Monday, August 20, 2018

Tanda-tanda Strok Haba Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Ia Berlaku

Tanda-tanda Strok Haba Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Ia Berlaku

Strok haba adalah penyakit yang berkaitan haba, adalah satu bentuk hipertemia yang berlaku apabila suhu badan seseorang naik secara mendadak.

Tanda-tanda Strok Haba

Dalam keadaan normal, suhu badan manusia adalah kira-kira 37.0°C. Apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5°C, seseorang akan mengalami strok haba.

Strok haba merupakan kes kecemasan perubatan yang serius kerana boleh mengakibatkan mangsa maut jika tidak mendapat rawatan segera.

Dalam kes strok haba, ianya tidak sama seperti serangan angin ahmar. Istilah "Stroke" adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan berkurangnya aliran oksigen ke kawasan otak.

Bagaimana Strok Haba Berlaku

Dalam keadaan biasa, badan kita mengeluarkan haba akibat metabolisme dan selalunya berupaya menghilangkan haba melalui proses sejatan peluh.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan haba panas yang terlampau tinggi, kelembapan persekitaran yang tinggi atau semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa matahari terik, besar kemungkinan badan tidak dapat menghilangkan haba dengan sempurna dan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 41 °C. Keadaan tersebut boleh menyebabkan strok haba.

Selain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan strok haba. Individu yang mengalami dehidrasi tidak dapat mengeluarkan peluh dengan cukup cepat untuk menghilangkan haba, yang menyebabkan suhu badan meningkat.

Apabila suhu badan meningkat, akhirnya ia menyebabkan penyahhidratan yang teruk, tisu otak menjadi bengkak, tekanan darah menjadi rendah serta mengakibatkan kerosakan pada organ, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian.

Tanda-tanda Awal Terkena Strok Haba
  • Sakit kepala berdenyut.
  • Mual.
  • Kurang berpeluh walaupun pada suhu panas.
  • Denyutan nadi pantas.
  • Otot lemah dan kejang.
  • Muntah.
  • Kulit kering serta kemerahan.
  • Sawan atau pitam.

Walau bagaimanapun, sesetengah individu boleh mengalami gejala strok haba secara tiba-tiba dan tanpa amaran.

Tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba mungkin berlainan bagi individu yang lain.

Golongan Dan Keadaan Berisiko Mengalami Strok Haba

1. Bayi atau kanak-kanak

Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami strok haba jika dibiarkan di dalam kereta yang tertutup.

Ini adalah kerana suhu dalaman kereta yang berkunci boleh meningkat antara 10 hingga 20 darjah dalam masa 20 minit.

Keadaan ini boleh menyebabkan kepanasan melampau terhadap bayi dan kanak-kanak.

2. Warga tua

Kebiasaanya penghidap penyakit yang berkaitan jantung, tekanan darah tinggi,

penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang, penyakit kelenjar tiroid, penyakit berkaitan sistem pernafasan serta kencing manis berisiko tinggi berbanding orang biasa kerana tahap kehilangan air dalam badan mereka lebih ketara.

3. Atlet

Atlet yang berlatih dalam keadaan sekeling yang panas.

4. Berada Di Luar Rumah

Individu yang bekerja di luar bangunan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti buruh, petani, tentera, polis dan lain-lain.

Langkah Segera Yang Perlu Diambil Terhadap Mangsa Strok Haba

Mangsa strok haba mestilah menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan kekal pada organ. Tindakan pantas kita mungkin boleh membantu mangsa strok haba.

Sila lakukan perkara berikut sementara menunggu pihak ambulan datang:
  • Tempatkan mangsa ke kawasan yang teduh dan berhawa dingin/di bawah kipas.
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah atau sapukan air sejuk atau suam pada kulit mangsa.
  • Longgarkan pakaian mangsa.
  • Beri minuman sejuk atau minuman isotonik kepada mangsa.
  • Pantau suhu badan mangsa dengan termometer sambil meneruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan mangsa menurun sehingga mencecah lebih kurang 38 °C.
  • Membuat panggilan kecemasan dengan segera.

Cara Mengelak Strok Haba Daripada Berlaku:
  • Langkah-langkah yang paling penting untuk mengelakkan strok haba adalah mengelakkan tubuh 'menjadi' kering dan aktiviti fizikal yang lasak dalam keadaan cuaca panas dan lembap.
  • Badan anda perlu mengisi semula elektrolit (seperti natrium) dan juga cecair jika anda berpeluh secara berlebihan atau melakukan aktiviti lasak dalam cahaya matahari untuk tempoh yang berpanjangan.
  • Ambil rehat yang kerap untuk hidrat diri sendiri. Pakai topi dan pakaian longgar berwarna cerah.

Langkah Mencegah Strok Haba

Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah:
  1. Pastikan anda dan keluarga minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
  2. Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa cuaca panas.
  3. Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi.
  4. Elakkan mengambil minuman beralkohol, minuman berkafein seperti kopi/teh serta minuman yang mengandungi gula yang tinggi kerana minuman-minuman tersebut menyebabkan kita lebih mudah terhidrat.
  5. Dapatkan rehat secukupnya mandi dengan kerap.
  6. Pakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah. Gunakan topi/payung semasa keluar dari rumah.
  7. Makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai.
  8. JANGAN sesekali meninggalkan bayi, kanak-kanak atau haiwan di dalam kereta yang tertutup dan berkunci. INGAT! Biarlah urusan kita menjadi sedikit lambat apabila membawa anak-anak keluar untuk menyelesaikan sesuatu urusan daripada kita menyesal selama-lamanya atas kecuaian kita meninggalkan mereka di dalam kereta.
  9. Pastikan kereta hendaklah sentiasa dikunci apabila tidak digunakan agar anak-anak kita tidak menyelinap masuk ke dalamnya dan terperangkap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sirapantioksidan

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

Bila melihat rombongan jemaah haji berlepas ke kota suci Makkah, hati mula terdetik “Bila la masa aku pula nak menunaikan haji.”

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

Semua sedia maklum bahawa nak tunggu giliran ke sana boleh cecah sampai berpuluh-puluh tahun tapi, tak ada yang mustahil.

Afyan Mat Rawi telah pun berkongsi tip tentang bagaimana nak menunaikan haji pada usia muda kerana dia telah berpeluang untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini.

Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua.

1. Daftar

Paling penting, perlu daftar terlebih dulu melalui Tabung Haji. Ramai orang ingat dengan membuka akaun Tabung Haji, bermakna kita sudah mendaftar untuk menunaikan haji.

Tapi sebenarnya membuka Tabung Haji bermaksud kita mulakan simpanan di dalam akaun Tabung Haji dengan minimum simpan RM2 saja.

Manakala, mendaftar giliran menunaikan haji pula perlu minimum simpanan RM1300 dalam akaun Tabung Haji, barulah layak mendaftar bagi memohon giliran menunaikan haji.

Jika sebulan kita simpan RM100, hanya perlu setahun sebulan saja untuk cukupkan RM1300 tu.

Kita juga boleh gunakan wang KWSP untuk tujuan ini.

Dan jika baru hendak daftar sekarang, giliran menunaikan haji sekitar 50 tahun akan datang. Ya, 50 tahun akan datang.

Jadi, usah bertangguh untuk mendaftarkan giliran haji. Jika masih ada anak kecil, daftar cepat-cepat supaya mereka tak menerima nasib seperti kita menunggu giliran yang lama untuk menerima panggilan Baitullah.

2. Simpanan

Kos sebenar menunaikan haji ialah lebih kurang RM19,950 dan kita di Malaysia bertuah kerana lebih separuh ditanggung oleh pihak Tabung Haji.

Kita hanya perlu membayar RM9,980 apabila nak menunaikan haji nanti.

Jika nak dibandingkan dengan negara-negara serantau lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei yang jumlahnya RM20,000 ke atas.

Jadi langkah seterusnya, selepas daftar haji kita kena pastikan mempunyai sekurang-kurangnya Rm9,980 di dalam akaun Tabung Haji.

Jika sebulan simpan RM100, kira-kira 7 tahun selepas kita daftar haji duit dah cuku RM9,980 dengan anggaran keuntungan purata Tabing Haji 6%.

3. Rayuan

Langkah seterusnya, ialah membuat rayuan untuk menunaikan haji. Secara normal, tempoh menunggu untuk mendapat giliran menunaikan haji boleh mencecah sehingga 50 tahun.

Tempoh ini adalah untuk jemaah yang ingin menunaikan haji menggunakan perkhidmatan Tabung Haji melalui mu’assassah Arab Saudi.

Jadi nak tak nak, kita perlu usahakan untuk merayu giliran dipercepatkan sebab dalam tempoh 10 ke 50 tahun macam-macam perkara boleh berlaku.

Selalunya, tiga atau empat bulan sebelum musim haji bermula, pihak Tabung Haji mula memproses surat-surat rayuan dan menghantar surat balas.

Jadi, hantarlah surat rayuan dengan lebih awal. Sebaiknya selepas tamat musim haji, boleh terus siapkan surat rayuan untuk dihantar.

Mengikut pengalaman peribadi Afyan, dia mula buat rayuan kira-kira 5 atau 6 tahun lepas apabila wang di dalam akaun dah cukup untuk membayar kos menunaikan haji kira-kira RM10,000.

Dan setiap tahun juga apabila menerima surat balasan rayuan ditolak, dia akan hantarkan surat bar uke Tabung Haji untuk merayu lagi.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun merayu akhirnya rayuannya diterima.

Setiap tahun pasti ada kuota yang kosong atas pelbagai sebab seperti:
  • Bakal jemaah haji meninggal dunia.
  • Bakal jemaah haji mengandung.
  • Bakal jemaah haji mempunyai masalah kesihatan.
  • Bakal jemaah haji menolak atau pelbagai sebab.
  • Kuota ditambah.

Sebaiknya, rayuan dilakukan apabila sudah betul-betul cukup wang simpanan untuk membiayai kos haji supaya ada kredit untuk Tabung Haji menerima rayuan kita.

4. Datang kursus haji

Ini juga adalah salah satu tip dimana apabila kita menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji melalu masjid-masjid dalam kariah kita, nama kita akan dimasukkan dalam senarai kehadiran.

Jadi, ia memberi kredit kepada kita apabila pihak Tabung Haji membuat penilaian terhadap rayuan haji.

Namun begitu, perkara ini tidak disahkan oleh Tabung Haji, ia hanya berdasarkan pengalaman peribadi Jemaah haji saja.

5. Doa

Ini merupakan harapan utama dan terakhir jika benar-benar berhasrat untuk menunaikan haji. Segala pergantungan hanyalah kepada Allah SWT.

Doa ini bukan bermaksud doa sebelum musim haji sahaja. Terus-terusan berdoa sehingga hari-hari akhir penerbangan jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi.

Ada jemaah haji yang menerima panggilan Tabung Haji kira-kira seminggu sebelum penerbangan! Ya, seminggu saja untuk memberi jawapan dan buat persiapan.

Jadi, jangan berhenti berdoa. Allah pun sudah berjanji akan memakbulkan doa hamba-Nya, dengan pelbagai cara.

Ada banyak kisah jemaah haji yang menerima jemputan-Nya dgn pelbagai cara.

Ada jemaah haji muda dapat menunaikan haji sebagai mahram ibunya kerana ayahnya yang patut pergi bersama baru meninggal dunia.

Ada juga suami yang lambat daftar haji tapi disebabkan isterinya daftar lebih awal dan dapat giliran, suami dapat pergi sebagai mahram. Dalam masa sama, ada juga yang punya wang ratus-ratus ribu tapi masih belum terima panggilan-Nya.

Ada juga seorang sahabat saya katanya sudah ikut semua tip yang saya kongsikan di atas, malah beberapa tahun sertai kursus haji. Tapi masih belum ada rezeki dijemput oleh-Nya.

Malah ada juga yang sudah terima surat tawaran, sudah buat persediaan, kenduri doa selamat, datang ke Tabung Haji Kelana Jaya tapi tak dapat pergi sebab visa gagal dikeluarkan. Point penting di sini, jangan berhenti berdoa.

Amacam, dah ada rasa semangat nak menyimpan dekat Tabung Haji tak? Jangan risau, masih belum terlambat lagi kalau nak mulakan sekarang.

In Sha' Allah, siapa tahu ada rezeki kan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Sunday, August 19, 2018

10 Khasiat Dan Manfaat Serai

10 Khasiat Dan Manfaat Serai

Serai ialah rumput tropika yang tumbuh tinggi dengan batang dan daun segarnya mempunyai bauan seperti lemon segar kerana ia mengandungi minyak pati, yang turut hadir sama seperti semasa mengupas lemon.

Khasiat Dan Manfaat Serai

Daun serai panjang seperti lembing di bahagian atas dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar.

Sebagai rempah, serai segar dipilih kerana rasa keharumannya. Bahagian berpejal ini dihiris atau ditumbuk dan digunakan dalam masakan. Serai (Cymbopogon sp.) boleh di golongkan sebagai sejenis rumput berumpun dan berakar besar.

Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan.

Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan.

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesis rumpun.

Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

KHASIAT SERAI

Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

1. Mencegah kanser

Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser.

Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

2. Ubat gangguan pencernaan

Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit.

Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

3. Detoksifikasi

Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil.

Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

4. Manfaat pada sistem saraf

Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf.

Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

5. Menurunkan tekanan darah

Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah.

Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

6. Sebagai analgesik

Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit.

Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

7. Kulit cantik

Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar.

Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

8. Kesihatan wanita

Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

9. Menyegarkan dan Menyejukan

Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.

10. Khasiat Serai Dalam Perubatan

Daun
  • Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
  • Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
  • Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk
  • melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin.
  • Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
  • Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
  • Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
  • Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
  • Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
  • Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
  • Membantu melawaskan dan melancarkan
  • pembuangan air kecil .
  • Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
  • Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.

Bunga Serai sering di gunakan bagi:-
  • Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
  • Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
  • Kesihatan dan kesegaran.

PENYEDIAAN TANAMAN

Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan.

Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman.

Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAH

Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan.

Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur.

Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMAN

Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah.

Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.

Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m.

Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

PEMBAJAAN

Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah.

Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.

Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah.

Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan. Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam.

Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o.

Bagi tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu juga di tabur.

JENIS BAJA
  • Baja asas: Sebatian NPK 12:12:17:2.
  • Baja Tambahan: Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: herbadantumbuhan

Gempar Gumpalan Misteri Disangka Makhluk Asing Di Pergunungan Scottish Highlands

Gempar Gumpalan Misteri Disangka Makhluk Asing Di Pergunungan Scottish Highlands

Gumpalan misteri berwarna merah dan merah jambu menimbulkan spekulasi bahawa makhluk asing telah mendarat di kawasan pergunungan Scottish Highlands.

Gumpalan misteri makhluk asing

Helen Dow, 50, memuat naik gambar misteri itu di laman Facebooknya sehingga mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.

Gumpalan itu dikesan dekat kawasan terpencil Loch Etchachan dengan ada netizen mendakwa ia sebagai makhluk asing atau serangan unicorn.

Helen yang bekerja sebagai kakitangan sokongan dari Huntly, Aberdeenshire menerusi tulisannya di Facebook berkata, ”Mohon bantuan pakar haiwan, sayuran atau mineral atau A.L.F?

“Dikesan ketika menggembara di Cairngorms. Perlu zoom untuk meneliti lebih dekat tetapi masih keliru dan bingung,” tulisnya.

Rata-rata netizen turut cuba meneka objek misteri itu.

Gilbert Allsop berkata, ”Saki-baki serangan unicorn.”

Lynn Valentine, ”Ia adalah makhluk asing.”

Gregor Logan membuat tekaan lebih logik apabila menyifatkan gumpalan itu sebagai Sphagnum Moss sejenis lumut kering yang hidup di kawasan pergunungan.

“Sphagnum hijau bertukar putih dalam keadaan panas apabila semua kelembapan diwapkan,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

6 Katil Mewah Paling Mahal Di Dunia

6 Katil Mewah Paling Mahal Di Dunia

Selain daripada ketenangan jiwa, katil dan tilam yang anda lampirkan badan anda untuk berehat sememangnya memainkan peranan yang penting.

Bagi mereka yang mampu, sejumlah wang akan dibelanjakan untuk tujuan ini, dan bagi yang tidak, cukup dengan selapis tilam nipis berbantalkan lengan bagi mengharungi malam-malam dingin.

Kami ingin kongsikan 6 katil paling mewah dan paling mahal di dunia.

1. Katil Baldacchino Supreme - RM25 juta

Katil Baldacchino Supreme

Reka bentuk dalaman katil Baldacchino Supreme diperbuat daripada jenis kayu yang terbaik iaitu Ash dan Cherry.

Katil buatan tangan ini direka dan dihasilkan oleh pereka Stuart Hughes, yang menggunakan 107 kilogram emas 24 karat dan ia mempunyai corak dan dekoratif kecil yang menyerupai daun emas.

Katil ini juga dihiasi dengan kain sutera dan kapas dari Itali terbaik di dunia. Semua hiasan ini dibuat secara handmade dan juga boleh di-customize sepenuhnya.

Malah, kepala katil juga boleh dibenamkan dengan berlian atau batu berharga lain, mengikut citarasa pelanggan.

Katil Baldacchino Supreme ini dijual dengan harga RM25 juta dan hanya 2 unit sahaja dihasilkan.

Jadi, walau sekaya mana pun, anda mungkin tidak dapat memiliki katil mewah yang mungkin membuatkan anda tidur nyenyak setiap malam.

2. Katil Terapung Magnetik - RM8.4 juta

Katil Terapung Magnetik

Katil terapung kelihatan sangat magikal dan "sempoi", yang mana dikenali sebagai Katil Terapung Magnetik. Katil itu dinamakan begitu kerana ia direkabentuk dengan magnet terbina di dalamnya seberat 680 kilogram.

Magnet yang bersaiz tersangat besar ini membantu mengekalkan katil ini terapung dan ia bukan satu-satunya bahan yang membentuk katil magikal ini.

Katil ini juga mempunyai komponen lain iaitu wayar yang kukuh yang dipasang menghubungkan katil dan lantai, menghalang ia daripada bergerak di udara.

Disebabkan teknologi yang sangat ajaib dan unik, sudah tentu ia dijual dengan harga yang tersangat mahal, iaitu RM8.4 juta.

Memang ia tersangat mahal, tetapi juga tersangat cool, kan?

3. Katil Jado Steel Style Gold - RM2.7 juta

Katil Jado Steel Style Gold

Mungkin tidak kelihatan senang di mata, namun jika katil yang hampir keseluruhannya dihasilkan daripada emas dan bertatahkan kristal Swarovski tidak melambangkan kemewahan dan kekayaan, apa yang lagi yang boleh dilakukan?

Katil Jado Steel Style Gold yang dilengkapi dengan internet, pemain DVD, PlayStation dan sistem bunyi binaan dalaman ini lebih kepada menunjukkan kemewahan lebih daripada keselesaan.

Dan jika anda berminat dengan katil yang mampu menyilaukan mata ini, anda boleh milikinya dengan wang sebanyak RM2.7 juta.

4. Katil Parnian Furniture - RM840,000

Katil Parnian Furniture

Parnian Furniture telah menghasilkan antara katil termahal di dunia ketika ini. Bergantung kepada ciri-ciri dan bahan yang anda pilih bagi menghasilkan katil ini, harganya boleh mencapai sehingga RM840,000 seunit.

Presiden syarikat, Abdolhay Parnian menghabiskan masa lebih daripada 2 tahun untuk mereka bentuk katil mewah ini.

Tukang kayu pula kemudiannya mengambil masa lebih daripada 8 bulan untuk menukarkan sebuah lukisan kepada realiti.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan katil buatan tangan ini termasuklah emas, kapas dan juga keluli.

Ia bukan sahaja berkualiti dari segi bahan dan reka bentuk malah dilengkapi dengan teknologi tinggi seperti TV berputar dan tempat letak iPad.

5. Katil Majesty VI-Spring - RM340,000

Katil Majesty VI-Spring

Jika dilihatkan pada rupa dan reka bentuknya, katil Monarc V-Spring ini kelihatan seperti katil biasa yang terdapat di rumah anda.

Namun, jangan biarkan rekabentuknya menipu anda, kerana harga katil ini mencecah RM340,000 seunit. Set Majesty ini didatangkan dengan rangka katil, tilam, divan dan bantal.

Kelebihan yang membuatkan ia tersangat mahal adalah keselesaan tilamnya yang mana diperbuat menggunakan 6,240 spring, dijahit dan dihiasi dengan lapisan sutera, bulu kambing dan kapas. Ia juga disulami dengan lapisan perak dan emas.

Pereka katil ini memberikan tumpuan dalam mereka bentuk katil ini bagi memberikan keselesaan yang anda tak pernah alami.

6. Katil Cosmovoide - RM240,000

Katil Cosmovoide

Jika anda sanggup membelanjakan wang sebanyak RM240,000 untuk tidur yang entah lena atau tidak, anda boleh dapatkan katil Cosmovoide ini.

Ya, harga seunit katil ini mengalahkan kos bagi sebuah rumah namun, pasti ada sebab mengapa ia terlalu mahal kan?

Katil mewah yang berbentuk seperti telur ini bertemakan teater, sangat unik dan dilengkapi dengan sistem wayang termasuklah TV, sistem bunyi, lampu LED dan pemain DVD.

Tak cukup dengan itu, ia dipasangkan seunit telefon, jadi anda tak perlu bangun lagi dari katil anda.

Reka bentuknya menyerupai struktur buaian dengan dua unit tilam yang dipasangkan pada rangkanya yang membantu anda meregangkan badan anda mengikut bentuknya, memberikan tidur yang lebih enak dan nyenyak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, August 18, 2018

Kisah Benar Lelaki 'Terperangkap' Dalam Badan Budak 12 Tahun

Kisah Benar Lelaki 'Terperangkap' Dalam Badan Budak 12 Tahun

Seorang lelaki berusia 25 tahun menceritakan penderitaannya apabila dirinya terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun. Tomasz Nadolski, dari Olesnica, Poland, mengalami keadaan genetik yang dikenali sebagai penyakit Fabry, yang menjejaskan buah pinggang, jantung dan kulitnya.

Kisah Benar Lelaki 'Terperangkap' Dalam Badan Budak 12 Tahun
Tomasz Nadolski.

Ia juga menyebabkan pembentukan sejenis lemak yang menyebabkan tubuh mengalami gangguan untuk proses metabolisme molekul lemak.

"Saya berumur 25 tahun dan saya ingin kelihatan seperti seorang lelaki yang sepadan dengan usia saya. Saya benci 'budak lelaki ini' yang saya lihat setiap hari di cermin, kerana dia bukan saya," katanya.

Ketika berumur tujuh tahun, Nadolski mula muntah setiap kali selepas makan dan mula menderita sakit di bahagian perut, tangan dan kakinya.

Doktor tidak dapat mengenal pasti penyakitnya dan mengesyaki masalah ini mungkin lebih cenderung kepada penyakit mental, bukan fizikal dan mengesyorkan dia makan lebih banyak.

Katanya, keadaan itu menjadikan saudara-maranya masih melayannya sebagai seorang kanak-kanak.

"Bila saya di rumah, saya hanya duduk di bilik dan menghabiskan masa bersendirian.

"Saya rasa sepi dan saya kurang mendapat sokongan keluarga dan inilah yang saya lalui selama bertahun-tahun. Penyakit ini telah memusnahkan hubungan keluarga kami."

Katanya, penyakit itu juga mempengaruhi kehidupan sehariannya kerana orang sekelilingnya menolak untuk menerima hakikat tentang usia sebenar dirinya.

"Saya sering menderita sedih. Apabila saya tunjukkan kad pengenalan di pejabat atau jika polis menahan saya, mereka tuduh saya guna kad palsu," katanya.

Dia hidup dengan bantuan bernilai £160 sebulan manakala ubatnya bernilai hampir £170,000 setahun.

Dia bernasib baik kerana pengeluar rawatan mahal untuk penyakit itu bersetuju untuk membekalkannya ubat-ubatan secara percuma.

Masalah perutnya yang teruk bermakna dia tidak boleh makan dan dia harus bergantung dengan drip selama 20 jam sehari supaya dia dapat mengambil makanan yang mencukupi.

"Saya sakit pada sendi, tulang dan otot. Setiap inci badan menyakitkan saya. Saya tak dapat tidur dan hidup dengan normal."

Dia juga memerlukan ubat tahan sakit. Keadaan kakinya menyebabkan dia terpaksa memakai kasut khas.

Kesian.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Selfie Tabiat Pelancong Paling Menjengkelkan

Selfie Tabiat Pelancong Paling Menjengkelkan

Salah satu platform tempahan penginapan dalam talian, Agoda telah membuat kaji selidik mengenai tabiat pelancong yang paling menjengkelkan.

Selfie Tabiat Pelancong Paling Menjengkelkan

Berdasarkan kaji selidik tahunannya - 'Tabiat Pengembaraan Yang Menjengkelkan', pelancong yang bising (57 peratus), pelancong yang melekat kepada peranti (47 peratus) dan mereka yang tidak sensitif dengan budaya tempatan (46 peratus) mendahului tabiat pelancong yang paling tidak digemari secara global.

Pelancong dengan kumpulan besar dan penggemar selfie, masing-masing 36 peratus dan 21 peratus melengkapkan lima tabiat utama yang paling menjengkelkan dalam senarai.

China bagaimanapun memiliki tolak ansur tertinggi terhadap penggemar selfie, dengan hanya 12 peratus responden yang jengkel dengan kaki selfie berbanding rakyat Australia yang bersikap sebaliknya dengan hampir sepertiga (31 peratus) menyifatkan pelancong yang suka selfie sebagai merimaskan.

Tidak peka terhadap budaya tempatan adalah begitu sensitif bagi pelancong Singapura (63 peratus), Filipina (61 peratus) dan Malaysia (60 peratus) berbanding pelancong China (21 peratus) dan Thailand (27 peratus).

Kira-kira separuh pelancong British (54 peratus) dan dua perlima pelancong Amerika Syarikat (41 peratus) tidak bertolak ansur terhadap tabiat ini.

Ketagihan peranti

Selfie Tabiat Pelancong Paling Menjengkelkan

Hampir separuh (47 peratus) daripada responden global menyifatkan pengembara yang meluangkan terlalu banyak masa pada alat peranti sebagai sesuatu yang merengsakan.

Berbanding pelancong dari negara lain, pelancong Vietnam mendapati mereka yang terpaku pada alat peranti adalah paling menjengkelkan (59 peratus).

Pelancong Thailand, sebaliknya, memiliki sikap paling tenang (31 peratus) terhadap penggunaan alat peranti yang kerap semasa percutian.

Mungkin paling tidak memeranjatkan, pengembara solo meluangkan masa hampir dua jam sehari dengan alat peranti mereka semasa bercuti (117 minit) iaitu 15 peratus lebih lama berbanding mereka yang mengembara bersama rakan-rakan (100 minit) dan 26 peratus lebih singkat jika bersama keluarga (86 minit).

Pelancong Amerika adalah satu-satunya pengecualian untuk trend ini dan secara purata meluangkan masa yang kurang terhadap peranti mereka semasa mengembara solo (62 minit) berbanding ketika bersama keluarga (66 minit) atau kawan-kawan (86 minit).

Kaji selidik ini dijalankan oleh firma penyelidik pasaran bebas, YouGov antara 19 dan 25 Jun 2018.

Seramai 10,384 responden disoal secara dalam talian dan mewakili mereka yang telah bercuti sekurang-kurangnya sekali pada tahun-tahun sebelumnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

6 Jenis Minuman Yang Boleh Membantu Mengurangkan Stres

6 Jenis Minuman Yang Boleh Membantu Mengurangkan Stres

Istilah stres menurut Hans Selye 1976 merupakan respons tubuh yang bersifat tidak spesifik terhadap setiap tuntutan atau beban atasnya.

Minuman kurangkan Stres

Berdasarkan pengertian tersebut dapat dikatakan stres berlaku apabila seseorang mengalami beban yang berat dan tidak dapat mengatasi tugas yang dibebankan itu.

Disebabkan itu, tubuh akan memberi respons tidak mampu lagi tanggung terhadap tugas yang dipikul tersebut sehingga seseorang mengalami keadaan stres.

Tatkala anda mengalami stres, tubuh juga cenderung mengalami mahupun dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, anda wajib mengatasinya dengan mengambil langkah-langkah perlu.

Ini termasuk melakukan kegiatan kegemaran anda, bahkan mencuba minuman penghilang tekanan seperti berikut.

1. ‘SMOOTHIE’ LOBAK MERAH DAN TOMATO

Lobak merah dan tomato adalah sumber serat yang kaya dengan antioksidan bagi meredakan stres.

Dalam pada itu, minuman ini juga mengandungi vitamin A dan C untuk menangani kesan buruk daripada radikal bebas.

2. ‘SMOOTHIE’ BETIK

Betik mengandungi zat antioksidan, yang dikenali sebagai karotenoid. Nutrisi ini mampu menenangkan tubuh anda daripada dalaman.

3. TEH DAUN PUDINA

Daun pudina dikenali dengan sifatnya yang anti radang, antioksidan dan perangsang kesihatan yang berguna bagi menangani stres.

Daun pudina juga berguna untuk mengimbangi hormon, meredakan tekanan serta mengurangkan rasa bimbang.

4. ‘SMOOTHIE’ BERI BIRU

Kandungan vitamin C dalam buah beri biru dapat meningkatkan respon kekebalan tubuh bagi melawan tekanan.

5. AIR HALIA

Halia mengandungi zat antioksidan yang dikenali sebagai gingerol yang mana dapat menenangkan tubuh ketika anda berasa tertekan.

6. TEH KAMOMIL

Meminum teh kamomil yang hangat sangat berkhasiat bagi menghilangkan ketegangan dalam tubuh malah, minuman ini juga berkhasiat bagi cegah diri anda daripada mendapat serangan insomnia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Friday, August 17, 2018

Keberkatan Puasa Sunat Tarwiyah Dan Arafah Pada 8, 9 Zulhijjah

Keberkatan Puasa Sunat Tarwiyah Dan Arafah Pada 8, 9 Zulhijjah

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa yang mana berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

Keberkatan Puasa Sunat Tarwiyah Dan Arafah Pada 8, 9 Zulhijjah

Rasulullah SAW bersabda, “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW, “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Rasulullah SAW bersabda, “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

HARI PERISTIWA KELEBIHAN PUASA

1 Zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.

2 Zulhijjah

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.

3 Zulhijjah

Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

4 Zulhijjah

Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.

5 Zulhijjah

Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah

Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.

7 Zulhijjah

Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.

Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.

8 Zulhijjah

Hari ini dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir). Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.

Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya.

9 Zulhijjah

Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami:
  • Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.
  • Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.
  • Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.

Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini.

Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluarganya.

Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda, “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda, “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Niat Puasa Hari Arafah;

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﻏَﺪٍ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﻌَﺮْﻓَﺔَ ﺳُﻨَّﺔً ﻟِﻠَّﻪِ ﺕَﻋَﺎﻟَﻰ

"Aku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala."

Rasulullah SAW bersabda lagi, “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith, “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah

1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”

2. Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.

3. Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

Haram Berpuasa

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra, “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina, “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.).

Puasa Tambahan

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah).

Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan Hari Arafah.

Hadis riwayat Ibni Abbas, “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”

Betapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah ini.

Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: shafiqolbu

Rebutlah Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah Bagi Yang Tiada Kesempatan Menunaikan Ibadah Haji

Rebutlah Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah Bagi Yang Tiada Kesempatan Menunaikan Ibadah Haji

Bagi yang tidak berpeluang pergi menunaikan haji, sebenarnya juga turut mempunyai peluang yang cukup besar untuk meningkatkan amalan dan ibadat pada bulan Zulhijjah ini.

Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah

Ramai yang menganggap 10 hari awal Zulhijjah tidak penting atau nikmatnya tidak seperti berada dalam bulan Ramadan.

Hakikatnya, 10 hari awal ZuIhijjah ini sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Allah SWT sedia untuk memberikan kepada hamba-Nya pintu keredaan, keampunan dan kerahmatan.

Berikut merupakan perkongsian daripada Mufti Perlis, Profesor Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai rujukan.

5 KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL ZULHIJJAH

Soalan: Dr, MAZA, apakah benar bahawa sepuluh hari bulan Zulhijjah ini paling terbaik untuk kita beribadah. Tidakkah Ramadan bulan yang terbaik? Jika benar sepuluh hari Zulhijjah terbaik, apakah amalan yang patut saya lakukan?

Jawapan Dr MAZA: Memang benar, terdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud sepuluh hari awal Zul Hijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.

Bahkan dalam hadis, Nabi SAW menyatakan sepuluh awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling terbaik untuk seseorang melakukan apa-apa amalan soleh.

Berikut dalil dan perbincangan;

1. Dinyatakan Dalam Surah Al-Fajr

Menurut Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubair, Mujahid dan ramai kalangan ulama salaf dan khalaf bahawa yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam di ayat ialah sepuluh hari (awal) Zul Hijjah (lihat: Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, 2/593. Dar Tibah).

Apabila Allah bersumpah dengan sepuluh hari Zulhijjah tersebut, pasti ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

2. Hari Amalan Soleh Yang Paling Disukai Allah

Dalam hadis Nabi SAW: Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)." Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?” Jawab Rasulullah SAW: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi -lafaz di atas adalah lafaz al-Tirmizi- , Abu Daud, Ibn Majah).

Dalam riwayat al-Darimi (berstatus hasan) daripada Ibn ‘Abbas, lafaz hadis seperti berikut:

“Tiada amalan yang lebih mulia di sisi Allah dan lebih besar pahala daripada kebaikan yang seseorang lakukan pada sepuluh hari Adha (sepuluh hari awal Zulhijjah).”

Berdasarkan hadis di atas, maka sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk kita melakukan amalan soleh. Pahala yang dijanjikan paling banyak.

3. Dikatakan Amalan Soleh Waktu Siang 10 Hari Zulhijjah Lebih Baik Dari 10 Hari Terakhir Ramadan

Para ulama berbincang, apakah hadis ini menunjukkan sepuluh hari Zulhijjah itu lebih afdal dari sepuluh hari terakhir Ramadan?

Dalam menilai hal ini, para ulama berbeza pendapat, ada yang berpendapat amalan soleh semasa sepuluh hari awal Zulhijjah ini lebih afdal dari semua hari termasuk sepuluh akhir Ramadan. Ada pula yang mempertahankan sepuluh akhir Ramadan itu lebih afdal.

Hasil dari perbahasan mereka, ada yang mentarjihkan bahawa amalan soleh pada waktu siang hari semasa sepuluh hari awal Zulhijjah lebih baik daripada semua hari termasuk sepuluh hari akhir Ramadan.

Sementara amalan soleh pada malam hari sepuluh akhir Ramadan lebih afdal dibandingkan semua malam termasuk sepuluh malam akhir Zulhijjah.

Alasan mereka kerana pada malam sepuluh akhir Ramadan terdapat Lailatul Qadar yang merupakan malam yang terbaik.

Sementara pada siang sepuluh hari awal Zulhijjah terdapat Hari Arafah yang merupakan hari yang terbaik (sila lihat: ‘Ali al-Qari, Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, 3/1082. Beirut: Dar al-Fikr).

4. Terkumpulnya Ibadah-Ibadah Utama

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berpendapat keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah kerana terkumpul padanya segala ibadah-ibadah utama; solat, puasa, sedekah (zakat) dan haji.

Ini tidak terdapat pada waktu yang lain (lihat: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 2/459. Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Maka, sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan satu tempoh yang mana manusia beribadah kepada Allah dalam segala bentuknya.

Ia benar-benar satu tempoh waktu pelbagai ibadah dipersembahkan oleh sekelian para hamba yang soleh.

Allah merahmati waktu tersebut dengan memberikan ganjaran yang besar kepada apa sahaja amalan soleh yang dilakukan semasa sepuluh hari berkenaan.

5. Hari Yang Paling Besar Ganjarannya

Apapun yang jelasnya, hadis Nabi s.a.w tersebut menggalakan amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah.

Amalan soleh pada hari-hari tersebut paling disukai di sisi Allah serta paling besar ganjarannya dibandingkan hari-hari yang lain.

Perkataan ‘amalan soleh’ itu merangkupi segala perbuatan baik yang disukai Allah.

Ini termasuk solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, tahmid, takbir, tahlil, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan dan seumpamanya.

Maka, semasa tempoh sepuluh hari awal Zulhijjah ini marilah kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan yang mendapat pahala di sisi Allah.

Demikian kita wajar menjauhkan diri dari dosa sebagai menghormati hari-hari yang Allah muliakan.

Kita berusaha membanyakkan ibadah dan apa sahaja amalan baik. Ini kerana, semasa pahala meningkat, semasa itu amalan patut meningkat. Maka bergandalah amalan yang banyak dengan pahala yang besar.

Amalan yang wajib atau fardu kita perbaiki dan perindahkan.

Maka bukan sahaja solat fardu, tetapi secara berjamaah. Demikian kita boleh membayar zakat wajib dalam tempoh ini.

Meningkatkan berbuat baik kepada ibubapa, mengukuhkan lagi tarbiah untuk keluarga dan mereka yang menjadi tanggung jawab kita. Melakukan Amar Makruf dan Nahi Munkar dengan cara yang lebih baik.

Sementara amalan sunat ataupun nafilah seperti puasa sunat boleh dilakukan semasa sepuluh hari tersebut, apatah lagi pada Hari Arafah.

Demikianlah membaca al-Quran, beristighfar, berdoa, bersedekah, membantu yang memerlukan dan seterusnya apa sahaja amalan yang baik di sisi Allah, samada antara kita dengan Allah ataupun antara kita sesama hamba-hamba Allah yang lain.

Kesimpulannya, sepuluh hari ini bagaikan pesta amalan soleh yang kita wajar penuhi setiap detik di dalamnya.

Ia merupakan peluang pahala paling besar yang Allah berikan kepada kita semua.

Marilah kita berusaha merebut peluang yang hebat ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sama-samalah kita mempertingkatkan amalan dan merebut ganjaran pahala pada 10 hari awal ZuIhijjah ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Ibadah Korban Kambing Hanya Untuk Seorang Sahaja

Ibadah Korban Kambing Hanya Untuk Seorang Sahaja

Saat ini, masih ramai di kalangan kita yang masih merasa bingung dengan ketentuan qurban secara kolektif, khususnya untuk qurban kambing.

Ibadah Korban Kambing Hanya Untuk Seorang Sahaja

Kebingungan masyarakat pada umumnya terletak pada ketentuan “Berapa jumlah orang yang dapat digabungkan atas 1 ekor qurban kambing."

Dengan adanya keadaan tersebut maka diperlukan sebuah kajian yang telah diulas oleh para ulama kepada para masyarakat.

Hadis yang menjelaskan qurban kambing;

1) HR. Tirmidzi

Dari Ayyub r.a., ia mengatakan bahawa, “Pada masa Rasulullah SAW seorang (suami) menyembelih seekor kambing sebagai qurban bagi dirinya dan keluarganya."

2) HR. Muslim

Dari Aisyah r.a., ia mengatakan bahawa, "Rasulullah SAW pernah berqurban dengan seekor kambing atas nama dirinya dan keluarganya."

3) HR. Abu Daud dan Al – Hakim

Ia mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ya Allah ini qurban-qurban dariku dan dari umatku yang tidak berqurban."

Pendapat – pendapat ulama’ dari penafsiran hadis di atas.

1) Imam Malik dalam Al-Muwatta’

Hadis di atas adalah nash yang jelas bahawa kambing satu ekor diyakini sah untuk dijadikan qurban bagi satu orang laki-laki dan keluarganya walaupun keluarganya banyak.

2) Asy-Syaukani dalam Nailul Autar

Dalam ulasannya ia menjelaskan, “Qurban 1 kambing boleh diperuntukkan untuk 1 orang dan keluarganya (ahlul bait) atau orang lain tapi harus di bawah milik 1 orang. Ertinya tidak boleh 2 orang atau lebih kongsi untuk membeli 1 ekor kambing."

3) Syekh Ali bin Hasan Al-Halaby

Dalam ulasannya ia mengatakan, “Kaum muslimin yang tidak mampu berqurban, mendapat pahala sebagaimana orang berqurban dari umat nabi Muhammad SAW." (Ahkamul Idain, hal : 79)

Pendapat – pendapat ulama atas batasan anggota keluarga yang tercakup oleh pahala berqurban.

1) Madzhab Maliki (4 : 364)

Masih tercakup anggota keluarga, jika memenuhi 3 hal iaitu tinggal bersama, ada hubungan kekeluargaan dan shohibul qurban menanggung nafkah semuanya.

2) Madzhab Syafi’i

Seluruh orang yang berhak mendapatkan nafkah dari shohibul qurban.

3) Aar-Ramli, 4 : 67

Suatu ketika Imam Ar-Ramli ditanya, “Adakah boleh dilaksanakan ibadah qurban untuk kelompok orang yang tinggal dalam satu rumah, meskipun tidak ada hubungan kekeluargaan di antara mereka? Dia menjawab, “Ya boleh dilaksanakan."

4) Al-Haitami (Tuhfatul Muhtaj, 9 : 340)

Sementara Al-Haitami mengomentari fatwa dari Ar-Ramli diatas dengan berkata, “Mungkin maksudnya adalah keluarganya, baik lelaki mahupun wanita. Boleh juga yang dimaksudkan dengan ahlul bait (keluarga) disini adalah semua orang yang mendapat nafkah dari satu orang, meskipun ada orang lain yang tidak wajib dinafkahi."

Sementara perkataan sahabat Abu Ayub, “Seorang (suami) menyembelih seekor kambing sebagai qurban bagi dirinya dan keluarganya, memungkinkan untuk difahami dengan 2 makna. Boleh juga difahami sebagaimana zahir hadis, iaitu bahawa setiap orang yang tinggal dalam 1 rumah, interaksi mereka menjadi satu, meskipun tidak ada hubungan kekeluargaan. Ini merupakan pendapat sebagian ulama. Akan tetapi terlalu jauh (dari kebenaran)."

Dari penjelasan beberapa hadis dan pendapat ulama, dapat kita fahami bersama bahawa untuk berqurban 1 ekor kambing hanya untuk 1 orang.

Adapun yang dapat mencakup keluarganya adalah pahala berqurbannya.

Namun, untuk membeli 1 ekor kambing hanya dibolehkan 1 orang saja.

Niat Qurban Kambing

Mengenai niat, dalam setiap ibadah niat adalah wajib kerana Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya segala amalan adalah dengan niat."

Sebaik-baik niat bagi ibadah korban ialah ketika binatang korban itu disembelih.

Maksud niat ialah kita menghadirkan di dalam hati bahawa binatang yang sedang disembelih itu ialah ibadah korban kita kerana Allah.

Disunatkan kita melafazkan semasa sedang disembelih itu sebagaimana ucapan yang dilafazkan oleh Nabi SAW,

“Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah korban ini dari ______ dan ahli keluarga ___________ (sebutkan nama kita diruang kosong)."

Jika kita tidak dapat hadir semasa binatang korban itu disembelih, harus kita mewakilkan niat kepada orang lain yang akan menyembelihnya.

Mengenai nama yang hendak diserahkan, tidak menjadi masalah kita menyerahkan nama kita sendiri kerana pahalanya nanti akan diperolehi juga oleh keluarga kita bergantung niat.

Namun, jika kita hendak melakukan korban bagi pihak orang lain (yakni melakukan korban atas namanya, bukan sekadar meniatkan pahala untuknya), wajib memaklumkan kepadanya terlebih dahulu untuk mendapatkan keizinan darinya.

Jika tidak dimaklumkan kepadanya atau tidak mendapat keizinan darinya, tidak terhasil ibadah korban itu untuknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: aqiqahberkah | ilmudanulamak

Cara Pembahagian Daging Korban, Bolehkah Diberikan Kepada Bukan Islam?

Cara Pembahagian Daging Korban, Bolehkah Diberikan Kepada Bukan Islam?

Pada setiap 10 Zulhijah, umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha iaitu satu lagi hari kebesaran dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri dan Alhamdulillah, kita dapat menyambut perayaan ini dalam keadaan aman damai serta rezeki yang melimpah ruah dalam negara tercinta ini. Semoga Allah memelihara nikmat dan keamanan yang kita kecapi ini.

Cara Pembahagian Daging Korban (Qurban)

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, "Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.” (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijah iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).

Dalam kemeriahan melakukan ibadat korban, mari kita memperbaiki ibadat sunat muakkad di dalamnya.

Apa yang perlu diperhalusi adalah dalam segi sifat ihsan kita semasa menyembelih haiwan sama ada lembu, kambing mahu pun unta, janganlah kita melakukan penyeksaan tanpa disedari.

Antaranya duduk di atas haiwan tersebut, menindih badannya dengan pelbagai jenis kayu, menjatuhkannya dengan kasar dan lebih kejam lagi melapahnya sebelum ia benar-benar mati.

Begitu juga dengan petugas dan penerima daging korban. Jangan hendaknya belum pun selesai kerja-kerja memotong daging korban, ekor lembu sudah hilang atau ada yang mengambil daging batang pinang atau tulang selangka melebihi daripada sepatutnya.

Berhati-hatilah supaya usaha membantu kerja menyembelih haiwan korban yang sepatutnya mendapat pahala bertukar kepada beroleh dosa gara-gara mengambil hak orang lain.

CARA AGIHAN DAGING KORBAN

Berkorban itu memang bagus, tetapi antara isu yang dibahaskan adalah tentang agihannya.

Yang pertama, agihan adalah sesama umat Islam. Sebaiknya, ia diberi kepada orang fakir dan miskin.

Ini berdasarkan ayat 28 dan 36 surah al-Hajj (22), bahawa semua mazhab fiqh berpendapat daging korban hendaklah diberi makan kepada fakir miskin setelah dimasak atau diagihkan mentah-mentah.

Mazhab Hanafi menggalakkan daging korban dibahagi kepada tiga; sebahagian untuk tuan punya korban, sebahagian lagi dihadiahkan kepada keluarga dan orang kaya dan bahagian yang ketiga disedekahkan kepada fakir miskin.

Mazhab Maliki hanya menyebut dibahagi tiga dengan tidak menentukan kadar setiap bahagian.

Bolehkan Daging Korban Diberikan Kepada Orang Bukan Islam?

Isu yang sering diperbahaskan adalah apabila galakan untuk menyedekahkan semua bahagian daging itu kepada fakir dan miskin menyebabkan ahli keluarga dan golongan berada yang terdekat rasa terabai.

Adapun dalam hidup masyarakat majmuk di Malaysia, timbul pula isu bolehkah daging korban diberi kepada orang bukan Islam?

Dalam hal ini, fuqaha berbeza pendapat. Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada orang bukan Islam.

Al-Nawawi (2000) menyebut bahawa orang bukan Islam tidak boleh memakan daging korban. Imam Ibn Hajār al-Haytami (2001) turut mengesahkan hal yang sama.

Semua ulama mazhab sepakat, memberi atau memberi makan daging korban atau akikah wajib kepada orang bukan Islam adalah haram.

Kesimpulan

Sebahagian mazhab menghukumkannya haram dan ada yang mengatakannya makruh. Adapun Mazhab Hanbali dan Hanafi menghukumkannya sebagai harus kerana ia bukannya sedekah wajib.

Bagaimanapun, dalam konteks Malaysia, barangkali pendapat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri boleh diterima pakai.

Kata beliau, di dalam isu ini hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siasah syar’iyyah supaya lebih harmoni dalam masyarakat di samping menjadi senjata dakwah yang paling ampuh kepada masyarakat yang bukan Islam.

Kami katakan di sini, “Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.

“Namun, jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan,” jelas beliau.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan