Tuesday, December 25, 2012

Satu Kampung Di 'Desa Kasuran Sleman' Tidak Menggunakan Katil


Desa Kasuran adalah salah satu desa yang ada di desa Margodadi, daerah Seyegan, Sleman, daerah istimewa Yogyakarta, Indonesia.

Unik! Satu Kampung Tidak Menggunakan Katil

Sepintas lalu memang tidak berbeza dengan desa yang lain, tapi satu perkara yang membezakan adalah majoriti penduduknya ialah, mereka tidak tidur di atas katil.

Tradisi ini telah diteruskan secara turun-temurun sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Penduduk di Desa Kasuran hanya tidur beralaskan tikar atau tilam tetapi tidak menggunakan katil.

Tradisi unik dan pelik ini telah diwarisi ratusan tahun secara turun-temurun dan tiada penduduk yang berani melanggar pantang-larang tersebut.

Dipercayai bahawa, jika ada yang melanggar pantang tersebut, individu itu akan mati, menjadi gila dan ada yang menjadi buta.

Selain itu juga, pernah kejadian berlaku orang luar yang tidak percaya apabila bangun tidur pada paginya, tergantung bersama katil diatas siling rumah dan terpaksa diturunkan.

Dan menurut cerita turun-temurun, larangan pelik ini merupakan perintah Sunan Kalijaga yang melarang penduduk desa supaya tidak tidur diatas katil bagi mengelak dari menjadi malas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon