Monday, January 21, 2019

#10YearsChallenge Cara Terbaharu Facebook Curi Data Pengguna?

#10YearsChallenge Cara Terbaharu Facebook Curi Data Pengguna?

Baru-baru ini menjadi satu trend buat warganet berkongsikan dua gambar bersebelahan, membandingkan diri mereka 10 tahun lalu dengan keadaan mereka sekarang dan trend ini dikenali sebagai #10YearChallenge mula menjadi ikut-ikutan oleh warganet di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

10YearsChallenge Curi Data Pelanggan

Tidak terlepas juga selebriti dan orang berpengaruh menyahut cabaran ini lantas menjadikan trend ini satu fenomena di serata dunia.

Bagi anda, mungkin trend #10YearChallenge ini hanya satu perkara yang biasa dimana ianya tidak akan membahayakan diri anda tetapi mungkinkah ada agenda lain di sebaliknya cabaran ini?

Pernahkah anda bayangkan bahawa trend ini merupakan satu ancaman siber yang mungkin akan mempengaruhi kita di masa akan datang?

Menurut Kate O’Neill yang merupakan seorang penulis di Wired, kemungkinan besar trend ini merupakan satu ‘helah’ daripada syarikat-syarikat media sosial untuk melombong data peribadi anda.

Menurut beliau, trend ini mungkin merupakan satu percubaan besar–besaran untuk melatih A.I (Kecerdasan Buatan) mengecam proses penuaan muka manusia.

"Let's just imagine that you wanted to, say, t a facial recognition algorithm on age-relate characteristics.

"You'd ideally want a broad rigorous data set with lots of people's pictur It'd help if you knew they were taken a fixed number of years apart — say 10 years."

Most common rebuttal in my mentions: "That data is alrea available. Facebook's alread all the profile pictures.

"Of course. And I'm not tryin say this is a crisis or that it's inherently dangerous. But ju for fun, let's play this out."

Bagi anda yang suka mengikut trend pastinya anda tidak akan teragak-agak untuk melakukan cabaran ini.

Setelah anda menyahut cabaran ini, pastinya anda akan memuat naik gambar anda dan ini memudahkan A.I untuk melakukan kerja yang ditugaskan kepadanya.

Anda pastinya tidak pernah terfikir bahawa sebenarnya anda memberikan ‘maklumat percuma’ kepada syarikat media sosial untuk digunakan bagi tujuan-tujuan tertentu.

Malah, mungkin trend ini akan membahayakan diri anda kerana penjenayah akan dapat mengecam wajah terbaru anda dengan membuat perbandingan dengan wajah anda yang terdahulu.

Menurut satu kenyataan balas Facebook di Twitter kepada editor Wired, Nicholas Thompson iaitu #10YearChallenge adalah meme yang dihasilkan pengguna yang bermula sendiri tanpa penglibatan pihak Facebook dimana ini merupakan bukti pengguna Facebook seronok dengan cabaran tersebut.

Penafian Facebook akan konspirasi memanipulasi data masih membimbangkan kerana sebelum ini Facebook terlibat dengan skandal menjual maklumat pengguna kepada syarikat lain.

Walaupun ianya sekadar suka-suka, anda perlu sentiasa peka tentang implikasi perkongsian setiap data yang anda kongsi.

Jika tidak, maklumat berkenaan akan digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa pengetahuan anda.

Apa-apa pun, harap anda diluar sana berhati-hati dalam mengikuti apa-apa trend kerana bimbang trend yang menular akan membahayakan serta melanggar privasi anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, January 20, 2019

Sebiji Telur Miliki Jutaan Pengikut Di Instagram

Sebiji Telur Miliki Jutaan Pengikut Di Instagram

Platform laman sosial dikejutkan dengan berita sebiji telur sedang berusaha mengalahkan selebriti dunia, Kylie Jenner dalam persaingan pengikut paling banyak di laman Instagram.

EGG Insta

Kylie Jenner mempunyai 18 juta pengikut sekali gus memegang rekod ‘follower’ paling tinggi di laman Instagram dan bagi memecah tradisi persaingan, sebiji telur diletakkan dalam ‘pertandingan’ itu.

Tidak diketahui siapa pemilik sebenar akaun world_record_egg tetapi sejak ia dibuka pada 5 Januari, ia sudah menerima 2 juta pengikut dan satu-satunya gambar yang dimuat naik, iaitu sebiji telur, menerima lebih 21 juta tanda suka.

Nampaknya bukan hanya selebriti yang mendapat banyak ‘like’ di laman sosial tetapi sebiji telur mempunyai kuasa yang seiring bintang pujaan antarabangsa.

Netizen di seluruh dunia dikatakan menyokong ‘akaun telur’ tersebut untuk menetapkan rekod pengikut terbanyak yang baru.

Nampaknya gaya ‘telur’ ini bakal menang mudah tetapi yang menjadi pertanyaan sekarang ialah, siapa pemilik di sebalik akaun misteri ini.

Adakah anda sudah ‘follow’ akaun ini?

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Brazil Gempar Diserang Ribuan Labah-labah Dari Udara!

Brazil Gempar Diserang Ribuan Labah-labah Dari Udara!

Jika sebelum ini viral berita mengenai cengkerik yang melanda di Tanah Suci Mekah, kini fenomena pelik itu beralih ke Brazil pula apabila ruang udara di Minas Gerias, kawasan timur Brazil di penuhi ribuan labah-labah.

Brazil diserang labah-labah

Memetik laporan The Guardian, fenomena yang jarang melanda itu membuatkan orang ramai tampil berkongsi kejadian tersebut sehingga menjadi viral di media sosial.

Ia turut membawa pelbagai andaian daripada warga internet yang rata-rata bimbang dengan kejadian itu.

Video viral yang dirakam oleh penduduk Brazil, Joao Pedro Martinelli Fonseca ketika dalam perjalanan ke Espirito Santo do Dourado.

Keadaan itu menyebabkan penduduk Brazil menamakan fenomena itu sebagai hujan labah-labah.

Sementara itu, pakar menyifatkan kejadian luar biasa itu berlaku disebabkan peningkatan suhu kering yang mendadak di kawasan tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Bagaimana Cara Mengetahui Kita Kena 'Block' Rakan Di WhatsApp, WeChat Dan Viber

Bagaimana Cara Mengetahui Kita Kena 'Block' Rakan Di WhatsApp, WeChat Dan Viber

Sebelum kami menerangkan cara mudah untuk tahu orang blok kita di aplikasi wechat, whatapps atau yang sewaktu dengannya, ada lebih baik kita mengetahui serba sedikit tentang aplikasi yang popular ini.

Kena block di whatsapp

Dengan evolusi dalam aspek teknologi serta internet, kini kita mempunyai e-mel, telefon mudah alih dan panggilan video.

Aplikasi mesej juga semakin bertambah maju dimana kini ianya membolehkan pengguna untuk menghantar atau menerima audio dan fail video, berbual, membuat panggilan dan menghantar emoji.

Walaupun penemuan ini merupakan sesuatu yang praktikal dan berguna, ia juga telah mendedahkan kita kepada ramai orang, pendek kata semua orang boleh menghantar mesej kepada kita.

Atau, mungkin bekas rakan dan juga rakan yang terlalu mengganggu dan kita tidak mahu berada dalam capaian mereka.

Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan menyekat mereka dalam aplikasi mesej.

Kemungkinan besar juga orang lain telah “block” kita atas sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui oleh mereka.

Adakah anda menyekat seseorang dari WhatsApp, WeChat atau Viber? Atau adakah anda tertanya-tanya cara untuk mengetahui orang yang telah “block” kita di WeChat, Whatsapp dan Viber?

Berikut merupakan cara mudah untuk mengenalpasti seseorang yang telah menyekat kita dalam aplikasi ini.

WHATSAPP

Jika ingin tahu jika anda telah disekat oleh seseorang, terdapat beberapa petunjuk yang boleh membantu.

Salah satu petunjuk ialah anda tidak boleh melihat status “online“, “typing" atau “last seen” yang tertera dibawah nama pengguna Whatsapp tersebut.

Selain itu, anda tidak lagi melihat maklumat terkini atau “update” mengenai beliau atau gambar profil beliau.

Jika anda cuba untuk membuat panggilan kepada orang itu menggunakan Whatapps Call, panggilan tidak dapat disambungkan.

WhatsApp tidak boleh memberitahu jika seseorang telah menyekat anda atau sebaliknya kerana mahu melindungi keselamatan pengguna mereka.

Sebaliknya, jika anda menyekat seseorang dalam WhatsApp, anda juga tidak dapat menghantar mesej atau menghubungi orang itu melainkan anda “unblock” pengguna tersebut.

VIBER

Tidak seperti WhatsApp, tidak ada petunjuk yang jelas jika seseorang telah disekat dari akaun Viber mereka.

Walau bagaimanapun, akan sentiasa ada cara untuk menyemak atau sekurang-kurangnya, spekulasi di atasnya.

Jika seseorang menyekat, anda masih boleh melihat maklumat orang itu di dalam senarai kenalan, tetapi anda tidak akan dapat melihat atau mengikuti kemaskini (update) daripada pengguna tersebut.

Seolah-olah pengguna Viber tersebut tidak lagi masuk dalam akaun Viber atau mungkin tidak aktif.

Bagi penghantaran mesej, anda masih boleh melakukannya tetapi individu tertentu ini tidak akan dapat membaca mesej anda.

Sebaliknya, jika mahu menyekat seseorang daripada Viber, anda boleh berbuat demikian dengan mencari perkataan “Block“ pada tetapan (setting) Viber.

WECHAT

Mulai dikenali pada tahun 2011, WeChat adalah satu lagi pesanan multi-platform dan aplikasi komunikasi yang membolehkan perbualan secara kumpulan, audio, video dan perkongsian foto serta mesej teks.

Jika seseorang telah menyekat anda di WeChat, anda tidak akan dapat melihat “Moments” mereka walaupun anda menyemak profil orang itu dari kumpulan.

Cara paling mudah untuk mengetahui anda disekat atau tidak ialah dengan kaedah berikut:
  • Buka WeChat.
  • Pergi ke bahagian contacts.
  • Pilih seseorang yang dirasakan telah menyekat anda di WeChat.
  • Tekan butang “message”.
  • Taip apa-apa perkataan sesuai.
  • Tekan butang “send.”

Jika pesanan anda disekat atau “rejected by the receiver”, ianya bermaksud anda telah di “block”.

Selain itu, jika cuba untuk menambahkan orang itu ke dalam kumpulan, anda akan menerima mesej yang mengatakan, pengguna (nama orang) decline group invitation.

Satu lagi kaedah untuk memeriksa jika seseorang yang menyekat anda adalah dengan mewujudkan satu kumpulan sekurang-kurangnya 39 kenalan.

Seterusnya, sila periksa mesej automatik, contohnya “Your name requires friend requests. Send a request first. You two can connect when it is accepted."

Jika anda menerima mesej atau pesanan seperti ini, bermaksud orang tersebut telah “block” kita daripada senarai rakan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: infosantai

Ketahui 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tapi Ramai Tak Tahu

Ketahui 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tapi Ramai Tak Tahu

Jika selama ini ramai yang ingat duit KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika memasuki usia 50an, perbetulkan persepsi ini, sebab mungkin ramai yang tak tahu rupanya ada 17 jenis pengeluaran KWSP yang boleh dikeluarkan awal tak perlu menunggu umur nak bersara pun.

Pengeluaran KWSP

Simpanan KWSP boleh dikeluarkan sebelum dan selepas mencapai umur persaraan, untuk membantu penyimpan membuat persediaan sebelum dan semasa persaraan.

Jadi, bagi yang mempunyai simpanan di KWSP dan berhasrat nak keluarkan pengeluarkan tersebut untuk tujuan tertentu, cuba semak jenis-jenis pengeluaran KWSP ini dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut.

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran:
  • Pengeluaran Penuh Akaun 2.
  • Pengeluaran Sebahagian Akaun 2.

Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL).
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

Kesemua Simpanan.
  • Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 dan setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu).
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan).
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan.

Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL).
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

Kesemua Simpanan.
  • Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 dan setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu).
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan).
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan.

Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL).
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Cara-Caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL).
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima).
  • Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan.
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).

Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL).
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta).
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan.
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:
  • Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
  • Bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia.

Cara-caranya:
  • Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja.
  • Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL).
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL).
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta).
  • Bawa Surat Tawaran Belajar.
  • Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal.
  • Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian.
  • Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan).
  • Bawa Borang Temuduga.
  • Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian.
  • Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli dan Dokumen Bukti Pertalian.
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-Caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL).
  • Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen.
  • Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara.
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

9. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Cara-caranya:
  • Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
  • Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan.
  • Kad Pengenalan Diri; MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR); ATAU Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no.
  • Kad Pengenalan Diri); ATAU
  • Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

10. Pengeluaran Membina/Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.

Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-Caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL).
  • Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan).
  • Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun).
  • Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan).
  • Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual/pemilik tanah.
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL).
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL).
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima).
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama/wasi/pentadbir pusaka/waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya:
  • Bawa Sijil Kematian Ahli.
  • Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli, membina rumah.

Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan.

Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).

15. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL).
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan.
  • Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan.
  • Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit.
  • Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit).
  • Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar/Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat).
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli.

16. Pengeluaran Haji

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

17. Pengeluaran Perumahan PR1MA

Pengeluaran ini Membantu Ahli KWSP Memiliki Sebuah Rumah Di Bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Dengan Memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli Sedia Ada Serta Caruman Bulanan Di Masa Depan.

KWSP turut memperkenalkan Permohonan Secara Hassle Free dan dibawah konsep pengendalian permohonan secara Hassle Free, ahli pemegang MyKad yang hadir di kaunter KWSP TIDAK PERLU mengisi borang permohonan bagi pengeluaran berikut:
  • Pengeluaran Umur 50/55/60 & Simpanan Melebihi RM1Juta.
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen/Pesara Pilihan.
  • Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
  • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
  • Keperluan dokumen sokongan bagi pengeluaran di atas tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mingguanwanita

Saturday, January 19, 2019

Ulama Terkenal Meninggal Dunia Diseksa Komunis China

Ulama Terkenal Meninggal Dunia Diseksa Komunis China

Seorang ulama yang paling dihormati dan terkenal dalam kalangan umat Islam Uighur di China, Muhammad Salih Hajim, rupa-rupanya telah meninggal dunia selepas diseksa rejim Komunis. Beliau amat dihormati kerana menjadi ulama pertama yang menterjemahkan Al-Quran ke dalam Bahasa Uighur.

Islam Uighur China

Beliau dilaporkan meninggal dunia selepas dikurung di kem tahanan China selama 40 hari mulai Disember 2017.

Lebih dahsyat lagi, ahli keluarga beliau yang lain turut ditahan secara besar-besaran – termasuklah anak saudara beliau, Nurmemet Hajim yang pernah menuntut di Malaysia dan bekerja di pelbagai pejabat kedutaan.

Selain itu turut ditahan ialah anak perempuan Muhammad Salih Hajim iaitu Nezire Muhammad Salih (guru agama) dan Asiye Muhammad Salih (pensyarah universiti), anak lelaki beliau Nejip Muhammad Salih (petani), dan juga cucu lelaki beliau Imran Tuniyaz.

Tidak ketinggalan, adik beliau iaitu Mehsud Abley Hajim dan isterinya Ayshemqiz turut ditahan manakala anak lelaki sulung mereka kini tinggal dalam buangan di luar negara.

Sebelum ini, telah tersebar secara meluas akan laporan mengenai layanan kerajaan China ke atas Umat Islam berketurunan Uighur – mereka dilayan ibarat pesakit mental di kem tahanan khas untuk mengubah identiti mereka agar menjadi lebih ‘China’.

Langkah ini menyusuli beberapa tindakan seperti kempen ‘anti-Halal’ dan pengubahan demografi penduduk Xinjiang yang majoritinya sebelum ini terdiri daripada Uighur yang beragama Islam kini dibanjiri kedatangan etnik Han China.

Pada Ogos 2018, Jawatankuasa PBB tentang Penghapusan Diskriminasi Perkauman telah melaporkan bahawa seramai satu juta warga Uighur telah ditahan di pusat “anti-keganasan” di China.

Manakala seramai dua juta orang lagi dipaksa menjalani “indoktrinasi kebudayaan dan politik” yang disebut sebagai “pendidikan semula” ke atas mereka agar mentaati rejim Komunis dan mengubah identiti Islam mereka.

Laporan Rukiye Turdush dalam portal Al-Jazeera menyatakan bahawa rejim Komunis China memisahkan anak-anak Uighur secara paksa daripada keluarga mereka dan ditempatkan di sekolah-sekolah khas untuk memaksa mereka mempelajari peraturan Komunis China, mentaati Parti Komunis China, belajar Bahasa Mandarin, dan menghapuskan identiti Muslim serta tradisi Uighur mereka.

Setiap keluarga Uighur turut dipaksa menerima kader Parti Komunis China untuk tinggal di rumah mereka sekurang-kurangnya selama lima hari dalam tempoh setiap dua bulan.

Program ini jelas sekali menceroboh unit keluarga Uighur dan cukup membimbangkan dari segi impaknya ke atas keberadaan umat Islam Uighur di Xinjiang.

Kesemua langkah terdesak ini berpunca daripada kebimbangan China terhadap kebangkitan Muslim Uighur yang semakin berani memperjuangkan hak dan autoriti politik mereka – termasuklah kewujudan puak pemisah Uighur yang memperjuangkan kemerdekaan Xinjiang untuk membentuk negara Turkistan Timur.

Terbaru, tindakan kerajaan Malaysia membebaskan 11 orang warga Uighur yang dikehendaki oleh China telah mengundang bantahan keras rejim Komunis itu.

Perdana Menteri Tun Mahathir sebaliknya mengatakan bahawa keputusan diambil untuk menghantar kesemua warga Uighur ke Turki atas alasan ‘mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan’.

Dari segi politik dan moral, langkah kerajaan menghantar warga Uighur ini ke Turki dan mengingkari permintaan China yang mahu menahan mereka adalah langkah yang tepat sama sekali.

Dengan rekod pembunuhan politik dan hak asasi manusia yang buruk, tentulah China akan mengambil tindakan yang buruk ke atas 11 warga Uighur ini.

Namun begitu, kemudiannya Portal South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa Tentera Laut China akan datang menjalankan latihan di Selat Melaka bersama Malaysia dan Thailand mulai 20 Oktober 2019 ini.

Latihan selama sembilan hari yang berhampiran Port Dickson dan Pelabuhan Klang serta diberi nama ‘Peace and Friendship 2018’ itu akan menyaksikan kehadiran tiga kapal pemusnah dan frigat China, dua helikopter ‘shipborne’, tiga kapal pengangkut pesawat Il-76 serta 692 orang anggota tentera laut China.

Pastinya, tiada apa yang pelik tentang kedatangan tentera China ke Selat Melaka ini jika difahami bahawa Tentera China pernah menjalankan latihan bersama angkatan tentera Malaysia sejak 2014 dan 2015 lagi dengan nama yang sama iaitu ‘Peace and Friendship’ (Keamanan dan Persahabatan).

Malah, latihan tersebut tetap diadakan meski pun sejak 2013 lagi diketahui bahawa kapal-kapal China menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali dan Beting Serupai di perairan Sarawak.

Cuma dalam konteks politik semasa – dalam keadaan Jho Low masih dikatakan bersembunyi di China dan pembantaian China ke atas warga Muslim Uighur masih berlangsung – mungkin ada eloknya jika kedatangan tentera China ke Selat Melaka ini ditangguh atau dibatalkan terus.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

WhatsApp Kini Boleh 'Taip' Mesej Guna Suara

WhatsApp Kini Boleh 'Taip' Mesej Guna Suara

Teknologi arahan suara (voice command) bukanlah satu perkara yang baharu, malah sebilangan dari kita juga sudah terbiasa dengan Siri atau Google Assistant.

WhatsApp Suara

Menerusi fungsi itu, kita boleh mengarahkan peranti melakukan sesuatu seperti membuat carian dan sebagainya hanya dengan menggunakan suara.

Terbaharu, aplikasi sembang WhatsApp menerusi kemaskini 2.19.22 untuk peranti Android turut memperkenalkan fungsi itu.

WhatsApp menambah butang mikrofon pada papan kekunci aplikasi itu membolehkan anda bersuara sahaja sebelum teks ditaip secara automatik.

Secara ringkasnya, anda kini tidak perlu menaip menggunakan jari, sebaliknya hanya perlu bercakap sebelum ia diterjemah dalam bentuk teks oleh aplikasi itu.

Anda juga seharusnya tidak keliru dengan satu lagi mikrofon yang selalu digunakan sebelum ini untuk menghantar pesanan suara (voice note).

Bagaimanapun, fungsi itu masih lagi terhad kerana ia tidak berupaya membaca dan memahami tanda baca selain simbol-simbol biasa seperti koma dan sebagainya.

Menerusi kemas kini 2.19.11 untuk pengguna iOS pula, ia memperkenalkan fungsi 'Reply Privately' yang mana hanya individu tertentu sahaja boleh membaca mesej yang dihantar dalam grup WhatsApp.

Namun, fungsi itu seolah-olah tidak masuk akal kerana ia lebih mudah untuk anda berbalas teks secara peribadi berbanding menggunakan fungsi itu di dalam grup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Januhairy, Sambutan Hari Wanita Mewarnakan Bulu Ketiak

Januhairy, Sambutan Hari Wanita Mewarnakan Bulu Ketiak

Selepas cabaran tidak bercukur bulu ketiak pada November 2018 lalu, wanita seluruh dunia kini meraikan pergerakan 'Januhairy', kononnya ia antara langkah untuk memperkasakan wanita global.

Mewarnakan Bulu Ketiak

Diperkenalkan Laura Jackson, penuntut seni lakonan, ia mula mendapat perhatian ramai di Internet malah, wanita seluruh dunia mula memaparkan diri mereka berbulu ketiak tanpa segan silu menerusi platform media sosial.

Langkah itu katanya untuk membuktikan usaha memperkasakan wanita, yakin dan selesa dengan tubuh masing-masing.

Sama ada Instagram atau Twitter, masing-masing dengan bangga menunjukkan ketiak yang tidak bercukur dengan kreativiti masing-masing.

Malahan ada yang mewarnakan bulu ketiak umpama unicorn termasuk hijau, kuning dan merah.

Pada masa sama, pelbagai reaksi turut diberikan netizen berkaitan gelagat golongan wanita ini, sekali gus menunjukkan tidak semua pihak bersetuju dengan 'Januhairy'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Ibu Terkejut CCTV Berjaya Rakam Hantu Anak Di Dapur!

Ibu Terkejut CCTV Berjaya Rakam Hantu Anak Di Dapur!

Seorang ibu percaya bahawa kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kelibat hantu anak lelakinya di ruang dapur selepas satu entiti dikesan oleh alat pengesan kamera tersebut.

CCTV rakam hantu anak

Ibu kepada dua anak, Jennifer Hodge sedang menonton televisyen bersama anak perempuannya, Lauren, 21, ketika dia menerima notifikasi yang dihantar pada telefon bimbitnya.

Apabila mereka membuka gambar tersebut, mereka ternampak figura seorang lelaki berjambang dan kelihatan seperti ahli keluarga mereka, Robbie, yang meninggal dunia pada usia 23 tahun dua tahun sebelumnya akibat terlebih dos dadah.

Pada mulanya, ejen hartanah berusia 57 tahun itu terkejut dengan apa yang dilihatnya, namun berasa tenang kerana mempercayai ia adalah petanda anak lelakinya berada dalam keadaan tenteram.

Jennifer dari Georgia, Amerika Syarikat berkata, "Memang gila. Saya rasa seperti tidak percaya.

"Saya terbaring di katil untuk menonton TV dengan anak perempuan saya dan baru hendak melelapkan mata.

"Telefon berada antara kami berdua dan saya dapat notifikasi yang memberitahu ada orang di dapur.

"Dia (Lauren) berkata 'Ibu, ada orang di dapur. Ibu, itu Robbie!'

"Dan memang ia nampak seperti Robbie, berjambang."

Mereka berdua berlari ke dapur dan melihat tiada kesan orang pecah masuk ke rumah tersebut.

Jennifer berkata, "Sekarang, saya rasa dia nak sampaikan yang dia bahagia di syurga.

"Ia membuatkan saya tenang, tapi saya masih rasa ia sesuatu yang pelik.

"Kamera kami boleh mengesan pergerakan dan bunyi bising, tapi tiada penceroboh ketika kami berlari ke dapur.

"Saya dan Robbie pernah membuat kebajikan sebelum dia meninggal dunia.

"Kami mengubah perniagaan hartanah kepada aktiviti menyelamatkan nyawa dan menghentikan ketagihannya terhadap dadah."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar