Thursday, November 15, 2018

5 Perkara Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia

5 Perkara Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia

Dalam anda bergembira merancang percutian ke Indonesia, anda harus mengetahui perkara-perkara yang tidak patut anda lakukan disana demi keselamatan dan perjalanan berjalan lancar dan sememangnya Indonesia adalah antara negara yang menjadi tarikan pelancong kerana pelbagai destinasi yang menarik di sana.

Melancong Ke Indonesia
Bali, Indonesia.

Ini adalah perkara-perkara jangan lakukan, yang anda perlu ambil perhatian.

1. Jangan bergurau tentang bangsa, agama dan etnik

Sedia maklum, rakyat Indonesia terdiri dari berbilang bangsa, budaya dan kepercayaan. Jika anda melancong ke negara tersebut, anda haruslah menghormati kepelbagaian mereka dan tidak menghina bangsa atau agama kerana ianya boleh mencetuskan pergaduhan.

Isu berkaitan bangsa dan kepercayaan sesuatu yang sensitif dan tidak harus dipandang rendah.

2. Jangan minum minuman beralkohol atau bermain permainan kad di tempat awam

Buat pengetahuan semua, adalah tidak digalakkan untuk minum minuman beralkohol atau bermain permainan kad yang sering dikaitkan dengan perjudian di tempat awam.

Ini kerana undang-undang di Indonesia masih dipengaruhi oleh prinsip-prinsip Islam. Tapi jika anda bercuti ke Bali, anda dibenarkan melakukan perkara ini.

3. Jangan menyeludup dadah

Dadah adalah perkara serius dan bagi mereka yang tertangkap kerana memiliki dan mengedar dadah, anda boleh dihukum sehingga mati dan ini juga berlaku kepada pelancong antarabangsa.

4. Jangan terlalu bergantung pada kad kredit

Jika anda seorang yang tidak suka membawa wang tunai, ianya akan menjadi satu masalah. Ini kerana jika anda datang melawat ke tempat-tempat yang penuh kebudayaan, tempat yang penuh dengan alam semula jadi, anda memerlukan wang tunai untuk membayar.

Selalunya tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong, untuk bergambar pun perlu bayar, jadi jika anda tiada aliran tunai, mungkin anda akan terlepas peluang bergambar.

5. Elakkan hitchhike

Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia

Ketika berada di Indonesia, anda haruslah berhati-hati ketika seseorang menawarkan anda pertolongan ketika dalam perjalanan kerana mungkin mereka akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan.

Meskipun hitchiking dianggap cool di dalam filem, adalah lebih baik untuk mengelakkannya kerana anda mungkin tidak bernasib baik.

Terdapat beberapa kes dimana pelancong telah dibawa ke tempat lebih jauh dan diugut untuk membayar wang untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Sekiranya anda bakal ke Indonesia, diharap anda dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Fakta Menarik Tentang Zombie

Fakta Menarik Tentang Zombie

Zombi adalah cerita rakyat atau urban legend, diceritakan dari mulut ke mulut yang terkenal di negara barat terutamanya negara Amerika Utara dan Eropah.

Fakta Menarik Tentang Zombie

Di negara kita pula, kisah tentang Zombi telah difilemkan sebagai filem komedi seram yang bertajuk Zombi Kampung Pisang, berlatar belakangkan suasana Kampung Pisang semasa kejadian Zombi berlaku. Filem ini merupakan filem Zombi pertama di Malaysia.

Menurut cerita rakyat, Zombi adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang dipukau sehingga hilang pertimbangan dan kesedaran diri, namun masih mampu untuk bergerak dan bertindak balas terhadap rangsangan di persekitaran.

Mengikut ilmu hitam voodoo yang asal, perkataan Zombi pada mulanya merujuk kepada sumpahan yang dibuat oleh tukang-tukang sihir yang membolehkan mereka untuk mengawal minda seseorang, oleh itu memberi kesan terhadap tindakan-tindakan mereka yang digelar Zombi.

Walau bagaimanapun, disebabkan pengaruh penting voodoo Haiti dan voodoo New Orleans terhadap mitologi ilmu sihir, makna perkataan Zombi ini telah berubah menjadi mayat manusia yang hidup semula secara misteri untuk berkhidmat kepada makhluk ghaib.

Sejak abad ke-19 lagi, Zombi telah meraih populariti yang besar di luar negara, terutamanya dalam cerita rakyat Amerika Utara dan Eropah.

Dalam budaya yang lebih popular, terdapat beberapa bentuk Zombi. Terdapat orang-orang yang dibangkitkan dari antara orang mati oleh sihir atau ritual atau rohnya dikembalikan oleh beberapa peristiwa ghaib seperti dalam filem George Romero atau orang biasa bertukar menjadi kanibal yang ganas yang disebabkan oleh virus seperti dalam filem “28 Days Later” atau filem-filem “Residen Evil”.

Ada yang tidak mempunyai akal fikiran, berwajah seperti raksasa dan yang lainnya licik dan tangkas.

Zombi boleh muncul dalam pelbagai bentuk, sama ada dibangkitkan semula daripada kematian oleh sihir Greek atau dengan bantuan syaitan.

Ketika mula-mula dibangkitkan, ingatan dan personaliti Zombi mungkin masih utuh dan mereka boleh berkelakuan normal seperti manusia biasa selama beberapa hari sebelum mula menjadi ganas, tidak terkawal dan timbul keinginan yang sangat kuat untuk memakan daging manusia.

Sebagai makhluk yang dibangkitkan semula daripada kematian, Zombi mempunyai kekuatan dan ketangkasan yang luar biasa dan kuasa pemulihan semula badan mereka juga sangat cepat.

Dari segi kekuatan, Zombi lebih kuat berbanding manusia dan disebabkan kekuatan yang luar biasa, Zombi dapat mengalahkan manusia dengan mudah, walaupun mereka ini agak lemah berbanding dengan kebanyakan raksasa yang lain.

Dilihat dari sudut kepantasan pula, Zombi boleh bergerak dengan langkah yang cepat dan lebih laju daripada manusia.

Mereka dapat bergerak secara bersahaja melalui hutan, walaupun melalui hutan yang tebal. Zombi mempunyai stamina yang tinggi. Mereka tidak mudah merasa penat walaupun mereka berada dalam keadaan kelaparan yang teramat sangat.

Zombi mempunyai deria pendengaran dan mungkin juga deria penglihatan yang lebih baik berbanding manusia. Ini termasuklah mempunyai deria bau yang kuat.

Selain itu kuasa pemulihan semula Zombi adalah sangat cepat. Walaupun badan Zombi boleh menerima kecederaan dan kerosakan, mereka boleh membaik pulih dari kecederaan mereka dengan cepat.

Badan Zombi juga mampu untuk tumbuh semula jika mengalami kecederaan. Zombi sangat sukar untuk dibunuh semula walaupun mereka boleh dicederakan kerana mereka telah lali pada rasa sakit.

Kaedah untuk menghapuskan Zombi secara amnya melibatkan pemancungan kepala, pancang atau dibakar.

Di samping itu juga, ciri-ciri lain untuk mengenal Zombi adalah melalui kematian tumbuh-tumbuhan. Kehadiran Zombi di sesuatu tempat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan di kawasan mereka layu dan mati kerana Zombi adalah satu bentuk korupsi alam ghaib bagi hukum alam.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Zombi melalui lambakan filem-filem tentang Zombi yang telah banyak diterbitkan pada masa ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kisahseram

Wednesday, November 14, 2018

Apa Sebenarnya Maksud Kecerdasan Buatan?

Apa Sebenarnya Maksud Kecerdasan Buatan?

Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence, juga dikenali sebagai (AI) merupakan kajian kejuruteraan mesin yang mampu melakukan fungsi dengan ciri-ciri pemikiran manusia yang telah bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20, membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan.

Kecerdasan Buatan

Secara ringkasnya juga, Kecerdasan Buatan adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan berkaitan dengan fungsi mesin untuk menyelesaikan masalah yang rumit untuk diselesaikan oleh manusia.

Perkara ini biasanya dilakukan dengan mengikuti atau mencontohi karakteristik dan analogi berfikir manusia dan menerapkannya sebagai algoritma yang dikenali oleh komputer.

Dengan suatu pendekatan yang lebih fleksibel dan efisien bergantung keperluan, akan mempengaruhi bagaimana wujudnya perilaku kecerdasan buatan.

AI biasanya dihubungkan dengan komputer, tetapi juga berkaitan dengan bidang lain seperti Matematik, Psikologi, Kajian, Biologi, Filosofi dan banyak lagi.

Kemampuan untuk mengkombinasikan pengetahuan dari semua bidang ini akhirnya akan memberi manfaat bagi kemajuan dalam upaya mencipta suatu kecerdasan buatan.

Pada awal penciptaan komputer, ia hanya berfungsi sebagai alat mengira sahaja, namun seiring dengan perkembangan zaman, maka peranan komputer semakin mendominasi kehidupan manusia.

Komputer tidak lagi digunakan sebagai alat mengira, malah kini diharapkan untuk melakukan semua pekerjaan yang dilakukan oleh manusia.

Jadi, secara ringkasnya, kecerdasan buatan adalah sebahagian ilmu komputer yang membuatkan mesin mampu melakukan pekerjaan seperti dan setanding manusia.

ISTILAH

AI adalah satu bidang ilmu komputer yang dicipta pada pertengahan tahun 1950-an dan istilah ini telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia.

Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik dan sistem diagnostik.

PENGGUNAAN

Program AI mempunyai banyak aplikasi yang digunakan oleh institusi-institusi kewangan, saintis, ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, perkhidmatan keselamatan dan pelbagai lagi.

Teknik AI juga diterapkan dalam sistem yang digunakan untuk melayari Internet dan program AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu.

Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakar analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik.

Program AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik dan contoh paling terkenal kegunaan AI adalah superkomputer Deep Blue yang mengalahkan juara catur dunia Garry Kasparov pada tahun 1997.

Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat.

Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan.

Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari.

Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh penggubah lagu terkenal.

JENIS AI

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membina kecerdasan buatan buat masa ini. Contoh-contoh utama termasuk:

Algoritma genetik

Menggunakan model berasaskan konsep evolusi (mutasi, perkongsian genetik, keupayaan hidup) untuk menghasilkan penyelesaian termudah untuk sesuatu masalah.

Logik kabur

Menggunakan logik kabur untuk mencapai pilihan optimum, berdasarkan intuisi manusia dan sangat mudah untuk direka.

Rangkaian neural

Dimodel dari interaksi antara neuron sebenar, berkemampuan untuk belajar dari set data-data sedia ada untuk meramal output.

SEJARAH KECERDASAN BUATAN

Aplikasi kecerdasan tiruan (buatan) merupakan proses dimana peralatan dapat melaksanakan kerja dengan menggunakan pemikiran atau kecerdasan seperti manusia.

Tahun 1963, merupakan tahun bersejarah lahirnya beberapa aplikasi kecerdasan buatan.

Seperti Samual yang menulis sebuah program lalu memberikannya nama checker playing program, ia bukan hanya digunakan untuk bermain game, tetapi dicipta untuk belajar dari pengalaman pada permainan sebelumnya.

Pada tahun yang sama banyak ditemui pembuktian theorema (theorem proving) yang mendukung AI seperti logic theorist yang diawal percubaan digunakan untuk membuktikan teori matematik tentang Prinsip Matematik Whiteheat dan Russel.

Theory Gelernter membuktikan pencarian kawasan yang lain dari matematik iaitu geometri. Lalu ada pembuktian dengan abstraksi/eksternal dengan menggunakan objek sebagai pemecah masalah umum.

SEJARAH PENCIPTAAN AI

Sebelum tahun 1963 dan tahun berikutnya menjadi tolak ukur perkembangan sistem pakar.

Sistem Pakar atau expert System merupakan bahagian dari ilmu kecerdasan tiruan/buatan.

Bila diambil dari sejarah sistem pakar berdasarkan tahun, kesimpulan tahun lahir dan perkembangan sistem pakar adalah seperti berikut:
  • Tahun 1943, Post E.L. Membuktikan bahawa masalah komputer dapat diselesaikan dengan aturan IF-THEN.
  • Tahun 1961, General Problem Solver (GPS) oleh A. Newel dan H. Simon. Sebuah program yang dibangunkan untuk menyelesai masalah mulai dari games sehingga kepada matematik.
  • Tahun 1969, Dendral. Dibangunkan di Stamford University atas permintaan Nasa (Buchanan dan Feigenbaum) untuk melakukan analisisis kimia terhadap keadaan tanah di planet Marikh.
  • Tahun 1970, MCYN. Dibuat untuk mendiagnosa ubat-ubatan oleh Buchanan dan Shortliffe.
  • Tahun 1982, R1/XCON. Dicipta oleh saintis di Carnegie Melon University (CMU), merupakan sistem pakar pertama yang dibuat.

MAMPUKAH AI MENGGANTIKAN MANUSIA?

Oleh kerana bidang ini masih baharu berbanding cabang-cabang sains lain, masih tiada jaminan cara mana akan boleh menghasilkan AI sebenar (true AI); yang mampu meniru 100% cara manusia berfikir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | umardanny

Stan Lee, Pencipta Watak Marvel Meninggal Dunia

Stan Lee, Pencipta Watak Marvel Meninggal Dunia

Pencipta watak Spider-Man, Iron Man dan Hulk, Stan Lee, meninggal dunia pada usia 95 tahun, namun anak perempuannya, J.C. Lee tidak memaklumkan punca kematian bapanya, yang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai.

Stan Lee Meninggal Dunia
Stan Lee (1922-2018).

Stan Lee (lahir sebagai Stanley Martin Lieber, 28 Disember 1922 – 12 November 2018) ialah seorang penulis dan penyunting buku komik berbangsa Amerika Syarikat, bekas presiden dan pengerusi syarikat Marvel Comics.

Bersama beberapa orang pelukis ternama, khususnya Jack Kirby dan Steve Ditko, beliau mencipta watak Spider-Man, Fantastic Four, X-Men, Iron Man, Hulk, Thor, Daredevil, Doctor Strange dan banyak lagi watak-watak cereka, sambil memperkenalkan watak-watak yang rumit dan naturalistik ke dalam karya-karya komik bergenre adiwira.

Selain itu, beliau pernah mengetuai cabaran terulung yang berjaya melawan pertubuhan penapisan komik yang amat tegas, iaitu Comics Code Authority, sekali gus memaksa pertubuhan tersebut memperbaharui dasar-dasarnya.

Selepas itu, Stan Lee menerajui peluasan Marvel Comics dari sebahagian kecil syarikat penerbitan lain, menjadi sebuah multimedia gergasi.

Stan Lee telah mengumumkan bahawa beliau menghidap penyakit radang paru-paru sejak awal tahun 2018 dan pernah digegaskan ke hospital pada awal Februari kerana sesak nafas dan denyutan jantung tidak tetap, namun jurucakap mengatakan beliau berkeadaan baik.

Superhero

Stan Lee juga sering membuat penampilan cameo dalam filem-filem Marvel seperti X-Men, Spider-Man, Hulk, Fantastic Four, Iron Man, Thor, Captain America dan Guardians of the Galaxy.

Ketika menjawab pertanyaan salah seorang audiens di Alamo City Comic Con, beliau menceritakan secara ringkas bagaimana karekter Spider-Man dicipta.

Pada awalnya, idea tersebut telah ditolak mentah-mentah oleh penerbit sebelum ia menjadi salah satu superhero yang terkenal di dunia.

Biografi Stan Lee

Ayahnya bernama Jack Lieber dan ibunya Celia, dan dimasa kecilnya ia sangat terpengaruh dengan kisah-kisah hero karya Errol Flynn.

Usai tamat pengajian, Stan lee pada ketika itu berusia 16 tahun bergabung dengan WPA Federal Theatre Project dan dengan bantuan pakciknya, dia bekerja sebagai pembantu di Timely Comics, sebuah divisyen komik dari penerbit Martin Goodman’s.

Tugas Stan Lee adalah menulis surat, mengasah pensil dan memadam goresan gambar-gambar yang sudah dilukis, namun dia memiliki kemahuan yang kuat untuk mencipta sendiri kisah komiknya.

Menggunakan Nama Stan Lee

Pada tahun 1941, Stan Lee berjaya menjadi pengisi teks untuk Captain America; Foils the Traitor’s Revenge.

Ketika itu dia menggunakan nama pena Stan Lee, kependekan dari namanya yang kemudian kekal sehingga pada saat kematiannya.

Komik Pertama

Dalam biografi Stan Lee, diketahui bahawa komik pertamanya bertajuk Destroyer, yang diterbitkan pada buletin Mystic Comics pada edisi bulan Ogos 1941.

Dan ketika rakan sekerjanya, Jack Kirby, meninggalkannya, Stan Lee menjadi editor di penerbitan Goodman. Ketika  itu dia baru berusia 19 tahun.

Setahun kemudian Stan Lee memasuki tentera darat, apabila AS terlibat dalam Perang Dunia II dan bertugas dalam Signal Corps yang bertugas membuat laporan, membuat filem, slogan dan lain-lain.

Stan Lee dan Jack Kirby, Marvel Comic

Pengalamannya menjadi tentera inilah yang mencetus imaginasi kreatifnya. Stan Lee bersama rakannya, Jack Kirby, menubuhkan syarikat Marvel bersama Martin Goodman.

Pada mulanya, karya-karya DC Comics berjaya menguasai pasaran, namun Stan Lee yang masih bekerja sebagai penerbit Goodman mempunyai ideanya sendiri.

Isterinya, Joan Clayton Boocock, yang dikahwininya pada tahun 1947, mencadangkan kepada Stan Lee untuk menerbitkan idea-ideanya sendiri dan dari situlah dia kemudiannya mengajak Jack Kirby untuk merealisasikan karya mereka sendiri.

Mencipta Karakter Superhero Marvel

Kisah pertama yang mucul dari Marvel adalah Fantastic Four, bersama Kirby, Stan Lee juga mencipta Hulk, Iron Man, Thor dan X-Men.

Dia juga bekerjasama dengan Bill Everett yang akhirnya mencipta Daredevil dan bekerjasama dengan Steve Ditko, yang berjaya dengan cerita Doctor Strange dan Spider-Man.

Bersama Marvel, Stan Lee membuat revolusi komik pada dekad 60-an. Komik-komik Marvel dikenali memiliki ciri khusus berbanding komik keluaran DC. Ketika itu, ramai peminat mula beralih kepada komik keluaran Marvel.

Mereka tertarik dengan gaya penuturan dan penokohan karakternya dan dalam proses kreatifnya, Stan Lee selalu berbincang dengan ramai pelukis sebelum membuat sebuah kisah.

Dia hanya tertarik dengan garis cerita yang akan diangkat oleh pelukis dan inilah yang membuatkan pelukis komik merasa bebas berkarya di Marvel.

Stan Lee tahu bahawa komik memiliki pengaruh yang cukup efektif dan boleh digunakan untuk kempen.

Dia pernah menggunakan komik Spider-Man untuk kempen anti penyalahgunaan dadah dan kempen anti-rasis.

Penghargaan Terhadap Stan Lee

Atas dedikasinya pada dunia komik, Stan Lee telah dianugerahkan banyak penghargaan. Namanya pernah tercatat dalam Will Eisner Comic Book Hall of Fame pada tahun 1994 dan The Jack Kirby Hall of Fame pada tahun 1995. Dia juga telah mengasaskan beberapa buah yayasan sebagai bentuk solidariti sosialnya.

Stan Lee Superhero

Hampir semua komik ciptaan Stan Lee telah diangkat ke dalam filem di Holywood, seperti X-Men, Avengers, Iron Man, Thor, Daredevil, Batman, Captain Amerika dan semuanya menjadi box office.

Menjadi Figura Dalam Filem

Stan lee cameo

Satu hal yang menarik adalah, Stan Lee selalu tampil dalam filem Marvel sebagai figura atau cameo, kini ia akan menjadi superhero dalam komik terbarunya.

Spider-Man atau Spiderman?

Sering kita temui adanya perbezaan dalam penulisan superhero labah-labah ini. Kadang-kala ada yang menulis Spider-Man atau Spiderman.

Sebenarnya, ejaan rasmi adalah Spider-Man dengan adanya kata penghubung. Stan Lee memasukkan tanda baca ini agar pembacaan Spider-Man dengan Superman berbeza di media cetak.

Jadi, bagaimana Stan Lee berusaha mewujudkan karekter Spider-Man?

Katanya, “With great power comes great responsibility.”

BACA INI JUGA:

sumber: biografiku | wikipedia

11 Jenis Pokok Yang Biasanya Berhantu!

11 Jenis Pokok Yang Biasanya Berhantu!

Tahukah anda di manakah tempat yang menjadi rumah kediaman hantu? Pada kebiasaannya, rumah kosong atau rumah yang telah lama ditinggalkan sering dikaitkan dengan tempat yang menjadi kesukaan hantu, namun begitu, selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.

Ada beberapa jenis pokok yang menjadi tempat kesukaan untuk hantu atau makhluk halus bertenggek di atas dahan pokok tersebut.

Selain itu, ada juga pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus dan ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong. Mungkin ada di antara kalangan pembaca yang pernah terserempak dengan pontianak atau makhluk lain yang sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Justeru itu, mari kita kenali apakah jenis-jenis pokok yang sering menjadi tempat tinggal makhluk halus atau hantu-hantu ini.

Berikut merupakan antara jenis pokok yang sering dikatakan dihuni oleh makhluk halus atau dijadikan sebagai tempat mereka bermain.

Jika tidak dihuni sekalipun, mungkin pokok itu sekadar dijadikan sebagai tempat persinggahan melepaskan lelah setelah seharian bergentayangan dan mengganggu manusia.

1. Pokok Ara

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Sekilas pandang, pokok ara hampir serupa dengan pokok beringin dan merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

2. Pohon Beringin

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pohon beringin adalah tempat tinggal genduruwo, terutamanya pohon beringin yang sudah tua dan berjanggut dengan akar-akarnya yang tergantung dari atas pokok.

Jika ada orang yang mematahkan akar beringin yang berjuntai itu dan kebetulan ada genderuwo yang tinggal di situ, makhluk ini akan marah dan akan membuatkan orang tersebut jatuh sakit.

Jika tidak diubati dengan segera oleh orang yang arif tentang makhluk halus maka nyawa akan menjadi taruhannya.

3. Pokok Kekabu

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak. Buah kekabu biasanya dijadikan sebagai isi bantal dan tilam setelah kulit buah kekabu dan bijinya dibuang.

4. Pokok Ciku

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok ciku adalah tempat tinggal pontianak dan genderuwo. Sebaik-baiknya cuba elakkan dari melalui pokok ini jika sudah memasuki waktu Maghrib kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.

Yang pasti, buah ciku sangat sedap. Rasanya manis melekat!

5. Pokok Saga

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok saga adalah pokok yang sangat besar, rendang dan tinggi, malah pokok saga yang telah tua memberi impak yang sangat menyeramkan.

Oleh itu, ia memang sesuai menjadi tempat tinggal hantu namun begitu, tidak dapat dipastikan hantu apa yang menghuni pokok saga tetapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.

6. Pokok Asam Jawa

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok asam jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau pontianak terutamanya pokok asam jawa yang telah matang dan umurnya sudah mencecah bertahun-tahun.

7. Pokok Bacang

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok bacang biasanya dijadikan sebagai tempat bermain oleh toyol. Buah pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma bentuk buah bacang lebih bulat dan mempunyai serat yang lebih banyak.

8. Pokok Sukun

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok sukun biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

9. Pokok Pisang

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok pisang terutamanya pisang yang berkumpul serumpun merupakan tempat tinggal pontianak dan pocong.

10. Pokok Buluh

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok buluh adalah salah satu pokok yang disukai oleh pontianak dan akan dijadikan sebagai tempat tinggalnya.alan yang saya lalui itu adalah jalan yang lurus.

11. Pokok Nangka

Pokok Yang Biasanya Berhantu

Pokok nangka turut dipercayai menjadi tempat tinggal hantu. Sekiranya di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang dinyatakan di atas, elakkan berjalan di bawah pokok-pokok tersebut pada malam hari.

Kepercayaan

Namun, jika terpaksa juga melalui pokok-pokok tersebut, anda disarankan untuk membaca doa dan ayat-ayat pendinding diri agar terhindar dari sebarang gangguan makhluk-makhluk halus.

Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana ini hanyalah kepercayaan orang dulu-dulu.

Orang-orang tua juga selalu berpesan supaya jangan sesekali bermain atau kencing di bawah pokok atau berhampiran dengan pokok-pokok yang telah disenaraikan di atas kerana dikhuatiri tersampuk.

Percaya atau tidak terpulang kepada anda namun jika ianya benar, hanya perlindungan daripada Allah yang diminta agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.

p/s: artikel ini adalah untuk pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kisahseram

Tuesday, November 13, 2018

5 Sebab Kenapa Anda Wajib Dilindungi Insuran Nyawa

5 Sebab Kenapa Anda Wajib Dilindungi Insuran Nyawa

Dalam kehidupan yang sentiasa berubah dan tidak menentu, adalah penting bagi kita untuk melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan.

Insuran Nyawa

Namun begitu, masih lagi ramai orang di Malaysia yang tidak merperlihatkan kepentingan insurans nyawa dalam perancangan kewangan mereka.

Menurut laporan 2012/2013 Protection Gap Study yang dikaji oleh Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), hanya sebanyak 56% orang di Malaysia yang dilindungi oleh insurans nyawa.

Seandainya anda belum lagi dilindungi ataupun ingin mengetahui lebih banyak informasi berkenaan insurans nyawa dan liputannya, di sini 5 perkara anda perlu tahu mengenainya.

1. Apakah liputan insuran nyawa di Malaysia?

Sebagai permulaan, polisi insuran nyawa adalah satu kontrak di antara syarikat insuran dan pemegang polisi, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan pembayar akan mendapat pembayaran balik dalam sekali gus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada benefisiarinya selepas kematian pembayar.

Pada masa kini, kebanyakan insuran nyawa juga menyediakan pampasan Hilang Upaya Kekal (atau TPD) untuk melindungi pemegang polisi dan keluarganya sekiranya pembeli insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan.

Salah satu kelebihan insuran nyawa ialah manfaat selepas kematian untuk kesemua jenis insuran nyawa adalah bebas cukai.

2. Kenapa anda memerlukan insuran nyawa?

Untuk mengenalpasti sama ada anda memerlukan insuran nyawa, anda seharusnya mempertimbangkan hakikat yang paling teruk sekiranya berlaku sebarang kecelakaan.

Sekiranya anda meninggal dunia keesokan hari, adakah keluarga kesayangan anda akan dilindungi dari aspek kewangan?

Sekiranya keluarga anda akan menghadapi kesusahan dari segi kewangan selepas pemergian anda, maka jelaslah anda memerlukan insuran nyawa. Manfaat selepas kematian akan menggantikan pendapatan anda dan juga membantu keluarga anda menangani keperluan kewangan yang lain.

Adakah anda pasti keluarga anda berupaya untuk membayar perbelanjaan terakhir anda seperti perbelanjaan perubatan, perbelanjaan pengebumian, cukai, hutang dan bayaran penguaman?

Adakah mereka berupaya untuk membayar pembiayaan rutin seperti sewa, pinjaman perumahan, makanan, pakaian, pengangkutan dan pembiayaan kesihatan, sekurang-kurangnya di tahap awal?

Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang?

Dengan pemergian anda, adakah pasangan anda dapat mempunyai wang yang secukupnya untuk tujuan pendidikan tinggi anak anda ataupun untuk tujuan persaraan?

Adakah anda juga beringin untuk meninggalkan sesuatu untuk anak atau cucu anda?

Polisi insuran nyawa di Malaysia adalah paling sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan, maka ia tidak wajib bagi kanak-kanak ataupun persara yang tiada sumber pendapatan atau ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan.

Liputan insuran nyawa akan memastikan orang kesayangan anda terus dibiayai secara kewangan jikalau anda tiada lagi ataupun hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan.

Keluarga anda akan mendapat kepastian bahawa kualiti kehidupan mereka tidak akan terjejas dengan perlindungan insuran sepenuhnya.

Tambahan pula, anda berhak menuntut pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun untuk sumbangan anda terhadap insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

3. Jenis-jenis polisi insurans nyawa

Jenis-jenis polisi insuran nyawa

4. Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan?

Insuran nyawa khasnya adalah untuk melindungi anda seumur hidup, maka ia adalah mustahak untuk anda membuat penyelidikan dan mempertimbangkannya dari semua aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli insurans tersebut.

Berikut adalah beberapa faktor yang seharusnya dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli polisi insuran yang terbaik di Malaysia dan juga bersesuaian dengan keperluan anda:

(a) Matlamat kewangan

Anda harus mengenal pasti matlamat kewangan anda sebelum memilih polisi insuran yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Insuran nyawa bukan sahaja untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan selepas anda meninggal dunia, ia juga boleh membantu anda mencapai matlamat-matlamat lain.

Anda mungkin mengharapkan pembayaran manfaat kematangan untuk pesaran anda, untuk pembiayaan pendidikan luar negara bagi anak anda, ataupun salah satu cara untuk anda meringankan bebanan cukai seiring dengan peningkatan tanggungjawab keluarga anda.

Apa jua matlamat anda, ia mempunyai pengaruh besar dalam menentukan polisi insuran nyawa yang paling sesuai untuk anda.

(b) Kos premium

Walaupun insuran nyawa dibeli untuk membantu anda merealisasikan matlamat kewangan dan melindungi keluarga anda, harga premium seharusnya berpatutan dengan kemampuan anda.

Membayar premium yang terlalu mahal boleh menyebabkan pembayaran polisi anda tertunda dan akhirnya mengakibatkan krisis kewangan.

Menurut perancang kewangan, premium insuran anda harus merangkumi 6% sahaja dari jumlah pendapatan anda. Contohnya, jika pendapatan anda adalah RM5,000, maka premium insuran bulanan sepatutnya tidak melebihi RM300.

Sepertimana apabila anda membeli apa jua, anda mesti membuat semakan terdahulu apabila membeli polisi insuran nyawa supaya dapat memilih polisi yang terbaik dan berpatutan.

(c) Nilai polisi

Sebenarnya, proses menentukan jumlah insuran nyawa yang anda perlukan tidak perlu rumit.

Andaikan anda seorang profesional berumur 30 tahun yang telah berumahtangga dengan seorang anak, berikut adalah anggaran jumlah nilai insuran nyawa yang anda perlukan:

Nilai polisi Insuran

Anda boleh berbincang dengan wakil ejen insuran anda berdasarkan tiga langkah yang berikut untuk menentukan jumlah polisi insurans yang perlukan hari ini untuk melindungi keluarga anda.

5. Memilih polisi insuran yang sesuai

Memilih insuran nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan. Insuran nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang.

Seperti mana dijelaskan, insuran nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insuran anda.

Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insuran nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insuran nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda.

Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000.

Polisi insuran

Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.

Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insuran nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.

Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi.

Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa. Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insuran nyawa anda perlu mencerminkannya.

Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak.

Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insuran nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.

Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang namun, polisi insuran nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Benarkah Saka Roh Nenek Moyang? Bagaimana Ia Diwarisi?

Benarkah Saka Roh Nenek Moyang? Bagaimana Ia Diwarisi?

Istilah saka mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Ada yang melenting bila dikatakan mewarisi saka dan ada yang menerimanya dengan hati terbuka, namun ramai yang tertanya-tanya benarkah ianya wujud dan tidak kurang juga yang tersalah faham tentang istilah ini.

Saka Roh Nenek Moyang
Gambar hiasan.

Saka dimaksudkan sebagai leluhur (keturunan) daripada sebelah emak; manakala saka baka pula ialah leluhur daripada kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa.

Dikalangan pengamal perubatan tradisional dan komplementari, saka merupakan istilah yang digunakan untuk makhluk halus (jin dan syaitan) yang diwarisi dari keturunan.

Konsep saka ini bukan hanya terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu sahaja, tetapi juga dikesan dalam beberapa bangsa lain dengan istilah yang berbeza.

Sebagai contoh di Sudan, ia dikenali sebagai mangu, iaitu semangat atau roh yang diwarisi dari ibu dan bapa.

Di Sri Lanka, ia dikenali sebagai mala yakā (the inferior spirit of a dead ancestor).

Dalam masyarakat Cina, India dan masyarakat Orang Asli pula, mereka percaya bahawa roh nenek moyang yang tidak disemadikan dengan sempurna akan kembali mengganggu anak cucu.

Dalam Al-Quran, memang tiada istilah saka digunakan, tetapi perbuatan meminta perlindungan dari jin dan syaitan, atau menjadikannya sahabat, khadam, pendamping ada dinyatakan dalam surah Al-Jinn ayat 6.

”Dan bahawa sesungguhnya adalah beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

Apabila manusia memohon perlindungan dari jin atau syaitan, maka mereka akan segera datang untuk menyesatkan anak Adam.

Ada yang datang dan memasuki hati manusia lalu menimbulkan perasaan was-was, benci, dendam dan permusuhan antara manusia.

Kebiasaannya, jenis sebegini datang silih berganti dan keluar dari tubuh manusia.

Namun, di sana, terdapat jenis jin dan syaitan yang akan tinggal berdampingan dengan manusia, menjadi qarin dan sahabat manusia, tinggal dalam tubuh manusia, makan, minum dan kencing dalam tubuh dan kediaman manusia.

Jenis ini bukan sahaja menimbulkan penyakit pada hati dan rohani, malah akan turut menyakiti tubuh jasmani manusia. Ia juga akan turut mengganggu anak cucu dan pasangan seseorang setelah kematian orang itu.

Makhluk ini bukanlah diwarisi secara sukarela, tetapi mereka berpindah kepada keturunan berikutan dendam kesumat mereka kepada anak Adam. Inilah makhluk halus yang dipanggil saka dalam kalangan masyarakat Melayu.

BAGAIMANA SAKA DIWARISI?

Makhluk jin dan syaitan ini datang mendampingi manusia melalui beberapa cara. Ada sesetengahnya berlaku dengan disengajakan dan ada yang berlaku tanpa disedari dan tanpa kerelaan kita.

Pewarisan saka secara sedar biasanya dilakukan melalui upacara tertentu seperti akad atau melalui pewarisan sesuatu barang yang menjadi simbol perjanjian antara mereka seperti keris, barangan kemas, barang hiasan tembaga dan atau apa sahaja yang menjadi milikan tuannya.

Sekiranya seseorang waris menolak pewarisan khadam ini, maka makhluk ini akan menimbulkan gangguan kepada waris tersebut berupa penyakit-penyakit misteri.

Gangguan juga boleh berlaku sekiranya tuan punya khadam atau warisnya melanggar pantang larang perjanjian seperti tidak menyediakan jamuan (ancak) atau tidak mengasapkan senjata dengan kemenyan pada waktu tertentu dan sebagainya.

Ada ketikanya gangguan saka ini berlaku tanpa disedari. Ini berlaku kerana keghairahan kita mengejar kehebatan dan ganjaran dunia tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

Antaranya ialah melalui:

1. Ilmu dan amalan kebatinan yang menyeleweng

Seseorang yang menuntut ilmu kebatinan seperti ilmu kebal, ilmu ghaib, ilmu seri muka dan seumpamanya akan mempunyai risiko diganggu makhluk halus.

Makhluk halus ini datang kerana upacara yang dilakukan oleh pengamal tersebut melalui pelbagai amalan tertentu seperti bertapa, bacaan mantera atau ayat-ayat tertentu dalam waktu tertentu, amalan pati geni dan sebagainya.

Mungkin semasa hayatnya, tiada apa-apa berlaku tetapi, menjelang akhir hayatnya, terutama ketika sakaratul maut, makhluk halus ini akan menagih balasannya. Selepas meninggal, saka ini akan mencari keturunannya pula.

2. Khidmat rawatan menggunakan makhluk halus

Seseorang yang mendapatkan rawatan dari perawat yang menggunakan makhluk halus sebenarnya telah membuka ruang kepada khadam perawat tersebut untuk memasuki dan menyerap dalam tubuhnya.

Rawatan ini biasanya melibatkan upacara yang aneh dan pelik seperti menurun, main puteri, tok bageh, bedah batin, ulek mayang, alin telur dan yang seumpamanya.

Begitu juga perbuatan menggantung atau menyimpan sebarang tangkal, azimat, wafaq atau barang berpuja yang dibekalkan oleh perawat tersebut boleh mengundang gangguan kepada diri dan kediaman mangsa.

3. Memagar atau mendinding rumah dengan cara yang berlawanan syariat

’Harapkan pagar, pagar makan padi’. Begitulah perbuatan memagar kediaman dengan cara yang salah. Ia sebenarnya menjerumuskan penghuni kediaman kepada gangguan makhluk halus.

Ini kerana yang ditugaskan untuk menjaga rumah bukanlah malaikat tetapi makhluk-makhluk halus yang lambat laun akan menjahanamkan keharmonian rumahtangga.

Apabila tuan rumah meninggal dunia, makhluk yang menjaga rumah tersebut tetap mendiami rumah tersebut dan menimbulkan gangguan kepada penghuni dan keturunannya.

4. Menyimpan barang-barang berunsur khurafat

Seseorang yang menyimpan barangan yang pernah menjalani suatu upacara khusus seperti keris yang dipuja, tombak yang dimandikan darah; atau batu permata yang dikatakan diambil dari alam ghaib; atau barang perhiasan seperti tepak sirih yang diwarisi dari pengamal ilmu-ilmu khurafat; atau barang kemas yang diwarisi secara turun temurun dengan syarat-syarat tertentu, maka besar kemungkinan ianya boleh menimbulkan gangguan misteri.

Barangan tersebut biasanya dihuni dan dijaga oleh makhluk halus ini.

BENARKAH SAKA ITU ROH NENEK MOYANG?

Ramai orang tersalah anggap tentang makhluk saka ini. Mereka menyangka bahawa ianya adalah roh ibu bapa atau nenek moyang yang telah meninggal dunia.

Sebenarnya, anggapan sedemikian sangat silap dan meleset. Apabila seseorang meninggal dunia, rohnya akan dibawa ke alam barzakh, iaitu alam yang memisahkan antara hidup dunia dengan kehidupan akhirat kelak.

Roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali semula ke dunia sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mu’minun ayat 99-100:

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.”

Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah tidak akan sesekali membenarkan roh orang yang telah mati terutamanya roh orang yang kufur untuk kembali ke dunia.

Jikalau benar roh-roh ini dibenarkan kembali, nescaya mereka tidak akan membuang masa untuk mengganggu anak cucu tetapi mereka pasti akan ke rumah ibadah untuk beribadah dan melakukan pelbagai lagi amalan soleh sebagai bekal untuk pulang semula ke akhirat.

Sebaliknya, yang mengganggu anak cucu itu adalah jin dan syaitan yang mengambil kesempatan atas kejahilan manusia.

Adakalanya seseorang itu tidak mengetahui bahawa ada sesuatu yang mendampinginya. Apabila dia meninggal dunia, makhluk tadi akan mencari pendamping baru yang mempunyai pertalian darah dengan si mati tadi.

Penulis membuat satu andaian, bahawa penyakit genetik merupakan satu istilah perubatan moden yang sebenarnya adalah merujuk kepada saka.

Kita biasa mendengar, jika datuk atau bapa ada sakit jantung dan darah tinggi, kemungkinan anak atau cucu lelakinya akan mewarisi penyakit yang sama kelak.

Jika nenek atau ibunya menghidap kencing manis, maka besar kemungkinan anak perempuannya akan turut terkena kencing manis.

Bahkan, banyak penyakit-penyakit moden yang dikenali dalam perubatan moden dikatakan mempunyai kaitan dengan genetik dan faktor keturunan seperti kanser, ketumbuhan, tumor dan sebagainya.

MEMBUANG SAKA BERDASARKAN KISAH NABI MUSA DAN SAMIRI

Tidak dinafikan bahawa merawat penyakit berpunca dari saka agak sukar terutama apabila ada ahli keluarga yang membantah dan enggan bekerjasama ekoran silap faham tentang isu saka ini.

Ada satu kaedah yang ditunjukan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Ta-Ha ayat 97: ”Musa berkata kepada Samiri: “Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku‘, dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.”

Kisah ini adalah berkenaan seorang lelaki bernama Samiri dari umat Nabi Musa a.s.

Menurut Ibnu Abbas r.a., Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan berasal daripada kaum yang menyembah berhala.

Ketika Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah selama 40 hari di bukit Tursina, Samiri telah mencipta patung seekor lembu betina dari emas untuk dijadikan bahan sembahan Bani Israel.

Ahli sejarah berpendapat, patung lembu tersebut adalah patung Hathor (patung lembu sapi betina dengan kepalanya dihiasi cakera matahari) atau Hapis (patung lembu jantan). Istimewanya, patung lembu tersebut boleh bercakap.

Menurut Ibnu Kathir dan Ath-Tabari, kebolehan patung itu bercakap adalah kerana pertolongan syaitan melalui ilmu sihir yang diamalkan oleh Samiri.

Rahsia tersebut ialah dengan mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh kuda tunggangan Jibrail as. dan dicampakkan ke dalam adunan emas yang sedang dibakar.

Terpukau dengan lembu yang boleh bercakap, maka bani Israel telah menjadikannya sebagai tuhan sembahan.

Sekembalinya Nabi Musa dari munajatnya, baginda terkejut dengan apa yang berlaku, lalu baginda menghalau Samiri.

Baginda juga membakar dan menghancurkan patung lembu tersebut dan menaburkan abunya di laut sehingga hilang lenyap.

Seterusnya, nabi Musa memerintahkan agar bertaubat kepada Allah melalui firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 54: ”Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.”

Langkah 1: Musnahkan barang kediaman saka

Berdasarkan dua ayat di atas, terdapat dua langkah utama yang perlu dilakukan oleh pesakit untuk mengelakkan gangguan makhluk jin dan syaitan.

Yang pertama ialah dengan menghapuskan sesuatu yang pernah dijadikan sebagai bahan perlindungan, bahan sembahan, bahan pergantungan atau bahan simbolik perjanjian dengan syaitan dengan cara membakar, menghancur dan membuangnya jauh-jauh ke laut atau sungai.

Oleh itu, jika kita ada menyimpan barangan-barangan tertentu yang disimpan secara khas dengan syarat tertentu, maka eloklah dimusnahkan supaya gangguan dapat dielakkan.

Sekiranya barang tersebut berupa senjata lama yang perlu melalui upacara khusus seperti perlu diperasap pada malam bulan purnama; atau mungkin ianya disimpan dengan balutan khusus berwarna tertentu, maka cara untuk mematikannya ialah dengan membuangnya ke laut sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Musa.

Sekiranya barang itu berupa barang kemas yang diwarisi dari seseorang yang diketahui terlibat dengan perkara-perkara khurafat dan mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan, maka barang kemas tersebut perlu dilupuskan dengan cara menjualnya kepada tukang emas untuk dileburkan.

Sekiranya barang tersebut berupa barang perhiasan yang diperbuat dari tembaga seperti tepak sirih, dulang, pahar atau kacip pinang, cara untuk memusnahkannya ialah dengan melupuskan ia dari kepunyaan kita sama ada dengan menjual atau membuangnya jauh-jauh.

Sekiranya bahan tersebut berupa fabrik, pakaian atau kertas, cara untuk menghapuskannya ialah dengan membakarnya.

Ada pesakit yang berasa sedih apabila barang-barang tersebut termasuk gambar dimakan api.

Sebenarnya, cara terbaik untuk mengingati keturunan kita yang telah meninggal dunia ialah dengan berdoa memohon agar rohnya dirahmati Allah, membuat majlis tahlil arwah dan lain-lain ibadah dengan niat agar Allah menyampaikan pahala tersebut kepada mereka. Menyimpan barang kenangan belum tentu menambah pahala kepada si mati.

Langkah 2: Banyakkan taubat

Setelah kesemua barangan tersebut dimusnahkan, maka pesakit perlu memperbanyakkan taubat, memohon ampun kepada Allah atas segala kejahilan dan kekufuran yang telah dilakukan.

Cara taubat yang sebaik-baiknya ialah melalui taubat terpimpin iaitu dengan menemui seorang pembimbing dari kalangan orang alim yang beramal dengan ilmunya dan belajar cara taubat yang sebetulnya.

Kebiasaannya, sebahagian besar masalah tersebut akan dapat di atasi melalui kaedah banyak bertaubat.

PESANAN UNTUK PEWARIS SAKA

Dalam banyak situasi, ahli keluarga pesakit enggan mengaku bahawa keluarga mereka ada mewarisi saka bahkan, ada juga yang memarahi perawat kerana membuat tuduhan melulu.

Dalam menghadapi keadaan ini, ahli keluarga pesakit tidak perlu melenting apabila didapati punca penyakit misteri yang dihidapinya berpunca dari gangguan saka. Perawat pula janganlah beriya-iya menyalahkan keturunan pesakit sebagai punca masalah.

Sebaik-baiknya kedua-dua pihak, sama ada pesakit atau perawat, berlapang dada menerima kenyataan bahawa masalah yang dihadapi adalah berpunca dari kejahatan dan dendam kesumat iblis dan syaitan terhadap Adam dan keturunannya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf ayat 16-17: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”

Penulis yakin tidak ada ibu bapa atau datuk nenek kita yang ingin melihat keturunannya hidup dalam penderitaan dan ketakutan.

Adakalanya, mereka sendiri tidak menyedari bahawa amalan tersebut menjadi punca kedatangan jin kafir dan syaitan untuk menganggu anak cucu mereka.

Kadang-kadang, dorongan nafsu untuk menjadi kaya, menjadi hebat, menjadi cantik menyebabkan mereka beramal dengan ilmu-ilmu tersebut. Oleh yang demikian, jangan sesekali menyalahkan ibu bapa, datuk nenek atas kesilapan mereka.

Apa yang perlu kita lakukan ialah memohon kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa dan kejahilan mereka.

Dalam masa yang sama, kita berikhtiar untuk sembuh dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah dalam Al-Quran.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Monday, November 12, 2018

Apa Itu Bon Samurai?

Apa Itu Bon Samurai?

Pengumuman kerajaan untuk menerbitkan bon Samurai berjumlah JPY200 bilion (RM7.9 bilion) menimbulkan perbezaan pendapat awam mengenai keperluan dan kepentingan menambah jumlah hutang negara. Bon merupakan satu nota atau kupon hutang yang dikeluarkan oleh pihak yang memerlukan wang kepada para pelabur.

Bon Samurai

Misalnya kerajaan atau institusi wibawa memerlukan sejumlah wang bagi tujuan projek tertentu, maka mereka mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman komersial atau menerbitkan bon.

Bon yang dikeluarkan berdasarkan perjanjian antara penerbit bon dengan pelabur. Penerbit bon secara amnya mengumumkan berapa jumlah bon yang akan diterbitkan, yang juga bermaksud jumlah yang diperlukan oleh penerbit bon.

Penerbit bon juga akan mengumumkan tempoh matang yakni tarikh mereka akan membayar semula wang yang telah diberi oleh pembeli bon. Bon juga mempunyai kadar faedah tahunan yang dikenali sebagai kadar kupon (coupon rate).

Apa itu bon Samurai?

Bon Samurai ialah penerbitan bon di Jepun dalam bentuk mata wang Yen. Kebaikan bon Samurai ialah kadar kupon yang sangat rendah antara 0.345 – 2.3% bergantung kepada penerbit bon dan tempoh kematangan bon.

Dari perspektif kadar faedah bon Samurai sangat menguntungkan. Justeru tidak sukar memahami keputusan kerajaan untuk menerbitkan bon ini. Apatah lagi Kerajaan Malaysia mendapat kadar 0.65% setahun yang boleh dianggap antara termurah.

Perdana Menteri Tun Mahathir sering membuat perbandingan kadar faedah bon Samurai 0.65% setahun selama 10 tahun dengan kadar pinjaman komersial kerajaan sebelum ini antara 3%-7% setahun.

Jika dibandingkan dengan bon-bon terbitan 1MDB atau bon-bon antarabangsa lain yang mencecah antara 4%-6% setahun, bon Samurai ini umpama syurga pinjaman kerajaan.

Namun, dalam penerbitan bon masih ada beberapa perkara yang begitu teknikal seperti “face value” berbanding “purchased value” dan lain-lain syarat penerbitan yang jika dikaji mungkin tidaklah terlalu indah seperti cuba digambarkan.

Selain itu, kos pertukaran mata wang juga perlu diambil kira kerana wang ini akan digunakan di Malaysia.

Menukar JPY200 bilion ke dalam mata wang Ringgit tentulah akan mempunyai yuran yang perlu dibayar.

Isu bon berbanding pinjaman ialah pinjaman dibayar secara ansuran dan kadar faedah juga berdasarkan baki pinjaman setiap tahun.

Manakala dengan bon, selain membayar kadar faedah semi tahunan, kerajaan hanya akan membayar secara penuh pada penghujung kematangan bon.

Di sinilah selalunya kerajaan akan membuat kerja “korek lubang dan tutup lubang” dan sepuluh tahun akan datang tidak mustahil kerajaan akan menerbitkan bon baharu bagi membayar bon yang telah matang.

Penerbitan bon Samurai juga mempunyai implikasi peningkatan hutang akibat susut nilai Ringgit pada masa depan.

Pada 1990-an Dr Mahathir sendiri pernah berhenti meminjam dalam Yen kerana merasa rugi kenaikan Yen berkali ganda berbanding Ringgit. Ini menyebabkan peningkatan drastik hutang negara.

Sama ada mengikut mazhab ekonomi Bank Dunia yang meletakkan hutang Malaysia pada tahap RM688 bilion (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, 18 Oktober 2018); atau mazhab ekonomi luar biasa Lim Guan Eng yang menyatakan hutang negara pada tahap RM1.1 trilion, kedua-duanya bersetuju bahawa keadaan hutang negara terkawal kerana 97.7 peratus hutang adalah dalam denominasi Ringgit.

Laporan terbaru Bank Negara Malaysia mencatatkan hutang kerajaan dalam denonimasi asing ialah RM15.7 bilion. Ini meletakkan kedudukan kewangan negara dalam keadaan sangat baik kerana pendedahan kepada tukaran asing sangat rendah.

Kita boleh berbahas baik buruk bon Samurai ini, namun persoalan utama dalam penerbitan bon Samurai ini ialah untuk tujuan apa?

Pada suatu ketika kerajaan menyatakan bagi membayar hutang. Kemudian ada juga keluar kenyataan untuk membayar hutang 1MDB yang tinggi kadar faedahnya.

Terbaharu pula Perdana Menteri menyatakan, “Jika kita dapat tukar daripada faedah tinggi dengan yang rendah kita akan dapat kurangkan beban negara untuk membayar balik pinjaman. Bon itu boleh diguna untuk apa-apa projek yang kita ada.”

Tampak kerajaan sendiri tidak mempunyai pendirian jelas untuk apa bon RM7.4 bilion ini. Jika mahu bayar hutang, elok dijelaskan hutang apa.

Kita khuatir kerana bon ini dikeluarkan tanpa tujuan spesifik, maka ia akan dibelanjakan sesuka hati oleh kerajaan untuk pengurusan dan pengenalan projek baharu bagi keuntungan pihak tertentu. Nanti apa yang terjadi bukanlah kerajaan mengurangkan hutang tetapi menambah hutang.

Menulis mengenai bon Samurai teringat haiku (puisi Jepun),
Samurai itu
menghunus katana
demi Hachiman
Hachiman itu
di kayangan bertakhta
pentaksub buta

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Suami Sembelih Isteri Selepas Tolak Ajakan Seks!

Suami Sembelih Isteri Selepas Tolak Ajakan Seks!

Mahligai perkahwinan yang dibina selama 40 tahun bagi pasangan di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan ini berakhir dengan tragis.

Isteri enggan seks
Gambar hiasan.

Seorang suami berusia 80 tahun bertindak membunuh isterinya berumur 60 tahun yang baru dirujuk kira-kira dua bulan selepas bercerai hanya kerana mangsa menolak untuk melakukan hubungan intim.

"Kejadian itu berlaku pada waktu subuh tadi. Berdasarkan pengakuan pelaku, dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya.

"Dia terus mengambil parang dan menyembelih mangsa," kata jurucakap polis.

Untuk memastikan motif pelaku, pihak berkuasa akan melakukan ujian kesihatan mental terhadap lelaki itu yang dikenali sebagai Andi Soto.

Dia telah didakwa di bawah Pasal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang mana jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sementara itu, anaknya menjelaskan bapanya itu pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berhalusinasi dan berprasangka buruk kepada orang lain.

"Ramai ahli keluarga yang takut dengannya tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik," kata Andi Asrul.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani