Wednesday, February 21, 2018

Benarkah Mumia Yuya Adalah Nabi Yusuf?

Benarkah Mumia Yuya Adalah Nabi Yusuf?

Penulis sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa tidak salah untuk mencari sesuatu kebenaran asalkan tidak menjejaskan akidah sebagai seorang muslim. Sebenarnya penulis benar-benar tertarik dengan satu cabang kajian yang sering dipandang sepi oleh umat Islam iaitu Egyptologi.

Benarkah Mumia Yuya Adalah Nabi Yusuf?
Mumia Yuya.

Egyptologi adalah kajian yang terperinci merangkumi sejarah, adat, agama, bahasa dan tatacara hidup masyarakat Mesir yang dipercayai telah mendiami lembah sungai Nil sejak 3,000 sebelum masihi sehingga abad ke-4 selepas masihi.

Di Amerika Syarikat, Egyptologi diklasifikasikan sebagai salah satu cabang kepada bidang Arkeologi.

Ahli-ahli Egytologi yang pertama

Ahli ‘Egyptologi’ yang pertama dipercayai adalah Firaun Mesir itu sendiri iaitu Tutmoses IV yang dikatakan telah memulihkan patung Sphinx yang tersergam di hadapan Sungai Nil.

Manakala ahli Egyptologi Islam yang pertama adalah ahli sufi terkenal, Zun Nun al-Misri yang diriwayatkan sangat meminati tulisan Hiroglif Mesir dan dikatakan telah memahami sebahagian besar tulisan berkenaan.

Seorang lagi ilmuwan Islam yang pertama digelar ahli Egyptologi adalah Ibnu Washiyya yang dikatakan telah mendahului Jean-François Champollion dalam menafsir tulisan Higrolif sebanyak empat abad.

Champollion dikenali pada hari ini sebagai individu pertama yang menafsir tulisan Higrolif susulan terjumpanya batu Rosetta.

Begitulah besarnya cabang bidang Egytologi ini meskipun banyak sudah dibongkar dan dibuat kajian namun, masih banyak lagi yang belum terbongkar sepenuh.

Antaranya berkenaan persoalan siapakah Firaun yang memusuhi Nabi Musa as. Al-Quran tidak mencatatkan siapakah Firaun tersebut. Begitu juga dengan Injil dan Taurat.

Walau bagaimanapun, penulis tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh seorang ahli Egyptologi warga British kelahiran Mesir, Ahmed Osman.

Ahmed Osman secara terperinci telah mendakwa bahawa seorang figura Mesir Purba bernama Yuya adalah Nabi Yusuf yang diceritakan Allah SWT dalam al-Quran sebagai seorang menteri kerajaan Mesir Purba.

Nabi Yusuf a.s. seperti yang diceritakan dalam al-Quran, Taurat dan Injil

Sejak satu abad yang lalu, pencarian tentang siapakah Nabi Yusuf a.s. dalam peradaban Mesir Purba giat dilakukan.

Kebanyakan dilakukan oleh ahli arkeologi dari Eropah dengan bersandarkan kepada Kitab New Tastement (Injil) dan Old Tastement (Taurat).

Namun, kajian tersebut menemui jalan buntu kerana hasil penemuan yang tidak menepati dengan apa yang disifatkan dalam kedua-dua kitab suci agama Kristian dan Yahudi.

Dalam kitab tersebut ada menceritakan bagaimana Nabi Yusuf a.s. telah dikhianati oleh adik-beradiknya dengan meletakkan baginda di dalam perigi tua.

Adik-beradik baginda juga telah menipu bapanya iaitu Nabi Ya’kub a.s. dengan mendakwa Nabi Yusuf a.s. telah dibaham serigala dengan menunjukkan baju yang dilumur darah haiwan sebagai bukti.

Nabi Ya’kub a.s. yang mengetahui anak-anaknya telah berbohong terpaksa redha dan meratapi nasib dirinya.

Akibatnya, mata nabi Ya’kub menjadi buta kerana kerap menangisi kehilangan anak kesayanganya itu.

Dalam ketiga-tiga kitab tidak menyalahi fakta asal antara satu sama lain dan ada menyatakan bagaimana Nabi Yusuf a.s. akhirnya diselamatkan daripada perigi buta tersebut dan dibawa ke Mesir untuk dijadikan hamba abdi.

Nabi Yusuf a.s. kemudian dibeli oleh seorang menteri dan dijaga bagaikan anak mereka sendiri dan menteri tersebut hanya digelar al-Aziz.

Al-Aziz hanyalah panggilan bagi seorang menteri dan bukanlah nama sebenar menteri yang menjaga Nabi Yusuf a.s. Dalam Injil dan Taurat, nama menteri tersebut telah disebut sebagai Potiphar.

Apabila dewasa, Nabi Yusuf a.s. telah melalui sebuah dugaan yang maha hebat apabila digoda oleh ibu angkatnya sendiri, Zulaikha. Di dalam Injil mahupun Taurat, nama Zulaikha langsung tidak dinyatakan.

Akibat fitnah daripada Zulaikha, Nabi Yusuf a.s. kemudiannya dihumban ke dalam penjara. Di dalam penjara, Nabi Yusuf a.s. telah menunjukkan mukjizatnya dengan menafsir mimpi seorang banduan.

Kebolehan Nabi Yusuf a.s. telah sampai kepada Firaun yang memerintah Mesir pada waktu itu. Nabi Yusuf a.s. telah dipanggil untuk menafsir mimpi Firaun.

Kejayaan menafsir mimpi Firaun dengan tepat akhirnya telah membuatkan baginda diangkat menjadi wazir negara Mesir Purba.

Dakwaan Ahmed Osman

Ahmed Osman telah mendakwa Yuya adalah Nabi Yusuf a.s. dengan beberapa bukti yang boleh dikatakan kukuh. Ahmed Osman yang menggunakan tiga sumber rujukan iaitu al-Quran, Injil dan Taurat sebagai sokongan dalam kajian beliau berkenaan dengan Yuya.

Antara dakwaan Ahmed Osman berkenaan Yuya adalah:

1. Tangan Yuya

Benarkah Mumia Yuya Adalah Nabi Yusuf?
Bandingkan mumia Yuya (kiri) dan mumia Firaun Maneptah. Lihat kedudukan tangan mereka.

Mumia Yuya menurut Osman tidak seperti mumia-mumia yang lain. Tangan mumia Yuya tidak menyilangkan tangan seperti mumia Firaun dan mumia pembesar-pembesar Firaun.

Adat menyilang tangan di dada sebenarnya adalah mengikut tatacara Osiris iaitu salah satu dewa besar Mesir Purba.

Tangan Mumia Yuya bagaimanapun diletakkan pada bawah dagunya, menyerupai adat resam bangsa Semitik atau bani Israil, memungkinkan bahawa Yuya adalah individu yang bukan berasal daripada Mesir.

2. Yuyu dan janggut

Wajah Yuya menyerupai wajah bangsa Semitik. Ia bersandarkan kepada janggut, dagu dan wajah mumia Yuya yang bujur seperti wajah tipikal bangsa Semitik.

Ia ditambah dengan fakta bahawa tiada Firaun dan pembesar Firaun yang menyimpan janggut kecuali Yuya sahaja. Adat menyimpan janggut biasa dilakukan oleh bani Israil pada dahulukala.

Ia bersandarkan kepada tafsir al-Qummi melalui Jaafar al-Sadiq yang berkata bahawa Allah SWT telah menganugerahkan kepada moyang kepada bangsa Israil dan Arab (Bangsa Semitik), Nabi Ibrahim a.s. sebanyak sepuluh kebaikan.

Lima di kepala dan lima lagi di badannya.

Di kepala:
  1. Bercukur misai.
  2. Menyimpan janggut.
  3. Bercukur rambut di kepala.
  4. Memberus gigi.
  5. Memutihkan gigi.

Di badan:
  1. Berkhatan.
  2. Memotong kuku.
  3. Membersih badan dengan air bersih.
  4. Mencukur bulu ari-ari.
  5. Membersih diri selepas berjimak(mandi hadas besar).

Maka jelas sekali menunjukkan anak cucu Nabi Ibrahim perlu mengikut syariat yang diturunkan daripada baginda termasuklah nabi Yusuf a.s. yang merupakan cicit baginda sendiri melalui datuknya, Nabi Ishak a.s.

Melalui penemuan mumia Yuya yang tidak bercukur janggut jelas membukti ia berasal daripada bangsa Semitik dan bukannya seseorang berbangsa Mesir.

3. Bapa kepada Firaun

Benarkah Mumia Yuya Adalah Nabi Yusuf?
Tiye.

Yuya adalah satu-satunya individu yang digelar ‘Bapa kepada Firaun’ selari dengan apa yang tercatat dalam Injil melalui Genesis 45:8.

“So then, it was not you who sent me here, but God. He made me father to Pharaoh, lord of his entire household and ruler of all Egypt."

Mana-mana individu tidak pernah digelar bapa kepada Firaun dan gelaran seperti ini adalah kebesaran yang dianugerahkan kepada Yuya sebagai orang kepercayaan Firaun. Ia jelas dinyatakan dalam al-Quran dalam surah Yusuf ayat 54.

Dan raja(Firaun) berkata, “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja (Firaun) telah bercakap-cakap dengannya, dia berkata, “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami (Firaun dan pembesar-pembesar lain).”

Menurut ahli Egyptologi, Yuya digelar Father of Pharoah adalah kerana Yuya merupakan bapa mertua kepada Firaun Amenhotep III melalui perkahwinannya dengan anak perempuan Yuya, Tiye.

Tiye adalah salah seorang Isteri Diraja Terhebat (Great Royal Wife) dan dianggap nenek moyang kepada fahaman Monoteisme.

Tiye digelar nenek-moyang kepada fahaman Monoteisme kerana anaknya, Firaun Akhanaten telah melakukan revolusi agama dengan menghapuskan fahaman menyembah banyak tuhan kepada satu tuhan sahaja.

Persoalannya, bagaimana Tiye boleh digelar sedemikian rupa? Amat mustahil Tiye mendapat visi daripada Tuhan kerana tiada nabi daripada gologan wanita melainkan terpengaruh dengan seseorang yang paling rapat dengannya. Dan orang paling rapat dengan Tiye semestinya bapanya sendiri iaitu Yuya.

Kaitan Yuya dengan Tiye dan gelaran “bapa kepada Firaun” amat menyakinkan bahawa Yuya sebenarnya adalah Nabi Yusuf a.s. yang diceritakan dalam tiga kitab suci agama Samawi (agama langit).

4. Isteri dan gelaran Nabi Yusuf a.s.

Firaun juga telah menganugerahkan Nabi Yusuf a.s. dengan isteri daripada bangsa Egypt dan nama dalam bahasa Mesir purba.

Isteri Nabi Yusuf a.s. telah dinyatakan dalam Taurat melalui Book of Genesis sebagai Asenath, anak kepada seorang paderi Firaun bernama Potipherah.

Sejarahwan Mesir, Manetho telah menulis sejarah negaranya pada abad ketiga sebelum Masihi.

Beliau telah menyebut berkenaan Firaun Amenhotep III mempunyai seorang menteri yang digelar Sef.

Ia kelihatan seperti nama Josef dalam bahasa Ibrani dan Yusof dalam bahasa Arab dan jika digabungkan dengan Yu (merujuk kepada tuhan bani Israil, Yahweh) dan gelaran Mesir purba kepada Nabi Yusuf a.s. iaitu Sef, ia jelas boleh mengabungkan perkataan: Y.U.S.E.F.

Telah menjadi kebiasaan adat orang dahulu kala mengabungkan nama sepertimana yang biasa kita dengar iaitu Tutankhamun (hasil gabungan nama gelarannya, Tutan dan nama tuhan sembahannya, Amon), Amenhotep (gabungan tuhan Amen dan nama gelarannya Hotep) dan banyak lagi maka, tidak mustahil nama Nabi Yusuf a.s. adalah hasil gabungan tersebut. Wallahu a'lam.

5. Bandar seratus pintu gerbang

Gerbang purba Thebes
Salah satu pintu gerbang di bandar purba Thebes.

Melalui perbandingan antara ketiga-tiga kitab suci dan rekod sejarah Mesir purba, terdapat satu fakta yang boleh menguatkan lagi dakwaan bahawa Yuya adalah Nabi Yusuf a.s.

Dalam al-Quran, nabi Ya’kub a.s. telah berpesan kepada anak-anaknya supaya memasuki pintu gerbang yang berlainan atas sebab-sebab tertentu. Ia termaktub dalam surah Yusuf ayat 67,

Dan Ya’qub berkata, “Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri.”

Dalam tradisi masyarakat Yahudi ada memperkatakan perihal kebimbangan adik-beradik Yusuf a.s. berkenaan niat jahat bangsa Mesir sehingga mereka telah melalui sepuluh pintu gerbang yang berlainan.

“His brothers, fearing the evil eye, entered the city at ten different gates.” (Midrash Bereshith Rabbah 89)

Mengikut penyajak terkenal berbangsa Yunani, Homer dalam sajaknya yang ditulis pada abad ke-8 sebelum Masihi, bandar Thebes mempunyai lebih seratus pintu gerbang yang berlainan.

Bandar Thebes yang terletak di timur tebing sungai Nil adalah pusat pemerintahan kerajaan Mesir Purba.

Homer menggelarnya “Bandar seratus pintu gerbang” maka, ia jelas menggambarkan wahyu yang disampaikan dalam al-Quran adalah merujuk kepada Bandar Thebes yang juga tempat bersemayamnya Firaun dan para menterinya termasuklah Nabi Yusuf a.s. sendiri.

Penyangkalan orang Yahudi dan Kristian

Mengikut tradisi bani Israil, keranda nabi Yusuf a.s. telah tenggelam ke dalam sungai Nil walau bagaimanapun, terdapat juga dakwaan yang menyatakan bahawa jenazah nabi Yusuf a.s. disemadikan dalam Istana Diraja sesuai dengan statusnya sebagai menteri paling kanan Firaun ketika hayatnya.

Semasa Exodus, Nabi Musa a.s. dikatakan telah dibantu oleh Serah, anak kepada Asher untuk menaikkan keranda Nabi Yusuf a.s. yang tenggelam di dalam Sungai Nil.

Serah kemudian menunjukkan tempat di mana keranda Nabi Yusuf a.s. berada. Nabi Musa a.s. tanpa berlengah telah melontar batu ke dalam sungai dan berseru, "Yusuf! Yusuf! Masanya telah tiba untuk bani Israil diselamatkan daripada musuh mereka; bangkitlah dan jangan berlengah lagi!"

Ajaib sekali, keranda tersebut telah timbul dan terus diambil untuk dibawa bersama ke tanah yang dijanjikan.

Namun, tradisi Bani Israil tidak boleh dibenarkan sepenuhnya terutamanya kita sebagai Umat Islam.

Kebanyakannya telah pun ditokok tambah untuk kepentingan mereka sendiri dan begitulah yang terjadi kepada kisah jenazah Nabi Yusuf a.s. yang dikatakan tenggelam dalam sungai Nil.

Dalam kajian Ahmed Osman, ia adalah satu-satunya penyangkalan daripada individu yang menentang teorinya.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: takusahrisau

Video Lindsay Lohan Tampil Berhijab Ketika London Modest Fashion Week 2018

Video Lindsay Lohan Tampil Berhijab Ketika London Modest Fashion Week 2018

Lindsay Lohan bintang terkenal Hollywood yang sering dihimpit kontroversi sekali lagi menimbulkan tanda tanya peminat tentang status agamanya apabila muncul mengenakan hijab semasa menghadiri London Modest Fashion Week 2018 yang berlangsung di London.

Lindsay Lohan Berhijab - London Modest Fashion Week 2018

Sejak beberapa tahun ini, Lindsay sering bercerita tentang kebaikan Islam dan pernah dilihat memegang Al-Quran semasa berada di kota New York.

Lindsay Lohan juga mengenakan burkini (baju renang muslimah) semasa melakukan aktiviti mendayung ketika berada di Phuket, Thailand.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa



sumber: mstar

Misteri Ramalan Baba Vanga!

Misteri Ramalan Baba Vanga!

Dengan kecacatan mata sejak kecil dan sering diserang pelbagai penyakit, anda jangan terkejut apabila insan yang memiliki nama sebenar, Vangelia Pandeva Dimitrova ini telah meramalkan Perang Dunia ke-3 akan berlaku pada November 2010 yang lalu!

Misteri Ramalan Baba Vanga!

Namun, kali ini ramalannya silap kerana ketika artikel ini dikongsikan pada 2018, dunia masih lagi dalam keadaan aman walaupun berada dalam keadaan huru-hara kerana banyaknya peperangan di serata dunia.

Walau bagaimanapun, mari kita mengkaji sejauh mana reputasi ramalan wanita misteri yang lahir pada 3 Oktober 1911 ini.

Membina Reputasi

Apa yang menarik tentang Baba Vanga adalah, dia sebenarnya buta sejak dari kecil lagi disebabkan oleh satu peristiwa di mana Baba Vanga telah terbang dibawa angin ribut ketika bermain bersama kanak-kanak sebaya lain dan dipercayai hilang.

Tidak lama kemudian, beliau kemudiannya ditemui dengan matanya dilitupi debu dan habuk selepas satu operasi pencarian.

Sejak peristiwa malang itu, beliau mengalami kecacatan mata kekal sehingga ke akhir hayat beliau.

Akan tetapi, ini adalah titik rahmat kepada Baba Vanga, disebalik kecacatan mata beliau, dia dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan yang tidak mungkin diperolehi oleh orang lain.

Beliau mahir dalam bidang perubatan terutama perubatan herba. Reputasi beliau dalam masyarakat meningkat dengan mendadak apabila banyak penyakit berjaya dirawat dengan kelebihannya.

Ramalan Tenggelamnya Kapal Selam Kursk

Terdapat satu lagi kelebihan insan istimewa ini. Dia mempunyai kelebihan meramal dengan tepat sesuatu kejadian.

Ramalan beliau melibatkan peristiwa-peristiwa yang sangat penting dalam sejarah, seperti ramalan beliau mengenai karamnya Kapal Selam Russia, Kursk.

Dalam ramalan dia berkata; “At the turn of century in August 1999 and 2000, Kursk will covered with water and whole world will weeping over it.”

Sewaktu Baba Vanga meramalkannya, beliau hanya menyebut Kursk. Umum mengetahui Kursk juga adalah nama wilayah di Rusia. Ramai yang membayangkan wilayah Kursk ini yang akan ditenggelami air!

Akan tetapi, Kursk yang dimaksudkan oleh Baba Vanga dalam ramalan beliau adalah sebuah kapal selam Rusia yang tenggelam di perairan Barent Sea pada 10 August 2000!

Peristiwa tenggelamnya Kapal Selam Kursk ini mendapat liputan meluas oleh seluruh akhbar dunia.

Ironinya, ramalan ini dibuat pada tahun 1980, 20 tahun sebelum peristiwa ini benar-benar terjadi.

Ramalan tentang Peristiwa 11 September

Bukan itu sahaja yang diramal Baba Vanga, peristiwa 11 September juga diramal dengan setepat-tepatnya.

Berikut adalah secebis ramalan beliau, “Horror, horror! The American brethren will fall after being attacked by the steel birds. The wolves will be howling in a bush, and innocent blood will be gushing.”

Walau bagaimanapun, ketika ramalan ini diberitahu oleh Baba Vanga pada 1989, tiada sesiapa dapat mengagak apa yang Baba Vanga mahu sampaikan.

Sepertimana ramalan-ramalan yang lain, selepas terjadinya sesuatu peristiwa yang diramalkan, barulah umum memahami apa yang dimaksudkan Baba Vanga.

Ramalan-ramalan lain

Sewaktu Perang Dunia ke-2 rancak berlangsung, abang sulung Baba Vanga iaitu Vasil, telah bertekad untuk menyertai tentera.

Beliau berkeras menghalangnya kerana dia telah mendapat visi bahawa abangnya akan meninggal pada usia 23 tahun.

Walau bagaimanapun, disebabkan mahu membela tanah air, abangnya bertekad untuk menjadi tentera tanpa menghiraukan nasihat adiknya itu.

Seperti yang diramalkan, abangnya meninggal pada usia 23 tahun dipercayai diseksa oleh tentera Jerman.

Ironinya, terdapat sumber-sumber menyatakan, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler telah sempat berkunjung semasa hayatnya kerana dipercayai untuk bertenung nasib.

Dikhabarkan oleh warga tempatan, Hitler kelihatan sugul semasa keluar daripada rumah Baba Vanga. Kemungkinan ramalan Baba Vanga tidak berkenan di hati beliau!

Antara ramalan-ramalan lain ialah tentang perpecahan Soviet Union, letupan nuklear Chernobyl, kematian Princess Diana, kemenangan Boris Yeltsin dan tarikh kematin Pemimpin tentera merah Rusia, Joseph Stalin.

Ramalan beliau mengenai Umat Islam

Antara ramalan-ramalan beliau yang menjadi perbahasan adalah ramalan mengenai kebangkitan umat Islam yang menurut Baba Vanga, umat Islam bakal menguasai Eropah menjelang 2043.

Jika difikirkan, pada waktu ini, umat Islam mengalami zaman kejatuhan. Di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan ditindas. Cendekiawan barat selalu mengatakan umat Islam sukar untuk bangkit kerana tekanan daripada Barat dan Zionis.

Meskipun bergitu, jika dilihat kepada ramalan-ramalan beliau yang lain, termasuk ramalan tentang orang perseorangan, dipercayai ramalan beliau mempunyai 80% ketepatan. Apakah benar ramalan beliau ini? Wallahu a'lam.

Kontroversi Baba Vanga

Baba Vanga tidak lepas daripada kontroversi. Antara kontroversi beliau adalah:

1. Mendakwa boleh berkomunikasi dengan roh daripada orang yang telah meninggal 200 tahun lepas.

2. Mendakwa semakin banyak makhluk asing akan datang ‘melawat’ bumi setiap tahun. Makhluk asing ini menggunakan bahasa yang dipanggil Vanfim dan datang dari pada planet ke-3 daripada bumi!

3. Meramal kematian beliau sendiri dengan tepat. Sebelum itu mendakwa seorang kanak-kanak dari Perancis berumur 10 tahun yang juga buta sepertinya mendapat ‘kuasa’ seperti beliau. Baba Vanga menyatakan, tidak lama lagi kanak-kanak ini akan menjadi bualan masyarakat dunia.

4. Baba Vanga amat disayangi oleh pemimpin-pemimpin Komunis Bulgaria era Tudor Zhivkov. Banyak kali beliau dilihat dilawat secara rasmi oleh pemimpin Komunis ini termasuk Tudor Zhivkov sendiri. Malah, Baba Vanga pernah tampil di dalam rancangan televisyen. Dipercayai, komunis langsung tidak ‘menyentuh’ rumah Baba Vanga walaupun komunis sangat dikenali sebagai parti anti-agama dan amalan-amalan keagamaan.

5. Baba Vanga menurut sanak saudaranya akan berasa tidak senang dan kurang sihat apabila tetamu yang hadir ke rumahnya mempunyai masa depan kurang elok. Banyak kali Baba Vanga tidak memberitahu secara terperinci individu yang mempunyai masa depan yang buruk.

Kematian Baba Vanga

Baba Vanga meninggal dunia pada usia lanjut iaitu pada usia 85 tahun. Dia meninggal dunia pada 11 Ogos 1996 di tanah airnya, Bulgaria.

P/s: Artikel ini adalah untuk perkongsian semata-mata dan bukanlah untuk dipercayai 100%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Nostradamus Balkan' Ramal China Kuasa Dunia 2018

sumber: takusahrisau

Penyebar Berita Palsu Bakal Di Denda RM500,000 Sepuluh Tahun Penjara!

Penyebar Berita Palsu Bakal Di Denda RM500,000 Sepuluh Tahun Penjara!

Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) telah mengumumkan denda dan penalti terbaru buat pengeluar berita palsu secara talian mahupun di luar talian.

Penyebar Berita Palsu Bakal Di Denda RM500,000 Sepuluh Tahun Penjara!
Gambar hiasan.

Melalui pengumuman yang dibuat MCMC, berpihak untuk mendenda mana-mana pihak yang berpihak untuk mengeluarkan berita palsu yang mampu memporak-perandakan sebuah negara.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat pihak yang bersalah bakal dikenakan denda sehingga RM500,000 dan bakal dikenakan 10 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

Denda yang diumumkan ini turut merangkumi kesemua media termasuk media arus media.

Pengumuman yang dibuat ini menyifatkan penyebaran berita palsu sebagai bom masa dimana penyebarannya adalah cepat dan mampu membuatkan orang terpengaruh dengan dakyah negatif.

Pihak kerajaan turut bakal mengimplemen sebuah undang-undang baru dalam menyekat penyebaran berita palsu demi kesalamatan negara.

'Apakah SKMM akan guna akta berita palsu terhadap Najib?'

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan turut mengenakan hukuman terhadap pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyebaran 'berita palsu'.

"Bolehkah SKMM menjamin bahawa undang-undang baru dengan peningkatan denda sepuluh kali ganda berhubung 'berita palsu' akan dikenakan terhadap 'jerung' dan 'ikan bilis' dalam kerajaan termasuk Najib, dan bukan hanya mereka yang berbeza pendapat?" soal Lim dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mazlan Ismail yang mencadangkan hukuman denda bagi kesalahan berhubung sebaran berita palsu ditingkatkan sehingga RM500,000 serta penjara 10 tahun.

Kerajaan sedang menggubal undang-undang baru itu tetap memberi jaminan ia tidak akan digunakan untuk membungkam perbezaan pendapat.

Dalam kenyataannya, Lim mendakwa Najib melabelkan berita mengenai skandal 1MDB dan "Malaysian Official 1" sebagai berita palsu, dan mempersoalkan sama ada mereka yang menimbulkan soalan mengenai skandal berkenaan akan turut dikenakan tindakan.

Walaupun Najib memperkecilkan kontroversi 1MDB, termasuk tuduhan menerima AS$ 731 juta daripada dana yang disalahgunakan, setakat ini tiada rekod beliau menepis skandal berkenaan sebagai berita palsu.

Lim juga menegaskan beliau "mangsa terbesar" berita palsu dengan merujuk dakwaan Umno bahawa DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, termasuk akan menyebabkan orang Melayu merana jika BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada pendapat anda, mampukah undang-undang yang diumumkan MCMC ini menyekat daripada berita palsu tersebar di internet sekaligus menyelamatkan Malaysia daripada dakyah negatif yang disifatkan kerajaan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Sesuatu Yang Tidak Sopan Sedang Berlaku Di Malaysia'

sumber: thevocket | mk

16 Individu Terkenal Dunia Yang Terlibat Dengan Freemason!

16 Individu Terkenal Dunia Yang Terlibat Dengan Freemason!

Freemason adalah pertubuhan rahsia yang sering dikaitkan demgan sekularisme. Asal-usul Freemason masih lagi kabur, namun rata-rata mengaitkan ia dengan tukang batu pada zaman Nabi Sulaiman(King Soloman).

16 Individu Terkenal Dunia Yang Terlibat Dengan Freemason!

Tukang batu atau mason telah menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri bagi tujuan untuk membina kembali kuil nabi Sulaiman yang sekarang ini dipercayai telah dibina Masjidil Aqsa.

Sama ada Islam mahupun Kristian, pertubuhan Freemason diharamkan dan ia diistiyharkan secara terbuka oleh pemimpin pro-Islamik dan pro-Kristianiti.

Pernah satu ketika seorang Paus yang bernama Pope John Paul II dalam satu wawancaranya pada November 1983 telah mengharamkan para penganut Kristian Katholik daripada terpengaruh dengan pertubuhan Freemason.

Beliau berkata, "Kamu semua tidak boleh menjadi seorang Katholik dan Freemason pada waktu masa yang sama!”

Beliau kemudian menambah, “Penilaian negatif gereja terhadap Freemason tetap tidak akan berubah kerana prinsip-prinsip Freemason jelas tidak dapat ditolak-ansurkan oleh doktrin gereja. Oleh itu, menjadi seorang anggota Freemason adalah haram sama sekali!”

Secara keseluruhannya, setiap pemimpin agama amat melarang penganutnya terlibat dalam pertubuhan Freemason.

Freemason dikatakan mempunyai jarum yang begitu halus. Luarannya sangat cantik dan oleh kerana itu ramai pemimpin di dunia termasuk yang beragama Islam terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang mereka.

Pertubuhan Freemason di Malaysia

Pertubuhan yang mempunyai darjah sehingga ke tahap 33 ini sebenarnya telah lama meresap ke dalam Malaysia semasa penjajahan British di sini.

Kesannya, pembaca boleh lihat sendiri Lodge yang dibina di Ipoh, Penang, Perak, Johor dan beberapa tempat lagi di sekitar Malaysia dan pernah heboh kerana mengadakan persidangan rahsia Freemason di Pulau Pinang!

Hebatnya pertubuhan ini adalah mereka yang terlibat tidak pernah mengetahui tujuan asal pertubuhan ini.

Dalam kata lain, individu yang mempunyai darjah 23 tidak akan mengetahui misi individu yang berada di darjah 32.

Prinsip Freemason

Pertubuhan yang jelas melanggar ajaran agama Islam ini mempunyai tiga prinsip utama yang jika dilihat secara kasarnya amat cantik.

Tiga prinsip utama itu antara lain adalah:
  • Cinta pada kemanusiaan atas dasar persaudaraan (Brotherly love to the whole human species).
  • Menghilangkan penderitaan (Relieve the distressed).
  • Kebenaran sebagai sifat agung (Truth as a divine attribute).

Sebenarnya, Freemason hanya merupakan sebuah batu loncatan untuk masuk ke dalam komuniti rahsia yang ada di sebaliknya.

Dengan sebab yang demikian, keanggotaan Freemason telah mengundang banyak individu berpengaruh menyertai secara rahsia namun, apakah niat mereka, tidak pula diketahui.

Di bawah adalah senarai individu berpengaruh yang pernah menyertai pertubuhan rahsia ini. Jangan terkejut apabila terdapat individu yang tidak pernah pembaca jangkakan.

1. Sir Alf Ramsey

Beliau adalah Pengurus England ketika Piala Dunia 1966. Di bawah pengurusan Sir Alf Ramsey, England memenangi Piala Dunia buat kali pertama pada tahun tersebut.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Waltham Abbey Lodge No. 2750 pada 5 October 1953.

2. Jose Rizal

Beliau adalah Pejuang kemerdekaan Filipina paling terkenal di tanah tumpah darahnya. Jose Rizal juga merupakan seorang doktor, penulis dan nasionalis paling berpengaruh pada zamannya.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Logia Solidaridad 53 Madrid, Spain kemudian dianugerahkan Worshipful Master of Nilad Lodge No. 144 pada 1892.

3. Theodore Roosevelt

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26. Beliau memulakan tugas sebagai individu paling berkuasa di rumah putih pada tahun 1901 sehingga 1909.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Matinecock Lodge No. 806, Oyster Bay di New York.

4. Franklin Delano Roosevelt

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-32. Beliau adalah watak utama semasa Perang Dunia Kedua meledak.

Bersama-sama Josep Stalin dan Winston Churcill, beliau telah membentuk pakatan Berikat untuk memerangi kekuatan pakatan Paksi yang diketuai oleh Aldolf Hitler.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Holland Lodge No. 8 di New York

5. Harry S Truman

Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-33. Beliau mengambil alih jawatan presiden daripada F. D. Rossevelt pada 12 April 1945 selepas Rossevelt meninggal dunia pada tahun 1945. Truman adalah watak utama semasa Perang Dingin mula tercetus.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Belton Lodge No. 450, Belton, Missouri. Ditabalkan sebagai Grand Master of Missouri pada 1940 sehingga 1941.

6. Mark Twain

Beliau adalah penulis berbangsa Amerika Syarikat paling terkenal di zamannya. Beliau yang dilahirkan pada 30 November 1835 adalah sahabat akrab saintis terkenal, Albert Einstein.

Antara novel terkenal hasil garapan beliau adalah The Adventures of Tom Sawyer (1876), dan sekuelnya, Adventures of Huckleberry Finn (1885).

Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Polar Star Lodge No. 79, A.F. dan A.M., St. Louis, Missouri. Beliau dilaporkan disingkirkan daripada pertubuhan rahsia ini namun diterima kembali pada 24 April 1867.

7. George Washington

Beliau adalah Presiden pertama Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang jeneral dan panglima angkatan tentera Amerika Syarikat yang berjuang menuntut kebebasan mutlak daripada kerajaan British.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Fredericksburg VA. Dilantik menjadi Past Master of Alexandria Lodge No. 22, Virginia.

8. Emilio Aguinaldo

Beliau adalah Presiden Filipina yang pertama. Sebelum menjadi presiden Filipina yang pertama pada usia 29 tahun, beliau adalah pejuang kemerdekaan menentang cengkaman penjajah Sepanyol.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Pilar Lodge No. 203 (sekarang Pilar Lodge No. 15) di Imus Cavite dan merupakan pengasas kepada Magdalo Lodge No. 31 (ditukar nama kepada Emilio Aguinaldo Lodge No. 31 untuk menghargai jasanya).

9. Edwin “Buzz” Aldrin

Beliau adalah antara angkasawan yang pertama bersama-sama Neil Armstrong mendarat di bulan pada 1969.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Montclair Lodge No. 144 di New Jersey.

10. Mustafa Kamal Atatürk

Seorang pengasas republik Turki yang bertanggungjawab meruntuhkan sistem monarki Turki Othmaniyyah. Di bawah penguasaanya, perlembagaan Turki yang berasaskan islamik telah diubah kepada perlembagaan berasaskan sekularisme.

Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Macedonia Risorta Lodge No. 80. Namun, beberapa ahli sejarah menyatakan beliau mendaftarkan diri di Lodge Veritas, Thessaloniki, Greece.(dahulu di bawah kekuasaan Turki Othmaniyyah).

11. Silvio Berlusconi

Beliau adalah Perdana Menteri Itali sekarang. Sebelum menjawat jawatan tertinggi di Itali itu, beliau adalah taikun media paling berpengaruh di Itali.

Perlibatan dengan Freemason: Beliau dilaporkan terlibat dalam skandal menjatuhkan kerajaan Itali yang melibatkan ‘tangan ghaib’ Freemason. Skandal itu dikenali dengan Propaganda Due. Propaganda Due atau P2 adalah lodge freemason yang berada di bawah seliaan Grand Orient of Italy.

12. Winston Churchill

Beliau adalah perdana menteri United Kingdom semasa era Perang Dunia Kedua. Beliau menjawat jawatan perdana menteri United Kingdom sebanyak dua penggal iaitu pada tahun 1940 hingga 1945 dan 1951 hingga 1955.

Beliau satu-satunya perdana menteri daripada Great Britain yang memenangi anugerah Nobel in Literature dan diakui sebagai salah seorang individu yang berpengaruh yang pernah dilahirkan di dunia.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Studholme Alliance Lodge No. 1591, Rosemary Lodge No. 2851. (Nota: The Churchill Society mendakwa Churchill meletak jawatan di lodge tersebut pada 1912).

13. Süleyman Demirel

Beliau adalah Presiden ke-9 Republik Turki daripada tahun 1993 hingga tahun 2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak empat kali.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Bilgi Lodge No.015, Ankara iaitu Grand Lodge of Turkey.

14. Benjamin Franklin

Beliau adalah salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat di samping enam individu yang lain iaitu George Washington, John Adams, Thomas Jefferson, John Jay, James Madison, dan Alexander Hamilton.

Beliau juga adalah saintis, negarawan, diplomat, pakar politik dan penulis yang paling berpengaruh pada zamannya.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di St. John’s Lodge, Philadelphia pada Februari 1731.

15. J. Edgar Hoover

Beliau adalah Pengarah pertama agensi sulit kerajaan Amerika Syarikat, FBI. Beliau bertanggungjawab melumpuhkan berpuluh-puluh geng mafia, triad dan kongsi gelap di seluruh Amerika Syarikat.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Federal Lodge No. 1 di Washington D.C.

16. Thomas Stamford Raffles

Seorang orientalis yang bertanggungjawab ‘membuka’ perlabuhan Singapura untuk kegunaan import dan eksport antarabangsa.

Beliau adalah salah seorang orientalis yang paling rapat dengan sultan-sultan di perairan Selat Melaka termasuklah di Jawa, Surabaya dan Johor.

Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Lodge De Vriendschap, Surabaya pada 5 Julai 1813.

BACA INI JUGA:

sumber: takusahrisau

Tuesday, February 20, 2018

Konspirasi Penciptaan Penjanaan Graviti UFO

Konspirasi Penciptaan Penjanaan Graviti UFO

Pada tahun 1989, seorang lelaki yang dikenali sebagai Robert Lazar telah mendedahkan sebuah cerita yang menggemparkan; dia telah direkrut oleh kerajaan Amerika untuk bekerja di sebuah kawasan rahsia Green Lake, Area 51 iaitu sebuah tapak penyelidikan yang lebih dikenali sebagai 'Dreamland'.

Konspirasi Penciptaan Penjanaan Graviti UFO

Lokasi ini sebenarnya terletak di S4, Papoose Lake yang mana beberapa batu dari selatan Groom Lake untuk mempelajari aspek kejuruteraan kapal angkasa makhluk asing.

Di sini ada beberapa anekdot menarik hasil pendedahan Robert Lazar, di mana berkait rapat dengan teori penjanaan graviti dan perjalanan intrabintang.

Penerangan tentang keadaan luaran kapal angkasa

Luaran kapal angkasa (yang dipanggil 'disk') adalah logam yang mana berwarna keluli tahan karat yang tidak dipolish.

Kapal angkasa ini apabila mendarat akan berdiri di atas perutnya (dasar) di mana ia bukan di atas tripod berkaki. Lubang pintu masuk terletak di atas kapal angkasa ini, dengan hanya bahagian bawah pintu menutup di sekeliling mulut tengah kapal angkasa.

Keadaan dalam

Dibahagikan kepada tiga tingkat. Tingkat bawah ialah di mana tiga 'penguat gravity' (gravity amplifiers) dan panduan gelombangnya berada.

Satu reaktor terletak betul-betul di bawah tiga penguat graviti ini pada tingkat yang di tengah-tengah di antara dua tingkat tadi.

Tingkat tengah ini juga adalah tempat bagi konsol kawalan dan kerusi-kerusi, kedua-duanya adalah terlalu kecil bagi seorang lelaki dewasa yang normal.

Dinding pada tingkat tengah terbahagi kepada sekatan-sekatan di mana akan menjadi lutsinar apabila kapal angkasa mula bergerak di mana kita akan dapat melihat ke luar.

Reaktor kapal angkasa ini menggunakan bahan api yang mana tidak terjadi secara semulajadi di bumi.

Bahan api ini adalah super-berat, stabil, element dengan nombor atom 115 dan tidak muncul dalam Jadual Berkala.

Element 115 mempunyai dua kegunaan: pertama ia adalah sumber gelombang graviti yang tidak diketahui oleh saintis bumi, gelombang graviti A.

Kedua ia adalah sumber radiasi anti-zat yang mana direaktifkan untuk menjanakan kuasa.

Gelombang graviti A didapati daripada nukleus element 115 dan sebenarnya melepasi keluar dari perimeter, ukurlilit atom tersebut.

Sistem penggerak kapal angkasa ini menguatkan dan memfokuskan gelombang graviti A ini untuk mengakibatkan ruangmasa membengkok, sepertimana ruangmasa membengkok di dalam medan graviti yang kuat pada Lohong Hitam (Blackhole).

Kemampuan untuk menghalakan graviti untuk mengakibatkan ruangmasa mengherot membenarkan kapal angkasa ini untuk menyeberangi jarak yang luarbiasa jauhnya di dalam ruang masa tanpa bergerak di dalam mod linear pada kelajuan tinggi.

Di dalam reaktor, elemen 115 diubah kepada elemen 116 yang mana tidak begitu stabil dan dengan segera mereputkan pengeluaran anti-zat.

Anti-zat ini direaktifkan dengan unsur bergas yang mana menyebabkan tindakbalas pembinasa, 100 peratus penukaran benda kepada tenaga.

Haba dari tindakbalas ini ditukar kepada tenaga elektrikal melalui satu solid state, mendekati 100 peratus penjana termoelektrik yang efisien. Ini adalah tenaga yang digunakan untuk menguatkan gelombang graviti A.

Mod pengembaraan ini adalah satu dari dua cara daya penggerak yang digunakan kapal angkasa ini.

Di dalam mod ini, penguat graviti kapal angkasa adalah sebuah 'konfigurasi delta' dan berdenyut secara berturutan di dalam bentuk putaran.

Gelombang graviti A adalah sangat kuat dan berkuasa dan hanya punca graviti ini mengakibatkan herotan ruangmasa sama seperti yang terjadi pada Lohong Hitam!

Mod yang lain adalah 'konfigurasi omicron' dan ia digunakan bagi julat perjalanan yang dekat mendekati punca graviti seperti planet atau bintang.

Bilamana sebuah kapal angkasa ini bergerak mendekati punca graviti yang lain, seperti bumi, gelombang graviti ini, yang mana disebarkan di sebelah luar dari kapal angkasa ini, adalah anjakan perubahan kepada gelombang graviti B, yang mana disebar di sebelah luar dari bumi dan ini mencipta satu daya angkat.

Penguat graviti kapal angkasa ini boleh menghala secara bebas dan ia didenyutkan dan tidak diam terus-menerus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: generasi-khairol

Kekayaan Berdasarkan Kasta Di Malaysia

Kekayaan Berdasarkan Kasta Di Malaysia

Apabila dinyatakan ramai orang Malaysia yang merungut tentang kesempitan hidup, kos sara hidup yang semakin memuncak dan pengangguran yang semakin meruncing, jawapan teramat dangkal yang biasanya diberikan antara lainnya ialah seperti dibawah.

Kasta Kekayaan Di Malaysia
Gambar hiasan.

a. Eh, kalau ekonomi tak baik, bagaimana pula ramai rakyat Malaysia yang bercuti dan berbelanja di luar negara?

b. Indeks konsumer kita tinggi. Itu bermaksud ramai orang berbelanja besar. Jadi, ekonomi kita baguslah.

c. Ada pula seorang yang terkenal memuat naik carta jualan kereta Honda di Malaysia untuk menunjukkan banyak sekali kereta Honda yang dibeli tahun lalu. Jadi implikasinya ialah ekonomi kita baik.

Apa sebenarnya yang rakyat rungutkan?

Alangkah mudahnya kalau konklusi makro ekonomi kita dapat dirumuskan dengan begitu mudah dan sebegitu alpa dan bersahaja.

Adakah mereka ini semua tidak sedar apa sebenarnya yang dirungutkan oleh masyarakat dan siapa sebenarnya merungut?

Rakyat bukan merungut tak boleh pergi Paris dan shopping di New York.

Rakyat juga tak pernah merungut mereka tidak boleh shopping di Pavilion atau Suria KLCC.

Rakyat juga tak pernah merungut mereka tak boleh beli Honda City atau Civic.

Sebenarnya, rakyat merungut mereka tak mampu beli tepung, petrol, roti canai, nasi lemak, baju dan seluar bundle, kasut Adidas tiruan atau hot dog di tepi jalan.

Mereka merungut tak larat bayar bil elektrik.

Mereka merungut tidak ada duit hendak menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Malah nak beli pakaian seragam sekolah pun mereka bermasalah.

Rakyat yang merungut mengenai perkara di atas bukan berniat pun hendak melancong ke Singapura atau Thailand. Apa lagi ke London sambil hisap curut sebatang RM165 dan "berwefie" di tepi jalan di Bayswater atau di pinggir Harrods.

Malah, ada di antara mereka yang tidak pernah pun datang ke Kuala Lumpur.

Kita lihat sekarang ini, taraf perekonomian masyarakat di Malaysia seperti berkasta.

Dari segi pemerhatian mata kasar, kasta-kastanya boleh dilihat daripada kereta yang ahlinya memandu atau dipandu di dalamnya, yakni, secara umumnya seperti berikut (dari yang teratas sehingga terbawah:

A. Kasta Lamboghini, Ferrari dan Bentley.

B. Kasta Mercedes S Class dan BMW 7 series.

C. Kasta Mercedes E Class dan BMW 5 series.

D. Kasta Honda Accord dan Proton Perdana.

E. Kasta Toyota Vios dan Honda City.

F. Kasta Proton Saga, Kancil dan kereta tua.

G. Kasta Kapchai.

H. Terletak di antara kasta D-G, kasta LRT dan MRT.

Kasta Lamboghini, Ferrari dan Bentley ini terlampau jauh meninggalkan kasta-kasta lain dari segi kebolehan berbelanja.

Mereka inilah yang ke luar negara naik kelas pertama atau business class (malah ada yang naik private jet), yang hisap cerut masuk Instagram di Bayswater dan membeli-belah di Harrods London atau La Fayette Paris dan sebagainya.

Anak-anak mereka di luar negera malah, ada yang pergi ke pejabat naik helikopter. Hadir acara alumni pun dengan helikopter.

Kasta B pun tak boleh kejar kasta A ini.

Kasta B pun ke luar negara juga. Tapi tidaklah sehebat kasta A.

Anak-anak kasta ini mungkin bersekolah di international school dan private colleges sebelum ke luar negara.

Ahli-ahli kasta ini ialah CEO dan mereka yang mempunyai perniagaan yang besar dan berjaya.

Kasta C ke luar negara juga tetapi mungkin tiga tahun sekali. Anak-anak mereka di sekolah swasta.

Kalaupun anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara, mungkin di bawah program berkembar sahaja.

Ahli-ahli kasta C ini ialah golongan profesional secara amnya. Mereka ini berpelajaran tinggi tetapi mungkin tidak secemerlang seperti kasta B.

Kasta D dan E akan ke Singapura, Thailand, Indonesia sahaja. Sekali-sekala mereka ambil tour ke Eropah. Kasta D dipenuhi dengan penjawat awam di posisi tinggi. Mereka berpelajaran tetapi memilih untuk bekerja kerajaan.

Di dalam golongan E pula ialah graduan-graduan yang bekerja selama dua hingga lima tahun.

Ramai daripada mereka yang tersangkut di dalam income trap. Maksudnya, kaya pun tidak, miskin pun tidak. Mampu beli kereta. Tapi agak susah hendak membeli rumah. Boleh minum kopi kat Starbucks tapi nak pergi hotel lima bintang belum tentu boleh.

Kasta F dan G inilah yang amat susah kehidupan mereka. Merekalah yang merungut tentang kesempitan hidup dan keruncingan pendapatan yang amat ketara.

Dan merekalah yang paling besar jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah ahli kasta yang lain.

Di dalam lingua kerajaan, mereka inilah yang kita kategorikan sebagai golongan B40. Yang menerima BR1M, yang kais pagi makan tengahari dan kais petang makan esok pagi.

Inilah yang kita panggil jurang pendapatan.

GDP dan indeks konsumer tidak akan dapat menyerlahkan jurang pendapatan.

Jurang inilah yang makin meruncing dan jurang inilah yang kita seolah-olahnya pejam mata dan tak mahu tengok mahupun bincang.

Semata-mata dengan mengatakan ramai yang ke luar negeri dan berbelanja sakan dan ramai yang beli Honda tak bermaksud kasta-kasta F dan G ini senang lenang dan tak wujud.

Rungutan mereka tak ada kena mengena dengan bercuti ke luar negara atau dengan membeli Honda.

Rungutan mereka adalah terlebih basic daripada itu.

Yang sedihnya ialah, kalau kita kaji ahli-ahli kasta A ini dan kita selidik faktor-faktor yang memangkinkan mereka ke dalam kasta A, ramai di antara mereka tak berhak pun untuk berada di dalam kasta A kerana:

*Ilmu dan kualifikasi pelajaran mereka tak setinggi mana.

*Intelek mereka pun tak seberapa.

Jadi persoalannya, kenapakah begitu? Bagaimanakah ahli-ahli kasta A boleh berada dalam kasta A walaupun mereka, dari segi tahap keinsanan universal, tidak seberapa?

Misteri orang kaya Kasta A

Kita kemudiannya mesti kaji kenapa boleh terjadi sedemikian? Kita perlu lihat bagaimana mereka boleh melonjak ke dalam kasta A?

Kita tengok siapa mereka dan siapa kawan mereka serta siapa kontek mereka.

Maka akan terjawaplah misteri ini.

Maka timbul pula persoalan berikutnya, yakni:

Apakah distribusi peluang (distribution of opportunity) yang dipraktiskan di negara kita seimbang?

Pada 2018 ini, kita tidak lagi sepatutnya bercakap mengenai distribusi kekayaan atau "distribution of wealth."

Negara-negara tidak lagi kaya seperti dahulu kala.

Distribution of wealth ialah satu konsep lampau dan hampir mansuh.

Pentadbiran adil atau pun yang mengamalkan distributive justice di tahun 2018 ialah mengenai distribusi peluang. Yes, distribution of opportunities.

Dalam konsep ini, saya cadangkan setiap insan itu akan dapat maju ataupun memajukan diri sekiranya ada peluang atau diberi peluang yang secukupnya dan sama-rata.

Kalau selepas diberi peluang pun, dia masih gagal, maka itu kelemahan dia.

Orang yang berpeluang ke Universiti Oxford sudah tentu akan jauh tarafnya daripada orang yang tidak berpeluang.

Namun, orang yang tidak berpeluang itu, dari segi teorinya, mungkin akan setaraf sekiranya diberi peluang yang sama.

Apakah kita mahu tanamkan kepala dan terus menerus berendam di dalam konsep kuno distribution of wealth sebagaimana yang dicuba untuk di implementasikan di dalam Dasar Ekonomi Baru (yang terbukti gagal).

Atau kita mahu selidik dan menukar arah ke teori alaf 2000 dan memberikan peluang yang serupa kepada semua individu?

Sampai masanya, untuk kita memartabatkan keindividuan setiap rakyat kita.

Kita mulakan dengan anggapan semua kita adalah makhluk yang mempunyai kebolehan. Cuma yang kita perlukan ialah peluang.

Mungkin dengan peluang yang cukup, kasta Kapchai akan dapat melonjak ke kasta Bentley dan sebagainya.

BACA INI JUGA: Wang Zakat Berjuta Ringgit, Orang Miskin Hidup Melarat

sumber: TMI

Strawberry Pelik Berperisa Nanas

Strawberry Pelik Berperisa Nanas

Buah Strawberry ini sangat unik kerana memiliki rasa seperti nanas, berasal dari Amerika Selatan dan hampir pupus pada tahun 2003, tetapi sempat diselamatkan oleh peladang Belanda.

Strawberry Pelik Perisa Nanas

Pineberry merupakan hybrid buah Fragaria chiloensis dari Amerika Selatan dan Fragaria virginiana dari Amerika Utara.

Buah Pineberry seakan-akan strawberry tetapi berwarna putih dan berbiji merah.

Saiznya sedikit kecil dari strawberry biasa, berukuran antara 15 ke 23 mm.

Pada usia muda, buah ini berwarna hijau dan apabila matang, bertukar warna kepada putih dan menampakkan bijinya yang berwarna merah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Perkataan Nenas Membawa Maksud Yang 'Kotor'

sumber: itufakta