Sunday, July 08, 2018

Harimau Lawan Singa, Siapa Yang Akan Menang?

Harimau Lawan Singa, Siapa Yang Akan Menang?

Pasti ramai yang akan tertanya-tanya jika harimau dan singa bertarung, siapa yang akan menang? Mari kita lihat fakta dan kita andaikan Harimau Siberia (jantan dewasa) diambil sebagai contoh.

Harimau Lawan Singa, Siapa Yang Akan Menang?

Bagi pihak singa pula, Singa Afrika (jantan dewasa) dijadikan contoh. Kedua-dua haiwan ini merupakan yang terbesar dalam sub-spesiesnya.

PERBANDINGAN FIZIKAL

Berat

Berat bagi seekor harimau Siberia (jantan dewasa) boleh mencecah kira-kira 465 kilogram manakala berat bagi seekor singa Afrika (jantan dewasa) yang pernah direkodkan adalah kira-kira 313 kilogram.

Faktor berat memainkan peranan utama dalam pertarungan harimau dan singa dimana berat boleh meningkatkan kekuatan terkaman haiwan ini namun begitu, berat akan menyebabkan kepantasan (dalam larian) haiwan ini akan terjejas.

Akan tetapi, harimau dan singa merupakan haiwan yang bertarung secara berhadapan, dimana kepantasan (dalam larian) tidak begitu memainkan peranan besar.

(Nota: berat ini adalah berkaitan dengan otot dan bukannya lemak.)

Saiz Otak

Kajian di University Oxford mendapati bahawa saiz otak harimau lebih besar berbanding singa, walaupun singa mempunyai saiz tengkorak yang lebih besar, ruang kranium bagi harimau lebih luas dan ini menunjukkan otak harimau lebih besar.

Ini menunjukkan harimau lebih cerdik berbanding singa.

Kekuatan Gigitan

Melalui kajian tersebut juga, didapati harimau mempunyai kekuatan gigitan yang lebih kuat berbanding singa, dimana daya gigitan dikira menggunakan formula body mass allometry (BFQ).

Harimau mempunyai kekuatan gigitan sebanyak 127 manakala singa pula ialah 112.

Tahap Agresif

Melalui pemerhatian di sebuah zoo yang menempatkan harimau dan singa di satu sangkar, didapati bahawa harimau lebih bengis berbanding singa.

Ini ditunjukkan dengan serangan harimau keatas singa secara tiba-tiba tanpa gangguan faktor luaran.

Menurut pakar biologi, Craig Saffoe di Ankara, “Harimau lebih agresif. Mereka menyerang untuk membunuh dan mematikan.

Manakala singa lebih bersifat, ‘membelasah’ dan ‘bermain’ sahaja”.

Perlindungan Diri

Dinyatakan bahawa surai singa (rerambut pada leher singa) membantu dalam melindungi leher singa daripada tercedera. Ini kerana hampir setiap pemangsa akan mencederakan atau menyerang bahagian leher si mangsa.

Walaupun begitu, fungsi surai singa lebih diterima pakai pakar biologi sebagai ‘penanda’ umur dan tahap hormon singa tersebut berbanding sebagai perlindungan diri kerana singa tidak mempunyai pemangsa semulajadi.

Sifat Semulajadi

Harimau merupakan haiwan pemangsa yang memburu secara berseorangan dan mereka memburu dalam persekitaran yang padat dengan pokok contohnya hutan rimba. Ini membantu dalam penyamaran diri harimau tersebut.

Pemburuan secara berseorangan membuktikan bahawa harimau lebih aktif, lebih pantas dan boleh menundukkan lawan yang lebih besar daripadanya (contoh: seladang) berseorangan.

Singa pula merupakan haiwan yang memburu dalam kumpulan (pride) di kawasan yang lebih luas, contohnya di padang rumput. Singa terlebih dahulu mengepung mangsa dan menyerang secara berkumpulan.

Ini menunjukkan bahawa singa mempunyai kerjasama yang baik antara mereka namun begitu, yang memburu hanyalah singa betina. Singa jantan lebih banyak berehat dalam kumpulan.

Pertarungan antara singa dan harimau perlu ditentukan keadaannya dahulu.

Adakah ianya berlaku di tanah pamah atau hutan? Berseorangan atau berkumpulan? Adakah faktor luar terlibat sama (contohnya sorakan penonton di zoo dan arena)?

Kepantasan Cakaran

Seekor harimau mempunyai cakaran yang pantas tetapi momentum yang kurang berbanding singa, manakala singa mempunyai cakaran yang agak perlahan namun mempunyai momentum yang lebih besar.

Ini adalah kerana singa lebih tinggi dan mempunyai lengan yang lebih panjang berbanding harimau.

Saiz komparatif (ratio) humerus dan lengan: Harimau Bengal: 80:100 Singa Afrika: 87:100.

Kedua-dua haiwan ini mampu membunuh seorang manusia biasa dengan sekali cakaran sahaja, terutamanya jika sasaran dikenakan keatas kepala manusia tersebut.

Jika sifat haiwan diambil kira, harimau lebih banyak menggunakan kedua-dua lengannya dalam menyerang, kerana haiwan ini mempunyai keseimbangan yang baik jika kedua-dua lengannya diangkat dalam menyerang.

Manakala singa lebih gemar menggunakan rahangnya dalam menyerang leher mangsa.

Singa mampu menyerang menggunakan tangan, tetapi lebih biasa menggunakan rahangnya kerana rahang singa adalah lebih kuat berbanding harimau.

SEJARAH PERTARUNGAN

1. Direkodkan didalam Zoo Ankara pada Mac 2011, seekor harimau menyerang seekor singa dan membunuhnya dengan sekali cakaran sahaja.

Ia menyerang urat darah jugular (leher) singa tersebut sehinggakan ia mati dalam lumuran darahnya.

2. Di Coney Island (persembahan haiwan) pada 1909, seekor singa yang sedang membuat persembahan tiba-tiba menyerang seekor harimau yang sedang dirantai.

Singa tersebut melompat keatas belakang badan harimau itu namun, walaupun dibebani rantai yang berat, singa tersebut bukanlah ancaman bagi harimau itu kerana akhirnya, singa yang menyerang mati dirobek harimau tersebut.

3. Pada Disember 2008 di Korea, seekor singa (110kg) menyerang seekor harimau betina (90kg) secara tiba-tiba dengan menggigit leher harimau itu sehingga mati.

4. Pada 1951, seekor singa Afrika jantan membunuh seekor harimau betina di sebuah sarkas. Caranya juga sama, dengan gigitan pada leher harimau sehingga harimau tersebut mati dalam masa satu jam akibat cedera parah.

5. pada 1857 di Zoo Bromwich, seekor harimau memecah masuk kedalam sangkar seekor singa dan menyerangnya. Singa itu terselamat dari diserang dibahagian leher kerana dilindungi surainya, namun harimau tersebut berjaya mengurai isi perut singa tersebut.

Singa itu mati dalam masa beberapa minit sahaja.

6. Di sarkas pada zaman Rom Purba, pertarungan antara makhluk-makhluk ganas seringkali dianjurkan. Salah satunya adalah di Pompeii dimana menunjukkan pertarungan antara singa dan harimau.

Titus, maharaja Rom mempunyai seekor harimau Bengal yang seringkali menang dalam pertarungan menentang singa.

7. Seekor harimau milik Raja Oude mempunyai rekod membunuh 30 ekor singa dan membunuh seekor lagi semasa sedang dipindahkan ke taman zoologikal di London.

8. Pada akhir kurun ke 19, Gaekwad of Baroda menganjurkan pertarungan antara singa Barbary dan harimau Bengal dihadapan beribu penonton.

Gaekwad bertaruh kemenangan pada singa, manakala beribu orang bertaruh pada harimau.

Akhirnya Gaekwad terpaksa membayar sebanyak 37,000 rupee kepada penonton kerana singa tersebut lunyai diterkam harimau.

ULASAN PAKAR

1. Pada 1959, seorang wartawan Spokesman-Review bertanya kepada William Bridges, seorang pegawai di Zoo Bronx.

Beliau berkata “pada zaman dahulu di Coliseum Rom, orang yang bijak akan bertaruh pada harimau”.

2. John Varty, pemilik Londolozi Reserve di Afrika Selatan berkata, “Ramai orang bertanya, yang mana lebih besar? Jika seekor harimau dan singa bertarung, yang mana akan menang?

Saya pernah melihat seekor harimau mengunyah seekor kura-kura (leopard tortoise) dengan mudah. Singa pula mencuba, tetapi tidak pernah berjaya.

Jika berlaku pertarungan, harimau akan menang, setiap kali.”

3. Sebuah organisasi Big Cat Rescue di Tampa, Florida berkata, “Kami lebih suka jika semua orang lebih fokus terhadap usaha menyelamatkan kucing-kucing besar ini daripada diancam kepupusan.

Kekuatan kedua-duanya sering timbul dalam pemikiran setiap orang.

Jika ia bergantung kepada saiz, umur, dan tahap agresif haiwan terbabit, harimau mempunyai lebih banyak kelebihan.

4. Sebuah dokumentari National Geographic (The Last Lions of Asia) menyatakan bahawa harimau Bengal mempunyai berat lebih 50 kilogram berbanding Singa Asia, dan mampu membunuh singa Asia dalam pertarungan.

5. John Smith Clarke, seorang penjinak singa berkata, “daripada 100 kes pertarungan, kesemuanya dimenangi oleh harimau.

"Harimau lebih licik, tidak terlalu kelam dalam serangan dan walaupun sama kuat, harimau bertarung dengan cara yang berbeza.

"Ia lebih gemar bergolek di tanah menggunakan belakang badannya dan mencengkam singa dalam cengkamannya sehingga singa itu kalah.”

BIDANG SENI DAN PENULISAN

Bidang ini sering menggambarkan bahawa apabila berlaku pertarungan antara singa dan harimau, singa sentiasa menang.

1. Pada kurun ke 18 dan 19, James Ward melakar lukisan dimana singa memenangi pertarungan dengan harimau, yang menunjukkan nilai simbolik singa sebagai Great Britian.

2. Sebuah pingat Seringapatam British menunjukkan seekor singa mengalahkan seekor harimau, dengan sebuah panji diatasnya, bertulisan Arab, iaitu ASAD ALLAH AL-GHALIB (Singa Allah menakhluk).

Pingat ini diperingati sebagai lambang kemenangan British dalam Perang Seringapatam melawan Tipu Sultan yang menggunakan harimau sebagai jata.

KESIMPULAN

Kami lebih memilih harimau sebagai pemenang dalam pertempuran satu lawan satu (1 by 1) diantara harimau Siberia dengan singa Afrika dikawasan tanah pamah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Saturday, July 07, 2018

Maksud Mimpi Mengerjakan Haji

Maksud Mimpi Mengerjakan Haji

Al-Ustaz Abu Sa’id berkata, “Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan akan mendapat kelapangan.”

Mimpi naik haji

Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan rugi, kalau dia musafir akan terkandas di perjalanan dan kalau dia sihat akan berpenyakit.

Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya dan tetap pendiriannya.

Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan yang mulia dan orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.

TAFSIR LAIN

1. Mimpi Naik Haji

Jika anda mengalami mimpi seperti ini, ertinya menunjukkan bahawa anda akan mampu menjalankan pekerjaan dengan sempurna.

2. Mimpi Naik Haji Menaiki Kenderaan

Erti mimpi naik haji ini adalah menunjukkan bahawa anda akan menerima bantuan dari Allah SWT.

3. Mimpi Naik Haji Berjalan Kaki atau Naik Unta

Jika anda mengalami mimpi naik haji seperti ini, ini menunjukkan bahawa anda akan melakukannya dengan bantuan wanita.

4. Mimpi Naik Gajah Saat Ibadah Haji

Jika anda mengalami mimpi seperti ini, menunjukkan bahawa anda dalam keadaan menjalankan haji.

5. Mimpi Orang Membawa Keimanan dalam Haji

Jika mengalami mimpi seperti ini, ertinya adalah orang tersebut berdiri di hadapan Tuhannya dengan kesolehan dan hormat.

6. Mimpi Melakukan Kesalahan dalam Haji

Erti mimpi ini boleh jadi peringatan untuk membayar kifarah kepada orang miskin.

7. Mimpi Melakukan Kesalahan dalam Haji

Erti adalah mimpi ini berkaitan dengan wang.

8. Mimpi Gagal Naik Haji

Erti mimpi ini menunjukkan bahawa anda akan mengalami kekecewaan dan kesedihan, namun
kesedihan dan kekecewaan itu boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk masa depan.

9. Mimpi Haji Sendiri

Jika anda mengalami mimpi seperti ini, ertinya adalah anda akan mendapat kemuliaan dan kehormatan dari orang-orang terdekat.

10. Mimpi Melihat Orang Tua Haji

Erti mimpi seperti ini menunjukkan bahawa anda akan mendapat kemudahan dalam semua perkara.

11. Mimpi Naik Haji Bersama Kekasih

Jika anda mengalami mimpi seperti ini, ertinya orang yang berhaji bersama anda  adalah insan yang tepat sebagai pendamping hidup.

12. Mimpi Naik Haji Bersama Isteri atau Suami

Erti mimpi seperti ini menunjukkan bahawa anda akan mendapat anak.

13. Mimpi Melihat Rombongan Haji Berpakaian Serba Putih

Petanda baik, anda akan mendapat kemuliaan atau mendapat khabar baik atau dinaikan pangkat.

14. Mimpi Pergi ke Tanah Suci Bersama Rombongan Haji

Firsat baik, anda akan memperoleh pertolongan dari orang lain berkaitan masalah yang anda sedang hadapi.

15. Mimpi Tersesat Ketika Mahu Berangkat Haji

Sebuah petanda bahawa anda akan mendapat halangan atau masalah yang tidak disangka-sangka.

16. Mimpi Ketinggalan Pesawat Saat Mahu Naik Haji

Jika mengalami mimpi ini, adalah pertanda ada masalah yang belum diselesaikan.

17. Mimpi Berangkat Haji Tapi Tiba-tiba Pulang

Alamat kurang baik, persoalan atau masalah lama akan muncul kembali.

18. Mimpi Melihat Orang Meninggal Saat Ibadah Haji

Satu alamat bahawa anda akan mengalami gangguan dalam kesihatan dan ada baiknya sentiasa menjaga kesihatan diri.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: spmodels | memahamimimpi

The Birds of America, Buku Ilustrasi Burung Bernilai AS$9.65 Juta!

The Birds of America, Buku Ilustrasi Burung Bernilai AS$9.65 Juta!

Edisi pertama buku tentang spesies burung di Amerika karya John James Audubon, The Birds of America, salah sebuah buku paling berharga dalam sejarah alam semula jadi, telah berjaya dilelong pada harga AS$9.65 juta (RM38.4 juta) dalam sebuah acara lelongan di New York pada Khamis (14/6/2018).

The Birds of America, Buku Ilustrasi Burung Bernilai AS$9.65 Juta!

Acara tersebut dikelolakan oleh firma terkemuka, Christie’s, lapor Reuters.

Buku dari kurun ke-19 itu mengandungi ilustrasi menarik, dengan menghimpunkan lebih daripada 400 lukisan tangan yang memaparkan ilustrasi 1,037 ekor burung.

Ia adalah salah satu daripada 13 set lengkap yang masih tinggal dan dimiliki dalam simpanan persendirian.

Christie's menyifatkan set tersebut sebagai ‘salinan terbaik yang ada dalam simpanan persendirian dan juga merupakan buku berwarna paling halus pernah dihasilkan’.

Salah satu muka surat buku 'Birds of America' yang ditunjukkan kepada media sempena acara lelongan.

Harga jutaan dolar itu dikatakan dibayar oleh seseorang yang tidak mahu dikenali. Ia adalah harga kedua tertinggi pernah dilelong bagi buku berkenaan.

Satu lagi salinan buku itu pernah dijual pada harga AS$10.27 juta (RM40.9 juta) pada 2010.

Buku The Birds of America kali pertama diterbitkan dalam bentuk siri antara tahun 1827 dan 1838, dan sekali gus mendokumentasikan misi Audubon yang meluangkan masa bertahun-tahun mengkaji spesies burung di Amerika Utara.

Audubon yang meninggal dunia pada 27Januari 1851 ialah seorang pakar kaji burung dan juga pelukis Amerika yang menghabiskan hayatnya dengan membuat penyelidikan mengenai pelbagai spesies burung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

7 Khasiat Beras Merah Berbanding Beras Putih Untuk Kesihatan

7 Khasiat Beras Merah Berbanding Beras Putih Untuk Kesihatan

Jarang sekali untuk penduduk negara Malaysia menggunakan nasi merah dalam pemakanan harian mereka sebaliknya lebih selesa makan nasi putih biasa ini kerana, kebiasaannya ramai menggunakan beras putih dalam masakan mereka dan jarang sekali menggunakan beras merah untuk memasak nasi.

7 Khasiat Beras Merah Untuk Kesihatan

Untuk pengetahuan anda, beras merah dikatakan lebih banyak manfaat dan khasiat jika dibandingkan dengan beras putih biasa.

Rasa beras merah memang dianggap lebih hambar tetapi sangat menyihatkan. Beras merah adalah sejenis beras yang mengandungi vitamin B dan E.

Beras merah memiliki banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh serta boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Malah, pengambilan beras merah juga baik untuk mengatasi stres sekali gus mengendurkan otot yang tegang.

Ini kerana terdapat zat-zat seperti kandungan mineral yang tinggi, vitamin serta serat semulajadi dalam beras jenis ini.

Menurut satu kajian dari Amerika Syarikat yang dibentangkan di Persidangan Tahunan Eksperimen Biologi, hanya dua jenis beras yang ada khasiat untuk cegah risiko serangan jantung serta tekanan darah tinggi iaitu beras setengah giling dan beras merah.

Anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, di sini kami kongsikan beberapa khasiat beras merah untuk diet anda:

1. Menurunkan kolesterol

Beras merah mengandungi minyak yang mampun berfungsi menangani kolesterol jahat.

Anda yang sedang menjaga diet pemakanan disaran mengambil bijirin oat atau beras merah pada setiap pagi sewaktu sarapan.

2. Mengandungi vitamin B-6

Vitamin B-6 membantu tubuh anda menjalankan fungsi organ dalaman dengan baik.

Ini kerana, vitamin B-6 mengandungi khasiat dalam menjaga keseimbangan daripada pembentukan hormon serotonin, sel DNA serta sel darah merah.

3. Kadar zink yang tinggi

Zink merupakan mineral yang berfungsi dalam penyembuhan luka selain menjaga sistem pertahanan tubuh agar dapat berjalan dengan baik.

Di samping itu, zink juga merupakan antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

4. Serat tinggi

Serat adalah nutrisi yang sangat diperlukan dalam proses penurunan berat badan. Tanpa serat, anda akan berterusan berasa lapar dan sukar untuk berasa kenyang.

Oleh itu, anda disarankan mengambil beras merah setiap kali letika sarapan pagi supaya perut anda boleh menahan lapar hingga ke petang.

5. Kadar indeks glycemic yang rendah

Salah satu makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks merupakan beras merah.

Ia memiliki tahap indeks glycemic rendah yang berguna untuk mengawal kadar gula darah dan pengeluaran insulin.

Selain itu, beras merah juga berupaya meningkatkan tenaga untuk memaksimumkan kesihatan badan anda.

KHASIAT BERAS MERAH UNTUK BAYI

Dalam pada itu, selain mempunyai khasiat yang tinggi serta keupayaannya menurunkan berat badan, beras merah juga memberikan kesan baik kepada anak kecil.

Antara khasiat beras merah untuk anak kecil adalah:

1. Membuatkan bayi anda tidur lebih lena

Zat tepung yang terdapat di dalam beras merah dapat meningkatkan serotonin di dalam otak di mana ia berfungsi untuk membantu anak anda untuk tidur.

Manakala kandungan indeks glycemic yang rendah juga dapat membantu mengatur kadar gula yang ada di dalam darah.

Dengan memberikan anak kecil anda beras merah, mereka akan tidur dengan lebih nyenyak dan tidak mudah terjaga dari tidur pada waktu malam akibat kelaparan.

2. Mencegah sembelit

Beras merah memiliki kandungan serat yang tidak boleh larut di dalam air justeru, pengambilan beras merah dapat mencegah sembelit.

Anda disarankan untuk memberikan anak anda nasi merah setiap kali mereka mengalami masalah sukar untuk membuang besar.

Serat beras merah akan membantu menyerap air sehingga najis itu menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

Pengambilan nasi merah juga boleh membuat anak anda menjadi lebih sihat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Friday, July 06, 2018

Perbezaan Mati Pucuk Dan Pancut Awal

Perbezaan Mati Pucuk Dan Pancut Awal

Menurut kajian, 1 dalam 3 orang lelaki mempunyai masalah pancut awal dalam hidup mereka ketika melakukan hubungan intim dan ini memberi kesan buruk kepada pasangan suami isteri tetapi, masalah ini masih boleh dirawat.

Perbezaan Mati Pucuk Dan Pancut Awal
Gambar hiasan.

Dan sememangnya terdapat perbezaan yang ketara antara mati pucuk (Erectile Dysfucntion) dan pancut awal (Premature Ejaculation).

Tetapi, apa perbezaan pancut awal dan mati pucuk?

Ketegangan zakar
  • Pancut awal: Tiada masalah untuk tegang dan bersedia untuk hubungan intim.
  • Mati pucuk: Sukar untuk tegang atau mengekalkan ketegangan tersebut bagi melakukan hubungan intim.

Mengekalkan ketegangan
  • Pancut awal: Zakar kekal tegang sehinggalah air mani terpancut kemudian ianya lembik.
  • Mati pucuk: Lembik sebelum pancut atau sebelum hubungan intim berakhir.

Pancutan air mani
  • Pancut awal: Pancutan berlaku akibat lemahnya kawalan oleh lelaki dan ini menyebabkan perasaan tertekan.
  • Mati pucuk: Pancutan mungkin dilakukan dengan cepat kerana dikhuatiri zakar hilang ketegangan atau mungkin juga pancut ketika zakar lembik.

Siapa yang terkesan
  • Pancut awal: Biasanya berlaku kepada lelaki pelbagai umur.
  • Mati pucuk: Banyak berlaku pada lelaki yang sudah berumur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro


Adab Menziarahi Orang Meninggal Dunia

Adab Menziarahi Orang Meninggal Dunia

Menziarahi jenazah bukanlah perbuatan yang selalu kita lakukan sehari-hari, oleh itu, adalah normal jika kadang-kadang kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Adab Menziarahi Orang Meninggal Dunia

Sebenarnya, dalam ajaran Islam, terdapat adab-adab untuk setiap yang kita kerjakan, termasuklah adab-adab menziarahi jenazah.

Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “Innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Adab-adab menziarahi jenazah seperti:

1. Dilarang Bercakap Kosong

Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain.

Tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual.

Perkara ini mungkin akan menyinggung perasaan keluarga tersebut, hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih.

Mereka tidak mungkin akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka sedang berduka.

Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan, “Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”

2. Membaca Al-Qur'an

Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud, “Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)

3. Mendoakan Si Mati

Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan, “Allahummaghfirlahu warhamhu” yang ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”

4. Membantu Keluarga Si Mati

Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati.

Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

5. Membantu Menyediakan Keperluan

Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut.

Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.

6. Mengucapkan Takziah

Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya ke rahmatullah.

Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.

8. Saling mengingatkan

Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.

9. Menutup Aib

Tidak menceritakan aib jenazah kepada orang lain.

10. Membaca Al-Qur'an

Disunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan.

11. Uruskan Jenazah

Segerakan pengurusan jenazah. Sembahyangkan dan mengiringinya ke kubur.

Terdapat pula perkara-perkara yang tidak dibolehkan dan tidak digalakkan kita membuatnya, seketika kita menziarahi jenazah.

Perkara yang tidak beradab ketika menziarahi jenazah.

1. Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti menumpat jenazah atau bergurau senda dan berbual-bual dengan nada suara yang tinggi.

2. Jangan sesekali bercerita tentang keburukan jenazah. Ingatlah dosa kita dengan manusia hanya boleh diampunkan oleh orang itu sahaja.

3. Jangan bercerita hal-hal dunia seperti jualan langsung, kerja-kerja kosong dan lain-lain (hal-hal begini memang sering berlaku).

4. Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung seperti orang jahiliyah.

5. Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu.

6. Tidak redha dengan takdir Allah.

Beberapa hikmah yang boleh kita perolehi sekiranya kita menziarahi jenazah.

Antaranya:

1. Kita berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga jenazah.

2. Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli keluarganya.

3. Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah.

4. Menunaikan fardu kifayah iaitu memberikan hak sebagai seorang muslim keatas muslim yang lain.

5. Menziarahi jenazah dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita tentang kematian itu pasti menjemput kita suatu hari nanti.

6. Kematian adalah sebahagian daripada qadha Allah yang wajib diterima oleh semua makhluknya.

7. Kita juga dapat bermuhasabah diri tentang ibadat yang telah kita lakukan selama ini. Kita akan terfikir, adakah ibadah kita selama ini mencukupi untuk di buat bekalan di akhirat nanti.

“Ya Allah jadikanlah akhir kehidupan kami dengan kebaikan dan rahmat-Mu dan jangan jadikan akhir hidup kami dengan keburukan dan kemurkaan-Mu”.

Amiin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: laman-seri

Tangkap Najib Adalah Impian Majoriti Rakyat Malaysia

Tangkap Najib Adalah Impian Majoriti Rakyat Malaysia

Najib Razak akhirnya akan didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan yang dipercayai berkaitan rasuah, pecah amanah sebagai penjawat awam dan juga berhubung penglibatan dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Tangkap Najib Adalah Impian Majoriti Rakyat Malaysia

Semua pertuduhan itu adalah susulan siasatan terhadapnya sebelum ini dan rampasan wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan beg tangan mewah di beberapa kondo dan kediamannya yang keseluruhannya dianggarkan bernilai sehingga RM1.1 bilion.

Apa yang berlaku kepada Najib adalah pertama kali tercatat dalam sejarah negara Malaysia, di mana seorang bekas Perdana Menteri diheret ke mahkamah atas beberapa kesalahan jenayah yang memungkinkannya merengkok dalam tempoh yang lama di penjara.

Meskipun barangkali ada yang bersimpati dan menyifatkan pendakwaan terhadap Najib lebih bersifat dendam atau bermotif politik, sebenarnya jika diimbas kembali, itulah yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan baru Pakatan Harapa terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Motif utama Pakatan Harapan menyertai pilihanraya bukan saja untuk menumbangkan UMNO serta BN dan mengambil alih kuasa pentadbiran negara, malah juga untuk menangkap, mengheret ke mahkamah dan seterusnya menghantar Najib ke penjara.

Kesalahan paling besar yang didakwa dilakukan Najib ialah berkaitan skandal 1MDB yang daripadanya dipercayai berlabuh wang RM2,600 juta dalam akaun bank peribadinya.

Sejak sekian lama, kempen dan ceramah Pakatan Harapan, khususnya oleh Tun Mahathir Mohamad dan hampir semua pemimpin utama gabungan itu ialah untuk menangkap dan memenjarakan Najib.

Tidak cukup dengan perkara itu, dilaungkan dalam ceramah-ceramah dan kempen media sosial, malah "Himpunan Tangkap MO1" turut acap kali diadakan di beberapa lokasi.

Atas keyakinan bahawa Najib bersalah dan terlibat dalam skandal 1MDB yang merupakan skandal kewangan terbesar di dunia dan bersama keinginan untuk menangkap Najib itulah, hari demi hari sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan semakin membesar dan akhirnya berjaya menumbangkan BN buat pertama kalinya.

Maknanya, rakyat mengundi dan memenangkan Pakatan Harapan memang dengan kesedaran untuk melihat Najib ditangkap dan dipenjara.

Jika kempen Pakatan Harapan sekadar untuk memulihkan negara, menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak saja misalnya, tanpa disertai laungan mahu menangkap Najib dan semua yang terlibat dengan skandal 1MDB, belum tentu BN dapat ditumbangkan dalam pilihanraya 9 Mei 2018 lalu.

Secara umumnya, semua orang sedar bahawa salah laku Najib dan keluarganya berkaitan 1MDB, disertai pula gaya hidup mewah, pembaziran dan segala macam onar lainnya adalah paling dahsyat dalam sejarah negara dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan terdahulu.

Oleh itu, tidak perlu bagi rakyat sebagai pembayar cukai yang dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sebelum ini, tiba-tiba mahu bersimpati atau menzahirkan rasa kesian terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana rakyat sendiri berkehendakan demikian dengan kesatuan hati mereka menumbangkan Najib, UMNO serta BN dan memenangkan Pakatan Harapan.

Semua ini adalah permulaan untuk negara terus bergerak ke hadapan dan menuju pemulihan yang sebenar-benarnya.

Kalau pun masih ada juga perasaan itu, fikir dan renung kembali betapa besarnya hutang 1MDB yang akhirnya ditanggung oleh kita semua.

Fikir juga bagaimana daripada ribu-ribu juta hutang itu, kita-kira RM18,000 juta daripada dilencongkan oleh Jho Low sebagai dalangnya yang kemudian digunakan untuk bermewah, berpesta, membeli hartanah di seluruh dunia, memiliki kapal mewah, bermurah hati membeli barang-barang kemas sebagai hadiah dan sebagainya.

Fikirkan bagaimana sejumlah RM2,600 juta ada dalam akaun peribadi Najib selaku Perdana Menteri ketika itu yang kemudian ianya didakwa sebagai derma.

Fikirlah seterusnya bagaimana Najib dan keluarganya memiliki simpanan tunai dalam 26 jenis matawang berjumlah RM116 juta di rumahnya beserta beg tangan, barangan kemas, jam tangan dan sebagainya yang jumlahnya mencecah ribuan juta.

Fikir. Fikir. Fikir.

Adakah nasib serta keadaan kita sebagai rakyat difikirkan oleh Najib dan semua mereka yang terkait dan bermewah dengan skandal 1MDB sebelum ini?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudindotcom

Kenapa Golongan Kristian Evangelical Menyokong Jerusalem Sebagai Ibu Negara Israel?

Kenapa Golongan Kristian Evangelical Menyokong Jerusalem Sebagai Ibu Negara Israel?

Pada tahun 2016, semasa dalam perlumbaan untuk layak menjadi calon Presiden bagi parti Republican, Donald Trump pada mulanya dianggap tidak mampu memenangi undi mereka yang berfahaman kuat agama Kristian berbanding dengan lawannya ketika itu, Ted Cruz.

Kenapa Golongan Kristian Evangelical Menyokong Jerusalem Sebagai Ibu Negara Israel?

Melihat peluang untuk menang agak rendah, Donald Trump akhirnya berikrar akan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel sekiranya dia berjaya menjadi calon Presiden parti Republican dan seterusnya Presiden Amerika Syarikat.

Hasil daripada ikrar tersebut, Donald Trump telah pun berjaya memenangi hampir 80% undi daripada golongan penganut Kristian evangelical, berbanding dengan calon lawannya dalam jawatan Presiden, Hillary Clinton.

HUBUNGAN JERUSALEM DENGAN KRISTIAN EVANGELICAL

Kita semua sudah tahu apa yang diumumkan oleh Donald Trump, bagaimanapun, tidak ramai yang mengerti mengapa pengumuman itu merupakan satu kemenangan besar pada golongan Kristian Evangelical.

Seorang pakar teologi bernama Dr. Diana Butler melalui laman Twitter, cuba menerangkan kesan tindakan Trump itu yang dilihat selari dengan kepercayaan kaum Kristian Evangelical.

Menurut beliau, golongan Kristian konservatif Evangelical sudah lama menunggu tibanya detik Jerusalem diangkat sebagai ibu negara Israel.

Ini kerana penganut berfahaman evangelical percaya tindakan ini perlu bagi mereka dapat menguasai beberapa lokasi penting di sana, bagi membolehkan pembinaan Temple kaum mereka bermula.

Pembinaan Temple ini dipercayai adalah detik permulaan kepada apa yang terkandung dalam Book of Revelations serta ramalan End of Times, yang mereka percayai akan berlaku.

Dr. Diana juga berkata penganut Kristian evangelical sudah terlalu lama menunggu peristiwa ini berlaku dengan ramai yang mahu perkara ini dipercepatkan.

Golongan ini dikatakan berharap berlakunya perang di Timur Tengah sebelum bermulanya apa yang dikatakan The Battle of Armageddon di mana Jesus Christ akan kembali ke bumi dan memusnahkan semua musuh Tuhan.

DONALD TRUMP SEBAGAI INDIVIDU YANG MEMENUHI RAMALAN

Dr. Diana Butler menyimpulkan bahawa bagi golongan Evangelical, apa yang berlaku ketika itu akan menjadi klimaks kepada sejarah peradaban mereka, sesuatu yang berkait dengan ramalan dalam kitab Bible.

Donald Trump bukan sahaja memenuhi ikrar beliau semasa berkempen, ikrar Trump sendiri dikatakan memenuhi ramalan kepercayaan mereka dari segi teologi.

Pandangan Dr. Diana Butler juga disokong oleh seorang pakar dari Virginia Tech Institute and State University, Professor Matthew Gabriele yang mempunyai kepakaran dalam bidang keganasan berunsurkan agama.

Beliau yang mengkaji unsur akhir zaman mengakui kenyataan Dr. Diana Butler benar dan berasas, berdasarkan kepercayaan golongan Kristian Evangelical.

Golongan Kristian Evangelical percaya dengan ramalan apa yang dikatakan kewujudan semula 'The Third Temple' selepas keruntuhan temple kedua yang berlaku pada tahun 70AD akibat serangan tentera Rom.

Semenjak itu, tidak wujud sebarang binaan temple dilakukan pada tapak asalnya.

Ramalan berkaitan The Third Temple ini wujud dalam bahagian Daniel, Matthew dan Revelations di dalam Bible serta dalam Epistle kedua Thessalonians dalam New Testament.

Menurut ramalan, mereka percaya pembinaan The Third Temple yang dikenali dengan nama 'Tribulation Temple' akan berlaku pada zaman Antichrist ketika dunia sedang menuju kemusnahan.

Selepas zaman tersebut, Jesus Christ akan naik menjadi pemerintah bumi selama 1000 tahun dan ramai penganut Kristian Evangelical mahukan perkara ini berlaku, secepat mungkin.

PERCANGGAHAN DI KALANGAN KRISTIAN EVANGELICAL SENDIRI

Bagaimanapun, bukan semua penganut Kristian Evangelical setuju dengan pendapat ini.

Seorang Professor bernama Gary M. Burge percaya penganut Kristian Evangelical boleh kekal dengan kepercayaannya dan menolak keputusan Donald Trump itu.

Dia yang juga seorang Kristian Evangelical, berpendapat tindakan Trump ini hanya akan mencetuskan huru-hara pada mereka yang terkesan dan mengkritik mereka yang mengaitkan Israel dalam Bible dengan Israel yang ada ketika ini, sebagai tidak berasas.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Lifeway Research (pautan format PDF) berkenaan reaksi penganut Kristian Evangelical terhadap Israel, 69% percaya yang kaum Jewish mempunyai hak ke atas tanah Israel.

Sementara hanya 19% daripada mereka percaya orang Palestin mempunyai hak menuntut tanah di kawasan tersebut.

Apabila diselidik berkenaan pengaruh Bible ke atas pandangan mereka terhadap Israel, 52% daripada responden yang beragama Kristian Evangelical percaya kedudukan Israel sangat penting dalam memenuhi perkara-perkara yang telah diramal dalam kitab Bible.

Walaupun tidak dapat dinafikan Jerusalem adalah pusat kepada Israel lama yang diceritakan dalam kitab Bible, pandangan orang zaman dahulu tentang pusat atau ibu negara berbeza dengan apa yang kita amalkan sekarang.

Masyarakat Israel dulu kala mungkin hanya mempunyai satu bandar yang menempatkan istana dan tempat suci mereka, dengan hidup banyak berkisar di situ.

Bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan peranan Jerusalem pada kehidupan rakyat Palestin.

Bahagian timur bandar itu merupakan tempat di mana penganut agama Islam atau Kristian tinggal.

Jerusalem atau Baitul Maqdis inilah di mana ditempatkan gereja serta masjid bagi kegunaan masyarakat yang menetap di situ.

Dari perspektif Islam pula, Baitul Maqdis merupakan bandar ketiga terpenting selepas Mekah dan Madinah kerana menjadi lokasi Masjid al-Aqsa, jadi tidak menghairankan tindakan Donald Trump ini mendapat tentangan kuat golongan beragama Islam, khasnya rakyat negara Palestin.

TINDAKAN TRUMP MENGUNDANG BENCANA

Kenapa Golongan Kristian Evangelical Menyokong Jerusalem Sebagai Ibu Negara Israel?

Menurut Professor Burge, kebanyakan pegawai kerajaan Amerika Syarikat yang percaya mengubah kedudukan kedutaan Amerika Syarikat satu tindakan bodoh, datang daripada mereka yang sudah hampir menamatkan perkhidmatan ataupun ditukarkan ke jawatan lain.

Professor Burge percaya hanya dengan meningkatkan suara bantahan dari kalangan mereka yang bekerja di sekeliling Donald Trump, barulah tindakan bantahan akan memberikan kesan.

Dikhuatiri kesan buruk tindakan ini mungkin sukar untuk dibaiki kemudian hari dan untuk itu, Professor Burge menyeru kepada golongan Kristian Evangelical supaya sama-sama membantah pendapat mereka yang taksub, mahu mempercepatkan kedatangan Jesus Christ.

Donald Trump dipercayai gemar mendengar pandangan Kristian Evangelical yang menjadi penasihatnya, jadi mereka yang mempunyai kesedaran perlu memegang tanggungjawab untuk menyedarkan Trump.

Bukan semua ramalan dalam kitab Bible perlu diambil secara literal tanpa mempedulikan pandangan yang berbeza, kata Professor Burge.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, July 05, 2018

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Usia bukan penghalang untuk mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan usia juga bukan pengukur kebahagiaan dan kemampuan memikul tanggungjawab.

Lima bintang popular ini membuktikan cinta yang disulam dengan keikhlasan menerima pasangan seadanya, tunjang kemanisan rumahtangga.

1. Aeril Zafril dan Wawa Zainal (25 Februari 2012)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Pasangan pelakon ini berkahwin ketika nama mereka berada di puncak. Aeril telah melamar Wawa, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, yang ketika itu berusia 20 tahun.

Aeril Zafrel, atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berumur 24 tahun ketika bergelar suami, ternyata bukan penghalang buat Aeril menjadi suami dan ayah terbaik buat sepasangan anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiya.

2. Diana Danielle dan Farid Kamil (3 November 2012)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Pelakon dan model kacukan Diana Danielle berkahwin dengan pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, pada usia 21 tahun.

Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora, sebagai pelengkap hidup.

3. Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden (31 Ogos 2014)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Pelakon remaja Eina Azman memilih untuk berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun apabila memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pasangan ini telah dikurniakan pasangan bayi kembar bernama Karl Kareef dan Arianne Aubrey pada 19 Februari 2016 yang lalu.

4. Fiffy Natasya dan Muslim Azman (29 September 2014)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, mengambil keputusan berkahwin dengan Muslim Azman, 27, pada usia 21 tahun.

Fiffy memulakan kerjaya seninya sejak usia sembilan tahun, pernah menganggotai kumpulan nyanyian Wardah, selain muncul dengan beberapa single berkonsep J-Pop termasuk lagu “Kawaii” dan “Cinta Playboy”.

5. Erin Malek dan Darriz Fauzy (10 Oktober 2014)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Bermula perkenalan menerusi laman sosial Instagram, pelakon Erin Malek, 20, atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang pada 10 Oktober 2014.

Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Mohamed Faliq pada 1 Oktober 2015 yang lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: himpunanmedia

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM33,000 Milik Nurul Asmat

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM33,000 Milik Nurul Asmat

Bawal Exclusive terkenal dalam kalangan pengguna di Malaysia dengan kualiti dan keaslian hiasan yang digunakan dan tahun 2017 lepas, tudung edisi terhad keluaran Bawal Exclusive berjaya dijual dengan harga RM21,600 kepada usahawan wanita dari Kelantan.

Tudung Bawal Exclusive RM21600
Tudung Bawal Exclusive berharga RM21,600.

Tahun 2018 ini, tudung edisi terhad keluaran Bawal Exclusive yang bertatahkan kristal Swarovski tulen kembali dengan rekaan yang lebih moden.

Tudung yang diperbuat daripada kain Voile dari Jepun bertatahkan kristal Swarovski dari Austria ini berjaya dijual pada harga RM33,000 sehelai dan telah rasmi jadi milik pembeli yang sama dikenali sebagai Nurul Asmat.

Pemilikan tudung eksklusif itu menjadikan beliau satu-satunya rakyat Malaysia yang memiliki kedua-dua tudung termahal keluaran Bawal Exclusive.

Tudung Bawal Exclusive RM33,000
Tudung Bawal Exclusive berharga RM33,000.

Menurut pemilik syarikat ini, Haliza Maysuri, harga sehelai tudung mampu melambung sehingga puluhan ribu bergantung kepada susun atur kristal Swarovski dan material tudung yang digunakan.

Malah menurut beliau, pelanggan sanggup membayar lebih untuk mendapatkan rekaan tudung yang disiapkan mengikut kehendak mereka.

Adakah anda sanggup membayar lebih untuk sehelai tudung yang memenuhi syariat menutup aurat dengan sempurna?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Apa Sebenarnya Maksud Pernikahan Bawah Umur?

Apa Sebenarnya Maksud Pernikahan Bawah Umur?

Pada zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang berani melafazkan kata-kata cinta pada pasangan yang sama baya.

Apa Sebenarnya Maksud Pernikahan Bawah Umur?

Malah, sudah ada yang advance “merancang” perkahwinan dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak menumpukan pada pelajaran dahulu.

Lebih menyedihkan, ada yang mengandung di usia muda iaitu 16 tahun.

Tidak hairanlah kes anak luar nikah mencatat lebih setengah juta dalam tempoh beberapa tahun ini yang menjadi satu angka yang sangat menakutkan pada zaman ini.

Berikut adalah enam alasan utama mengapa couple nak kahwin pada usia muda.
  1. Pasangan suka sama suka.
  2. Sukar untuk dielakkan lagi perkahwinan kerana pasangan terlalu rapat.
  3. Pasangan telah pun bersekedudukan.
  4. Pasangan lari dari rumah.
  5. Pasangan perempuan telah pun mengandung.
  6. Telah mendapat persetujuan kedua ibu bapa atau keluarga kedua pihak.

Bukan mahu menggalakkan budaya kahwin muda tetapi jika itu tindakan akhir, ini prosedur yang harus difahami.

Untuk makluman, jika remaja perempuan berusia di bawah 16 tahun, keluarga perlu mendapatkan persetujuan dari mahkamah syariah sebelum sesuatu perkahwinan itu dapat dilaksanakan.

Begitu juga bagi remaja lelaki yang di bawah usia 18 tahun, mereka perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum boleh mengahwini pasangan.

Apa yang dimaksudkan perkahwinan bawah umur?

Sebelum kebenaran nikah diberi, Mahkamah Syariah akan mengkaji terlebih dahulu kebaikan dan keburukan membabitkan pengantin lelaki dan perempuan bawah umur.

Adakah selepas berlangsungnya perkahwinan itu, jadi lebih baik atau buruk, sebabnya kahwin bukan untuk seksual semata-mata, tapi kesediaan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Prosedur permohonan nikah bawah umur di Mahkamah Syariah

Merujuk kepada kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri, Seksyen 8 memperuntukkan:
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Berdasarkan seksyen di atas, umur minimum bagi seorang lelaki Islam ialah 18 tahun ke atas manakala bagi perempuan Islam ialah 16 tahun.

Kalau bawah dari umur itu, perlu ada membuat permohonan kebenaran nikah bawah umur di mana-mana mahkamah Syariah di Malaysia yang berbidangkuasa.

Tempoh Masa Dan Syarat Kelulusan Permohonan:
  • Biasanya selepas permohonan dihantar, dalam tempoh 21 hari akan dipanggil.
  • Permohonan ini akan didengar di dalam kamar secara tertutup.
  • Alasan-alasan yang kukuh mengapa pasangan bawah umur hendak berkahwin hendaklah dikemukan di hadapan Hakim Syarie.
  • Selain ibu bapa atau penjaga, pasangan bawah umur juga dikehendaki hadir di hadapan Hakim.
  • Alasan yang kukuh untuk berkahwin lazimnya akan mendapat kebenaran dari Hakim Syarie.
  • Mahkamah boleh menolak permohonan atau menangguhkan kebenaran perkahwinan tersebut sehingga ke satu masa yang sesuai menurut pertimbangan Mahkamah.

Apapun alasan atau sebab yang dikemukakan, ianya terletak kepada kebijaksanaan dan budi bicara Makhamah Syariah untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut.

Kahwin untuk satu tanggungjawab, bukan untuk menutup malu.

Tanggungjawab jadi isteri ini bukan kecil, semua kena buat. Banyak juga pasangan muda bercerai tetapi ada juga yang bahagia.

Apa Sebenarnya Maksud Pernikahan Bawah Umur?

Pendek kata, betulkan niat kenapa mahu berkahwin muda. Adakah mengikut Sunah Rasulullah atau sebab nak tutup aib pasangan sudah mengandung.

Ada juga memberi alasan cinta mendalam tapi ingat bukan semua perkahwinan itu mampu dihadapi dengan sabar. Hanya kematangan yang membezakan semasa membina mahligai impian.

Tapi kalau pasangan memang betul-betul bersedia memikul tanggungjawab, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja