bila ayam itu menghalakan muncungnya ke arah saya dan terus berkokok sambil menjungkitkan ekornya tinggi-tinggi.

Kalau diturutkan kata hati mahu rasanya membaling seketul kayu pada kaki ayam itu, biar kakinya patah.

“Suhh..,” pekik saya.

“Jangan halau dia,” suara perempuan itu cukup lembut.

“Kurang ajar punya ayam.”

“Jangan cakap macam tu. Itu ayam saya, marii..,” saya lihat bapa ayam hutan terus meluru ke arahnya. Terbang dan hinggap di bahu sebelah kanannya.

Ayam itu berkokok lagi. Saya terpukau dengan suasana yang saya anggap aneh tetapi melucukan.

“Terima kasih kerana kamu sudah memulangkan hak saya.”

“Tapi ayam tu tak bertuan.”

“Itu pendapat kamu. Hakikat sebenar memang bukan begitu. Terima kasih.”

Perempuan itu segera memusingkan badannya membelakangi saya. Ayam jantan yang berbalung merah tetapi berdiri di bahu.

Satu perkara yang pasti, waktu perempuan itu menentang wajah saya, suasana sekitar terasa cerah. Bila dia membelakangi saya, suasana bertukar menjadi samar-samar.

“Eh, nama saya Tamar.”

Perempuan itu segera toleh ke arah saya kembali.

“Nama awak siapa?”

Perempuan itu menarik nafas dalam-dalam.

“Cakaplah siapa nama awak?”

“Nanti kita jumpa lain kali. Masa tu saya cakap nama saya.”

“Cakap sekarang,” kata saya lalu mengejar ke arahnya.

Dalam sekelip mata sahaja perempuan itu ghaib tetapi ayam miliknya masih dapat saya lihat duduk di ranting dan terus berkokok bertalu-talu. Beberapa detik kemudian ayam jantan itu pun ghaib.

“Syaitan mempermainkan aku,” kata saya dalam nada suara yang agak tinggi.

Saya pusing ke kanan. Memulakan langkah pertama, mencari jalan pulang. Saya terdengar bermacam-macam suara, ada suara kokok ayam.

Saya sedar, bila hati dikuasai rasa takut bermacam-macam yang didengar padahal perkara itu tidak wujud sama sekali. Cuma perasaan kita sahaja yang merasakan begitu.

Makin kuat saya menetapkan dalam hati apa yang saya dengar itu adalah perasaan, makin kuat suara-suara yang tidak saya ingini datang dalam gegendang telinga saya.

Saya terus lari dengan semahu-mahunya melanggar apa sahaja. Parit lebar saya lompat kerana saya menyangka parit itu kecil.

Akibatnya saya terhumban dalam parit. Habis pakaian saya basah kuyup. Keluar dari parit saya terus lari lintang pukang.

Dalam cuaca yang mula samar-samar itu, saya terus berlari dan berlari hingga sampai di bahagian dapur rumah.

Bila saya jengukkan muka di pintu dapur, nenek terus menjerit dengan sekuat hatinya.

Seluruh kampung dikuasai oleh suara nenek. Datuk yang berada kira-kira tiga rantai dari rumah segera menerpa ke bahagian dapur.

“Kenapa muka kamu penuh dengan lumpur, pakaian basah kuyup. Kenapa Tamar?” soal Datuk.

“Sayaaa…” saya tidak dapat meneruskan kata-kata, mata saya terasa pedih dan hidung saya bagaikan tersumbat dan saya terus bersin dengan sekuat hati.

Beberapa orang jiran tetangga segera datang ke rumah. Mereka ketawa melihat keadaan saya.

“Saya jatuh parit tuk.”

“Kamu kena kejar harimau?”

“Tidak.”

“Habis kamu kena kejar jembalang?”

“Bukan dikejar jembalang, saya diburu hantu.”

“Hantu?” biji mata Datuk terbeliak.

Bila keadaan sudah kembali tenang. Saya ceritakan pada Datuk, pada nenek dan jiran-jiran yang datang apa yang saya alami.

Kebanyakan dari mereka tidak percaya dengan apa yang saya ceritakan. Nenek secara terang-terangan mengatakan saya mengigau siang.

Perbuatan mereka itu membuat saya jadi marah dan tidak mahu meneruskan cerita selanjutnya. Tetapi, Datuk cuba melahirkan simpatinya pada saya.

“Itu perkara biasa, dalam dunia ni selain dari manusia terdapat makhluk lain. Kau tak usah takut. Barangkali makhluk itu mahu bersahabat dengan kamu,” kata Datuk.

“Satu pengalaman yang menakutkan tuk.”

“Tak mengapa, petang esok kau pergi lagi. Kalau kau jumpa dengannya kau ajak dia datang ke rumah.”

“Mengarut, tuk mengarut. Agaknya tuk tahu yang saya akan berjumpa dengan benda macam tu. Kerana tu tuk suruh pergi seorang diri.”

"Aku tak tahu Tamar. Tapi dulu aku pernah mengalami perkara semacam tu. Itu semuanya syaitan yang cuba nak mengusik kamu.”

“Hum…” saya mengeluh dan tunduk merenung tanah.

Nenek tersenyum. Datuk menyuruh jiran-jiran yang datang pulang ke rumah masing-masing.

Perlahan-lahan saya angkat muka. Sepasang mata saya terpaku ke wajah Datuk. Kegelisahan segera bersarang dalam dada.

Kurang senang rasa hati melihat senyuman Datuk yang saya rasa bagaikan menyindir diri saya.

“Tuk tak percaya dengan apa yang saya cakapkan ni?”

“Sudahlah, pergilah kamu mandi.”

Saya kerutkan dahi. Dengan langkah yang longlai saya menuju ke perigi. Setiap kali air perigi menyentuh kulit tubuh, apa yang saya alami segera terbayang dalam kepala.

Sesungguhnya, apa yang telah saya alami itu adalah satu pengalaman yang tidak pernah saya duga akan terjadi dalam hidup saya.

Selesai mandi saya segera pulang ke rumah. Sebelum memijak anak tangga, dua tiga kali saya pusing ke belakang. Saya takut dan bimbang macam ada sesuatu dekat saya.

“Cepat naik, jangan pandang kiri kanan lagi. Jangan fikirkan perkara yang dahulu,” terdengar suara Datuk.

Saya segera angkat muka. Datuk berdiri di serambi.

Hari sudah beransur gelap. Suara burung kuang sayup-sayup kedengaran di pinggir bukit kota. Saya menarik nafas.

Kecantikan paras perempuan yang saya temui bermain-main dalam tempurung kepala.

“Eh, kamu ni. Naik cepatlah.”

Tanpa tangguh-tangguh lagi saya pijak anak tangga. Berhenti bila sampai anak tangga kelima. Renung ke halaman yang sudah dikuasai cuaca senja.

“Kita jemaah di masjid, Tamar.”

“Kenapa kita tak sembahyang di rumah tuk?”

“Agama Islam menggalakkan pengikutnya sembahyang berjemaah di masjid atau surau. Sekali-sekala bolehlah kita bersembahyang jemaah di rumah. Kalau dah terlalu kerap berjemaah di rumah, tak elok jadinya.”

“Saya malas nak pergi tuk.”

“Ah, jangan banyak karenah, ikut cakap aku,” bentak Datuk keras.

Saya tidak ada pilihan lain lagi. Cakap Datuk harus dipatuhi.

Saya masuk ke rumah menukarkan pakaian. Amat selesa rasanya memakai seluar dan baju Melayu warna kuning tanah liat. Datuk senyum panjang.

Saya tahu kenapa Datuk senyum begitu. Bukan apa-apa kerana letak songkok saya melintang. Letak songkok segera saya betulkan. Tanpa banyak soal jawab saya terus mengekori Datuk ke masjid.

Sepanjang jalan saya lebih banyak mengelamun. Sesekali kelihatan Datuk meraba pangkal telinga sebelah kanannya. Ada masanya Datuk batuk kecil.

Saya tidak tahu, apakah batuk itu memang benar-benar terjadi atau batuk yang sengaja dibuat-buat.

Selesai menunaikan solat maghrib, saya dan Datuk seperti orang-orang kampung yang lain terus mengikuti tafsiran hadis.

Apa yang diungkapkan oleh guru agama tersebut semuanya tidak masuk dalam kepala saya. Fikiran saya masih memikirkan apa yang telah saya alami petang tadi.

Ada masanya, saya rasakan peristiwa itu harus berulang dalam hidup saya. Satu ketika yang lain saya berdoa supaya peristiwa itu jangan berulang dalam hidup ini

“Kalau mahu dinisbahkan tentang banyaknya makhluk Allah di dunia ini, lebih kurang begini. Para malaikat 90 peratus, para jin 9 peratus dan manusia cuma satu peratus saja. Kalau kita boleh melihat para Malaikat dan para Jin, kita jadi takut dan tidak boleh bergerak,” tutur guru agama.

Semua biji mata dalam masjid terbeliak, tidak jadi mengantuk.

“Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Kaya kerana itu para Malaikat dan para Jin tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Kalau Allah menghendaki seseorang itu melihat para Malaikat dan para Jin, perkara itu tetap akan terjadi,” tambah guru agama.

Saya terus gosok pangkal hidung beberapa kali. Datuk tumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama yang tertonggok di ruang tengah masjid dengan para jemaah mengelilinginya.

“Makhluk jin juga ada yang baik dan ada yang jahat. Kalaulah ditakdirkan kita dapat melihat Jin, agak sukar untuk kita menentukan yang mana baik dan yang mana jahat,” lanjut guru agama itu.

Pelajaran tafsir itu berlanjutan hingga menjelang waktu Isyak.

Saya kira setelah selesai solat Isyak, wajah guru agama tidak akan saya lihat. Begitulah juga dengan suaranya tidak akan saya dengar.

Perkiraan saya itu meleset sama sekali. Tidak saya duga Datuk mengundang guru agama itu datang ke rumah.

Banyak perkara yang Datuk tanya pada guru agama itu. Semuanya berkaitan dengan hukum agama.

“Kalau pelajaran tafsiran hadis ni dapat diadakan setiap minggu alangkah baiknya,” Datuk bersuara.

“Saya faham, ramai para jemaah berpendapat macam awak. Mereka mahu pelajaran tafsiran ini diadakan pada setiap minggu.”

“Soalnya, bila diadakan dua minggu sekali, perkara yang dipelajari hampir mahu lupa disambung pelajaran yang baru.”

“Ya, saya faham. Kalau boleh saya mahu datang tiap-tiap minggu di sini. Boleh jumpa awak selalu dan boleh makan dan tidur di sini. Tapi apa boleh buat semua jadual sudah disusun.”

“Tak bolehkah dirombak?"

“Tunggu tahun depan.”

“Hum…,” Datuk seperti mengeluh. Guru agama tersenyum.

CAKAP

Dan malam itu Datuk terus bercakap-cakap dengan guru agama. Datuk terus membaca Al-Quran di bahagian surah al-waqiah.

Guru agama terus membuat tafsirannya dan menghuraikannya dengan teliti. Datuk terus mendengar huraian terjemahan itu. Dalam waktu tertentu Datuk mencatatkan ke dalam buku kecil.

Guru agama itu juga menasihatkan Datuk, kalau ada masa supaya membaca surah al-waqiah pada setiap malam, terutama setelah menunaikan sembahyang Subuh.

Menurut guru agama itu, surah tersebut surah yang baik. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah memahami tafsirannya.

Sesekali saya terdengar Datuk dan guru agama berdebat panjang. Perdebatan mereka segera terhenti bila mereka dapat membuat sesuatu kesimpulan.

Saya sandarkan badan ke dinding bilik. Jari-jemari saya terus melukis sesuatu di kertas.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, saya begitu minat pada lukisan. Saya mahu abadikan apa yang saya lihat ke kertas untuk dinikmati oleh orang lain.

Sambil melukis saya terus pasang telinga. Mengikuti dengan teliti apa yang dibualkan oleh Datuk dengan guru agama.

Ada perkara yang menarik dan ada perkara yang tidak menarik jadi topik bualan Datuk dengan guru agama.

Bila perkara menarik diperkatakan, saya terus jelingkan biji mata dan mengikutinya dengan penuh minat. Kalau perkara yang membosankan saya terus rasa mengantuk.

Ketika itu saya terdengar suara kedua-duanya sayup-sayup dan akhirnya menghilang. Dalam saat begitu, saya terus tersengguk-sengguk.

Bila mereka bincang tentang alam ghaib, mata saya terbeliak besar. Minat saya untuk mengikutinya bertambah ghairah.

Saya tahan mata dari mengantuk. Saya bersenam memanaskan badan. Sayang seribu kali sayang, perkara alam ghaib hanya disentuh sambil lalu sahaja.

Perkara begini amat saya kesalkan. Apakan daya, saya tidak ada kuasa untuk menyuruh Datuk dan guru agama memperkatakan perkara yang amat saya minati.

Dalam keadaan demikian, saya terus terlelap.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 94/284

BACA: SBDJ Siri 93: Masih Dalam Ujian
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Biji Buah Rambutan Terbukti Menyembuhkan Pesakit Kencing Manis

Biji Buah Rambutan Terbukti Menyembuhkan Pesakit Kencing Manis

Masih ramai dikalangan kita tidak tahu khasiat biji buah rambutan yang mempunyai lemak polifenol tinggi, iaitu sejenis antioksidan yang dapat melindungi tubuh manusia daripada kerosakan sel akibat radikal bebas.

Biji Rambutan rawat Diabetes

Polifenol dapat memberi manfaat seperti antipenuaan, antiinflamasi, antibarah dan antipatogen, selain itu biji rambutan mampu membantu merawat penyakit kencing manis.

Rambutan memiliki kandungan karbohidrat, lemak, protein, fosfor, besi, vitamin C dan kalsium.

Kulit buahnya mengandung tannin dan saponin. Bijinya mengandung polifenol dan lemak, kulit batangnya mengandungi tannin, flavonida, saponin, zat besi dan pectic substance, manakala daun rambutan mengandungi saponin dan tannin.

Di dalam buah rambutan tersimpan khasiat sebagai ubat yang tidak ternilai harganya.

Menurut kajian pakar pemakanan, biji rambutan dipercayai mampu merawat sakit pinggang, manakala asid oleic dan asid stearic dalam biji rambutan mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

Kajian mendapati, biji rambutan mengandungi nutrisi seperti protein (7.8 peratus), karbohidrat (46 peratus), serat (11.6 peratus), asid lemak seperti oleic (40.3 peratus), arachidic (6.1 peratus), palmitic (7.1 peratus) dan stearic (6.3 peratus).

Dengan banyaknya kandungan khasiat di dalam buah rambutan, ia sangat sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan tubuh, juga bagi mereka yang sedang berdiet.

Menyembuhkan Kencing Manis

Untuk pengidap kencing manis – kajian makmal telah membuktikan, ubat terbaik untuk bebas daripada penyakit kencing manis (diabetes) adalah biji buah rambutan.

Cara penggunaannya:
  • Ambil 5 biji (seeds) rambutan.
  • Goreng.
  • Tumbuk sehingga hancur menjadi tepung.
  • Campurkan dengan air sejuk dan minum.
  • Minumlah beberapa kali dalam sehari.
  • Amalkan sehingga sembuh.

Penggunaan biji rambutan untuk membebaskan penderitaan pesakit kencing manis tahap 2 telah terbukti berjaya.

Kajian yang dilakukan di Eropah telah berjaya membebaskan penderitaan seramai 17,542 orang pesakit diabetes tahap 2 pada tahun 2014.

Kita rakyat Malaysia cukup bertuah kerana memiliki buah tersebut di negara sendiri.

Apa yang penting, jangan sesekali tinggalkan ubat hospital ketika menggunakan biji rambutan sebagai alternatif rawatan.

Cuma, jarakkan pengambilan selama beberapa jam.

Diabetes tahap 2 bukanlah hukuman mati kepada pengidapnya. Amalkan meminum ramuan daripada biji rambutan yang tertera diatas. Bebaskan diri kita daripada diabetes.

Insyaa Allah.

BACA INI JUGA:

sumber: kertaspaper

Fakta Luar Biasa Tentang Bangsa Sparta Purba

Fakta Luar Biasa Tentang Bangsa Sparta Purba

Apa yang kebanyakan daripada kita tahu mengenai Sparta adalah tentang Raja Leonidas dan pertempurannya di dalam filem "300" namun hakikatnya, dia yang berumur 60 tahun ketika itu bukanlah bersama 300 orang tentera semasa Pertempuran Thermopylae, tetapi bersama dengan seramai 7,000 orang tentera menentang ratusan ribu musuh.


Pernah ketika Raja Philip II of Macedon mahu menakluk Sparta, dia memberi amaran, "Jika saya menang perperangan ini, anda akan menjadi hamba selama-lamanya". Penduduk Sparta menjawab dengan satu perkataan sahaja iaitu "Jika".

Disebabkan keberanian mereka, Raja Philip II meninggalkan Sparta begitu sahaja.

Berikut adalah beberapa lagi fakta menarik mengenai Sparta.

1. Pemilihan tentera bermula sejak bayi dilahirkan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, para ibu Sparta akan memandikan bayi mereka dengan wain bukannya air, untuk melihat betapa kuatkah bayi itu dan sekiranya selamat, bayi itu akan dibawa pula ke majlis penasihat untuk diperiksa.

Majlis penasihat akan melihat sekiranya ada apa-apa kecacatan fizikal, adakah sesuai untuk dipelihara atau layak untuk menjadi tentera Sparta kelak.

Beberapa sumber mengatakan, bayi yang tidak layak atau cacat akan dibuang ke dalam jurang Gunung Taygetos atau ditinggalkan begitu sahaja. Apa-apa jenis kelemahan tidak boleh diterima dalam masyarakat Sparta purba.

2. Latihan tentera bermula sejak kanak-kanak

Apabila berumur tujuh tahun, kanak-kanak lelaki akan memulakan sistem pendidikan yang dikenali sebagai "Agoge".

Mereka akan dibiarkan hidup dalam keadaan susah dan diberi sedikit makanan supaya tidak bermewah-mewahan.

Dalam keadaan lapar, kanak-kanak ini biasanya akan mencuri makanan dan sekiranya tertangkap, mereka akan dihukum dengan teruk.

Mereka juga akan didenda jika tidak menjawab soalan dengan sinis kerana Sparta terkenal dengan caranya yang sinis dan berani. Mereka juga diajar menulis, membaca dan lain-lain.

Anak-anak gadis Sparta juga melalui pendidikan yang serupa dengan anak lelaki, cuma kurang penekanan terhadap latihan ketenteraan.

Sparta adalah satu-satunya bandar di mana wanita menerima pendidikan rasmi di Greece purba. Mereka dilatih dalam gimnastik, muzik, sastera dan pendidikan perang.

3. Hamba menjadi alat pembelajaran

Hamba atau dikenali sebagai helot, adalah ancaman berterusan kepada Sparta kerana jumlah mereka dan bagi mencegah pemberontakan, pelbagai kaedah telah dicipta.

Mereka memaksa helot untuk minum wain sehingga mabuk dan menjadi contoh kepada remaja Sparta agar tidak memalukan diri sendiri seperti yang dilakukan hamba itu.

Dengan cara ini, ia seperti serampang dua mata apabila remaja Sparta mendapat pendidikan dan hamba pula dimalukan agar kurang keyakinan diri untuk memberontak.

Remaja Sparta akan menyertai pasukan tentera bermula dari umur 20 tahun hingga 60 tahun, disiplin yang tinggi sangat dititik beratkan dalam latihan dan pembelajaran mereka.

4. Pada zaman kemuncak, jumlah hamba 7 kali ganda melebihi penduduk

Ketika zaman kemuncak tamadun Sparta pada 479 SM, jumlah hamba di Sparta adalah tujuh kali ganda rakyat mereka.

Hamba melakukan pekerjaan seperti membajak ladang, membersih, membina dan pelbagai pekerjaan lain.

Seorang penduduk Sparta mempunyai tujuh orang hamba dan mereka amat bergantung kepada hamba-hambanya dan sesetengah lelaki Sparta akan meniduri hamba wanita bagi meningkatkan jumlah hamba di Sparta.

Namun, hamba atau helot ini tidaklah begitu miskin walaupun tidak mempunyai hak mengundi. Mereka dibenarkan menyimpan 50% hasil pendapatan, berkahwin dan bebas beragama.

250 tahun selepas itu, kira-kira 6,000 helot telah berjaya menebus kemerdekaan mereka sendiri.

5. Pengasas Sparta seorang yang bijak

Ramai ahli sejarah seperti Herodotus, Plato dan Plutarch pernah menyebut tentang Lycurgus, pengasas dan pencipta undang-undang Sparta yang telah mempromosikan penduduk Sparta dengan kesamaan, penjimatan dan kecergasan tentera.

Selepas kematian abangnya, Lycurgus dilantik menjadi raja dan disebabkan kepandaiannya mentadbir, dia dicemburui oleh kakak iparnya sendiri yang kemudian menuduh Lycurgus adalah dalang dalam pembunuhan abangnya.

Raja itu kemudian menyerahkan takhta kepada anak saudaranya dan meninggalkan Sparta.

Rakyat Sparta merayu agar Lycurgus kembali dan apabila kembali, dia telah melakukan perubahan besar dalam sistem undang-undang.

Setelah perubahannya membuahkan hasil, dia mengumpulkan rakyatnya dan membuatkan mereka bersumpah untuk mengikut undang-undangnya sehingga dia kembali dari Delphi.

Lycurgus kemudian secara sukarela meninggalkan Sparta dan tidak kembali lagi.

Selama 500 tahun mendatang, undang-undangnya menjadikan Sparta begitu terkenal dan kuat sehinggalah pemerintahan Raja Agis yang tamak telah meruntuhkan tamadun Sparta.

6. Sparta pernah diperintah oleh 2 raja

Sparta pernah mengamalkan oligarki apabila dua keturunan raja dari keluarga Agiad dan Eurypontid memerintah Sparta pada masa yang sama.

Kedua-dua keluarga ini adalah dari keturunan Heracles dan mempunyai tugas keagamaan, kehakiman dan tentera di Sparta namun, mereka sering tidak sehaluan dalam memerintah.

Majlis penasihat terdiri daripada 5 orang yang dikenali sebagai Ephor dilantik bagi mengekalkan keseimbangan antara dua raja di Sparta ini.

Ephor menangani kes-kes sivil dan jenayah manakala raja pula menangani kes-kes khas sahaja.

Namun, semakin lama kuasa raja-raja semakin melemah manakala kuasa Ephor pula meningkat, sehingga mempunyai kuasa untuk mendakwa dan mengadili raja-raja.

Selepas satu tempoh, raja-raja Sparta kehilangan sebahagian kuasa mereka termasuk kuasa mengisytiharkan perang dan hanya menjadi boneka sahaja.

Pada abad ke-7 sebelum Masihi, Ephor menjadi sangat kuat dan berkuasa.

7. Pilihanraya diundi dengan menjerit

Majlis penasihat tertinggi dan Gerousia adalah mereka yang mengetuai Sparta. Ahli majlis dipilih melalui pengundian, tetapi bukanlah seperti yang dilakukan pada hari ini.

Mereka memilih calon yang dipertandingkan dengan menjerit. Siapa yang mendapat sorakan paling kuat akan menang.

Aristotle menyebut amalan mengundi ini sebagai "kebudak-budakan".

Amalan mengundi dengan menjerit ini juga digunakan bagi membuat keputusan lain seperti keputusan ketika hendak berperang. Ephor akan mengadili sama ada jeritan "ya" atau "tidak" memenangi undian tersebut.

Penduduk Sparta percaya menjerit mempunyai kepentingan khusus pada zaman itu. Semakin kuat sesuatu kepercayaan, semakin kuat jeritan yang dihasilkan.

Jeritan juga memainkan peranan penting dalam perperangan, sebagai contoh memperkuatkan semangat tentera.

8. Sparta tidak menggalakkan kekayaan melampau

Lycurgus, pengasas Sparta telah memperkenalkan bar besi sebagai mata wang mereka seperti yang dilaporkan oleh Plutarch sekitar 825 SM.

Wang besi ini dikatakan seberat hampir 1 kg setiap satu, jadi untuk membawa wang yang sedikit sahaja mungkin anda memerlukan kereta lembu.

Mata wang ini diperkenalkan agar tidak menggalakkan penduduk Sparta untuk mengumpul kekayaan menimbun atau menjadi tamak.

Ada juga yang berpendapat bahawa pada masa itu besi adalah logam berharga yang dihasilkan oleh negeri itu dan penguasa Sparta tidak mahu mengimport logam lain seperti tembaga atau perak dari luar.

9. Sparta menggunakan senjata kimia pertama dalam sejarah

Penggunaan senjata kimia paling awal pernah dicatatkan adalah ketika Perang Peloponnesia pada kurun ke-5 SM, antara Athens dan Sparta dalam tiga fasa.

Ketika tentera Sparta ingin mengepung bandar Athens, mereka meletakkan campuran kayu, belerang dan tar yang menghasilkan asap beracun untuk melumpuhkan penduduk Athens.

Apabila penduduk Athens ingin menyerang balas, keupayaan mereka menjadi lemah secara drastik yang akhirnya Sparta menang dan menggantikan kerajaan Athens dengan Sparta.

Seorang negarawan bernama Solon pula telah menggunakan akar hellebore untuk meracuni air di dalam saluran yang membawa kepada Sungai Pleistos yang mengalir di dalam pusat Greece semasa pengepungan Kirrha, pelabuhan Delphi.

10. Hanya orang tertentu sahaja mempunyai nama pada batu nisan

Wanita Sparta menikmati kebebasan dan kuasa yang lebih berbanding lelaki dan amat dihormati kerana bakal melahirkan tentera yang hebat.

Mereka juga sangat tegas terhadap anak-anak lelaki mereka dan sering berpesan agar "pulang dengan kemenangan atau mati bermaruah".

Sparta menghormati dua golongan ini, jadi mereka hanya menulis nama pada batu nisan wanita yang mati ketika melahirkan anak dan tentera yang terkorban di medan perang sahaja, kerana dianggap telah memenuhi kewajipan kepada Sparta.

Menurut satu menuskrip yang ditulis Plutarch, wanita yang memegang jawatan penting dalam agama juga mempunyai batu nisan yang dituliskan nama mereka.

Ini dibuktikan dengan penemuan dua kubur wanita yang memegang jawatan dalam agama semasa hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Penyakit Diabetes, Hipertensi Dan Hyperlipidaemia 'Menyerang' Generasi Muda Di Malaysia

Penyakit Diabetes, Hipertensi Dan Hyperlipidaemia 'Menyerang' Generasi Muda Di Malaysia

Kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 menganggarkan beban penyakit kronik tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan hyperlipidaemia dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah sangat tinggi.

Penyakit kronik tidak berjangkit (NCD)

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, peratusan penyakit kronik NCD paling tinggi dicatatkan adalah hypercholesterolaemia iaitu sebanyak 47.7 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu diikuti hipertensi (30.3 peratus) dan diabetes (17.5 peratus).

HYPERCHOLESTEROLAEMIA (KOLESTEROL JAHAT)

Beban penyakit hypercholesterolaemia dikalangan golongan muda mengikut kategori umur:
  • 18 hingga 19 tahun (22 peratus)
  • 20 hingga 24 tahun (26.5 peratus)
  • 25 hingga 29 tahun (33.7 peratus)
  • 30 hingga 34 tahun (44 peratus)
  • 35 hingga 39 tahun (49.7 peratus)

Hypercholesterolaemia (FH) adalah sebuah keadaan yang mana kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah menjadi sangat tinggi, bahkan sejak lahir.

Familial Hypercholesterolaemia boleh menyebabkan penyakit-penyakit berkaitan gangguan kolesterol seperti serangan jantung di usia yang sangat muda.

Gangguan tersebut menyebabkan ketidakmampuan tubuh untuk membuang kolesterol jahat dari darah sehingga kadarnya menjadi tinggi.

HIPERTENSI (DARAH TINGGI)

Manakala beban penyakit hipertensi dalam kalangan golongan muda mengikut kategori umur:
  • 18 hingga 19 tahun (6.7 peratus)
  • 20 hingga 24 tahun (9.4 peratus)
  • 25 hingga 29 tahun (13.2 peratus)
  • 30 hingga 34 tahun (15.9 peratus)
  • 35 hingga 39 (23.9 peratus)

Penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit hipertensi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk.

Secara amnya penyakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes telah dikaitkan kepada punca penyakit ini.

Pengidap tekanan darah tinggi lazimnya tidak mempunyai sebarang gejala (simptom) khusus.

Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik.

Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung.

Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal.

DIABETES (KENCING MANIS)

Sebanyak 17.5 peratus atau 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit diabetes dengan peratusan golongan muda yang menghidap penyakit itu mengikut kategori umur:
  • 18 hingga 19 tahun (5.5 peratus)
  • 20 hingga 24 tahun (5.9 peratus)
  • 25 hingga 29 tahun (8.9 peratus)
  • 30 hingga 34 tahun (10.6 peratus)
  • 35 hingga 39 tahun (12.9 peratus)

OBES (KEGEMUKAN)

Kaji selidik itu juga menganggarkan seramai 17.7 peratus rakyat Malaysia mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) obes.

Peratusan generasi muda yang obes mengikut kategori umur:
  • 18 hingga 19 tahun (11.7 peratus)
  • 20 hingga 24 tahun (12 peratus)
  • 25 hingga 29 tahun (18.3 peratus)
  • 30 hingga 34 tahun (17.2 peratus)
  • 35 hingga 39 tahun (20.5 peratus)

Gemuk berlebihan atau obes adalah penyakit yang melanda banyak negara di dunia, terutama negara maju dan makmur.

Malaysia tidak terkecuali dalam masalah ini, malah dari segi statistik, antara negara tertinggi di dunia yang dihuni oleh manusia obes, iaitu di tangga keenam di Asia-Pasifik dan juara di antara negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang mempunyai penduduk paling ramai obes dan menghidap kencing manis.

Satu fakta penting mengenai obesiti, ia adalah penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung, kegagalan sistem perkumuhan, menjejaskan sistem pernafasan, kanser dan pelbagai lagi penyakit lain.

LANGKAH PENCEGAHAN

Kementerian Kesihatan menyedari beban penyakit NCD dalam kalangan golongan muda amat membimbangkan dan memberi fokus terhadap strategi pencegahan dan kawalan NCD pada peringkat awal mengikut Life Course Approach berdasarkan Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit 2016-2025.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Bagaimana Jin Saka Mencari Tuan?

Bagaimana Jin Saka Mencari Tuan?

Sebagaimana yang kita ketahui, jin saka langsung tidak memberi manfaat dalam kehidupan, malah menyusahkan. Biarlah kita hidup dengan aman dan beribadat dengan tenang serta pergantungan yang mutlak kepada Allah semata-mata.

Jin Saka Mencari Tuan
Gambar hiasan.

Apa yang kita harapkan hanyalah keredhaan Allah SWT semasa hidup di dunia dan keamanan di akhirat kelak.

Jin Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia.

Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah atau pembela, maka jin saka mencari perumah atau pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah meninggal.

Proses Perpindahan Saka

Berikut adalah kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut.

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya.

Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru.

Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Firman Allah s.w.t. (Surah al-a'raf: ayat 14-16) yang maksudnya, "Iblis menjawab: 'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.."

Kemudian, saka tersebut akan berpindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru dan kebiasaannya, jin saka tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

Saka juga berpindah kepada anak cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan, khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.

Penerima Jin Saka

Lazimnya, jin saka akan mencari keturunan anak cucu yang ada pertalian darah namun begitu, jin saka juga boleh diterima oleh sesiapa saja walaupun tiada pertalian darah.

Menurut seorang Pendakwah dan Pengamal Perubatan Islam; jin saka sering dikaitkan dengan ilmu dan amalan salah yang melibatkan penggunaan jin atau syaitan yang diwarisi oleh seseorang daripada usulnya, ibu bapa atau datuk nenek ke atas.

Beliau memberi contoh, saka boleh diwarisi oleh seseorang daripada sahabat karibnya, isteri mewarisi daripada suami atau sebaliknya, pekerja daripada majikannya atau sebaliknya seorang pelajar dari pensyarahnya atau sebaliknya, begitu juga doktor daripada jururawat atau sebaliknya.

Seorang jiran mungkin mendapat saka dari jirannya (yang selalu bertandang) dan seorang yang selalu berjumpa bomoh atau pawang, juga boleh mewarisi saka dari bomoh tersebut.

Malah, menurutnya lagi, satu fakta yang mungkin memeranjatkan bagi kebanyakan orang, cara seseorang itu mendapat saka tidak semestinya melalui ilmu dan amalan salah yang melibatkan jin atau syaitan tadi.

Saka secara langsung, boleh terjadi apabila jin atau syaitan itu masuk sendiri ke tubuh manusia tanpa disedari oleh tuan punya tubuh lalu menghuni dan beranak pinak dalam tubuh tersebut, malah boleh berpindah kepada sesiapa yang berdamping dengan orang itu.

Contohnya, perkara begini boleh berlaku apabila terjatuh secara tiba-tiba atau kencing ditempat-tempat tertentu.

Jin juga akan masuk ke dalam tubuh seseorang bukan kerana marah, tetapi kerana suka iaitu "rasa selesa, dapat makan minum dan dapat tempat tinggal".

Saka juga boleh berlaku melalui sihir dan amalan "memagar rumah".

Saka juga boleh berpindah melalui pelbagai cara, antaranya melalui sentuhan tangan sewaktu bersalam, melalui pandangan mata, melalui barang milik peribadi, melalui rumah kediaman dan sebagainya.

Tanda-tanda Ringkas Penerima Saka

Ada beberapa tanda yang boleh dilihat atau dirasai bagi mengesahkan adanya saka:
  • Ada persamaan fizikal dan sifat-sifat antara seorang yang mewariskan saka dengan orang yang menerimanya.
  • Ada persamaan dalam masalah kesihatan.
  • Ada persamaan suhu badan antara orang yang mewariskan saka dengan orang yang menerimanya.
  • Orang yang mewarisi saka menghadapi kesukaran jodoh.
  • Susah mendapat rezeki juga antara tanda adanya saka.
  • Seorang anak yang menerima saka dari ibu bapanya paling sukar untuk serasi dengan ibu atau bapanya itu.
  • Suasana rumah yang tidak harmoni.
  • Menghadapi kesukaran sewaktu sakaratul maut.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: RIAJ

Saturday, July 20, 2019

Kisah Sultan Abdul Hamid II: Benteng Terakhir Umat Islam

Kisah Sultan Abdul Hamid II: Benteng Terakhir Umat Islam

Selepas Sultan Murad V telah gagal melaksanakan Perlembagaan Turki Uthmaniyyah yang pertama disebabkan masalah kesihatan mental, golongan elit reformasi terpaksa menyingkirkan Sultan Murad V melalui fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Al Islam.

Kisah Sultan Abdul Hamid II

Oleh itu, Mihdat Pasha telah menabalkan saudaranya, Sultan Abdul Hamid II sebagai Sultan Turki Uthmaniyyah yang baharu dengan tiga syarat iaitu; melaksanakan Perlembagaan Turki Uthmaniyyah dengan kadar segera, segala keputusan dasar hanya boleh dilaksanakan atas nasihat para wazir dan melantik semula penasihat Istana iaitu Sadullah, Ziya Pasha dan Namik Kemal Bey.

Sultan Abdul Hamid II bersetuju dengan semua syarat diberikan walau bagaimanapun, beliau seorang yang cerdik dan licik tanpa menyedari beliau akan menghapuskan segala undang–undang “taghut” apabila berkuasa kelak.

Pada 31 Ogos 1876, Sultan Abdul Hamid II secara rasminya dilantik sebagai Sultan Turki Uthmaniyyah dengan upacara penyerahan Pedang Osman Bin Ertugrul.

Sultan Abdul Hamid II agak berbeza dengan saudaranya, Sultan Murad V kerana beliau agak konservatif dan amat berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid II tidaklah menolak sebarangan kemajuan teknologi yang dibawa oleh Barat.

Setelah ditabalkan sebagai Sultan, beliau mendapati segala perlembagaan yang diperkenalkan tidak sesuai untuk pemerintahan Islam.

Oleh itu, Sultan Abdul Hamid II bersetuju jika Mihdat Pasha mengubah sedikit isi kandung Perlembagaan Turki Uthmaniyyah.

Antaranya adalah Sultan diberi hak kekuasaan keatas segala dasar, perundangan dan ketenteraan negara seperti yang termaktub dalam Artikel 7, Perlembagaan Turki Uthmaniyyah.

Pada 23 Disember 1876, Sultan Abdul Hamid II secara rasminya mengisytiharkan Perlembagaan Turki Uthmaniyyah yang pertama dengan penubuhan Parlimen Turki Uthmaniyyah.

Perang Turki Uthmaniyyah–Rusia (1877– 1878)

Pada tahun 1877, Rusia telah mengisytiharkan peperangan keatas Empayar Turki Uthmaniyyah dan telah melakukan serangan keatas Balkan, Caucasus dan Anatolia Timur.

Selain itu, penduduk Muslim juga telah dibunuh secara ramai–ramai oleh tentera Rusia setiap kali mereka melalui perkampungan di wilayah tersebut.

Tindakan Rusia telah mencetuskan kemarahan umat Islam sehingga Sultan Abdul Hamid II telah mengisytiharkan seruan jihad fisabilillah keatas Rusia.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli parlimen telah mengkritik tindakan Sultan Abdul Hamid II kerana tidak berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

Pada bulan Januari 1878, Sultan Abdul Hamid II telah meminta gencatan senjata dengan pihak Rusia dan pada bulan Februari 1878, Sultan Abdul Hamid II telah meminta semua ahli-ahli parlimen untuk bersidang bagi menghadapi masalah ancaman tentera Rusia yang semakin menghampiri Istanbul.

Semasa majlis parlimen bersidang, Sultan Abdul Hamid II telah dikritik oleh ahli parlimen kerana pihak kerajaan terlalu lambat bertindak dan ini telah mendatangkan kemurkaan Sultan Abdul Hamid II terhadap Parlimen.

Oleh itu, Sultan Abdul Hamid II telah bertindak untuk memansuhkan Parlimen Turki Uthmaniyyah dan mengembalikan kuasa mutlak Sultan.

Sultan Abdul Hamid II juga berpendapat parlimen tidak memberi apa-apa manfaat malah hanya tahu memberi kritikan kepada pihak kerajaan dibawah pimpinan beliau.

Manakala, Mihdat Pasha telah dihukum buang negeri yang tidak lama kemudian, telah mati dibunuh oleh ejen Sultan semasa dalam buangan di Taif.

Pada bulan Mac 1878, Sultan Abdul Hamid II telah menandatangani Perjanjian San Stefano.

Antara isi kandung perjanjian tersebut adalah mengiktiraf kuasa autonomi Bulgaria dengan penubuhan kerajaan Bulgaria yang pertama pada tahun 1878 dan Rusia bersetuju mengundurkan semua tentera-tentera Rusia yang berada dalam wilayah Rusia kecuali Bulgaria.

Perjanjian ini telah mendapat reaksi dan perhatian daripada kuasa besar Eropah seperti British, Austria–Hungary dan Jerman.

Ini kerana kerajaan Bulgaria yang baharu akan memudahkan pembinaan pangkalan tentera laut Rusia sekali gus akan mengancam kepentingan kerajaan British dan juga kuasa-kuasa Barat Eropah.

Oleh itu, kuasa-kuasa besar Eropah telah mendesak Rusia untuk membuat perjanjian baharu semula.

Rusia yang tidak mampu untuk menghadapi Barat secara bersendirian terpaksa tunduk dengan desakan kuasa-kuasa besar Eropah.

Pada 13 Julai 1878, kuasa-kuasa besar Barat seperti British, Perancis, Austria – Hungary dan Jerman telah menghantar wakil masing-masing untuk berunding kembali mengenai satu perjanjian San Stefano.

Maka, satu perjanjian telah dimeterai antara Empayar Turki Uthmaniyyah dengan Rusia yang disaksikan oleh kuasa Barat.

Perjanjian ini telah memberi kerugian kepada Rusia dengan menyerahkan sebahagian wilayah kembali kepada Empayar Turki Uthmaniyyah, manakala kuasa autonomi Bulgaria telah dikurangkan.

Kesan daripada perjanjian Berlian 1878, Empayar Turki Uthmaniyyah telah kehilangan sebanyak 8% kepada hasil pendapatan negara.

Sultan Abdul Hamid II menganggap perjanjian tersebut merupakan konspirasi kuasa Barat untuk melemahkan kuasa Islam.

Ali Suavi merupakan seorang aktivis politik radikal Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi Barat.

Beliau begitu benci dengan sistem kuasa mutlak Sultan kerana dia menginginkan satu masyarakat yang bebas tanpa satu kekangan pun daripada pemerintah.

Karya-karya beliau juga turut diharamkan oleh kerajaan kerana kritikan tersebut amat berbahaya dan boleh mempengaruhi orang ramai untuk turun melakukan revolusi.

Pada 20 Mei 1878, Ali Suavi dan 250 pengikutnya telah menyerbu Istana Ciragan dengan tujuan untuk membebaskan Sultan Murad V supaya Ali Suavi dapat mengembalikan sistem demokrasi di Turki.

Walau bagaimanapun, percubaan kudeta ini berjaya dipatahkan apabila Ali Suavi dan beberapa pengikutnya telah dibunuh oleh pengawal Istana, manakala Sultan Murad V terpaksa dipindahkan ke Istana Yildiz dimana beliau dikurung dibawah bilik tanah.

Kemudian barulah Sultan Murad V dipindahkan ke Istana Feriye, tempat kediaman Almarhum Sultan Abdul Aziz dengan kawalan yang ketat.

Selain itu, Sultan Abdul Hamid II juga menghadapi masalah penentangan daripada gerakan Young Turks atau dikenali sebagai Kaum Turki Muda.

Gerakan Young Turks sebenarnya telah ditubuhkan oleh pertubuhan rahsia Freemason Turki, menjadi suara lantang dalam mengkritik dasar-dasar pemerintahan autokratik Sultan Abdul Hamid II.

Gerakan Young Turks telah memilih Mesir dan Eropah sebagai pusat gerakan propaganda mereka bagi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II.

Propaganda telah menjadi senjata mereka untuk memburukkan keperibadian Sultan Abdul Hamid II dimata rakyat.

Antaranya adalah menuduh Sultan Abdul Hamid II sebagai seorang paranoid serta gila kuasa dan selain itu, gerakan Young Turks juga menyusup masuk kedalam ketenteraan, bagi memudahkan usaha untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II kelak.

Young Turks

Walaupun tuduhan dan fitnah yang sering dilemparkan kepada Sultan Abdul Hamid II, namun beliau telah banyak melaksanakan projek-projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Antaranya adalah pembinaan bangunan-bangunan yang cantik di wilayah Hijaz terutamanya di Mekah dan Madinah, bangunan kerajaan, markas tentera, hospital dan memperbaiki sistem pengairan yang lebih efisien dan efektif disekitar kota Mekah dan Madinah.

Projek-projek pembangunan juga banyak dibantu oleh Osman Nuri Pasha yang menginginkan wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah terus berkembang maju dan makmur.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemudahan perhubungan dengan membina jaluran telegraf yang lebih meluas ke seluruh wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah.

Sultan Abdul Hamid II juga membina laluan kereta api Hijaz yang menghubung Madinah dan Istanbul bagi memudahkan jemaah haji dapat tiba ke destinasi haji dalam masa yang singkat.

Malangnya, laluan tersebut telah diletupkan oleh ejen British, Lawrence of Arabia ketika Perang Dunia Pertama dan hanya laluan kereta dari Damsyik ke Madinah hanya dapat berfungsi dengan baik.

Penaklukan Perancis keatas Tunisia 1881

Pada tahun 1881, Perancis telah berjaya menawan wilayah Tunisia dari Turki Uthmaniyyah.

Muhammad Al Sadiq III, Bey Tunisia telah bersetuju untuk berada dibawah naungan Perancis dengan syarat Perancis dapat mengaut hasil keuntungan daripada sumber kekayaan Tunisia dan ini telah mencalar reputasi Sultan Abdul Hamid II di mata rakyat.

Begitu juga beberapa ancaman pemberontakan dan beberapa wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah sama ada ditakluki oleh kuasa besar Eropah atau merdeka daripada pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Antaranya adalah penaklukan Greek keatas Thessaly (1881), penaklukan British keatas Mesir (1882) dan Bulgaria menakluki wilayah Rumelia Timur (1885).

Perang Turki Uthmaniyyah – Greek 1897

Pada tahun 1897, peperangan antara Greek dan Turki Uthmaniyyah telah tercetus apabila Greek telah melakukan keganasan di wilayah Turki Uthmaniyyah yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Walau bagaimanapun, Greek telah berjaya dikalahkan oleh tentera Turki Uthmaniyyah dan kekalahan yang memalukan ini telah memaksa Greek memohon kepada Sultan Abdul Hamid II untuk berdamai kerana telah menyebabkan Greek mengalami kerugian yang begitu besar sekali.

Sultan Abdul Hamid II bersetuju untuk berdamai kerana beliau hanyalah ingin mengekalkan keamanan dirantau Balkan.

Beliau tahu sebarang provokasi akan mengundang padah kepada Empayar Turki Uthmaniyyah oleh itu, Sultan Abdul Hamid II lebih memilih cara diplomatik dalam menyelesaikan masalah konflik antarabangsa.

Selain itu, beliau mengekalkan pemerintahan autokratik sama ada cara kekerasan atau halus untuk kestabilan Empayar Turki Uthmaniyyah diambang keruntuhan.

Oleh itu, beliau telah mengekalkan kuasa mutlak Sultan, menubuhkan pasukan polis rahsia dan menyekat kebebasan surat khabar.

Sultan Abdul Hamid II juga mempromosikan ideologi Pan Islam yang menyatukan kaum Muslimin diseluruh dunia dan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Khalifah Umat Islam sedunia.

Bagi mengukuhkan ideologi Pan Islam, Sultan Abdul Hamid II telah menjemput Syeikh Jamaluddin Al Afghani ke Istanbul.

Namun usaha ini telah gagal sehingga Syeikh Jamaluddin Al Afghani telah dikurung di dalam sebuah bilik bawah tanah kerana terdapat perselisihan faham dengan Sultan Abdul Hamid II kerana Syeikh Jamaluddin menginginkan sebuah pemerintahan Islam yang demokratik.

Selain itu, Sultan Abdul Hamid II juga telah meminta bantuan daripada ulama Patani yang terkenal, Syeikh Ahmad Al Fatani untuk menubuhkan syarikat penerbitan buku bagi memastikan segala usaha penterjemahan dan penerbitan kitab-kitab ulama Islam dilakukan dengan mudah.

Walau bagaimanapun, pertemuan antara Sultan Abdul Hamid II dan Syeikh Ahmad Al Fatani masih lagi belum dapat diperdebatkan melainkan perutusan surat diantara satu sama lain.

Syeikh Ahmad Al Fatani juga banyak menulis sejarah riwayat hidup Sultan Turki Uthmaniyyah bermula seawal riwayat hidup Ertugrul Bin Suleyman Shah.

Selain itu, Sultan Abdul Hamid II juga telah mengeluarkan perintah keatas penduduk Islam Sulu agar menyokong kerajaan Amerika Syarikat.

Ini kerana Duta Amerika Syarikat ke Turki Uthmaniyyah, Oscar Straus memohon Sultan Abdul Hamid II agar penduduk Islam Sulu tidak memberontak dibawah pemerintahan Amerika Syarikat.

Selain itu, Sultan Abdul Hamid II juga menghantar duta-duta ke China dan Jepun bagi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Khalifah umat Islam masyarakat Cina Muslim.

Sultan Abdul Hamid II juga mengharap persahabatan dengan Empayar Jepun yang ketika itu telah bangkit sebagai kuasa besar dengan tujuan untuk memastikan tekanan kuasa besar Barat dapat dikurangkan.

Sultan Abdul Hamid II juga mengadakan hubungan yang baik dengan Jerman kerana Jerman ketika itu hanya satu-satunya kuasa besar Eropah yang bermusuh dengan Rusia.

Oleh itu, Kaiser Wilhelm II telah mengadakan lawatan diplomatik sebanyak dua kali ke Istanbul iaitu pada tahun 1889 dan 1898.

Sultan Abdul Hamid II menganggap Jerman merupakan sekutu Turki Uthmaniyyah yang paling dipercayai berbanding British dan Perancis.

Selain itu, Sultan Abdul Hamid II juga memerlukan kepakaran teknologi dari Jerman untuk membantu mempertingkatan keupayaan ketenteraan Turki Uthmaniyyah.

Theodor Herzl merupakan seorang tokoh politik Gerakan Zionis yang terkenal pernah mencuba untuk melobi Kaiser Jerman, Wilhelm II agar memujuk Sultan Abdul Hamid II supaya menjual tanah Palestin kepada Gerakan Zionis.

Theodor Herzl telah menghantar surat kepada Sultan Abdul Hamid II untuk menyatakan niat untuk membeli tanah Palestin dari Empayar Turki Uthmaniyyah.

Sebagai balasan, Gerakan Zionis akan membantu Empayar Turki Uthmaniyyah membayar segala hutang kerajaan.

Sultan Abdul Hamid II telah menolak tawaran tersebut secara keras dengan menyatakan tanah Palestin bukanlah milik beliau tetapi milik rakyat Turki yang diamanahkan kepada beliau untuk menjaga tanah Palestin tersebut.

Gerakan Zionis sedar bahawa Sultan Abdul Hamid II bukan senang untuk dibeli oleh itu, Gerakan Zionis telah membuat satu rancangan untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II dengan menyebarkan propaganda kebencian rakyat terhadap Sultan Abdul Hamid II.

Gerakan Zionis juga membantu Young Turks untuk menyebar propaganda kebencian dikalangan rakyat dengan menggelar Sultan Abdul Hamid seorang yang terkutuk.

Pada masa yang sama, imigran Yahudi secara senyap-senyap memasuki tanah Palestin dimana imigrasi tersebut didanai oleh Gerakan Yahudi dan keluarga Rothschild.

Populasi Yahudi di tanah Palestin semakin bertambah selepas Perang Dunia Kedua.

Masjid Yıldız

Pada tahun 1905, organisasi Dashnak yang merupakan sebuah organisasi pengganas Armenia telah merancang untuk melakukan pembunuhan keatas Sultan Abdul Hamid II di Masjid Yıldız.

Namun begitu, percubaan tersebut telah berjaya dipatahkan kerana Sultan Abdul Hamid II berada di dalam Masjid Yıldız agak lama kerana sedang berbual dengan Syeikh Al Islam.

Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid II telah mengampuni jenayah pengganas tersebut.

Revolusi 1908

Pada tahun 1908, Young Turks telah melancarkan revolusi dimana Sultan Abdul Hamid II terpaksa menurunkan kuasa mutlak kepada kuasa perlembagaan.

Perlembagaan Turki Uthmaniyyah dan Parlimen juga telah ditubuhkan semula pada 24 Julai 1908.

Selepas itu, Young Turks menubuhkan parti politik iaitu “Committee of Union and Progress” (CUP) dan “Liberal Entente”.

Terdapat juga parti-parti politik juga turut ditubuhkan seperti Parti Sosialis Turki Uthmaniyyah dan Al Fatat.

Revolusi 1908 telah menandakan tamatnya pemerintahan autokratik Sultan Turki Uthmaniyyah selama ratusan tahun.

Tidak lama kemudian, Sultan Abdul Hamid II digulingkan pada tahun 1909 dalam satu pemberontakan di Istanbul dan telah dihukum buang negeri ke Salonika.

Pada tahun 1918, Sultan Abdul Hamid II telah mangkat di Istana Beylerbeyi, Istanbul.

Para Sultan dan Khalifah selepas Sultan Abdul Hamid II hanyalah boneka kepada kerajaan Young Turks.

Walau bagaimanapun, ia telah menimbulkan rasa kekesalan dikalangan rakyat kerana mengulingkan Sultan Abdul Hamid II yang selama ini sering mengambil berat mengenai kebajikan rakyat.

Oleh itu, sebuah puisi yang ditulis oleh seorang ahli Young Turks, Rıza Tevfik Bölükbaşi menyatakan rasa kekesalan beliau.

“İstimdad”

Di manakah anda Sultan Abdul Hamid yang mulia?
Adakah lamunan saya sampai ke hadapan anda?
Bangun daripada tidur untuk seketika,
Lihatlah dosa bangsa yang tidak tahu bersyukur ini,

Apabila sejarah akan mengingati nama anda,
Bangsa ini akan mengakui anda betul,
Wahai Sultan yang hebat,
Kami adalah orang yang membuat fitnah,
Padahal Sultan seorang yang bijaksana,

Kami kata Sultan adalah kejam dan gila,
Kami berkata Sultan harus tunduk kepada revolusi,
Kami menuruti godaan syaitan,
Kami mencetuskan huru hara,
Kami yang kurang waras,

Kami telah mengikat benang busuk dengan permata,
Bukan sahaja gila tetapi kami juga biadap,
Kami telah meludah ke penghormatan nenek moyang kita,
Kemudian seorang yang kurang berperilaku,
Kumpulan telah bertunas dan memasuki arena,
Dari manakah semua pengkhianat ini datang?
Betapa malunya mereka!

Mereka telah memecah-belahkan masyarakat,
Mereka telah melakukan kezaliman,
Mereka yang tidak menghormati Sultan,
Sujudlah mereka sebelum ini,
Tablus yang kotor pegawai yang memberontak,
Tidak ada batas bagi mereka yang menderita kelaparan,

Bagi mereka yang telah mengorbankan nyawa mereka,
Kutukan ke atas para penzalim,
Tetapi beliau masih ingat dengan rahmat,
Sekarang bangsa telah menjadi tanah perkuburan,
Setiap orang mempunyai bahagian kutukan,

Hanya sedikit orang yang mendapat keamanan,
Pagi di kota yang hancur,
Kepentingan bangsa ditutup oleh dosa,

Agama semakin dipijak,
Jiwa Turki terus memberontak,
Terhadap Allah dan Rasul,
Rasul kami adalah pemberi syafaat,

Malah dari syurga Rasul memberi syafaat kepada kami,
Bangsa ini telah musnah,
Semoga ia dapat diselamatkan,
Ampunilah kami wahai Padishah.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Kegunaan Dan Manfaat Pokok Pulai, Selain Dianggap Disukai Jin

Kegunaan Dan Manfaat Pokok Pulai, Selain Dianggap Disukai Jin

Pokok Pulai atau di sebut pokok Tombirog di Sabah, merupakan salah satu spesies pokok kayu lembut yang mampu hidup sehingga ratusan tahun dengan mencecah ketinggian sehingga 40 meter dan mempunyai diameter batang antara 140–170cm.

Pokok Pulai berhantu
Pokok Pulai.

Pokok pulai biasanya terdapat di pertengahan lapisan kanopi hutan. Ia mempunya ‘crown’ yang berbentuk pagoda. Batang pokok Pulai mempunyai ‘buttress’ dan permukaan yang bergalur serta berwarna kelabu-gelap.

Walau bagaimanapun, permukaan batang pokok ini adalah licin semasa muda dan akan bertambah kasar dan retak ketika membesar.

Kayu pokok Pulai adalah lembut dan berwarna kuning-pucat. Daun-daunnya berbentuk oval, tebal, berkilat dan berwarna hijau gelap di permukaan atas dan hijau-pucat di permukaan bawah.

Bunga pokok ini amat harum dan berwarna putih. Buahnya berbentuk sepasang ‘pod’ berbulu perang dan mempunyai banyak biji.

Biji-biji pokok Pulai berwarna perang gelap, permukaan licin, berbentuk oval dan leper, serta disebarkan melalui angin.

Kegunaan

Kayu lembut Pulai sesuai digunakan untuk membuat rakit kerana keapungan kayu tersebut. Ia juga digunakan sebagai lantai papan rumah, mancis dan perabot ringan.

Untuk perubatan, lateks kulit batang pokok ini boleh digunakan untuk merawat abses dan bisul.

Habitat

Pokok Pulai adalah sebuah tumbuhan tropika yang sering terdapat di kawasan hutan, paya, bukit, tanah lom atau tanah berpasir setinggi 200 meter.

Pokok pulai tumbuh asli di Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatera, Jawa dan Singapura.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tamantuguproject

Bom Atom Atau Bom Hidrogen, Letupan Mana Paling Kuat?

Bom Atom Atau Bom Hidrogen, Letupan Mana Paling Kuat?

Terdapat dua jenis bom nuklear iaitu bom atom dan bom hidrogen, manakala contoh terbaik penggunaan bom atom apabila lebih 200,000 orang terbunuh apabila Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom atom di Hiroshimo dan Nagasaki, Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada 1945.

Letupan Bom nuklear

Kemusnahan akibat bom atom itu di dua bandar tersebut sangat dashyat sehingga memaksa Jepun untuk menyerah kalah.

Menurut beberapa pakar nuklear, bom hidrogen mempunyai potensi 1,000 kali ganda lebih kuat berbanding bom!

Seorang profesor kejuruteraan nuklear dari Universiti California, Berkeley, AS, Edward Morse berkata, bom hidrogen menyebabkan letupan lebih besar, yang bermaksud gegaran, letupan, kepanasan dan radiasi daripada letupan bom hidrogen mempunyai jangkauan lebih besar daripada bom atom.

Bom atom yang digugurkan di Nagasaki membunuh semua orang dalam radius 1.6 kilometer, manakala jangkauan bom hidrogen adalah sehingga lapan hingga 16 kilometer persegi. Dalam erti kata lain, bom hidrogen membunuh lebih ramai orang.

Pengarah Universiti Institut Keselamatan Nuklear Tennessee, Howard Hall pula menggelar bom hidrogen sebagai “pembunuh bandar” yang boleh membunuh antara 100 dan 1,000 kali ganda berbanding bom atom.

Menghasilkan Gempa Bumi

Ujian bom hidrogen bawah tanah oleh Korea Utara pada tahun 2016 yang lalu telah membuka mata dunia termasuk kuasa besar terhadap senjata itu yang dikategorikan sebagai paling berbahaya

dengan kuasa ledakan melebihi 1,000 kali ganda berbanding bom atom.

Ternyata, senjata berskala besar itu sangat berbahaya dan memberi ancaman kepada seluruh penduduk dunia.

Kemudian, dalam ujian nuklear keenam yang dilakukan oleh Korea Utara pada tahun 2017, ia benar-benar mencapai tahap melampau sehingga menyebabkan berlaku gempa bumi di Kilju, Hamgyong, utara Korea Utara.

Letupan tersebut didakwa lapan kali lebih kuat berbanding bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima semasa Perang Dunia Kedua 1945.

Bom yang digugurkan di Hiroshima sekuat 15 kiloton, manakala di Nagasaki pula dianggarkan sekuat 20 kiloton.

Norsar, pertubuhan pemantau gegaran gempa menyatakan, ujian bom nuklear Korea Utara itu berkekuatan 120 kiloton.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan berlaku gegaran berukuran 6.3 magnitud, 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding ujian yang dijalankan sebelumnya.

Ujian bom bawah tanah itu dipercayai dilancarkan berhampiran sempadan China dan disahkan oleh Jepun dan Korea Selatan sebagai punca berlakunya gempa bumi.

Berbeza dengan bom atom, bom hidrogen berfungsi dengan gabungan unsur lebih ringan ke dalam unsur lebih berat yang kemudian menghasilkan tenaga.

Kedua-dua jenis bom itu juga daripada kelas berbeza. Bom atom menghasilkan tenaga melalui manipulasi konsep pembelahan nuklear, manakala bom hidrogen terhasil daripada evolusi lanjutan teknologi ledakan termonuklear yang menggabungkan proses pembelahan dan pelakuran nukleus.

Berikutan suhu yang sangat tinggi diperlukan bagi membolehkan tindak balas, bom hidrogen yang terhasil turut dikenali sebagai bom termonuklear.

Bom hidrogen turut mempunyai komponen bom atom pada bahagian tengahnya dalam kedudukan struktur dikelilingi litium deuterida iaitu unsur kedua besar digunakan dalam pembuatan bom berkenaan.

Berdasarkan sejarah, bom hidrogen pertama diledakkan Amerika Syarikat pada tahun 1952 di kepulauan Eniwetok di Lautan Pasifik, disusuli ledakan kedua pada tahun berikutnya oleh Soviet Union (kini dikenali Rusia).

Selain dua kuasa besar itu, Britain, Perancis dan China turut bertanggungjawab dalam pembuatan bom hidrogen sehingga kelima-lima negara itu mendapat gelaran Kelab Nuklear iaitu kumpulan negara yang berupaya menghasilkan senjata nuklear.

Soviet Union pula menghasilkan bahan letupan termonuklear digelar `Tsar Bomba' atau Maharaja Bom yang sehingga kini memegang rekod ledakan bom paling kuat dengan kuasa letupan 57 megaton TNT.

Dengan kuasa ledakan itu, bom berkenaan jauh lebih dahsyat jika dibandingkan dengan bom nuklear `Little Boy' yang mengandungi kira-kira 50 kilogram uranium yang digugurkan di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945 dan bom `Fat Man' (enam kilogram plutonium) yang digugurkan ke atas Nagasaki pada 9 Ogos tahun sama.

INFO:

Ujian bom hidrogen mengikut tahun dan lokasi:
  • 1952 - Amerika Syarikat di Eniwetok, Lautan Pasifik.
  • 1953 - 1961 - Soviet Union di Teluk Mityushikha, Kepulauan Artik.
  • 1957- 1958 - Britain di Pulau Christmas, Kiribati dan Pulau Malden di Lautan Pasifik.
  • 1968 - Perancis di Kepulauan Fangataufa, Lautan Pasifik.
  • 1967 - China di Taklamakan and Kumtag dalam wilayah Xinjiang, China.
  • 2016 - Korea Utara di Kilju County, Korea Utara.

Apa Itu Bom Hidrogen?

Mempunyai daya ledakan disebabkan pelakuran nukleus hidrogen dan dalam istilah sains, bom hidrogen mempunyai ledakan yang sangat kuat menerusi tenaga diperoleh ketika atom hidrogen membentuk helium.

Tindak balas pelakuran atom ini menyamai tindak balas yang berlaku di bintang seperti matahari iaitu ketika tekanan graviti yang memaksa atom hidrogen bergabung.

Antara individu bertanggungjawab mengembangkan bom hidrogen ialah J Robert Oppenheimer yang dikenali sebagai bapa kepada bom atom.

Bila bom hidrogen pertama dicipta?

Selepas Soviet Union berjaya meledakkan bom atom pada 1949, Presiden Harry S Truman mengarahkan projek bom hidrogen dimulakan.

Dengan bantuan pakar matematik kelahiran Poland, Stanislaw Marcin Ulam, telah membantu mencipta model bom hidrogen dikenali dengan rekaan Teller-Ulam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian