Selasa, November 26, 2013

Konspirasi Yahudi Disebalik Sambutan Ulang Tahun Ke 50 Pembunuhan JFK


Loading...

Beberapa hari yang lalu, rakyat Amerika menyambut ulang tahun yang ke 50 pembunuhan bekas presiden negera itu, John F. Kennedy. Lima dekad telah berlalu sejak Kennedy mati ditembak pada 22 November 1963 lalu, namun ingga kini kematiannya terus diselubungi misteri termasuk teori-teori konspirasi yang tak pernah kunjung padam.

Pembunuhan JFK

Namun, seorang pemerhati politik Amerika, Mark Glenn mencetuskan teori menggemparkan, Israel berada di sebalik pembunuhan presiden berkarisma itu.

"Bukti kuat menunjukkan bahawa Israel sebagai dalang, ini kerana fakta membuktikan bahawa lobi Israel sangat kuat bukan hanya di Kongres, tapi juga di cawangan eksekutif kerajaan AS serta di dalam badan-badan perisikan," kata Glenn yang dipetik Press TV, Sabtu (23/11/2013).

"Jadi, mudah untuk melihat kengapa ada pihak-pihak yang sangat kuat, yang sangat berminat untuk memastikan bahawa rakyat Amerika tidak akan mengetahui aspek khusus tujuan dasar luar negeri Presiden Kennedy," katanya lagi.

Versi rasmi pihak berkuasa AS, Kennedy ditembak seorang penembak tepat ketika duduk di kereta dengan isterinya, Jacqualine, Gabenor Texas John Connaly dan isterinya, Nellie.

Mereka dikawal konvoi polis dan Secret Service presiden. Kejadian pembunuhan itu berlaku pada hari Jumaat jam 12.30 tengah hari waktu tempatan di kawasan Dealay Plaza, Dallas, Texas.

"Tidak syak lagi, ada unsur-unsur dalam kerajaan AS yang membantu pembunuhan mengerikan tersebut," tutur Glenn.

"Banyak bukti menunjukkan bahawa Israel berada di balik pembunuhan John F. Kennedy serta pembunuhan saudaranya, Robert Kennedy," cetus Glenn tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenai bukti tersebut.

Hingga kini ramai warga AS yang tidak percaya bahawa Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald, yang berdasarkan hasil siasatan polis.

Terlalu mudah kesimpulan mengenai kes ini membuatkan sejumlah orang berspekulasi ada konspirasi jahat yang dilakukan golongan elit pada masa itu untuk membunuh Kennedy.

Sejumlah buku-buku teori konspirasi pun bermunculan. Mereka mempunyai analisis dan fakta mereka sendiri.

Dari video, gambar sehinggalah detik-detik pembunuhan telah dianalisis.

Hasilnya, majoriti rakyat AS percaya, Oswald bukanlah pembunuh tunggal dalam kejadian ini.

Namun sayang, walaupun atas desakan awam, tidak ada siasatan lanjut dalam kes pembunuhan presiden paling kontroversi di abad ke 20.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon